This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, August 26, 2010

BAGAIMANA MEMBAIKI DIRI

Tiada siapa yang dapat melepaskan diri dari musibah atau malapetaka atau kesusahan. Tidak kira samada manusia itu mukmin atau kufur. Itu juga merupakan bukti yang sangat jelas dan nyata bahawa Allah SWT itu Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Bagi manusia kufur sepatutnya mereka insaf dan sedar bahawa Allah SWT itu wujud dan berkuasa ke atas sekelian alam ini. Bagi orang beriman pula akan bertambah keimanannya kerana menyedari bahawa manusia ini lemah dan mesti tunduk kepada Allah SWT samada secara terpaksa mahupun sukarela.

Musibah atau malapetaka akan menambah dan meningkatkan iman orang mukmin kerana mereka semakin dapat melihat dengan hatinya betapa Allah SWT telah menzahirkan kekuasaanNya yang tidak mampu ditolak oleh sebarang makhluk termasuk manusia. Bertambah keinsafan, bertambah sabar, bertambah redha terhadap ketentuan Allah SWT dan akan bertambah pula rasa kehambaan seperti rasa takut, rasa malu, rasa lemah, rasa hina, rasa dhaif, rasa camas, rasa bimbang, dan rasa harap. Para mukmin juga akan menyedari bahawa musibah yang Allah SWT datangkan itu merupakan peringatan langsung daripada Allah SWT. Peringatan kepada manusia bahawa mereka sudah terlalu derhaka, lalai, banyak dosa, maksiat dan berbuat mungkar. Peringatan itu agar segera membaiki diri,bertaubat dan membuat perubahan. Itu baru kesengsaraan di dunia sernentara, betapalah andainya dihadapkan dengan azab hakiki iaitu neraka di akhirat.

Ujian dan musibah yang Allah SWT timpakan kepada para mukmin ada dua maksud:
Pertama:
Sebagai penghapusan dosa sekiranya dihadapi dengan sabar.

Kedua:
Bagi golongan yang tidak berdosa, ujian dan musibah itu sebagai meninggikan darjat di sisi Allah SWT. Hanya sebagai beradab dan menepati sebagai hamba walaupun tidak melakukan dosa, maka perlu dirasakan berdosa juga.

Setelah jelas kepada kita bahawa tiada siapa yang dapat menghindari dari ditimpa musibah, bukankah lebih baik menjadi orang mukmin yang ditimpa musibah berbanding menjadi kafir yang juga tidak dapat lari dari musibah. Banyak keterangan dari hadis-hadis Rasulullah SAW yang membawa erti iaitu musibah biar kecil sekalipun berpunca dari dosa yang dilakukan manusia. Ertinya setiap dosa, maksiat dan kemungkaran merupakan anak kunci terbukanya pintu musibah dan bencana yang Allah turunkan kepada manusia itu sendiri.

Umpama Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tiada seseorang itu ditimpa musibah di hadapannya, di belakangnya, di kanannya, di kirinya, di atasnya dan di bawahnya melainkan berpunca dari dosa yang dilakukannnya."

Apabila sesuatu musibah, bencana atau malapetaka itu didatangkan oleh Allah SWT yang sifatnya terlalu berat, menggerunkan, menyakit dan amat menyukarkan manusia, berpanjangan dan buntu dari penyelesaian, itu tandanya penduduk sesuatu tempat itu sudah terlalu melupai Allah SWT, banyak kezaliman, penindasan, dosa, maksiat dan kemungkaran sudah berlaku tanpa kawalan. Malah mereka berbangga pula dengan kemungkaran. Maksiat tidak disekat malah dipromosi dan digalakkan. Terutama sekali apabila pemimpinnya sangat zalim dan menindas, para ulamanya jahat dan mabuk dunia, orang kayanya bakhil dan perampas, orang miskinnya tidak sabar dan laiai, maka kemurkaan Allah SWT akan turun secara merata yang dirasai oleh semua golongan. Inilah punca sebenar mengapa kini tidak putus-putus umat Islam mengalami kesenosaraan dari berbagai bencana. Silih berganti, berpanjangan dan ada yang menggerunkan seperti kebuluran, peperangan, kemarau dan wabak penyakit. Bukan sahaja musibah itu menimbulkan berbagai-bagai kesusahan kepada manusia, tetapi juga buntu dalam mendapatkan jalan penyelesaiannya. Berbagai kaedah dicuba dan diiringi oleh kegagalan.

Ambil satu contoh, di negara kita yang dilanda gejala negatif. Bukan sahaja yang terlibat, semua pihak turut merasa bahangnya dirundung kegelisahan dan keresahan. Berbagai kaedah pula telah dicuba yang berakhir dengan kegagalan. Sepatutnya umat Islam kembali kepada kaedah yang tepat iatu ajaran Islam itu sendiri. Tidak usah `mengimpot` kaedah dari sumber lain terutamanya barat yang terbukti masyarakatnya telah rosak dan hancur. Sebagaimana musibah itu sendiri berpunca dari dosa dan maksiat. Maka untuk menghindari musibah berpanjangan dan terlalu mencengkam kehidupan maka hendaklah bersungguh-sungguh membaiki did. Membaiki diri itu hendaklah dalam beberapa aspek penting.

