This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, July 31, 2009

Kuliah Kepimpinan 3:PERINGKAT-PERINGKAT PENGIKUT TERHADAP SESEORANG PEMIMPIN

Dalam ajaran Islam, mentaati dan menghormati pemimpin itu memang disuruh dan diperintahkan agar mudah para pemimpin itu memimpin, mendidik, mengasuh, mengarah dan mengajak membuat kerja-kerja di dalam sebuah negara atau di dalam sebuah negeri atau di dalam sebuah jemaah.
Jika tidak ada ketaatan dan tidak ada hormat kepada seseorang pemimpin itu, payahlah dia hendak menggunakan tenaga pengikut untuk membangun dan membuat kemajuan. Walaupun begitu kehendak ajaran Islam tapi bukan senang pengikut mahu taat secara lahir dan batin. Tidak semudah yang kita sangka bahawa pengikut boleh menghormati pemimpin dengan sepenuh hati tanpa pura-pura atau berlakon taat di hadapan tapi di belakang lain pula terjadi. Keadaan ini ada hubungkait dengan tujuan-tujuan pengikut itu mengapa mereka mentaati dan menghormati pemimpin mereka dan juga ada hubungan dengan peribadi dan sikap pemimpin itu. Adakah pemimpin itu mempunyai karisma dan wibawa yang tinggi seperti mempunyai ilmu dan akhlak yang tinggi atau sederhana sahaja atau peribadi dan akhlaknya teruk sekali. Oleh yang demikian maka terjadi di kalangan para pengikutnya mentaati dan menghormati para pemimpin tidak sama satu sama lain.

PERINGKAT GOLONGAN YANG MENTAATI PEMIMPIN
Telah menjadi tabiat semula jadi manusia yang hidup di dunia ini, tidak boleh terlepas daripada:
– ada mentaati, ada yang ditaati
– ada peminat, ada yang diminati
– ada pengikut, ada yang diikuti
– ada yang menyayangi, ada yang disayangi
– ada yang dipimpin, ada yang memimpin
– ada yang simpati, ada yang diberi simpati atau disimpati
– ada yang mengkagumi, ada yang dikagumi
– ada yang mencontohi, ada yang dicontohi.
Di sini saya akan menyebut beberapa golongan yang mentaati dan menghormati pemimpin pemimpin. Golongan yang mentaati dan menghormati pemimpin terdiri daripada beberapa peringkat iaitu:

1. Golongan yang mentaati dan mematuhi kerana takut pada seseorang pemimpin lantaran kekejaman dan penzalimannya. Kalau tidak dipatuhi dan ditaati, takut kena hukum seperti kena penjara, kena buang daerah, kena rampas hartanya, kena bunuh dan sebagainya. Biasanya pemimpin seumpama ini adalah pemerintah diktator yang kejam di dalam sesebuah negara. Orang ramai memberi ketaatan hanya pura-pura berlakon dan bersifat nifak. Di belakang, pemimpin itu dibenci, dikata, dihina, dicerca, dimaki-hamun. Secara senyap-senyap ada orang yang berusaha menjatuhkannya. Kalau mati, seluruh rakyat gembira dan selepas itu orang akan melupakannya.

2. Golongan yang mentaati pemimpin seperti yang telah disebut tadi, tapi bukan ditakuti kerana kekejaman seperti kena penjara dan lain-lain lagi, tapi takut tidak dapat jawatan atau tidak naik pangkat atau tidak dapat biasiswa atau tidak dapat projek atau apa-apa bantuan. Pemimpin-pemimpin ini biasanya adalah pemimpin-pemimpin politik yang berkuasa di sesebuah negeri atau negara. Mereka dipatuhi dan dihormati hanya secara pura-pura atau berlakon. Hati tidak pun menghormati. Di belakang mereka dikata dan diumpati. Pemimpin ini kalau tidak memimpin lagi, orang pun tidak peduli akhirnya dilupakan orang.

3. Golongan yang mentaati seseorang pemimpin, mereka pun tidak tahu mengapa mereka mentaati. Bukan kerana takut apa-apa dan bukan pula kerana menghormati dan menyenangi. Kerana mereka ini, hidupnya tidak pun bersandar dengan pemimpin tapi mereka melihat orang ramai patuh pada seseorang itu. Mereka pun ikut sama kerana kalau mereka tidak berbuat demikian mereka merasa keseorangan. Kalau begitu ikut sahaja orang ramai.

4. Seseorang yang mentaati dan menghormati seseorang pemimpin itu bukan kerana pemimpin itu. Mereka pun tidak mengharap apa-apa dan juga tidak takut apa-apa dengan pemimpin itu. Tapi mereka berbuat demikian adalah untuk strategi. Iaitu dengan tujuan agar orang ramai memberi keyakinan kepada mereka. Agar orang ramai akan memberi kepercayaan kepada mereka dan mereka boleh mencari pengaruh serta mudah dapat sokongan-sokongan daripada orang ramai. Apa saja anjuran, orang ramai akan menyokong. Kalau menjadi calon, agar orang ramai memberi undi, mereka pura-pura menghormati pemimpin itu. Ada kepentingan peribadi.

5. Ada golongan mentaati dan menghormati seseorang pemimpin itu bukan takut kepada pemimpin itu, tapi takut dengan orang ramai kerana orang ramai telah memberi ketaatan kepada pemimpin itu. Oleh itu jika mereka tidak ikut sama dengan orang ramai menghormati pemimpin itu, takut mereka akan dibenci oleh orang. Boleh jadi orang ramai akan memulaukannya. Oleh yang demikian kenalah buat-buat hormat dengan pemimpin itu.

6. Seseorang yang mentaati dan menghormati seseorang pemimpin itu oleh kerana ilmunya iaitu ingin mendapat ilmu kerana pemimpin itu mempunyai ilmu. Kerana inginkan ilmunya mereka taat dan hormati. Kalau tidak, payah untuk mendapatkan ilmunya. Golongan ini agak boleh tahan.

7. Seseorang yang mentaati dan menghormati pemimpin kerana tujuan ingin berkahwin dengan anak pemimpin itu. Maka mereka pun buat-buatlah baik. Tunjuk-tunjuklah taat kepadanya agar apabila mereka meminang anaknya akan diterima pinangannya. Jadi ada orang mentaati pemimpin dengan tujuan hendak berkahwin dengan anaknya.

8. Orang yang benar-benar ikhlas sepenuh hati mentaati dan menghormati pemimpin kerana agama pemimpin itu. Iaitu kerana ketaqwaan dan akhlak mulianya. Kerana ingin mereka dipimpin kepada Allah dan Rasul-Nya. Moga-moga mereka selamat di dunia dan selamat di Akhirat. Justeru itu mereka menyerah bulat seluruh jiwa raganya kepada pemimpin itu agar pemimpin itu dapat mendidik mereka menuju Allah Taala. Mereka itu orang yang benar-benar setia dengan pemimpin dan sanggup berkorban apa sahaja.

Demikianlah secara rambang pembahagian pengikut-pengikut atau peringkat-peringkat pengikut terhadap seseorang pemimpin. Di akhir zaman ini hendak mencari golongan yang kelapan itu iaitu golongan yang benar-benar ikhlas dan setia kepada pemimpin itu amat susah sekali diperolehi. Ini kerana orang ramai pun kebanyakannya telah rosak kerana kepentingan dunianya yang begitu mendalam. Begitu jugalah hendak mencari pemimpin yang bertaqwa di akhir zaman ini amat sulit sekali dan kerana itulah hendak melahirkan perpaduan dan kesatuan umat Islam bertaraf jemaah pun terlalu sulit, betapa pulalah bertaraf negara, lebih-lebih lagi bertaraf sejagat.

Kita harap moga-moga Allah akan lahirkan seorang pemimpin yang benar-benar berwibawa dan mempunyai karisma kerana mempunyai ketaqwaan yang tinggi. Ilmu dan kepimpinannya cukup matang hingga dia boleh ditaati dan dihormati oleh umat Islam dengan penuh ikhlas dan sepenuh hati.

Tuesday, July 28, 2009

Kuliah Kepimpinan 2:SIKAP PEMIMPIN TERHADAP ANAK BUAHNYA

TANGGUNGJAWAB ASAS PEMIMPIN:
Satu perkara penting yang mesti diingat ialah tujuan pemimpin mendekati anak buahnya mestilah atas dua dasar, iaitu:

1. Untuk mendidik Secara langsung atau tidak, sama ada secara cakap atau sikap. Mentarbiah ini merupakan tugas asasi para pemimpin.

2. Memerhatikan kehidupan Kehidupan anak buah, soal makan minumnya, mata pencariannya dan keadaan rumahnya mesti diperhatikan, supaya yang kurang dapat ditampung. Misalnya, rumah anak buah yang dhaif mestilah ditampung. Manakala dalam soal yang lain adalah perkara sampingan sahaja. Pemimpin hendaklah memastikan bahawa pergaulannya dengan anak buah sampai matlamat. Matlamat itu ialah mendidik dan menjaga kebajikan hidupnya.

SYARAT-SYARAT MENJADI PEMIMPIN
1. Muslim
2. Lelaki
3. Akil (berakal)
4. Baligh
5. Baik pancaindera
6. Merdeka

SIFAT-SIFAT PEMIMPIN
1. Memilik ilmu Pemimpin mestilah memiliki ilmu yang cukup untuk memimpin. Sebaik-baiknya pemimpin mesti dari kalangan ‘minal mujtahidin’. Ini sangat dikehendaki. Kelayakan ini sangat penting jika seseorang menjadi pemimpin umum.

2. Mengenal diri .Maksudnya mengenal fizikal, akal dan hatinya sendiri.

a. Mengenal fizikal ini mudah. Yakni mengenal sama ada ia masih muda, tua, sakit atau sihat.

b. Mengenal akal pula ialah pemimpin mesti mengenal tahap IQnya sama ada baik atau sebaliknya. Sama ada fikirannya tajam, sederhana atau lemah. Dia juga mesti memahami apa ilmu yang banyak di kepalanya. Apakah ilmu dunia atau Akhirat. Kemudian dia mesti tahu apakah ilmu itu syumul atau tidak. Ilmu mana yang lebih, ilmu sains, ilmu feqah atau sebagainya.

c. Mengenal jiwa inilah yang sangat penting. Pemimpin mesti mengenal sifat positif dan negatifnya. Apakah sifat mahmudah yang ada dalam hatinya dan apakah sifat mazmumahnya pula. Ini penting supaya dia dapat mengungkai yang mazmumah dan menyubur yang mahmudah. Bagi pemimpin, mengenal sifat mazmumahnya lebih penting daripada sifat mahmudahnya. Ini kerana mazmumah boleh mencacatkan kepimpinannya. Misalnya jika dia ego atau pemarah, maka ramailah anak buah yang lari dan sakit hati. Jika dia penakut, maka kuranglah anak buah yang ingin bersandar dengannya. Begitu juga pemimpin bakhil atau tamak, anak buah tidak akan rapat dengannya.
Bagi sifat mahmudahnya pula, pemimpin mesti tahu kemana hendak diarahkan dan apa yang hendak dibuat dengan mahmudahnya itu. Misalnya sabar atau berani, bila dia harus berani atau sabar dan dalam perkara bagaimana dia harus berani dan sabar. Jika pemimpin tidak kenal dirinya, bagaimana dia boleh mengenal orang lain. Kalau dia tidak mengenal dirinya, sudah pasti dia tidak dapat mendidik dirinya. Jika dia tidak dapat mendidik dirinya, maka sudah pasti pula dia tidak dapat mendidik orang lain. Inilah punca mengapa kadangkala pemimpin diumpat, dimarah oleh anak buah. Di sini pemimpin mesti mengkaji kesalahannya. Jangan melihat kesalahan kepada anak buah sahaja. Jika kita baik sudah tentu disayangi oleh anak buah. Jika tidak, tentu ada yang tidak kena pada diri kita. Sebab itu salahkan diri sendiri, jangan salahkan anak buah sahaja.

SIKAP PEMIMPIN DENGAN ANAK BUAHNYA
Anak-anak buah (pengikut) terbahagi dua:

1. Pengikut di dalam kementerian atau jabatan
Mereka yang berjawatan rasmi dan bergaji tidak kira apa bahagian, unit, kementerian dan jabatannya. Mereka ini mungkin terdiri daripada pengarah, pengurus dan pegawai perhubungan.

