This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, August 28, 2009

Cara mana hendak mengenal seseorang itu sudah baik

Oleh: Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At-Tamimi
Setiap orang Islam itu tidak boleh diukur yang dia baik
waktu datang bersembahyang di masjid sahaja
Belum boleh diukur yang dia baik sering sembahyang berjemaah di rumah Allah
Jangan lagi dilabelkan dia baik selalu naik haji dan buat umrah berulang kali
Tasbih di tangan, wirid dan zikir tidak lekang
Kerana itu semuanya ibarat berladang, baru menanam pokok
Tidak semestinya menanam pokok, pokok itu berbuah lebat dan banyak
Tidak semestinya menanam pokok, mendapat hasil yang memuaskan
Orang yang beribadah tadi kita lihat dahulu di dalam pergaulannya, bagaimana?!
Bagaimana sikapnya di dalam pergaulan mereka?
Mereka berkasih sayang atau tidak?
Mereka bertimbang rasa atau sebaliknya?!
Bagaimana dia menggunakan lidahnya?!
Mereka menyakiti orang? Menghina orang? Menfitnah orang?
Dengan orang miskin dan susah mereka menolong?
Atau buat tidak tahu sahaja kesusahan orang?!
Adakah mereka pemaaf? Meminta maaf, pemurah? Sabar dengan ujian?
Redha dengan takdir Tuhan?!
Mereka mengutamakan diri?! Atau mengutamakan orang lain?
Apakah mereka merasa susah dengan kesusahan orang?
Senang pula dengan kesenangan orang?
Kalau kita dapat menjawab dengan baik dan tepat,
memang kita kenal orang baik dan orang jahat
Ibadah mereka berbuah, orang yang ibadahnya berbuah itulah orang baik
Kalau ibadah sahaja banyak, tapi tidak berbuah, itu bukan orang soleh
Mengukur orang baik bukan dengan banyak ibadahnya
Tapi diukur berbuahkah ibadahnya?
Tinggikah peri kemanusiaannya oleh ibadahnya?!

Thursday, August 27, 2009

Taubat Palsu

Manusia memang tidak boleh terlepas daripada berbuat dosa. Kalau tidak dosa terang-terangan, kita terlibat dengan dosa-dosa yang tersembuyi. Kalau tidak dosa lahir, kita terlibat dengan dosa-dosa batin. Kalau tidak dosa yang kita sedar, kita terlibat dengan dosa-dosa yang kita tidak sedar. Kalau tidak dosa-dosa besar, kita terlibat dengan dosa-dosa kecil. Dosa-dosa kecil ini pula, kalau kita kekalkan dan kita anggap ianya kecil, ia menjadi dosa besar. Kecualilah bagi para rasul dan nabi yang maksum, yang dosa-dosa mereka itu telah sedia diampunkan oleh Tuhan. Dosa berlaku bila kita berbuat maksiat dan kemungkaran, dan bila kita melanggar perintah Tuhan sama ada kita tinggal apa yang Tuhan wajibkan ataupun kita buat apa yang Tuhan haramkan.

Maksiat dan kemungkaran ialah punca kemurkaan Tuhan. Ianya juga adalah pintu manusia terkeluar dari rahmat dan kasih saying Tuhan. Pintu untuk kembali kepada keampunan, rahmat dan kasih saying Tuhan kepada manusia supaya manusia yang terbuat salah dan dosa, tidak berputus asa. Taubat adalah jalan bagi mereka menyucikan diri dan kembali semula kepada Tuhan.

Kaedah bertaubat berbeza-beza dari umat ke umat. Bangsa Yahudi yang menjadi pengikut para nabi dan rasul yang terdahulu sebelum Rasulullah S.A.W terpaksa membunuh diri sebagai syarat untuk bertaubat dari dosa-dosa besar. Untuk bertaubat, mereka perlu keluar pada malam yang gelap-gelita di tempat yang sunyi dan menikam diri mereka hingga mati. Mati itulah syariat taubat kerana syaratnya telalu berat. Hanya mereka yang betul-betul menyesal sahaja yangsanggup berbuat demikian. Bagi kita orang islam dan umat Rasulullah S.A.W cara, untuk bertaubat sangat mudah. Inilah sebahagian dari rahmat dan berkat Rasulullah.

Syaratnya hanyalah:
- Menyesal
- Berhenti dari berbuat maksiat berkenaan
- Berazam jangan diulangi lagi
- Kalau dosa itu melibatkan orang lain, kenalah minta ampun
dari orang tersebut terlebih dahulu.

Oleh itu, ramailah orang-orang Islam yang bertaubat kerana syaratnya sangat ringan dan mudah. Hari-hari orang islam bertaubat. Ada yang bertaubat berpuluh-puluh, beratus-ratus bahkan beribu-ribu kali seumur hidup mereka. ini sangat berbeza dengan bangsa Yahudi dizaman dahulu. Mereka hanya boleh bertaubat sekali sahaja dalam hidup mereka kerana apabila sudah bertaubat mereka terpaksa membunuh diri. Inilah juga punca kedengkian dan sakit hati iblis dan para Syaitan terhadap umat Rasulullah S.A.W. sebegitu kerasnya mereka berusaha sepanjang masa tanpa rehat untuk menipu, menyesatkan dan menjurumuskan umat Rasulullah ini ke dalam kancah maksiat dan kemungkaran, semua dosa itu akan terhapus hanya dengan sekali taubat sahaja. Justeru itu, sebegitu ramai umat yang iblis dan syaitan telah jauhkan dari rahmat dan kasih sayang Tuhan, seramai itu pula yang kembali kepada Tuhan dengan bertaubat. Kerana taubat itu dipermudahkan bagi umat Rasulullah.

Namun, walaupun bertaubat itu mudah, di pintu taubat itulah iblis dan syaitan menunggu untuk menipu supaya taubat kita tidak diterima Tuhan. Bahkan dia sentiasa berusaha supaya taubat kita bukan sahaja tidak diterima Tuhan malahan akan menjauhkan lagi kita dengan Tuhan.
Apabila kita bertaubat bersungguh dan penuh penyesalan digalakkan lagi dan didorong -dorongnya hingga kita terasa di hati kita yang dosa kita telah terhapus dan diampun oleh Tuhan. Hingga kita terasa sudah tidak berdosa lagi. Hingga kita terasa diri sudah bersih dan suci dari dosa. Rasa tenang, rasa aman dan rasa selamt dengan taubat kita itu hingga hati kita berkata-kata:
"Dah bertaubat ni, tenang rasa hati"
"Rasa hilang beban dosa"
"Dah bertaubat ni, kalau boleh rasa nak mati sekarang jugak"
"Aku ini mati esok, syurga manalah agaknya"

Akibatnya, kita bertaubat dari satu dosa tetapi kita terjerumus ke dalam satu dosa lain yang lebih berat lagi. Kerana rasa tidak berdosa itu adalah satu dosa. Rasa diri bersih dan suci dari dosa itu satu mazmumah. Ini dosa batin namanya. Dosa hati. Dosa lahir seperti minum arak, judi dan zina tidak bahaya kerana mudah kita sedar dan kita tahu. Oleh itu, tidak ada masalah untuk untuk bertaubat. Tetapi dosa hati sangat halus dan tersembuyi. Jarang manusia sedar bila terbuat dosa hati. Akhirnya mereka mati membawa dosa-dosa tersebut tanpa bertaubat. Ini ghurur namanya. Ini tipuan syaitan.

Sepatutnya, lagi banyak kita bertaubat, lagi tajam sifat kehambaan yang ada pada diri kita. Setelah bertaubat, kita sepatutnya rasa lebih takut dengan Tuhan. Lebih rasa bersalah. Lebih rasa berdosa. Lebih rasa hina. Lebih rasa cemas dan bimbang. Ini semua adalah sifat-sifat kehambaan yang tidak lekang dari diri kita. Bahkan ia patut bertambah setelah kita bertaubat. Inilah apa yang dinamakan "Taubatan Nasuha" iaitu taubat lahir dan batin. Tetapi dalam hati kita. Tumbuh sifat-sifat mazmumah seperti merasakan diri tidak berdosa. Measa diri suci dan bersih. Hilang rasa bimbang. Hilang rasa takut dan cemas. Merasa diri selamat. Merasa diri sudah layak masuk syurga. Inilah angkara tipuan syaitan. Memang, bagi kita umat Rasulullah, bertaubat itu mudah. Tetapi tipu daya syaitan terhadap orang yang bertaubat juga sangat halus dan sukar dikesan. Berapa ramai orang yang bertaubat tetapi tidak mendapat keampunan Tuhan. Sebaliknya dilaknat pula oleh Tuhan.

Hubunganya dengan Tuhan lebih baik sebelum dia bertaubat dari selepas dia bertaubat. Walaupun sebelum bertaubat itu dia berdosa, setidak-tidaknya dia tahu dia berdosa, dia merasa dirinya berdosa dan dia rasa bersalah dengan Tuhan. Dia takut. Dia bimbang. Dia cemas. Dia risau kalau-kalau Tuhan murka padanya. Sifat hambanya lebih tajam sebelum dia bertaubat. Rasa-rasa inilah sebenarnya yang menyebabkan Tuhan sayang dan kasihan pada hamba-hambaNya. Apa ertinya kalau kasih sayang Tuhan ini hilang selepas kita bertaubat. Apa ertinya kalau sifat hamba kita hilang selepas kita bertaubat. Apa ertinya kalau kita menjadi angkuh dan tidak beradaddengan Tuhan setelah kita bertaubat. Apa ertinya kalau kita bertambah jauh dari Tuhan setelah kita bertaubat. Inilah taubat palsu namanya. Kita wajib bertaubat dari taubat palsu seperti ini.

Minda asal : Ustaz Haji Ashaari Muhammad
Dari buku : Cetusan Minda
susunan : Mejar (B) Abu Dzar

PERANAN WANITA ERA ISLAM TERKINI

Di sini dibawakan cerita sejarah di zaman Rasulullah saw. Mungkin dari sejarah ini semua orang sudah tahu dan sudah pun disyarahkan. Cuma dari sejarah ini, hendak mengajak kita semua terutama kaum ibu berfikir. Supaya dari sejarah yang akan diceritakan ini kita berfikir, mengkaji, menganalisa dan akan keluarlah nanti ilmu-ilmu yang baru dari sini. Mungkin dari sini timbulnya persoalan, apakah kaum ibu itu patut berperanan atau tidak berperanan? Cerita cerita ini semua orang tahu tetapi oleh kerana kita orang Islam jarang menggunakan akal, lebih-lebih lagi perkara ini dianggap kecil saja, jadi ianya tidak dibahaskan sangat. Bila tidak dibahaskan, ia tidak menjadi ilmu maka tidak menjadi satu pengajaran untuk umat Islam.

Jadi sengaja dibawakan cerita yang semua orang sudah tahu. Kemudian apabila ia diperbincang, ada sesuatu ilmu yang kita akan dapat. Ini berdasarkan 3 cerita:

1. Saiyidatina Aisyah ra selalu mengajar hadis kepada para sahabat, bahkan sahabat-sahabat pun selalu bertanya tentang Rasulullah daripada Saiyidatina Aisyah ra.