Di antaranya:
1. Hendaklah benar-benar merasai diri itu adalah hamba Allah SWT .
Rasa hamba itu mestilah tidak lekang dari jiwa sehingga dengan itu dapat pula merasai bahawa Allah SWT itu Maha Agung, Maha Besar, Maha Hebat, Maha Mendengar, Maha Melihat dan memiliki segaia sifat-sifat kesempumaan. Segala rasa-rasa itu hendaklah sampai ke tahap merasai takut hendak berbuat maksiat dan mungkar. Umpamanya seseorang itu merasai Allah SWT Maha mengetahui lubuk hatinya. Ertinya dia akan sedar bahawa bukan sahaja perkara lahiriah, malah bisikan atau lintasan hatinyapun Allah SWT mengetahui. Orang seumpama ini bukan sahaja gerak geri lahirnya dikawal dari dosa malah lintasan hatinya pun diawasi agar tidak terdorong kepada perkara jahat.

2. Rasa kehambaan yang mendalam,yang dijiwai dan dihayati itu sangat penting yang sekaligus akan menjiwai pula rasa keTuhanan yang tinggi,ini akan menjadikan seseorang itu bersih dari dosa terutamanya dosa batin atau penyakit-penyakit hati yang berupa mazmumah. Mazmumah itu ibarat racun yang sangat merosakkan. Mazmumah itulah yang paling utama membawa berbagai angkara, kerosakan, krisis, peperangan, penindasan di dalam kehidupan manusia. Sifat-sfat mazmumah ini tidak akan hilang atau padam atau terbakar musnah kecuali seseorang itu memiliki rasa kehambaan yang mendalam dan menjiwai rasa keTuhanan.

Ini adalah agenda utama dan penting bagi seluruh umat Islam; Aspek inilah yang sangat terabai dan dipinggirkan oleh umat Islam. Natijahnya umat Islam sentiasa dalam kemurkaan Allah SWT. Yakni bukan sahaja jauh dari bantuan dan pertolongan Allah SWT malah sebaliknya kemurkaan Allah SWT yang ditimpakan kepada umat Islam. Bukan sahaja tidak memperolehi kejayaan dan kemenangan, sebaliknya kehinaan di mana saja dan berpanjangan silih berganti.

3. Perbaiki sembahyang dan sempurnakan lahir dan batin. Sembahyang itu sendiri mestilah berperanan. Memanglah menunaikan sembahyang itu adalah wajib. Namun ianya mestilah berkesan dan berperanan bagi seorang hamba itu benar-benar menghadap Allah SWT dengan sepenuh hati. Tempat di mana seorang hamba itu benar-benar meletakkan dirinya sebagai sehina-hina makhuk. Menghina diri di hadapan Allah SWT yang Maha Agung. Penuh dengan rasa malu, menyerah dan mengharap sehingga dengan itu terbakar segala mazmumah.

Kalau seseorang itu di saat di mana dia benar-benar sepenuhnya menghadapkan hatinya kepada Allah SWT, pun lalai dan leka tidak dapat merasai kehambaan dan membakar mazmumah maka di luar sembahyang lebih sukar lagi. Maka di luar sembahyang dalam mengendalikan urusan kehidupan sudah tentulah penuh didorong oleh nafsu rakus dan jahat. Sembahyang yang sempuma lahir batin itu ialah yang dapat memahami dan menghayati setiap lafaz atau bacaan. Yang dengan itu apa yang difahami dari sembahyang itu dapat membina dan membentuk peribadi yang benar-benar mulia. Kedudukan mereka dekat dengan Allah SWT, dan layak mendapat bantuan dan pertolongan Allah SWT.

Di dalam sembahyang, mereka sangat membesar dan mengagungkan Allah SWT. Di luar sembahyang juga tidak lekang dari membesarkan Allah SWT, dengan hidup bersyariat, menjauhi mungkar dan maksiat, akhlak dan disiplinnya tinggi dan luhur. Allah SWT menaungi mereka. Dan semua orang merasa puas dan seronok, selamat dan sejahtera bernaung di bawah mereka. Orang yang mencapai taraf ini saja yang layak memimpin umat kerana mereka adil kepada diri mereka sendiri iaitu berjaya mengembalikan rohnya kenal dan takut kepada Allah SWT, mengembalikan dirinya ,mengabdikan dirinya kepada Allah SWT.

Keadilan mereka itu pula akan melimpah dan merata kepada umat yang lain. Mereka inilah yang dikatakan orang soleh, orang Ashabul Yamin (golongan kanan), Al Muflihun (yang mendapat kemenangan). Mereka yang dimaksudkan oleh Allah SWT dengan firmanNya yang bermaksud, "Sesungguhnya bumi ini diwariskan kepada hamba hambaNya yang soleh" ' Siapakah orang soleh itu? Salah satu cirinya ialah dalam firman Allah:
Maksudnya: "Beruntunglah (menanglah/berjayalah) orang mukmin, iaitu mereka yang di dalam sembahyangnya khusyuk." (Al Mukminun: 1-2)

Mereka.jugalah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud:
"Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempumakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya.". (Riwayat AI Hakim)

Bagi umat Islam yang ditimpa musibah silih berganti dan berpanjangan tiada pilihan lain untuk mengatasinya kecuali kembali menhambakan harapan kepada Allah SWT. Caranya pula ialah memperbaiki diri dalam hubungan dengan Allah SWT.,Sungguh-sungguh bertaubat dan membersihkan dosa, kemungkaran, maksiat serta lebih-lebih lagi dosa batin iaitu mazmumah Selagi Allah SWT tidak sudi memandang kita lebih-lebih lagi berada dalam kemurkaan Allah SWT, biar berbuih mulut meminta melalui doa, atau hitam dahi kerana sujud sembahyang hajat, Allah SWT tidak akan tunaikan permintaan it

Saturday, August 14, 2010

Masyaallah..Rupanya ada kubur diatas kubah Masjid Nabawi itu..