2. Rakyat umum
Mereka yang berjawatan rasmi sama ada yang bekerja sendiri ataupun dengan pihak swasta. Bilangan mereka ini lebih ramai lagi.
Sikap pemimpin terhadap orang di bawah kementerian dan jabatannya:
1. Adakan usrah-usrah kepada mereka.
Usrah ini sangat penting. Ia akan melahirkan kasih sayang dan ukhwah. Melalui usrah juga dapat disampaikan ilmu ilmu baru. Usrah juga berfungsi untuk menyelesaikan masalah. Kepada orang atau tenaga-tenaga yang penting mesti kerap diadakan usrah, kerana mereka juga adalah pemimpin (di bawah mereka ada anak buah). Bagi mereka yang kurang penting, jarang-jarangkan.

2. Adakan kelas-kelas pengajian kepada mereka.
Ada juga di kalangan mereka yang tidak selesai fardhu ainnya. Maka perlu majlis-majlis ini diadakan. Majlis fardhu ain juga penting untuk melahirkan kasih sayang dan perpaduan yang lebih luas kerana majlis ini selalunya lebih umum, besar dan ramai yang terlibat.

3. Sekali-sekala adakan jamuan.
Jamuan makan boleh menambahkan kemesraan. Ia boleh membuahkan kasih sayang dan memberikan kegembiraan bagi yang menjamu dan juga yang dijamu.

4. Adakan ekspedisi dan perkelahan sekali-sekala.
Ini juga satu program yang penting untuk mencetuskan ukhwah, kasih sayang dan meluaskan pandangan bagi mengatasi kelemahan anak buah. Jangan biarkan anak buah terperap di pejabat sahaja hingga fikiran dan jiwanya keras macam dinding yang mengepungnya.

5. Sesetengah tindakan atau perkara hendaklah disyurakan terlebih dahulu.
Ada arahan yang perlu difahami oleh anak buah. Bila ada syura dengan anak buah, mereka akan faham akan sesuatu arahan. Barulah mereka boleh melaksanakannya. Jika tidak, nanti anak buah akan kurang bertanggungjawab. Arahanarahan dalam perkara penting dan besar yang sukar difahami elok disyurakan dulu, melainkan yang remeh-temeh.

6. Bermesra dengan semua orang di bawah jabatan dan kementerian.
Fitrah semula jadi manusia yang ada kaitannya dengan hubungan kawan sesama kawan, dengan anak-anak, dengan isteri-isteri, memang ada grafnya turun naik. Kecenderungan hati pada sesuatu masa dan pada seseorang memang tidak dapat dielak. Tetapi yang tercetus dari segi lahiriah, mesti cuba disamaratakan. Senyuman misalnya, kena diagih-agihkan. Begitu juga dengan kemesraan. Pada yang memang sudah disayangi hati, mudahlah. Tetapi pada yang belum, maka mesti juga diusahakan walaupun di tahap tabaqa’ (berlakon-lakon). Berlakon-lakon memberi kemesraan tidak salah, malah digalakkan. Misalnya, kita digalakkan buat-buat menangis bila membaca Al Quran. Begitulah kita dalam memberi kemesraan kepada orang yang hati belum cenderung. Tidak salah kerana kecenderungan hati kita tidak sama, seperti keluhan hati Rasulullah SAW berhubung dengan isteri-isterinya:
Hati aku ini ya Allah, bukan dalam kuasaku. Hati ini Engkau yang punya.”

7. Lakukan ziarah.
Ziarah ini penting untuk memperbaiki hati (hubungan) dengan anak buah. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Hendaklah berziarah orang yang tidak ada (jarang berjumpa). Nanti akan menambah kasih sayang.”

Sebab itu bila ada hati anak buah yang hendak retak, sudah rasa hendak menjarak (menjauh), maka segeralah menziarahinya. Tetapi perlu diingat, janganlah pemimpin terlalu banyak meluangkan masa untuk ziarah sehingga ada kerja yang lebih penting dan banyak tidak terbuat.

8. Lahirkan kegembiraan di atas kegembiraan mereka.
Pada ketika mereka mendapat anak, kahwin atau naik pangkat, maka tunjukkan kegembiraan atas kegembiraan mereka. Berilah hadiah untuk melahirkan kegembiraan itu. Hadiah itu penting untuk menjalin hubungan hati.

9. Jangan mencari-cari kesalahan mereka.
Mencari-cari kesalahan itu salah menurut syariat. Dalam AlQuran, Allah SWT mengingatkan:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, jauhilah dari berprasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.” (Al Hujurat: 12)

Justeru itu, cara mengintip, mengendap dan lain-lain seperti yang diamalkan sesetengah pihak untuk mencegah kemungkaran tidak menyelesaikan masalah. Allah tidak berkati cara itu, kerana ia satu kaedah yang mungkar untuk mencegah kemungkaran. Cara yang fasik untuk mencegah kefasikan, cara yang haram untuk mencegah yang haram. Kaedah membanteras kemungkaran seperti ini akan merebakkan lagi kemungkaran itu seperti mencuci najis dengan air najis. Najis tidak dibersihkan bahkan bertambah merebak lagi najis itu.

10. Jika mereka lakukan kesilapan, buat-buat tidak tahu kecuali kalau sudah merbahaya.
Elok buat tidak tahu akan kesalahan anak buah walaupun sebenarnya kita tahu dia melakukan kesalahan itu. Ini kerana ada anak buah yang terseksa jika dia tahu pemimpin tahu akan kesalahannya. Jadi langkah yang sebaiknya ialah jangan bertindak lagi. Elok ceritakan atau kuliahkan secara umum dahulu, sedarkan secara umum dan doakan. Jangan memanggilnya dahulu.

11. Setelah tiga kali kesalahan dibuat barulah dinasihat secara empat mata.
Bila kesalahan yang begitu berat, yakni yang melibatkan pelanggaran syariat dan membahayakan keadaan seperti meminum arak, mengambil dadah dan seumpamanya maka perlu ditangani secara cepat. Elok panggil empat mata tetapi jangan sekali-kali menghebahkan aibnya itu. Dalam suatu doa ada menyebut:

Maksudnya: “Lindungi keaiban kami dan kedua ibu bapa kami dan keaiban seluruh umat Muhammad.”

12. Setiap pengaduan hendaklah diteliti dan dikaji dahulu.
a. Pemimpin jangan sekali-kali berdendam, beremosi, mudah salah sangka dan lain-lain anggapan negatif. Tidak dapat tidak, sebagai pemimpin kita mesti menerima pengaduan.

b. Pengaduan-pengaduan itu mestilah dikaji, diteliti dan dinilai dengan adil.

c. Pemimpin adalah pendidik, dia mesti dapat menilai antara yang mengadu dan yang diadu. Susurlah ke akar umbi akan sesuatu pengaduan, kemudian barulah bertindak.

d. Pemimpin perlu sedar bahawa pengaduan ada hubungan dengan jiwa anak buah. Jangan sampai merosakkan jiwa mereka dengan tindakan yang tidak adil. Misalnya:

i. Jika yang mengadu itu orang yang memang kita sayang, maka kita terus bertindak tanpa usul periksa. Tetapi sebaliknya jika yang mengadu, orang yang kita tidak sayang maka kita usul periksa dengan teliti.

ii. Begitu juga bagi yang kena adu. Jika yang diadu itu orang yang kita sayang, kita tidak bertindak. Tetapi kalau yang diadu itu orang yang kita tidak sayang, maka dengan cepat kita bertindak.

iii. Seperkara lagi yang hendak diteliti, kadangkala yang diadu itu merupakan kesalahan kecil sahaja berbanding kesalahan yang dibuat oleh yang mengadu. Di sudut ini hendaklah pemimpin faham bahawa kesalahan orang yang dimenangkan kerana aduannya diterima lebih besar jika ia bangga dan ego. Sedangkan yang kena adu kalau dia insaf, malah kalau kesalahannya
memang kecil, tidak membahayakan dirinya. Oleh itu pemimpin mesti faham, mana satu salah yang lebih besar, mana satu salah yang kecil. Dia juga mesti faham, kenapa dan mengapa satu kesalahan itu dibuat oleh anak buahnya.

13. Kalau dihukum, hendaklah setimpal dengan kesalahannya.
Kalau kesalahan yang dibuat itu setimpal dihukum 50, jangan sampai dihukum 100. Berpada padalah. Kerana dalam Islam, salah kerana tidak menghukum lebih ringan daripada tersalah hukum. Apalagi hukuman yang berat seperti hukuman mati dan sebagainya lebih-lebih lagi hendaklah diteliti.

14. Hendaklah ambil tahu di mana dia tinggal dan bagaimana tempat tinggalnya. Ini penting bagi memudahkan perhubungan bila terjadi bencana alam dan kecemasan seperti sakit, kematian dan lain-lain. Dengan ini juga mudah dibuat ziarah dan memberi bantuan. Keadaan tempat tinggal pengikut mesti diperhatikan, apakah membahayakan atau selamat. Dan jika didapati tidak mampu, mereka hendaklah diberi bantuan. Malah kadangkala mengikut pemerhatian pemimpin, rumah anak buahnya sangat membahayakan dari segi keselamatan, walaupun tidak disedari oleh tuan punyanya.

15. Jika ada kesempatan bertemulah dengan keluarga mereka.
Kita berhubung dengan anak buah bukan dalam soal kerja sahaja tetapi juga dengan keluarga mereka. Pemimpin mesti usahakan pertemuan keluarga. Misalnya, perhimpunan hari keluarga untuk merapatkan lagi tali silaturrahim. Pertemuan seperti ini penting untuk merapatkan kasih sayang dan silaturrahim.

16. Berilah hadiah waktu yang sesuai.

17. Pemimpin elok menjadi imam solat. Dan pada hari Jumaat elok menjadi khatib.

18. Di kalangan orang penting elok ziarah di rumahnya, di kalangan orang biasa elok di tempat tempat umum.

Monday, July 27, 2009

Kuliah Kepimpinan 1:TANGGUNGJAWAB SETIAP PEMIMPIN UMAT ISLAM DI GOLONGAN MANAPUN YANG DIA PIMPIN

Apabila kita memperkatakan pemimpin umat Islam, terdapat berbagai-bagai peringkat dan pemimpin di pelbagai bidang dan jurusan. Dari kalangan mereka, ada yang menjadi pemimpin empayar, pemimpin negara, pemimpin negeri, pemimpin daerah, pemimpin mukim, pemimpin kampung, pemimpin tentera, pemimpin politik, pemimpin dakwah, pemimpin budaya dan kesenian, pemimpin pendidikan, pemimpin persuratan dan kesusasteraan, pemimpin ekonomi, pemimpin belia, pemimpin rumah tangga dan lain-lain.
Ertinya pemimpin di kalangan umat Islam itu, ada pemimpin besar dan ada pemimpin kecil. Ada pemimpin umum, ada pemimpin khusus. Ada pemimpin yang terbatas, ada pemimpin yang tidak terbatas. Ada pemimpin yang di dalam dia memimpin, dia juga kena pimpin. Pemimpin umum adalah seperti pemimpin empayar, pemimpin negara, pemimpin negeri, pemimpin daerah, pemimpin mukim, pemimpin kampung, pemimpin keluarga dan pemimpin jemaah. Pemimpin khusus pula seperti pemimpin pendidikan, pemimpin kebudayaan dan kesenian, pemimpin ketenteraan, pemimpin persuratan dan kesusasteraan, pemimpin ekonomi, pemimpin sains dan teknologi dan lain-lain lagi. Bagi pemimpin umum, di bawah kepimpinan dan tanggungjawabnya terdapat bermacam-macam golongan dan peringkat serta berbagai-bagai profesion. Pemimpin khusus pula hanya satu golongan yang berada di bawah tanggungjawab dan kepimpinan mereka. Ini kerana mereka memperjuangkan satu bidang atau satu profesion sahaja. Mungkin ruang lingkupnya luas. Contohnya, pemimpin ketenteraan. Ini sudah tentulah melibatkan seluruh negara atau empayar. Begitu juga pemimpin pendidikan, walaupun hanya satu aspek pengkhususannya namun ruang lingkupnya luas mencakup seluruh empayar atau negara dan ramai yang berada di bawah tanggungjawabnya. Tentu ramai orang yang hendak dipimpinnya. Setidak-tidaknya seluruh para guru dan pelajarpelajar.
Ada juga pemimpin umum yang ruang lingkupnya tidak luas walaupun di bawah pimpinannya berbagai-bagai lapisan masyarakat, berbagai-bagai profesion orangnya dan berbagaibagai bidang dan aspek yang hendak difikirkannya. Contohnya pemimpin negeri, bidang kuasanya hanyalah dalam negeri. Sebaliknya, seorang pemimpin tentera di dalam negara lebih luas lagi ruang lingkupnya. Walaupun orang di bawah pimpinannya satu golongan saja tapi daerah ruang lingkup kepimpinannya adalah seluruh negara.

