This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, March 31, 2009

PENTINGNYA MENJAGA ROH DARI SEGALA MAZMUMAH

Lazimnya manusia sangat memberi perhatian dan mengawasi kesihatan fizikal. Pengawasan dibuat dengan seribu satu macam cara. Apabila mengalami sakit atau sebarang gangguan, biasanya tanpa lengah lagi manusia akan segera menemui doktor. Andainya tidak berkesan daripada rawatan biasa, berpindah pula kepada doktor atau rawatan pakar.

Anehnya tidak demikian sikap manusia dalam menghadapi penyakit hati atau rohani. Sama ada manusia mengambil sikap terus tidak peduli langsung atau memandang remeh terhadap persoalan hati atau roh. Padahal kesan dan akibat daripada penyakit hati atau roh bukan saja mencetuskan berbagai kejahatan dan kemungkaran malah akan diseksa di Neraka Allah SWT di Akhirat kelak, wal’iyazubillah.

Marilah sama-sama kita lihat mengapa terlalu pentingnya menjaga hati atau roh yang di antaranya seperti berikut:

1. Kerana roh itu kekal atau dikekalkan, tidak seperti fizikal (jasad lahir), ia binasa. Di Akhirat kelak, roh itu akan diberi jasad baru.

2. Roh itulah yang akan menerima atau merasa nikmat atau azab bersama jasad barunya di Akhirat kelak.

3. Ia adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan yang mana sama-sama ingin mengisi. Malaikat dengan iman, syaitan dengan kekufuran atau malaikat dengan keyakinan dan syaitan dengan keraguan.

4. Ia adalah tempat jatuhnya ilham atau ilmu laduni (dapat ilmu tanpa belajar), ia merupakan wahbiah (anugerah) daripada Allah. Akal tempat ilmu nazali (ilmu yang dipelajari).

5. Roh kalau ia bersih, Allah beri ia rasa yang tepat atau firasat .

6. Roh kalau ia terlalu bersih, matanya lebih tajam dari lahir atau mata kepala, sebahagian perkara yang ghaib Allah perlihatkan kepadanya. Itulah yang dikatakan mukasyafatul qulub.

7. Roh atau hati adalah raja dalam diri. Kalau hati baik, ia akan arahkan tentera-tenteranya iaitu angota lahir atau jawarih kepada kebaikan. Kalau ia jahat, ia akan arah tenteranya membuat kejahatan.

8. Kerana ia boleh menerima sifat-sifat mahmudah yang dikehendaki dan juga boleh menerima sifat-sifat mazmumah yang dibenci dan dikeji yang sayugianya hendaklah dibuang atau dijauhi.

9. Ia adalah merupakan tempat merasa iaitu susah atau senang, bahagia atau dukacita, rasa sempit atau rasa lapang, rasa keluh kesah atau tenang, rasa kecewa atau ceria, rasa putus asa atau harapan yang cerah, rasa benci atau suka, rasa ragu atau percaya, rasa pesimis atau optimis, rasa rindu atau simpati.

10. Sikap jasad lahir atau tingkah laku adalah pancaran dari hati atau ro h sama ada baik atau pun buruk.

11. Hati tempat penglihatan dan nilaian Tuhan manakala jasad lahir tempat pandangan makhluk.

12. Hidayah yang lahir, ia adalah punca dari yang batin atau roh atau hati.

13. Sifat mahmudah yang paling terpuji ialah ikhlas, penentu segala amalan seseorang itu diterima atau ditolak ialah bertapak pada roh atau hati, malaikat pun tidak tahu, hanya Allah yang mengetahui.

14. Seseorang yang membuat kebaikan, orang tidak kata baik tangannya, kakinya, tapi orang akan kata baik hatinya.

15. Ketahanan yang lahir berpunca daripada ketahanan yang baik yakni roh atau hati.

16. Segala perubahan yang lahir ini berpunca daripada perubahan yang batin yakni roh atau hatinya.

17. Penyakit roh atau hati membawa ke Neraka , penyakit lahir membawa ke Syurga (segala kesusahan dan kesakitan lahiriah merupakan kifarah dosa).

18. Penyakit lahir walau bagaimana teruk sekalipun, ia hanya merosakkan badan, tetapi penyakit roh atau hati menghancurkan apa yang ada di dunia ini.

19. Penyakit badan kalau sudah teruk sangat, membawa mati badan, tetapi penyakit roh atau hati membawa matinya iman dan Islam.

20. Penyakit badan sakitnya tidak kekal, tetapi penyakit roh atau hati seksanya kekal abadi.

21. Penyakit lahir hanya manusia yang benci, tetapi penyakit batin Allah yang benci.

22. Penyakit lahir menguruskan badan, tetapi penyakit batin menguruskan iman.

23. Di dalam tidur, adakalanya mendapat alamat di dalam mimpi sama ada secara jelas atau ibarat. Ia diperlihatkan kepada roh bukan kepada mata kasar.

24. Rasulullah SAW menyuruh takut dengan pandangan mata hati atau pandangan roh. Allah tidak mengatakan agar takut kepada pandangan mata kasar. Maksud Hadis : “Takutilah firasat orang mukmin, kerana ia melihat dengan cahaya Allah.” ( Riwayat At Tarmizi)

25. Penyakit lahir tidak dipandang hina oleh Islam, tapi penyakit batin dipandang hina.

26. Penyakit lahir tidak sampai hilang kepercayaan orang, tapi penyakit batin sampai menghilangkan kepercayaan orang.

27. Penyakit lahir tidak membawa permusuhan, perpecahan dan peperangan, tapi penyakit batin membawa pergaduhan, perpecahan dan peperangan.

28. Roh boleh mengembara tanpa jasad dan dapat melihat perkara-perkara yang ajaib dengan izin Allah .

29. Selepas mati, roh boleh balik ke dunia dan dapat melihat keluargany a , tidak seperti jasad lahir.

30. Penyakit lahir orang simpati, penyakit batin orang tidak simpati.

Oleh kerana pentingnya hati dan roh, maka ia hendaklah dijaga sungguh-sungguh iaitu:

a. Wajib kita memberi makanan yang cukup. Makanannya ialah sembahyang, zikrullah, membaca Al Quran, tasbih, tahmid, selawat, melihat kebesaran-Nya melalui pemandangan dan mengingati mati.

b. Memberi ia pakaian iaitu dengan sifat-sifat taqwa.

c. Jauhkan dari sebarang penyakit seperti marah, bakhil, pendendam, sombong, riyak, ujub dan sebagainya .

d. Muhasabah terhadapnya selalu .

e. Sanggup bermujahadah, membersihkan dan memberi ia makan dan pakaian .

Monday, March 30, 2009

ANTARA SEBAB SESEORANG MENDAPAT HIDAYAH


Hidayah adalah satu perkara yang sangat berharga kerana dari sanalah sebagai titik tolak seseorang itu masuk Islam.Kemudian dari situ terus dia berusaha untuk mendapatkan iman serta lain-lain lagi yang ada di dalam ajaran Islam.Atau seseorang Islam itu telah terbuka pintu hatinya untuk beramal maka dari situlah dia berusaha untuk mempelajari ilmu Islam dari sumber Al Quran dan Hadis serta mengamalkannya.

Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam.”
(Al An’am: 125)

Kalau seseorang yang belum Islam,belum mendapat hidayah ertinya hatinya belum terbuka untuk menerima Islam atau masuk agama Islam. Begitu jugalah seseorang yang berketurunan Islam, jika hidayah belum didapati ertinya hatinya tidak akan terbuka untuk beramal danmemperjuangkannya.
Setelah berusaha mempelajari dan setelah hati terbuka untuk beramal maka selepas itu mungkin akan mendapat taufik dari Allah Taala. Ertinya apa yang diamalkan itu tepat atau berbetulan dengan kehendak Allah Taala. Maka sempurnalah Islam seseorang itu kerana seluruh amalan telah bergabung di situ di antara hidayah dengan taufik. Walau bagaimanapun setakat hidayah itu pun sudah merupakan satu anugerah yang sangat berharga dari Allah Taala yang Maha Pemurah. Ini kerana dari hidayah itu pintu hati telah terbuka menjadi seorang Islam, atau seorang Islam telah terbuka pintu hatinya untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam.

Oleh kerana hidayah satu benda yang berharga, bukan semua orang mendapatnya atau memperolehinya. Walau bagaimanapun,untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang tidak sama di antara satu sama lain. Di bawah ini saya senaraikan beberapa sebab seseorang itu mendapat hidayah iaitu:

1. Mereka lahir di dalam keluarga yang beragama, maka mereka mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana keluarga. Orang ini agak bernasib baik.

2. Mereka yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Mereka terus mencari dan mengamalkan.Golongan itu amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah.

3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan itu maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran itu.

5. Golongan yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlismajlis agama maka mereka sebahagiannya mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

6. Golongan yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi. Di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekatkan diri kepada Allah SWT.

7. Ada golongan yang mendapat kebenaran kerana Allah beri mereka mengalami alam kerohanian seperti mimpi melihat alam Barzakh, mimpi melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat Kiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih, dan
lain-lain lagi benda yang ajaib. Selepas itu mereka pun kembali kepada kebenaran.

8. Ada orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya-raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak-peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang tidak ada, masing-masing membawa
haluan sendiri, ukhwah tiada. Maka dari peristiwa itu mereka sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup di dunia lagi tidak menjamin mendapat kebahagiaan, apatah lagi di Akhirat kelak.

9. Ada golongan yang mereka sendiri alami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai. Hidup di dalam keluarga porak-peranda. Lantas mereka insaf dan sedar, akhirnya mencari jalan kebenaran.

10. Ada golongan yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doanya dikabulkan oleh Allah. Maka Islamlah dia, seperti kisah Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.

HIDAYAH DAN TAUFIK KENALAH JAGA
Hidayah dan taufik adalah merupakan intan berlian maknawi dan rohani. Ia adalah sangat berharga. Seperti jugalah intan berlian yang bersifat maddi (material). Sesiapa yang memilikinya,dia dianggap orang kaya dan mulia.

Begitulah orang yang memiliki intan berlian maknawi dan rohani. Dia merupakan orang kaya Tuhan. Dia telah mendapat segala-galanya. Sesiapa
yang mempunyainya, hidupnya terpimpin. Akhlaknya mulia.Syariatnya terjaga. Imannya teguh dan bercahaya dan dia menjadi orang yang berbahagia.

Perlu diingat, hidayah dan taufik seperti jugalah barang yang berharga, umpama emas, intan, berlian, ia boleh hilang. Oleh itu kenalah jaga dan pelihara sebaik-baiknya agar ia jangan hilang dari kita. Barang yang hilang dari kita, susah hendak memilikinya semula melainkan terpaksa berhempas pulas berusaha mencarinya. Kalau tidak ia tetap terus hilang dari kita buat
selama-lamanya.

Oleh kerana itulah Allah SWT mengingati kita di dalam Al Quran:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami selepas Engkau memberi kami petunjuk dan kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi.” (Ali Imran: 8)

MENJAGA HIDAYAH DAN TAUFIK

Bagaimana menjaga dan memelihara hidayah dan taufik agar ia kekal menjadi milik kita atau agar ia tidak hilang dari kita. Di antaranya ialah:
1. Kita syukuri nikmat Tuhan yang paling berharga itu. Kita rasakan bahawa ia adalah nikmat dan pemberian yang tidak ternilai.

2. Kita istiqamah mengamalkannya dengan tekun serta penuhrasa bimbang kalau-kalau Allah SWT mengambilnya semula atau bimbang kalau Allah Taala tarik semula.

3. Kenalah mujahadah selalu dengan penuh sabar. Terutama di waktu-waktu terasa malas hendak mengerjakan kebaikan dan terasa ringan hendak melakukan kemungkaran.

4. Bergaul selalu dengan kawan-kawan yang baik. Ini sangat membantu kita menjaga syariat di dalam kehidupan dan kita terasa ada kawan.

5. Kalau kita memang orang yang dipimpin, jangan terlepas daripada pimpinan. Adanya pimpinan itu perlu kerana kita sentiasa mendapat nasihat, tunjuk ajarnya serta ilmunya yang diberi dari masa ke semasa.

BAGAIMANA HIDAYAH DAN TAUFIK DITARIK SEMULA

Hidayah dan taufik kalau tidak pandai menjaganya ia akan diambil semula atau akan hilang semula dari kita. Di waktu itu kita akan hidup terumbang-ambing. Tiada disiplin, tiada istiqamah,malas beramal, ringan saja dengan maksiat, jiwa derita dan sengsara walaupun punya kekayaan yang banyak dan serbaada.

Di antara sebab-sebab hidayah dan taufik ditarik balik ialah:
1. Kita derhaka dengan guru kita yang pernah memberi tunjuk ajar kepada kita dan lari dari pimpinannya. Di waktu itu kita kehilangan pemimpin. Terumbang-ambinglah hidup kita.

2. Derhaka dengan dua ibu bapa. Kita sia-siakan kedua-duanya.Kita biarkan ibu bapa tidak terurus dan terjaga hingga terbiar kehidupan kedua-duanya. Lebih-lebih lagi kalau dia marah atau rasa tidak senang dengan kita.

3. Apabila jiwa kita telah terpengaruh dengan dunia, maka dengan ibadah sudah tidak seronok atau telah mula terasa berat mengerjakannya. Maka ia perlahan-lahan luntur dan mula cuai, dengan halal dan haram mula tidak ambil kiraakhirnya takut dengan Tuhan perlahan-lahan dihakis dari hati kita hingga hilang semuanya sekali.

4. Menzalim orang lain. Dengan sebab menzalim, rasa takut dengan Tuhan sedikit demi sedikit dicabut. Selepas itu cuai pun datang. Malas beribadah. Kemungkaran dan maksiat sedikit demi sedikit sudah berani dibuat. Begitulah seterusnya hingga hanyut dan tenggelam di dalam maksiat.

5. Mula bergaul bebas dengan orang-orang yang tidak menjaga syariat. Kemudian terus terasa seronok dengan kebebasan itu. Kemudian terus terlajak dan sedap dengan perbuatan itu dan selepas itu terus hanyut dengan arus kemungkaran dan maksiat. Takut dengan Tuhan pun lenyap.