Dari e-mail yang dikirimkan oleh Cik Puan Ayu Suhara....Baru hari ini aku tahu yang ada benda diatas kubah masjid Nabawi di Madinah itu. Rasanya ramai orang yang mengunjungi dan beribadat di masjid tersebut tidak tahu ada benda ini !


SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencoba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

Sumber: Sabah daily

Friday, August 6, 2010

Mengenal Diri Melalui Rasa Hati (8) - Perihal Kehidupan Orang-Orang Soleh

SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ
Hatinya terlalu takut pada Allah hinggakan orang pernah tercium dari nafasnya bau hati yang terbakar. Ertinya hatinya yang ketakutan itu telah terbakar. Kalau beliau mendapat tahu yang makanan yang sedang dimakan itu adalah makanan syubahat maka beliau akan mengorek ngorek mulutnya hingga muntah-muntah kemudian dia akan berkata, ‘Wahai Tuhanku, janganlah Engkau bertindak ke atasku apa yang telah dihisab untuk peluh dan yang telah bergaul dengan perut panjang.”

SAYIDINA UMAR IBNU KHATTAB
Ilmunya banyak, akalnya luas, fahamannya mendalam, orangnya zuhud, tawadhuk, belas kasihan dengan kaum Muslimin, banyak insaf, tegas dengan kebenaran dan sangat membesarkan perjalanan hidup Rasulullah SAW. Beliau tidak menghimpunkan dalam satu hidangan dua jenis lauk hingga menemui Allah. Pakaian beliau bertampung empat di antara dua bahunya. Kainnya ditampung dengan kulit. Satu ketika pernah orang membilang tampungan di bajunya, dan didapati ada 14 tampalan manakala salah satu tampungan dari tanah liat merah. Apabila berlaku satu perkara terhadap orangorang Islam beliau sangat mengambil berat dengan urusan itu, hampir-hampir beliau binasa. Satu hari beliau terlambat pergi sembahyang Jumaat. Setelah keluar dari masjid beliau lantas meminta uzur dengan berkata, “Aku terlambat kerana bajuku ini berbasuh sedangkan aku tidak ada baju selain ini.” Ketika berjalan dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan haji, beliau tidak pun memasang khemah sehinggalah balik. Kalau beliau berhenti di satu tempat, beliau sangkutkan baju atau tikar daripada kulit di atas pokok-pokok dan berteduh di bawahnya. Warna kulit beliau putih kemerahan. Pada musim kekurangan makanan dan kepicikan, kulit beliau menjadi hitam manis sebab ketika itu makanan kurang. Jadi untuk memberi kelapangan pada kaum Muslimin beliau tidak lagi makan daging, minyak sapi dan susu sebaliknya hanya memakan minyak selama sembilan bulan. Beliau bersumpah tidak akan makan lauk selain minyak hingga Allah memberi kelapangan pada kaum Muslimin. Apabila beliau membaca ayat-ayat Al Quran yang menjadi wirid-wiridnya, dadanya menjadi sebak hingga beliau terjatuh dan menangis. Kemudian beliau terus tinggal saja di rumah, tidak mahu keluar hinggalah beliau diziarahi oleh orang ramai kerana menyangka beliau sakit. Kalau beliau lalu di tempat najis beliau berhenti dan berkata, “Inilah dunia kamu yang kamu rakus dengannya.”
Sayidina Umar mencintai sembahyang di tengah malam. Apabila berlaku kesalahan dengan manusia beliau menanggalkan bajunya dan memakai baju pendek yang menyampaikan had lututnya sahaja, kemudian beliau mengangkat suaranya menangis meminta ampun kepada Allah dalam keadaan airmatanya mengalir hingga membasahi badannya. Beliau sendiri memikul guni-guni tepung untuk diberi pada janda-janda dan anak-anak yatim. Sahabat-sahabat meminta untuk memikul guni-guni itu, tidak diberinya dengan berkata, “Siapakah yang akan memikul dosaku di hari kiamat kelak?” Selepas Sayidina Umar wafat, Sayidina Abbas bermimpi melihat beliau dan bertanya, “Apa ha1 engkau ya Amirul Mukminin?” Beliau menjawab, “Hampir-hampir Umar jatuh jikalau tidak aku dapati Tuhan itu Maha Pengasih.”

SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN
Beliau dibunuh ketika sedang membaca Al Quran setelah dikepung selama 49 (empat puluh sembilan) hari. Beliau bersangatan malu (pemalu) hingga pintu rumahnya sentiasa ditutup. Ketika membasuh pakaian tidak pernah beliau meletakkannya di atas pintu kerana malu mengangkat punggungnya. Sepanjang hari berpuasa dan sepanjang malam beribadat melainkan tidur sedikit di awal-awal malam. Banyak kali mengkhatam Quran pada tiap-tiap rakaat sembahyangnya.

SAYIDINA ALI ABI TALIB
Pada suatu sembahyang subuh, selesai memberi salam terus Sayidina Ali menadah tangan dan berkata: “Telahku lihat para sahabat Nabi SAW, tetapi sekarang tidak lagi yang menyerupai mereka itu. Mereka (para sahabat) biasanya keluar pagi-pagi berambut kusut, wajah menguning berdebu dan mata mereka membesar sebesar lutut kambing kerana semalaman suntuk bersujud dan berdiri sembahyang malam seraya membaca kitab Allah dan mempergantikan tapak dan kening di tanah. “Bila hari telah pagi mereka pun mengingat Allah dengan bergoyang badannya bagaikan pohon ditiup ribut dengan airmata bercucuran membasahi kain. Wallahi, sekarang kulihat masyarakat lalai sepanjang malam. " Kemudian Sayidina Ali pun bangkit. Dan sejak subuh itu tidak pernah lagi kelihatan beliau ketawa hinggalah ke saat beliau wafat oleh pukulan pedang Ibnu Muljam.

Cerita seorang Majusi dengan Nabi Ibrahim Seorang Majusi meminta bertemu dengan Nabi Ibrahim maka dijawab oleh Nabi Ibrahim, “Kalau engkau masuk Islam maka aku terima sebagai tetamuku.” Kemudian Majusi itu pun meneruskan perjalanannya. Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Ibrahim: ‘Kenapa engkau tidak mahu menjamunya tanpa dia mengubah agamanya? Sedangkan Kami telah 70 tahun menjamunya di dunia walaupun dia kafir ? Kalau engkau bawa dia menginap semalam ini apa salahnya?” Nabi Ibrahim pun bergegas menyusul Majusi itu lalu membawanya kembali dan menjamunya. Majusi lalu bertanya tentang sebabnya berlaku perubahan sikap Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim pun menceritakan keadaan yang sebenarnya. Mendengar itu Majusi pun berkata: “Begini Allah memperlakukan diriku. Tolonglah tuan huraikan pada saya tentang Islam.” Dan Nabi Ibrahim pun menceritakan tentang Islam dan akhirnya Majusi itu pun memeluk Islam.

Ibrahim Al Athrusy bercerita: Suatu hari sedang kami duduk-duduk di pinggir Sungai Dajlah di Kota Baghdad bersama Maaruf Al Kharkhi, kami melihat sebuah sampan yang penuh muatan muda-mudi berpesta ria, memukul gendang dan sambil minum tuak. Melihat itu kami pun berkata kepada Maaruf Al Kharkhi, “Lihatlah mereka berterang-terangan melakukan dosa. Doalah pada Tuhan agar mereka dihukum." Maaruf Al Kharkhi lalu menadahkan tangannya lalu berdoa, “Ya Tuhanku, sebagaimana Engkau telah gembirakan mereka di dunia maka berikanlah mereka kegembiraan di akhirat.” Kami segera menyampuk, "Kami minta didoakan bala untuk mereka!” Dan jawab Maaruf, “Bila Allah mahu menggembirakan mereka di akhirat, Dia akan sudi mengampuni mereka.”


Hatim Al Assam berkata: Janganlah terpedaya oleh satu daerah yang baik kerana tidak ada tempat yang lebih baik dari syurga sedangkan di situ Nabi Adam a.s masih menemui kesusahan yang dideritainya. J

Mengenal diri Melalui Rasa Hati (7) - Tanda atau Sifat-Sifat Orang Yang Mendapat Amalan batin

TELAH kita katakan bahawa kita mesti beribadah kepada Allah lahir dan batin. Ibadah lahir disebut syariat. Ibadah batin disebut hakikat. Orang yang sudah melaksanakan syariat akan nampak oleh kita tandanya iaitu mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang, puasa, zakat, haji, baca Quran, selawat, zikrullah, menutup aurat, menuntut ilmu, bersilaturrahim dan lain-lain cara hidup yang diperintahkan oleh Allah SWT dengan meninggalkan (tidak melakukan) segala yang ditegah oleh Allah. Begitulah juga bagi orang-orang yang melakukan ibadah batin, ada juga tanda-tandanya. Tanda-tanda ini tidak dapat dilihat oleh mata lahir kita, sebab ia tersembunyi di dalam hati. Ia hanya dapat dilihat oleh orang yang empunya diri iaitu dengan merasai gerak dan arah perjalanan hati kita. Hati yang sudah melakukan ibadah adalah berbeza dengan hati yang masih derhaka. Untuk mengetahui perbezaan ini dan supaya dapat mengenal hati kita, apakah sudah taat atau masih derhaka, saya perturunkan tanda-tanda atau sifat-sifat hati yang tinggi yang dimiliki oleh orangorang yang melakukan ibadah batin.

1. SYARIAT LEBAT

Orang yang kuat beribadah batin pasti akan kuat (lebat) pula ibadah lahirnya (syariat). Tetapi (perlu diingat) orang yang kuat syariat sahaja belum tentu kuat ibadah batinnya.