2. Nasibah atau nama gelarannya, Ummu ‘Ammarah pernah mengikut pasukan tentera Islam ke medan perang iaitu dalam peperangan Badar untuk merawat tentera-tentera Islam yang luka. Bahkan beliau pernah mempertahankan Rasulullah dalam keadaan Rasulullah sedang sangat terancam oleh musuh.

3. Saiyidatina Asma’ kakak kepada Saiyidatina Aisyah. Beliau pernah membuat kerja besar dalam sejarah iaitu menjadi ‘spy’ Rasulullah semasa Rasulullah dan ayahnya (Abu Bakar) berhijrah ke Madinah. Dia juga membawa makanan untuk Rasulullah dan ayahnya.

3 cerita ini terkenal dalam sejarah. Kita semua pun sudah syarahkan tentang cerita ini. Dan kita jarang mendengar cerita-cerita sejarah tentang wanita yang lain di zaman Rasulullah. Mungkin kita tidak tahu banyak sejarah yang melibatkan wanita atau kita kurang membaca sejarah sehingga kita tidak tahu cerita-cerita sejarah wanita yang lain. Sebenarnya berdasarkan 3 cerita ini, ia menjadi bahan rujukan sepanjang zaman. Jika sesuatu itu menjadi tempat rujuk ertinya ia sudah menjadi perkara yang besar dan telah memberi kesan kepada setiap zaman. Khususnya kepada kemajuan umat Islam itu sendiri terutamanya di sudut kaum ibu. Apa yang dimaksudkan ialah cerita ini dijadikan sebagai tempat rujuk.

Timbul dua golongan di kalangan umat Islam terutama para ulama dalam menilai cerita-cerita ini. Bagi orang awam, mereka tidak faham bagaimana hendak menjadikannya sebagai tempat rujuk. Orang awam hanya mengikut saja.Yang sebenarnya para ulama yang menjadikannya sebagai tempat rujuk. Jadi sudah timbul dua golongan ulama yang menilai cerita-cerita sejarah ini.

Yang pertama, oleh kerana cerita tentang kaum ibu ini sedikit sangat, itupun berlaku waktu darurat, waktu perang atau waktu cemas. Seolah-olah kalau tidak ada waktu cemas, kaum ibu tidak ada peranan. Di samping itu, waktu zaman dulu, oleh kerana orang sangat takut dengan Tuhan, mereka menjadikannya alasan untuk tidak berperanan. Rasa takut bercampur dengan fakta sejarah menyebabkan mereka membuat satu keputusan atau satu konklusi bahawa kaum ibu tidak perlu ada peranan di tengah masyarakat. Mereka lebih baik di rumah. Sejarah itu sudah didengar tetapi mungkin tidak tahu bagaimana hendak mengambil hikmah dari sejarah itu.

Akhirnya sampai sekarang ada golongan ulama yang tetap mempertahankan yang kaum ibu tidak boleh bergelanggang. Tidak boleh mencampuri hal masyarakat dan tidak boleh mencampuri hal negara. Banyak duduk
rumah lebih baik. Tetapi golongan ini sudah tinggal sedikit. Siapa yang larat hendak berkurung di rumah atau hendak disimpan di rumah? Tidak ada siapa yang larat kerana zaman sudah terbuka. Jadi golongan ini sudah tinggal sedikit, hanya di hujung-hujung.

Golongan yang kedua memberi hujah juga dengan merujuk kepada fakta sejarah ini. Oleh kerana ada peranan kaum ibu di zaman Rasulullah, maka sebab itu kaum ibu di zaman ini mesti berperanan di tengah masyarakat. Berperanan untuk ikut membangunkan negara, memajukan masyarakat dan membangunkan ummah.

Di sini boleh dilihat, fakta sejarah yang sama tetapi hasilnya tidak sama. Itu belum lagi dari Quran dan Hadis. Baru dari cerita sejarah. Walaupun itu termasuk dalam hadis juga, tetapi banyak bercorak sejarah. Kalaulah ayat Quran itu betul-betul Al Quran dan Hadis itu betul-betul Hadis, lagi susah hendak diambil intipatinya. Malah hendak diamalkan juga susah padahal ada nas dan ada fakta. Hendak dijadikan tindakan sangat susah. Kerana ia tidak bersifat hukum, halal atau haram dan Qat’i (yang putus dan yang jelas serta yang tidak boleh dipertikaikan lagi).

Jadi kalau begitu, kita yang bukan ulama ini, hanya terpaksa mengikut salah satu daripada pendapat tersebut. Bagaimana? Hendak ikut pendapat pertama atau yang kedua? Bila kita mengkaji, kita akan dapati golongan kedua sebenarnya mengambil kesempatan kerana adanya fakta sejarah ini. Kaum ibu itu boleh mencampuri hal negara dan masyarakat. Maka golongan kedua ini mengambil kesempatan. Lebih-lebih lagi mereka mengambil kesempatan itu di waktu dunia sudah terbuka, maju dan bertamadun. Dengan alasan umat Islam perlu maju. Kalau tenaga lelaki tidak cukup mesti dicampurkan dengan wanita. Alasannya kuat.

Tetapi malangnya apabila ia bercampur nafsu dan fitrah semulajadi yang memang hendak maju. Kalau tidak membahasnya secara halus, kita pun boleh menerima. Maka akhirnya, digalakkanlah kaum ibu ikut membangun, maju tanpa mengikut halal atau haram. Yang fitrah mengatakan bahawa mentang-mentanglah kemajuan itu sesuai dengan nafsu, maka dia pun terus membangun tanpa memikirkan apa syarat rukun sah batal dan haramnya. Mereka fikir kerana ada alasan, bertindaklah. Kerana ada untung, soal disiplin yang Islam tetapkan, mereka buat tidak tahu saja. Tentang syarat rukun buat-buat tidak tahu. Inilah golongan kedua.

Ada golongan menengah iaitu golongan ketiga. Hujah ini boleh kita terima. Selain ada fakta sejarahnya, ia berlaku di zaman Rasulullah. Sesuai pula dengan fitrah maka kita boleh terima. Tetapi kita mesti terima ini, bahawa benar kita ikut bersama dan maju tetapi biarlah bersama disiplin Islam, maju bersama takutkan Tuhan, maju atas dasar cintakan Allah. Jadi kalau begitu setelah dibahas-bahas, lahirlah golongan ketiga. Inilah yang sebenarnya iaitu golongan pertengahan. Kenapa? Kalau kita hendak menerima hujah golongan yang pertama, atas alasan aktiviti kaum wanita tidak banyak di zaman Rasulullah. Malah, tiga kisah itupun hanya berlaku di waktu darurat. Kalaupun ada para sahabat bertanya kepada Saiyidatina Aisyah tentang hadis-hadis, itu bukanlah sesuatu yang dirancang. Hanya sekali-sekala secara kebetulan. Gambarannya, seolah-olah sahabat datang ke rumah Rasulullah. Kebetulan Rasulullah tidak ada, jadi para sahabat bersembang-sembang dan bertanya-tanya dengan isteri Rasulullah tentang hadis-hadis. Bukannya diatur begitu rasmi. Jadi, nampaknya macam kuat juga hujah untuk tidak membenarkan wanita keluar rumah.

Yang kedua pun kita tidak boleh terima kerana itu hanya dibiarkan terus, tanpa fikirkan Tuhan dan halal haram. Yang penting maju dan membangun.

Hujah tentang mengapa di zaman Rasulullah tidak banyak aktiviti wanita dan nampak seperti kaum wanita tidak berperanan adalah kerana waktu itu, bidang-bidang kemajuan kepada umat Islam sangat terbatas. Oleh kerana terbatas, tenaga lelaki pun berlebihan jadi buat apa hendak mengambil kaum ibu? Sebab itu nampaknya kaum ibu duduk di rumah, pasif dan tidak ada kerja. Sebab bidangnya tidak ada. Masa itu tidak ada kementerian. Sedangkan kalau ada satu kementerian pun, sudah berapa ramai orang diperlukan. Tetapi waktu itu tidak ada jabatan dan tidak ada sekolah rasmi. Siapa yang mempunyai anak, mak dan ayah akan mengajar anak sendiri di rumah. Sekolah rasmi tidak ada. Anak-anak bersekolah di rumah sendiri. Ini hujah mengikut fakta sejarah.

Waktu dulu tidak ada syarikat-syarikat besar. Tidak ada yayasan. Tidak ada orang buat estet yang luas. Jadi kalau tidak ada itu semua maka tidak perlulah tenaga. Kalau tidak perlukan tenaga, cukuplah menggunakan tenaga lelaki yang sedikit itu. Mungkin sebelum keluar hujah ini, kita pun berfikir, betul juga nampak sejarah memang kaum ibu tidak banyak keluar. Jadi rupanya bila kita kaji, bagaimana mereka hendak keluar sedangkan memang tidak ada kerja di luar. Tidak ada kementerian, tidak ada jabatan, tidak ada pejabat, tidak ada sekolah dan lain-lain lagi. Jadi sebab itulah kaum wanita tidak keluar dan tidak diberi peranan. Begitu juga dalam hal hendak mengembangkan ajaran Islam. Tenaga lelaki sudah cukup.

Kaum ibu di waktu itu, sekalipun orang kafir, mereka bukan jahat seperti hari ini. Sekadar aqidah mereka tidak betul saja. Sekadar tidak mengikut syariat Tuhan. Tetapi mereka tidak jahat sepertimana yang ada hari ini. Jadi kalau tidak ditampilkan kaum ibu Islam, tetap tidak menjadi masalah. Eloklah mereka menjaga anak di rumah. Kebetulan sekolah rasmi tidak ada lagi. Mengajar anak di rumah lebih baik. Tenaga lelaki sudah cukup untuk pergi berdakwah.

Tetapi sekarang dunia sudah terbuka. Sudah bertamadun. Disamping bertamadun, manusia juga sudah jahat Kejahatan kaum ibu lebih dasyat dari kejahatan kaum lelaki. Bukan saja orang kafir jahat, kaum ibu umat Islam sudah rosak sangat. Jadi waktu ini sudah patutlah tenaga kaum ibu camputangan. Patutlah kaum ibu memainkan peranan. Lebih-lebih lagi, kalau kita hendak berhadapan dengan kaum ibu yang rosak sangat dan sudah liar. Takut-takut nanti kalau kaum bapa yang hendak membuat kerja atau hendak menarik kaum ibu supaya mereka insaf, sedangkan kaum bapa hari ini bukan seperti kaum bapa zaman Rasulullah yang kuat iman mereka. Kot-kot pergi pancing ikan, joran itu ditarik ikan dengan orang-orangnya sekali. Kalau ikan tidak makan, laut yang makan orangnya. Ini sudah terbukti kerana sudah berapa ramai pencegah maksiat hendak menyelamatkan kaum ibu tetapi mereka yang ikut buat maksiat sama. Sengaja berlama-lama baru ditangkap. Itu maksudnya mereka sudah masuk ke laut juga. Kononnya mereka hendak selamatkan orang tetapi mereka juga sudah tidak selamat. Mereka hendak naikkan ikan tetapi mereka yang jatuh ke laut. Setengahnya sudah tertangkap dan sudah menjadi kes. Ini faktor sejarah yang orang tidak boleh tolak. Sudah ramai orang yang terlibat didedahkan dalam surat khabar. Konon-konon hendak buat ambush, hendak menangkap orang berkhalwat maka berebut-berebut hendak pergi ambush. Driver pun hendak ikut ambush.

