This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, October 24, 2009

Politik: Mukadimah

Perkataan ‘Politik’ asalnya dari bahasa Latin atau Greek tua. Namun ia diterima sebagai bahasa antarabangsa. Semua bangsa di dunia menyebut perkataan politik. Dan kebanyakkan negara di dunia menyebut perkataan politik. Dan kebanyakkan negara di dunia memahami dan melaksanakan politik dengan maksud yang begitu sempit dan silap sekali.

Politik pada umum manusia diertikan sebagai perbuatan merebut jawatan untuk memerintah negara. Bentuk dan sistem pemerintahan negara yang akan dilaksanakan selepas mendapat jawatan itu tidak diberi perhatian serius. Bahkan tidak diheboh-hebohkan sebagaimana diheboh-hebohkan kerja-kerja untuk mendapatkan jawatan.

Berpolitik telah dipesongkan maknanya sebagai menyertai mana-mana badan politik untuk ikut serta dalam pilihan raya. Orang politik difahamkan sebagai orang yang ada parti politik atau menjadi ahli mana-mana parti dan ikut serta dalam pilihanraya yang berlangsung beberapa tahun sekali. Kemudian sama ada dia menang atau tidak dalam undian untuk jadi wakil rakyat atau sekadar menjadi ahli biasa saja, itulah orang yang kononnya dikatakan orang politik. Sebaliknya orang yang tidak berpolitik itu difahamkan sebagai orang yang tidak menjadi ahli mana-mana badan politik, tidak mengundi dan tentunya tidak jadi calon dalam pilihan raya. Oleh kerana erti politik mengikut pandangan umum ialah sistem pilihn raya kerana hendak berkuasa. Oleh kerena terlalu hendakkan kuasa dalam pilihan raya, mereka menghalalkan cara. Cara halal atau haram, cara kotor atau bersih, menghuru-harakan suasana atau melakukan tipu daya, semua boleh mereka laku­kan. Yang penting menang dalam pilihan raya. Setengah-­setengah tempat, bunuh orang pun tidak mengapa. Rasuah pun tidak mengapa. Membeli undi pun dilakukan juga.

Sebenamya erti politik itu dalam bahasa Islam (Arab) ialah ’siasah’. Dalam kamus, ’siasah’ diertikan sebagai ilmu pen­tadbiran. Dengan kata lain, politik itu ialah mentadbir. Atau boleh juga dikatakan politik ialah memikirkan bagaimana hendak mewujudkan segala aspek pembangunan yang ber­kaitan dengan manusia, sama ada pembangunan insaniah mahupun pembangunan material. Juga untuk membina ukh­wah dan kasih sayang antara sesama manusia kerana ukhwah dan kasih sayang itu adalah asas kemakmuran. Dan juga pembangunan yang sudah dapat diwujudkan itu dijaga dan diurus agar dapat dipertahankan dan kekal serta kalau boleh, diusahakan supaya terus berkembang maju. Supaya dengan itu berlakulah peningkatan tamadun rohaniah dan material dalam hidup manusia yang hasilnya memberi manfaat yang luas serta membawa berbagai-bagai kebaikan dan kemudahan kepada manusia. Terutamanya mewujudkan kasih sayang, supaya masyarakat aman damai dan harmoni.

Demikianlah mulia dan hebatnya apa yang diistilahkan sebagai politik atau siasah dalam Islam. Sesuai dengan fitrah semula jadi manusia, tidak kira apa bangsa dan agama. Dan alangkah besamya pahala ibadah yang didapati oleh orang yang berpolitik bentuk ini, yang mengikut lunas-lunas Islam terutama kalau mereka itu orang nombor satu. Kalau bukan orang nombor satu, setidak-tidaknya mereka hidup aman damai dan berkasih sayang di antara etnik dan bangsa dan di antara berlainan fahaman agama. Kerana dalam sistem ini manusia bukan lagi berebut dan bergaduh kerana jawatan tetapi berlumba-Iumba untuk membuat kebaikan.

Supaya lebih difahami tentang erti politik yang sebenar­nya, mari kita lanjutkan huraian tentangnya. Untuk melak­sanakan politik atau untuk menjadi orang politik, kita mestilah melakukan kerja-kerja mentadbir sama ada mentadbir ma­nusia itu sendiri atau hal-hal yang berkaitan dengan manusia. Yakni mengendalikan persoalan-persoalan kehidupan dari yang kecil hinggalah kepada persoalan alam sejagat. Di antara peringkat-peringkat kehidupan yang mesti ditadbir itu ialah:

1. Politik rumah tangga

2. Politik jemaah

3. Politik negeri

4. Politik negara

5. Politik ummah (sejagat)

Manakala di dalam tiap-tiap peringkat tadi terdapat lagi berbagai-bagai pecahan bidang yang ditadbir secara khusus. Di antaranya:

1. Politik pendidikan

2. Politik kebudayaan

3. Politik penternakan

4. Politik kesihatan

5. Politik ekonomi

6. Politik pertanian

7. Politik kepolisian

8. Politik kenegaraan

Dengan itu fahamlah kita bahawa golongan politik bukan mereka yang ada kuasa memerintah atau yang masuk parti politik sahaja, tetapi mencakup semua golongan pentadbir. Cuma biasanya golongan pemerintah ialah pembuat polisi atau dasar pentadbiran. Manakala golongan pelaksana itu ialah mereka yang menjalankan polisi dan dasar yang di­arahkan.

Seorang yang memiliki 20 ekor kambing, kemudian men­tadbir kambing-kambing itu hingga dapat makan dan minum dengan cukup, dapat tempat tinggal, keselesaan dan perlin­dungan, kesihatan, tidak mengganggu jiran dan sebagainya, hingga kambing-kambing itu hid up subur, membiak dan mem­beri hasil yang banyak, dan tidak memudaratkan orang lain maka itulah dia orang politik penternakan yang sang at baik dan berjaya. Dia hakikatnya orang politik di bidangnya. Wa­laupun dia tidak ada apa-apa jawatan, tidak masuk pilihan raya, tidak jadi calon, namun hakikatnya dia berpolitik dan berilmu politik yang baik dan yang sebenarnya.

Demikianlah juga dengan orang lain di bidang lain. Sekira­nya dia melakukan kerja mentadbir dengan baik dan tidak mengorbankan kasih sayang, dia ialah orang politik yang sebenarnya. Dia selamat dan menyelamatkan. Sebaliknya se­orang wakil rakyat yang telah menang dalam pilihan raya, kalau dia tidak ada sebarang projek untuk ditadbir, tidak mengusahakan untuk mendidik manusia dan tidak ada pem­bangunan untuk dimajukan bagi kepentingan rakyat, maka hakikatnya dia bukan orang politik. Kalau setakat memberi wang pada rakyat supaya rakyat bangunkan projek, itu belum layak untuk dikatakan berpolitik. Sekurang-kurangnya dia mesti mendidik rohaniah rakyat, memberi idea, menunjuk cara, mengatasi masalah dan ikut serta dalam jatuh bangun mengendalikan sesebuah projek. Kalau timbul masalah, dia tahu bagaimana menghadapinya dengan sebaiknya dengan tidak mengorbankan kasih sayang. Barulah mungkin wakil rakyat tersebut boleh dinamakan orang politik yang sebenar­nya.

Demikianlah dengan contoh-contoh lain di bidangnya. Sekalipun seorang menteri, kalau dia tidak mentadbir, yakni tidak mengusahakan pembangunan insan dan material untuk rakyat, tetapi hanya setakat mentadbir pejabat, atau dia mentadbir dengan mengorbankan kasih sayang, hakikatnya dia bukan orang politik. Atau dia boleh dikatakan orang politik yang tidak berpolitik.

Saya perhatikan di negara-negara seluruh dunia hari ini,

ramai sekali orang politik yang tidak berpolitik. Mereka ini mendapat untung dari jawatannya tetapi sedikit sekali mem­beri keuntungan kepada negara dan rakyat. Setengah-se­tengah mereka pula bukan saja tidak menguntungkan negara tetapi merugikan dan buat masalah yang besar-besar pada negara. Mereka menggugat perpaduan dan kasih sayang an­tara rakyat. Golongan ini bukan sahaja orang politik yang tidak berpolitik tetapi suka saya istilahkan sebagai orang po­litik yang jadi perosak dan pengacau negara. Tetapi malang sekali rakyat seperti tidak sedar atas penipuan dan kesalahan ini. Rakyat terus digula-gulakan untuk terus mengangkat atau mengundi orang-orang yang berpura-pura itu sebagai ketua atau pemimpin mereka. Hingga begitu sekali dunia politik ini dikotori dan disalahgunakan dengan menjual nama Islam. Islam tidak menyuruh kita berpolitik kotor seperti itu. Islam sangat menjaga kasih sayang. Kasih sayang itu kepunyaan sejagat atau kepunyaan bersama. Semua bangsa, semua etnik, semua fahaman agama memerlukannya .

Sebaliknya terdapat pula golongan manusia yang sibuk membangun dan merancang bermacam-macam projek dan aktiviti seperti membangunkan kompleks pendidikan, eko­nomi, hospital dan klinik, kilang-kilang dan kedai perniagaan, media massa, perkampungan, pejabat, aktiviti ternakan, per­tanian, dakwah, kepimpinan, kebajikan dan lain-lain lagi hing­ga tercetusnya satu sistem masyarakat. Bahkan mereka bagai­kan sebuah kerajaan. Namun mereka diselar sebagai golongan tidak berpolitik. Mereka dikatakan tidak berjuang dan ber­salah kerana menafikan satu aspek penting dalam Islam iaitu politik. Padahal mereka itulah orang politik yang sebenarnya. Walaupun sudah begitu gah dan masyhur perihal pem­bangunan masyarakat dan khidmat-khidmat yang mereka sumbangkan, namun mereka tetap dikatakan bukan golongan politik. Walau sudah jelas kemampuan kepimpinan mereka, pun tetap masih dituduh tidak berpolitik hanya kerana mereka tidak masuk parti politik. Seolah-olah seorang yang dilihat menyangkul, menanam, menjaga dan memetik hasil tanaman, kemudian dia dituduh bukan petani kerana dia tidak masuk institusi pertanian dan tidak ada sijil pertanian. Munasabah­kah?

Begitu sekali tertutupnya fikiran dan mata hati manusia dalam melihat erti politik yang sebenar. Ini adalah kerana kesilapan cara menilai yang sudah dipaksakan atas mereka sekian lama. Mereka hanya difahamkan tentang politik se­kular Barat. Rakyat patut sedar termasuk orang Islam sendiri yang bersikap sedemikian itu bahawa sebenarnya mereka yakni golongan yang disebut di atas itulah orang-orang politik. Wa­laupun pasti golongan mereka tidak didaftarkan sebagai parti politik tetapi hakikatnya merekalah orang politik yang sebenar yang tidak ada parti. Mereka menempuh satu kaedah politik atau satu sistem politik yang berbeza dengan politik Barat. Inilah definisi dan pendekatan politik yang lebih tepat dan bijak. Dan masyarakat perlu diputar fikiran mereka untuk melihat kebenaran ini. Supaya kit a tidak selamanya tertipu oleh Barat dan Yahudi. Moga-moga Tuhan izinkan buku ini membawa mesej ke­benaran tentang kekeliruan umat dan kesalahan menilai erti politik. Moga-moga dengan itu kita dapat kenal siapakah sebe­narnya orang politik dan siapa yang bukan. Dan seterusnya dapat kita tahu bagaimana cara-cara berpolitik yang sebenar­nya.

Friday, October 23, 2009

Politik Pilihan Raya Bercanggah Dengan Islam

Islam adalah satu jalan yang bersih dan murni lahir dan batin. Cara hidup Islam penuh rahmat, kasih sayang dan harmoni. Penuh didikan dan kebaikan. Hukumannya adalah keadilan dan pengampunan. Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, mencipta satu cara hidup yang amat sempurna untuk hamba-hamba-Nya. Suci daripada segala kekotoran dan kelemahan.

Keindahan Islam diakui oleh fitrah murni manusia sekalipun bagi orang bukan Islam. Kerana Islam itu agama fitrah. Mengamalkannya tidak mendatangkan mudarat dan ia tidak pula memudaratkan orang lain. Dengan kata lain, Islam itu agama selamat dan menyelamatkan.

Kalaulah kita berpeluang menyaksikan dengan mata kepala sendiri akan realiti hidup Rasulullah SAW dan salafussoleh, tentu kita akan menyaksikan satu kehidupan yang sungguh menakjubkan. Peribadi mereka sangat tinggi dan akhlak baik mereka sangat menonjol. Cara hidup mereka walau dalam apa bidang sekalipun tetap dihiasi dengan akhlak yang mulia. Orang-orang bukan Islam pun sangat mengkagumi mereka. Sebab itu ramai orang yang memeluk Islam hanya kerana melihat kebaikan mereka itu. Inilah rahsia atau anak kunci kejayaan Rasulullah dan para Sahabat untuk dapat menawan hati man usia. Mereka tidak pernah berjuang untuk merebut kerusi (jawatan). Tetapi manusia memberi mereka kerusi kedudukan yang mulia.

Untuk melaksanakan kebaikan, cara atau kaedahnya juga mesti baik. Tidak ada dalam ajaran Islam itu matlamatnya baik tetapi cara melaksanakannya kotor. Kalau kita hendak menderma misalnya, caranya mestilah dengan baik. Bukan dengan sombong dan mengungkit-ungkit. Akan tertolak pahalanya di sisi Allah.

Seorang yang ingin menghiburkan orang lain, tetapi menempuh cara-cara maksiat dan mungkar, tidak diterima kebaikan itu sebagai ibadah kepada Allah. Orang yang hendak menegakkan kebenaran melalui cara yang batil, yang dibuat itu tidak lagi dianggap kebenaran. Bahkan ia dianggap kebatilan yang disadur dengan kebenaran.

Itulah dia akhlak Islam. Bahawa sesuatu usaha itu hanya akan jadi ibadah kepada Allah bilamana dapat menepati lima syarat. Yakni niat, cara, subjek, natijah semuanya mesti mengikut syariat Allah, di samping kita tidak meninggalkan perkara¬perkara atau ibadah yang asas.