Sekarang kita telah mengetahui bahawa pemimpin dan kepimpinan di dalam Islam itu ada berperingkat-peringkat. Ada yang besar, ada yang kecil, ada yang secara umum dan ada yang secara khusus. Jadi di sini kita akan memperkatakan apa tanggungjawab setiap pemimpin itu. Di dalam tulisan ini, saya tidak akan memperkatakan tanggungjawab pemimpin Islam secara luas dan menyeluruh. Saya cuma akan memperkatakan bahawa walau di peringkat mana pun pemimpin itu memimpin, namun ada dua perkara setiap pemimpin Islam itu wajib bertanggungjawab kepada ahli-ahlinya atau kepada anak pimpinannya. Tiada seorang pun yang boleh mengecualikan dirinya daripada bertanggungjawab kerana mereka adalah pemimpin Islam. Islam adalah agama mereka. Agama Islam mewajibkan kepada setiap pemimpin umat Islam bertanggungjawab terhadap agama dan akhlak orang yang
di bawah pimpinannya.

Maksudnya: “Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas yang dipimpinnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setiap pemimpin akan ditanya oleh Allah Taala tentang setiap orang di bawah pimpinannya di Akhirat kelak. Tidak kira sama ada mereka pemimpin besar atau pemimpin kecil, pemimpin umum atau pemimpin khusus. Mereka tidak boleh hanya memikirkan bidangnya sahaja. Di dalam ajaran Islam, masalah agama terutama di sudut fardhu ain, setiap individu yang mukalaf mesti mengetahui, mengamal dan menghayatinya. Siapa yang menjadi pemimpin juga bertanggungjawab memastikan fardhu ain setiap anak pimpinannya mesti selesai kerana soal agama dan akhlak ini adalah keperluan dan keselamatan bersama dunia Akhirat. Tidak seperti di bidang fardhu kifayah, umpamanya di bidang ketenteraan, ekonomi dan pertanian. Kalau ada satu golongan yang berkecimpung dalam bidang itu dan mencukupi untuk keperluan masyarakat umum maka sudah memadai. Orang lain yang tidak mengambil bahagian di bidang ini terlepas daripada dosa. Manakala Rukun Iman yang enam dan Rukun Islam yang lima, setiap orang wajib mengetahuinya. Mengetahui halal dan haram serta memiliki akhlak yang mulia iaitu sifat-sifat mahmudah seperti adil, jujur, benar, tawadhuk, pemurah, kasih sayang, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, lapang dada, pemaaf, meminta maaf dan amanah diwajibkan kepada setiap orang, diperlukan oleh setiap orang dan setiap golongan. Setiap orang mesti melibatkan diri. Tiada seorang terkecuali sama ada dia pemimpin mahupun bukan pemimpin. Setiap pemimpin Islam itu tidak boleh berkata, “Saya pemimpin di bidang ketenteraan. Saya hanya bertanggungjawab kepada anak buah saya hal yang bersangkutan dengan ketenteraan sahaja. Soal agama dan akhlak itu bukan tanggungjawab saya.”
Pemimpin politik pula berkata, “Saya hanya pemimpin di bidang politik. Soal syariat dan akhlak itu bukan bidang saya.”
Pemimpin ekonomi pula berkata, “Demikian juga saya. Saya hanya memimpin di bidang ekonomi. Masalah agama dan akhlak mereka itu bukan tanggungjawab saya.”
Begitulah setiap pemimpin itu berfikiran demikian. “Soal agama dan akhlak itu tanggungjawab ulama, ustaz, pendakwah, pemimpin dakwah. Kami hanya memikirkan bidang yang khusus.”
Itu adalah fikiran mereka. Allah dan Rasul tidak mengkehendaki demikian. Islam memerintahkan setiap pemimpin umat Islam sama ada dia pemimpin negara, pemimpin negeri, pemimpin ketenteraan, pemimpin politik, pemimpin ekonomi, pemimpin persuratan dan kesusasteraan, pemimpin belia dan seterusnya, wajib bertanggungjawab kepada anak pimpinan mengenai agama dan akhlak mereka.

Di akhir zaman ini, di sinilah di antara kelemahan umat Islam yang mana pemimpin itu hanya bertanggungjawab di bidangnya sahaja. Terhadap urusan agama dan akhlak, mereka tidak ambil pusing. Bahkan banyak di kalangan mereka itu meringan-ringankannya. Di sinilah rahsianya mengapa setiap golongan itu, di antara satu sama lain payah hendak disatukan. Hati berjauhan walaupun tidak bergaduh. Tali pengikat di kalangan golongan umat Islam ialah agama mereka dan akhlak Islam, tapi talinya ini telah diputuskan. Pengikat untuk menyatukan umat Islam sudah tiada. Kalaupun ada tapi tali yang telah reput. Justeru itu di sesetengah golongan atau kumpulan, lebih banyak berlaku berbagai-bagai gejala yang negatif daripada sesetengah golongan yang lain. Dan sesetengah golongan agak lebih baik daripada kebanyakan golongan yang lain pula. Kerana golongan yang banyak menimbulkan gejala itu, mereka tidak lagi dipimpin ke arah agama dan akhlak yang mulia oleh pemimpin. Kalaupun ada program sekali-sekala, itu pun yang didatangkan dari luar. Pemimpin hanya memikirkan bidangnya sahaja. Seolah-olah agama dan akhlak persoalan individu. Padahal apa yang dikehendaki oleh Islam ialah setiap orang itu tidak kira apa kerjanya, bidang apa yang dia tahu, profesion apa yang dia miliki, namun terhadap agama dan akhlak mesti sama kerana ia keperluan bersama. Agama dan akhlak sama-sama punya, tidak seorang boleh berkecuali. Ia adalah kehendak Islam itu sendiri.
Kalau setiap pemimpin, tidak kira di peringkat yang mana dia berada, jika mereka mengambil berat terhadap didikan agama dan akhlak orang yang di bawah kepimpinan mereka, mendidik ke arah kedua-duanya, maka akan lahirlah di dalam masyarakat Islam ahli politik, ahli pendidikan, ahli ekonomi, ahli kesenian, ahli budaya, ahli persuratan dan kesusasteraan, ahli tentera, ahli polis, ahli dakwah, ahli jemaah, ahli sains dan teknologi, ahli akademik, ahli pentadbiran dan lain-lain golongan lagi yang taat dengan agama, berdisiplin, berakhlak tinggi dan mulia. Dengan cara itu akan dapat dilihat bahawa semua golongan umat Islam dari segi peribadinya dan individunya sama, selari, bersatu, rentak yang sama, syiar mereka sama, ketaatan dan akhlak mulianya sama, walaupun mereka pakar di dalam berbagai-bagai bidang dan profesion yang tidak sama. Apakah ada umat Islam berfikir bahawa ketaatan beragama, berdisiplin dan mempunyai akhlak yang mulia itu hanya diperlukan oleh guru-guru agama, ustaz-ustaz, alim ulama, para da’i semata-mata, golongan lain tidak perlu?! Apakah sifat jujur, alim, pemurah, kasih sayang, amanah dan lain lain lagi sifat sifat yang mulia hanya perlu untuk ahli agama, golongan yang lain tidak memerlukannya?
Apakah ada di kalangan umat Islam berfikir, jika taat kepada agama dan berakhlak mulia akan merugikan umat Islam dan manusia seluruhnya? Apakah dengan beragama dan berakhlak mulia akan membawa kemunduran, tidak akan maju, tidak akan berjaya, akan mundur ke belakang? Sebenarnya kepatuhan kepada agama dan berakhlak mulia, itulah menjadikan umat Islam berdisiplin. Akan memperindahkan dan memperbaiki lagi bidang dan profesyen setiap golongan itu. Di sinilah kemuliaan dan kehormatan umat Islam. Kalau ada sifat-sifat ini bukan sahaja Allah dan Rasul suka, tapi umat Islam akan dihormati oleh seluruh manusia sekalipun orang bukan Islam kerana akhlak mulia bersifat sejagat. Semua manusia menerima, suka dan merasa senang dengannya. Umat Islam di zaman salafussoleh mempunyai kepakaran dan kepandaian yang berlainan di berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Ada pakar tafsir, pakar Hadis, pakar feqah, pakar sejarah, pakar akidah, pakar falsafah, pakar sastera, pakar sains, pakar perubatan, pakar kaji bintang, pakar perang tapi di segi agamanya iaitu ketaatan kepada Allah dan Rasul, disiplin hidup serta akhlak mulia, mereka sama-sama terserlah, sama-sama hebat, sama-sama kuat, sama-sama membangunkan syariat, syiar Islam itu sangat menonjol dan dapat dilihat di dalam semua keperluan. Sedangkan di bidang fardhu kifayah masing-masing mempunyai
kepakaran yang tersendiri, mempunyai profesion yang berlainan. Mengapa terjadi demikian? Kerana didikan agama dan akhlak kepada semua golongan yang mengetahui di berbagai-bagai bidang itu adalah sama. Sama-sama dititikberatkan. Di dalam mereka mempunyai kepakaran di bidang-bidang tertentu, di sudut yang lain mereka menjadi abid. Di samping mempunyai ilmu yang tinggi di berbagai bidang, akhlak mereka juga begitu mulia dan tinggi yang tidak dimiliki oleh ahli ilmu di kalangan agama lain. Oleh itu kalau setiap pemimpin umat Islam di seluruh dunia hari ini berperanan, setiap pemimpin di setiap golongan dan bidang itu berusaha dan berjuang dengan serius mendidik anakanak pimpinannya kepada agama dan akhlak mulia, di dalam masa yang tidak lama, insya-Allah umat Islam ini akan menempah semula zaman kemenangan dan kegemilangan seperti di zaman silamnya.

Friday, July 24, 2009

Ramalan Akhir Zaman Oleh Nostradamus

Selain dari keterangan semua agama besar, di dunia ini terdapat pula sekumpulan peramal yang terkenal di dunia yang turut meramalkan kedatangan Imam Mahdi atau seorang pemimpin yang bertaraf dunia, yang akan turun untuk menjalankan pemerintahan yang sangat adil pada zaman ini, pada abad ini, kurun ini dan abad ini.

Memang meramal sesuatu ramalan adalah sesuatu yang buruk, dapat mempengaruhi akidah dan keyakinan kita.
Akan tetapi ramalan yang isinya sesuai dengan isi hadits-hadits, berita-berita dari para sahabat r.a, kasyaf para wali dan firasat para mukmin tidak salah jika disebutkan karena keterangan mereka ini sebenarnya membantu menjelaskan lagi maksud hadits-hadits, dalil-dalil, kasyaf-kasyaf dan firasat-firasat itu.

Sebagian mereka ini adalah peramal semata, sedangkan sebagian lagi adalah orang-orang besar dari agama masing-masing, yang telah mencapai taraf kasyaf pula (menurut pandangan agama mereka).

Diantara peramal yang amat terkenal pada hari ini adalah Michel de Nostredame atau Nostradamus, suatu nama yang hampir sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana sudah begitu terkenalnya. Ramalan-ramalannya sudah umum tersebar dan bukan sedikit pula yang sudah menjadi kenyataan. Diantara ramalannya yang sangat menggoncangkan dunia Barat ialah bahwa seorang pemimpin baru bertaraf dunia akan muncul, Islam akan kembali menguasai dunia pada abad baru ini, dan seterusnya memerangi Kristian–Eropah.

Ramalannya bahwa seorang pemimpin baru beragama Islam akan muncul dan seterusnya menguasai seluruh dunia adalah berdasarkan ramalan beliau seperti berikut :

In the year 1999 and seven months
from the sky will come the great King of Terror.
He will bring back to life the King of the Mongols;
Before and after, war reigns.


Pada tahun 1999, bulan tujuh
dari langit akan turun seorang Raja Agung.
Dia akan menghidupkan kembali Khalifah
sejak itu dan seterusnya, perang meletus.

Tempat muncul pemimpin tersebut adalah di sebuah negara di sebelah Timur bukan di negara Arab atau di sebelah Barat, berdasarkan ramalan berikut:
From the three water signs (seas) will be born a man
Who will celebrate Thursday as his feast day
His renown, praise, reign, and power will grow
On land and sea, bringing trouble to the East


Dari pertemuan tiga laut, akan lahir seorang lelaki
Yang merayakan hari Kamis
Namanya, kemuliaan, jajahan dan kuasanya naik
Di darat dan laut, menggoncangkan seluruh Timur.