Jadi cerita ini pun menunjukkan betapa kaum ibu wajib berperanan. Kiaskanlah di bidang-bidang lain yang lebih luas. Memang patutlah kaum ibu itu berperanan. Tidak boleh lagi membawa hujah di zaman Rasulullah yang hanya dua tiga orang saja yang berperanan sedangkan sekarang ini waktu darurat sangat. Ertinya golongan ini tidak pandai hendak mengambil fakta itu untuk dikaitkan dengan suasana masyarakat pada waktu itu.

Dalam ajaran Islam, kemajuan yang lahir di tengah masyarakat Islam dari masa ke semasa ada hubungan dengan fardhu kifayah. Fardhu kifayah itu ialah bilamana sesuatu yang bersangkut paut dengan umum. Kalau sesuatu itu masih bersifat individu maka itu bukan fardhu kifayah. Tetapi kalau keperluan umum, itu fardhu kifayah. Ertinya masyarakat bertanggungjawab. Kalau tidak diwujudkan, semua berdosa. Contohnya, di satu tempat yang ramai penduduk. Susah sangat hendak melalui jalan yang rosak dan ada pula sungai. Kena ada jambatan. Kalau jalanraya itu memang tidak elok maka hukumnya wajib membangunkan jalanraya yang baik atas nama masyarakat. Itulah yang dimaksudkan kemajuan umat Islam, dari masa ke semasa ada hubungan dengan keperluan mereka.

Contoh lain, di satu kawasan, anak-anak sudah ramai, sudah beratus orang. Bagaimana hendak diajar sendiri oleh mak ayahnya sedangkan masing-masing ada tugas sendiri atau tidak pandai mengajar maka hukumnya adalah fardhu kifayah untuk mencetuskan sekolah. Kemajuan yang lahir di tengah masyarakat ini ada hubungan dengan fardhu kifayah. Bila kemajuan itu terpaksa dicetuskan di tengah masyarakat sebagai keperluan maka berlakulah hukum fardhu kifayah yang akan memaksa kaum ibu untuk keluar berperanan sama. Inilah alasan kuat mengapa kaum ibu mesti berperanan. Cuma oleh kerana kita ada Tuhan dan hendak membuat kerja Tuhan, kita galakkan tetapi didisiplinkan. Kita galakkan tetapi ada peraturannya, ada syarat rukunnya. Tidaklah seperti golongan kedua, mentang-mentang ada hujah, wanita boleh maju sama maka teruslah dibiarkan mereka begitu saja tanpa ada disiplin dan peraturan. Akhirnya, walaupun maju tetapi side effect negatifnya terlalu banyak. Inilah yang berlaku pada hari ini. Maju tetapi banyak krisis dan pergaduhan. Apa ertinya maju bersama ketakutan dan jenayah.

Asalnya 3 cerita wanita tadi, terjadilah dua golongan. Yang pertama, sangat mengurung dan mengawal kaum ibu. Hal-hal negara tidak boleh campurtangan langsung. Yang kedua pula mengambil kesempatan. Dengan mudah dimuakan betul-betul tanpa batas. Akhirnya maju tetapi side effect yang negatif terlalu banyak. Kita boleh terima bahawa kaum ibu keluar untuk membangunkan masyarakat dan bangsanya tetapi mesti atas dasar kerana Allah, bersama rasa cinta dan takut kepada Allah. Supaya kemajuan menjadi ibadah dan mendapat pahala serta keredhaan Tuhan dan tidak ada side effect yang negatif.

Sekian

ILMU KETUHANAN BUKAN ILMU AKAL TETAPI ILMU RASA

Belajar ilmu hisab atau ilmu kedoktoran
Tidak terasa berTuhan, tidaklah hairan
Belajar ilmu yang tersebut dan lain-lain ilmu
Tidak terasa berTuhan, perkara biasa di setiap zaman
Bahkan adakalanya belajar ilmu sekular
Langsung tidak percaya adanya Tuhan yang Maha Esa


Tapi yang lebih aneh, orang ang belajar ilmu keTuhanan
Hingga jadi ulama, tidak rasa berTuhan
Bahkan pakar ilmu tauhid atau ilmu ketuhanan pun tidak berTuhan
Kerana mereka belajar ilmu aqidah dengan akal semata-mata

Sedangkan jiwanya tidak menghayati ilmu itu
Akalnya percaya adanya Tuhan
Jiwanya tidak terasa berTuhan
Di segi ilmu, pakar dengan Tuhan
Di segi jiwa, kosong dari Tuhan


Kerana itulah rasa takutnya dengan Tuhan tidak berlaku atau tidak ada
Syariat Tuhan tidak dijadikan pakaian
Apabila mendapat ujian
Menerima ujian itu dia tidak tahan

Akhlaknya kasar, tidak melambangkan orang berTuhan
Kehidupannya tidak mempedulikan syariat
Sekalipu boleh memperkatakan Al Quran
Atas alasan ilmu semata-mata


Padahal ilmu keTuhanan hendaklah dirasai oleh jiwa
Ilmu keTuhanan bukan imu akal tetapi ilmu rasa
Orang yang 'percaya' Tuhan, hidup macam tidak berTuhan
Orang 'terasa' berTuhan, orang yang takut dengan Tuhan sekalipum
ilmunya kurang
Mereka yang rasa berTuhan yang menghormati syariat Tuhan

Kerana rasa berTuhan itu adalah fitrah semulajadi bagi setiap insan
Lantaran itulah rasa berTuhan itu kenalah suburkan
di dalam jiwa manusia
Tidak cukup setakat akalnya percaya adanya Tuhan

Nukilan Ustaz Ashaari bin Muhamad

MARILAH JADI PENGHIBUR

Di dunia ini marilah kita menjadi penghibur
Menghibur manusia yang berbagai bangsa
Dan bermacam peringkat mereka
Moga-moga Allah Taala
Menghiburkan kita di Syurga
Marilah kita jadi penghibur
Menggembirakan manusia


Hiburkanlah manusia dgn pertolongan
Terutama pada yg miskin dan menderita
Hiburkanlah juga dgn senyum kemesraan
Juga nasihat yg beguna
Jadilah penghibur pada manusia
Agar kuat jiwa mereka
Dengan ilmu yg berguna
Dengan semangat membangun jiwa


Ziarahi mereka
Membawa buah tangan
Di waktu mareka sakit
Ziarahi mereka


Gembirakanlah dgn kemaafan kita
Dengan bertoleransi
Serta memberi kerjasama
Jika minta tolong
Jangan dikecewakan
Sekalipun terpaksa berhutang dgn manusia


Siapa menjadi penghibur kepada manusia
Allah Taala akan hiburkan mereka di dalam Syurga
Dengan syaratnya imanlah asasnya
Juga syariat, perjalanan hidupnya


Nukilan oleh Abuya… Dijadikan lagu dalam kumpulan Mawaddah

Kuliah Pra Perkahwinan: Pilihlah Pasangan Yang Tepat

Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan wanita. Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak kurang pentingnya. Iaitu menegakkan rumahtangga muslim. Individu muslim itu adalah seorang lelaki aqidah yang wajib dipersiapkan untuk menjadi Muslim yang sejati yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan yang patut di ikuti.

Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi contoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam. Usrah muslim, keluarga muslim mempunyai peranan yang penting di dalam kekuatan dan kepaduan masyarakat ataupun perpecahan dan kemusnahannya. Rumahtangga itu adalah merupakan pangkuan atau sarang bagi tunas-tunas baharu yang dididik dan dibentuk di masa pembentukan dan persediaan. Rumahtangga lah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka, benarlah Rasulullah s.a.w. bersabda:

"SeTiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majus"

Hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan pembangunan rumahtangga, tidak dapat dibicarakan hanya dengan satu makalah atau dua makalah sahaja akan tetapi perlulah kita merujuk kepada kitab-kitab dan karangan-karangan yang telah mengupas perkara yang penting itu Cukuplah di sini kita menerangkan sepintas lalu serba sedikit mengenainya supaya kita mendapat faedah daripadanya.

A: Pemilihan:

Saudara muslim dan saudari muslimah yang mahu memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Allah, wajib lah ke atas keduanya, masing masing memilih pasangannya. Putera Islam mencari puteri Islam untuk menjadi isterinya yang salihah. Puteri Islam mencari putera Islam untuk menjadikan suaminya yang salih, sebagai kongsi hidup suami isteri. Dari awal-awal lagi hendaklah mereka ini membangunkan keluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa. Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islam yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam hidup ini, menjadikan pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah, sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalanginya, memelihara dirinya di waktu ghaibnya sekalipun bagaimana lamanya dan mendidik serta membentuk anak-anaknya menurut bentuk Islam yang sebenar-benarnya.

Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar dan tidak patut menerima sebarang jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang sejati yang menjadi pendukung dakwah Islam. Iaitu seorang penganut aqidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah. Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setia kepada Allah dan mencapai keredhaan Allah. Dengan cara yang demikian kita telah berjaya membangunkan sebuah keluarga Islam yang akan menjadi markas dakwah dan jihad Islam. Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan kita kepada yang demikian dengan sabda baginda:

"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia".

Oleh kerana itu Rasulullah (s.a.w.), tidak mengakui hak wali yang menikahkan puterinya dengan seorang lelaki yang tidak di sukai oleh puterinya. Ini memberi peluang kepada puteri Islam untuk memilih suami yang salih. ( didalam keadaan yang menepati syarat-syarat nya)

B: Beriltizam Dengan Batas-Batas Islam:

Kita mahukan supaya hukum-hukum Islam dan adab-adabnya mampu mengawal dan menguasai setiap tahap dan peringkat pembangunan rumahtangga muslim. Sama ada dari peringkat pinangan, akad nikah, mempersiapkan rumahtangga sepasang suami isteri, masa pengantin baharu atau berbulan madu mestilah jauh dari segala adat lapuk, pusaka usang jahiliah yang rosak. Sama ada jahiliah lama atau baru, yang bertentangan dengan syariat Allah Taala atau pun yang menjadi rintangan di jalan perkahwinan yang kadang-kadang menghalang langsung untuk terlaksananya perkahwinan. Mengapakah tidak di laksanakan akad-nikah itu di Masjid? Di dalam udara yang bersih dan luas yang jauh dari segala sikap menunjuk-nunjuk dan adat-adat buruk? Berbelanja berlebih-lebihan dan boros yang bertentangan dengan syariat Islam? Cadangan itu adalah wajar.

Akad nikah di dalam Mesjid tidak di gemari oleh manusia sebagaimana dulu mereka tidak menggemari fesyen pakaian Islam. Tetapi kalau kita bersungguh-sungguh mendesak dan bertegas untuk melangsungkan juga akad nikah itu di dalam mesjid, lama kelamaan ia akan menjadi perkara yang di sukai oleh manusia dan akan menjadi perkara biasa. Sebagaimana fesyen pakaian Islam menjadi perkara lumrah dan di sukai oleh manusia. Sesungguhnya itu lah pertentangan di antara kemuliaan dan kehinaan.
Kalau kita berpegang teguh dengan kemuliaan dan adab-adab Islam, kita akan berjaya menegakkan dan menanamkan keperibadian Islam yang kita cita-citakan ke atas manusia.