Orang yang mahukan matlamat saja baik tanpa menempuh cara-cara atau perlaksanaan yang baik, yakni orang yang menggunakan matlamat untuk menghalalkan cara, mereka ini termasuk dalam ayat:

Maksudnya: ‘Jangan kamu mencampurkanyang hak dan yang batil.” (AI Baqarah: 42)

Yang hak itu agama Tuhan. Yang batil itu jalannya seperti jalan demokrasi dan lain-lain.
Mereka ini sepertilah orang yang mahu ke satu destinasi dengan kereta, tidak ikut jalan raya, tetapi berjalan di dalam sawah padi. Betulkah dia dan selamatkah dia? Begitulah tamsilannya orang-orang yang menghalalkan cara. Apa saja halal demi mencapai matlamat baik, konon! Ada orang yang hendak bersedekah tetapi dengan duit curi. Sedekah itu baik tetapi jalannya tidak baik. Maka sedekah itu pun dianggap tidak baik. Ianya bukanlah kesilapan kecil yang boleh dipandang enteng, bahkan ia termasuk dosa-dosa yang membawa kemurkaan Allah dan Neraka.

Ampun maaf, antara kesilapan umat Islam ialah memandang kecil dalam soal cara-cara mendapatkan negara melalui politik pilihan raya. Pada saya, tidak dapat negara itu bukanlah satu dosa, tetapi menempuh cara-cara yang salah itu adalah dosa dan itu amat merugikan kita. Rasul-rasul banyak yang tidak memerintah negara. Ini menunjukkan ia bukan satu kesalahan. Tetapi berjuang untuk dapat memerintah negara dengan cara yang tidak betul, itulah yang salah.

Apakah perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam yang dilakukan oleh orang-orang yang berpolitik secara pilihan raya ini? Antaranya ialah:

1. Melantik diri sendiri menjadi pemimpin
Mengaku dan berkempen tentang kebaikan serta kebolehan diri. Membuat janji-janji muluk duniawi kepada rakyat sebagai upah kepada rakyat kalau memberi undi kepadanya. Kadang¬kadang janji itu keterlaluan hingga tidak mungkin dilaksanakan.

Dalam Islam, seseorang itu tidak dibenarkan melantik atau mencalonkan dirinya jadi pemimpin. Apalagi mengaku dan mendabik dada tentang kebolehan dan kebaikan diri dalam memimpin. Hal ini bertentangan sekali dengan akhlak Islam. Kepimpinan bukan perkara yang jadi rebutan dengan mengaku diri baik. Orang yang tergamak mengaku dia adalah pemimpin yang baik, adalah orang yang tidak baik untuk dipilih sebagai pemimpin. Manusia yang mendengarnya rasa jelik kerana di dalam Islam tidak boleh mengangkat diri. Kebaikan biarlah Tuhan yang mengakui dan orang ramai mengakui, bukan diri sendiri.

2.Melibatkan orang-orang yang tidak layak membuat pemilihan pemimpin
Dalam pandangan Islam, kaum wanita, orang-orang tua dan golongan jahil yang tidak faham kedudukan dan soal-soal kepimpinan, tidak diminta campur tangan dalam menentukan pemimpin-pemimpin negeri atau negara. Ini kerana mereka tidak boleh menilai. Melantik pemimpin adalah tugas Ahlul Halli wal Aqdi. Merekalah yang berautoriti untuk menentukan orang-orang yang mampu memimpin negara.

Adakah murid-murid sekolah layak menentukan orang¬orang yang boleh menjadi guru untuk mengajar mereka? Tentu tidak, bukan? Begitulah juga rakyat umum sebenarnya tidak layak untuk menetapkan siapa pemimpin mereka. Kalau diminta juga, maka terlantiklah orang-orang yang tidak tepat yang tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja memimpin ini. Jangan-jangan perompak yang dilantik. Akhirnya wang-wang negara dirompaknya.
Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Bila urusan diserah kepada yang bukan ahli di bidangnya, maka tunggulah saat (kehancuran¬nya).” (Riwayat Al Bukhari dari Abu Hurairah)

3. Berbuat dosa besar dalam usaha menjadi pemimpin
Dalam usaha menaikkan diri sendiri atau kawan untuk menjadi pemimpin, maka demi untuk menjatuhkan lawan dari parti lain, yang juga beragama Islam, terjadilah umpat-mengumpat, memfitnah, memberi malu, menuduh dengan sesuka hati hingga bergaduh dan berpecah sesama umat Islam dan lain-lain lagi. Semua ini adalah dosa-dosa besar, apalagi kalau dilakukan kepada sesama Islam.

Dosa ertinya kemurkaan Allah dan Neraka. Apakah kerana hendak menjadi pemimpin dalam negara Islam, kita berani menghalalkan semua perkara yang haram ini? Apakah pihak lawan gembira dengan negara Islam itu nanti yang diperolehi hasil dari menghina, memfitnah, membuka aib orang, mengumpat, memecahbelahkan hati dan perpaduan sesama Islam? Dan apa jaminan bahawa pemimpin yang naik dengan cara ini boleh menjadi pemimpin yang mulia peribadinya untuk menaungi seluruh rakyat termasuk yang bukan pengikutnya dan yang bukan Islam?

Akan berlakukah perpaduan sejati di atas segala sakit hati, dendam, rasa permusuhan yang berlaku semasa pilihan raya di antara parti lawan dan pemerintah yang menang walhal sebelum menang dia sudah memeeahbelahkan umat. Bolehkah orang ramai terima pemerintah setelah mereka sakit hati? Kalau orang ramai bertindak balas, adakah pemerintah itu tidak bertindak balas semula?

Dapatkah masyarakat yang sudah berpeeah belah oleh segala maeam sakit hati, rusuhan dan mungkin pembunuhan itu bermaaf-maafan? Kalau tidak, sudah tentu sakit hati dan permusuhan itu akan menebal berpanjangan, menunggu pilihan raya akan datang untuk mengambil peluang menjatuhkan pemerintah. Adakah pula pemerintah itu tidak sakit hati kerana dijatuhkan?
Mungkinkah akan wujud negara Islam sebenar melalui politik pilihan raya ini? Dapatkah dibina baldatun toiyibatul1 warabbun ghafur, yakni negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah melalui kaedah politik kotor ini?

4.Terjadi dan merebaknya gejala beli pengaruh dan sokongan
Adakah halangan terjadinya rasuah, membeli undi, tawaran¬tawaran projek, tawaran jawatan, tender-tender dan lain-lain bentuk politik wang di dalam pemilihan pemimpin ini? Bahkan ia sebenarnya kian merebak dan begitu meliar sekali. Siapa banyak wang boleh jadi pemimpin. Kerana dia boleh beli pengaruh dan sokongan. Siapa tidak pandai main wang, tidak boleh jadi pemimpin walaupun mempunyai karisma dan kebolehan memimpin yang tinggi.

Perkara ini sungguh hina dan terkutuk di sisi Islam. Tetapi mengapa pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam mendiamkan diri dan merelakannya bahkan ikut serta dalam permainan yang kotor ini? Bahkan ulama pun tidak menegur. Bagaimana ulama-ulama hendak menegur, sedangkan mereka pun terlibat dengan politik pilihan raya. Kadang-kadang sikap mereka di dalam pilihan raya lebih kotor lagi daripada orang yang bukan ulama. Ulama pun ikut kotor sarna kerana me¬nempuh sistem yang kotor. Orang Barat yang mencipta sistem itu sendiri berkata: “Politic is dirty. ”

Jalan yang kotor itulah yang ditempuh oleh para ulama. Mana boleh kita bersama-sama dalam kancah maksiat, kerana benih Islam bukan tumbuh di atas najis! Mungkinkah akan dapat padi kalau ditanam di hutan lalang? Bolehkah agama hak Allah yang begitu murni kita lacurkan di tempat yang hina, demi mengharapkan keredhaan Allah?

Apakah Allah suka cara kita menjaja Islam bagaikan pengemis meminta sedekah kepada musuh? Di manakah kehebatan Islam kalau begitu sekali daifnya, menumpang tapak orang untuk naik? Adakah Tuhan yang Maha Suci itu meredhai jalan yang kotor itu? Maha Suci Tuhan!
Hakikatnya perbuatan menagih negara Islam melalui pilihan raya ini samalah kita menghina dan merendahkan Islam yang maha tinggi itu. Hakikatnya kita mengajak musuh bersorak-sorai melihat hina dan lemahnya agama Islam itu. Politik wang sebenamya membuka laluan untuk musuh membeli kita dengan harga yang murah. Selamanya Islam tidak boleh didaulatkan melalui laluan kotor ini.

5. Melantik wanita menjadi pemimpin kepada lelaki
Melantik atau mencalonkan perempuan untuk menjadi pemimpin atau ketua kepada lelaki adalah jelas sekali bercanggah dengan Islam. Islam telah menetapkan lelaki adalah pemimpin kepada wanita. Ertinya, imam kepada wanita itu adalah lelaki. Mana boleh wanita menjadi imam kaum lelaki. Bilamana wanita dijadikan ketua umum, Rasulullah SAW mengatakan:

Maksudnya: “Rosaklah para lelaki tatkala mereka mentaati wanita. ” (Riwayat Ahmad)


Sabda baginda lagi:

Maksudnya: “Tidak akan berjaya satu kaumyang me¬lantik wanita sebagai pemimpin mereka.” (Riwayat Al Bukhari)

Sabdanya lagi:

Maksudnya: ‘:.Janganlah hendaknya seorang wanita menjadi hakim yang mengadili masyarakat umum.” (Riwayat Ad Dailami)

Orang perempuan hanya dibenarkan untuk menjadi imam atau ketua kepada kaum mereka sahaja. Itu pun sebagai wakil kaum wanita untuk menyampaikan hasrat mereka kepada pemimpin lelaki. Biasanya wakil yang dipilih itu ialah isteri kepada pemimpin. Umpama Rasulullah SAW melantik isteri baginda untuk mengetuai kaum wanita di zaman baginda. Dalam Islam, wanita berjuang sebagai sayap kiri atau pembantu kaum lelaki dan sebagai barisan belakang dalam peperangan.

6.Terjadi kecuaian dan tidak mampu mengikut disiplin
Islam yang mumi Semasa pilihan raya, terjadi cuai sembahyang, tidak menjaga akhlak, tidak mampu lagi mengikut disiplin Islam yang mumi itu, berlaku pendedahan aurat, pergaulan bebas, tipu daya, sengketa dan lain-lain maksiat lagi. Terlalu banyak perkara haram berlaku sewaktu kita hendak dapatkan negara Islam. Mana ada lagi keindahan Islam? Tipu daya dan mainan kotor itu dibenci orang.

Kalau dengan cara inilah kita mengasaskan negara Islam, berapa orang saja yang akan senang dan dapat rasa keindahan Islam itu. Dapatkah orang bukan Islam tertarik kepada Islam yang begini? Jangan-jangan umat Islam sendiri pun rasa benci dan takut dengan Islam yang begini, apalagi bagi yang bukan Islam.

Saya minta maaf sekiranya teguran dan kritikan ini terlalu tajam dan menyakitkan. Moga-moga ia tidak bercanggah dengan akhlak Islam. Dan moga-moga ia menepati firman Allah seperti berikut:

Maksudnya: “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Dan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan nasihat-menasihati kepada kesabaran.” (Al Asr: 1-3)

Saya yakin apa-apa yang saya dedahkan ini, yakni perihal mainan politik kotor yang bercanggah dengan Islam, sudah lama dirasai oleh umat Islam yang cintakan kebenaran. Cuma tanda tanya itu terbiar begitu saja. Tiada siapa yang mahu memandang serius. Saya sendiri baru inilah mahu membangkitkannya sesudah terlalu banyak bukti bahawa politik pilihan raya ini membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan. Sebab ia berjalan bukan di atas landasan syariat Islam. Ia berjalan di atas syariat orang kafir yang sangat bertentangan dengan syariat Islam.

Saya berani mengatakan bahawa cara ini tidak akan membawa kepada negara dan masyarakat Islam yang sebenarnya. Ya, mungkin boleh menang pilihan raya, tetapi pengisian kepada negara Islam itu tidak boleh berlaku seperti sepatutnya. Hal ini sudah terbukti di banyak negara di dunia, yang mana negara dikatakan Islam hanya pada nama dan tidak dihormati oleh dunia. Bahkan lebih banyak berlaku masalah di dalam negara yang mengaku Islam ini daripada yang berlaku di negara orang kafir. Begitu juga di negara umat Islam yang kaya pun lebih banyak masalah yang berlaku daripada negara-negara umat Islam yang miskin. Ia seperti mendapat kereta tetapi tidak dapat digunakan? Apalah ertinya kereta seperti itu.

Pendek kata, kebangkitan Islam dan negara Islam mirip atau ala salafussoleh tidak akan tertegak melaluijalan politik pilihan raya. Ia tertegak melalui motivasi, pendidikan, kasih sayang serta membuat contoh (model) terlebih dahulu di dalam jemaah, insya-Allah. Motivasi, pendidikan dan pen¬dekatan kasih sayang serta melahirkan contoh itulah politik Islam sebenarnya. Yakni politik oleh Parti Allah, yang bersih lagi membersihkan. Yang selamat lagi menyelamatkan.

Motivasi, pendidikan, kasih sayang serta contoh (model) di dalam jemaah adalah alternatif kepada politik pilihan raya. Ia dapat menawan hati, bukan berebut kerusi. Ia tidak memecahbelahkan tetapi menyatupadukan. Ia tidak menipu daya tetapi membawa kebenaran dan keadilan. Ia tidak menghina bahkan memuliakan manusia. Ia menarik perhatian orang bukan Islam kepada Islam, bukan menjauhkan mereka dari Islam. Ia dapat mengalih dan mengubah masyarakat dari jahiliah kepada Islam. Ertinya, ia mampu mengubah sebuah negara kepada Islam tanpa sengketa, insya-Allah.

Teknik Perjuangan Politik Yang Tidak Islamik

Catatan terus dari pengalaman Abuya Imam Ashaari At-Tamimi

Saya minta maaf kerana begitu ramai ahli-ahli politik yang ingin memperjuangkan Islam khususnya dan lain-lain orang yang terlibat dengan politik pilihan raya di Malaysia dan seluruh dunia yang akan tersinggung, berkecil hati dan marah pada saya, kerana mengatakan cara mereka berpolitik itu tidak secocok dengan agama Islam.

Saya sedar benar tentang risiko ini dan faham perasaan saudara-saudara saya dari parti politik itu. Tetapi mari kita berbincang dengan baik dan dengan hati yang terbuka serta menggunakan hujah-hujah ilmiah untuk membuktikan ke­benaran. Supaya atas perbezaan pendapat ini, kita dapat menemukan sesuatu kebaikan yang lebih menguntungkan seluruh umat Islam. Masalah perasaan masing-masing, mari kita korbankan, kerana Allah. Sebab memang dalam per­juangan kita perlu berkorban termasuk korban perasaan. Kalau kita tidak sanggup berkorban, bukanlah kita seorang pejuang yang layak dan keikhlasan kita boleh dipersoalkan oleh orang ramai. Oleh itu saya sanggup menerima risikonya kerana kebenaran, malah kerana ini juga jemaah saya dulu iaitu jemaah Darul Arqam diharamkan dan saya ditahan di bawah ISA.