Pemimpin tersebut akan memimpin pasukannya yang besar untuk menyerang dan menaklukan Eropah, dan dibantu oleh seluruh umat Islam.


One who the infernal gods of Hannibal
Will cause to be reborn, terror of all mankind
Never more horror nors the newspapers tell of worse in the past
Then will come to the Romans through Babel (Iraq)


Dialah dewa pembunuh manusia
Membangkitkan ketakutan kepada manusia
Tidak terbayangkan sebelumnya kengerian ini
Kemudian mendatangi Barat melalui Iraq.

Pemimpin tersebut memerangi, mengalahkan dan memasuki Eropah dengan memakai serban biru, membawa hukum-hukum Islam untuk diamalkan seluruh penduduk Eropah, dan peristiwa besar inilah yang amat menakutkan setiap hati pemimpin Kristian dan Yahudi.
This King will enter Europe wearing a blue turban,
He is one that shall cause the infernal gods of Hannibal to live again
He will be the terror of mankind
Never more horror

Raja ini memasuki Eropah memakai serban biru
Dia menjadi dewa pembunuh seluruh manusia
Dia menakutkan bagi seluruh manusia (si kafir)
Tiada lagi yang lebih menakutkan.

Seorang Santri Wali Songo yang amat terkenal di Pulau Jawa, Sabdopalon, turut menyebutkan bahwa Imam Mahdi akan dibaiat oleh sembilan tokoh Wali Ghausul Alam yang diketuai oleh seseorang dari Malaysia yang disebutkan sebagai Syeikh Malaya. Beliau menyebutkan bahwa, “Imam Mahdi datang dengan pakaian serba putih dibantu oleh Rijalu’llah Ghaib atau juga disebut Wali Ghosul’alam sembilan yang di antaranya adalah Syeikh Malaya yang turun dari tanah Arab.”

Sunan Gunung Jati turut membuat ramalan berdasarkan kasyaf dari Allah bahwa kebangkitan Islam kali kedua ini akan dipimpin oleh seorang tokoh yang memakai serban. Dia dikatakan amat berpegang teguh pada serban 'kanjeng' (ekor serban) Nabi Muhammad s.a.w. Yang dimaksudkan dengan serban kanjeng itu adalah pemimpin umat yang terakhir, sesuai dengan kedudukan ekor serban yang terletak paling ujung. Serban kanjeng juga dapat diertikan benar-benar mengikuti setiap sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. semasa hayatnya.


Peramal dari Jawa yang disebut sebagai Pangeran Wijil, yang mengarang Kitab Rangka Jayabaya, turut membuat ramalan bahwa pemimpin yang dimaksudkan itu lahir di Makkah, memakai serban yang berlambang bunga tujuh cabang, orangnya selalu kesandung kesampar. Dia tidak pernah diduga akan menjadi pemimpin umat manusia pada suatu hari nanti. Dikatakan lebih lanjut bahwa sebelum raja baru ini muncul akan terjadi huru-hara dan kerusuhan. Dan raja itulah yang akan menjadi penengah di antara pihak yang bertikai itu.

Tanpa diduga, seluruh umat manusia setuju melantiknya sebagai pemimpin mereka kerana jasanya yang sangat besar dan menakjubkan.

Petikan dari artikel Arjuna Armada
Namrud telah memerintahkan supaya dibunuh anak-anak lelaki yang baru lahir. Namrud begitu yakin dengan nasihat para kahin (ahli nujum) yang mentafsirkan mimpinya, bahwa kerajaannya akan jatuh oleh seorang bayi lelaki yang bakal lahir. Oleh kerana tidak tahu siapa di antara bayi -bayi yang lahir itu yang akan menjatuhkan kerajaannya, maka Namrud memerintahkan membunuh semua, asal bayi itu lelaki.
Karena itu Nabi Ibrahim a.s diselamatkan oleh ibunya, baginda dilahirkan dan dibesarkan di dalam sebuah gua. Begitu juga yang terjadi kepada Nabi Musa a.s, ahli-ahli nujum Firaun pula meramalkan kejatuhan kerajaan Firaun adalah di tangan bayi lelaki yang bakal lahir. Kalau Nabi Ibrahim diasuh di dalam gua, Nabi Musa diasuh di dalam istana Firaun. Malah sebelum itu pernah dimasukkan ke dalam bakul kuih dan dihanyutkan ke sungai, terapung-apung hingga tiba di istana Firaun.
Dari sana kemudian diambil oleh Firaun sebagai anak angkat, sementara ibunya dipanggil untuk menyusui anak angkat Firaun. Begitulah kisah dua orang Rasul yang bertaraf Ulul Azmi, lebih lagi bagi Rasul yang menjadi penghulu segala Nabi dan Rasul, Rasulullah SAW. Sebelum baginda dilahirkan, kisah kelahiran baginda telah diceritakan lebih awal di dalam Kitab Taurat dan Injil. Di sana dikenali dengan nama Ahmad, bukan Muhammad sebagaimana setelah dilahirkan. Kelahiran agung itu telah dihafal dan dijiwai oleh pendeta Nasrani dan rahib Yahudi, hingga mereka mengenali sifat Rasulullah SAW itu lebih daripada anak mereka sendiri. Malah ada yang ternanti-nanti kelahiran tersebut dan mengharap Nabi tersebut adalah dari kalangan mereka.
Ketika telah terjadi kelahiran Rasulullah SAW, mereka segera mengenalinya melalui tanda-tanda yang telah tersebut di dalam Kitab Taurat dan Injil.
Ketika tiba seruan Islam dari Rasulullah SAW, merekalah yang menjadi penentang kerana iri dan dengki, bukan kerana tidak tahu kebenaran. Hingga kini, Yahudi dan Nasrani tidak berhenti-berhenti memusuhi Islam. Mereka terus menerus mengkaji rahsia-rahsia kekuatan umat Islam dengan tujuan melumpuhkan ajaran Islam.
Mereka berusaha agar umat Islam lupa rahsia keagungan Islam yang telah dibina oleh Rasulullah SAW. Mereka lupakan umat Islam dari iman dan taqwa. Mereka menanamkan sikap cinta dunia yang membawa umat Islam menjadi lemah.
Firman Allah: “Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani hingga engkau masuk menjadi golongan mereka.” (Al Baqarah: 120)
Ketika Sepanyol hendak ditakluki kembali oleh Orang Kristian dari tangan umat Islam, berbagai strategi diatur dengan begitu rapi.
Pemimpin mereka berpesan, “Jika kamu melihat mata umat Islam cerah (tidak kuyu atau merah kerana kurang tidur-beribadah malam), waktu itu seranglah mereka. Sedangkan jika kamu lihat mereka sembahyang malam, kamu tidak akan dapat mengalahkan mereka.” Kini abad baru telah tiba.
Bagi umat Islam di akhir zaman khususnya di abad ke 21 Masehi ini, sebenarnya ada janji Allah untuk kebangkitan kembali Islam yang kedua. Masalah ini bagi sebagian umat Islam dipandang remeh, kurang yakin bahkan ada yang menolak dan menentang. Termasuk di kalangan alim ulama yang terpengaruh dengan orentalis Barat.
Keyakinan umat Islam terhadap hadits akhir zaman dimentahkan dengan memberitakannya sebagai hadits dhaif atau palsu. Akhirnya umat Islam terus dibelenggu oleh kepompong ciptaan Yahudi dan Nasrani. Sedangkan di pihak mereka, Yahudi dan Nasrani, telah bersiap-siap lebih awal dan bersiaga dengan kebangkitan yang dijanjikan itu.
Ini dapat kita lihat, seorang peramal berbangsa Yahudi yang terkenal telah meramalkan kebangkitan Islam di tahun 2000 bermula dari sebelah Timur. Bagi saya, ini bukan semata-mata ramalan, tetapi adalah tafsiran atau hasil analisis hadits oleh pakar-pakar Yahudi. Mereka amat peka terhadap hadits-hadits yang menyebut secara khusus kebangkitan Islam. Kebangkitan Islam berarti kejatuhan dan kekalahan mereka. Segala kepalsuan dan kebatilan mereka akan terbongkar, dan segala kezaliman akan bertukar keadilan.
Memang secara jelas disebut di dalam hadis tidak boleh mempercayai ramalan nujum. Tetapi apabila telah ada hadits yang mendahului ramalan itu, bukanlah nujum. Seringkali itu dikatakan sebagai ramalan hanya untuk mengelabui umat Islam. Mereka katakan itu ramalan mereka, sedangkan sebenarnya itu adalah tafsir atau hasil kajian dari hadits yang mereka sembunyikan dari umat Islam selama ini.
Umat Islam dikelabui dengan hadits, mereka tipu juga umat Islam dengan menamakan hasil kajian hadits sebagai ramalan (nujum) mereka. Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus (1503-1566) seorang warga Perancis keturunan Yahudi, tokoh peramal dari Barat yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat. Menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001, beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia. Menurut beliau:
1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai sorban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Kamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.


Di sini diuraikan tentang hal-hal yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan hadits, sekaligus membuktikan terdapat “mala-fide” Yahudi dalam konspirasi menipu umat Islam.
1. Akan muncul A New World Religion. Kemunculan satu kuasa baru dunia berlandaskan agama telah disebut secara nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadits. Di antaranya:
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal memperbarui (menghidupkan) urusan agamanya.” (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata:
Para penghafal hadits sepakat mengatakan hadits ini sahih) Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, yaitu 1420 Hijrah. Mengikuti tafsiran ulama, yang dikatakan awal masa itu adalah 1/4 yang pertama. Artinya kita kini berada di awal masa. Sebagaimana janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW ini, pastilah akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini. Bertepatan juga kita melangkah ke abad ke-3 Masehi dan berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadits yang lain,
bersabda Rasulullah SAW: “Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa’-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam.” (Riwayat Ahmad)
Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa’-ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rusak sedang rakyat masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang kembali. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East. Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari Timur sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadits disebutkan berkenaan pemimpin dari Timur itu:
1. Daripada Ibnu Umar, bahwa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadits riwayat At Tabrani)
2. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW,"akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa yg berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’atlah kepada mereka sekalipun harus merangkak di atas salji ". (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut. Siapa saja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Begitupula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman.
Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadits. Ini adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada ciri demikian dan di negeri-negeri tersebut, mereka menjalankan ‘kerja-kerja kotor’ yaitu mencoba memadamkan kalimah Ilahi dengan berbagai cara. Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam yang kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah wilayah-wilayah di Indonesia sejak dulu menjadi sasaran utama mereka karena mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya “The Man from The East” itu. Selain itu, mereka juga membangun pangkalan (pusat operasi) di dekatnya yaitu di Filipina dan Singapura.
Filipina adalah pusat operasi bagi kaum Nasrani sedangkan Singapura adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi. Dari kedua tempat itu mereka memantau seluruh Asia Tenggara, terutama Indonesia karena dipercaya oleh mereka Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di Indonesia. Itulah bukti kuat kepercayaan para Rahib Yahudi dan Pendeta Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.
Namun, karena permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perdagangan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan maksud yang sesungguhnya atas umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat rapi menyimpan rahsia yang sebenarnya tentang maksud mereka, sehingga tidak pernah dapat diketahui oleh siapapun umat Islam di kawasan ini sejak dulu hingga hari ini.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat. Semua manusia di seluruh dunia akan terkejut dengan perlantikannya sebagai pemimpin manusia di Timur. Pernyataan ini disebutkan oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya. Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, ekonominya akan lumpuh terus dan lenyap lalu beliau gantikan dengan sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat stabil. Sistem ekonomi Islam yang beliau terapkan nanti akan turut menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan serta pakar-pakar di seluruh dunia. Sistem ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan tidak berdaya. Akhirnya, sistem ekonomi Islam yang beliau terapkan akan berkembang pesat dan meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang telah ada di dunia.
Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana sebelum ini dipenuhi oleh kezaliman.
Dari Ibnu Mas’ud RA, katanya, “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak hingga datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan seperti bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Siapapun yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) Keadilan yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek seperti politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Sabda Nabi SAW: “Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi.” (Riwayat At-Tabrani)
5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban). Oleh kerana pemimpin tersebut adalah seorang pejuang Islam yang amat cinta kepada Rasulullah SAW, pastilah segala sunnah Rasul itu diperjuangkannya. Tidak mungkin seorang pejuang Islam tidak bersorban seperti Rasulullah SAW. Walaupun sekarang ini, amalan sunnah seperti berserban itu telah dijelek-jelekan oleh orang.
Disebutkan tentang warna sorban, sebenarnya banyak hadits menyebut tentang sorban pemimpin ini, baik secara khusus ataupun secara umum. Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan Imam As Sayuti. Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai serban berwarna biru di dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekali saja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahwa hanya beliau seorang yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika itu, terutama ulama fiqih, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas kepala sebagai pakaian harian, apalagi untuk memakai serban yang berwarna biru atau hijau. Berat juga pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian serban berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur itu. Maknanya, serban warna biru itu dipakainya ketika beliau pertama kali mendapat kuasa di negeri sebelah Timur dan ketika diberikan baiat oleh sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus.
6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Ini suatu yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh dunia termasuk oleh para ulamanya. Maksudnya di sini adalah, hari Khamis malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin selepas Maghrib di masjid, di surau atau di rumah. Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam Jumaat itulah beliau akan memperbanyak zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut malam yang besar. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jumaat itu sebagai masa untuk membaca solawat dan mengamalkan zikrullah sehingga jadilah malam Jumaat itu sangat istimewa bagi dirinya. Dan memang begitu keadaannya, bagi para solehin dan wali-wali sejak zaman para sahabat hingga kini, mereka menjadikan hari Kamis malam Jumaat sebagai suatu hari raya dan malam berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada Allah. Itulah maksud sebenarnya yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus, dengan kenyataan bahwa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehingga hari Kamis malam Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap tidak berbeza dari hari-hari dan malam-malam lainnya. Tahun yang disebut yaitu tahun Masehi 2000 telah tiba. Sebagai orang yang beriman dengan hadits sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana, di saat ini pihak musuh Islam lebih-lebih peka, maklumlah mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan itu.
Sabda Nabi SAW, “Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Siapapun yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.” (Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)”.