Oleh itu, bagi manusia yang telah terasa adanya hidayah Tuhan ada dalam dirinya, tetapi lemah dalam menjaga hidayah dan khuatir akan hilangnya hidayah Tuhan itu ditarik balik dari dirinya maka carilah mereka yang boleh memimpin diri kita. Carilah pimpinan yang dapat memimpin jiwa dan roh, kerana jiwa dan roh itulah wadah tersimpannya hidayah Tuhan.Jauhilah mereka yang mengajar soal-soal hissi(zahir) sahaja kerana ianya akan merosakkan tempat letaknya hidayah itu iaitu jiwa dan roh manusia.

Buatmu Abuyaku tercinta..doakan anakmu ini sentiasa dibawah pimpinan dan didikanmu

BALA MAKNAWI(BATIN) LEBIH MERBAHAYA DARIPADA BALA HISSI(ZAHIR)


Tidak ada di kalangan manusia yang suka kepada bala atau bala bencana. Kerana bala itu sangat menyusahkan manusia.Lantaran itulah manusia susah hati dengan bala.

Walaupun demikian tidak ada di kalangan manusia sama ada secara perseorangan mahupun secara kelompok, dapat mengelak atau dapat terlepas daripada bala bencana, sekalipun dia seorang yang berkuasa atau seorang yang kaya. Cuma ada orang yang ditimpa bala sekali-sekala, ada yang selalu, ada yang ringan, ada yang berat, ada yang berlaku pada dirinya, keluarga dan harta bendanya atau kedudukannya dan lain-lain lagi. Di antara bala-bala itu mana yang lebih merbahaya?

Sebenarnya bala terbahagi kepada dua:

Pertama: Yang bersifat hissi atau bersifat zahir
Berbagai-bagai bentuknya, di antaranya seperti sakit badan,harta hilang, kematian keluarga yang tercinta, difitnah, diberi malu, dipukul orang, jatuh miskin, turun pangkat, perniagaan rugi, dibuang kerja, musnah harta oleh bencana alam, tidak naik pangkat, dipenjara dan lain-lain.

Kedua: Yang bersifat maknawi atau rohani
Berbagai-bagai bentuk pula, di antaranya seperti melupakan ilmu yang telah dipelajari, tercabut iman, atau iman bertambah kurang, ilmu tidak diamalkan, iman tercabut yang ada hubungan dengan akidah.

Kurang iman atau iman merosot kerana beberapa sebab, diantaranya seperti ada amalan yang biasa dibuat tidak dibuat, atau membuat dosa sama ada kecil mahupun besar. Dosa itu pula, ada dosa lahir ada dosa batin.

Di antara dosa-dosa itu ialah seperti berzina, riba, rasuah,mencuri, menipu, minum arak, judi, mengumpat, memfitnah,menghina, menghasut, hasad, tamak, bakhil, pemarah, mengadu domba dan lain-lain.

Di antara dua bentuk bala ini, bala yang paling merbahaya ialah bala yang bersifat rohani dan maknawi, kerana bala ini akan membawa ke Neraka. Tapi bala yang bersifat hissi tidak membawa ke Neraka. Bahkan mungkin menguntungkan sama ada ia menghapuskan dosa atau mendapat darjat di dalam Syurga, asalkan pandai menerimanya.Oleh itu bala yang bersifat rohani dan maknawi ini sangat dibenci dan wajib dijauhi. Maksudnya, setiap dosa adalah bala, wajib dijauhi. Tapi bala yang bersifat hissi tidak dibenci. Ia hanya menyusahkan. Dan tidak pula menjadi satu kesalahan untuk berusaha mengelaknya. Juga tidak salah kalau setelah ditimpa sesuatu bala, berusaha menghilangkannya kerana bagi orang yang lemah iman dan tidak tahan dengan ujian boleh jatuh kepada dosa atau tercabut iman dengan ujian yang berat itu.

Tapi bagi orang yang mampu berhadapan dengan ujian atau orang yang imannya kuat, tidak salah pula untuk tidak berusaha menghilangkannya kerana sifat redha dengan ketentuan Allah itu salah satu sifat terpuji. Ia merupakan sifat-sifat rasul. Dari itu pahalanya amat besar di sisi Allah yang Maha Pemurah.Di akhir zaman ini oleh kerana kebanyakan umat Islam sudah jahil dengan ilmu agamanya sendiri, kemudian cinta dunianya
pula begitu mendalam, maka mereka hanya terpaut dan terpengaruh
dengan kehidupan yang terdekat iaitu dunia ini. Kehidupan di Akhirat sekadar tahu adanya Akhirat, namun hatinya tidak ke situ.

Timbullah acuh tak acuh dengan Akhirat. Maka timbullah salah berfikir. Mereka memandang perkara yang terdekat itu amat besar dan serius sekali. Nikmatnya pun dipandang besar. Balanya pun dipandang besar. Akibatnya nikmat dan bala di Akhirat dipandang kecil sahaja. Maka sebab itulah
mereka lupa daratan dengan nikmat dunia. Terasa sangat menderita
dengan bala dunia.

Justeru itu bilangan yang teramai di kalangan umat Islam apabila ditimpa bala yang bersifat hissi di dunia ini, seperti sakit,miskin, dibuang kerja, tidak naik pangkat, turun pangkat, difitnah, hilang harta, rugi di dalam perniagaan, dipukul, dipenjara dan lain-lain, masya-Allah bukan main kepalang lagi susahnya.Derita jiwanya, kusut fikirannya, marah-marah sahaja, merungut-
rungut, hilang bahagia, gelisah sahaja, rasa kesal tidak sudah. Mengadu di sana, mengadu di sini, jumpa siapa sahaja diluahkan perasaan susahnya. Kekusutan fikirannya sampai begitu ketara sekali kelihatan pada mukanya. Buat apa sahaja serba tidak kena. Begitu dia rasa kecewa dengan ujian itu. Bila iman tiada atau iman terlalu lemah, terus putus asa. Ada yang mahu bunuh diri untuk menyelesaikan masalahnya. Dia rasa dengan cara itu boleh menyelesaikan masalah. Dia ditipu oleh syaitan terkutuk kerana memandang besarnya dunia ini. Tersesat jalan dia di dunia ini, ke Neraka padahnya. Wal’iyazubillah.

Bagi orang Islam yang kuat imannya, dengan ujian dan bala dunia ini yang bersifat hissi, dia tidak begitu mengambil pusing.Bahkan bagi golongan muqarrobin dan siddiqin seperti para nabi, para Sahabat dan para auliya, mereka sangat terhibur dengan ujian dunia itu. Mereka rasa dosa mereka terampun dengan ujian dunia dan bala itu. Contohnya cerita di bawah:

Di zaman Rasulullah SAW, ada seorang perempuan mempunyai tiga orang anak lelaki. Dia sanggup melepaskan kesemua anaknya ke medan perang. Dia senyum ketika anak sulung dan anak keduanya mati syahid di medan perang. Dia menangis apabila diberitahu yang anak bongsunya turut mati syahid. Bila ditanya mengapa dahulu senyum, sekarang baru menangis, beliau menjawab, “Aku sedih kerana tiada lagi anak yang hendak
kukorbankan untuk jihad fisabilillah.”

Umat Islam di zaman gemilang dan di zaman keemasan terutama di sekitar 300 tahun selepas Rasulullah SAW, mereka sangat sensitif dengan bala yang bersifat maknawi dan rohani.Mereka sangat memandang besar akan bala itu. Mereka terlalu takut dengan ujian yang bersifat maknawi dan rohani itu. Jiwa
mereka sangat terseksa dengan ujian itu. Bahkan bala yang berbentuk
ini, belum datang pun mereka amat takut kalau-kalau di masa depan akan ditimpa dengan bala ini, sama ada secara sedar atau tidak. Kerana bala ini adalah dimurkai oleh Allah dan kalau Allah tidak ampun, akan ke Neraka, wal’iyazubillah.

Justeru itulah jika mereka ditimpa bala ini, hati mereka menderita.Mereka menangis mengalirkan air mata. Hilang selera makan, hilang rangsangan dengan isteri, tidak senyum berbulanbulan.Mereka akan tebus dengan apa sahaja kebaikan bahkan jika mereka tertinggal yang sunat sekalipun mereka merasa telah berdosa, mereka merasa ini adalah satu bencana. Hayati cerita
di bawah ini:
“Pada suatu hari, Sayidina Abu Bakar pergi ke kebunnya untuk melihat hasil tanamannya itu. Dilihatnya pokok-pokok tanamannya banyak yang sudah berbuah. Kerana terlalu asyik melihatkan buah-buahnya yang sudah masak itu, beliau terleka dan tertinggal solat jemaah Asar bersama Rasulullah SAW.

Dengan rasa takut dan kesal yang tidak terkira, kebun itu terus diwakafkan untuk umat Islam dan digandakan sembahyangnya sebanyak 70 kali.”

Sebaliknya kebanyakan umat Islam di akhir zaman ini tidak sensitif dengan bala maknawi dan rohani. Mereka tidak terasa apa-apa pun dengan bala ini. Mereka relaks sahaja. Mereka tidak rasa bersalah bahkan ada yang melupakan terus seolah-olah bala ini tidak berlaku dan tidak pernah berlaku kepada diri mereka.Sebagai contoh, mereka tidak rasa bala apabila meninggalkan sembahyang atau lewat sembahyang. Mereka tidak rasa bala
dengan mengumpat, dengan memfitnah, dengan menghina,dengan menderhakai kepada ibu bapa, kepada guru, dengan zina, berbohong, dengan menipu, dengan rasuah, dengan pendedahan aurat, dengan pergaulan bebas, dengan tidak berzakat, tidak berpuasa, dengan sombong, riyak, dengan tamak, bakhil, dengan pemarah, berdendam, hasad dengki, mengadu domba,menghasut, bergaduh, membunuh, riba, tidak belajar, tidak belas kasihan, tidak timbang rasa, tidak tolak ansur, tidak sabar, tidak
pemurah, tidak redha, tidak membantu dan lain-lain.

Oleh kerana bala maknawi dan rohani ini tidak dianggap dan tidak dipandang bala bencana, maka adakalanya dianggap seronok pula diamalkan setiap hari hingga dijadikan budaya. Sebagai contoh, ada orang bila berkumpul sahaja, mengumpat dan mengata mesti didengar bersama, ketawa bersama, rasa seronok bersama, sambung-menyambung antara satu sama lain mengumpat orang lain. Adakalanya yang diumpat itu kawan sendiri, emak ayahnya, tok gurunya, pemimpin sendiri, isteri dan suami sendiri, hingga terlewat atau tertinggal sembahyang.

Bertambah lagi membesar bala itu yang tidak lagi dianggap bala.Kemudian selepas bersurai ada yang menipu, ada yang balik ke rumah marah-marah sahaja pada isteri, membentak-bentak sahaja tidak tentu pasal. Bertambah merebak lagi bala itu, ibarat orang sakit, sakitnya telah kronik. Namun tidak terasa itu adalah bala yang memecahbelahkan rumah tangga, keluarga, satu masyarakat, satu bangsa kemudian terjun ke Neraka.

Yang malangnya orang-orang ini juga yang memikirkan masyarakat. Yang membuat program untuk menangani gejala masyarakat, yang menganjurkan motivasi, yang memimpin,yang berdakwah, yang berceramah, yang menyalahkan orang, yang buat kaunseling.

Cuba gambarkan apa yang akan terjadi, bahkan sudah terjadi pada masyarakat. Para pembaca boleh memberi jawapan. Saya sendiri ada jawapan. Biarlah jawapan saya untuk saya sendiri.Kerana kalau saya dedahkan ada sesetengah orang terlalu sensitif dan jawapan anda adalah untuk diri anda sendiri, dengan jawapan-jawapan itu tidak ada yang sakit hati

DUNIA DAN AKHIRAT:YANG MANA PATUT DIAULAKAN(DIUTAMAKAN)

Tidak ada manusia yang dapat menolak bahwa hidup di dunia ini adalah sementara waktu. Di akhir zaman ini paling lama manusia dapat hidup menurut umur dunia, 150 tahun. Setelah itu semua orang percayakan mati, selepas mati pergi ke Akhirat. Banyak orang yang percaya, sedikit sekali yang tidak percaya.

Umat Islam memang percaya bahwa Akhirat itu wujud, tempat tinggal manusia yang kekal abadi. Di sana ada kesenangan dan ada kesusahan seperti di dunia juga ada kesenangan ada kesusahan, cuma kesenangan dan kesusahan di antara dunia dan di akhirat tidak sama. Kalau kita hendak membuat bandinganlah walaupun tidak tepat, untuk mudah faham, kalau kesenangan itu macam kita duduk berumah pohon dengan di dalam istana, kalau azabnya pula seperti gigitan semut dengan dimakan oleh singa yang garang.

Batas di antara dunia dengan Akhirat ialah alam kubur atau alam barzakh. Di san di tahan sementara waktu. Di sana juga ada kesusahan dan ada kesenangan macam di dunia juga. Bandingannya seperti batas di antara negara dan negara. Di perbatasan antara negara dengan negara ada kalanya mendapat kesenangan dan ada kalanya mendapat kesusahan. Begitulah keadaan di antara dunia dengan Akhirat, yaitu alam kubur atau alam barzakh.

Walaupun umat Islam percaya negara Akhirat dan percaya alam barzakh batas antara dunia dan Akhirat dan juga percaya bahwa nikmat dan azab di sana jauh bedanya dengan nikmat dan azab di dunia. Sekiranya Allah Taala rasakan sekarang ini perbandingan itu niscaya manusia ini akan menolak dunia ini secara total dan manusia akan menumpukan seratur persen untuk tujuan Akhirat.