C: Kebahagiaan Rumahtangga Yang Di Cita-Citakan:

Apabila telah selesai pemilihan yang berasaskan agama telah sempurnalah langkah-langkah yang menuju ke alam perkahwinan sesuai dengan ajaran Islam. Mulalah kita membangunkan rumahtangga muslim di atas asas yang teguh yang akan merealisasikan kemantapan, ketenangan dan kebahagiaan yang sejati yang selama ini dicari-cari oleh beberapa banyak keluarga pada zaman ini. Kebahagiaan itu bukan dari luar diri, tidak pula dapat dicari dengan harta, tempat kediaman, pakaian dan dengan segala perhiasan rumahtangga.

Tetapi kebahagiaan itu diperolehi dari dalam diri sendiri, dari perasaan takwa kepada Allah, kerana Allah lah yang mengurniakan kebahagiaan, yang memberi mawaddah dan rahmah cinta dan kasih sayang di antara suami isteri. Benarlah Allah yang Maha Agung yang telah berfirman:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang ' (Ar-Rum: 21)

Kita tidak memandang kebahagiaan itu di dalam harta yang banyak, akan tetapi orang yang bertakwa itulah orang yang berbahagia.

D: Perkahwinan Itu Ibadat:

Risalah dan tugas kita di dalam hidup ini ialah beribadat kepada Allah Taala. Jadi kita mestilah berusaha menjadikan segala urusan hidup kita sebagai ibadat kepada Allah Taala. Kita jadikan segenap kehidupan hidup sebagai alat untuk kita menghampirkan diri kepada Allah. Kita pergunakan hidup kita dengan segala kemudahan yang ada untuk menolong kita beribadat kepada Allah. Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan lain-lain lagi yang merangkumi segala kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untuk menghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat kerana mengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkai Allah.

Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandang urusan perkahwinan mereka sebagai ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-dua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui ajaran-ajaran dan adab-adab Islam, hak-hak dan kewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga, bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolong ke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepada Allah di dalam pergaulan mereka. Harga menghargai, hormat-menghormati dan kasih sayang di antara keduanya Semuanya itu mesti di atur menurut syariat Islam. Benarlah Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yang bermaksud:

" Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

E: Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai:

Apabila telah wujud suasana saling percaya mempercayai, cinta mencintai, di antara suami isteri, lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalam rumahtangga mereka. Rumahtangga mereka menjadi rumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yang sejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariat Islam. Hapuslah segala prasangka hilanglah segala keraguan. Tidak ada lagi kata mengata, tuduh menuduh dan ke pura-puraan. Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lamanya ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suaminya dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya.

F: Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang Dipimpin Oleh Suami:

Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkan di atas dasar kerjasama, di atas syura', tolong menolong, cinta mencintai, di bawah pimpinan suami sebagai pihak yang bertanggungjawab, yang mempunyai kata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong dan menolong melahirkan kemantapan, keteguhan, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang selama ini diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruh dunia. jika masih terdapat kepincangan di dalam pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu kemantapan dan kebahagiaan. Benarlah Allah Taala di dalam firmanNya:

"Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya". (Al-Baqarah : 228)

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka". (An-Nissa': 34)

Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusan rumahtangga dan pertimbangannya di dalam suasana penuh kerjasama, tanggungjawab dan syura di dalam batas-batas ajaran Islam. Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya himgga ke hari ini.

G: Perkahwinan Adalah Tanggungjawab Dan Amanah

Suami isteri mestilah menyedari dan merasai bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab. Tiap-tiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan tiap-tiap pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Maka hendaklah kamu bertakwa kepada Allah di dalam perkara yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepada kamu. Benarlah Allah yang berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu"(AtTahrim: 6)

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya".

Kita sentiasa memerlukan pertimbangan yang waras demi pemeliharaan itu, sebagai contoh, kita biasa memberi perhatian yang berlebihan apabila salah seorang dari anggota keluarga kita jatuh sakit. Tetapi perhatian yang sewajarnya tidak diberikan terhadap salah seorang anggota keluarga yang mencuaikan hak Allah ataupun menyalahi ajaran Islam padahal itulah yang paling utama diperhatikan dan diubati.

H: Rumahtangga Muslim Merupakan Risalah:

Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagi Islam dari seorang muslim yang benar aqidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya, yang benar sikap dan yang benar segala tindak tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti. Kita ingin melihat suami muslim yang memikul tanggungjawabnya terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka dan mengawasi mereka di segala peringkat hidup mereka. Kita hendak melihat isteri yang muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan menggembirakan suaminya.,

Di dalamnya terdapat hiburan dan keberkatan jauh dari kepayahan dan penat lelah perjuangan dan menolong suaminya mentaati Allah Ta'aala. Alangkah indah dan hebatnya kata-kata yang diucapkan oleh seorang isteri kepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya waktu pagi:

" Bertaqwalah kepada Allah di dalam urusan kami dan janganlah kekanda memberi kami makanan kecuali yang halal dan baik-baik sahaja".

Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini, ibu muslim yang memelihara anak-anaknya dan membentuk mereka menurut bentuk Islam kerana dialah yang sentiasa berdamping dengan mereka. Inilah risalah, amanah dan tugas para wanita dan isteri yang paling penting yang selama ini cuba dihapuskan oleh musuh-musuh kemanusiaan. Mereka cuba menyelewengkan fakta-fakta ini dari para isteri dengan berbagai-bagai pembohongan dan penipuan dengan tujuan untuk merobohkan bangunan masyarakat.
Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu, putera puteri Islam yang sejati yang memperhambakan diri mereka kepada. Tuhan. Mereka taat setia kepada Allah, berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa. Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurut adab-adab Islam dan tidak lahir dari mulut mereka sepatah perkataan dan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.

Kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara hubungan silaturahim, yang sentiasa mengambil berat urusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kita hendak melihat rumahtangga dan keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahat kukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik dengan khadam mereka, di mana khadam mereka makan apa yang mereka makan dan berpakaian seperti apa yang mereka pakai dan tidak membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuannya. Apabila mereka membebankan sesuatu di luar kemampuannya, mereka menolongnya.

Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu bentuk yang unik sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalah dengan jiran. Mereka menyempurnakan hak jiran sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.

Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan yang baik di segala jurusan hidupnya. Dengan fesyen pakaiannya yang Islami, makanan yang halal, minuman yang halal, akhlak yang mulia, sikapnya yang Islami, gaya yang Islami di segala adat dan tradisi di waktu suka dan duka Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah, adat-adat dan tradisi jahiliah yang di import dari luar.

Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, yang berjalan di atas jalan dakwah melakukan sebarang kecuaian atau kelalaian di dalam melahirkan serta membina anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di dalam sebarang jurusan hidup keluarganya. Sesungguhnya orang yang lemah dalam memimpin rumahtangganya, tidak akan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtangga orang lain.

I: Rumahtangga Muslim Sebagai Markas Memancarnya Cahaya:

Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat dan lojiknya mesti menjadi markas dakwah Islam. Setiap anggota keluarga yang aqil baligh wajib menjadi sahibud-dakwah, pendukung dakwah, menyeru rumahtangga dan keluarga di sekitarnya kepada Allah dengan penuh kesabaran, dengan hikmah dan nasihat yang baik.
Isteri yang salihah berkemampuan menarik hati jiran-jiran dengan dakwah kepada Allah. Kehadiran mereka merubah majlis-majlis yang dikuasai oleh umpat mengumpat dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu dan pelajaran dan ke arah memahami urusan agama.

Bidang dakwah Islamiah sangat memerlukan saudari muslimat yang menyeru manusia kepada Allah, supaya memainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya. Sesungguhnya wanita hari ini, kecuali yang telah mendapat taufik Allah, telah dijadikan boneka oleh musuh-musuh Islam untuk meruntuhkan dirinya dan memusnahkan manusia. Tetapi kita hendaklah menjadikannya sebagai wanita yang salihah yang turut bersama kita untuk memperbaiki yang rosak dan membangunkan yang maaruf dan merobohkan yang mungkar dan menghapuskan yang batil menyokong kemuliaan dan memerangi kehinaan.

Kita menghendaki rumahtangga muslim itu sebagai rumah cahaya yang memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. la menghapuskan, memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya dan menyinari jalannya untuk di lalui oleh mereka. Maka dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan sambung menyambunglah daerah-daerah dan bercahaya dan bercantum di antara satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat.

Maka dengan demikian keperibadian Islam berkemampuan menyinari masyarakat dan memimpin nya di bawah naungan Islam. Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkan dan kejahatan mudah dihapuskan. Baharulah mudah dibentuk dasar dan asas keimanan, yang bersih yang mantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahan Islam dan seterusnya al-khilafah-al- Islamiah alamiah.

Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut bersungguh-sungguh dan bersegera membangunkan rumahtangga muslim yang misali yang menjadi model Islam yang sejati untuk menjadi contoh teladan kepada generasi baharu. Ini adalah satu langkah yang penting dan asasi di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan jangan menyusahkan.

MEREKA YANG KAYA DENGAN KEMISKINAN

Dalam Islam, matlamat perjuangan ialah untuk mencari keredhoaan Illahi.Berjuang mesti berkorban,dan dalam pengorbanan pasti ada yang terkorban.Itulah lumrah kehidupan perjuangan. Dalam Islam makin berjuang bukan makin banyak mengumpul harta.Apatah lagk untuk memburu gelaran dan pangkat.Tidak juga untuk mendapat kesenangan dan kemewahan hidup didunia.Sebaliknya semua diburu untuk mendapat saham diakhirat. Dengan rahmat Allah jua.
Dalam Islam , makin berjuang, makin redho menuju kearah kemiskinan. sebab harta kekayaan dipergunakan untuk membangunkan syiar Islam.lihat lah hartawan Islam pada zaman Nabi Muhamad iaitu, Abdul Rahman bin Auf, seluruh kekayaannya dihabiskan untuk pembangunan Umat Islam. Pada perancangan beliaulah ekonomi Islam dapat membangun sehingga memusnahkan rangkaian perniagaan orang Yahudi sehingga mereka gulung tikar.Bersama dengan artikel ini diperturunkan kisah dahulu kala untuk renungan dan iktibar kita bersama.

Pernah seorang pemuda datang ke Masjid Nabi,sewaktu Nabi sedang duduk bersama sahabat .Lalu Rasul berkata ,”Kalau engkau mahu tengok orang yang cintakan Allah dan Rasul, tengoklah pemuda itu.”Dengan serentak mereka melihat.Ternyata pemuda yang masuk ketika itu adalah Mus’ab bin Umair.
Rasulullah bersabda lagi , “Kamu lihat bajunya yang bertampung dengan kulit kambing.Dulu ia adalah seorang hartawan di kota Makkah dan keluarganya orang yang kaya .Sedang makanannya berhidang dan tukang hidang akan melayaninya sebaik-baik mungkin.Tetapi demi cintanya kepada Allah dan Rasul ,engkau lihatlah sekarang. Yang tinggal hanyalah baju yang bertampung. Makannya entah dapat entah tidak dan lebih banyak berlapar dari kekenyangan.