Monday, July 20, 2009

GOLONGAN-GOLONGAN DI KALANGAN UMAT ISLAM TERHADAP PERJUANGAN

Apabila kita mengatakan perjuangan ertinya adanya sebuah jemaah yang ada pemimpin yang ditaati, ada pengikut yang setia, ada dasar perjuangan yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah, yang ia ditegakkan lebih dahulu sejauh yang termungkin di dalam jemaah itu sebagai model. Ada aktiviti ke luar dan ke dalam melalui berbagai-bagai cara dan strategi untuk mencapai matlamat. Ertinya Islam tidak berjuang secara individu atau secara berseorangan tanpa ada jemaah, pemimpin dan pengikut serta tanpa aktiviti, kerana Islam itu adalah cara hidup bernegara, berekonomi, bermasyarakat, berpendidikan, berhubung, berkebudayaan, berundang-undang, berdisiplin dan lain-lain lagi. Oleh kerana perjuangan Islam itu adalah terpaksa sibuk, berkorban, terkorban, menghabiskan masa, berhadapan dengan kesusahan dan cabaran, terpaksa mengkesampingkan kepentingan diri, maka selepas kejatuhan empayar Islam ada beberapa golongan umat Islam dalam menghadapi perjuangan ini iaitu:

1. Golongan yang hidup matinya untuk Islam. Faham apa yang mereka perjuangkan. Bersungguh-sungguh mengamalkan di dalam diri mereka dan keluarga mereka, memberi seluruh jiwa raga, masa dan harta untuk Allah dan Rasul. Mereka sanggup berhadapan dengan sebarang risiko, bahkan mati di dalam perjuangan itu memang ditunggu-tunggu. Syahid adalah idaman mereka. Golongan ini amat sedikit dan darjatnya lebih tinggi daripada ahli ibadah.

2. Golongan yang bersungguh-sungguh berjuang seperti golongan yang pertama tadi serta faham apa yang mereka perjuangkan. Cuma lemah mujahadah melawan nafsu. Di dalam gigih berjuang itu, maksiat dibuat juga. Di dalam ada cita-cita Islam, terlibat juga dengan dosa. Ini terserahlah kepada Allah Taala, terpulanglah kepada Allah. Dia mengampunkan sesiapa yang Dia kehendaki dan mengazab sesiapa yang Dia kehendaki. Atau jika kebaikan yang mereka lakukan lebih banyak daripada kejahatan, maka beratlah amalan kebaikannya maka mereka tergolong dalam ashabul yamin.

3. Golongan yang berjuang secara jahil. Fardhu ain di dalam diri pun belum selesai. Mereka berjuang semata-mata kerana semangat dan fanatik sahaja. Di dalam perjuangan mereka mengganas, merosak dan menzalim sama ada di sedari atau tidak. Mereka itu kalau gigih sekalipun berjuang, namun Allah SWT tidak akan menerima perjuangan mereka. Kerana kerosakannya lebih banyak daripada kebaikannya. Golongan ini agak ramai di zaman ini.

4. Umat Islam yang berjuang bukan kerana Allah dan Rasul atau bukan kerana hendak menegakkan Islam tapi berjuang kerana mahu merebut pangkat atau kerana sakit hati dengan musuh-musuhnya atau kerana kemegahan bangsa, negara atau kerana nama atau kerana ideologi. Islam itu hanya diselit-selitkan atau dijadikan bahan slogan untuk mempengaruhi umat Islam. Golongan ini tertolak. Sama ada jadi zalim, fasik atau kafir.

5. Golongan yang ingin berjuang tapi belum mula berjuang kerana wadah-wadah perjuangan yang wujud di negaranya atau jemaah perjuangan yang ada di negaranya tidak meyakinkan. Kerana tahu tidak ada kemampuan dan kelayakan, mereka beribadah dan membaiki diri sambil menunggu perjuangan yang sebenar. Mereka lebih banyak menyendiri. Golongan ini memang elok menyendiri.

6. Golongan yang menghabiskan masa untuk ibadah serta membaiki diri, sedangkan kemampuan ada. Walaupun ada perjuangan kebenaran di hadapan matanya namun mereka tidak mahu menggabungkan diri. Kerana tidak mahu bersusah payah atau tidak mahu menerima atau menanggung risikonya. Golongan ini dimurkai Allah SWT.

7. Golongan yang uzur, sama ada uzur disebabkan sakit atau cacat anggota atau tua atau terlalu miskin, sedangkan tanggungjawab serta ada keluarga yang hendak ditanggung. Maka mereka tidak dapat ikut serta di dalam perjuangan, hanya memberi doa semata-mata. Golongan ini dimaafkan.

8. Golongan yang memilih menghabiskan masa untuk beribadah daripada berjuang di waktu musuh belum begitu mengancam terhadap umat Islam dan negara Islam. Sedangkan sudah ada golongan lain yang berjuang dan tenaga itu sudah cukup sebagai menegakkan fardhu kifayah. Maka golongan itu diharuskan untuk bersikap demikian tapi pahalanya rendah dibandingkan dengan golongan yang berjuang itu.

9. Golongan yang sudah tidak mempedulikan langsung terhadap Islam. Mereka ialah Islam keturunan. Ibadah untuk dirinya sahaja, tidak mahu berjuang, malah mereka tidak mahu fikir mengenainya dan hanya mahu hidup sematamata. Memikirkan makan, minum dan seks sahaja. Islam tidak ada langsung di dalam hati mereka. Golongan ini disangsikan keislaman mereka.

10. Ada golongan pada mulanya menceburkan diri di dalam perjuangan. Apabila mendapat kesusahan atau tidak tahan berhadapan dengan ujian dan cabaran, akhirnya mengundurkan diri. Yang mengundurkan diri itu, ada yang menentang dan ada yang tidak menentang.

11. Ada golongan yang menggabungkan dirinya di dalam perjuangan setelah perjuangan itu telah menghasilkan buahnya, ertinya setelah perjuangan memberi kesenangan. Tapi apabila berhadapan dengan ancaman atau ujian yang berat, ia akan menentang perjuangan itu dan adakalanya terus menyebelahi musuhnya

PEMBANGUNAN MATERIAL/FIZIKAL DAN INSANIAH

Manusia yang hidup di muka bumi Tuhan ini, mereka memerlukan berbagai-bagai keperluan dan kelengkapan hidup. Untuk menyempurnakan kehidupan mereka dalam dua negara iaitu negara yang terdekat, dunia namanya atau alam syahadah dan negara yang jauh atau yang akhir yang tidak berkesudahan yang kekal abadi, Akhirat namanya. Manusia itu kejadian semula jadinya yang Allah Taala cipta, ada jasad lahir dan ada jasad batin. Jasad lahir atau jawarih ialah anggota yang bersifat fizikal yang dapat dilihat dan disentuh. Jasad batin ialah anggota yang bersifat maknawiah dan rohaniah, terasa adanya, tapi tidak dapat dilihat dan disentuh. Kedua-dua jasad yang ada pada manusia ini perlu diberi keperluan hidupnya. Kalau tidak, kedua-duanya akan rosak. Manusia itu akan melarat dan menderita di dunia dan menderita di Akhirat. Kalau salah satunya sahaja yang diberi perhatian untuk keperluan-keperluan hidupnya, ia tidak seimbang. Kalau jasad lahir sahaja diurus keperluan-keperluannya, sedangkan jasad batin tidak diurus, maka mudahlah kehidupannya di dunia tapi susah kehidupannya di Akhirat. Kalau jasad batin sahaja diurus keperluannya, jasad lahir tidak diurus keperluannya, mudahlah kehidupannya di Akhirat tapi susah kehidupannya di dunia.

Oleh itu manusia itu hendaklah mengurus anggota lahirnya dan juga mengurus anggota batinnya, barulah ia seimbang. Agar manusia itu bahagia di dunia, bahagia di Akhirat. Senang di dunia dan senang di Akhirat. Kalau demikian keadaannya, barulah manusia menjadi manusia yang sempurna yang mendapat kebahagiaan di dua negara. Jasad lahir manusia memerlukan makan minum, pakaian, tempat tinggal, seks, kesihatan, kemudahan perhubungan, kemudahan pertemuan, kemudahan tempat tinggal, kemudahan tempat bekerja, kemudahan tempat berbincang, kemudahan tidur baring, rehat, keselesaan, kemudahan tempat berkeluarga, kemudahan mencari rezeki dan lain-lain lagi. Untuk memenuhi keperluan jasad lahir manusia itulah, maka manusia sentiasa berfikir, belajar mencari ilmu, mencari pengalaman, kemudian berusaha dan berjuang terus-menerus, sambung- menyambung tidak henti-hentinya membangunkan pembangunan fizikal dan material untuk mendapatkan dan menghasilkan keperluan-keperluan lahir mereka. Maka dibangunkanlah tempat tinggal, dari masa ke semasa bertambah elok, bertambah cantik, bertambah selesa dan bertambah canggih. Direntangkan jalan raya, dari masa ke semasa bertambah baik, bertambah besar dan luas serta bertambah selesa. Dibangunkan ladang-ladang dengan alat-alat pertanian, dari masa ke semasa bertambah luas, bertambah elok, bertambah moden dan alatalat pertaniannya bertambah canggih. Direkalah kenderaan, dari masa ke semasa bertambah baik, bertambah cantik, bertambah selesa, bertambah moden dan canggih. Dibangunkan kilang, pekan dan bandar, bangunan pejabat, alat-alat perhubungan, alat-alat penyebaran ilmu dan berita, dari masa ke semasa bertambah baik, bertambah cantik, bertambah moden dan canggih. Sekarang, kemajuan material dan fizikal demi untuk menunaikan keperluan-keperluan jasad lahir manusia, sudah memuncak, sudah hebat dan mengkagumkan. Dengan itu dunia ini sudah kecil, negara sudah tidak ada sempadan lagi, langit telah ‘terbuka’, dunia telah sempit, manusia yang berbagai-bagai kaum dan bangsa ini benar-benar telah bergaul dan boleh berkenalan dari dekat antara satu sama lainnya. Di sini kita dapat melihat usaha dan perjuangan manusia untuk keperluan jasad lahiriah, sangat maju dan berjaya.

Jasad batin (roh) manusia juga perlu kepada makan minum, pakaian, bahkan lebih patut dijaga makan minum dan pakaiannya daripada jasad lahir (jawarih). Makan minumnya termasuklah keyakinan, sembahyang, puasa, membaca Al Quran, tafakur, zikir, tasbih, tahmid, selawat dan doa. Pakaiannya ialah sifat taqwa iaitu melaksanakan segala yang diperintah atau yang disuruh dan menjauhi segala yang dilarang atau yang ditegah. Kalau ia sungguh-sungguh difahami, kemudian diusahakan dan diamalkan serta dihayati secara terusmenerus, akan lahirlah pembangunan insaniah yang bersifat rohaniah. Misalnya, lahirlah di dalam diri manusia itu sifat-sifat jujur, adil, benar, kasih sayang, lemah-lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, meminta maaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati dan belas kasihan. Sifat mahmudah dalam diri manusia ini akan menjadi tabiat, menjadi budaya dan syiar di dalam kehidupan di kalangan manusia. Di sinilah rahsia perpaduan, kebahagiaan dan keharmonian yang manusia sejagat menginginkannya, lebih daripada menginginkan pembangunan material dan fizikal.