Saya yakin masa depan cara perjuangan saya sebagai alternatif kepada politik pilihan raya yang ada. Itu keyakinan saya. Saya berjuang di atas keyakinan inilah. Insya-Allah kalau sama-sama panjang umur, sama-samalah kita saksikan apa yang menjadi keyakinan saya ini. Ia akan berlaku dengan am an damai dan harmoni. Bahkan orang bukan Islam pun menerimanya.

Saya memang ada pandangan, tafsiran dan cara tersendiri tentang perjuangan Islam. Ini bukan perkara baru dan semua orang sudah maklum. Hingga kini setelah 40 tahun berjuang, saya jadi bertambah yakin bahawa perjuangan saya ini adalah benar. Matlamat perjuangan yang telah digariskan dan cara yang dipraktikkan selama ini nampaknya dapat membuahkan hasil yang diharapkan, walaupun di peringkat awal banyak orang sangsikan bahkan seperti yang saya katakan tadi jemaah saya diharamkan. Sedangkan di depan mata saya, orang­-orang yang punya cara yang lain, yang juga ingin memper­juangkan Islam, tidak pun memperlihatkan hasil seperti yang dijangkakan. Bahkan walaupun sesetengah mereka sudah mendapat kekuasaan, namun hendak menarik orang untuk sembahyang pun masih gagal. Kerana politik pilihan raya yang mereka ceburi tidak mendidik orang. Ia melobi orang. Tidak fikir halal dan haram. Sekalipun pengikut mereka beratus ribu banyaknya malahan di sesetengah negara berjuta-juta ahli, sistem Islam tetap tidak dapat ditegakkan.

Ini bagaikan orang yang sama-sama pergi ke laut dengan tujuan menangkap ikan, tapi menggunakan perahu kecil dan cara masing-masing. Ramai yang tidak dapat tangkap ikan kerana gelombang besar, diserang kapal lain yang lebih besar, ditipu kawan dan berbagai lagi masalah hingga ada yang tenggelam, sesat di laut atau pulang dengan tangan kosong.

Berdasarkan pengalaman saya, saya mempunyai alasan yang boleh dipegang bahkan sangat meyakinkan. Ya, sesung­guhnya ketika di peringkat awal era kebangkitan Islam dulu, semua menyatakan keinginan kepada pendidikan Islam, eko­nomi Islam, perkampungan Islam, masyarakat Islam, sistem hidup Islam, negara Islam, perpaduan sejagat dan dunia Islam. Semua melaungkan ini sebagai alternatif kepada sistem se­kular jahiliah yang karut dan dibenci.

Maka masing-masing pun berjuang; bersyarah, berslogan, berseminar, berkempen, bertindak dan macam-macam lagi untuk menegakkan sistem Islam, hingga ada jemaah yang usia perjuangannya kini sudah menjangkau 50 tahun dan ada yang lebih lama lagi. Tetapi mana dia sistem pendidikan Islam yang dapat ditegakkan dalam jemaah masing-masing? Hingga anak-anak kita sudah dewasa, belum juga merasa berada dalam sistem yang katanya indah itu. Mana dia sistem eko­nomi Islam, sosial Islam, politik Islam, perubatan, pertanian Islam dan lain-lain sistem itu? Belum muncul-muncul, bukan? Dalam jemaah sendiri pun tidak wujud. Bahkan dalam parti sendiri pun tidak wujud. Bahkan laungan kepada sistem-­sistem itu sudah tidak selantang dulu. Malahan kian malap dan tenggelam dalam arus sistem yang masih jahiliah. Sese­tengah mereka telah terserap ke dalam perjuangan yang mereka tentang. Sesetengah parti Islam sudah dapat kuasa memerintah negeri tetapi usahkan di dalam sistem peme­rintahan atau di dalam negeri yang diperintah, dalam parti sendiri pun tidak wujud sistem Islam.

Atau adakah mereka merasakan sistem yang ada itu sudah cukup Islamik. Memadailah dengan menukarkan pemerintah kepada parti Islam. Kalau begitu, apakah tujuan kita berjuang dahulu? Adakah untuk Islamkan yang sudah Islam? Atau Islam itu mesti tertegak di tangan kita, tidak boleh di tangan orang lain. Padahal dalam berkempen, semuanya itu di­katakan toghut.

Kesedaran rakyat Islam pada Islam di seluruh dunia kian bertambah dan meningkat. Tuan-tuan, saudara-saudari juga mahu cara hidup Islam di dalam semua aspek. Sudah takut untuk melibatkan diri dengan riba, dengan sistem pendidikan sekular, dengan maksiat dan kemungkaran. Masyarakat mahu Islam jadi cara hidup yang syumul. Mereka mahukan kasih sayang, hidup harmoni, berkorban, mementingkan orang lain, bekerjasama, hidup dalam suasana di mana orang bukan Islam menghormati Islam dan sebagainya. Tetapi pada saat ini, pejuang-pejuang Islam belum bersiap sedia! Tidak ada apa-apa perubahan pun yang dapat dilihat pada mereka. Kalau ada berlaku sedikit-sedikit perubahan, itu pun dilaku­kan oleh badan Islam, bukan parti politik.

Politik yang diamalkan masih bertentangan dengan politik Islam. Tetapi mahu cuba menutup-nutup rahsia. Supaya orang anggap politik ala Barat itu boleh diamalkan oleh umat Islam. Seolah-olah Islam tidak ada cara berpolitik yang tersendiri lalu membenarkan cara politik Barat. Samalah dengan orang yang menyekolahkan anak-anaknya dalam sistem sekular. Kemudian mengatakan Islam membenarkannya. Sedangkan dia cukup sedar bahawa pendidikan sekular sangat berten­tangan dengan sistem pendidikan Islam. Ia telah banyak merosakkan fikiran dan jiwa umat Islam.

Kadang-kadang kita dengar macam-macam alasan dibuat kenapa Islam tidak ditegakkan. Duit tidak ada, kerajaan Pusat tidak beri bantuan, tidak ada tenaga dan pelabur disekat. Hingga dengan itu amalan-amalan Islam seperti berkasih sayang, menutup aurat, berbaik-baik dengan golongan lain, bekerjasama dengan badan Islam dan lain-lain tidak dapat diamalkan. Apakah berkasih sayang mesti dengan duit. Apa­kah untuk menutup aurat menunggu duit banyak? Apakah hendak berbaik-baik dengan orang golongan lain menunggu bantuan wang? Apakah bekerjasama dengan badan Islam perlu menunggu bantuan? Mengapa sudah berpuluh tahun berjuang, masih tidak ada tenaga? Apakah dengan pengikut seramai 600 ribu masih belum cukup tenaga? Tidak adakah di kalangan mereka itu orang yang pandai dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang?

Saya dengan izin Allah mempunyai bukti bahawa sistem pendidikan Islam itu sangat berbeza dengan sistem pendi­dikan sekular. Ya, ia telah dipraktikkan oleh saya di dalam mendidik keluarga dan kakitangan syarikat korporat saya. Demikian dengan sistem-sistem lain termasuk sistem politik. Saya menempuh politik Islam untuk mentadbir rumah tangga, masyarakat, jemaah dan seterusnya, insya-Allah. Walaupun banyak orang yang mentertawakannya, tetapi orang yang ber­juang mesti ada prinsip dan berpegang teguh dengan prin­sipnya. Tunggulah sedikit masa lagi, insya-Allah. Kita akan saksikan bersama, Islam akan berdaulat dengan aman, damai dan penuh harmoni di dalam kawasan lebih luas lagi. Saya tidak menunggu menjalankan politik Islam sehingga mendapat negara. Politik Islam boleh dijalan­kan mengikut saiznya. Ia terhenti mengikut pengetahuan Islam kita atau pengetahuan kita di bidang-bidang yang lain. Kerana itulah politik Islam telah saya jalankan dalam syarikat saya dan keluarga serta rumah tangga saya terutamanya lebih dahulu. Saya rasakan sangat berkesan. Bahkan di dalam keluarga besar saya itu, saya rasa keamanan dan kebahagiaan dapat berjalan dengan sebaik-baiknya. Masing-masing mudah didisiplinkan dan didamaikan bila sedikit-sedikit timbul per­selisihan faham.

Keluarga saya yang besar itu kalau tidak saya jalankan atau tadbirkan secara politik Islam, maka keluarga saya itu tidak akan hidup aman, damai dan harmoni. Cubalah tuan-­tuan fikirkan keluarga saya yang besar itu yang bilangan anak­anak seramai 39 orang, cucu-cucu lebih dari 150 orang mana­kala menantu pula ada 40 orang (waktu buku ini ditulis). Tentulah akan huru-hara jika saya tidak tadbirkan mengikut politik Islam. Kalau takdirnya saya dapat organisasi atau institusi yang lebih besar lagi, pentadbiran rumah tangga saya itulah saya perpanjangkan sampai ke peringkat itu.

Inilah keyakinan saya. Sekarang sudah ramai yang percaya dan menerima bahkan sudah ramai yang membuat perubahan hid up ke arah Islam.

Hasil mempraktikkan ini, maka saya kini rasa berani untuk mempertikaikan umat Islam yang menempuh sistem politik sekular dengan alasan tiada pilihan lain. Melalui pengalaman berpolitik secara Islam, saya akan buktikan dengan izin Allah bahawa politik Barat itu tidak sesuai dengan ajaran Islam serta banyak merosakkan. Dan bahawa umat Islam ada pilihan lain dalam berpolitik. Insya-Allah ia akan menghasilkan ke­jayaan yang lebih besar daripada apa yang ada hari ini.

Tujuan saya memberi pandangan ini supaya kita saling menasihati kepada kebenaran. Supaya kebenaran tertegak dan yang palsu lenyap. Saya tidak bermaksud menghina dan jauh sekali mencari musuh. Kiranya Hujah saya ini diragui dan tidak kuat, saya pohon hujah balas yang lebih mantap, supaya kita dapat melihat kebenaran. Kerana itulah saya cubakan pentadbiran secara politik Islam di dalam keluarga saya terlebih dahulu. Kalau berkesan, pada saya sudah ada hujah dan dapat membuktikannya. Janganlah dihadapi pan­dangan saya ini dengan permusuhan melulu oleh sentimen fanatik kepada puak. Ilmu mesti dihadapi dengan ilmu. Jangan ilmu dihadapi dengan penghinaan, kemarahan dan dendam. Pemburu kebenaran tidak takut pada kebenaran. Walaupun dia terpukul dengan kebenaran itu. Sebab kebe­naran tidak memecahkan akal dan hati insan. Kecuali yang tidak mahu menerima kebenaran lagi.

Sekarang saya akan senaraikan alasan mengapa saya kata­kan palitik Barat bercanggah dengan Islam. Mengikutinya, ertinya tidak mengikut syariat Islam. Moga-moga Allah restu dan izinkan. Supaya kebenaran itu dapat dibuktikan benar dan dapat diikuti. Manakala kepalsuan atau kebatilan dengan sendirinya akan hilang, setidak-tidaknya ada tandingan untuk pilihan. Bagi orang yang hendakkan kebenaran maka sudah ada suri teladan. (Saya pernah menyertai parti politik PAS selama 10 tahun, maka apa yang saya tulis ini bukan satu serkap jarang atau teropong dari jauh).

Oleh kerana mempunyai matlamat untuk menang pilihan raya, agar dapat memerintah negara, supaya dari sana baru hendak ditegakkan hukum Islam di semua aspeknya, maka tumpuan kepada mendidik iman dan perlaksanaan Islam di dalam parti kurang diambil berat. Bukan tidak ada tetapi tidak diberi keutamaan. Kadang-kadang kuliah fardhu ain pun jadi landasan untuk kempen mengundi dan menyerang lawan. Apalagi kalau memang kuliah politik. Mendengar syarahan-­syarahan bentuk ini kurang membangkitkan rasa takut pada Allah. Kadang-kadang sibuk di dalam palitik pilihan raya itu, sembahyang diabaikan, padahal ia ibadah yang pokok dalam Islam. Kalau sembahyang sudah diabaikan, syariat-syariat Islam yang lain lebih-Iebih lagi dicuaikan. Bahkan masih rasa senang dengan dosa dan redha dengan adat -adat yang berten­tangan dengan Islam. Di antara perkara-perkara itu ialah:

1. Pelaksanaan ibadah. Sekalipun ibadah asas seperti sem­bahyang fardhu dan sembahyang jemaah, ia amat kurang dititikberatkan. Sedangkan ia hukum Islam yang paling pokok sesudah iman. Sembahyang tiang agama, penguat dan tapak perjuangan. Kalau ia lemah, lemahlah tiang dan tapak jemaah. Di Akhirat, perkara yang paling awal disemak ialah sem­bahyang.Ertinya sembahyang hukum yang paling utama ditegakkan selepas iman. Sama ada kita tinggal dalam negara Islam atau tidak, sembahyang tetap penting. Meremeh atau memandang kecil persoalan sembahyang kerana mengutamakan usaha mendapat negara Islam adalah pilihan atau pandangan yang salah. Ahli-ahli parti ramai yang cuai bersembahyang; tidak faham, tidak khusyuk dan tidak berjemaah. Ini menggam­barkan kelemahan parti. Bagaimana parti yang lemah boleh kuat untuk memerintah negara dan mampu mendidik rakyat?

1. Parti yang akan memerintah mesti punya role model peme­rintahan yang baik untuk menjadi ikutan rakyat. Bagaimana parti itu boleh membawa rakyat dalam negara untuk beristiqamah sembahyang, kalau ahli partinya tidak mampu di­disiplinkan? Bagaimana hukum Allah yang ini terjamin per­laksanaannya di peringkat negara sedangkan di peringkat parti pun belum terbukti? Sayidina Umar Al Khattab r.a. sele­pas ditikam dan sejurus sebelum beliau wafat, terus berkata, “Sudahkah kaum muslim in sembahyang Fajar (Subuh)?” Begitu Sayidina Umar, dalam kesakitan kena tikam, beliau masih memperingatkan sembahyang fardhu kepada kaum muslimin. Logikkah, dengan kuasa memerintah baru orang mahu bersembahyang? Jangan-jangan bila kuasa di tangan, orang lebih lalai!Demikianjuga persoalan akhlak, pergaulan terbatas lelaki perempuan, menutup aurat dan sebagainya, adalah hukum­-hukum yang boleh dibuat tanpa kuasa negara. Tetapi ia tidak diberatkan dalam parti politik. Sedangkan itu semua adalah hukum-hukum penting pada setiap individu muslim. Mengapa hukum yang amat penting ini tidak ditegakkan lebih dahulu sebelum dapat negara? Mengapa gigih memperjuangkan tertegaknya hukum lain yang belum tentu kita dapat berbuat.