Namun demikian oleh karena manusia itu hidup di dunia lebih dahulu yaitu hidup di negara yang dekat dan murah ini, mereka berhadapan dan merasa dengan nikmat dan azabnya lebih dahulu sebelum nikmat dan azab Akhirat, manusia terpesona hidup di sini. Mereka terlalai, terlupa kehidupan di sana, yaitu negara Akhirat. Oleh yang demikian ini mereka bersungguh-sungguhlah mengejar nikmat dunia dan mengelak azab di dunia ini. Diperahlah otaknya, tenaganya pagi dan petang, siang dan malam, dengan tidak jemu-jemu walau susah tapi dapat dihadapi kesusahan itu. Walau menderita dari berbagai-bagai ujian yang dihadapi tapi manusia sanggup berhadapan dengannya. Adakalanya ingin mengejar keuntungan, rugi yang dapat, inginkan kesenangan, susah yang dapat. Kebahagiaan yang dikejar, penderitaan yang datang. Kebaikan yang diburu, kemalangan yang dijumpai. Namum manusia tidak jemu-jemu, tidak rasa kecewa dan tidak putus asa, gunakan tenaga yang ada itu buru lagi dunia. Hingga ruangan untuk Akhirat tidak ada sama sekali atau tenaga yang sedikit-sedikit yang tinggal. Itulah untuk Akhirat, itu pun mudah jemu, terasa payah, rasa susah, rasa membeban, terasa terhina, terasa malu membuatnya.

Padahal di dalam pengalaman kita, hendak mengejar Akhirat yang lebih penting dengan dunia yang tidak penting. Akhirat yang istimewa dengan dunia yang murah ini, sangat beda amalan Akhirat. Walau penting, Allah Taala mudahkan, itulah di antara rahmat-Nya agar manusia cenderung ke sana, tapi dunia yang murah ini, amalannya lebih susah dan payah supaya manusia mengambil enteng dan kecil saja dunia ini. Patutnya demikian. Tapi pada manusia rupanya tidak begitu, manusia lebih terasa susah membuat kerja-kerja Akhirat walaupun senang dibandingkan dengan kerja-kerja dunia yang susah itu. Tapi pada manusia dirasa ringan saja dan mudah. Itulah membuktikan tarikan dunia lebih mempengaruhi umat Islam walaupun kerja-kerja susah dan berat berbanding dengan tarikan Akhirat yang istimewa dan agung itu walaupun kerja-kerjanya mudah dan ringan.

Perbandingan kerja dunia dan kerja akhirat

Mari kita datangkan beberapa contoh-contoh menunjukkan kerja-kerja dunia itu susah dan payah, tapi ringan pada manusia karena tarikannya kuat dan kerja-kerja Akhirat itu mudah dan ringan tapi umat Islam merasakan susah dan payah karena tarikannya dingin. Saya sebutkan beberapa perkara sebagai perbandingan seperti di bawah ini.

1. Mana lebih berat, shalat Subuh dua rakaat sekedar 20 menit membawa 30 menit, dengan kerja 8 jam satu hari ? Karena mencari duit ada kalanya kerja buruh, betapa susah, namun ada umat Islam sanggup tidak shalat Subuh sekedar 20-30 menit tapi tidak jemu-jemu bekerja satu hari 8 jam karena mencari duit.
2. Mana lebih berat menolong kawan karena Allah Taala mungkin sekedar satu dua jam dibandingkan maraton berjam-jam, kadang-kadang terpaksa naik bukit, menyeberang sungai, menuruni jurang yang terjal karena nama dan glamour. Susah lagi maraton, tapi mudah saja manusia dapat buat. Menolong kawan amat terasa berat.
3. Mana lebih berat di antara hendak memberi maaf kepada orang yang disuruh Allah Taala dengan keinginan naik gunung Kinabalu karena nama dan glamour. Padahal tidak panjat gunung Kinabalu bukan satu kesalahan tapi orang lebih mampu memanjat gunung daripada memberi maaf yang diperintah.
4. Pergi shalat berjamaah bukanlah memakan waktu yang panjang. Tidak juga terlalu jauh karena perintah Allah Taala dan juga tidak meletihkan. Dibandingkan dengan rekreasi dan menghabiskan waktu untuk bergaul bebas di tempat yang jauh mungkin di hutan, di tepi laut, di hulu sungai, yang banyak menyita waktu dan berhadapan dengan keletihan. Namun orang tidak sanggup pergi shalat jemaah tapi sanggup pergi rekreasi. Adakalanya sampai di rumah bertengkar pula dengan isteri karena sakit hati dengan suami.
5. Pergi belajar ke Amerika karena hendakkan ijazah agar dapat makan gaji bertahun-tahun lamanya, tinggal ibu bapa, tinggal tanah air, korban uang berjuta-juta, adakalanya mati di sana. Mana lebih susah dengan belajar agama di mesjid sekedar satu jam untuk membaiki diri, tidak mengorbankan waktu dan uang puluhan juta rupiah, tidak meninggalkan ibu bapa dan tanah air. Tentulah lebih susah di Amerika dibandingkan dengan belajar di mesjid sekedar satu jam. Namun ke Amerika bisa, pergi ke masjid tidak mau pergi.
6. Mana lebih berat hendak berkhidmat dengan ibu dan ayah sekedar mungkin satu dua jam kemudian ibu bapa bagi makan, pakaian dan lain-lain, dibandingkan dengan melayan dan berkhidmat dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam lamanya, berhari-hari, habis duit diperahnya, orang yang melihat pun malu.
7. Adakalanya ia tidak jujur, di belakang kita ada 'pacar'. Tentu lebih susah melayan pacar daripada ibu dan ayah. Namun orang tidak sanggup berkhidmat dengan ibu ayah tapi lebih sanggup melayan dengan pacar walaupun susah dan payah.
8. Mana lebih berat hendak menderma kepada kelab-kelab hiburan yang menyesatkan, paling kurang 1 juta kalau tidak jatuh status, dengan menderma dengan fakir miskin sekedar sepuluh dua puluh ribu. Tentulah lebih berat menderma ke klab-klab hiburan dan menyesatkan itu daripada hendak bersedekah dengan fakir miskin sekedar sepuluh dua puluh ribu. Namun berat ketika bersedekah, tapi menderma seribu karena nama, sanggup. Adakalanya ketika isteri tahu, dimaki oleh istri, namun walaupun begitu sanggup berhadapan dengan resikonya.
9. Menonton film yang merusak akhlak atau membaca buku novel yang menyesatkan dapat dibuat sampai memakan waktu berjam-jam, kadang-kadang bertengkar dengan ibu bapa atau suami dan isteri. Mana lebih terkorban waktu atau mana lebih susah, daripada berzikir atau membaca Al Quran selama 30 menit. Tentulah terkorban masa menonton film mengarut atau membaca novel mengarut hingga dapat bergaduh daripada berzikir atau membaca Al Quran sekedar 30 menit. Namun orang sanggup menonton film atau membaca novel daripada berzikir atau membaca Al Quran.
10. Mana lebih susah pergi berjudi atau pergi disko sambil meminum arak, dengan menghabiskan waktu dan uang, lalu berkelahi setelah itu dengan isteri hingga kocar-kacir rumah, daripada sanggup menolong tetangga yang susah hanya sekali-sekala yang dapat menimbulkan kasih sayang. Tentulah menolong tetangga lebih mudah tapi orang tidak sanggup berbuat, orang lebih sanggup berjudi dan pergi ke disko, minum arak hingga hancur rumah tangga, bertengkar dan berhutang.
11. Orang-orang yang banyak masuk sel, terbunuh, difitnah, ditangkap, diberi malu, dihina dan dicaci-maki oleh orang, mana yang lebih banyak disebabkan mencuri, menipu, membunuh, berzina, merampok, memperjuangkan ideologi, daripada orang-orang yang disebabkan mencari rezeki yang halal dan memperjuangkan Islam. Sudah tentu yang mencari rezeki yang halal dan karena memperjuangkan Islam terlalu sedikit dibandingkan disebabkan melakukan kejahatan tapi karena kejahatan atau dunia, sanggup menerima resiko yang berat, tapi kalau kebaikan dan kebenaran tidak sanggup melakukannya.

Setelah kita mengurai dan membuat perbandingan di antara kerja-kerja Akhirat dengan kerja-kerja dunia, kerja-kerja dunia lebih-lebih lagi yang bersifat mungkar dan maksiat lebih susaha dan lebih berat resiko yang diterima daripada kerja-kerja halal dan kerja-kerja Akhirat namun demikian orang tidak sanggup membuat kerja-kerja Akhirat walaupun mudah dibandingkan membuat kerja-kerja dunia walaupun susah dan payah.

Di sinilah menunjukkan umat Islam hatinya lebih cenderung dengan dunia daripada Akhirat walaupun dunia itu murah dan sementara waktu dibandingkan dengan Akhirat yang istimewa dan kekal abadi. Tepat sekali kata pepatah Melayu, cinta itu buta. Cinta kepada apa pun jadi buta, yang lain tidak nampak lagi, yang lain walaupun cantik dan istimewa tidak ada perhatian lagi. Macam orang sudah jatuh cinta pada seorang perempuan atau seorang lelaki, lupa yang lain, lupa ibu bapa, lupa adik beradik, lupa makan minum, lupa bekerja dan lain-lain lagi. Dan karena cintanya itu sanggup bersusah payah dan sanggup menerima resiko yang berat.

Begitulah orang yang sudah cinta dan jatuh hati dengan dunia, lupa Akhirat, sanggup susah payah dengan dunia, sanggup menerima resiko yang berat sekalipun mati karenanya. Untuk Akhirat walaupun istimewa, mudah pula, senang membuatnya, namun berat rasa hendak membuatnya karena tidak cinta.

Setelah kita mengkaji bahwa kerja-kerja dunia lebih susah dan berbahaya, lebih berat lagi dan resikonya lebih tinggi dari kerja Akhirat, apakah hujah dan alasan kita nanti di hadapan Tuhan di Akhirat kelak. Tidak ada hujah dan alasann yang sebenarnya. Maka banyaklah manusia yang masuk Neraka dari masuk ke Syurga.

Perbandingan azab dunia dan Akhirat

Sesuatu yang pasti terjati, tapi sering dilupakan dan tidak dipedulikan, ialah mati. Yakni berhentinya degupan jantung, lalu berhentilah nafas dan aktivitas lainnya, hingga manusia tidak berguna apa-apa lagi. Walaupun dia seorang profesor, raja atau presiden. Kalau dibiarkan akan busuk dan berkerut, maka terpaksalah ditanam jauh-jauh ke dalam bumi.

Semua orang dulu pasti sudah merasakan mati. Mereka sudah tidak ada lagi di bumi ini. Yang tinggal hanya nama dan sejarah hidup mereka saja. Dan detik itu pasti datang pada setiap orang diantara kita. Ia adalah program yang tidak bisa tidak pasti terjadi, dan kita sering bertanya-tanya: "Kapankah giliranku untuk mati ? Dan apa persediaan yang harus aku lakukan ?".

Kesakitan sewaktu roh dicabut dari badan oleh Malaikat Izrail seperti ditusuk-tusuk 300 kali dengan mata pedang. Hancur lumat hingga hilang segala-galanya. Rasa haus ketika maut tiba teramat sangat azabnya hingga kalaupun air satu lautan diminum tidak akan puas-puas juga. Tersadar kembali sewaktu berhadapan dengan Munkar dan Nakir. Yakni di satu alam luar yang lain dari alam dunia ini. Alam Barzakh namanya. Alam di mana kita dapat melihat malaikat dan bertanya-tanya dengannya. Alam yang diperlihatkan Syurga dan Neraka. Dan dapat juga melihat ragam manusia di dunia yang belum mati lagi itu.

Hidup di sana kalau bahagia, sangat lama sekali yakni hingga Kiamat, mungkin beribu-ribu tahun. Dan kalau kiamat tiba mungkin beribu-ribu tahun lagi. Dan kalau tersiksa pun begitu jugalah lamanya. Bahagia atau derita tergantung pada berhasil atau tidaknya kita ketika di dunia. Kalau berhasil menjalankan tugas sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di muka bumi, maka bahagialah kita. Sebaliknya kalau sewaktu di dunia menjadi hamba nafsu atau syaitan serta berjuang untuk itu, maka malaikat akan mengazab kita di Barzakh sana. Terkurung selama beribu-ribu tahun dalam azab sengsara.

Itu kata Allah dan itulah ketentuan-Nya. Al Quran dan hadis banyak sekali menceritakan tenatng ini dengan sejelas-jelasnya. Lihat contoh-contohnya.

1. Surat Al Qiyamah, ayat 36-40:

"Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa dipertanggungjawabkan) ? Bukankah dia dahulu setitis mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim), kemudian mani itu menjadi segumpal darah lalu Allah menciptakannya sepasang laki-laki dan perempuan. Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang yang mati ?

2. Surat An Naaai'at, ayat 10-14:

"(Orang kafir) berkata "Apakah sesungguhnya kami benar-benar dikembalikan kepada kehidupan yang sebelumnya ?" Apakah (akan dibangkitkan juga) apabila kamu telah menjadi tulang belulang dan hancur lumat ? Mereka berkata "Kalau demikian, itu adalah suatu pengembalian yang merugikan." Sesungguhnya pengembalian itu hanyalah dengan satu tiupan saja. Maka dengan serta-merta mereka hidup kembali di permukaan bumi.

3. Surat An Naazi'at, ayat 34-41:

Maka apabila malapetaka yang sangat besar (Hari Kiamat) telah datang. Pada hari ketika manusia teringat apa yang telah dikerjakannya dan diperlihatkan Neraka dengan jelas setiap orang yang melihat. Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya Nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang yang takut pada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka Syurga tempat tinggalnya.

Demikianlah kita telah diberitahu seterang-terangnya tentang sesuatu yang bakal terjadi dan menimpa setiap diri. Apa pendapat anda ? Nasib di dunia atau nasib di akhiratkah yang hendak diutamakan ? Sebab orang yang kaya di dunia (tetapi tidak bertaqwa) akan miskin di Akhirat, sedangkan miskin di dunia masih ada tempat tinggal, pakaian dan makan minum. Masih bisa berikhtiar. Sedangkan jika miskin di Akhirat, sesuap makanan pun tidak dapat. Tidak ada seorang pun yang simpati.