Apa yang sangat malang di dunia akhir zaman ialah tuntutan kehidupan mereka tidak seimbang di antara pembangunan material dan fizikal dengan pembangunan insaniah yang bersifat maknawi dan rohaniah. Pembangunan material dan fizikal, masya-Allah begitu menonjol, hebat dan canggih, daripada masa ke semasa bertambah meningkat, bertambah maju, bertambah moden, bertambah berjaya. Tetapi apa yang berlaku, pembangunan insaniah yang bersifat maknawiah dan rohaniah makin menurun, makin merosot, semakin kurang, semakin teruk dan punah, keadilan bertambah jauh, kejujuran bertambah kurang, amanah susah hendak dicari, pemurah sudah boleh dikatakan tiada lagi, kasih sayang sudah kemarau, sabar tinggal dalam ucapan, redha jauh sekali, tawakal hampir sudah tidak wujud, tolak ansur hampir punah, lapang dada sudah tidak ketara, mengutamakan orang lain lebih-lebih lagi sudah tiada, pemaaf hampir mustahil, meminta maaf kalaupun berlaku kerana terpaksa, bertolong bantu dan bekerjasama hanya program tertentu kerana ada tujuan tersembunyi; kerana nama dan glamour, kerana ada udang di sebalik batu atau kerana terpaksa, kalau tidak nanti apa orang kata.

Apabila pembangunan insaniah hampir punah di seluruh dunia terutama di dunia Barat dan Amerika, maka apakah yang terjadi? Iaitu di tengah-tengah pencakar langit, runtuhnya akhlak manusia sejatuh-jatuhnya menyapu bumi. Di tengah-tengah bangunan dan gedung-gedung yang indah, di situlah sarang pelacuran yang eksklusif, lesbian dan homoseksual. Di dalam keadaan bandar-bandar yang penuh dengan pembangunan yang hebat dan gagah, lampu-lampu yang bergemerlapan, kenderaan yang berselerak, berselirat, manusia yang sentiasa bergerak dan aktif seolah-olah tidak ada beza siang dan malam, di sanalah penipuan, rasuah, rompakan, kidnap, rogol, zina dan pembunuhan. Di dalam keadaan jalan raya highway, super highway yang melebar dan memanjang, di sanalah manusia melahirkan emosi, gelojoh, mementingkan diri sendiri, melanggar disiplin, tunjuk sombong, membesarkan ego, pantang dicabar, berlumba-lumba dan potong-memotong. Akibatnya dari ini berlaku eksiden dan insiden yang mengerikan, manusia mati setiap hari, kereta remuk-redam, punah-ranah, seolah-olah menjadi budaya jalan raya, seolah-olah tiada apa-apa, biasa sahaja, perkara biasa. Di dalam kejayaan material, di sinilah berlakunya penzaliman, diskriminasi, keangkuhan, khianat, rasuah, hidup nafsinafsi, sombong, megah, mementingkan diri, pembaziran, budaya lepak, vandalisme, bohjan, bohsia dan pergaulan bebas macam haiwan. Di dalam masa kejayaan material inilah, berlaku di seluruh dunia terutama di dunia Barat dan Amerika, orang tua terbiar, kanak-kanak tidak disayangi tapi kucing dan anjing lebih disayangi, hubungan hidup suami isteri begitu longgar, krisis rumah tangga, krisis politik dan berbagai krisis lagi. Peperangan di antara kaum, di antara etnik, di antara negara, di antara fahaman silih berganti terjadi setiap hari. Manusia gelisah, manusia resah, manusia kecewa, manusia putus asa, manusia membunuh diri. Aneh, pelik, ganjil, hairan, menakutkan sekali. Dunia pembangunan telah menjadi syurga, manusia hidup dalam neraka. Beginilah keadaan kehidupan manusia seluruh dunia apabila tidak seimbang antara pembangunan material dengan pembangunan insaniah, seolah-olah pembangunan material yang mengkagumkan itu tidak ada erti apa-apa lagi kepada manusia. Materialnya berjaya, nsaniahnya kecewa. Materialnya syurga, insaniahnya neraka. Luar manusia terang-benderang, dalam manusia gelap-gelita. Materialnya mencakar langit, akhlaknya menyapu bumi. Haiwan disayangi, manusia dibenci. Pencemaran alam ditakuti, pencemaran iman dan akhlak tidak dipeduli. Manusia dibiarkan kelaparan, haiwan diberi makan hingga kekenyangan.

Setelah kita menghuraikan secara ringkas, pembangunan material dan pembangunan insaniah maka kita dapat membuat konklusi dan rumusan seperti berikut:

1. Pembangunan material dan fizikal dari sehari ke sehari semakin meningkat dan maju tapi pembangunan insaniah dari sehari ke sehari menurun dan punah.

2. Pembangunan material atau fizikal mudah diperturunkan dan diwarisi serta disambung oleh generasi kemudian dari masa ke semasa tapi tidak demikian keadaannya pembangunan insaniah ini susah hendak diperturunkan dan diwarisi oleh generasi kemudian.

3. Membangunkan material atau fizikal mudah dibandingkan membangunkan insaniah.

4. Mengubah kehidupan yang lahir ini daripada buruk kepada cantik, ini mudah tetapi mengubah kehidupan yang batin iaitu mengubah tabiat manusia daripada perangai buruk kepada perangai baik ini amat susah sekali. Sebagai bukti, katalah seorang ini kenal dirinya sejak di bangku sekolah lagi punya sifat pemarah, kemudian selepas 40 tahun kita bertemu lagi dengannya, masya-Allah sifat pemarahnya tidak berubah bahkan ia bertambah tua dengan tua umurnya.

5. Pendidik dan pembangun material atau fizikal lebih berjaya daripada pendidik dan pembangun insaniah.

6. Di sini kita faham dan insaf bahawa kemajuan material dan fizikal bagaimana hebat, cantik dan canggih tidak dapat mendidik manusia daripada jahat kepada baik bahkan adakalanya manusia yang baik jadi jahat
.
7. Kemajuan yang lahir boleh membawa manusia paling tidak kufur nikmat, tapi pembangunan insaniah membawa manusia bersyukur dengan kemajuan yang lahir itu.

8. Kemajuan di sudut material dan fizikal semakin maju tapi manusia semakin berebut-rebut, iri hati, hasad-menghasad, khianat-mengkhianat, jatuh-menjatuhkan, tunjuk-menunjuk, jauh-menjauhi, sombong-menyombongi, rasuah-merasuah, tipu-menipu, benci-membenci, hilang kasih sayang, perpaduan makin pecah dan banyak berlaku jenayah.

9. Berlainan sekali pembangunan insaniah; makin maju, makin bersyukur, makin sabar, makin berkasih sayang, makin berpadu, makin bertolak ansur, makin pemurah, makin bertawakal, makin redha, makin berlapang dada, makin bersimpati, makin bertimbang rasa, makin bahagia, makin harmoni.

10. Pakar-pakar dan tokoh pembangunan material dan fizikal bertambah setiap masa, pakar dan tokoh-tokoh insaniah bertambah kurang.

11. Kepesatan pembangunan material dan fizikal kita akui, dunia semakin cantik dan indah, kehidupan manusia bertambah mudah dan selesa, tapi tidak menjamin kebahagiaan dan keharmonian.

12. Kemajuan material dan fizikal menyebabkan bertambah sempit dan dekat dunia ini dibuatnya dan memudahkan jasad lahir manusia bertambah dekat dan rapat, tapi hati satu sama lain bertambah jauh.

13. Dengan kepesatan pembangunan material dan fizikal, jasad mudah bertemu tapi susah hendak bersatu dan bertemu hati.

14. Pejuang-pejuang dan pendokong material lebih ramai daripada pejuang dan pendokong pendokong kemajuan insaniah.

15. Pejuang insaniah terutama pemimpin selalu tersisih tidak seperti pejuang-pejuang material.

16. Kemajuan material boleh dipusakai tapi kemajuan insaniah tidak boleh dipusakai.

17. Pejuang material atau kebendaan terutama bila mereka menjajah negara orang, banyak membuat kerosakan tidak seperti pejuang-pejuang insaniah.

18. Ilmu tentang kemajuan material dari sehari ke sehari bertambah berkembang tapi ilmu mengenai pembangunan insaniah bertambah kurang.

19. Pemimpin pejuang-pejuang material selalunya ditakuti dan dibenci, orang hanya berpura-pura menghormatinya. Tapi pemimpin pejuang insaniah selalunya dihormati, orang suka dekatinya.

20. Zaman kegemilangan pembangunan material biasanya lama tapi zaman kegemilangan pembangunan insaniah biasanya tidak lama.

21. Zaman kegemilangan kemajuan material tidak membawa keamanan, buktinya dunia Barat hari ini terutama Amerika, hidup penuh dengan ketakutan kerana berlakunya dalam masyarakat mereka berbagai-bagai bentuk jenayah. Tidak seperti zaman kegemilangan pembangunan insaniah, masyarakatnya aman damai, hingga wanita boleh berjalan seorang diri pun tiada siapa yang mengganggu. Suasana ini telah berlaku di zaman Rasulullah SAW hingga selama 3 kurun.

22. Kemajuan insaniah adalah pusaka para rasul dan nabi-nabi, kemajuan material adalah pusaka Qarun dan raja-raja.

23. Pemimpin-pemimpin pejuang material selalunya dilupakan orang lebih-lebih lagi selepas matinya, tapi tidak kepada pemimpin pejuang insaniah, setelah mati pun dikenang orang hingga makam mereka diziarahi.

24. Pembangunan material adalah lambang kebesaran dan kemegahan tapi pembangunan insaniah adalah lambang kehambaan dan ketaatan.

25. Pemimpin pejuang material walaupun penuh dengan kebesaran dan kekayaan tapi tidak punya pengikut, tapi pemimpin pejuang insaniah mempunyai pengikut seperti para rasul, imam-imam mujtahidin, pemimpin pejuang kebenaran seperti Hassan Al Banna dan lain-lain lagi.

26. Pemimpin-pemimpin pejuang material selalunya meninggalkan pembangunan, tetapi pemimpin pejuang insaniah selalunya meninggalkan ajaran dan didikan.

27. Pemimpin pejuang material selalunya orang ziarah hendakkan duit atau sokongan tapi pemimpin pejuang insaniah orang ziarah inginkan doa dan keberkatan.

28. Pemimpin pejuang material apabila dia jatuh daripada jawatannya atau bankrap, orang tidak peduli bahkan orang yang dikatakan kawan-kawan selama ini pun habis lari, tidak seperti pemimpin pejuang insaniah, makin dia teruji makin orang simpati, semakin orang suka hendak ziarahi.

Perlu diingatkan, kunci kebahagiaan hidup manusia di dunia ini ialah apabila berlaku dan tercetusnya kemajuan material dan kemajuan insaniah serentak atau bertembung dua tamadun lahiriah dan rohaniah dalam satu masa. Maka hidup di dunia dirasakan syurga sebelum Syurga yang hakiki dan kekal abadi di Akhirat. Kita tidak tahu bila akan berlaku, kita harap akan berlaku. Marilah kita sama-sama berjuang dan berdoa mogamoga dunia ini menuju ke arah itu. Ya Allah, rahmat-Mu dan nikmat-Mulah yang kami harap! Kami menunggu.

Sunday, July 19, 2009

Seruan Bagaimana Yang Allah Mahu?

Memang Allah Taala menyuruh kita berjuang, menegakkan syariat Islam di dalam seluruh kehidupan. Daripada kehidupan peribadi, keluarga seterusnya negara dan alam sejagat. Begitulah juga berdakwah adalah satu aspek cara berjuang, kita diperintahkan menyampaikan risalah Islam dengan menegakkan amar bil makruf wanahyun anil mungkar.