Sebabnya begini:

Pada diri kita, hati (jasad batin) kita adalah pengarah manakala anggota-anggota lain (jasad lahir)sebagai pekerja. Kita makan ialah kerana hati kita suruh makan. Kaki dan tangan pun bekerja untuk mencari makanan. Kita hendak ke masjid pun adalah amalan hati kita. Kaki kita hanya menurut sahaja. Tetapi kalau hati tidak mahu pergi walau masjid di sebelah rumah pun, kaki tidak akan melangkah pergi. Begitu besarnya kuasa dan peranan hati dalam menentukan corak hidup kita. Sebab itu kalau hati sudah baik, taat menghambakan diri pada Allah, hati itu akan mengarahkan anggota lahir semuanya tunduk menyembah Allah. Semua suruhan Allah akan ditaati tanpa soal jawab. Semua larangan Allah akan ditinggalkan tanpa ragu-ragu.

Firman Allah:
Terjemahannya: Dan mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat. ” (Dan mereka berdoa): “Tuhan, keampunan-Mu kami pohon, dan kepada-Mulah tempat kembali.” (Al Baqarah: 285)

Sembahyang fardhu beres, sembahyang sunat hajat dan lain-lain tidak ditinggalkan. Puasa sunat dianggap besar dan sentiasa dilakukan dengan ringan. Baca Quran, selawat, wirid, zikir, tahlil, tasbih dan tahmid dan lain-lain telah menjadi nyanyian tetap yang mengasyikkan. Berjuang menyebarkan agama Allah terasa satu kewajipan yang mesti dan tidak pernah jemu dan letih kerana perjuangan. Kuat berkorban harta, fikiran, masa dan tenaga untuk membantu Islam dan umat Islam. Tidak bermewah-mewah dengan rezeki pemberian Allah sekalipun halal dan hanya diambil untuk keperluan sahaja. Lebihnya diserahkan untuk jihad. Sebab itu rumahnya sederhana, pakaian, makan minum juga sederhana. Kerana hatinya suruh tutup aurat maka ia akan melakukannya tanpa peduli apa orang kata. Kerana hatinya suruh berderma dan bersedekah maka ia akan melakukannya tanpa takut miskin dan bimbang hari depan. Kerana hatinya suruh ia berjemaah sesama kaum Muslimin maka ia pun turut berjemaah tanpa ragu meninggalkan alam dan kawan yang di luar jemaah. Kerana hatinya suruh hentikan pergaulan bebas maka ia hentikan tanpa takut kehilangan atau putusnya jodoh. Dan apa sahaja suruhan hati ia akan taat. Hati yang taat dan takutkan Allah akan mengarahkan kita mengikut semua suruhan Allah. Tidak pernah terlintas dalam hati orang-orang soleh satu keinginan untuk menderhakai Allah. Hatinya tidak merancang untuk melakukan larangan Allah. Sebab itu orang yang kuat ibadah batinnya cukup kuat meninggalkan perkara-perkara haram, makruh dan syubahat. Tidak melakukan zina, tidak menipu, tidak minum arak, tidak berjudi, tidak mengambil pinjaman riba (loan) untuk membeli rumah atau kereta, tidak terlibat dengan rasuah, tidak berkhianat, tidak merokok, tidak mengumpat, tidak memfitnah, tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan, tidak membazir dan bermewah-mewah, tidak berpoya-poya, tidak terlibat dengan muzik-muzik haram, tidak bercinta-cintaan lelaki perempuan secara haram dan lain-lain. Hati yang kuat dengan Allah akan melarang keras dari terlibat dengan pekerjaan yang dikutuk Allah. Hati yang sempurna ibadahnya akan menolak segala-gala perkara yang dibenci Allah. Tegasnya hati kitalah yang boleh membetulkan kita dan hati jugalah yang boleh menjahanamkan kita. Kalau hati baik, baik pulalah tindakan kita. Dan kalau hati jahat, jahat pulalah tindakan kita. Konsep “baik hati” ini janganlah pula disalah-ertikan. Jangan kita kata, “Tidak sembahyang pun tidak mengapa, asal hati baik. Tidak menutup aurat pun tak apa, asal hati baik.” Kalau kita kata begitu, kita telah buat dua kejahatan. Pertama kerana berani menidakkan suruhan Allah (sembahyang dan tutup aurat itu suruhan Allah). Kedua kerana kita menganggap hati kita baik dalam keadaan hati kita masih derhaka pada Allah.
Hati yang tidak mahu sembahyang atau tutup aurat itu ialah hati yang derhaka pada Allah. Hati yang baik ialah hati yang taat dan takut pada Allah. Bila hati taat maka kita akan mentaati serba-serbi perintah Allah. Bila hati kita baik kita akan kuat bersyariat.

2. MENDAPAT KEJERNIHAN ATAU KERINGANAN BATIN
Apabila seseorang hamba itu sudah mendapat kerohanian yang tinggi, hatinya (batinnya) akan jadi suci dan ringan.