Kemiskinan dan penderitaan yang mana yang lebih patut ditakuti. Berusaha keras untuk dunia atau untuk Akhirat yang harus diutamakan ? Rasulullah SAW ketika ditanya:
"Siapakah orang mukmin yang paling cerdik ? Sabda Rasulullah : (orang yang paling cerdik) ialah orang yang banyak mengingat mati"
[ Riwayat Ibnu Majah]

Maka fahamlah kita, keutamaan harus diberikan pada urusan-urusan Akhirat. Sebab mati bisa jadi datang besok. Dan kalaulah hal itu terjadi dalam keadaan kita belum menjalankan tugas yang diamanahkan, kita akan menderita selama-lamanya. Sedangkan untuk dunia, kalau hari ini belum selesai, besok bisa disambung lagi. Kelalaian tentang urusan dunia tidak akan mengakibatkan kerugian yang panjang. Contohnya, kalau urusan yang kita tinggalkan dapat disambung lagi. Kita tidak akan rugi apa-apa. Tapi kalau karena dunia kita tangguhkan sholat, tiba-tiba kita mati sebelum shalat. Sementara akibat meninggalkan shalat dengan sengaja ialah 40 tahun masuk Neraka. Demikian juga halnya kalau kita menimbun duit dalam bank, konon untuk masa depan. Kalau kita sempat tua, mungkin duit itu bisa kita gunakan; itu pun di Akhirat tidak dapat apa-apa. Apa jadinya kalau kita mati sebelum tua, sudahlah duit itu tidak berguna untuk kita di dunia, di Akhirat kita akan menderita karena dosa membekukan harta pemberian Allah. Sedangkan kalau duit itu kita korbankan pada jalan Allah, di dunia lagi kita akan hidup senang. Inilah yang diingatkan oleh Rasulullah SAW, melalui sabdanya yang artinya:
Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan berusahalah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok hari.
[Riwayat Ibnu Asakir]

Jangan mengartikan hadis ini menyuruh kita bekerja keras di dunia saja; bekerja keraslah juga untuk Akhirat. Maksud yang sebenarnya ialah urusan dunia karena masih lama lagi (masih ada waktu) bisa ditangguhkan atau dikemudiankan; sedangkan untuk Akhirat, karena bisa jadi mati esok, harus disegerakan atau didahulukan.

Ingatlah mati dan akibatnya. Ia dahsyat, hebat dan menakutkan pada yang mati dan untuk yang tinggal. Secara kasar kita sudah ceritakan hal sesudah mati, untuk yang mati dan akan mati. Mari kita lihat akibat mati pada yang hidup. Betapa hebat dan menakutkan!

Demikianlah dahsyatnya akibat kematian; ngeri dan menakutkan. Sebut saja mati, orang yang tidak beriman sangat benci. Sebaliknya orang yang beriman akan insyaf; sedangkan para kekasih Allah merasakan mati itu indah karena saat pertemuan dengan Allah sudah tiba. Betul-betullah mati itu sebagai guru. Sabda Rasulullah:
Terjemahannya:
"Cukuplah kematian itu sebagai nasehat"
[Riwayat At Tabrani]

Kenapa Allah jadikan mati begitu dahsyat ? Jawabannya supaya manusia memberi perhatian serius. Sebab biasanya satu hal yang besar dan dahsyat sangat diberi perhatian oleh manusia. Begitulah sepatutnya dengan mati. Oleh karena akibatnya terlalu dahsyat pada yang mati dan yang hidup, tentu kita tidak bisa berbuat seolah-olah tak tahu saja. Haruslah berusaha dan bersedia dengan sebaik-baiknya, agar takdir Allah itu (ujian) dapat dihadapi dengan baik dan berhasil.

Ibarat kita akan menghadapi suatu tes ujian kenaikan yang besar dan penting. Tentu kita akan siap sedia dengan bersungguh-sungguh menghadapinya karena mengharapkan kejayaan. Demikiankan halnya dengan mati ini. Iman dan taqwa, amal sholeh dan akhlak mulia dengan Allah dan dengan manusia adalah syarat penting untuk selamat baik untuk yang pergi atau yang ditinggal. Yang pergi selamat di kubur, yang ditinggal tidak menderia. Iman dan taqwa akan jadi penghiburnya.

Friday, March 27, 2009

BAHAGIA HAKIKI HANYA BILA MANUSIA MENYINTAI TUHANNYA. CINTA PALSU BILA MANUSIA MENYINTAI MANUSIA

Sebelum tajuk ini dikupas, terlebih dulu dihuraikan erti bahagia.

ERTI BAHAGIA
1. Bahagia itu bersifat rohaniah. Ia bersifat kejiwaan.
2. Bahagia itu adalah rasa atau perasaan. Ia tidak bersifat fizikal.
3. Apabila ia dikatakan rasa atau perasaan, maka bahagia itu bertapak pada roh. Bahagia itu bukan pada mata, telinga atau tangan.

Dengan kata lain, bahagia itu bukan bersifat luaran. Cuma kadang-kadang benda-benda luaran menjadi sebab kepada kebahagiaan. Itu pun tidak hakiki. Kebahagiaan itu berlaku juga kerana ia membentuk rasa-rasa, namun ia tidak kekal atau hanya berlaku pada masa-masa tertentu sahaja. Kerana itulah kebahagiaan yang begitu dikatakan tidak hakiki.

BAHAGIA YANG BERSIFAT DUNIA
Setelah diberikan definisi bahagia, sekarang dibahaskan pula tentang kebahagiaan dunia. Dalam kebahagiaan dunia, perkara atau benda luaran itu membantu juga. Hal-hal pendidikan juga membantu ke arah kebahagiaan itu walaupun ianya tidak hakiki. Kebahagiaan dunia itu tidak hakiki, tidak kekal dan boleh terbatal disebabkan keadaan-keadaan tertentu atau keadaan yang berubah. Sewaktu merasa bahagia, dapat dirasakan yang bahagia itu akan kekal. Oleh kerana bahagia itu bukan hakiki, kadang-kadang ia dibatalkan oleh keadaan-keadaan mendatang. Itulah kebahagiaan dunia, ianya tidak kekal.

Perkara ini perlu difahami betul-betul kerana ianya agak susah kalau hendak dihuraikan semula. Ini belum lagi memperkatakan tentang bahagia bersama Tuhan. Di sini, kita dibawa berfikir dahulu agar perkara ini dipandang secara luas dahulu sebab ini akan membantu. Di hujungnya nanti baru difokuskan kepada kebahagiaan bersama Tuhan.

Sebenarnya, apabila bahagia dikatakan bersifat rohaniah, ia ada hubungan dengan keyakinan sekalipun ianya hal dunia. Keyakinan itulah yang boleh membawa bahagia walaupun tidak kekal atau tidak lama masanya.

Ada beberapa contoh yang boleh diberikan untuk menunjukkan bahawa bahagia itu ada hubungan dengan keyakinan. Di antaranya:

Contoh 1:
Katakan terdapat dua orang yang sama-sama sakit. Kalau dengan sakit itu boleh dapat bahagia, kedua-duanya rasa bahagia. Kalau sakit itu tidak membawa bahagia, kedua-duanya tidak bahagia. Tetapi oleh kerana bahagia itu ada kaitan dengan keyakinan, maka yang satu boleh dapat bahagia dan yang satu lagi dapat sakit semata-mata.

Untuk memperjelaskan lagi, diandaikan kedua-dua orang sakit itu adalah perempuan. Yang pertama sakit hendak bersalin dan yang kedua mengidap sakit barah. Kedua-duanya sakit. Yang mengidap sakit barah tidak merasa bahagia kerana penyakitnya tidak ada harapan. Penyakit barah itu memang tidak ada harapan, hanya menunggu maut sahaja. Sedangkan bagi perempuan yang hendak bersalin, walaupun sakit tetapi oleh kerana ada harapan hendak mendapat cahaya mata, hilang rasa sakit. Dia dapat rasa bahagia sebab sakit itu adalah kerana hendak mendapat cahaya mata dan cahaya mata itu adalah rahmat. Dia rasa yakin bahawa sakit itu kerana hendak mendapat anak. Di sini dapat dilihat, untuk kebahagiaan dunia, apabila dua orang mendapat sakit, yang satu bahagia dan yang satu lagi tidak bahagia. Kenapa?

Inilah yang menunjukkan kedua-duanya mempunyai keyakinan yang berlainan. Bagi perempuan yang pertama, rasa bahagia sebab hendak mendapat anak. Lebih-lebih lagi anak sulung pula, mesti terfikirkan bagaimana agaknya rupa anak yang bakal lahir. Pada masa itu, sakit pun tidak terasa sangat. Sakit tetap sakit tetapi ia tidak menghilangkan bahagia.

Bagi yang menanggung sakit barah, apalah harapan yang ada bila menghidap penyakit ini? Jadi dia mendapat dua kali sakit. Pertama, sakit barah iaitu fizikalnya sakit. Kedua, sakit jiwa kerana tertanya-tanya bila akan mati. Itu yang membuat dia sakit jiwa.

Itulah contoh dan bukti bahawa bahagia itu ada hubung kait dengan keyakinan. Itu hanya masih bersifat dunia. Anak itu juga kebahagiaan dunia. Apabila lahir anak, bertambah rasa seronok dan hilang rasa sakit. Tetapi apabila anak membesar dan dewasa, dia menjadi derhaka. Pada masa itu rasa bahagia dibatalkan oleh keadaan. Ibu bapa hilang rasa bahagia kerana kecewa. Rupa-rupanya, anak yang pada mulanya membawa bahagia tetapi sekarang menghancurkan hati mereka. Dalam hal ini, mereka pernah juga mendapat rasa bahagia sebab ada keyakinan bahawa anak itu membawa bahagia tetapi dalam jangka masa panjang, rasa bahagia itu terbatal. Ini menunjukkan bahagia dunia itu tidak hakiki.

Setelah ada pengalaman pertama, barulah terfikir bahawa apabila mendapat anak tidak semestinya merasa bahagia. Itu telah dibuktikan setelah mendapat anak. Waktu tidak ada pengalaman dulu, ada keyakinan bahawa anak akan membawa bahagia. Waktu mendapat anak disangkakan bahagia. Apabila anak itu derhaka, rasa bahagia hanya tinggal separuh. Keyakinan pun tinggal separuh bercampur pula dengan bimbang. Pada masa itu mula terfikir kalau-kalau ianya terjadi lagi. Bimbang kalau anak kedua pun akan menjadi jahat juga.

Jadi, begitulah kalau orang bahagia dengan dunia. Ia tidak kekal. Kiaskanlah kebahagiaan dengan benda atau perkara yang lain seperti suami, isteri, harta benda, rumah dan lain-lain. Kebahagiaan itu bersifat kejiwaan atau perasaan. Hal-hal dunia ini akan mengalami beberapa keadaan, maka kebahagiaan dunia itu pun akan terubah oleh keadaan.

Contoh 2:
Seorang lelaki yang sudah bertunang, berjanji akan berkahwin dengan tunangannya. Waktu di dalam alam pertunangan, segalanya indah. Apabila sudah berkahwin, keindahan itu sedikit demi sedikit terhakis. Jelas menunjukkan di sini bahawa kebahagiaan dunia itu terubah oleh keadaan.

Kebahagiaan itu sangat berhubung kait dengan keyakinan. Contohnya, lelaki tadi menerima panggilan daripada tunangnya yang hendak berjumpa di satu tempat pada pukul dua pagi. Kemudian ada satu lagi panggilan dari orang lain, mahu berjumpa dengannya di tempat dan waktu yang sama. Pada waktu itu rasa bahagia tidak sama terhadap kedua-duanya. Dengan tunangnya, walaupun belum berjumpa tetapi sudah rasa bahagia sehingga hilang rasa mengantuk. Walaupun hendak berjumpa pukul dua pagi, dia tidak terasa susah kerana ada keyakinan. Yang hendak ditemui adalah tunangnya yang akan dikahwini. Apabila keyakinannya indah, dia rasa bahagia. Ada harapan di situ. Walaupun harapan itu tidak sampai ke mana dan tidak hakiki.

Dengan orang yang kedua, rasa susah hendak pergi berjumpa dengannya kerana tidak kenal dan tidak yakin. Rasa ragu-ragu, bimbang kalau ditipu. Tertanya-tanya kenapa hendak berjumpa? Kalau keyakinan tidak ada, hati rasa bergelombang.

BAHAGIA YANG HAKIKI
Setelah difahami apa erti bahagia dan sebab-sebab untuk bahagia, barulah boleh dikupas bahagia yang hakiki iaitu bahagia dengan Tuhan. Bahagia dengan Tuhan tidak sama dengan bahagia dengan dunia seperti yang telah dibincangkan tadi. Oleh kerana dunia ini dikatakan benda yang dekat, maka bahagia dunia iaitu bahagia dengan benda atau perkara yang telah disebutkan tadi, ia mudah untuk difahami.

Apabila mudah difahami, bahagia itu cepat dirasai. Cuma bahagia itu tidak kekal. Ia akan dibatalkan oleh keadaan. Sebab itu selalu berlaku orang kaya dan orang berjawatan tinggi pun bunuh diri. Kalau tidak bunuh diri pun, mati terhina di hujungnya. Ini kerana bila sampai satu tahap, kebahagiaan dunia akan hilang.

Untuk merasa bahagia dengan dunia adalah mudah dan cepat tetapi untuk merasa bahagia dengan Tuhan, susah dan tidak cepat berlaku. Jadi, sebenarnya amat payah untuk mencari bahagia dengan Tuhan. Falsafah ini tinggi, agak sukar difahami.

Hendak merasai bahagia dengan Tuhan, kalau setakat percaya sahaja yang Tuhan itu ada, memang tidak boleh. Aqidah itu hanya setakat cukup makan sahaja. Hanya untuk mengesahkan iman agar seseorang itu tidak kafir. Kalau hanya paras itu aqidah seseorang, dia sudah Islam dan bukan kafir tetapi dia belum dapat merasa bahagia dengan Tuhan. Seperti yang sudah diperkatakan tadi, bahagia ada hubung kait dengan keyakinan. Percaya saja tidak akan membawa kepada rasa bahagia. Yakni hanya percaya tetapi tidak yakin. Kalau hendak merasa bahagia dengan Tuhan tetapi tidak yakin dengan Tuhan, pasti kebahagiaan itu tidak dapat dirasakan.