Pada waktu Umar Bin Abdul Aziz memerintah negara Islam ia berucap diatas mimbar kota Baghdad .Katanya ,”Tuan-tuan semua tidak tahu kalaulah tidak kerana beberapa orang pemuda atau orang-orang yang dipandang oleh Allah nescaya dunia ini telah terbakar oleh kejahatan manusia .Tetapi Allah masih boleh selamatkan kita kerana mereka masih berada dimuka bumi ini,”
Itulah orang-orang yang Rasul maksudkan dalam ucapan baginda sebagai orang-orang yang berpakaian compang-camping dengan keadaan yang tidak terurus .Kalau ia memasuki perkampungan nescaya pasti orang akan menghinanya.Kalau ia meminta pertolongan ,tiada siapa yang membantunya .Kalau ia meminang gadis-gadis antara kamu nescya kamu akan menolaknya .Tetapi kalau mereka berdoa dengan Allah tiada batas antaranya dengan Allah .
Merekalah yang menjadi teman kepada Umar Al Khattab dimalam hari.Merekalah yang menjadi rakan Ali dikala suka dan duka . Merekalah orang–orang Allah dimuka bumi!Mereka itulah yang jika ke medan jihad dengan cita-cita tidak mahu balik lagi. Merekalah yang apabila petang hari,sebelum matahari terbenam akan menyedekahkan harta-harta ,pakaian dan makanan yang melebihi keperluan mereka. Lalu mereka berdoa kepada Allah : “Ya Allah, kalaulah malam ini masih ada orang yang lapar ,janganlah engkau salahkan aku kerana aku telah sedekahkan semua hartaku .Dan kalau ada orang yang tidur dalam kesejukan ,janganlah Engkau salahkan aku kerana aku telah sedekahkan selimutku.”
Inilah peribadi mereka yang telah dididik oleh Rasulullah dengan didikan taqwa .Yang hidup dalam kemiskinan tetapi mampu menolong orang lain.Mereka inilah orang yang kaya dalam kemiskinan.

Merekalah yang menumbangkan empayar Rom dan Parsi tetapi dalam hati mereka tidak ada sebesar debu pun keinginan terhadap dunia.Mereka itulah apabila ditawarkan pangkat dan jawatan,lumpuh kedua kaki dan tangannya dan jantungnya berdebar kencang.Tetapi apabila diberi peluang mati syahid mereka berharap kalau boleh biarlah seratus kali mati. Rasulullah melihat dan mendidik mereka.Kalau mereka cinta kepada pangkat ,pangkat itu akan dilucutkan darinya.Kalau mereka cinta nama ,nama itu dibuang daripadanya.Kalau mereka cintakan harta ,cinta mereka dialihkan kepada orang lain. Mereka didorong supaya mendapat kan pangkat taqwa.Harta yang mereka cari adalah kawasan-kawasan tanah disyurga .Mereka sanggup mengorbankan apa sahaja hingga papa kedana untuk mendapatkan tapak disyurga. Hinggakan Abu Bakar datang kepada Rasullullah menghabiskan segala hartanya .Rasulullah bertanya , “Wahai Abu Bakar ,apa yang masih tinggal untuk anak dan isterimu?” Abu Bakar menjawab ,”Yang aku tinggalkan pada anak dan isteriku ialah Allah dan Rasulnya.”Inilah hati mereka .Hati yang selalu mencemaskan akhirat dan neraka,hingga tidak sempat memikirkan kekayaan peribadi.Mereka kalau disogokkan dengan harta dunia ,jawatan,pangkat dan kemasyuran ia akan lari sebagaimana lari dari harimau yang ganas.Tetapi kalau diminta untuk syahid atau diseru berkorban apa saja untuk membangunkan agama, merekalah orang yang berada di barisan paling depan.

Jiwa-jiwa seperti merekalah ,jiwa yang telah membangunkan agama Allah .Hati merekalah hati yang menyintai hidup miskin demi menegakkan urusan ummah.Disebalik kesederhanaan hidup mereka ,muncul orang yang tajam fikirannya seperti Abu Bakar As Siddiq. Orang yang memiliki sifat perwira seperti Khalid Al Walid.Orang yang benci pada pangkat yang berhubung dengan urusan dunia seperti Nu’man Bin Muqarrin.
Orang yang lebih rindu anaknya mati syahid daripada mati sakit .Orang yang bersuluk dan beribadah.Tasbih ditangan kanan dan pedang dikanan kiri menunggu-nunggu pertahanan musuh seperti Salman Al Farisi.Orang yang sanggup memegang dan menumpaskan ekonomi yahudi serta ekonomi kafir-kafir lainnya seperti Abdul Rahman Bin Auf.Orang yang sanggup mati perwira-perwiranya seperti Abu Ubaidah Ibnu Jarrah.Dia pernah berkata Saidina Umar “Saya lebih suka mati bersama-sama mereka daripada lari dari mereka yang diserang taun.”Orang yang kalau berhadapan dengan musuh tidak ada pilihan selain mati mempertahankan agama.

Peribadi inilah yang menghiasi pentas sejarah. Bilakah akan lahir jiwa seperti mereka,bila harta diserahkan pada mereka nescaya ia akan merintih kerana telah datang dunia untuk merosakkan akhiratnya.Merekalah yang mentadbir denagn adil tetapi apabila ditanya orang dimana letak istananya rakyatnya akan menunjuk nun disana dibawah sebuah khemah dicelah-celah pokok tamar.Berjalur tubuh dibelakangnya bila ia bangun dari tidur.
Apabila mereka kembali kepada Allah baju yang membalut badan merekalah sebagai kain kafan.Dan setelah mereka wafat ,anak dan isteri mereka tidak mendapat apa-apa dari harta pusaka kecuali dua tiga biji mangkuk ataupun sebilah dua pedang.Tidak ada apa pun yang hendak direbutkan.Bila berjumpa dengan pemimpin mereka akan berucap “saya hendak syurga”.Seperti Abdul Rahman Bin Auf jumpa Rasulullah “Ya Rasullullah saya hendak syurga. Saya mendengar Rasullullah berkata saya akan lambat masuk syurga dengan sebab harta saya.Izinkanlah saya habiskan harta saya untuk perjuangan agar saya menjadi seorang yang papa kedana.

Sekian. Wassalam.

Indahnya Akhlak Kekasih Kita...

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat² berangkat ke masjid & cepat² pula kembali sesudah selesai sembahyang." pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah²an') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa² wahai Rasulullah."Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu & ibu kepada anak²mu?" Pernah baginda bersabda, "sebaik² lelaki adalah yang paling baik & lemah-lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar & tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. & mereka mendengar bunyi menggerutup seolah² sendi² pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah² tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat & segar." "Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah² sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu² kecil itulah yang menimbulkan bunyi² halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar & tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu,apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?""Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih² lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam & bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. & dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt & rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.Seolah² anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

Pintu Syurga telah terbuka seluas²nya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu² sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak². Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina'Aisyah, "Ya Rasulullah,bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak "Ya' Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

____________________________________________________________________________

Ya Allah indah sungguh akhlak kekasihMu...
Lorongkan hambaMu ini agarku dapat merangkak dan bertatih mengikuti akhlak baginda....akhlak semulia-mulia manusia....

Apakah engkau benar-benar kenal Nabi mu?

Apakah engkau benar-benar kenal Nabi mu?
Iaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani, maknawi dan rohaninya
Atau engkau hanya kenal secara lahir sahaja, tidak lebih dari itu?!
Atau engkau kenal secara rambang sahaja?
Sebenarnya kalau engkau kenallah secara lahir dan batin, jasmani, rohaniahnya
peribadi Nabi mu
Pasti engkau jatuh hati kepadanya.
Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya
Melalui selawat dan ingatan terhadapnya.
Engkau akan terasa terhutang budi kepadanya
Kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.
Muhammad Nabi mu SAW, Nabi mu
Dia seorang manusia istimewa, luar biasa yang tiada taranya.
Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala.

Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas agar engkau kenal Nabi mu sendiri
Siapa dia yang sebenarnya?

Dia adalah Muhammad anak Abdullah, ibunya Aminah.
Bangsa Quraisy dari Bani Hasyim.
Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim.
Dia adalah anak yatim piatu.
Seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja dengan ibu bapanya seperti orang lain.
Dia lahir daripada keluarga yang miskin dan dipelihara pula oleh keluarga yang miskin.
Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai oleh Tuhan
Iaitu yang diberi nama Nur Muhammad.
Dari Nur Muhammadlah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan
Syurga, neraka, dunia, akhirat, para malaikat, Arasy, Kursi, Sirat, manusia, jin, haiwan, jamadat dan lain-lainnya.
Ertinya kalau bukan kerana Nabi Muhammad SAW, yang lain tidak akan diwujudkan.
Kalau begitu, rupanya Nabi kita membawa rahmat zahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan.
Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad dikalangan para nabi.

Dia adalah satu-satunya Nabi yang diisrak dan dimikrajkan.
Mukanya laksana bulan purnama kerana cahayanya yang terang.
Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan
Kerana itulah di dipanggil Habibullah oleh Allah.
Ketua seluruh para rasul dan para anbiya.
Penghulu seluruh orang yang bertaqwa.
Imam seluruh manusia.
Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat.
orang yang memberi syafaatulkubra di akhirat dan orang yang pertama masuk syurga
Al Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap
Merupakan mukjizatnya yang kekal dan paling agung.
Tiada siapa yang dapat menirunya.

Dia memiliki ilmu dunia dan akhirat
Sekali pun dia tidak boleh menulis dan membaca.
Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia yang tiada taranya
Bahkan lebih mulia dari para malaikat
Terutamanya kasih sayangnya kepada manusia begitu terserlah
Tawadhuknya atau merendah diri, pakaian peribadinya
Kerana itulah dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan fakir miskin.
Menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah.
Tiada seorang pun melihat mukanya melainkan jatuh cinta kepadanya
Bahkan macam orang mabuk tidak boleh melupakannya.

Sangat kasih dan simpati dengan fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda.
Pemurahnya laksana angin kencang yang sangat lajunya.
Orang yang bergaul dengannya macam-macam dapat dirasa
Adakalanya laksana ibu dan ayah
Adakalanya macam kawan yang membela dan setia
Adakalanya dirasakan guru
Adakalanya bagaikan pemimpin
Adakalanya bagaikan ketua tentera.
Setiap orang yang semajlis dengannya merasakan dapat layanannya yang memuaskan darinya

Kerana akhlaknya yang tinggi dia dapat pujian daripada Tuhannya.
Keberaniannya luar biasa
Dia boleh lalu seorang diri di hadapan musuh-musuhnya
Tidak sedikit pun takut dengan raja-raja.
Setiap orang yang meminta tidak pernah dikecewakan sekalipun terpaksa berhutang dengan manusia.
Ibadahnya banyak terutama sembahyang hingga bengkak-bengkak kakinya kerana terlalu lama berdiri
di hadapan Tuhannya.