Allah SWT berfirman:

Terjemahannya: "Iaitu mereka yang memenuhi janji Allah dan tidak pula merosakkan perjanjian".(Ar Ra’d: 20)

Firman Allah lagi

Terjemahannya:" Dan mereka menghubungi apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan (silaturahim) dan mereka takut pada Tuhan mereka dan takut pada hisab yang buruk". (Ar Ra’d: 21)

Firman Allah lagi

Terjemahannya: "Dan mereka juga bersabar dalam mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan pada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan. Dan mereka menutupi kejahatan dengan kebaikan. Mereka itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)". (Ar Ra ‘d: 22)

Firman Allah lagi

Terjemahannya: "(Iaitu) syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh di kalangan bapa-bapanya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedangkan malaikat-malaikat masuk menemui mereka di semua pintu masuk". (Ar Ra ‘d: 23)

Firman Allah lagi

Terjemahannya: "(Sambil mengucapkan) “salam sejahtera kerana kesabaran kamu ” maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu". (Ar Ra’d: 24)

Apabila roh sudah suci dan ringan maka rasa ringanlah hati kita untuk mentaati Allah. Nafsu kita akan berubah dari nafsu-nafsu yang rendah kepada nafsu mutmainnah. Ketika ini kita akan sentiasa merasa kita adalah hamba Allah, mahu hidup sebagai hamba dan rela menerima apa sahaja qada dan qadar Tuhan tanpa soal jawab atau resah gelisah.
Untuk lebih jelas biar saya senaraikan sifat-sifat hati yang saya maksudkan:

1. Rasa malu pada Allah kerana sentiasa merasa diawasi oleh Allah.

2. Rasa takut dan hebat pada Allah kerana terasa diri sentiasa berada dalam kuasa Allah yang mana Allah boleh buat apa sahaja seperti sakit, miskin, mati dan lain-lain.

3. Sentiasa rasa berdosa pada Allah (bukan depan manusia kerana ada kesalahan sulit yang tidak dapat dikesan seperti dosa-dosa hati) sebab itu dia selalu menangis seorang diri (bukan depan orang) kerana takut dosanya tidak terampun.

4. Tidak menangguh-nangguhkan urusan dengan Allah kerana hati sentiasa merasa kedatangan maut itu bila-bila masa sahaja boleh berlaku.

5. Setiap kali terbuat kesalahan yang kecil pun hatinya rasa takut dan terhina di depan Allah dan terus dengan serta merta meminta ampun dengan Allah SWT.

6. Setiap kali selesai beramal, hati merasa itu adalah kurnia Allah bukan kuasanya. Jadi dia tidak bangga malah rasa amalannya tidak sempurna bersama rasa harapkan kasihan belas dari Allah agar menerima amalannya.

7. Kalau Allah menentukan satu hal pada dirinya, hatinya meredhai apa yang terjadi (tanpa kesal dan keluh-kesah) kerana dia sedar kerendahan dirinya yang layak menerima apa sahaja taqdir Allah.

8. Setiap kali melihat pandangan alam yang indah, hati segera terasa kebesaran Allah.

9. Kalau dia mendapat kejayaan atau nikmat, hati segera terasa itu pemberian Allah bukan kemampuan sendiri sebab itu dia rasa takut pada Allah kalau-kalau harta itu disalahgunaka atau kurang disyukuri.

10. Kalau dia dimiskinkan (atau tidak memperolehi nikmat) hatinya rasa lapang kerana dia merasakan lepas dari tanggungjawab untuk menjaga amanah dari Allah.

11. Kalau mendapat bala seperti sakit, hati boleh tenang kerana merasakan bala adalah kifarah
(balasan) pada dosanya. Dia rasa lebih baik dihukum di dunia daripada dihukum di akhirat. Penderitaan di dunia adalah pengampunan dosa di akhirat.

12. Bila mendapat pujian, hati rasa tidak senang sebab pujian itu tidak layak baginya dan boleh merosakkan rasa kehambaannya.

13. Kalau dikeji atau dihina orang, hatinya rasa kasihan pada orang yang menghinanya dan segera memaafkan orang itu tanpa diminta sebabnya. Dia rasa kerana dosanyalah dia dihukum begitu (kalau tidak begitu dia tidak akan dapat pahala dari penghinaan itu). Sebab itu dia tidak berniat langsung untuk membalas perbuatan orang itu.

14. Dia sentiasa berlapang dada berdepan dengan ragam dan kesusahan yang manusia timpakan
ke atasnya.

15. Dia tidak berbangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan bala, tidak rasa tenang dengan pujian dan tidak menderita dengan kejian.

16. Hatinya sentiasa merasakan sebagai hamba yang serba kekurangan dan amat memerlukan
Allah SWT dalam semua keadaan.

17. Kalau dia melihat atau tahu orang membuat maksiat, dia syukur pada Allah kerana dirinya
selamat dari maksiat. Sebab itu dia tidak menghina orang itu bahkan dia rasa kasihan, ingin menolong dengan memberi nasihat. Dan dia tidak menaruh sangka jahat pada orang itu sebaliknya dia menganggap kesalahan itu adalah kerana tidak tahu, terlupa ataupun tidak sengaja.