Memperjuangkan Islam bermula dari peribadi yang ada citacita kemudian keluarga, masyarakat, ekonomi, begitulah seterusnya. Orang yang berjuang ada cita-cita Islam mestilah
bermula daripada peribadi, keluarganya dan jemaahnya dan begitulah seterusnya. Orang yang cintakan Allah, Rasul dan Islam yang dibawa oleh Rasul mestilah dibuktikan lebih dahulu
kecintaannya itu di dalam diri dan keluarganya serta di dalam jemaah di bawah kuasanya.
Selepas nyata dan ketara kehidupan secara Islam itu benarbenar wujud pada peribadi, keluarga dan jemaah itu, lama-kelamaan orang ramai akan mengikutnya atau simpati kepada perjuangan itu kerana role model telah wujud begitu nyata, indah dan cantik. Apabila terserlah, sudah tentu menggamit orang ramai, kerana fitrah semula jadi manusia memang suka kepada keindahan dan kecantikan. Sedangkan Islam itu adalah indah dan cantik setelah ia menjadi amalan, tabiat dan budaya hidup.

Tapi kalau para pejuang kebenaran itu katanya cinta kepada kebenaran, tapi kebenaran itu belum wujud pada peribadinya, keluarganya dan di dalam jemaahnya, alasan apa orang lain akan
mengikut atau akan simpati. Sudah tentu orang lain ragu-ragu atau terkeliru. Oleh kerana itulah Allah Taala berpesan kepada pejuangpejuang Islam melalui Al Quran:

Maksudnya: “Hendaklah kamu melaksanakan, maka Allah akan melihat dan juga Rasul-Nya dan orang mukmin.” (At Taubah: 105)

Orang mukmin di sini tentulah yang sezaman dengannya iaitu dengan pejuang-pejuang itu.

CARA MEMPERJUANGKAN ISLAM
Walaupun disuruh memperjuangkan Islam itu secara keseluruhan atau global dari peribadi, keluarga, masyarakat, ekonomi, pendidikan, pentadbiran, ketenteraan, politik, perhubungan, kebudayaan, negara seterusnya alam sejagat, namun Islam ada memberi kaedah: “Tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua.”
Di dalam memperjuangkan semua, buat lebih dahulu apa yang boleh dibuat. Ertinya laksanakan lebih dahulu Islam yang ada di dalam kuasa kita, iaitu peribadi kita, keluarga kita dan jemaah kita. Tegakkan lebih dahulu iman, Islam dan ihsan itu atau tegakkan lebih dahulu akidah, syariat dan akhlak itu di dalam diri kita, keluarga kita dan anggota-anggota jemaah kita. Cara ini lebih mudah ditegakkan kerana ia ada di bawah kuasa kita. Kalau di luar kuasa kita lebih-lebih lagi di dalam negara dan alam sejagat, sudah tentu susah dan amat sulit hendak ditegakkan kehendak-kehendak ajaran Islam itu daripada persoalan akidah, syariat dan akhlak. Selagi kuasa belum ada di tangan kita, cukuplah kita sarankan lebih dahulu atau mengingatkan lebih dahulu kepada pihak-pihak yang ada kuasa di dalam negara dan seterusnya alam sejagat. Tapi yang ada di bawah kuasa kita, seperti yang telah kita sebut tadi, kita buat dan perkemaskan sungguh-sungguh hingga menjadi contoh atau role model kepada orang di luar jemaah kita.

MENGAPA PERLU LAKSANAKAN DAHULU?
Mengapa setiap individu dan jemaah Islam itu melaksanakan dahulu? Perlu diingat bahawa Islam bukan setakat ilmu. Tidak juga sebagai slogan. Bahkan setakat keyakinan pun belum cukup. Tapi Islam itu adalah agama ilmu, yakin dan amal. Selepas itu barulah sesuai untuk diperjuangkan agar ia lebih luas lagi daerahnya dan lebih ramai lagi penganut-penganutnya. Ini kerana Islam itu adalah datang daripada Allah, disampaikan kepada Rasulullah. Kemudian terus disampaikan kepada manusia di zamannya sehingga ia diperjuangkan dan disampaikan sambung-menyambung dari generasi ke generasi untuk kebahagiaan manusia dunia dan Akhirat. Ia merupakan hadiah paling besar dari Allah Taala pencipta manusia kepada manusia
yang menerimanya, demi keselamatan mereka. Oleh yang demikian, pejuang-pejuang yang cintakan Allah dan Rasul serta syariat-Nya hendaklah lebih dahulu melaksanakan
kebenaran itu kerana beberapa sebab di antaranya:

1. Kalau kita memperjuangkan Islam kerana cintakan Allah dan Rasul serta syariat-Nya dengan mengajak orang menganutnya dan mengamalkannya, maka sudah tentulah logiknya kita mengamalkannya.

2. Kita perlu mengamalkannya lebih dahulu supaya mudah untuk meyakinkan dan menarik orang lain kepada apa yang kita perjuangkan. Kalau tidak, atas dasar apa orang lain akan yakin dan tertarik dengan apa yang kita perjuangkan.

3. Agar mudah orang ramai meniru apa yang kita perjuangkan kerana role model wujud di dalam peribadi dan jemaah pejuang-pejuang itu.

4. Untuk mengelakkan daripada kemurkaan Allah Taala, kerana yang berjuang dan bercakap tentang kebenaran tapi mereka sendiri tidak mengamalkan, besar sekali dosanya.
Seperti firman Allah:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, mengapa kamu perkatakan perkara yang kamu tidak buat. Besar sekali kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata apa yang kamu tidak buat.” (As Saf: 2-3)

5. Agar jangan jadi bahan ketawa dan ejekan daripada orang ramai terhadap perjuangan kita. Lebih-lebih lagi memberi jalan kepada musuh Islam untuk menuduh dan memfitnah.

6. Untuk mendapat keredhaan daripada Allah SWT yang empunya agama yang diperjuangkan itu.

7. Agar mendapat bantuan dan pertolongan Allah Taala. Allah Taala telah memberi jaminan kepada para pejuang bahawa di samping mereka diuji, mereka juga akan dibantu dan ditolong oleh Allah SWT selagi mana mereka menjadi orang yang bertaqwa iaitu setelah mereka mengamalkannya.

Maksudnya: “Kemudian Kami selamatkan rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman. Demikianlah juga, sebagai kewajipan Kami, Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (Yunus: 103)


kepada pejuang-pejuang kebenaran atas dasar ramai, tapi diberi bantuan dan kemenangan setelah para pejuang kebenaran itu bertaqwa sekalipun sedikit. Di sini perlu perhatian, anggota jemaah Islam tidak mengapa sedikit, tapi ahli yang benar-benar bertaqwa. Biarlah para simpati
yang ramai. Setelah ahli-ahli jemaah walaupun sedikit tapi bertaqwa, akan berlaku nanti khawariqul ‘adah, pertolongan-pertolongan dan bantuan yang tidak disangka-sangka bahkan akan berlaku kemenangan-kemenangan yang tidak terduga.

Kuliah Solat 7:Kenalah Jaga /SolatSembahyang Sungguh-sungguh

Oleh kerana sembahyang fardhu lima waktu adalah ibu segala ibadah, tiang agama, pembangun insaniah dan umat, maka sembahyang hendaklah istiqamah mengerjakannya. Dijaga sungguh-sungguh roh sembahyang itu bahkan kalau boleh sekalipun perkara yang sekecil-kecilnya hendaklah dipelihara seperti mempertahankan sunatnya, jauhi yang makruh di dalam sembahyang, sembahyang di awal waktu, pertahankan sembahyang jemaah, luruskan saf, rapat-rapat ketika sembahyang jemaah.
Kemudian jauhi bersembahyang di tempat di mana bangunan yang dibina daripada duit haram atau syubhat, kosongkan tempat sembahyang dari perkara yang boleh mengganggu fikiran kita ketika mengerjakan ibadah sembahyang seperti jangan ada di dinding masjid atau surau gambar-gambar yang boleh melalaikan kita.
Tempat sujud biarlah kain putih, jauhi daripada tempat sujud yang ada gambar pemandangan yang boleh mengalih fikiran dan perasaan kita agar kita benar-benar dapat membuat penumpuan kepada kerja sembahyang.
Begitulah juga jauhi daripada bersembahyang di tempat yang sibuk, tempat lalu-lalang orang, tempat hingar-bingar, hirukpikuk yang boleh mengganggu kekhusyukkan kita di dalam sembahyang, yang boleh mengganggu kita untuk menghayati sembahyang sepenuhnya agar sembahyang kita itu benar-benar membina fikiran kita dan membangunkan jiwa kita. Agar
sembahyang betul-betul mendidik kita hingga boleh mengubah sikap dan perihal hidup kita daripada jahat kepada baik.

PERASAAN YANG PATUT TIMBUL KETIKA BERSEMBAHYANG
Rasa takut, rasa bimbang, rasa malu, rasa gementar, rasa hina diri, rasa lemah dan dhaif, meminta, mengharap, mensucikan dan mentaqdiskan Tuhan, membesarkan-Nya, merindui, bermanja-manja, merasa dilihat-Nya, merasa didengar-Nya, merasa dikuasai-Nya, rasa diketahui-Nya, memenuhi lubuk hati kita. Dengan cara itu subur jiwa tauhid kita dan sekaligus dapat menghidupkan jiwa kehambaan di dalam jiwa kita dan dengan itu ruang-ruang yang mengganggu dan melalaikan kita tertutup habis. Maka oleh yang demikian sembahyang itu semakin lama makin memberi kesan kepada fikiran, jiwa dan sikap serta perilaku kita.

Friday, July 17, 2009

Kuliah Solat 6: Solat/Sembahyang Adalah Berat

Sembahyang lima waktu itu kalau dipandang sepintas lalu secara lahirnya tidaklah berat sangat kerana bacaanbacaannya tidaklah terlalu panjang dan menyusahkan menghafalnya. Masa untuk mengerjakannya pun tidak memakan masa terlalu lama, setakat 15 - 20 minit sahaja. Di antara satu waktu ke satu waktu ada ruangan-ruangan untuk rehat atau bekerja dan boleh pula dikerjakan di mana-mana sahaja ada kesempatan. Tidak mesti dikerjakan di masjid. Tidak memerlukan wang yang banyak. Bahkan di dalam pengalaman mengerjakan sembahyang tidaklah sampai meletihkan dan menyusahkan. Tapi mengapa Allah Taala menyatakan melalui Al Quran bahawa sembahyang itu adalah besar iaitu sangat berat
.
Maksudnya: “Sesungguhnya (sembahyang itu) adalah amat berat kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Al Baqarah: 45)

Khusyuk yang dimaksudkan di sini ialah orang yang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam, hingga dengan itu jiwa dan perasaan kehambaannya begitu kuat iaitu rasa bertuhan itu benar-benar memenuhi hati dan perasaan mereka dan rasa itu tidak lekang hingga dibawa ke mana-mana. Hamba Allah yang seumpama ini rasa cintanya dengan Tuhan atau rasa takut dengan Tuhan menguasai fikiran, jiwa dan perihal mereka. Maka sudah tentulah mereka itu mudah mengerjakannya serta dapat melaksanakan kehendak-kehendak sembahyang itu di dalam kehidupan mereka. Bahkan mereka rindu dengan sembahyang, seronok mengerjakannya kerana dengan bersembahyang itu mereka dapat bercakap-cakap dengan Tuhan, mengadu, meminta-minta, mengharap-harap, membesarkan, mensucikan, memuja, merindui, melepaskan segala perasaan yang terbuku iaitu memohon ampun dan maaf.
Mereka yang hatinya khusyuk itu, memang sembahyang itu sentiasa ditunggu-tunggunya, dari satu waktu ke satu waktu. Di dalam istilah Islam dikatakan ‘muraqobah’. Kerana itulah mereka, oleh sebab tidak sabar hendak bercakap-cakap dengan Tuhan di dalam ibadah sembahyang yang fardhu, mereka membanyakkan sembahyang sunat. Di sanalah mereka meluahkan rindu dan segala perasaan hati. Mereka rasa senang dan tenang selepas sembahyang kerana segala pengaduan telah dipanjatkan kepada Tuhan. Walau bagaimanapun bercampur rasa bimbang
itu memang ada, ditakuti sembahyang tidak diterima, permohonan tidak dikabulkan, pengiktirafan (pengakuan, ikrar, sumpah) dianggap dusta.