Tidak pernah mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan.
Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada sesiapa sahaja.
Dia membalas kejahatan orang dengan kebaikan
Satu perbuatan yang luarbiasa.
Tidak pernah menghina, mencaci dan merendah-rendahkan orang lain.
Sangat pemalu dan merendah diri.
Sangat menerima keuzuran orang
Sangat tahan menerima ujian yang berbagai-bagai keadaan dan bermacam-macam bentuknya.
Kerana itulah dia dapat menjadi Ketua Ulul Azmi daripada keseluruhan para rasul alaihimussolatuwassalam.
Dia suka seseorang kerana Allah dan murka juga kerana Allah.
Hatinya begitu jaga, matanya sahaja yang tidur tapi hatinya tidak tidur.
Kerana itulah dia tidur tidak membatalkan wudhuknya

Di dalam hidupnya 74 kali berlaku peperangan
27 kali dia ikut sama atau ikut serta
tapi pelik, tidak pernah dia membunuh musuh-musuhnya walaupun seorang.
Anak-anak didikannya itulah dia para Sahabat hingga dia berkata:
"Sahabat-sahabatku laksana bintang-bintang di langit, yang mana satu yang dapat kamu ikut, kamu akan
petunjuk."
"Para ulama umatku laksana para-para nabi bani israil." -jolokan ini tidak didapati oleh umat-umat nabi sebelumnya.
Kerana menegakkan kebenaran, pernah dilemparkan dengan najis, dibaling dengan batu hingga berdarah, dibuang daerah selama 3 tahun, dikepung, hendak dibunuh, berhijrah meninggalkan tanah air dan mendapat berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan.

Kemuliaannya di sisi Allah Taala begitu ketara dan terserlah
Iaitu namanya dikampilkan dengan nama Tuhannya
Iaitu di dalam dua kalimah syahadah.
Bahkan tidak sah Islam seseorang kalau tidak diucapkan namanya bersama dengan nama Tuhannya.
Doa yang hendak dikabulkan, awal akhir kenalah menyebut namanya.
Doanya sangat kabul, bahkan siapa yang berdoa bertawassul dengannya lebih diterima doanya.
Siapa yang banyak berselawat dengannya diberi syafaat di Akhirat.
Siapa yang selalu menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat
Mukjizat-mukjizatnya yang terlalu banyak menunjukkan kebenarannya
Tertulis di belikatnya khatamun nubuwah
Peluhnya bak mutiara, wanginya lebih wangi daripada kasturi.
Orang tidak dapat menentang matanya kerana kehebatannya yang amat terserlah di wajahnya
Terutama musuh-musuhnya, pasti menundukkan pandangannya bila bertembung dengan pandangannya.

Banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka oleh Allah Taala kepadanya.
Sehinggakan sebahagian perkara-perkara yang belum terjadi
seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakan.
Terlalu kuat tawakalnya kepada Allah Taala
Hinggakan makanan yang berlebih tidak disimpan di malamnya
Bahkan diberi kepada yang berhak.
Apabila dia buang air, tidak ada kesannya selepas membuangnya.
Lalat tidak pernah hinggap pada badannya.
Kalau dia berpaling, dia berpaling dengan seluruh badannya.
Tidak pernah makan seorang diri melainkan berkawan.
Tidak pernah mencerca makanan
Kalau dia tidak suka, dia tidak makan makanan itu.

Sangat menghormati dan memuliakan tetamunya.
Terlalu menjaga hak-hak jirannya sekalipun orang kafir.
Terlalu mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri
Tidak pernah melaknat sekalipun binatang.
Apa yang diperkatakannya ibarat mutiara
Kerana itulah sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya.
Didikan dan pimpinanya sangat berjaya
Di antara kesan didikan dan pimpinannya yang telah berlaku yang telah dicatat dalam sejarah :
Dapat melahirkan manusia yang sangat mencintai dan menakuti Allah Taala
Bahkan Tuhan menjadi idola mereka.

Dapat menyatu-padukan manusia yang berbagai-bagai etnik, puak, kaum, bangsa dan yang berlainan warna kulit, bahasa dan budaya.
Bahkan dapat menanamkan kasih-sayang satu sama lain di kalangan manusia.
Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya.
Berjaya melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya.
Mampu menjadikan dunia bersih daripada noda dan dosa.
Berjaya menjadikan setiap orang rasa berpuas hati naungan pimpinannya sekalipun yang bukan Islam.
Mereka merasakan dia adalah pelindung dan penyelamat kepada seluruh makhluk sekalipun binatang.

Itulah dia Nabi Muhammad Rasulullah SAW
Itulah dia Nabi kita, manusia yang luar biasa, yang istimewa yang kejadian dan akhlaknya paling sempurna, tidak ada tandingannya.
Baru sedikit sahaja kita menceritakan tentangnya, sudah mengkagumkan kita.
Apakah peribadi yang semacam ini kita tidak jatuh hati kepadanya?
Apakah manusia ini kita boleh melupakan begitu sahaja?
Apakah kita tidak terasa, dia adalah manusia yang terlalu berjasa kepada seluruh manusia?

Apakah kita tidak terasa terhutang budi kepadanya?
Bahkan patut bersyukur kepadanya sepanjang masa.
Bolehkah kita samakan dia dengan pemimpin-pemimpin yang lain di dunia?
Jauh panggang dari api, macam langit bumi.
Lantaran itulah, orang yang benar-benar kenal Nabinya bersama Tuhannya, sanggup mati kerananya.
Patut sangatlah dia menjadi idola dan ikutan kita
Agar kita menjadi satu bangsa yang bertuhan, merdeka, bersatu, berakhlak mulia, bertamadun, berkasih-sayang, bertolong bantu, berharmoni, bermaruah, bersih dari noda dan dosa.
Allah dan Akhirat menjadi matlamat hidup kita.