Ramai ahli abid yang malamnya bersembahyang, siang berpuasa, wirid dan zikir tetapi hatinya setakat percaya. Aqidahnya kalau sekadar itu, hanya cukup untuk mengesahkan bahawa dia adalah orang Islam namun dia tidak akan mendapat kebahagiaan. Ini sudah banyak kali terbukti apabila didapati ramai ahli ibadah tidak dapat hidup tenang. Berapa ramai ahli ibadah yang suka marah-marah, bersifat bakhil dan hasad dengki sedangkan kalau tengok ibadahnya, dia seperti seorang wali. Itulah akibatnya bila beribadah tetapi terputus dengan Tuhan. Dia percaya Tuhan itu ada tetapi keyakinannya lemah. Dia percaya tetapi belum yakin. Itukah yang dikatakan beragama?

Bahagia hakiki adalah bahagia dengan Tuhan. Bahagia yang kekal abadi. Di dunia boleh dapat, lebih-lebih lagi di Akhirat. Begitu pun, ia tidaklah semudah mendapat bahagia dunia. Oleh kerana bahagia dengan Tuhan sangat mahal, hendak mendapatkannya payah. Hendak dapat bahagia dengan Tuhan iaitu bahagia di dunia sampai Akhirat yang hakiki dan kekal abadi, ada beberapa syaratnya. Di antara syarat-syaratnya ialah:

1.Tahap pertama
Mesti kenal Tuhan betul-betul sampai jatuh hati dengan Tuhan. Hingga dapat rasa takut dan cintakan Tuhan. Maka itu satu tahap. Apabila cinta Tuhan, automatik datang rahmat dan berkat dari Tuhan.

a. Bila cintakan Tuhan, datang cinta sesama makhluk. Apabila cinta sesama makhluk, kita akan jadi berkasih sayang, timbang rasa, bertolak ansur dan kita dapat hiburan di situ. Tapi kalau kita jenis beragama setakat Islam dan laksanakan syariat sahaja, tidak sampai cinta kepada Tuhan maka tidak dapat rasa indahnya. Kita menderma tetapi tidak rasa indah. Kita tolong orang pun tidak terasa indah. Sebab itu, orang di zaman dulu membantu orang kerana merasakan indahnya. Mereka tidak kaitkan dengan syariat tetapi dikaitkan dengan Tuhan. Di waktu susah, Sayidatina Aisyah tetap bersedekah setidak-tidaknya sebelah tamar. Itu pun sudah cukup untuk disedekahkan. Kalau dalam satu hari dia tidak dapat bersedekah, dia sangat tidak merasa bahagia. Apabila dapat bersedekah, dia cukup rasa bahagia. Terasa ringan satu hari. Bagi kita pula, kalau tidak bersedekahlah rasa bahagia. Kalau bersedekah, terasa rugi.

b. Begitu juga bagi orang yang takut dengan Tuhan. Mereka akan takut hendak berbuat jahat dengan makhluk Tuhan. Itulah kesan daripada rasa takut dengan Tuhan. Apabila tidak takut Tuhan, tidak takut hendak berbuat jahat dengan makhluk Tuhan. Di situlah tidak ada bahagia.

Contoh-contohnya:
i. Jika kita bersifat pemarah, adakah akan rasa bahagia? Lebih-lebih lagi kalau sifat pemarah itu sudah menjadi budaya. Ada kesan sampingan atau side effect yang sangat halus, yang tidak kita sedari, di mana dalam keadaan tidak marah pun, hati menjadi risau. Bila tidak ada masalah pun, selalu risau. Itulah side effect sifat pemarah. Orang yang pemarah itu, kesannya tidak akan bahagia. Sifat pemarah itu akan menggelodak dan mengganggu jiwa. Maklumlah ia itu penyakit hati. Sakit gigi pun kita tidak bahagia, inikan pula kalau hati yang sakit.

ii. Apabila rasa takut dengan Tuhan, maka akan rasa takut hendak berhasad dengki. Mengapa orang suka berhasad dengki? Itu kerana hatinya tidak bahagia melihat orang lain senang. Sifat pemarah sudahlah mencacatkan hati. Bila datang hasad dengki, maka bertambah lagi. Itulah kesan-kesan tidak takut Allah membuatkan orang tidak takut berhasad dengki. Adakah waktu hasad dengki itu rasa bahagia? Lebih-lebih lagi orang yang kita hasadkan lebih istimewa dan lebih maju menyebabkan kita merasa bertambah sakit dan bertambah tidak bahagia.

iii. Kita berdendam dengan orang kerana tidak takut Tuhan, adakah rasa bahagia? Pasti tidak ada. Berdendam itulah yang merosakkan kebahagiaan, menjadikan seseorang itu tidak merasa bahagia. Itu akibat tidak takut dengan Tuhan. Kalau tidak takut Tuhan maka tidak takut hendak berdendam sesama manusia.

Itulah rahsianya mengapa tidak bahagia. Sebaliknya apabila takut dengan Tuhan, tidak pernah berdendam tetapi berbaik sangka dengan orang, hati rasa bahagia. Kalau mazmumah itu hasil dari rasa tidak takut dengan Tuhan, walaupun berlaku sekali-sekala tetapi oleh kerana ianya banyak, kita memendamnya tanpa disedari. Memendam mazmumah itu menimbulkan tekanan rohani. Akibatnya, waktu tidak ada masalah apa pun, hati rasa risau. Apalagi waktu ada masalah, mesti menjadi lebih risau. Kesan sampingan dari memendam mazmumah itu ialah rasa risau, tidak tenteram, marah dan lain-lain lagi. Sedangkan kalau takut dengan Tuhan, mazmumah itu tidak ada, pasti rasa tenang dan bahagia sebab tidak ada yang mengganggu hati. Tidak ada hasad dengki, sombong, marah dan dendam yang mengganggu. Itu satu tahap bahagia.

2.Tahap kedua
Mesti percaya dan yakin dengan Tuhan. Seperti yang telah diperkatakan, ramai orang percaya tetapi tidak yakin dengan Tuhan. Sedangkan Tuhan sentiasa berperanan. Mana ada waktu Tuhan tidak berperanan kepada kita walaupun dalam satu detik. Cuma peranan itu ada yang bersifat positif atau negatif. Dalam 24 jam, Tuhan mesti berperanan ke atas kita. Jadi, kalau setakat percaya dengan Tuhan tetapi tidak yakin dengan peranan Tuhan, apabila Tuhan datangkan sesuatu ujian seperti sakit, miskin, patah kaki dan sebagainya, akan hilang rasa bahagia sebab tidak faham dan tidak tahu kenapa Tuhan datangkan ujian sedemikian. Sedangkan kalau kita yakin dengan Tuhan, apabila menerima ujian, kita akan ucap, "alhamdulillah". Moga terhapus dosa-dosa. Terasa ada perhatian Tuhan terhadap kita. Rasa lega kerana tahu dan faham apa maksud Tuhan.

Sebab itulah terjadi, apabila dua orang yang kena musibah yang sama, seorang merasa susah dan seorang lagi merasa tidak susah. Yang satu kecewa dan yang satu lagi gembira. Ini adalah kerana yang seorang yakin dengan peranan Tuhan dan yang seorang lagi tidak yakin, menyangka Tuhan hendak merosakkannya. Inilah rahsia bahagia dengan Tuhan. Ini tahap kedua untuk bahagia bersama Tuhan.

3.Tahap ketiga
Apabila Tuhan memberi nikmat, kalau faham peranan Tuhan, ada dua kegembiraan dan kebahagiaan di situ.

a. Tentulah rasa gembira apabila dapat nikmat. Itu fitrah. Tetapi kalau rasa gembira dan bahagia itu hanya fitrah sahaja, ia akan menjadikan seseorang itu rosak dan sombong. Akibatnya dia boleh menyalahgunakan nikmat dan tidak akan bersyukur kepada Tuhan.

b. Kalau faham tujuan Tuhan memberi nikmat adalah agar kita boleh buat lebih banyak kebaikan dan nikmat itu dapat kita hebahkan, itu akan menambah satu lagi kegembiraan iaitu ia akan menyelamatkannya dan seseorang itu akan berbahagia sepanjang masa. Dia tahu rupanya Tuhan memberi nikmat supaya dia boleh berbuat baik. Supaya boleh mendapat pahala yang banyak. Dia akan berterima kasih kepada Tuhan.

Yang pertama tadi, apabila mendapat nikmat, seseorang itu akan merasa gembira sahaja. Itu terjadi secara semula jadi. Itu fitrah. Kemudian dia boleh menjadi sombong, megah dan jika tersalah guna nikmat, akan menjadi bakhil. Melainkan kalau ditambah lagi iaitu dengan memahami bahawa tujuan Tuhan memberi nikmat adalah untuk membuatkan kita berbuat lebih banyak kebaikan dan menambah pahala, itulah kebahagiaan yang sebenar. Itu bahagia hakiki. Kebahagiaan yang pertama tadi iaitu kebahagiaan semula jadi atau fitrah, tidak kekal kerana apabila datang ujian, bahagia itu terbatal. Tetapi kalau ditambah dengan kebahagiaan kedua, apabila sudah faham dan yakin tentang peranan Tuhan, kebahagiaan kedua itu tidak akan terjejas. Itu kebahagiaan hakiki.

Jadi itulah syarat kebahagiaan bersama Tuhan. Yang pertama, mesti kenal Tuhan. Apabila sudah kenal, akan rasa cinta kepada Tuhan. Kemudian takut dengan Tuhan dan faham serta yakin tentang peranan Tuhan. Meyakini bahawa setiap sesuatu yang Tuhan beri adalah tidak sia-sia dan semuanya ada maksud baik walaupun nampak negatif. Seseorang yang berkeyakinan begitu tidak akan kecil hati, berputus asa atau kecewa sebaliknya dia akan rasa bahagia.

Itulah yang dimaksudkan bahagia bersama Tuhan. Kalau sekadar percaya dengan Tuhan tetapi tidak yakin maka tidak akan dapat bahagia yang seperti itu. Seseorang yang cinta, takut dan faham serta yakin dengan Tuhan, dia akan tahu bahawa peranan Tuhan semuanya baik dan tidak ada yang sia-sia. Asalkan ianya boleh difahami dan diterima. Itulah bahagia yang hakiki. Di dunia lagi sudah mendapat bahagia, apalagi di Akhirat nanti

MENGAPA ALLAH JADIKAN MANUSIA

DALAM memperkatakan manusia dan ibadahnya kepada Allah S.W.T perlulah kita fahamkan maksud sebenar mengapa Allah menjadikan manusia dan menghidupkannya di mayapada ini. Kalau sekadar untuk mewujudkan makhluk-makhluk yang terus menerus memberikan taat setia serta patuh kepada segala perintah-Nya, maka tentulah mencukupi makhluk malaikat yang telah dijadikan-Nya, yang mana mereka itu tidak pernah engkar kepada perintah-Nya. Kerana itu manakala Allah menyatakan yang Dia akan menjadikan manusia-manusia di muka bumi ini, maka malaikat-malaikat berkata yang manusia-manusia ini akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah. Namun demikian, Allah-lah yang lebih mengetahui apa yang mereka tidak tahu. Kerana itu Allah terus menjadikan manusia di bumi ini supaya ia menjadi khalifah atau duta-Nya.
Firman Allah:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini” - Al Baqarah: 30

Hasilnya ialah Nabi Allah Adam A.S dan seterusnya seluruh zuriat-zuriat keturunannya. Maka Nabi Adam A.S adalah merupakan khalifah Allah yang pertama di bumi manakala seluruh zuriat keturunannya hingga dewasa ini adalah merupakan generasi khalifah-khalifah yang akan menyambung tugas Nabi Adam AS. Apakah tugas bagi generasi khalifah-khalifah ini? Tidak lain tidak bukan sudah barang tentulah untuk beribadah kepada Allah semata. Sebagaimana yang telah Allah tegaskan dalam Al Quran
Maksudnya :
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan agar mereka beribadah kepada Aku. ” - Ad Dzariat: 56

Dengan matlamat agar manusia-manusia yang telah Allah jadikan itu taat beribadah, maka tentulah Dia tidak membiarkan mereka itu tanpa berpedoman dan panduan.Mereka ini Allah wajibkan supaya berpandu kepada‘ risalah-risalah atau syariat-syariat yang diutuskan-Nya kepada para Rasul masing-masing. Rasul-Rasul ini diutuskan oleh Allah dari zaman ke zaman dan manusia tidak dibenarkan menyeleweng dari syariat yang ditetapkan.Tiap-tiap Rasul yang Allah utuskan tidak boleh mengeluarkan syariat masing-masing. Di kalangan para Rasul yang teragung dan yang terakhir sekali ialah Nabi Muhammad S.A.W. Maka umat Nabi Muhammad dikeluarkan perintah untuk beribadah kepada Allah menurut syariat-syariat yang telah disampaikan oleh Allah kepada Rasulullah S.A.W; satu syariat yang dikenali sebagai Dinul Islam atau syariat Islam.

Lantaran dari itu nyatalah Islam menjadi pegangan setiap umat Rasulullah S.A.W dan mereka diperintahkan supaya mematuhi syariat Islam di dalam setiap aspek kehidupan sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dalam firman-Nya:
Maksudnya:
“Masuklah kamu di dalam agama Islam semuanya sekali. ” - Al Baqarah: 208

Sesungguhnya perintah Allah ini adalah menyeluruh dan tidak ada seorang pun yang terkecuali. Dan bagi mereka yang soleh atau yang taat setia atau yang bertaqwa, ganjaran mereka adalah syurga iaitu suatu rahmat ALLAH yang paling besar. Sebaliknya bagi mereka yang mengengkari syariat Rasulullah ini adalah tergolong sebagai kafir atau derhaka (‘asi). Mereka akan dibalas dengan seksa yang amat dahsyat serta menggerunkan di akhirat kelak. Gelanggang penyeksaan yang tiada tolok banding di dunia ini dinamakan Neraka Jahanam dan ini telah Allah firmankan:
Maksudnya:
‘Adapun mereka yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka itu Syurga Makwa sebagai ternpat tinggal sebab perbuatan mereka itu. Dan adapun bagi mereka yang fasik (perosak) maka tempat mereka adalah neraka.” - As Sajadah: 20
Waliyazubillah.