2. Kuliah-kuliah pengajian kurang menekankan persoalan iman, taqwa, akhlak, Akhirat, Syurga, Neraka, peribadi muk­min, amalan fardhu ain dan fardhu kifayah selain negara. Sedangkan perkara-perkara inilah yang membuatkan manusia menyuluh diri, mendapat inspirasi untuk melaksanakan Islam. Seolah-olah Islam yang diperjuangkan itu bagaikan pokok yang tidak diberi baja. Atau kereta yang enjinnya lemah, kerana tidak diambil perhatian.Mengapa hal ini terjadi? Apakah tokoh politik yang mene­rajui perjuangan Islam itu tidak sedar perihal ini? Kalau sedar, mengapa dibiarkan, sedangkan hukum Allah itu terlaksana oleh individu manusia bersumberkan ilmu ini. Apakah ada cara lain, manusia beroleh kekuatan menjalankan hukum Tuhan tanpa melalui proses mendidik iman dan ibadah-ibadah asas? Sedangkan dalam sejarah, negara Islam itu sendiri hanya dapat ditegakkan oleh orang-orang yang cukup terdidik dengan iman dan peribadi-peribadi yang bertaqwa. Dalam Al Quran bukankah Allah berfirman:

Maksudnya: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dad api Neraka.” (At Tahrim: 6)

hukama ada berkata: Tegakkan Islam dalam diri kamu nescaya akan tertegak Islam di dalam negara kamu.

3. Persoalan ukhwah tidak dititikberatkan. Sedangkan se­mua orang tahu perpaduan itu amat penting. Ia merupakan salah satu daripada kekuatan jemaah. Sebab itu ukhwah an­tara pengikut dengan pengikut, pemimpin dengan pemimpin dan pengikut dengan pemimpin tidak terasa dan tidak kelihatan.Kasih sayang tidak diambil kira dan kurang diusahakan. Hingga terjadi jurang antara pengikut dengan pemimpin.Sebab itu kata-kata pemimpin tidak terlalu berharga, bahkan arahan pemimpin kurang dipatuhi. Sikap rasa bersama dan saling bekerjasama serta tolong-menolong kurang. Kecen­derungan berkorban untuk perjuangan terlalu lemah.Dalam keadaan ini dapatkah parti menjadi seperti batu­ bata yang tersusun kukuh untuk membentuk bangunan yang gagah dan hebat? Ertinya, dapatkah ditegakkan sistem hidup Islam di kalangan orang-orang yang hati mereka belum di­satukan, yang masih nafsi-nafsi dan tidak sanggup berkorban dan juga tidak taat arahan ketua? Saya yakin kalau dapat negara pun, selagi individu-individu masih nafsi-nafsi, sistem-­sistem Islam tidak akan dapat ditegakkan.

4. Sebab menegakkan sistem adalah ibarat membuat kereta yang memerlukan gabungan perikatan dan penyatuan antara tayar, enjin, casis, gear, badan kereta dan lain-lain lagi. Tanpa ukhwah antara tiap-tiap golongan, ertinya tidak ada rasa bersama dan kerjasama. Bila tidak ada rasa bersama dan ker­jasama, bagaimana mereka hendak membentuk satu sistem hidup yang indah itu? Adakah tali lain yang lebih kuat dari iman dan ukhwah ini untuk menyatukan umat Islam dalam barisan yang teratur kukuh?4. Faktor kefahaman dan keselarasan di antara ahli parti tidak diutamakan. Apabila kefahaman dan keselarasan tidak diutamakan, masing-masing bebas dalam berfikir, bebas mem­punyai pandangan serta mengambil sikap, sekalipun dalam persoalan dasar dan asas. Terhadap sesuatu isu saja, kita lihat mereka berbeza pandangan dan sikap. Dalam menghadapi musuh pun tidak sama sikap dan pandangan. Ada yang ber­musuh ketat dengan pihak yang dianggap musuh, ada yang longgar.

Hal ini bercanggah dengan teknik dan strategi perjuangan Islam. Lebih-lebih lagi dalam medan perang. Fikiran mesti satu, hasil menerima ilmu dari sumber yang satu iaitu Al Quran dan Hadis. yang diberi minda oleh pemimpin untuk menjadi pegangan bersama demi perpaduan. Fikiran yang bercelaru dan bersimpang-siur, tidak memberi hasil apa-apa melainkan akan menimbulkan perbalahan dan perselisihan faham. Dalam negeri atau negara, kalau keadaan ini berlaku, ia bukan membawa pembangunan sistem Islam tetapi mem­bawa kepada kucar-kacir dan kecelaruan, yang akhirnya akan mengelirukan rakyat dan susah bagi orang lain untuk me­nirunya.

5. Identiti atau syiar Islam tidak kelihatan dalam parti politik pilihan raya. Soal mengapa pendekatan melalui syiar ini tidak diambil, tidaklah difahami. Sedangkan Sunnah Nabi kalau diamalkan, syiarnya sangat memeriahkan dan sangat banyak berkatnya. Sebab mengamalkan Sunnah Nabi, yakni cara hidup Islam yang lahir dan batin seperti di dalam berpakaian, bergaul, makan minum, berkahwin, berjuang, berkorban dan lain-lain cara hidup, itu lahir dari hati yang sangat kasih atau fanatik dengan Allah dan Rasul. Orang yang fanatik dengan Allah dan Rasul, baru orang itu dapat melaksanakan hukum dan Sunnah Rasulullah. Apabila berjaya membangunkan hu­kum dan Sunnah Rasulullah, barulah nampak syiar. Lahirnya syiar itu adalah daripada sifat taqwa.

Firman Allah:
Maksudnya: “Barang siapa yang membesarkan syiar Allah, sesungguhnya itu datang dari hati yang bertaqwa. (Al Haj: 32)

Orang yang sayang dan cintakan Allah dan Rasul, sanggup meniru cara hidup Rasul sekalipun orang bukan Islam benci atau kawan lari. Tetapi kalau hati tidak kasih, walaupun ada kuasa memerintah negara dan bebas menegakkan hukum Tuhan dan Sunnah Nabi, namun manusia tetap enggan me­lakukannya. Seperti orang ada lori, tahu pandu lori tetapi kalau hati tidak suka naik lori, tetap dia tidak naik juga.

Identiti Islam atau syiar Islam itu sangat penting dalam perjuangan. Ia menjadi lambang yang punya daya untuk me­narik manusia kepada cara hidup Islam. Ia juga menjadi ben­teng kepada musuh dari sikap pura-pura dan menyusahkan mereka untuk menyeludup masuk ke dalam jemaah dan ber­tindak bagaikan gunting dalam lipatan. Ia membezakan parti Islam dengan parti sekular. Ia menjadi tekanan dan saingan pada cara hidup Barat. Dan berbagai-bagai lagi hikmahnya.

Tanpa identiti yang membezakan cara hidup pejuang Islam dengan orang yang tidak memperjuangkan Islam, menjadikan parti politik itu tidak ada kelebihan berbanding parti-parti yang tidak memperjuangkan Islam. Kalau cakap saja yang berbeza tetapi cara hidup sama saja dengan mereka, bahkan meniru pula cara hidup musuh, samalah dengan tin kosong yang orang tidak pandang dan yang tidak berharga. Berbunyi tetapi tidak berisi. Lagi kuat bunyi, lagi kurang isi. Hanya akan jadi mainan dan bahan perli orang. Sungguh, cara ini bersalahan sekali dengan kehendak Islam.

6. Tokoh-tokoh politik yang berjuang atas nama Islam, bilamana jadi wakil rakyat atau jadi menteri, nampaknya akan hidup kaya-raya atau lebih kurang sama seperti kehidupan wakil-wakil rakyat dari parti-parti lain yang memang tidak bercita-cita hendak memperjuangkan Islam. Ertinya, mereka ini mempunyai tujuan yang sama dengan wakil-wakil rakyat lain, yakni berpolitik untuk hidup senang dan membina harta serta membangunkan projek peribadi. Sedangkan pemimpin­-pemimpin Islam yang sebenar itu kerana mahu menegakkan hukum Islam, mereka korbankan kekayaan mereka hingga hidup mereka sederhana sekali.

Tanpa pengorbanan, dari mana datangnya wang dan harta untuk perjuangan? Masakan hendak minta dari orang yang tidak ada cita-cita Islam atau daripada musuh sendiri? Pengor­banan pemimpin dan ahli-ahlilah sumber kekayaan bagi parti yang ada cita-cita Islam. Tanpa pengorbanan, parti akan terus miskin dan kita akan membuat alasan Islam tidak dapat tegak kerana masalah kewangan. Konon, salahkan musuh kerana tidak alirkan wang, sedangkan ia kesalahan kita kerana tidak mahu berkorban. Itulah punca utamanya. Adakah logik per­juangan kita dibiayai oleh musuh? Atau minta bantuan dari musuh? Apakah cara ini boleh menaikkan maruah perjuangan?

7. Ahli-ahli politik yang katanya ingin memperjuangkan Islam, tidak mahu bergaul dan berhubungan dengan siapa saja yang tidak menyokong perjuangannya, sama ada individu atau kumpulan lain. Kata-kata saya ini berdasarkan beberapa bukti yang telah terjadi.
Ini dapat dilihat pada sikap yang ditunjukkan oleh ahli­-ahli harakah politik berkenaan yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi di luar negara. Pengalaman pelajar-pelajar di kalangan anak-anak staf saya satu ketika dahulu apabila berdepan dengan tindak-tanduk mereka ini jelas memper­lihatkan sikap tidak terbukanya mereka. Antaranya:

a. Di Jordan, pernah seorang pelajar berusia 11 tahun meng­hulur tangan untuk bersalaman dengan seorang pelajar anggota parti tersebut, tapi tangannya tidak disambut, sebaliknya dibalas dengan kata-kata, “Engkau pergilah salam dengan tok guru engkau yang sesat itu

b. Di Mesir, pernah terjadi iaitu pada tahun 1989, empat orang pelajar wanita dari Malaysia yang menuntut di Al Azhar, telah dihalang daripada mendekati kumpulan anak-anak kami di sana oleh pelajar-pelajar lelaki yang menganggotai harakah politik berkenaan. Apabila men­dapati pelajar-pelajar wanita itu masih berhubung dengan anak-anak kami, yang memang sentiasa membuka pintu menerima kedatangan sesiapa saja, maka sebagai usaha terakhir, dua orang daripada mereka dikurung buat be­berapa lama. Salah seorang daripadanya dikurung hingga dua minggu.

Sepanjang mereka dikurung itu, yakni di satu tempat yang dirahsiakan, mereka didera secara psikologi dan dibrainwash supaya terkikis cara mereka berfikir. Akhir­nya, salah seorang daripadanya dikahwinkan dengan seorang pelajar ahli harakah berkenaan, iaitu pelajar Tahun dua di Al Azhar. Selepas berkahwin, pelajar lelaki itu digugurkan dari universiti kerana masih gagal dalam pelajaran walaupun diberi peluang mengulang selama dua tahun berturut-turut. Dia kemudian memohon masuk ke
Maahad Al Azhar (hanya layak ke peringkat I’dadi selepas ujian penilaian) iaitu mengulang dari peringkat rendah semula semata-mata untuk membolehkannya menyam­bung visa pelajar di Mesir. Peliknya, sebelum ini pelajar itulah yang pernah berkata, “Ustaz Ashaari bukan ada ilmu, buat apa ikut dia.”

Sementara itu seorang daripada empat pelajar wanita tadi telah berkahwin dengan seorang pelajar kami di sana. Pelajar itu merupakan antara pelajar yang cemerlang di Al Azhar.

C. Di Jordan juga, pada satu musim cuti semester, sekum­pulan pelajar muslimah dari kalangan anak-anak staf kami di sana telah menziarahi seorang rakan mereka di Irbid, kawasan yang didiami oleh ramai pelajar-pelajar penyo­kong kuat harakah politik dari Malaysia. Pelajar wanita yang diziarahi itu terlibat dengan harakah tersebut. Se­dang mereka berbual-bual, masuk seorang pelajar lelaki iaitu pelajar Tahun Dua, Universiti Yarmouk, yang me­rupakan anggota harakah politik berkenaan. Pelajar lelaki ini, tanpa memberi salam atau mem­perkenalkan diri, dan sambil bercekak pinggang telah menyergah pelajar-pelajar muslimah berkenaan dengan pertanyaan, “Kamu semua tahu tak ini rumah orang … (disebut nama harakah politik itu)?” Selepas itu dia memberi amaran, “Saya beri tempoh setengah jam untuk kamu semua keluar dari rumah ini.”

d. Pelajar-pelajar Malaysia dari harakah politik di Jordan, kerana tidak senang dengan pengaruh pelajar-pelajar dari kalangan anak-anak staf kami di sana, cuba memburul-­burukkan imej mereka di mata pensyarah dan pihak-pihak lain. Sedangkan wakil-wakil pelajar dari kalangan anak­-anak staf kami di sana mempunyai hubungan yang baik dengan para pensyarah, dekan-dekan, pihak Kementerian Pelajaran dan dengan Menteri Awqaf sendiri, Dr Muham­mad Abdul Salam Ubbadi. Malah anak-anak kami men­dapat peluang-peluang pendidikan yang tidak diperolehi oleh pelajar-pelajar lain, hingga 20 orang daripada mereka mendapat tempat di Madrasah Umariah, sebuah sekolah untuk anak-anak golongan elit di sana, dengan dibiayai yuran, tambang bas dan buku-buku oleh pihak sekolah sendiri.

Begitulah sekadar beberapa contoh. Sikap tidak ‘buka pintu’ dan tidak berlapang dada ini bercanggah dengan akhlak Islam. Sedangkan Allah berfirman:

Maksudnya: “Serulah kepada jalan Tuhanmu secara hikmah dan tunjuk ajar yang baik dan (kalau perlu) berbahaslah dengan mereka dengan memberi hujahyang lebih baik.” (An Nahl: 125)

Di dalam ayat di atas, kita disumh berbahas dan berbin­cang dengan sebaik-baiknya. Kalau dengan manusia yang tidak separti dengan mereka telah dibina jurang atau bagaimana hendak berbincang? Sedangkan dengan berbin­cang baru kita tahu ilmu kita betul atau tidak, hujah kita kuat atau lemah, pendapat kita benar atau salah. Pandangan kita perlu disuluh dengan perbincangan, baru kita tahu pandangan kita itu benar atau salah.