ISTERI CERDIK DAN BERSTRATEGI PERMUDAHKAN PERJALANAN SUAMI

Islam adalah agama bagi orang yang cerdik. Orang cerdik akan memilih sesuatu yang dapat menyelamatkan dirinya. Bukan sahaja selamat bahkan tenang, senang, damai, dan bahagia di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Sebab itu orang cerdik akan memilih sesuatu yang tepat dan bukan setelah kena tipu baru ternganga. Itlah sebabnya orang cerdik memilih akhirat daripada dunia.
Islam mahukan wanita-wanitanya juga cerdik dan bersrategi. Cerdik adalah penting. Terutamanya isteri para pejuang. Isteri yang cerdik dan berstrategi tahu menilai dirinya dan bijak meletakkan diri, kerana pada tempatnya. Sifat cerdik membolehkan ia banyak membantu perjuangan suami.
Isteri yang cerdik sentiasa pandai mengatur hidupnya, mengurus rumahtangganya, suami serta anak-anak. Ia cekap dalam bertindak jika ia perlu membuat keputusan sendiri. Isteri yang begini mampu untuk hidup dalam berbagai keadaan. Ia pandai menysuaikan diri. Suami akan menjadi dungu kalau memiliki isteri yang tidak cerdik yang hanya berfikir tentang dirinya, perasaanya tanpa memikirkan pengorbanan dan perjuangan suami.
Pejuang ertinya orang yang hidup berjuang. Bila berjuang ertinya perlu berkorban, dan setiap yang berkorban mesti terkorban. Sedikit sebanyak isteri-isteri pejuang adalah orang yang merelakan dirinya berkorban dan terkorban di jalan Allah. Bukan senang untuk menjadi isteri seorang pejuang. Terpaksa mengorbankan segala-gala demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Tentulah sakit dan perit, tapi itulah nilai dirinya disisi Tuhan.
Sebab Rasullullah memilah isteri-isterinya dari kalangan cendiakawan(cerdik pandai). Bukan sahaja cerdik bahkan tangkas, cergas, bijak, rajin disamping cantik dan pemalu. Perempuan mesti ada sifat pemalu. Sebab malu itu bagi wanita adalah sebahagian dari iman.
Pernah dalam sejarah memaparkan bagaimana cerdiknya isteri Rasullullah SAW. Kesemuanya isteri banginda 11 orang yang kekal dan terkenal dalam sejarah dan disebut-sebut. Yang cerdik diantara mereka, bijak pula dan selalu disebut-sebut oleh Rasullullah SAW ialah Sayiditina Aisyah r.ha. Sayiditina Aisyah r.ha. wanita mulia ini diberi kelebihan oleh Rasullullah, kuat pula ingatan dan dapat pula luahkan dengan tepat bila ditanya.
Kadangkala wanita-wanita akhir zaman ini memiliki sifat-sifat pandai berhujah tapi kepandaian itu digunakan untuk melawan kata-kata suami dan ibu bapa sehingga suami rasa dirinya tidak dihormati. Ada juga wanita-wanita cergas, tangkas, bijak, dan rajin tetapi bukan pada suami dan bukan mengabdikan diri pada jalan Allah. Mereka cergas, tangkas, bijak, rajin di hadapan boss, bersama kaum lelaki, turun naik bas untuk ketempat kerja, menghadiri majlis sosial, lincah berkawan di disko-disko, kelab-kelab malam dan sebagainya. Ini bukan wanita cerdik.
Wanita cerdik pandai menjaga maruah diri, pandai membatasi diri dengan hukum-hukum syariat. Kalau ia terlanjur, ia cepat-cepat memohon maaf pada suami, bertaubat minta ampun pada Allah dan berazam tidak mahu mengulangi lagi. Wanita cerdik sanggup berkorban apa sahaja untuk suami hatta perasaannya sendiri semata-mata hanya kerana ingin melihat hati suami gembira dengan layanannya kerana kegembiraan suami ertinya pahala untuk dirinya. Sekalipun dirinya dan jiwanya terpaksa bermujahadah. Wanita cerdik berjiwa merdeka. Hatinya tidak dijajah oleh rantaian dunia, syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa menipu. Itulah wanita cerdik yang berstrategi dalam menghadapi hidup.
Isteri-isteri Rasulullah yang cerdik-cerdik semuanya pernah dimiliki oleh orang lain, kemudian terlepas ketangan Rasulullah. Syaditina Aisyah sebelum berkahwin dengan rasulullah SAW pernah bertunang dengan orang lain. Ummu Salmah ( kedua cerdik ) pernah menjadi kepada isteri kepada Abu Salamah. Zainab r.a sebelum dikahwini Rasulullah, merupakan isteri kepada anak angkat baginda, Zaid Bin Harisah. Begitulah dengan yang lain-lainnya ada yang pernah menjadi janda sebelum berkahwin dengan Rasulullah. Setelah diamati dan dinilai barulah Rasulullah SAW kekalkan sebagi isteri.
Juwairiyah r.ha. adalah seorang tawanan perang. Sebelum dijadikan isteri Rasulullah sudah terserlah kecerdikannya. Biasanya kalau sudah jadi tawanan, seorang itu akan bingung dan beku ( jadi bodoh ), tetapi tidak pada Juwairiyah. Sebaliknya ia sanggup berjumpa Rasulullah minta diberi perlindungan, dibebaskan dia dan keluarganya. Orang yang berjiwa tenang sahaja yang boleh membuat begitu disaat orang lain gawat. Inilah wanita yang Rasulullah mahu dan diperisterikan. Bukan panik dan takut hanya kerana seekor lipas!
Begitulah penilaian Rasulullah dalam memilih calon isteri. Bukan seperti kita hari ini. Pilih calon kerana ada kelulusan universiti. Kononnya bijak boleh melahirkan anak yang pintar. Tapi kebanyakan yang berpendidikan tinggi tidak sedar dia menghambakan ibu ayah dan mentua. Ibu ayah dan mentua dijadikan hamba menjaga anak-anak mereka. Itupun ibu-ayah tidak sedar kerana dikaburi dengan wang yang dihulurkan setiap bulan.
Ada yang menganggap isteri yang cerdik itu isteri yang up-to-date yang berpakaian ikut trend,make-up tebal, rambut diset dengan pelbagai fesyen. Boleh ikut suami dalam apa sahaja majlis pun, pandai menari dan tidak kekok bergaul dengan rakan-rakan suami. Itu yang diharapnya dijadikan isteri. Hanya suami yang dayus sahaja yang sanggup melihat isteri ditonton oleh rakan-rakannya. Lelaki dayus tak akan masuk syurga, kata Allah. Itupun kita masih tidak sedar. Masih berkhayal dengan dunia yang bersifat sementara.
Cuba kita lihat apa pentingnya Rasulullah memilih wanita-waniat cerdik sebagai isteri? Pada sesetengah lelaki, ia hanya menilai pada cantiknya semata-mata. Pada pemimpin ummah seperti Rasulullah, sangat memerlukan isteri yang cerdik dengan kecerdikannya dapat dapat membantu baginda dan perjuangan Islam.
Perempuan cerdik dapat membantu suami disudut ia mampu semata-mata untuk membangunkan Islam. Ia senang diajak bertukar-tukar fikiran, berbincang, saling memberi dan menerima, dapat pula melayan suami dengan baik, dapat menerima buah fikiran suami dan disampaikan dengan tepat pula. Sanggup berhadapan dengan bermacam-macam golongan masyarakat selagi tidak melanggar batas syariat, dapat membela Islam bila dipertikaikan dan lain-lain lagi. Bila isteri dapat berperanan sedemikian disisi suami yang berwatak pejuang.
Kalau cantik semata-mata tanpa cerdik dan berstategi, suami akan cepat jemu. Suami pulang semata-mata untuk berehat dan bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak. Selepas itu dia akan diam membisu. Perasan jemu tinggal dirumah akan menyebabkan suami tidak suka duduk di rumah. Apatah lagi kalau isteri itu disamping tidak cerdik dalam menghadapi suami, tidak ada rupa pula, lagilah suami jemu.
Untuk berhadapan suami, perlu juga susun strategi. Perlu faham dan kehendak. Perlu faham ‘mood’ suami. Bila ia suka di layan, bila dia hendak berehat, bila ia hendak bergurau, dan berkelakar dan bila pula suami ingin berbincang secara serius dalam hal-hal tertentu dengan isterinya. Isteri yang bijak pandai menepati kemahuan dan kehendak suami tanpa perlu diminta.
Hatta, dalam hal memasak pun isteri perlu cerdik. Kalau tidak cerdik, barang yang mahal jadi tidak sedap. Isteri perlu faham selera suami, kesukaan dan kegemarannya, biarpun ianya murah, tapi diadun dan direka menjadi satu masakan yang lazat. Jangan terjadi suami lebih gemar makan diluar dari makan masakan isteri sendiri.
Isteri yang terlalu lurus juga tidak dapat memberi hiburan pada suami. Isteri yang terlalu menurut tanpa menggunakan fikirannya untuk menilai sesuatu atau memberi padangan pada suami, tetapi tidak pula menjejaskan ketaatan pada suami atau melawan kata suami.Pernah salah seorang isteri Rasulullah oleh sayiditina Aisyah akan kecerdikannya, katanya: “pergi kata kan pada Rasulullah bila engkau berjumpanya nanti: aku berlindung dengan Rasul.” Sedangkan Islam mengajar untuk berlindung dengan Allah!
Ummu Salmah r.a terkenal cergasnya dan pernah mengikuti beberapa peperangan hingga mendapat luka-luka. Pernah berlaku selepas hijrah Rasulullah ke Madinah, Rasulullah dan para sahabat sangat rindu untuk mengerjakan haji di Makkah. Perjanjian Hudaibiah pun dimeteri. Tetapi ternyata perjanjian itu berat sebelah.
Atas kebijaksanaan Rasulullah, umat Islam patuh juga pada perjanjian itu kerana dalam jangka panjang perjanjian itu menguntungkan orang Islam. Ini semua tidak disedari oleh pihak Quraisy Makkah. Para Sahabat sudah dalam keadaan terpinga-pinga ketika mereka dilarang masuk ke makkah. Maka tidak ada harapanlah untuk mengerjakan haji pada masa itu.
Pihak Quraisy membenarkan mengerjakan haji pada tahun berikutnya. Sedangkan mereka terlalu rindu akan Baitullah hinggakan bila Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat mencukur rambut dan menyembelih binatang korban, mereka di saat itu mereka tidak berbuat. Ummu Salmah memberi fikiran agar Rasulullah SAW dulu memulakannya. Akhirnya bila Rasulullah berbuat, barulah semua sahabat mengikut dan sedar akan perintah Rasulullah.
Itulah pentingnya isteri yang cerdik yang sentiasa mengingatkan suaminya. Dapat menyelesaiakan masalah suaminya.Dengan kemampuan yang ada pada isteri yang cerdik, banyak perkara boleh diselesai. Bukan sahaja masalah suami bahkan juga masalah masyarakat. Dia boleh mengajar, mendidik,memberi pandangan,menasihat, merawat dan lain-lain lagi sebagai isteri yang serba boleh setakat kemampuannya.
Bagaimana untuk didik diri agar jadi isteri yang cerdik dan berstrategi? Isteri hendaklah sentiasa faham kehendak suami barulah boleh bertindak tepat mengikut mengikut kesukaan suami. Isteri kena kreatif, asah fikiran sendiri agar dapat pelbagaikan layanan untuk suami. Korbankan segala-galanya untuk suami kerana Allah suruh kita taat pada suami. Kita kahwin dulu pun dengan harapan suami sebagai pembimbing. Jadi tidak patutlah kalau suami kita buat macam kawan, layan lebih kurang. Ini bukan isteri yang cerdik. Isteri begini hanya mahu diri dan perasaannya dilayan. Sedangkan dirinya sendiri tidak mahu berkhidmat melayan suami. Ini sudah lari dari tugas sebagai isteri.
Oleh itu jadilah isteri yang cerdik dan berstrategi dalam memahami perjuangan suami di luar rumah. Cuma berhat-hatilah, agar dibantu hanya untuk membenarkan syariat.
Wassalam.

LEMAHNYA DIRI INI

Oleh : hazlan hj. mohammad


Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari'at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…

Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah kami Biar hanya mampu merangkak Itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...Ya Rabbal'alamin.

Wednesday, August 26, 2009

Rahsia Kekuatan Dan Kelemahan Umat Islam Di Tangan Musuh

Musuh-musuh Islam terutama Yahudi tahu rahsia di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahannya. Mereka usahakan untuk mengambil tahu supaya di mana kekuatan itu yang hendak dilemahkan dan juga supaya kelemahan umat Islam itu terus dilemahkan.

Sepatutnya rahsia ini cendikiawan Islam yang faham, tetapi mereka nampaknya sudah tidak faham di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahan mereka.

Oleh kerana cendikiawan Islam sudah tidak tahu lagi rahsia kekuatan dan kelemahan umat Islam, bolehlah kita katakan mereka-mereka yang dikatakan arif dengan ilmu Islam sudah tak boleh jadi pemimpin kepada umat Islam, dengan demikian terdedahlah umat Islam kepada bahaya,kepada musuh Islam terutama Yahudi.

Bagaimana orang Yahudi melemahkan umat Islam?
Di antaranya sebahagiannya kita sebutkan di sini untuk difaham.

Yang pertama :

Orang-orang Yahudi menggalakkan maksiat, dengan digalakkan pergaulan bebas di dalam pelbagai saluran,di dalam pendidikan, di dalam kebudayaan, di dalam ekonomi, supaya keturunan umat Islam terdedah kepada penzinaan, supaya keturunan umat Islam rosak.

Bila keturunan umat Islam rosak,hidayah Tuhan tidak dapat. Setidak-tidaknya kalau umat Islam sudah asyik berhiburan, mereka akan lalai dengan tanggungjawabnya kepada Tuhan, seperti cuai sembahyang dan tidak memikirkan halal dan haram.

Keturunan yang lalai itulah akan menikah kahwin melahirkan generasi, sambung menyambung yang akan datang dan melahirkan Generasi yang tidak dipimpin oleh Tuhan,maka akhirnya mereka hidup di dalam kelemahan.

Yang Kedua:

Begitu juga mereka orang-orang Yahudi mengeluarkan produk-produk makanan dan minuman.
Di dalam makanan dan minuman itu dimasukkan unsur-unsur sihir, serta makan minum yang tidak halal supaya jiwa umat Islam yang sudah rosak tak dapat pimpinan Tuhan, hiduplah mereka sebagai haiwan.

Kalau mereka hidup macam haiwan,senanglah mereka mengkotak-katikkan umat Islam. Maka sambung menyambung jugalah generasi umat Islam di dalam kelemahan.

Yang Ketiga:

Begitu juga orang Yahudi merosakkan fikiran umat Islam melalui pendidikan, filem-filem serta bahan-bahan bacaan atau kebudayaan atau melalui ideologi, supaya merosakkan fikiran dan jiwa umat Islam.

Kemudian umat Islam itu tak boleh dididik dan disedarkan dan di dalam keadaan itu umat Islam tidak akan kembali kepada Tuhan, dan tidak akan bersatu dan berkasih sayang sesama umat Islam. Kalau mereka berjuang pun tidak mengikut yang dikehendaki oleh Tuhan.

Bila mereka berjuang tidak seperti yang dikehendaki oleh Tuhan, bantuan Tuhan tak datang,tinggallah mereka di dalam kelemahan.

Di waktu itu orang Yahudi mengkotak-katikkan umat Islam yang di dalam kelemahan. Umat Islam hari ini adalah seperti yang kita gambarkan tetapi mereka yang bertanggujawab dalam Islam masih tidak sedar juga di mana titik tolak umat Islam ini hendak diberi kekuatan.

Mereka masih tercari-cari, masih terjebak dengan ideologi dan fikiran sekular tajaan Yahudi. Kalau Tuhan tidak menunjukkan seorang pemimpin untuk memimpin umat Islam,maka di masa yang akan datang umat Islam di seluruh dunia akan lebih lagi malang.

Bila umat Islam lalai dengan Tuhan, lahirlah golongan-golongan, yang masing-masing ada watak dan sikap bersendirian. Akibatnya satu golongan dengan satu golongan yang lain tidak dapat disatukan dan di dalam keadaan itu musuh-musuh Islam mengambil peluang.

Mereka mengkotak-katikkan umat Islam yang tidak boleh disatukan, maka akhirnya umat Islam termasuk di dalam perangkap musuh. Akhirnya kehinaan pun datang, kehinaan itu berpanjangan dari satu generasi ke satu generasi sambung menyambung.