Kesimpulannya, kita ini kesemuanya adalah duta Allah yang dihantarkan ke dunia bagi menjalankan segala perintah yang disampaikan melalui Rasul-Rasul pilihan-Nya. Untuk ini bagi kita ialah Nabi Muhammad S.A.W dan syariatnya ialah Islam. Melalui lslamlah kita diperintahkan beribadah kepada Allah, kita diperintahkan mencurahkan segala bakti dan taat setia kepada-Nya. Barulah bersesuaian dengan taraf kita sebagai duta-Nya. Sebagaimana kalaulah kita ini dihantar oleh kerajaan kita menjadi duta ke negeri orang yang mana kita dilengkapi dengan segala kemudahan seperti kereta, rumah, gaji besar dan sebagainya, maka semestinyalah segala kemudahan ini semata untuk membolehkan kita menjalankan tugas kita dengan sebaiknya mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh negara yang kita wakili itu.

Seandainya kita cuai dengan tanggungjawab kita, malah menggunakan segala kemudahan itu untuk kepentingan diri kita sendiri, maka kita pasti menerima hukuman mengikut kadar kesalahan yang kita lakukan. Begitu jugalah dengan kedudukan kita sebagai duta Allah, yang mana kita dihantar ke dunia untuk menjalankan segala tugas yang telah disyariatkan dan diberikan segala kemudahan agar kita beribadah kepada-Nya maka sekiranya kita menyalah-gunakan kemudahan itu, sudah tentulah apabila kita dipanggil balik ke negara asal kita iaitu negara akhirat, (kita ini sebenarnya bukan warganegara dunia tetapi adalah warganegara akhirat) maka kita akan dihadapkan ke pengadilan dan kita akan diberi hukuman setimpal dengan setiap kesalahan kita. Kita tidak akan dapat melepaskan diri kita daripada seksa Allah yang amat menakutkan itu.

ALLAH ADALAH PENGHIBUR AGUNG YANG SEBENAR-BENARNYA

Kedatangan Islam di dunia adalah untuk menghiburkan manusia. Di situlah indahnya Islam. Islam itu menghibur. Penghibur yang paling besar ialah Tuhan yang Maha Agung. Kalau Tuhan itu dikenali dan kalau kita tahu kerja-kerja Tuhan, maka kita akan dapati Tuhan itu sangat menghiburkan.

Tuhan adalah penghibur yang agung.



Mari kita lihat bagaimana Tuhan itu Maha Penghibur. Sebagai contoh:

- Perkara biasa yang selalu kita tempuh tetapi kita tidak sedar, iaitu menyedut udara. Udara itu udara Tuhan. Kalau tidak ada udara, kita akan mati. Ertinya, dapat menyedut udara itu satu hiburan. Ia menghiburkan tapi kita tidak sedar. Kalau Tuhan cabut udara itu, kita terseksa bahkan kita mati. Ertinya kita tidak terhibur.

- Bumi yang kita pijak adalah ciptaan Tuhan. Bila mendongak ke langit biru; itu langit Tuhan; ia menghiburkan mata. Melihat pemandangan hijau dan indah, pergi ke pasar mencari lauk, ikan, daging, sayur-sayuran dan lain-lain, ini semua menghiburkan. Tapi kita tidak perasan dan tidak pernah kita ceritakan. Kita hanya pandang bersahaja.

- Bila kita bekerja menggunakan tenaga, kita jadi letih dan perlu rehat. Tuhan bagi kita rasa mengantuk. Kalau kita tidak mengantuk walaupun cuba tidur, kita tidak boleh tidur. Ertinya mengantuk itu menghiburkan. Bila tidur, ia dapat menyegarkan badan. Badan kita pun segar kembali. Itu hiburan dari Tuhan.

- Bertemu dengan manusia, kita dapat meluahkan perasaan dan dapat berkongsi rasa. Dia juga meluahkan perasaannya kepada kita. Apabila dapat meluahkan perasaan, lega rasanya. Itu pun hiburan dari Tuhan. Tuhan menghiburkan kita setiap masa.

- Apabila kita membuat sesuatu perkara yang baik, kita disuruh menyebut nama Tuhan. Tuhan suruh kita sebut:

Bismillahirrahmanirrahim (dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang).

Tuhan pilih dua nama-Nya dari 99 nama Allah, iaitu Ar Rahman dan Ar Rahim.

Dengan Ar Rahman, Tuhan beri kita segala macam nikmat.
Dengan Ar Rahim, Tuhan beri kita segala macam rahmat.


Cara itu Tuhan menghibur kita. Ertinya Tuhan kenalkan diri-Nya, 'Akulah penghibur.' Tuhan tidak suruh kita sebut: Bismillahijabbarulqahhar (dengan nama Allah yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa). Selama ini kita tidak perasan dan kita tidak sedar.

Kita hanya tahu kalau sebut Bismillahirrahmanirrahim, kita dapat fadhilat. Kita tidak diajar bahawa Tuhan itu penghibur agung. Kita diajar fadhilat saja.

- Tuhan buat siang dan malam. Kejadian siang malam itu hiburan dari Tuhan. Kalau malam saja, ia menyusahkan kita. Demikian pula kalau siang saja. Siang untuk keperluan kerja. Malam untuk berehat iaitu dengan tidur. Bila bangun pagi, badan segar kembali dan penuh dengan tenaga yang baru. Tidak terhiburkah kita?

Kita tidak pernah diajar tauhid seperti ini. Tuhan itu penghibur agung, tidak ada penghibur seagung Tuhan. Sebab itulah Allah datangkan syariat, seolah-olah Tuhan berkata, "Kalau Aku menciptakan kamu, Aku adalah penghibur agung kamu. Sebab itu Aku buat syariat sebagai peraturan dan sistem hidup buat menghiburkan kamu."



SYARIAT: HIBURAN DARI TUHAN

Tuhan adalah penghibur agung. Didatangkan syariat itu sebagai hiburan kedua. Tetapi ramai manusia menganggap syariat itu menekan dan menyusahkan. Mereka kata syariat itu menghilangkan kebebasan.

Bagaimana syariat itu merupakan hiburan dari Tuhan? Antaranya ialah:

- Syariat mengajarkan kita bahawa kalau orang bersalah, kita maafkan. Tidak terhiburkah? Padahal kalau tidak dimaafkan, betapa sakit perasaan orang itu.

- Tuhan kata jiran mesti dijaga walaupun kafir, perlu dibuat macam keluarga sendiri. Tidak terhiburkah?

- Bila berkawan, mesti setia. Tidak terhiburkah?

- Bila ada orang menentang kita dalam berdakwah, kita doakan dia. Tidak terhiburkah?

Cuba baca sejarah orang yang paling kuat berjuang seperti para rasul yang tidak ada tandingannya. Baca sejarah Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Musa, Nabi Nuh, Nabi Daud. Mereka tidak pernah bunuh orang, kecuali Nabi Musa a.s. yang telah membunuh seorang lelaki Qibti sebelum baginda dilantik menjadi nabi. Itu pun secara tidak sengaja.

Rasulullah SAW menyertai peperangan sebanyak 27 kali tetapi tidak sekali pun membunuh orang, padahal peluang ada. Walaupun ada peluang, Rasulullah memilih untuk maafkan. Tidak terhiburkah hati orang?

- Tuhan datangkan Rasulullah untuk menghiburkan manusia. Baginda sangat berlemah lembut dengan musuh-musuhnya. Kalau mereka tidak mahu masuk Islam, Rasulullah biarkan dengan harapan satu hari nanti anak cucunya masuk Islam. Tidak terhiburkah?


Kenapakah sesetengah ulama atau pejuang-pejuang Islam hari ini bila mengajak untuk berjihad, mereka hendak bunuh orang? Hendak tembak dan bom orang. Dari mana mereka belajar? Para rasul tidak ada yang berbuat begitu. Akibatnya orang kafir takut dengan Islam dan pejuang Islam malah orang Islam pun jadi takut.

Jadi Tuhan minta kepada manusia untuk menghiburkan orang dengan mencontohi Tuhan sendiri yang Maha Penghibur. Tuhan juga datangkan orang-orang-Nya yang berjuang untuk menghiburkan manusia. Walaupun mereka susah, yang penting orang terhibur. Bagi orang-orang Tuhan seperti ini, kesusahan itu sendiri satu hiburan kepada mereka

FALSAFAH PERNIAGAAN MENURUT PANDANGAN ISLAM


Berniaga bukan semata-mata dengan tujuan mencari untung, kerana di dalam perniagaan tidak sentiasa mendapat untung. Di dalam perniagaan sering sering sahaja mendapat kerugian.

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah hendak memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Firman Allah SWT :
Maksudnya :
Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat;mereka takut akan hari yang bergoncang segala hati dan pemandangan di waktu itu. (An Nur: 37)

Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas ibadahnya itu berlaku yang mana kebaikannya pula dan pahalanya pula amat banyak sekali di antaranya:
1. Kita banyak mendapat kawan,di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di Akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat.

2. Boleh memberi khidmat sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung. Mengikut Hadis:
Maksudnya:
Sebaik-baik manusia ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.

3. Di dalam perniagaan ada unsur-unsur kerjasama.Bekerjasama, Islam sangat menggalakkan.
Al Quran ada memberitahu yang maksudnya:
Bertolong bantulah di atas kebaikan dan ketaqwaan. (Al Maidah: 2)

4. Di dalam perniagaan ada tolak ansur.Tidak ada tolak ansur, tidak boleh berniaga .Di dalam Islam,bertolak ansur adalah salah satu sifat yang terpuji.

5. Perniagaan boleh memudahkan masyarakat mengurus keperluan hidupnya, terutama di bidang makan minum.Di sini Islam memandang satu kebaikan kerana ada unsur mengutamakan orang lain atau memudahkan orang lain.6. Di dalam berniaga dapat menyelamatkan barangan keluaran masyarakat Islam. Kalau tidak, barangan itu akan terbuang dan akan timbul pembaziran. Di dalam Islam, pembaziran sangat dilarang,menjauhi pembaziran satu kewajipan.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
Sesungguhnya orang yang membazir saudara-saudara syaitan.(Al Isra: 27)

7. Di dalam perniagaan banyak pengalaman akan diperolehi sama ada di segi pengurusan, mengenal tempat, mengenal barang dan lain-lain lagi.Di dalam Islam mencari ilmu dan pengalaman sangat dituntut.

8. Di dalam mengendalikan perniagaan ada latihan kesabaran.Sifat sabar salah satu daripada sifat mahmudah,bahkan ia sangat diperlukan di dalam kehidupan.Orang yang sabar, pahala yang diberikan kepadanya tanpa hisab.
Firman Allah dalam Al Quran:
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja akan disempurnakan pahala dengan tidak terkira. (Az Zumar:10)

9. Berniaga merupakan salah satu cara memajukan agama, bangsa dan negara. Ia merupakan tanggungjawab khalifah Tuhan(manusia) di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Allah serta dapat menikmati nikmat-nikmatNya agar manusia boleh bersyukur hingga mereka mendapat pahala syukur.

10. Di dalam perniagaan,boleh dapat peluang mengeluarkan zakat, salah satu dari rukun Islam dapat ditunaikan. Dengan itu salah satu sumber saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain dapat diwujudkan.Maka di sini banyak pula golongan terbantu
Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran:
Maksudnya:
Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatimserta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesame manusia kata-kata yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. (Al Baqarah: 83)

11. Di dalam perniagaan kita dapat membuat latihan berlapang dada berhadapan dengan perintah manusia.Ia sentiasa mencabar emosi kita.Maka kita selalu sahaja menyembunyikan kemarahan kita.Meyembunyikan kemarahan itu adalah disuruh dalam Al Quran.Dalam Al Quran ada menyebutkan meyembunyikan sifat marah itu,ia adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
" Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.Dan Allah mengasihi orang-orang yang berbuat pekara-pekara yang baik. (Ali Imran: 134)

12.Di dalam perniagaan memerlukan sifat berlapang dada,bertolak ansur,memberi maaf,berlebih kurang,bersimpati.Sifat ini adalah dipuji dan sangat diperlukan dalam pergaulan.Di dalan Hadis ada disebutkan Islam itu adalah as-samahah,agama berlapang dada dan pemaaf.

13. Di dalam perniagaan ada peluang kerja untuk manusia sebagai sumber pencarian. Disini dapat mengelakkan manusia daripada menganggur yang dilarang oleh syariat. Maka dengan sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain sama, ertinya, adanya perniagaan, menjadikan tenaga manusia produktif mengeluarkan hasil untuk faedah manusia yang lain.


Apa yang kita sebutkan di atas tadi jelaslah begitu banyak sekali di dalam perniagaan, syariat Islam itu dapat kita tegakkan.Ertinya beberapa banyak aspek di dalam Islam itu telah dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek syariat dibangunkan maka banyaklah pahals yang kita dapat. Oleh itu tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur itu dianggap al jihad fisabilillah dan juga munasabahlah kerja mereka itu dianggap kerja yang paling baik dalam Islam kerana kebaikannya terlalu banyak diperolehi oleh masyarakat dari hasil perniagaannya itu.




Tujuan Berniaga
Terdapat sekurang-kurangnya 12 tujuan berniaga :-
1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
2. Dalam Perniagaan,kita akan dapat kawan yang akan memberi syafaat yang akan membantu kita di Siratul Mustaqim.
3. Mengajar kita bertolak ansur.
4. Mengajar kita melariskan barang - pandai bercakap,pandai menyampaikan.
5. melahirkan orang yang sabar dalam memendam rasa hendak marah.Sabar bila orang marah dengan kita.
6. Boleh melahirkan orang yang cerdik,pandai bertindak dan berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.
7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
8. Dapat menambah ilmu,wawasan atau general knowledge.
9. Jujur dan amanah.
10. Boleh kita berzakat.
11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf )
12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barang-barang Islam. Sifat Yang Perlu Pada Seorang Peniaga.

Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang peniaga ialah:
1. Peramah dan mesra dengan orang.
2. Bertolak ansur di dalam berjual beli.
3. Berlapang dada dengan karenah manusia.
4. Bersifat sabar.
5. Menunaikan janji.
6. Cepat melayan orang.
7. Jangan menekan dan memaksa meminta hutang.
8. Jujur dan amanah.
9. Pemurah dan menolong orang.
10. Bersifat benar.
11. Rajin dan cergas.
12. Cermat berbelanja.
13. Berhati-hati membuat sebarang janji atau memberi hutang kepada orang.
14. Menyusun dan meletak barang dengan baik supaya nampak teratur dan tidak mudah rosak.
15. Menjaga barang dan kebersihan.
16. Sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan semasa.
17. Menjual barang dengan harga yang sederhana.
18. Memilih barang-barang jualan yang masih baik.
19. Membiasakan menyimpan wang untuk keperluan yang mendadak dan mendesak.
20. Memperbanyak aset untuk jangka panjang.
21. Merancang projek-projek atau dagangan di masa depan supaya perniagaan sentiasa berkembang dan membesar.
22. Cukup setahun hendaklah mengeluarkan zakat perniagaan.