Allah mahu kita cari bermacam-macam jalan untuk hadapi bermacam-macam golongan manusia sekalipun orang bukan Islam, demi mengajak mereka kepada Allah. Sikap mudah bermusuh, berprasangka, tidak bertegur sapa dan tidak mesra, itu bukanlah caranya untuk memperjuangkan Islam. Ia me­nyempitkan gelanggang perjuangan kita. Rasulullah men­ziarahi seorang perempuan tua bukan Islam yang selalu menyakitinya. Hingga akhimya perempuan itu masuk Islam.

Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Ucapan atau kata-kata orang baik itu adalah sedekah.” (Riwayat Muslim)

Sabdanya lagi:
Maksudnya: “Senyum (kemesraan) kamu di hadapan saudaramu itu adalah sedekah.” (Riwayat Al Bukhari)

8. Terhadap individu atau kumpulan yang tidak seperjuang­an atau lain gaya perjuangan, dituduh dan mudah dijatuhkan hukuman fasik, zalim, kafir, murtad dan lain-lain. Hukuman semberono dan melulu ini dibuat menggunakan ayat AI Quran dan Hadis tanpa takut dan malu dengan Allah. Hal ini berlaku sejak badan politik yang ingin memperjuangkan Islam melalui pilihan raya ini ditubuhkan. Ia terjadi di mana-mana di dunia ini.

Hukuman atau menghukum jadi seperti mainan bibir untuk tujuan menghina dan memalukan orang Islam lain serta menarik orang kepada parti sendiri. Penuh bangga kerana merasa diri sudah selamat. Sedangkan seorang hamba Allah sepatutnya amat menderita bilamana terpaksa menjatuhkan hukuman. Takut kalau-kalau tersilap hingga hukuman itu kembali menimpa muka sendiri dan Allah akan tempelak di Akhirat nanti. Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a., kalau dirasa­kan cakapnya sudah menyakiti hati orang Islam, lantas dia minta qisas atau mengadu pada Rasulullah SAW supaya dia segera dihukum. Begitulah iman orang mukmin yang mem­perjuangkan hukum-hukum Allah; sangat takut dengan Allah. Kerana itu, mereka berhati-hati dalam menghukum.

Sikap mudah menuduh-nuduh dan menghina-hina dengan tidak menggunakan hujah yang benar dan terhormat, akan membuatkan orang benci dan lari dari kita. Hingga terjadilah perpecahan yang dahsyat hasil perjuangan kita itu. Dalam sebuah masjid, ada dua imam yang mengimami sembahyang dalam satu masa. Pernah terjadi di Terengganu, dua ceramah dengan dua mikrofon dalam satu masjid. Walhal perjuangan Islam bermaksud meramaikan dan menyatu padukan ahli jemaah di bawah satu imam dalam satu masjid. Tapi politik Barat ala pilihan raya mengecil, menyempit dan memecah­belahkan umat Islam dalam masjid. Juga membuatkan orang Islam tidak makan sembelihan orang Islam lain. Dan nikah kahwin sesama Islam dianggap tidak sah kerana berlainan pandangan politik. Inikah kebenaran? Lagi banyak berjuang, lagi umat Islam berpecah. Lagi banyak berjuang, lagi umat Islam berkrisis. Kalau begitu, apa bukti Islam yang diperjuangkan itu agama selamat, membawa keamanan sejagat dan keharmonian masyarakat? Politik pilihan raya tidak akan dapat menyelesaikan ke­melut ini. Ia hanya akan menambahkan masalah. Bahkan ia adalah punca masalah ini. Harapan sekarang hanya tertumpu kepada politik Islam yang penuh kasih sayang.

9. Terhadap serangan musuh, orang politik yang katanya memperjuangkan Islam itu memberi respon penuh emosi, bukan dengan penuh bijaksana, matang dan strategik. Seperti orang melatah diusik, melompat-lompatlah ia dengan penuh aksi, geram, melulu dan tidak sabar hingga menyusahkan diri sendiri. Bila musuh tuduh perkara yang tidak sepatutnya, maka dengan geram dan gelisah, dibuatlah serangan balas yang kadang-kadang tersalah cakap, terlebih hukum, terlajak sikap hingga menguntungkan musuh. Musuh memang suka kita asyik menjawab. Agar masa kita terbuang dengan menjawab. Supaya kita tidak ada masa untuk berbuat dan membangun. Memang itulah yang musuh mahu. Tetapi pemain politik yang guna nama Islam ini seperti tidak faham niat jahat musuh terhadapnya. Dia fikir musuh betul-betul tersalah tuduh, maka tertipulah dia. Kalau mereka faham tipu daya musuh, tentu mereka tidak teruk ditipu. Mereka tidak praktikkan doktrin bahawa ‘peperangan itu tipu daya’. Sedangkan ahli politik Islam seharusnya lebih bijak, lebih matang dan lebih berstrategi dari musuh dalam menipu daya dan bermuslihat. Pejuang Islam sepatutnya sentiasa dapat menipu dan mengalahkan musuh dan bukan sebalik­nya. Mereka sepatutnya berada dua tiga langkah di hadapan musuh dan dapat membaca gerak-geri musuh. Kalau tidak, di mana keistimewaan Islam? Lagi pula, Islam mengajar penganutnya selalu bertenang dengan ujian agar tidak meng­hilangkan kebijaksanaan di dalam tindakan.

10. Cara dan strategi peperangan fikiran tidak sama dengan peperangan senjata. Dalam perang senjata, kita boleh terus menyerang tetapi berdisiplin dan tidak menzalim. Tetapi secara politik, untuk pancing undi dan menarik simpati orang yang yakin cara itulah perjuangan, tentu tidak boleh gopoh dan main kasar. Kita kena berlembut, kalau boleh biar lebih lembut gigi dari lidah. Supaya orang tertarik dan tertawan dengan kita. Kita disuruh berakhlak. Itulah strategi namanya. Dan ia pula memang diperintah oleh Islam. Kerana ia adalah buah ibadah dan buah perjuangan. Tetapi sayang, orang-orang politik ala Barat ini berkasar dengan orang. Mudah menyerang, mudah mengata-ngata, menuduh dan melempar tohmah tanpa usul periksa. Ini se­mua meramaikan musuh, bukan meramaikan kawan. Orang lari, bukan orang mendekati. Ceramah mereka panas, hanya berslogan, berpropaganda, menghasut dan membangkitkan semangat marah. Lalu tercetuslah di tengah masyarakat pe­rasaan gelisah, tegang, benci-membenci, rasa permusuhan, dendam, dengki, buruk sangka, kata-mengata dan lain-lain lagi. Punah segala kasih sayang, harmoni, kedamaian, bertolak ansur, maaf-bermaafan, perikemanusiaan, hormat-menghor­mati dan lain-lain sifat mulia dari umat Islam. Sedangkan Islam membawa segala kebaikan ini dan kerana inilah ia kelihatan indah, cantik dan dapat menawan hati manusia. Kalau itu semua tidak ada, di mana keindahan dan kecantikan Islam itu?

11. Struktur kepimpinan dalam parti politik yang dijadikan platform perjuangan Islam itu selalu berubah-ubah dan bertukar ganti, yang berpunca daripada krisis-krisis peribadi, perebutan jawatan, jatuh-menjatuhkan hingga tercetus ber­bagai kern dan team dalam parti. Kadang-kadang pemimpin nombor dua lebih popular daripada pemimpin nombor satu. Perbuatan sepak terajang hingga pemimpin tergolek dan terguling, biasa berlaku. Naiklah orang lain me megang ja­watan yang diidamkannya. Sungguh tidak patut sekali hal ini berlaku dalam parti yang bernama Islam. Namun begitulah realitinya. Betapa malang­nya kita kalau hal begini terjadi dalam negara Islam yang mereka laung-Iaungkan dan idam-idamkan. Kemungkinan terjadi memang besar. Sebab dalam parti pun boleh terjadi, apalagi dalam negara? Sedangkan dalam negara Islam tulen, kepimpinan seorang khalifah adalah untuk seumur hidup. Pengikut taat, kasih dan cinta serta terhutang budi padanya seperti terhutang budinya kita kepada ayah, guru dan sahabat.

12. Tidak jelasnya prinsip perjuangan pejuang Islam melalui politik Barat ini ketara sekali. Kita jadi tertanya-tanya apa pendirian mereka sebenarnya ketika menukar-nukar stail dan fesyen pakaian. Depan orang kampung pakai ketayap, di bandar pakai necktie. Dalam negeri lain lagaknya, di luar negeri lain pula. Kalaulah menutup kepala itu kerana mem­pertahankan hukum sunat, mengapa tidak dikekalkan? Atau kalau dianggap tidak berketayap itu sunat, mengapa tidak terus jangan pakai ketayap? Sesetengah ahli, demi wang dan jawatan sanggup dijual beli orang. Mereka sanggup keluar masuk parti. Mereka sanggup melompat dari satu parti ke satu parti. Hal ini sungguh malang bagi parti yang bernama Islam. Dalam soal metod perjuangan pula, terjadi hal yang sarna. Yakni sering berubah-ubah mengikut arah angin. Kalau angin dari Iran bertiup, mereka pun hala ke Iran. Bila angin bertiup dari Libya, Libya pulalah rujukannya. Bila angin dari Algeria, sana pulalah mereka.

Perubahan ini lebih kerap berlaku bila dekat pililian raya. Demi untuk menang, kadang-kadang prinsip dilanggar. Hal ini bukanlah rahsia lagi. Semua orang perasan. Tetapi apakan daya, keadaan ini seperti menjadi satu trend, seolah-olah tiada pilihan. Walaupun ianya mengecewakan sekali.

14. Sistem-sistem Islam yang hendak diperjuangkan tidak jelas. Walaupun sudah berpuluh-puluh tahun berjuang tidak ada pun buku-buku panduan yang dikeluarkan oleh pemim­pin. Buku perlu untuk memahamkan orang ramai apa itu sistem pendidikan Islam, ekonomi Islam, kebudayaan Islam dan lain-lain sistem lagi. Selain untuk memahamkan orang ramai, ia juga jadi panduan kepada orang yang akan meme­rintah kelak. Setelah menyenaraikan apa yang saya nampak tentang teknik perjuangan parti politik yang memperjuangkan Islam di Malaysia dan di dunia amnya, saya mohon maaf kiranya ia menyakitkan saudara. Saya terpaksa berterus-terang dan wajib saya berbuat demikian. Kerana pada saya sudah cukup bukti untuk mengatakan begitu. Lebih-Iebih lagi kerana saya punya altematif iaitu politik Islam yang hak, yang potensinya lebih meyakinkan.

Ia lebih mendekati jejak sejarah perjuangan Islam oleh baginda Rasulullah SAW. Yang mana sesudah melewati per­juangan selama 23 tahun, baginda telah mendapat negara Islam. Yakni melalui kaedah motivasi dan pendidikan kepada pengikut-pengikutnya dan juga kepada yang bukan pengi­kutnya, dengan aman dan selamat. Terjadinya peperangan, kerana orang kafir memulakan terlebih dahulu. Sedangkan perjuangan melalui politik ala Barat sudah lebih 50 tahun, di sesetengah negara lebih lama daripada itu, namun belum ada tanda-tanda untuk menjadi negara dalam negara atau jemaah bayangan negara. Lebih-lebih lagi jadi negara Islam.

Dulu, di awal-awal perjuangan, kita sama-sama tidak pasti laluan yang mana yang akan benar-benar sampai kepada tertegaknya sistern hidup Islam, maka kita sama-sama men­cuba.

Logiknya yang paling cepat, laluan politik pilihan rayalah. Tetapi kini, kita dapat sama-sama saksikan bahawa teknik perjuangan rnelalui politik pilihan raya jalannya panjang, penuh dengan perangkap musuh serta tidak dapat rnendidik ahli. Walaupunj alannya lebar tetapi amat merbahaya. Harnpir tiada yang selamat melaluinya. Walaupun sudah rnendapat sebuah negeri, tetapi amalan Islam serupa saja, tiada peru­bahan apa-apa. Dan ternyata juga laluan motivasi dan pen­didikan, dengan pendekatan kasih sayang dan dengan me­wujudkan role model, walaupun baru tetapi kerana bukan jalan rnusuh, rnaka ia lebih selarnat dilalui. Kini sesudah 40 tahun rnelaluinya, kita sudah dapat membangunkan negara di dalam negara dan seterusnya di ambang daulah Islamiah.

Moga-moga saudara-saudari sudi mengambil perhatian di atas apa yang saya katakan ini, demi kebaikan agama Islam yang kita anuti bersama. Allah-lah pembuat keputusan yang sebaik-baiknya. Dan Allah jualah yang mentakdirkan dan mengizinkan ini semua.

Saturday, October 17, 2009

Tanyalah Jiwamu

Wahai jiwa!

Bila lagi engkau hendak merasa bertuhan

Atas dasar ilmu engkau percaya

Tapi jiwamu tidak terasa Tuhan ada

Justeru itulah ke mana engkau pergi,

takut dengan Tuhan tidak ada

Padahal dia ...............

Takutkanlah akan-Nya di mana saja berada

Apabila rasa bertuhan tidak ada pada jiwamu

Sudah tentu rasa takut kepada Tuhan tidak ada

Rasa dilihat, rasa didengar, rasa diketahui, rasa dikuasai

Pasti tidak merasa

Wahai jiwa!

Bila lagi engkau hendak merasakan Allah itu Besar,

Agung dan patut dicintai

Bila lagi engkau hendak khusyuk mengingati-Nya?!

Kebesaran Allah kan terserlah, mengapa tidak terasa?!

Kekuasaan Allah bukankah nampak dilihat,

mengapa tidak gerun?!

Nikmatnya berlaku setiap detik,

tidak nampakkah agar bersyukur?!

Bila lagi wahai jiwa engkau hendak memandang tembus?!

Bila lagi?! Bila lagi?! Masa tidak menunggu kita!

Dia tetap berjalan terus

Kalau kamu mati di dalam jiwamu lalai

Kamu tidak termasuk jiwa yang dipanggil oleh Tuhan

(Ayat Al Quran: wahai jiwa yang mutmainnah....)

Apabila engkau tidak dipanggil oleh Tuhan,

Syurga tidak ada ruangan untukmu Nerakalah bagimu, waliyazubillah.