18. Ketika berhadapan dengan orang yang memarahinya, dia tidak turut marah dan tidak lawan bertekak sekalipun dia benar.

19. Berhadapan dengan kepandaian orang lain, dia akan terima ilmu atau kebenaran sekalipun dari seorang kanak-kanak.

20. Kalau bermuzakarah dia tidak menunjuk-nunjuk. Kalau dia pandai tidak pula rasa megah.

21. Kalau orang memuji seorang lain di hadapannya dia tidak sakit hati sebab dia faham kuasa (hak) Allahlah yang melebih dan mengurangkan nikmat pada hamba-hamba-Nya.

22. Kalau ada orang lain membuat kerjanya, dia tidak meradang sebab dia rasa dia terbantu.

23. Kalau dia digemari ramai, dia tidak bangga sebaliknya dia bimbang kalau-kalau itu membuatkan dirinya riak.

24. Dia tidak makan seorang diri.

25. Kalau beri bantuan pada seseorang tidak di hadapan orang lain.

26. Dia beribadah hanya kerana Allah(sebagai seorang hamba) bukannya kerana balasan Syurga atau takutkan neraka.

Thursday, August 5, 2010

Mengenal Diri Melalui Rasa Hati (6) - Derhaka Dalam Taat

ALLAH SWT berfirman dalam surah Ali Imran:

Terjemahannya: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga padahal Allah belum mengenali mereka yang berjihad antaramu dan belum juga mengenali mereka yang sabar". (Ali Imran : 142)

Berjihad menurut Tafsir ialah:

1. Berperang dengan orang kafir dan munafik untuk menegakkan Islam dan melindungi orang-orang Islam.

2. Memerangi hawa nafsu dan syaitan.

3. Mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam.

4. Membenteras yang batil dan menegakkan yang hak.

Allah SWT menimbulkan persoalan (tanda tanya) pada kita umat Islam, sudahkah kita berjihad dan bersabar? Kalau belum kita lakukan itu maka jangan kita fikir bahawa kita akan dapat masuk syurga Allah di Akhirat kelak.

Jika sudah, maka kita sebenarnya sedang fisabilillah. Berperang melawan kafir dan munafik adalah mudah. Yang susah ialah berperang dengan hawa nafsu dan syaitan. Kalau kita berjaya terhadap orang kafir tetapi tidak berjaya dengan nafsu, itu belum menjamin kita benar-benar bertaqwa.

Rasulullah SAW bersabda:

Tejemahannya: Kita baru balik dari peperangan kecil untuk masuk ke satu peperangan yang lebih besar. Sahabat bertanya: "Peperangan apa itu, ya Rasulullah ?dan Baginda menjawab, “Peperangan hati yakni melawan hawa nafsu. ”
Rasulullah SAW bersabda:

Terjemahannya: "ketahuilah sesungguhnya dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Jika baik daging maka baiklah seluruh jasad. Bila busuk daging itu, maka jahatlah seluruh jasad. ketahuilah, itulah hati". (Riwayat Al Bukhari & Muslim)

Marilah kita tanyai diri kita sendiri: “Sudahkah aku melakukan jihad yang besar itu? Atau sudahkah aku perangi hawa nafsuku?”

Untuk menjawabnya, tiliklah ke dalam hati kita apakah sentiasa ingat Allah atau selalu lalai? Apakah sudah cinta Allah atau lebih cinta pada dunia? Apakah sudah sabar atas ujian Allah atau masih memberontak terhadapnya? Apakah sudah bersih dari mazmumah-mazmumah lainnya atau masih lagi hasad dengki, benci membenci, minta puji, gila nama, tamak dan mementingkan diri sendiri?

Kalau hati masih berisi dakidaki dunia yang kotor itu, janganlah mimpi amalan-amalan lahir seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, sedekah, berdakwah, menuntut ilmu, menutup aurat, baca Quran, zikrullah dan lain-lain itu dapat menebus kita dari kebencian Allah dan api neraka.

Cuba kita lihat firmanAllah:

Terjemahannya: "Hari itu (hari ketika meninggal dunia) harta dan anak tidak berguna lagi kecuali orang yang mengadap ALLah membawa hati yang selamat (hati yang bersih dari segala kejahatannya dari sifat marmumah)". (Asy Syuara ‘: 88-89)

Kalau sembahyang tidak khusyuk dan tiada rasa hamba, itu tanda masih menderhaka. Bukan amalan lahir sahaja yang dapat membawa seseorang kepada keredhaan Allah dan syurga-Nya, tetapi yang lebih penting ialah amalan hati.

Sabda Rasulullah SAW:
Terjemahannya: "Allah tidak memandang rupa dan harta kamu, tetapi Allah memandang hati dan amalan kamu". (Riwayat Muslim)

Kalau hati kita beramal soleh dan lahir kita juga turut beramal soleh (sebab amalan lahir mengikut amalan batin, umpama rakyat mengikut raja) itulah kesempurnaan amalan manusia yang dijamin dengan Syurga.