FALSAFAH PERKAHWINAN YANG BENAR MENGIKUT AJARAN ISLAM


Di dalam perbincangan ini saya tidak akan memperkatakan tentang meminang, syarat rukun perkahwinan, sah batalnya, kenduri kahwin, mas kahwinnya, kewajipan suami isteri, jimak, nusyuz, talak, zihar, rujuk, nafkah, giliran bagi berbilang isteri, perselisihan, kerana perbincangan seumpama ini di dalam bab nikah sudah selalu sangat diperkatakan orang, hari ini buku tentang perkahwinan sudah terlalu banyak di dalam pasaran terutama persoalan seks suami isteri, kadang-kadang kita lihat menjadi matlamat penulis. Tapi mungkin terasa buku tentang perkahwinan yang ada hubungan dengan tujuan dan falsafah perkahwinan yang lebih besar lagi tujuannya sebagai menyiapkan tapak kepada masyarakat yang lebih luas serta ummah Islam sejagat amat kurang sekali. Selalunya orang membahaskan tentang perkahwinan skopnya terlalu terbatas, maka oleh yang demikian di dalam perbincangan saya ini saya tidak mahu mengulanginya lagi, hal-hal seperti di atas. Saya cuba membahaskan tentang perkahwinan itu tujuan dan falsafahnya yang lebih jauh sedikit yang ramai penulis buku perkahwinan jarang-jarang sekali memperkatakannya agar kita melihat soal perkahwinan bukan persoalan kecil, bukan sekadar persoalan hiburan dan seks semata-mata tapi akan dapat dilihat bahawa perkahwinan itu ada hubung kait dengan masyarakat, dan ada hubung kait dengan keselamatan dan nasib masa depan umat Islam sama ada secara kita sedar atau tidak, secara langsung mahupun tidak secara langsung. Oleh itu perkahwinan di dalam Islam mempunyai erti yang besar.

Di Mana Rahsia Kebahagiaan Suami Isteri?
Sebelum saya menghurai tajuk ini, saya mulakan tulisan ini dengan beberapa pertanyaan lebih dahulu. Dari pertanyaan-pertanyaan itulah setiap orang yang membaca tulisan saya ini akan dapat memberi jawapan masing-masing dan dari jawapan masing-masing itulah bertitik tolak rahsia yang sebenarnya kebahagiaan suami isteri atau berlaku sebaliknya, sama ada yang sudah berkeluarga mahupun yang belum atau bakal berkeluarga insya-Allah. Di antara pertanyaan-pertanyaan yang saya ajukan seperti berikut:
1. Mengapa saudara/saudari berkahwin atau ingin berkahwin atau apa tujuan saudara/saudari berkahwin?
2. Suami atau isteri, lelaki atau perempuan yang macam mana yang telah dipilih atau akan dipilih?
a. Kerana kecantikannya atau rupanya. Kalau lelaki, kerana tampan atau segaknya?
b. Kerana kekayaannya?
c. Kerana keturunannya?
d. Kerana agama dan akhlaknya?

Mengapa berkahwin? Mengapa ingin isteri dan inginkan suami?
Ramai di kalangan umat Islam terutama di akhir zaman, di zaman moden dan sains teknologi canggih ini memberi jawapan kerana ingin berseronok-seronok dan memuaskan nafsu. Kalau tidak berkahwin kita akan terasa sepi.Baiklah, kalau kerana itulah setiap lelaki dan perempuan itu berkahwin ertinya kita akan atau telah menempuh jalan yang salah, jalan yang menjatuhkan taraf kita sebagai manusia, jalan yang mana di awal niat berkahwin lagi kita telah membuka pintu kehancuran rumah tangga sama ada kita sedar atau tidak.

Kenapa dan mengapa?
Pertama:
Kita telah setarafkan diri kita sebagai haiwan kerana haiwan berkelamin tidak ada tujuan lain selain kerana melepaskan nafsunya semata-mata, tidak ada tujuan-tujuan selain seks itu.

Kedua:
Kalau berkahwin dengan tujuan nafsu semata-mata, ini amat merbahaya kerana sekiranya kemahuan kita sudah tidak ada lagi dengan isteri kita atau suami kita disebabkan kita sakit, atau isteri kita sakit, atau setelah isteri sudah tua, atau setelah kecantikannya sudah pudar, di waktu itu tarikannya sudah tidak ada lagi untuk perhubungan kelamin, mungkin kita ceraikan dia atau isteri minta cerai atau kalaupun tidak bercerai kerana memandangkan anak-anak sudah ada, tidak mahu berpisah dengan anak-anak, di waktu itu kemesraan sudah tidak ada lagi. Perhubungan suami isteri sudah tentu renggang. Masing-masing mudah buat kerenah, mudah tersinggung, mudah benci, mudah marah-marah, maka berlakulah krisis rumah tangga tidak berkesudahan. Kemudian ia akan memberi kesan kepada saikologi anak-anak. Oleh itu berkahwin dengan tujuan hiburan seks semata-mata tidak akan dapat membangunkan keluarga yang bahagia lebih-lebih lagi masyarakat yang bahagia.

Perempuan atau lelaki macam mana pilihan kita?
Di dalam memilih jodoh sama ada lelaki atau perempuan, berlakulah pemilihan itu berbagai-bagai sudut dan aspek.
1. Ada orang memilih kerana kecantikan, itu kalau lelaki. Kalau perempuan kerana kesegakan dan tampannya seorang lelaki.
Kalau itulah menjadi target, itu amat merbahaya. Kalau tidak berlaku jangka pendek mungkin akan berlaku jangka panjang.

Kerana kalau seseorang perempuan itu sudah tidak cantik lagi dan suami sudah tidak kacak, mungkin disebabkan selalu sakit, atau kerana kerja teruk atau berat sudah menghilangkan kecantikan atau kekacakannya, atau setelah berumur sudah tentu hilang kecantikan, di waktu itu tarikan sudah tidak ada lagi untuk hubungan kelamin sebab berahi berkelamin sudah lemah, lebih-lebih lagi pula di luar di tempat kerja pergaulan kita bebas pula, rangsangan kepada perempuan atau lelaki di luar lebih daripada isteri atau suami kita, di waktu itu mudah sahaja bergaduh atau bercerai atau kalau tidak bercerai pun oleh kerana anak sudah banyak kerana tidak mahu berpisah dengan anak-anak, perhubungan sudah tidak indah lagi, kerenggangan berlaku. Marah-marah pun mudah berlaku. Singgung-menyinggung pun terjadi. Mudah sahaja benci-membenci. Kalau begitu di manalah indahnya berkeluarga di waktu itu dan ini juga sangat memberi tekanan saikologi kepada anak-anak. Anak-anak akan menjadi mangsa, mungkin mereka menjadi liar, renggang dengan ibu bapa, benci duduk di rumah, suka mencari hiburan di luar rumah, maka mudahlah terjebak dan terlibat dengan dadah, rokok, arak, bohsia, bohjan, melepak, mungkin terlibat dengan zina dan berbagai-bagai jenayah kerana berpunca daripada rumah tangga yang tidak bahagia dan tidak harmoni.

2. Ada orang memilih jodoh sama ada lelaki atau perempuan kerana kekayaannya. Kaya kerana gaji besar, atau keturunan orang kaya, tidak kiralah cara, ini juga amat merbahaya:
Pertama:
Kerana mana tahu dengan takdir Allah Taala, si isteri itu dibuang kerja, atau kekayaan yang ada itu habis. Begitu juga suami jatuh miskin dengan berbagai-bagai sebab boleh berlaku, di waktu itu sudah tentu akan berlaku kerenggangan di antara suami isteri. Mulalah tidak senang satu sama lain, benci-membenci pun boleh berlaku, masam-masam muka pun terjadi, pergaduhan dan krisis rumah tangga pun terjadi, pintu terbuka untuk bercerai pun berlaku atau kalau tidak bercerai pun kerana tidak mahu berpisah dengan anak-anak atau kerana hendak menjaga status diri. Tapi apalah ertinya lagi rumah tangga yang sentiasa bergolak dan bergelora macam air laut yang sentiasa bergelombang. Yang akan lemas adalah anak-anak yang tidak berdosa, anak-anak juga akan terjadi seperti yang kita ceritakan di atas.

Kedua :
Biasanya seorang lelaki berkahwin dengan perempuan kerana kekayaannya, begitu jugalah sebaliknya perempuan menerima seorang lelaki sebagai suami; kalau perempuan, selalunya dia tidak begitu hormat dengan suaminya, kerana dia merasakan bahawa suaminya dialah yang menanggung. Atau kalau dia tidak menanggung pun, dia merasakan boleh berdikari tanpa pemberian suami. Ada suami atau tiada suamikah, dia boleh hidup sendiri kerana ada memiliki kekayaan. Dengan sebab itu lama-kelamaan taat dan setianya kepada suami akan berkurangan. Bahkan kalau suami itu bersandar hidup dengan isteri, isteri biasanya memperhambakan suaminya sesuka hati. Dia arah ke sana, arah ke sini, suruh itu, suruh ini, dia akan kontrol suami sesuka hati (queen control). Akhirnya wibawa suami tercabar, kuasa suami sudah tiada lagi, bahkan takut kepada bini atau pak mentua atau mak mentua.

Biasa orang kaya, selalunya isteri itu selalu dibacking oleh ibu dan ayahnya. Ada kalanya isteri berani menengking dan mengherdik suaminya. Apakah hidup begini suami boleh tahan selama-lamanya. Apakah suami sanggup dayus sepanjang masa? Apa hidup begini suami boleh merasa bahagia? Kalaupun tidak bercerai, saya rasa hidup berkeluarga begini sudah tentu tidak ada makna apa-apa, tidak ada kemerdekaan, sedangkan rasa kemerdekaan itu satu nikmat dan menjadi cita-cita hidup setiap orang.

3. Ada orang berkahwin kerana keturunan seperti keturunan orang-orang yang bangsawan, umpamanya keturunan raja, keturunan Datuk-Datuk atau keturunan orang-orang besar.
Kalaulah perkahwinan itu atas dasar itu sahaja yang tidak ada bersangkutan dengan agamanya, ini amat merbahaya lebih-lebih lagi kalau keturunan bangsawan itu adalah isteri. Di waktu-waktu berselisih faham dia akan menyebut-nyebut keturunannya dan dia akan menghina keturunan kita. Atau biasa orang berketurunan bangsawan itu kalau tidak ada agama, dia sombong dengan suami, atau keluarganya memandang rendah terhadap suami hingga suami akan terasa terhina atau inferiority complex. Di sini boleh mencacatkan kebahagiaan dan keharmonian suami di dalam rumah tangga.

4. Berkahwin kerana agamanya.
Seorang berkahwin sama ada lelaki atau perempuan kerana agamanya, itulah yang tepat. Itulah yang dituntut oleh syariat.
Ia adalah dipuji oleh Allah dan Rasul kerana berkahwin di atas dasar agama itu, sama ada dia cantik atau tidak, kaya atau miskin, bangsawan atau orang biasa, masing-masing tetap merendah diri, berakhlak mulia, suami kasih dengan isteri, isteri menghormati suami, suami memberi tanggungjawab terhadap isteri, isteri juga memberi tanggungjawab kepada suami. Akan berlaku tolak ansur, isteri mengutamakan suami, suami bertimbang rasa dengan isteri, ada kerjasama, masing-masing berlumba-lumba hendak khidmat-mengkhidmati satu sama lain, maaf-bermaafan, isteri memandang hormat dengan suaminya, suami sentiasa belas kasihan dengan isteri, kedua-dua keluarga dihormati, Allah Taala sentiasa dibesarkan melalui ibadah yang berbagai jenisnya. Perjalanan hidup Rasul dijadikan tradisi kehidupan mereka. Allah, Rasul, Syurga, Neraka, dosa, pahala, menjadi bualan. Walaupun berusaha mencari kekayaan dunia namun ia dipandang kecil, bukan menjadi matlamat, bukan menjadi perbualan. Akhirnya dunia selamat, Akhirat selamat. Wujudlah kebahagiaan dan keharmonian di dalam rumah tangga.

Oleh sebab itulah daripada empat pilihan itu, iaitu kecantikan, harta, keturunan, agama, pilihlah kerana agamanya. Ia sangat menyelamatkan dunia dan Akhirat kita. Tapi kalau boleh dapat keempat-empat sekali maka bertambah cantik dan indahnya kehidupan berumahtangga itu. Ia bertambah ceria dan berseri tapi payah hendak dicari.

Mengapa kita berkahwin?
Bagi umat Islam yang faham Islam, yang beramal dengan agamanya, menghayati dan mencintai agamanya, yang ada cita-cita hendak membangunkan agamanya secara syumul atau global, kemudian diperjuangkannya, bahawa perkahwinan atau mendirikan rumahtangga adalah mempunyai erti yang besar kerana daripada peribadi muslim dan keluarga muslim itu dari sanalah titik tolak atau starting point untuk memancarkan Islam ke masyarakat, ke negara dan seluruh alam sejagat, kerana dari sinilah kalau pilihan suami isteri itu tepat mengikut ajaran Islam, kemudian hiduplah kedua sejoli atau mempelai itu secara tuntutan Islam, selepas itu kalau Allah Taala takdirkan mereka mendapat cahaya mata atau anak-anak yang banyak dari dua insan yang berpadu kasih, yang mempunyai cita-cita Islam yang mendalam itu, maka sudah tentulah anak-anak itu dididik secara kehidupan yang dikehendaki oleh Islam. Maka insya-Allah akan lahirlah satu keluarga yang hidup secara Islam yang menjadi role model. Kalau suami isteri yang lain pula mendirikan rumah tangga mempunyai cita-cita yang sama, begitulah setiap individu muslim mempunyai cita-cita yang sama juga, gabungan keluarga yang menghayati Islam itu menjadi masyarakat yang lebih besar lagi menghayati Islam pula. Selepas itu sudah tentu mudah sahaja untuk menegakkan negara Islam dan seterusnya Islam sejagat.