Skrip Tuhan


Bagi orang yang peka dengan kebangkitan Islam Akhir Zaman kali kedua
Dia dapat membaca skrip Tuhan secara umum
Dia dapat mengikuti berdasarkan skrip peristiwa-peristiwa yang terjadi
Satu demi satu catatan skrip menjadi nyata
Babak demi babak berlaku di depan mata
Mana yang belum terjadi tidak sabar-sabar lagi menunggu peristiwa itu
Macamlah filem yang hendak dibuat didahului dengan skrip yan dicatatkan
Setiap yang terjadi setiap hari
seolah-olah melihat filem dipandukan oleh skrip
Hero-hero di dalam filem daripada berbagai-bagai golongan
Yang terlibat telah berlakon mengikut skrip
Ada golongan yang heronya telah mati
Tidak kurang juga ada hero golongan yang mendapat luka-luka
Juga ada hero golongan yang telah jatuh wibawanya
Ada juga hero golongan yang telah dilupa
kerana disangka dia telah mati
Skrip Tuhan ini ada babak-babaknya yang belum sempurna
Ertinya ada peristiwa-peristiwa yang belum terjadi
Orang yang faham skrip tidak sabar-sabar menunggu, bila akan terjadi?
Apakah akan terjadi juga?
Masing-masing bersangka,
Masing-masing menjadi tanda tanya akan terjadi juga?
Orang yang tidak faham skrip Tuhan, buat skrip sendiri.
Cuba melahirkan filem yang dibuat dan diusaha sendiri
Mereka lahirkanlah hero-hero mereka
Setiap golongan hero-heronyalah yang mengepalai perjuangannya
Masing-masing menonjolkan hero masing-masing
Setiap golongan yakin bahawa heronya yang akan menang
Mereka ini sedikit lagi akan terkejut
Rupanya skrip yang dijadualkan oleh Tuhan itulah yang akan terjadi
Semua golongan akan terkejut dan akan tergigit jari
Kerana hero yang ditentukan oleh Tuhan
Itulah yang akan terjadi dan menang..

Monday, October 12, 2009

Perbezaan Hasil Perjuangan: Politik Islam Vs Politik Barat

Rasulullah SAW dan Khulafaur Rasyidin telah dapat dapat mengislamkan tiga perempat dunia, bermula dengan negara Islam kecil Madinah dan Mekah, bukan me­lalui proses pilihan raya tetapi melalui kaedah dakwah dan tarbiah. Sedangkan orang-orang politik hari ini mahu meng­islamkan dunia dengan menguasai negara melalui sistem kotor pilihan raya secara Barat. Termasuk dalam golongan ini ialah orang politik yang cenderung untuk menegakkan negara Islam.

Sejarah perjuangan Islam sedang berulang di Malaysia. Yakni terdapat gerakan-gerakan Islam yang mahukan pen­dekatan kepada daulah Islamiah dan empayar Islam melalui motivasi dan pendidikan. Namun masyarakat jadi bingung kerana ada pula pihak yang mendakwa bahawa daulah Islamiah hanya boleh terjadi melalui pilihan raya. Yang mana satukah yang betul? Politik Islam atau politik Barat yang benar-benar dapat menegakkan Islam dan daulah Islamiah?

Untuk memudahkan umat Islam menilai dan mencari ke­benaran, saya suka untuk membandingkan hasil pencapaian oleh kedua-dua kelompok ini. Iaitu perjuangan melalui politik dan melalui motivasi dan pendidikan. Politik Islam (melalui motivasi dan pendidikan) sudah berjalan 40 tahun di Malay­sia, manakala politik Barat yang diperjuangkan oleh parti Islam sudah menjangkau lebih 50 tahun. Mari kita lihat per­bezaan hasil-hasil yang diperolehi oleh kedua-dua bentuk perjuangan politik yang sedang berlaku di Malaysia kini.

1. Mesej Perjuangan
Mesej yang diperjuangkan serta teknik penyampaian pejuang Islam melalui jalan politik Barat hanya menumpukan per­hatian kepada mendapatkan kuasa politik. Untuk tujuan memerintah negara atau negeri. Mesej yang disampaikan cuma berkisar di sekitar persoalan daulah, politik, hukum­-hukum hudud, qisas serta yang bersifat negara. Tetapi tentang iman, taqwa, akhlak tidak diambil berat. Padahal intipati Islam ialah perkara-perkara yang disebutkan tadi. Orang masuk Syurga kerana tiga perkara tadi. Orang masuk Neraka pun kerana mengabaikan tiga perkara tadi juga. Waktu kempen pilihan raya itu sembahyang pun diabai dan dicuaikan.

Teknik penyampaian mesej yang digunakan ialah melalui ceramah, pidato, kempen secara tulisan, lisan, rakaman kaset dan video. Usaha-usaha serius hanya dibuat di waktu hampir pilihan raya lima tahun sekali. Selepas itu banyak rehat. Mat­lamatnya ialah menang pilihan raya dan dapat kuasa untuk memerintah. Dari sanalah diharapkan tertegaknya negara atau negeri Islam dan masyarakat Islam.

Sebaliknya pejuang-pejuang Islam melalui motivasi dan pendidikan, menumpukan perhatian kepada individu-individu masyarakat sama ada kepada umat Islam mahupun bukan Islam. Menyeru mereka mencintai Allah dan kehidupan di Akhirat supaya mereka menjalankan hukum Allah dalam diri dan keluarga serta masyarakat. Para pejuang Islam ini ber­usaha untuk menarik setiap orang supaya kembali ke jalan Allah, taat pada segala titah perintah dan meninggalkan la­rangan-Nya. Mesej perjuangan ialah iman dan taqwa.

Dengan iman dan taqwa, masyarakat akan membuat peru­bahan kepada cara hidup Islam. Dari sana akan terbentuk masyarakat Islam dan negara Islam. Siapa yang berkuasa tidak penting dan tidak semestinya parti atau jemaah Islam sendiri yang memerintah.

Untuk tujuan menarik individu supaya sanggup menga­malkan Islam, pejuang-pejuang Islam itu telah mengambil berbagai-bagai bentuk pendekatan. Melalui ceramah, majalah, buku-buku, kaset, video, bergaul mesra dengan semua golongan dengan membawa contoh atau akhlak yang baik, khidmat masyarakat, ziarah, ekonomi, budaya, perkampung­an dan bandar contoh, pendidikan, kesihatan, penternakan, teknologi tinggi ekspo dan lain-lain lagi.

Pendek kata, apa saja bidang hidup yang diceburi oleh manusia, maka ke sanalah pejuang-pejuang Islam ini meli­batkan diri dengan membawa mesej iman dan taqwa serta Islam sebagai cara hidup. Mereka mahukan perubahan ma­syarakat kepada cara hidup Islam. Supaya mereka dapat mengecapi nikmat hidup yang hakiki dan abadi di dunia dan Akhirat. Lalu mereka mengambil kaedah memberi motivasi dan mendidik manusia, Islam dan bukan Islam. Terutama menegakkan Rukun Iman dan Rukun Islam manakala parti politik mahukan kuasa memerintah supaya hukum Islam da­pat ditegakkan, tanpa mengusahakan perubahan masyarakat kepada cara hidup Islam. Dan juga tanpa memikirkan untuk mengislamkan orang yang bukan Islam. Yang penting, orang ramai menyokong partinya. Sekalipun orang yang menyokong mereka tidak sembahyang atau orang jahat. Kadang-kadang parti-parti itu mencalonkan orang yang berpengaruh di dalam parti atau dalam masyarakat walaupun dia orang jahat.

2. Tegak Islam secara syumul
Perjuangan orang-orang politik melalui sistem pilihan raya hingga kini sudah menjangkau lebih 50 tahun. Pernah menang pilihan raya di dua buah negeri di Malaysia (Kelantan dan Terengganu). Tetapi kemudian tewas. Kini sedang memerin­tah di satu negeri sahaja iaitu Kelantan. Yakni sudah 50 tahun baru dapat satu negeri. Berapa tahun lagi agaknya boleh dapat seluruh Malaysia? Dan bila lagi Islam itu hendak diisi di dalam negeri? Dan bila lagi mahu berusaha mengislamkan orang yang bukan Islam?

Sedangkan selagi belum dapat menguasai Kerajaan Pusat, selama itulah pejuang-pejuang Islam melalui politik pilihan raya akan mengatakan Islam tidak dapat ditegakkan secara syumul. Apakah hendak menegakkan Rukun Islam dan Rukun Iman perlu dapat kuasa Kerajaan Pusat lebih dahulu? Terpak­salah rakyat atau ahli-ahli parti menanti dan menanti terus untuk mengecapi kesyumulan hukum Islam. Hingga hampir berlaku dan berlalu satu generasi pun belum berpeluang mereka merasai nikmat hidup dalam suasana masyarakat Islam. Rumah tangga Islam pun belum wujud lagi, sekalipun oleh pemimpinnya sendiri.

Jemaah Islam yang berjuang melalui politik Islam tulen kini menjangkau umur 40 tahun. Hasil motivasi dan pendi­dikan serta kasih sayang, terjadi satu perubahan budaya yang besar dalam masyarakat. Yakni umat Islam ghairah menga­malkan cara hidup Islam dan hukum-hukum Allah terserlah perlaksanaannya di bumi Malaysia. Bahkan penutupan aurat pun adalah dari hasil usaha pejuang-pejuang seperti ini, bukan pejuang-pejuang politik pilihan raya. Walhal sebelum ini, yakni sebelum dan selepas merdeka, Malaysia dilanda budaya kuning Barat yang kotor itu, sekaligus menyapu cara hidup Islam dari kehidupan peribumi. Yang tinggal hanya asas-asas Islam sahaja. Tetapi kini, 40 tahun kebelakangan, tiupan bayu Islam oleh hembusan para motivator dan pendidik ini telah menyuburkan kembali hukum-hukum dan syiar Islam di bumi tercinta.

Dunia mengakui kini, bahawa Malaysia merupakan negara pengamal Islam yang terbaik di dunia. Ianya begitu terserlah dalam kehidupan hari ini. Bukan oleh orang politik pilihanraya tapi oleh motivator dan pendidik Islam. Antaranya:

a.Penutupan aurat sudah merata ke seluruh pejabat, uni­versiti, sekolah, firma, bandar, kampung, di darat dan di laut. Wanita kembali menutup aurat dengan purdah dan mini telekung. Lelaki bermahkota serban dan kopiah ser­ta mengenakan baju Melayu atau jubah. Walau dihalang, namun perkembangannya kian pesat menyelinap ke se­genap pelosok negara. Ini termasuklah wanita-wanita yang bekerja sebagai anggota polis dan tentera. Pakaian seragam mereka pun sudah menutup aurat.

b. Sembahyang fardhu di masjid, surau, pejabat, di lapangan terbang, di stesen keretapi dan bas dan lain-lain lagi, kian menjadi pemandangan biasa. Pemandangan ini tidak pernah wujud sebelum ini. Sekarang ia sedang berkem­bang dan meningkat. Di bandar-bandar terutamanya, program qiamullail sudah lumrah.

c. Kelas-kelas pengajian agama, fardhu ain, kursus-kursus agama dan lain-lain tumbuh bagai cendawan di musim hujan di pejabat-pejabat, universiti dan lain-lain lagi. Masyarakat sudah cinta dengan agamanya. Lalu mereka mengusahakan atau menuntut dan memperjuangkan pro­gram-program yang boleh menghidupkan agama. Walhal sebelum ini, agama dianggap serong dan kolot. Tetapi kini agama dijunjung dan kelas-kelas agama dikerumuni. Masyarakat mendidik dan mengajar diri supaya menjadi insan bertaqwa dan saleh. Yang mengusahakan itu pula dari kalangan cerdik pandai sekular. Sesetengahnya pula, yang baru balik dari luar negara.

Hasil meningkatnya kesedaran Islam, meningkatnya iba­dah dan penutupan aurat, maka umat Islam mula mengorak langkah kepada hukum-hukum Allah yang lain. Mereka membangunkan perkampungan-perkampungan Islam, demi mencetuskan suasana hidup Islam secara syumul. Sekaligus tercetusnya masyarakat Islam. Mereka berkorban dan ber­juang dengan serius untuk niat tadi. Maka kini di Malaysia, sudah masyhur perihal adanya kampung-kampung atau madi­nah (bandar) Islam dibangunkan oleh badan-badan Islam. Walaupun kampung-kampung itu kecil, tetapi di dalamnya pencinta-pencinta Islam dapat merasai sistem kehidupan Islam yang murni.

Di sana mereka melepas rindu dengan hukum-hukum Allah, dengan Al Quran dan Hadis, dengan kehidupan Sun­nah. Walaupun kecil tetapi pengaruhnya cukup besar. Umat Islam dan bukan Islam, dalam dan luar negara berpusu-pusu datang untuk melihat model masyarakat dan negara Islam kecil yang telah berlaku di Malaysia. sistem-sistem pendidikan Islam, ekonomi, sosial, politik, kesihatan, perhubungan, pentadbiran, pertanian, sains dan teknologi, media cetak dan elektronik, studio rakaman, pentas budaya dan lain-lain cara hidup yang Islamik.

Dunia terperanjat dengan kemunculan sistem yang luar biasa ini di tengah-tengah sistem jahiliah moden kini, walau­pun ia belum begitu subur. Padahal mereka itu belum dapat negara dan belum dapat kuasa lagi. Kebangkitan kembali Islam melalui motivasi dan pendidikan amat terasa bilamana orang menyaksikan realiti wujudnya masyarakat Islam mirip salafussoleh ini. Kebangkitan Islam ini dikaitkan dengan gelombang gerakan motivasi dan pendidikan, tidak kepada laungan politik pilihan raya.

Inspirasi dari kesyumulan Islam yang tercetus di kampung­-kampung Islam, telah mempengaruhi masyarakat umum Islam untuk menirunya dan mendapat kekuatan baru untuk lebih serius mengamalkan Islam. Mereka menuntut diadakan bank-bank Islam, surau di pejabat dan sekolah, pendidikan Islam, memakai seluar panjang bagi pelajar lelaki dan ber­tudung bagi pelajar perempuan sejak sekolah rendah lagi.

Kini di Malaysia hampir keseluruhan bank telah menyiap­kan kaunter untuk sistem perbankan Islam. Di pejabat dan di sekolah-sekolah sudah disediakan surau-surau. Semua ini terhasil bukan atas kesedaran politik tetapi hasil motivasi dan didikan. Pada tahun 1993, sekolah-sekolah agama di Kedah terpaksa diperbesar dan dibanyakkan bilangannya kerana sudah ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama, bermula dari sekolah rendah lagi. Di se­setengah tempat pula, ada sekolah-sekolah kebangsaan yang terpaksa ditutup kelas kerana tidak cukup bilangan pelajar­nya.