Walaupun ramai umat Islam di dalam kelemahan macam buih-buih di lautan,watak setiap golongan itu seperti berikut yang akan diceritakan. Di antaranya:

Kalau dia orang politik, jatuh menjatuhkan di antara mereka, fikirannya, kuasa dan jawatan. Mudah untuk mendapat musuh, tetapi mudah juga untuk mendapat kawan. Mudah untuk musuh jadi kawan, dan begitu juga sebaliknya amat mudah kawan menjadi musuh. Keadaan itu jadi budaya di dalam kehidupan.

Kalau golongan ekonomi fikirannya mencari keuntungan dan kekayaan, sekalipun orang lain mendapat kesusahan dan penindasan asalkan apa yang penting dapat diperolehi iaitu wang dan kekayaan.

Kalau golongan pendidikan berbangga dengan ilmu pula, dengan ilmunya untuk mendapat jawatan supaya hidup lumayan. Kemudian megah pun datang dan hidup nafsi-nafsi menjadi budaya, masing-masing hidup cara sendiri.

Kalau golongan artis dan budayawan kerana mencari makan membuatlah filem-filem walaupun hasil dari filem-filem itu hanya merosakan orang ramai. Yang penting ialah mereka menjadi popular dan dapat glamour, dapat duit senang makan. Senang dapat rumah besar dan kenderaan mewah, walaupun kegiatan mereka itu merosakkan sehingga akhlak orang ramai bercanggah dengan syariat Islam.

Kalau golongan buruh pula mereka asyik fikirkan kenaikan gaji.Kalau menuntut dengan majikan mereka sanggup demonstrasi kerana kenaikan gaji, tidak fikir zaman inflasi. Yang penting majikan naikkan gaji.

Kalau orang-orang agama pula mereka asyik sibuk dengan motivasi dan dakwah, bukan kerana Allah tetapi hendak hidup mewah. Orang biasa menyangka mereka berjuang untuk fisabilillah, tetapi yang sebenarnya mereka berjuang untuk hidup mewah.

Begitu jugalah golongan-golongan lain yang kita tidak sebutkan, mereka masing-masing ada watak dan gaya hidup yang bersendirian. Kita boleh carilah sendiri tidak payahlah diberitahu disini, kita akan tahu sendiri.

Begitulah umat Islam sudah tak fikirkan Tuhan,watak dan sikap tidak boleh disatukan. Masing-masing golongan ada watak dan hidupnya yang tersendiri. Itulah yang berlaku kepada umat Islam di hari ini dan hendak dibetulkan semula semua ini kita memerlukan seorang pemimpin yang ada wibawa,yang boleh menyatukan semua golongan itu.

Kita berdoalah agar Tuhan cepat tunjukkan seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, untuk memimpin umat Islam dan mendapat bantuan Tuhan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di kalangan umat Islam, supaya kehinaan itu tidak berpanjangan.

Pada Zaman Apa Kita Berada ?

Sesungguhnya Allah mengatur alam ini dengan suatu pengaturan yang rapi dan tersusun. Penciptaan alam ini ada mulanya dan ada akhirnya dengan cara dan masa yang telah ditentukan-Nya.
Kita sebagai makhluk hendaknya menyadari tentang hakikat ini, dengan merenung hikmah dan pengajaran disebaliknya agar dapat bertindak tepat sesuai dengan kehendak Allah.

Oleh karena itu senantiasa ada peringatan dari Rasulullah SAW untuk umatnya agar menyadari di zaman apa dia berada dan bagaimana dia harus bertindak demi menyelamatkan Iman dan Islamnya.
Rasulullah SAW bersabda :
"Telah berlaku zaman kenabian keatas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu.
Kemudian berlakulah zaman khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian. Maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya.
Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya juga,
Kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman penindasan dan penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman Kenabian"
[H.R. Imam Ahmad, Bazzar dan Attabrani dari Abu Huzaifah Al-Yamani]
Hadits diatas jelas menunjukkan bahwa Umat Rasulullah SAW akan menempuh 4 zaman secara bergilir-gilir sebelum dunia kiamat yakni :


1. Zaman Kenabian (Nubuwwah) dan rahmat
2. Zaman Khulafaurrasyidin dan rahmat
3. Zaman fitnah (kerusakan) dan kegelapan
4. Zaman Khalifah atau Ummah kedua yang berjalan diatas cara hidup
zaaman kenabian yakni zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa.

1. Zaman Nubuwwah (Kenabian) dan Zaman Khulafaurrasyidin atau lebih dikenal dengan Zmaan Ummah Pertama
Iman umat Islam ketika itu sangat kukuh. Menyebut nama Allah saja mampu menggetarkan hati mereka.
Cinta dan takutnya kepada Allah tergambar pada setiap perkataan dan perbuatan mereka. Secara umum ciri-ciri zaman ummah pertama ini dapat diketahui sebagai berikut :
1. Ibadah mereka sangat banyak. Solat, puasa, zikri dan wirid susah ditandingi banyak dan khusyuknya.

2. Ukhuwah dan kasih sayang sangat padu, setiap orang mencintai saudaranya seperti mencintai saudara sendiri.

3. Jihad dan mati syahid menjadi idaman dan cita-cita. Mereka akan sangat merasa dukacita jika tidak diizinkan untuk pergi ke medan jihad.

4. Akhlak menjadi perhiasan diri, mereka mampu berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada mereka.

5. Masyarakat dan negara Islam dapat dibangun sehingga layak digelar sebagai negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.

6. Tamaddun dan pembangunan rohani mencapai zaman puncaknya.

7. Islam berhasil menaklukkan dua empayar besar dunia yang sedang berkuasa saat itu (kerajaan Romawi dan Parsi) untuk kemudian memayungi ¾ dunia.

2. Zaman Fitnah atau Zaman Kerosakan
Zaman ini merupakan zaman kerosakan dan kegelapan. Pada zaman ini umat Islam jatuh kedalam jurang kehinaan yang berkepanjangan, yang merupakan akibat dari kelalaian dan angkara murka yang terjadi di dunia Islam, sehingga Allah biarkan merka. Hal ini sesuai dengan janji Allah bahwa Allah hanya akan menjadi pembela kepada orang-orang bertaqwa.
Ciri-ciri zaman fitnah ini adalah :


1. Negara Islam satu persatu mulai jatuh dan dijajah oleh orang kafir.

2. Akidah umat Islam pada saat itu sangat rapuh, ada diantaranya Islam di waktu pagi dan kafir di waktu petang

3. Ibadah sangat lemah, solat, puasa dan membaca Al-Qur'an tidak lagi diamalkan secara bersungguh-sungguh atau bahkan diamalkan sama sekali.

4. Ukhuwah sesama Islam sangat lemah sehingga terjadi peperangan dan pembunuhan sesama umat Islam.

5. Orang kaya sangat bakhil dan kedekut, manakala orang miskin tidak sabar dan hasad dengki

6. Penyakit cinta dunia dan takut mati sangat tebal dan mewabah dalam hati umat Islam.

7. Jenauah dan kemunkaran yang terjadi dalam masyarakat Islam hampir tidak ada bezanya dengan apa yang terjadi di kalangan masyarakat yang bukan Islam.

8. Akhlak umat Islam sangat lemah dengan berleluasanya hasad dengki, umpat mengumpat, tuduh menuduh, caci-mencaci dan saling mengkafirkan sesama umat Islam.

9. Wanita-wanita Islam telah dicabut rasa malunya dengan bertingkah laku tidak senonoh, menampakkan aurat di depan umum, menari dan menyanyi tanpa menjaga maruah diri.

10. Umat Islam terhina di seluruh aspek kehidupan. Politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, pertanian, dan lain-lain, sehingga umat Islam terpaksa bergantung pada sistem kufur dan isme buatan manusia.

11. Sedikit demi sedikit cara hidup umat Islam telah mengikuti cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani.

12. Terjadi gejala-gejala buruk dan keji di tengah-tengah masyarakat Islam seperti dadah, homoseks, lesbian, dan lain-lain.

Namun kemunkaran yang sedang terjadi di zaman fitnah ini tidak melemahkan keyakinan dan semangat perjuangan segolongan manusoa yang tetap pendiriannya.
Mereka bukan saja mampu mempertahankan identiti Islam di kalangan mereka, bahkan mereka gigih berjuang untuk memperbaiki masyarakat. Inilah golongan-golongan yang lemah tetapi mempunyai keimanan dan keyakinan yang kuat dan kukuh serta perjuangan yang padu.


Rasulullah SAW bersabda :

"Senantiasa ada di kalangan umatku satu thoifah yang akan menzahirkan kebenaran dan tidak dapat dibinasakan oleh orang-orang yang tidak suka disisi mereka sampailah hari kiamat"

Namun untuk menghidupkan suasana Islam di tengah-tengah kerosakan dan kegelapan zaman zaman fitnah ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Thoifah-thoifah islamiyah ini senantiasa diuji dan ditentang dengan berbagai macam fitnah dan ancaman. Tepat sekali sabda Rasulullah yang mengatakan bahwa Islam akan kembali asing.
Namun walaupun begitu, Islam akan kembali kuat dan memusnahkan segala bentuk kekufuran sebagaimana Rasulullah dulu berhasil melakukannya iaitu dengan jalan berdakwah dan mendidik hati manusia.
Inilah langkah-langkah awal menuju zaman Imam Mahdi dan Nabi Isa yang merupakan peringkat zaman keempat atau yang terakhir yang akan dialami umat Islam sebelum hari kiamat, setelah sekian lama umat Islam mengalami zaman fitnah.
3. Zaman Khalifah atau Zaman Ummah Kedua yakni Pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa
Di zaman ini Islam akan kembali lagi ke zaman kegemilangan dan keemasannya seperti di zaman Rasulullah dan Khulafaurrasyidin. Islam dapat menguasai dunia dan kembali menjadi penguasa sejagat.


Rasulullah SAW bersabda :
"Sebelum hari kiamat datang pastilah Islam itu bangun kembali walaupun antara mulanya Islam bangun dan mulanya kiamat hanya sekedar masa memerah susu. Zaman ini berlaku selama 40 tahun dan barulah dunia ini akan dibinasakan (kiamat) oleh Allah"

Kebangkitan Islam zaman ini akan sampai kepada puncaknya apabila berpadunya ketinggian kerohanian umat Islam dengan kecanggihan teknologi di bawah dua pemimpin besar umat Islam yaitu Imam Mahdi dan Nabi Isa.
Ciri-ciri zaman ini :
1. Islam dapat mencapai keagungannya kembali seperti yang telah dicapai oleh Rasulullah SAW 14 abad yang lalu.

2. Dunia seluruhnya akan kembali aman dan damai, keadilan akan kembali ditengakkan setelah sekian lama dipenuhi dengan huru-hara dan kezaliman.

3. Hati orang-orang miskin dan kaya dipenuhi dengan sifat redha dan kanaah sehingga tidak seorangpun yang mau menerima sedekah.

4. Harta-harta yaang melimpah ruah akan dibagi-bagikan dengan adil dan merata.

5. Umat Islam hidup dengan penuh kasih sayang dan cinta-mencintai satu sama lain.

6. Aqidah, ibadah dan seluruh aspek kehidupan masyarakat Islam berjalan sepenuhnya di atas landasan syari'at Nabi Muhammad SAW.

7. Segala fitnah dan maksiat, riba, zina minuman keras dan lain-lain kekufuran berhasil diperangi dan dimusnahkan.
Dari Minda Abuya.