Tidaklah seperti apa yang berlaku di hari ini, seluruh dunia bagi pejuang-pejuang Islam, amat sulit sekali untuk memperjuangkan negara Islam, kerana individunya belum bersedia. Keluarga Islam belum bersedia, masyarakat lebih-lebih lagi. Oleh yang demikian, sudah tentu amat payah sekali untuk diajak menegakkan negara Islam.

Mengapa terjadi demikian?
Kerana kesilapan itu bermula dari individu dan dari dua suami isteri yang berkahwin. Kerana Islam itu tidak menjadi matlamat mereka mendirikan rumahtangga, atau tidak ada cita-cita Islam, sekadar berkahwin itu kerana hendak melepaskan tuntutan naluri atau kemahuan semula jadi, atau tuntutan biologi, tidak ada pun dihubungkait dengan cita-cita Islam itu.

Oleh yang demikian apakah tujuan perkahwinan itu? Apakah sekadar melepaskan nafsu?
Tujuan perkahwinan mengikut Islam yang sebenarnya adalah seperti berikut:
Pertama:
Allah Taala telah mentakdirkan bahawa lelaki ada nafsu kepada perempuan. Perempuan juga ada nafsu dengan lelaki. Hakikat ini tidak boleh ditolak, kita tidak boleh lari daripada tuntutan semulajadi itu. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan maka tujuan kita berkahwin jangan sampai kita melakukan zina yang terkutuk itu. Kenalah kita berkahwin agar ia tersalur secara yang halal yang ia memang dibenarkan oleh Allah Taala yang Maha Pengasih.

Kedua:
Bahawa daripada perhubungan kelamin suami isteri itu di situlah sebagai sebab pertemuan benih kedua jenis manusia yang akan melahirkan zuriat, anak-anak, cucu-cucu yang ingin sangat kita akan jaga, asuh, didik, diberi iman dan ilmu, agar menjadi hamba-hamba Allah yang berakhlak dan bertaqwa yang akan menyambung perjuangan Islam kita itu agar perjuangan Islam kita bersambung selepas kita mati. Memang setiap umat Islam yang belum rosak jiwanya sangat menginginkan agar Islam itu terus bersambung dari satu generasi ke satu generasi.

Ketiga:
Kalau begitu tujuan kita berkahwin, kita inginkan anak yang akan kita didik menjadi seorang Islam yang sejati dan anak it adalah merupakan aset kepada kita. Dan anak itu sendiri pula boleh menjadi harta dan tenaga kepada Islam.

Keempat:
Dengan perkahwinan itu, jika tujuan kita mendapat anak berjaya, dan berjaya pula dididik dengan Islam dan menjadi seorang muslim yang berguna, kemudian dia akan melahirkan cucu, berjaya pula dididik secara Islam yang sebaik-baiknya, berapa banyak pahala yang kita dapat sambung-menyambung.
Itu adalah merupakan aset simpanan kita di Akhirat kelak

Kelima:
Islam yang maha indah itu alangkah indahnya kalau ia dapat menjadi kebudayaan hidup yang pernah mengisi ruangan dunia ini di masa yang silam, selama 3 kurun dari sejak Rasulullah SAW. Sekarang tinggal nostalgia sahaja, yang tinggal pada hari ini hanya aqidah dan ibadah, itu pun tidak semua umat Islam berbuat. Oleh itu kita ingin sangat kalau dapat diwujudkan di dalam suasana keluarga pun jadilah, kerana hendak buat lebih dari itu hari ini memang amat sulit sekali. Lantaran itulah perkahwinan itu amat perlu sekali kerana hendak melahirkan masyarakat Islam kecil, moga-moga dari situ akan tercetus masyarakat Islam yang lebih besar.

Keenam:
Seorang muslim bukan sahaja diperintah untuk mencari keredhaan Allah Taala, tapi diperintah juga untuk menghiburkan hati kekasih Allah Taala iaitu Rasulullah SAW, yang mana Rasulullah SAW sangat berbangga dengan ramainya pengikut atau umatnya di Akhirat kelak. Maka sebab itulah Rasulullah SAW menyuruh umatnya berkahwin.
Setiap umat Islam hendaknya apa yang menjadi kesukaan Rasul-Nya itulah juga kesukaan mereka.

Ketujuh:
Kalaulah Rasulullah SAW berbangga dan bergembira dengan ramainya umat, maka kita sepatutnya juga berbangga dengan ramainya umat Islam di dunia ini. Maka untuk memperbanyakkannya, lantaran itulah kita berkahwin. Jadi kita berkahwin itu ada bermotifkan untuk meramaikan umat Islam, ada cita-cita Islam sejagat. Kita berkahwin itu ada cita-cita besar, bukan sekadar setakat hendak melepaskan nafsu seks seperti cita-cita kebanyakan manusia.

Kelapan:
Berkahwin itu jangan sampai putus zuriat, kerana kita berbangga dapat menyambung zuriat yang menerima Islam sebagai agamanya dan dengan keturunan itulah orang kenal siapa asal-usul kita atau mereka.

Kesembilan:
Tujuan-tujuan lain sebagai maksud tambahan daripada perkahwinan bahawa setiap lelaki dan perempuan yang menjadi pasangan suami isteri hendaklah meniatkan satu sama lain hendak memberi hiburan seorang hamba Allah Taala yang inginkan hiburan, kerana niat menghiburkan orang mukmin itu mendapat pahala.

Begitulah sebahagian daripada tujuan-tujuan dan maksud-maksud daripada perkahwinan di dalam Islam, ia mempunyai cita-cita yang murni. Melahirkan cita-cita Islam, ingin mewujudkan satu rangkaian dan elemen-elemen amalan dan suasana Islam dan kalau dapat ia digabungkan dengan rangkaian-rangkaian dan elemen-elemen golongan yang mempunyai cita-cita dan tujuan yang sama seperti yang Islam kehendaki, atau yang Islam mahu, ia lama-kelamaan akan menjadi satu masyarakat Islam yang lebih besar lagi yang syiarnya akan dapat dilihat di mana-mana sahaja di muka bumi Tuhan ini, yang akan menjadikan dunia ini amat meriah, ceria, gembira dan bahagia. Barulah boleh kita meyakinkan orang lain kerana keindahan Islam itu begitu terserlah.

BURULAH RAHMAT ALLAH,JANGAN KEJAR FADHILAT IBADAH

Kalau ada orang yang berusaha, bekerja dan berjuang bertungkus-lumus untuk mengejar dunia, untuk mendapatkan harta benda, kekayaan, glamour, nama dan pujian, pangkat, gelaran, darjah kebesaran, kuasa, perempuan dan sebagainya tanpa mempedulikan nasib mereka di Akhirat, maka jelas mereka itu rugi dan tertipu.

Namun begitu kalau ada orang yang berusaha, bekerja dan berjuang bertungkus-lumus untuk mengejar Akhirat iaitu untuk mendapatkan Syurga, dengan melakukan berbagai-bagai ibadah sebanyak-banyaknya dan dengan mencari dan mengejar fadhilat, dengan tujuan untuk mengumpulkan sebanyak-banyak pahala maka dikhuatiri mereka juga rugi dan tertipu.

Tetapi, kalau ada orang yang berusaha, bekerja dan berjuang bertungkus-lumus hanya kerana Allah, kerana merasakan dirinya seorang hamba dan sudah menjadi kewajipannya untuk taat dan berbakti kepada Allah, kerana merasakan tugasnya sebagai hamba tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengabdi diri kepada Allah, untuk menagih simpati, belas kasihan, keampunan dan kasih sayang Tuhan, untuk menyatakan kesyukurannya ke atas segala nikmat yang telah dikurniakan-Nya, untuk mendapat keredhaan Allah, yang beribadah atas dorongan rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang terpahat di hatinya dan untuk mendapatkan Tuhan itu sendiri maka inilah jalan yang lurus dan hak.

Justeru itu, kalau ada orang yang mengajak kita kepada dunia yang semata-mata dunia, dan yang tidak ada nilai Akhiratnya, maka itu adalah satu penipuan yang amat nyata. Kalau ada pula orang yang mengajak kita kepada Akhirat yakni semata-mata untuk mendapat Syurga dengan mengejar fadhilat-fadhilat dan kelebihan-kelebihan amalan, maka itu juga dikhuatiri adalah satu penipuan yang akan merugikan kita.

Tapi kalau ada orang yang mengajak kita kepada Tuhan, yang mengajak kita untuk mengenali Tuhan, yang mengajak kita untuk rasa bertuhan dan merasakan bahawa diri kita ini hamba, yang mengajar kita supaya takut dan cinta kepada Tuhan, maka inilah jalan kebenaran iaitu jalan yang ditunjukkan oleh para rasul.

Kedudukan seorang hamba di sisi Allah bukan diukur kepada berapa banyak ibadah dan fadhilat-fadhilat yang diamalkannya tetapi kepada apa yang ada di dalam hatinya, iaitu keimanannya, keyakinannya dan ketaqwaannya. Kepada kebersihan hati dan jiwanya. Kepada rasa takut, cinta, gerun, hebat, tawakal, pergantungan, harapan dan penyerahannya kepada Tuhan. Ibadah seorang hamba itu hanyalah manifestasi dari apa yang wujud dalam hatinya. Ibadah seorang hamba adalah dari rasa cinta dan takutnya kepada Tuhan. Dari rasa kehambaannya yang begitu mendalam dan sifat-sifat hamba yang tajam di hatinya seperti rasa hina, berdosa, dhaif, lemah,malu dan sebagainya di sisi Tuhan. Lagi kuat iman dan lagi tinggi taqwa seseorang hamba itu maka lagi kuat dan tekunlah dia beribadah, lebih kemaslah syariat dan lebih mulialah akhlaknya.

Memang Allah ada menjanjikan Syurga bagi orang yang beriman dan beramal soleh. Tapi itu hak Tuhan untuk memberi,bukan hak manusia untuk menuntutnya. Syurga terlalu mahal untuk dibeli dengan amal ibadah. Jangankan Syurga, nikmat sebelah mata pun tidak dapat dibayar dengan ibadah seumur hidup. Belum mata yang sebelah lagi, telinga yang mendengar, hidung yang menghidu. Belum lagi makanan yang dimakan, air yang diminum dan oksigen yang dihirup sepanjang hidup. Belum lagi segala anggota tubuh dan organ di dalam badan. Belum lagi nikmat akal yang berfikir dan hati yang merasa. Dan belum lagi nyawa dan roh yang dengannyalah kita dapat mengetahui dan merasakan hakikat kewujudan ini. Tidak ada manusia yang masuk ke Syurga kerana amal ibadahnya. Tidak juga para nabi dan para rasul. Tidak juga Rasulullah SAW. Baginda sendiri masuk ke Syurga semata-mata kerana rahmat Allah.

Kalau rahmat Allahlah yang menjadi sebab seseorang hamba itu masuk ke Syurga maka orang yang mahukan Syurga sepatutnya memburu rahmat Allah ini dan bukan fadhilat-fadhilat, kelebihan amalan ataupun pahala. Fadhilat, kelebihan amalan dan pahala tidak akan mendatangkan rahmat Tuhan. Allah memberi rahmat-Nya hanya kepada hamba-hamba yang dikasihi dan dicintai-Nya. Oleh itu cinta dan kasih sayang Tuhanlah yang patut dicari dan diusahakan. Tidak ada jalan lain untuk mendapat kasih sayang Tuhan melainkan dengan bertaubat, membersihkan hati, memperbaiki diri, mempertingkatkan iman dan ketaqwaan, menanam rasa bertuhan dan rasa kehambaan di hati, memupuk rasa takut, cinta, gerun,hebat dan rindu kepada Tuhan, menajamkan sifat-sifat kehambaan seperti malu, hina, rasa berdosa, dhaif, lemah dan sebagainya di hadapan Tuhan dan mengabdikan diri keseluruhannya kepada Tuhan.

Apalah maknanya kita mengejar pahala yang merupakan hadiah dan pemberian dari Tuhan kalau Tuhan tidak sayang kepada kita. Adalah lebih baik kita menagih cinta dan kasih sayang Tuhan walaupun tanpa hadiah dan pemberian. Kalau Allah sudah sayang dan cinta kepada kita, bukankah itu seperti telah mendapat segala-galanya. Apalah nikmat yang ada pada hadiah dan pemberian Tuhan berbanding nikmat mendapat kasih sayang Tuhan itu sendiri. Nikmat kasih sayang Tuhan lebih besar dan lebih agung. Betapa hebat pun nikmat Syurga di Akhirat nanti, semua itu kecil berbanding nikmat dapat melihat wajah Tuhan. Kalau melihat wajah Tuhan pun sudah mengalahkan nikmat Syurga, apatah lagi nikmat mendapat cinta dan kasih sayang Tuhan.

Memang di dalam ibadah ada fadhilat-fadhilat dan kelebihan-kelebihannya. Akan tetapi itu semua adalah anugerah Allah kerana kasih dan sayang-Nya. Janganlah pula itu kita jadikan matlamat ibadah kita. Seperti juga Syurga. Ia satu anugerah kepada hamba-hamba Tuhan yang beriman dan beramal soleh. Tapi janganlah pula Syurga itu kita jadikan matlamat ibadah. Ibadah yang kita lakukan mesti tetap kerana Allah dan sebagai pengabdian kita kepada-Nya. Moga-moga dengan itu Allah redha dan sayang kepada kita. Moga-moga Allah mengampunkan kita dan menerima kita sebagai hamba-hamba-Nya.

Janganlah kita terlalu menghargai, menginginkan dan mengidamkan hadiah yang Allah akan beri tetapi lupa untuk memuja, menyanjung, menyayangi dan mengagungkan Allah yang memberi hadiah itu. Janganlah pula kita seperti kanakkanak yang melompat, melonjak dan bersorak-sorai kegembiraan kerana mendapat gula-gula dari ayahnya hingga terlupa dia akan kehadiran ayahnya dan terlupa dia untuk berterima kasih padanya.