BERATNYA ADA TIGA PERINGKAT
Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk iaitu hubungan hati dengan Tuhan tidak kuat atau terputus sama sekali, sudah tentulah rasa bertuhan tidak wujud. Kesedaran bertuhan itu tidak ada di dalam fikiran dan jiwa mereka. Kalau begitu sudah tentulah rasa cinta atau takut dengan Tuhan tidak ada. Orang Islam yang begini sudah tentulah terasa berat mengerjakan sembahyang. Terasa terbeban dengan sembahyang. Orang begini tidak akan hendak menunggu-nunggu sembahyang. Selain sembahyang fardhu, lebih-lebih lagilah. Apabila khusyuk dengan Tuhan tidak ada, sudah tentu ada perkara lain yang kita jiwai dan hayati. Ada perkara lain yang
kita besarkan dan agungkan. Ada perkara lain yang mendarah mendaging yang menjadi otak dan jiwa kita. Mungkin banyak, mungkin sedikit. Mungkin harta kekayaan, anak isteri, jawatan
dan pangkat, glamour dan nama. Bahkan mungkin juga kesusahan yang menimpa kita itu yang menjadi otak dan jiwa kita. Ertinya kesusahan itulah yang menghantui dalam fikiran dan jiwa kita. Mungkin semuanya sekali. Orang yang begini sikapnya sudah tentu amat berat dengan
sembahyang. Susah dengan sembahyang. Sembahyang dirasakan beban yang berat, sembahyang mengganggu kehidupan mereka. Oleh yang demikian sudah tentu tidak larat membuatnya. Atau kalaupun dibuat, hatinya tidak sembahyang. Di dalam sembahyang dia akan ingat perkara yang dijiwainya. Fizikal atau jasadnya sembahyang, fikiran dan hatinya tidak bersembahyang.

BERAT PERINGKAT PERTAMA - SEBELUM MENGERJAKAN
1. Apabila Tuhan tidak dijiwai atau rasa bertuhan sudah lemah, waktu bekerja sudah tentu sayang hendak meninggalkan kerja. Tertinggallah sembahyang atau qadha saja. Ketika mengerjakan sembahyang terseksa rasanya.

2. Apabila sedang bersuka ria dengan anak isteri dan mereka itulah yang dijiwai, maka berat pula hendak mengerjakan sembahyang. Tertinggal sembahyang atau melewat-lewatkannya.
Kalau buat pun tidak dari hati.

3. Apabila sedang bermesyuarat yang kita jiwai dan pandang besar maka sembahyang dipandang kecil. Tertinggal sembahyang atau qadha sahaja. Dan sudah tentu tidak khusyuk kerana hati bukan pada sembahyang.

4. Apabila sedang berkelah dan berseronok-seronok dengan kawan-kawan dan pemandangan yang kita jiwai, sudah tentulah sembahyang tidak diambil kira, tinggal terus atau qadha saja.

5. Apabila sibuk dengan kenduri-kendara, kita jiwai kenduri itu, sembahyang dilupakan terus atau qadha saja. Itupun terasa terpaksa.

6. Waktu musafir lebih-lebih lagilah badan letih, pemandangan dan apa saja yang dirasa dan dilihat mempesona. Hendak mengerjakan sembahyang tentulah berat. Tinggalkan saja atau qadha. Waktu membayarnya tidak dari hati. Hendak cepat-cepat saja.

7. Apabila jiwa bertuhan tidak ada atau lemah, kalaupun boleh bermujahadah dapat juga mengerjakan sembahyang tapi terasa sangat terlalu berat maka sembahyang tidak dapat
dijiwai. Sembahyang pun hendak cepat-cepat saja. Lebih-lebih lagilah terasa berat hendak melaksanakan ikrar dan tuntutan sembahyang itu di luar sembahyang. Sudah tentu tidak boleh menunaikannya. Kerana Tuhan dan syariat Tuhan itu belum kita jiwai lagi. Kalau begitu tidak hairan orang yang mengerjakan sembahyang masih terlibat dengan maksiat dan kemungkaran seperti tipu, rasuah, zina, curi, merompak, pergaulan bebas lelaki perempuan, menzalim, judi, dedah aurat dan juga tidak hairanlah orang yang bersembahyang akhlaknya masih rosak seperti memfitnah, mengumpat, menghina, berdusta, mengadu domba, bercakap kotor dan lucah, bakhil, tamak, pemarah, sombong, riyak, suka nama dan glamour. Walaupun mereka bersembahyang hakikatnya mereka tidak bersembahyang. Jadi jelaslah bahawa bagi orang yang tidak khusyuk iaitu yang tidak berjiwa tauhid, hanya setakat berfikiran tauhid sahaja sudah tentulah amat berat dengan sembahyang kecuali bagi orang yang khusyuk.

Maksudnya: “Sesungguhnya (sembahyang itu) adalah amat berat kecuali bagi orang yang kusyuk.” (Al Baqarah: 45)

Apakah yang selalu diingat oleh orang yang tidak khusyuk dalam sembahyang? Orang yang tidak khusyuk sembahyang, mereka merasa berat dengan sembahyang sekalipun dapat dibuatnya. Tapi apakah yang mereka ingat dalam sembahyang? Iaitu setiap yang mereka khusyukkan. Ertinya setiap perkara yang mereka jiwai dan cintai atau yang mereka besarkan dan ambil berat. Itulah yang ringan diingat atau mudah diingat. Ingatan itulah yang akan datang di dalam sembahyang menggantikan rasa bertuhan, menggantikan menjiwai segala bacaan, seperti hal-hal pekerjaan di pejabat akan datang dalam sembahyang, kisah anak isteri akan datang di dalam sembahyang, kawan-kawan pacaran kita itu yang akan datang di dalam sembahyang. Urusan persekolahan akan datang di dalam sembahyang. Mengira-ngira duit, rugi untung akan datang dalam sembahyang. Setiap kesusahan, kegembiraan dan kegemaran kita itu yang datang dalam sembahyang. Dendam kesumat dengan orang itu akan datang di dalam sembahyang.
Walhasil setiap apa saja yang kita jiwai di dalam kehidupan kita sama ada yang menggembirakan mahupun yang menyusahkan jika kita jiwai (khusyuk) maka itulah yang akan datang di dalam sembahyang.

BERAT PERINGKAT KEDUA - DI DALAM SEMBAHYANG
Katalah seseorang itu boleh juga mengerjakan sembahyang sama ada di awal waktu atau di akhir waktu atau qadha sama ada sembahyang berseorangan atau berjemaah. Apabila jiwa tauhid lemah atau rasa bertuhan sudah tidak ada, ertinya rasa khusyuk dengan Tuhan sudah tidak ada maka dia mengerjakan sembahyang itu rasa terpaksa, berat, jemu, sembahyang hendak cepat
sahaja dan gopoh-gapah. Dia tidak bersabar, tidak berlambatlambat dan bertenang-tenang, lebih-lebih lagi tidak sabar hendak memahami dan menghayati setiap perkataan dan lafaz yang
dibaca. Akhirnya dia membaca tanpa roh dan jiwa. Tarikan dunia lebih mempengaruhi jiwa dan fikiran, maka pada waktu itu yang mudah datang ialah kerja dunia kita, urusan dunia kita, mengingat-ingat nasib kita apakah yang akan berlaku di dunia ini. Maka melayang-layanglah fikiran kita, kosonglah jiwa kita daripada mengingati Allah Taala di waktu sembahyang itu. Oleh
kerana itulah mengerjakan sembahyang terasa penat, berat dan menjemukan kecuali orang yang khusyuk. Kalaulah tidak dipupuk lagi jiwa tauhid, lama-kelamaan boleh berhenti bersembahyang. Lebih-lebih lagi setelah bertambah sibuk dengan kerja dan urusan dunia atau melayan orang ramai kerana urusan dunia yang sementara ini.

BERAT PERINGKAT KE3 - MENUNAIKAN IKRAR DAN TUNTUTAN SEMBAHYANG
Peringkat ketiga ini adalah menunaikan ikrar dan tuntutan di dalam sembahyang. Ini lebih-lebih lagi amat berat untuk melaksanakannya. Sebagaimana yang kita maklum bahawa waktu kita
mengerjakan sembahyang itu berbagai-bagai janji dan ikrar telah kita buat di hadapan Tuhan. Di antara ikrar dan janji kita itu adalah kita berikrar menyembah dan meminta pertolongan dengan-Nya, membesarkan-Nya, meminta kepada-Nya ditunjukkan ke jalan yang lurus (benar) iaitu jalan-jalan para rasul, bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan sesat. Berjanji ingin hidup mengikut syariat Tuhan di dalam segala hal dan perilaku, di dalam seluruh sistem kehidupan; bermasyarakat, berekonomi, berhubung, berpolitik, bernegara, mentadbir dan lain-lain lagi. Di dalam sehari semalam lima kali kita berikrar dan berjanji kepada Tuhan. Setiap kali bersembahyang kita berikrar dan berjanji lagi. Ikrar dan janji yang sama.
Begitulah diulang-ulang kita berjanji kepada Tuhan. Bagi orang yang khusyuk kepada Tuhan iaitu yang berjiwa tauhid, amat takut dan bimbang sungguh. Justeru itulah mereka selepas sembahyang bersungguh-sungguh mengendalikan kehidupan di dalam semua aspek mengikut Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Di dalam menunaikan janji itu mereka tetap takut. Di dalam bersungguh-sungguh melaksanakan janji di dalam seluruh kerja dan usaha mereka, namun mereka sentiasa bimbang kalau-kalau janji tidak dapat ditunaikan. Begitulah sikap orang yang khusyuk. Berlainan sekali bagi orang yang tidak khusyuk atau orang yang tidak berjiwa tauhid. Janji hanya tinggal janji. Di dalam sembahyang, berdusta selalu dengan janji. Setiap kali berjanji di dalam sembahyang kemudian berbohonglah di luar. Sembahyang orang yang tidak khusyuk selalu saja mengkhianati janji dengan Tuhannya. Sudahlah begitu, iaitu janji kepada Tuhan tidak ditunaikan, namun tidak pernah merasa takut, bimbang, kesal, bahkan melupakan begitu saja perbuatan tidak menunaikan janji itu. Tidak seperti orang yang khusyuk yang walaupun sudah sungguh-sungguh menunaikan janji kepada Tuhan, namun hatinya sentiasa takut kepada Tuhan. Seolah-olah merasakan belum menunaikan janjinya. Mereka yang tidak khusyuk terasa berat hendak menunaikan janji kepada Tuhan kerana pautan dengan Tuhan sudah tidak ada atau sudah tipis. Tarikan kepada Tuhan telah lemah. Justeru itu tarikan dunialah yang merangsang mereka. Oleh yang demikian melaksanakan kehendak-kehendak nafsu dan syaitan itulah yang ringan bagi mereka memperjuangkannya. Kehendak Allah Taala walaupun telah berjanji, itu sangat berat untuk diperjuangkannya. Oleh yang demikian tidak hairanlah berjanji hendak menyembah dan membesarkan Tuhan, tetapi dalam kehidupan menyembah dan membesarkan harta, betina, pangkat, pemimpin, bintang filem. Berjanji hendak hidup di dalam semua aspek kehidupannya mengikut syariat Tuhan, tetapi yang diikut ialah fikiran, ideologi, isme, teori akal. Mereka yang tidak khusyuk, sembahyang tidak ada hubungan dengan kehidupan, tidak ada hubungan dengan masyarakat, ekonomi, politik, kebudayaan, perlembagaan negara dan lain-lain.

APABILA MENINGGALKAN SEMBAHYANG
Sembahyang adalah ibu segala ibadah. Cara ibadah yang paling lengkap untuk hamba-Nya merasakan rasa bertuhanan dan agar hamba-hamba-Nya dapat melahirkan sifat-sifat kehambaan, masa pembaharuan iman dan ikrar kepada Tuhan. Oleh yang demikian, apabila seseorang hamba itu tidak mengerjakan atau meninggalkan sembahyang maka mereka boleh
dianggap sebagai berikut:

1. Dia telah melakukan sombong yang paling besar, iaitu sombong kepada Tuhan yang menciptanya, menghidupkannya dan memberi nikmat kepadanya.

2. Dia seolah-olah tidak mengaku bahawa Allah Taala itu adalah Tuhannya.

3. Orang yang meninggalkan sembahyang, orang yang sudah terputus hubungannya dengan Allah Taala iaitu telah putus asa dengan Tuhan dan terputus dari rahmat-Nya.

4. Orang yang tidak bersedia berikrar atau membaharui ikrar agar hidup matinya untuk Allah Taala.

5. Orang yang tidak bercita-cita, beriman dan membaiki jiwanya dan dirinya.

6. Orang yang tidak lagi mengharap kepada Tuhan.

7. Orang yang tidak bersembahyang ertinya isytihar perang dengan Tuhan. Begitulah keadaannya. Munasabahlah siapa yang meninggalkan sembahyang menjadi kafir.