Hasil pelancaran ekonomi secara komersil oleh badan-­badan Islam, sudah ramai peniaga dan ahli-ahli ekonomi di Malaysia dan di luar negara yang cenderung mengamalkan ekonomi Islam. Mereka telah mula memberi kerjasama kepada badan Islam. Bahkan ekonomi komersil Islam ini telah menarik perhatian negara luar, misalnya Filipina. Presidennya telah mengizinkan badan korporat di negaranya untuk menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat saya ketika itu.

Bagaikan sebuah negara (yakni negara kecil dalam negara besar Malaysia), jemaah saya pada waktu itu mempunyai hubungan perniagaan dengan Filipina. Sistem ekonomi Islam telah menjadi laluan dakwah yang berkesan. Kerana itu, orang-orang Kristian di Filipina telah ramai yang memeluk Islam termasuk pegawai Bahagian Keselamatan di istana Presiden sendiri (Istana Malacanang) yang pengislamannya telah mendorong pula isteri dan bapa mentuanya untuk turut memeluk Islam.

Di Indonesia, minda jemaah saya telah menarik minat Presiden Soeharto. Bergegar Indonesia oleh kesedaran Islam yang masuk ke hati presidennya waktu itu. Bapak Presiden yang telah insaf telah menutup kilang-kilang arak. Ini berlaku bukan melalui badan politik tetapi atas kesedaran dan ke­insafan Presiden. Hukum-hukum Islam sudah mula mendapat tempat istimewa. Dan badan Islam dari Malaysia telah men­dapat kasih sayang dan hubungan baik dengan Indonesia walaupun negaranya sendiri mengharamkannya.

Inilah kesan dakwah. Perutusan minda yang membawa iman dan Islam telah menghubungkan negara-negara luar dengan jemaah kecil ini. Sedangkan badan-badan politik masih terkial-kial untuk cuba mendapatkan Malaysia. Sedang­kan di luar negara tidak ada markas dan tidak ada aktivitinya.

Di Jordan, sudah ramai rakyatnya yang memandang ke Malaysia untuk sama-sama menyertai kebangkitan Islam oleh badan Islam dari Malaysia, bukan badan politik. Ertinya, perubahan sosial terjadi di Timur Tengah adalah kesan dari kebangkitan Islam di Timur Jauh.

Di China (Yunnan), pemimpin badan Islam dari Malaysia diberi penghormatan untuk memimpin kesatuan mereka iaitu sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup bagi Yayasan Penyelidikan Cheng Ho. Anehnya, jawatan tersebut tidak diberi kepada pemimpin politik pilihan raya yang berslogan­kan Islam dari Malaysia. Sedangkan semua maklum, bangsa Cina bukanlah satu bangsa yang mudah tunduk pada bangsa-­bangsa lain. Sikap prejudisnya tebal. Tetapi sikap itu tidak ditujukan pada pemimpin Islam yang membawa motivasi dan didikan.

Ini membuktikan bahawa kepimpinan pemimpin motivasi dan pendidikan boleh diterima oleh mana-mana negara tanpa ada sekatan sempadan. Walaupun dia belum ada kuasa. Tetapi bagi pemimpin politik pilihan raya, kepimpinannya terbatas hanya di negaranya sendiri. Maknanya, pengaruhnya amat terbatas dibandingkan dengan pengaruh pemimpin motivasi dan pendidikan.

Demikian juga di Turki, akhbar, majalah dan TV (stesen TV swasta TGRT) begitu ghairah menyiarkan berita-berita badan Islam dari Malaysia, bukan badan politik. Hal yang sama lebih hebat terasa di Thailand, Singapura dan Brunei Darussalam, negara tetangga Malaysia. Dan yang terakhir di Filipina.

Badan politik selalu melaung-laungkan perkataan-perkataan Islam universal, perpaduan ummah dan negara Islam, yang membayangkan luasnya skop perjuangan mereka. Tetapi hingga kini, sudah lebih 50 tahun, kita belum dengar mereka mengirim duta-duta ke negara-negara luar, supaya berlaku hubungan dua hala dengan negara dan rakyat. Sama ada di sudut ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain lagi. Tidak dinafikan, wakil-wakil mereka memang ada di sana, tetapi operasi dan usaha mereka menerapkan Islam sebagai cara hidup kepada seluruh negara dan bangsa tidak berlaku.

Badan Islam, kerana menyedari Islam itu milik semua bangsa, bukan untuk bangsa Malaysia sahaja, telah melaku­kan operasi dakwah secara serius dan istiqamah di negara ­negara luar. Terdapat pejabat-pejabat perhubungan dan pro­jek-projek Rufaqa’ di kebanyakan negara di dunia. Bahkan orang-orang Arab, Inggeris, Amerika, Australia, Perancis, Jerman, Singapura, Brunei, China, Uzbekistan, Mesir, Indo­nesia, Thailand, Filipina dan lain-lain, telah memberi kerja­sama dan turut sama mendokong perjalanannya.

Duta-duta kecil badan Islam ini bekerja lebih gigih dari sesetengah orang kedutaan mana-mana negara, dalam usaha menyebarkan Islam dan memperkenalkan negaranya kepada negara di mana mereka berada. Kini badan Islam dari Malay­sia mempunyai pengaruh yang besar dan nama yang masyhur di luar negara. Badan politik kelihatan belum dapat melaku­kannya. Melalui Biro Kebudayaan, badan Islam itu pernah menggemparkan England dan lain-lain negara Eropah dengan road show Mawaddah. TV Jordan, TV Mesir, TV Uzbekistan, TV Australia, TV Thailand, TV Singapura, TV Indonesia, TV Brunei dan TV Perancis, pernah menyiarkan persembahan nasyid oleh kumpulan Mawaddah dari badan Islam Malaysia itu.

4. Mengislamkan atau menarik minat orang kafir
Badan politik tidak punya potensi dalam usaha untuk menarik orang bukan Islam supaya memeluk Islam. Sedangkan di antara tugas pejuang Islam ialah menyelamatkan manusia daripada masuk ke Neraka. Namun laluan politik melupakan tanggungjawab ini. Badan Islam memang memberi perhatian serius dalam hal ini. Mereka bukan sekadar mengislamkan orang bahkan menubuhkan institusi untuk mendidik bahkan merancang masa depan hidup mereka, mengahwinkan, memberi peluang kerja dan belajar serta menyediakan sara hidup. Kemampuan menampung dan menjamin keislaman supaya Islam benar-­benar menjadi cara hidup para mualaf ini adalah kebolehan khusus badan Islam ini. Stail perjuangan Islam melalui motivasi dan pendidikan, kaedah dan teknik serta matlamat yang telah digariskan telah melengkapkan kelayakan untuk membawa orang bukan Islam kepada hidup Islam. Bahkan jemaah Islam yang saya lagang, telah meneroka era ‘zimmi jemaah’ sejak dahulu lagi. Ertinya sudah berlaku dalam jemaah Islam, orang-orang bukan Islam memberi kasih sayang, ketaatan dan pengaruh kepada perjuangan Islam melalui badan motivasi dan pendidikan ini, terutama apa yang sedang berlaku di Thailand, Filipina, Indo­nesia dan Malaysia sendiri. Kerana melalui jemaah Islam me­reka melihat kebenaran perjuangan, kebaikan dan keadilan serta keindahan Islam yang sangat menawan hati. Namun mereka sayang dengan agama asal. Maka tetaplah mereka sebagai bukan Islam tetapi sangat memberi kemudahan ke­pada perjuangan Islam. Bahkan sebahagian kecil mereka masuk Islam. Ini adalah ulangan sejarah. Di zaman Rasulullah ada orang-orang bukan Islam yang sayang dengan Raslullah dan membantu perjuangan Islam. Dalam negara Islam, mereka dinamakan kafir zimmi. Negara menaungi mereka dan mere­ka taat kepada pemerintah Islam. Di dalam jemaah, mereka juga boleh disebut zimmi jemaah. Hal ini adalah tanda-tanda kebenaran serta perkembangan yang meyakinkan bahawa politik Islam melalui motivasi dan pendidikan sedang menapak selangkah demi selangkah menuju kepada Futuh Mekah kali kedua, yakni daulah Isla­miah. Dengan kata lain, jemaah Islam sedang menyiap dan memperkemas diri untuk menjadikan Malaysia sebagai daulah Islamiah, jika ditakdirkan oleh Allah. Tanpa demokrasi, tanpa pilihan raya.

5. Mengancam musuh dan lawan
Parti politik mempunyai banyak musuh dan lawan, seelok mengisytiharkan diri sebagai parti pembangkang. Permu­suhan adalah berpunca daripada keinginan memerintah, yakni merebut kuasa pemerintahan dari parti pemerintah. Namun hingga kini, sesudah 50 tahun berjuang, pejuang-­pejuang Islam melalui politik pilihan raya belum meyakinkan bahawa Islam itu indah. Kerana peribadi pejuang-pejuang politik tidak meyakinkan orang ramai kerana keindahan Islam tidak ada di dalam kehidupan mereka.
Bahkan akhir-akhir ini ketika parti pemerintah sudah le­mah pun, parti pembangkang yang bercita-cita Islam ini lagi lemah hingga tidak dapat menjatuhkan musuhnya. Hinggakan musuhnya kini merasa selesa sahaja berhadapan dengan parti tersebut walaupun mereka lemah. Dalam hal menegakkan hukum hudud, yang menjadi cita-cita penting dan utama pejuang Islam melalui politik pilihan raya ini, parti berkenaan mengambil masa yang begitu lama untuk membentangkan draf perlaksanaan hudud kepada rakyat umum seperti yang pernah diminta oleh pemerintah sebelum ini. Jelas, lebih baik berjuang melalui motivasi dan pendidikan hingga orang tidak melakukan jenayah walaupun tidak ada hukum hudud. Apa yang hendak dihududkan kalau orang sudah tidak melakukan jenayah lagi. Sebaliknya jemaah Islam secara motivasi dan pendidikan, berbaik-baik dan berkawan dengan semua golongan. Tidak pernah jemaah Islam mencari musuh. Sekalipun ada golongan yang ingin bermusuh. Sebab Islam agama kasih sayang dan perdamaian. Namun kerana mengusahakan sistem hidup Islam secara syumul di peringkat jemaah, kemudian mendapat pengaruh yang besar dalam negara, maka sudah tentu ada pihak-pihak secara individu terutama dari golongan rasmi yang merasa takut dan terancam. Mereka melihat kalau je­maah Islam terus dibiarkan, lama-kelamaan rakyat akan ber­pihak kepada mereka dan ini boleh mengancam kedudukan mereka. Adalah cukup ketara bahawa pemerintah di sesebuah ne­gara lebih susah menghadapi jemaah Islam daripada mengha­dapi orang politik yang mahukan negara Islam. Walaupun pemimpin jemaah Islam tidak pernah isytiharkan atau usaha­kan untuk dapatkan negara Islam, tetapi mengapa ia ditakuti? Ya, kerana melalui motivasi dan pendidikan, yakni politik Islam, sejarah membuktikan daulah Islamiah boleh menjadi realiti bahkan ia berjaya mengislamkan tiga perempat dunia. Melalui motivasi dan pendidikan, jemaah Islam di Malaysia ini juga telah turut memperkatakan masalah hudud yang berbangkit. Ertinya, mereka tidak menolak mana-mana satu hukum Allah sama ada politik, hudud atau qisas. Tetapi ia mesti dilakukan seeara bertahap dan kena pada masanya melalui kesedaran rakyat kepada Tuhan dan Islam. Apabila kebanyakan umat Islam sudah beriman dan baik, barulah tekankan hukum hudud untuk mengawal peratus kecil umat Islam yang degil dan jahat, supaya kejahatan mereka tidak menyakitkan rakyat yang baik. Masakan awal-awal hendak buat rumah, dalam keadaan rumah belum siap, terus mahu masukkan perabot dan segala macam alat -alat perhiasannya?

6. Apa ramalan orang luar?
Saya belum pernah mendengar adanya peramal politik sarna ada di dalam atau di luar negara yang meramalkan atau meng­andaikan bahawa parti politik yang memperjuangkan negara Islam di Malaysia, akan memerintah Malaysia. Tetapi terhadap badan Islam di Malaysia ini, sudah ramai penulis yang menga­takan Rufaqa’ akan menjadi kuasa politik dan akan meme­rintah Malaysia, walaupun negara bukan menjadi cita-cita utama perjuangannya. Walaupun Rufaqa’ tidak ikut pilihan raya. Hal ini diperkatakan sejak dahulu lagi.

Di antara yang mengatakan begitu ialah:
a. Profesor Judith Nagata, pensyarah antropologi di Uni­versiti York di Toronto, Kanada. Beliau telah membuat kajian tentang kebangkitan Islam di Malaysia dan menulis dalam bukunya, The Reflowering of Malaysian Islam: Modern Religious Radicals and Their Roots:

…Darul Arqam’s acknowledged influence, both among youth in the nerve-centres of the country’s capital and uni­versities, as well as growing strength in certain rural sectors, especially in Kelantan, Terengganu, Selangor and Negeri Sembilan, could become the nucleus of powerful force, to be mobilizedfor other purposes at other times. It is just such potential political mobilization, with an under­spinning of powerful personal and religious loyalties, which causes the greatest apprehension in official circles … “
Terjemahannya:
“Pengaruh Darul Arqam yang diakui bersama, baik di kalangan belia di pusat-pusat bandar atau di universiti-universiti serta kekuatannya yang sedang memuncak di sesetengah sektor luar bandar, terutama di Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan, boleh men­jadi satu nadi penggerak yang kuat bagi tujuan-tujuan lain pada masa-masa yang lain. Potensi mobilisasi politik inilah, yang ditunjangi oleh ketaatan terhadap peribadi dan keagamaan yang kuat bertenaga yang menyebabkan pihak-pihak rasmi dalam kerajaan menaruh kebimbangan yang amat sangat … ”

b. Dr. David Browning dari Universiti Oxford berkata pada muridnya Dr Muhammad Syukri Salleh (pensyarah Uni­versiti Sains Malaysia dan juga salah seorang pemimpin Al Arqam pada ketika itu): “Bila kamu menjadi salah seorang pemimpin di Malaysia, jangan lupakan saya.”

c. Penulis politik tanah air, Syed Hussein Al Attas, telah meramalkan dalam bukunya baha­wa Perdana Menteri selepas Mahathir ialah Ustaz Ashaari Muhammad.

d. Penulis politik Sayuti Omar, meramalkan Al Arqam akan memerintah Malaysia bilamana terjadi perubahan sosial kepada Islam.

7. Perubahan kesedaran masyarakat
Kesedaran Islam yang tumbuh mercup bagaikan cendawan di musim hujan di Malaysia kini adalah hasil daripada usaha politik motivasi dan pendidikan. Bukannya melalui kesedaran politik pilihan raya yang katanya memperjuangkan Islam. Parti politik pilihan raya tidak mampu mengusahakan itu semua. Bahkan mereka patut berterima kasih kepada gerakan politik Islam melalui motivasi dan pendidikan kerana peru­bahan yang berlaku dalam partinya juga adalah kesan dari­pada usaha motivasi dan pendidikan itu. Sebab kalaulah usaha mereka (politik pilihan raya) memberi kesan, sudah tentu sesudah lebih 50 tahun berjuang, sekarang mereka sedang menikmati hasilnya.

Kesedaran yang berlaku hasil dari motivasi dan pendidikan adalah kesedaran dalam diri, yang dibuat secara sukarela dari keinsafan dan kesedaran, bukannya melalui paksaan dan akta sepertimana lumrah berlaku pada gerakan politik pilihan raya. Sebagai buktinya, kita akan senaraikan beberapa contoh yang berlaku di Malaysia hari ini yang membuktikan perubahan Islam itu adalah kesan dari politik motivasi dan pendidikan dan bukannya hasil politik pilihan raya yang berslogankan Islam.

Antaranya adalah seperti berikut:
a. Kemudahan tempat sembahyang.
Hasil kesedaran Islam, hampir kesemua pejabat kerajaan dan swasta, sekolah rendah dan menengah, universiti, stesen minyak, kedai makan (terutama di tempat persinggahan bas ekspres), perhentian bas, stesen keretapi, terminal lapangan terbang dan tempat rehat di lebuh raya, telah menyediakan kemudahan untuk sembahyang. Penyediaan kemudahan ini sama ada dibuat oleh kerajaan, swasta atau individu adalah hasil kesedaran dari motivasi dan pendidikan, bukannya kerana tekanan oleh parti politik pilihan raya. Empat puluh tahun yang lalu, sewaktu gerakan politik ‘Islam’ secara pilihan raya sedang memuncak, mana berlaku ini semua?
b. Menunaikan sembahyang
Kesedaran masyarakat untuk menunaikan sembahyang fardhu semakin ketara meningkat di seluruh Malaysia se­karang ini. Di sini saya sebutkan satu contoh yang jelas berlaku di Hentian Puduraya, Kuala Lumpur yang membayangkan peningkatan ilmu dan amal hasil dari kesedaran melalui motivasi dan pendidikan. Surau di Hentian Puduraya semakin besar dibandingkan 30 tahun yang lalu. Pembesarannya adalah kerana sudah ramai yang melakukan sembahyang di situ. Kesedaran sembahyang jemaah amat ketara. Kalau dahulu, kebanyakan yang sembahyang di situ sembahyang sendirian tanpa berjemaah. Tapi hari ini, bergilir-gilir sembahyang jemaah didirikan. (Surau yang diperbesarkan itu kini sudah dianggap kecil).
Begitu juga sudah ramai yang sembahyang jamak qasar.Kalau dulu, mana ada orang melakukan sembahyang jamak qasar bila bermusafir. Sesetengah tok guru pun tidak melaku­kannya walaupun mereka mengajar ilmu tersebut. Sebaliknya, ramai yang lebih suka mengqadakkan sembahyang bila ber­musafir. Tetapi hasil kesedaran dari motivasi dan pendidikan, suasana itu sudah berubah. Berubahnya itu bukan kerana kesedaran politik ala Barat.
c. Penutupan aurat
Kesedaran untuk menutup aurat yang merata di Malaysia hari ini adalah hasil motivasi dan pendidikan, bukannya dari ke­sedaran politik. Pemakaiannya dibuat secara sukarela, bukan dipaksa melalui undang-undang dan akta. Contoh terbaik yang membuktikan kegagalan parti politik pilihan raya yang berkuasa melaksanakan hukum ini berlaku di Kelantan. Walaupun penutupan aurat sudah diakta dan diundang-un­dangkan, sebahagian masyarakat Kelantan tidak mengendah­kan undang-undang tersebut. Bahkan sesetengahnya sudah berani mencabar kewibawaan parti politik tersebut. Kega­galannya adalah kerana ia dibuat secara undang-undang dan akta. Bukan hasil kesedaran dan keinsafan. Sedangkan kita lihat, berapa ramai yang kekal memakai tudung hasil dari kesedaran melalui motivasi dan pendidikan yang tanpa diundang – undangkan?
d. Pelajar Luar Negara
Akhir-akhir ini kebanyakan pelajar yang balik dari menuntut di luar negara terutamanya dari Amerika, England, Australia, New Zealand dan lain-lain negara Eropah, pelajar perem­puannya menutup aurat dengan tudung, purdah dan berjubah sementara lelakinya bergamis dan berserban. Yang selayaknya mereka ini tentulah memakai baju kot, jean dan lain-pakaian berjenama mewah dan mahal. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Semuanya mengakui, kesedaran yang mereka perolehi adalah hasil dari kesedaran melalui motivasi dan pendidikan, bukannya kesedaran politik pilihan raya.
e.Barangan Islam
Bagi memenuhi tuntutan kesedaran masyarakat, ahli-ahli perniagaan (termasuk peniaga yang bukan Islam) juga sedar mereka terpaksa menggunakanjenama-jenama yang berunsur Melayu dan Islam untuk melariskan barangan mereka. Sese­tengahnya terpaksa menggunakan kata-kata yang berbau Islam dalam iklan-iklan barangan mereka. Umpamanya, ‘Gunakan tanpa was-was’, ‘Suci lagi halal’ dan lain-lain lagi. Mengapa berlaku demikian? Ini adalah kerana adanya ge­rakan motivasi dan pendidikan, bukannya gerakan politik, yang mereka ini tidak mahu lagi terlibat dengan barangan dan makanan syubhat, apalagi yang nyata tidak halal.
f. Pejuang-pejuang Islam naik kapal terbang.
Ramai orang tidak sedar, selama ini hanya bilangan jari saja orang-orang Melayu yang naik kapal terbang. Tanyalah pra­mugara-pramugari MAS, siapakah yang paling ramai di ka­langan orang Melayu yang selalu menggunakan pesawat? Kalau dulu, hanyalah pegawai-pegawai kerajaan sahaja yang selalu menggunakannya, itu pun atas urusan kerajaan (me­mang dibayar oleh kerajaan) dan sangat terbatas pula, dan juga ahli-ahli perniagaan. Tetapi bila kesedaran melalui moti­vasi dan pendidikan berlaku, staf Rufaqa’ dan ahli jemaah Tablighlah yang selalu menggunakan pesawat untuk menye­darkan masyarakat dunia yang lain kepada Islam. Di kalangan staf Rufaqa’ sendiri, naik kapal terbang sudah seperti naik bas.
g. Umrah
Dulu, apabila tiba musim cuti sekolah at au cuti hari raya, orang-orang Melayu akan mengambil kesempatan itu untuk melawat Disneyland, melawat tempat salji dan lain-lain tempat menarik di Asia dan Eropah. Tetapi sekarang suasana sudah berubah. Umrah dijadikan program tumpuan di sam­ping berkesempatan melawat ke tempat-tempat kesan sejarah Islam seperti melawat makam nabi-nabi, makam Sahabat, gua Ashabul Kahfi dan lain-lain tempat peninggalan sejarah Islam seperti di Amman, Istanbul dan Kaherah. Perubahan ini juga adalah kesan dari motivasi dan pendidikan, bukannya dari kesedaran berpolitik pilihan raya.
h. Jadi tarikan pelawat
Ketara sekali sekarang, pejuang-pejuang Islam dari luar negara, apabila berkesempatan melawat Malaysia, mereka tidak melawat markas, pejabat, perkampungan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain projek jemaah politik pilihan raya. Sebaliknya mereka lebih tumpukan kepadajemaah Islam yang melaksanakan motivasi dan pendidikan. Terutama di bandar­-bandar Rufaqa’ seperti di Bandar Country Homes.
Mengapa berlaku demikian? Kerana susasana Islam seba­gai cara hidup tidak wujud dalam jemaah politik pilihan raya. Mereka tidak dapat mewujudkan ekonomi Islam, pendidikan Islam, perkampungan Islam, bandar Islam, sosial Islam, teknologi Islam dan lain-lain sistem hidup yang boleh dibang­gakan untuk dicontohi oleh pejuang-pejuang itu. Tetapi pada jemaah Islam yang terlibat dengan motivasi dan pendidikan, itu semua ada pada mereka. Sebab itulah tempat mereka menjadi tumpuan pejuang-pejuang dari luar negara dan juga pelawat-pelawat asing yang lain:termasuk yang bukan Islam). Seolah-olah tempat mereka juga telah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang mesti dilawati.
i. Kesedaran dikalangan golongan atasan
Di bandar-bandar utama sekarang, sudah ramai orang-orang besar (orang kenamaan dan karyawan)dan bintang filem, Ielah menjemput orang-orang dakwah sama ada dari jemaah Islam ataupun individu perseorangan untuk mengajar diri dan keluarga mereka tentang Al Quran dan lain-lain ilmu Islam.Kesedaran untuk belajar ilmu lslam
tumbuh mercup di mana-mana. Sebab itulah di rumah sese­tengah mereka, sudah ada disediakan surau peribadi untuk keluarga mereka sendiri. Yang peliknya, mengapa mereka tidak memanggil orang-orang politik untuk memenuhi tun­tutan mereka itu?
j. Kelab-kelab eksklusif seeara Islam banyak ditubuhkan di taman-taman mewah di sekitar Lembah Klang. Kesedaran untuk bersosial secara syariat Islam telah mendorong mereka menubuhkan kelab-kelab eksklusif itu. Dan kesedaran ini bukannya hasil dari kesedaran politik pilihan raya, sebaliknya hasil motivasi dan pendidikan.
k. Aktiviti Islamik di hotel Aktiviti-aktiviti di hotel sekarang turut mengalami perubahan. Seminar ekonomi Islam, kursus agama, konsert budaya Islam, majlis berbuka puasa dan sembahyang sunat tarawih, sem­bahyang berjemaah dan lain-lain lagi, sudah menjadi budaya di hotel-hotel di Malaysia hari ini. Semua aktiviti yang dibuat adalah anjuran jemaah Islam yang terlibat dengan motivasi dan pendidikan. Jemaah atau parti politik pilihan raya mana pernah terlibat dengan program-program seumpama ini. Pada mereka tentulah mengislamkan negara lebih utama daripada mengislamkan sebuah hotel.

Cukuplah buktl-bukti yang saya bentangkan di atas bagi membenarkan dakwaan saya bahawa perubahan yang berlaku di negara kita vang tercinta ini adalah hasll dari kesedaran yang dicetuskan oleh motivasl dan pendidikan dan bukannva dari kesedaran politik pilihan raya. Semuanya berlaku dengan kesedaran dari diri sendiri, bukannya dengan paksaan dan akta. Dan ianya adalah ulangan kepada sejarah ummah per­tama dahulu yang mana berlakunya pengamalan islam termasuklah perlaksanaan hudud, qisas dan sebagainya adalah hasil kesedaran iman dan pendidikan, bukannya akta yang dibuatkan undang-undang seperti yang diperjuangkan oleh parti politik pilihan raya.

Perbandingan-perbandingan yang saya buat ini adalah realiti yang sedang terjadi di Malaysia dan juga lain-lain negara di dunia. Tidak ada orang boleh menafikan. Anda tidak boleh berkecil hati atau prejudis pada saya. Sebab, Islam sebagai cara hidup atau satu sistem yang sempurna mesti menempuh jalan yang tersendiri untuk naik ke atas. Kalau menempuh jalan orang lain, pasti kita tidak sampai kepada Islam sebagai cara hidup, sama ada dalam rumah tangga, jemaah, toifah, negara atau dunia.

Jalan Barat tentu membawa ke Barat juga. Tidak mungkin kita ikut jalan Barat boleh sampai kepada sistem Islam. Kalau sampai juga, tentu Islam itu bukan Islam yang murni. Tetapi Islam yang sudah disadur dengan sekularisme Barat. Lihat realitinya. Mana dia orang-orang politik yang mendapatkan negara Islam? Atau yang telah mewujudkan Islam sebagai cara hidup melalui usaha mereka? <

Mengatakan kita tiada pilihan sebab takut negara dirampas orang, ini ternyata tidak benar. Bahkan mereka buta sejarah Islam. Sebab sudah 50 tahun lebih berjuang, tanda-tanda dapat memerintah Malaysia belum kelihatan. Sedangkan badan Islam tulen baru 40 tahun, sudah banyak perubahan yang dibuat bahkan disebut-sebut layak memerintah, walau­pun bukan itu cita-cita mereka.

Rasulullah berdakwah dan berjuang selama 23 tahun sahaja dan telah berlaku Futuh Mekah dan model negara Islam di Madinah. Ertinya Islam dapat membina negara se­sudah 23 tahun berjuang. Yakni negara yang menjalankan sistem hidup Islam yang bermula dengan dakwah dan tarbiah. Rasulullah SAW tidak rebut negara sebelum rakyat terdidik. Kerana kalaupun boleh dapat, apa ertinya? Manusia-manusia­nya belum bersedia. Macam dapat hutan balak tetapi tidak ada persediaan untuk membalak. Apa ertinya? Sebab itu wak­tu peringkat perjuangan di Mekah, Rasulullah pernah dita­warkan negara, tetapi Rasulullah menolak.

Tegasnya, politik Islam iaitu motivasi dan pendidikan itulah jalan kepada negara Islam. Manakala politik Barat tidak membawa kepada negara Islam mirip salafussoleh. Ya, mung­kin boleh dapat negeri atau negara, tetapi tidak menjamin Islam akan menjadi sistem dan cara hidup rakyatnya. Kuasa tidak berupaya membuatkan manusia cinta pada hukum Allah dan ghairah melaksanakan syariat Allah. Kalau kita dapat rumah tetapi tidak dapat mempengaruhi orang-orangnya, tertegakkah rumah tangga Islam di dalamnya?

Saya minta maaf kepada ahli-ahli parti politik yang mem­perjuangkan Islam melalui pilihan raya. Saya secara berterus­ terang menyebutkan kesalahan-kesalahan laluan politik ini. Saya bukan menyinggung peribadi tetapi memberitahu tuan-­tuan bahawa politik Islam yang sebenar bukannya menyertai politik Barat. Moga-moga tuan-tuan berlapang dada terhadap teguran dan nasihat. Saya juga menanti nasihat dan teguran ilmiah dari pihak tuan-tuan pula. Supaya kita termasuk ke dalam golongan yang saling nasihat-menasihati kepada ke­benaran dan kesabaran.