Untuk keyakinan saudara, saya perturunkan firman Allah yang menunjukkan amalan batin adalah wajib:

1. Perintah khusyuk dalam sembahyang, iaitu mengingati Allah:

Terjemahannya: "Apakah belum masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk mengingati Allah". (Al Hadid : 16)

2. Perintah supaya sentiasa merasa diawasi oleh Allah:

Terjemahannya: "Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca satu ayat dari Al Quran dan tidak mengerjakan suatu pekerjaan melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melukukannya. Tidak luput dari pengetahuan Allah biar pun sebesar zarah (atom) di bumi biar pun di langit. Tidak ada yang keci1 dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz)". (Yunus: 61)

3. Perintah supaya takut kepada Allah:

Terjemahannya: "Janganlah kamu menyembah dua Tuhan. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku sahaja kamu takut". (An Nahl : 51)

4. Perintah supaya tawakal kepada Allah:

Terjemahannya:" Hanya kepada Allah sahajalah orang-orang beriman harus bertawakal". (At Taubah: 51)

5. Perintah supaya syukur pada Allah:
Tejemahannya: "Bersyukurlah kamu kepada Allah sekiranya kamu benar-benar menyembah-Nya". (Al Baqarah: 172)

Kalau betul kita menghambakan diri pada Allah, kita mesti ada rasa syukur pada Allah. Umpama kita dapat hadiah dari raja. Kita mesti rasa terhutang budi dan berterimakasih padanya, dan bersyukur atas hadiah pemberiannya. Jangan pula asyik fikir hadiah itu sahaja hingga lupa pada yang memberi hadiah.

Fiman Allah lagi:

Terjemahannya: "Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu maka dari Allahlah datangnya dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu minta tolong". (An Nahl: 53)

6. Perintah supaya sabar:

Terjemahannya: "Sabarlah kamu tetapi tidak mungkin kamu bersabar kecuali dengan pertolongan Allah". (An Nahl: 127)

Antara kedua-dua amalan lahir dan amalan batin, Allah lebih mengutamakan amalan batin, sebab itu kalau ia diamalkan hendaklah benar-benar kerana dan untuk Allah, bukan untuk manusia. Sebab manusia tidak nampak. Kalau hati sudah betul, akan betullah lahirnya. Kalau lahir sahaja betul, hati belum tentu betul.

Jangan pula ada orang yang mengatakan: “Kalau begitu, kita jaga hati sudahlah, lahir tidak payah!” Ini lagi tidak betul. Sebab hati yang betul ialah hati yang taat pada perintah-perintah Allah lahir dan batin. Kalau amalan lahir tidak dibuat maknanya hati belum betul.

Banyak berlaku dalam masyarakat umat Islam hari ini mereka yang beramal dengan hukum Islam tentang syariat lahir sahaja seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, zikrullah, sedekah, tutup aurat dan bersilaturrahim. Namun amalan hati (batin) tidak dipedulikan. Inilah yang dimaksudkan sebagai derhaka dalam taat.

Ada dua jenis orang yang derhaka dalam taat:

1. Orang yang beramal dengan syariat lahir sahaja seperti sembahyang wajib dan sunat, puasa, haji, zakat, baca Quran, zikir dan wirid, di samping sedikit-sedikit amalan batin, tetapi kedua-dua tidak sempurna (iaitu tidak seperti yang dikehendaki Allah dan tidak semua perintah Allah yang dibuatnya).

Contohnya ialah orang-orang yang melakukan semua perintah fardhu di samping Fadhail ul-A’mal (sembahyang sunat witir, dhuha, tahajud, puasa siang hari, membaca Quran, tahlil) tetapi masih terlibat dengan riba (makan dan memberi riba), mendedah aurat, pergaulan bebas, mengumpat, memfitnah, mencerca, sombong, bakhil dan cinta dunia. Golongan ini adalah golongan derhaka dan tidak lepas dari api neraka.

Imam Al Ghazali berkata:
“Tidak mengapa kalau tidak boleh tahajjud malam (kerana ianya sunat), tetapi janganlah membuat dosa (haram) di siang hari kerana tidak ada gunanya pada Allah di malam hari (tahajjud) tetapi derhaka (buat dosa - haram) di siangnya".

Orang ini bandingannya sama seperti seorang yang menanam padi di tengah-tengah lalang. Hasilnya padi akan dirosakkan oleh lalang dan tidak memperolehi apa-apa hasil pun. Atau seperti seorang yang memelihara kesihatan badannya dengan memakan ubat-ubatan yang perlu, tetapi dimakan juga racun. Jadi orang itu tidak sesihat seperti yang diharap-harapkan.

Tersebut sebuah hadis:

Terjemahannya: "Tahukuh kamu apa itu muflis? Mereka menjawab: Muflis pada kami mereka yang tidak mempunyai dirham dan sebarang benda. Sabda Rasulullah: Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah yang datang pada hari Qiamat dengan sembahyang, puasa dan zakat tetapi dia juga pernah mencaci, menuduh orang buat jahat, dan mengambil hak orang. Dia juga pernah menumpahkan darah (membunuh orang) atau sekurang-kuranpya memukul. Oleh itu pahala ibadahnya akan diberi kepada orang yang dianiayai itu satu persatu. Dan kalau pahalanya tidal cukup, dosadosa orang itu pula diberikan kepadanya (jadilah ia muflis) dan akan dijerumuskan ke dalam Neraka". (Riwayat Muslim)

2. Orang yang taat dalam mengerjakan amalan-amalan lahir tetapi cuai terhadap amalan batin.
Lahirnya nampak sempurna tetapi hatinya penuh dengan hasad dengki, jahat sangka, sombong, bakhil, riak, panjang angan-angan, minta puji, cinta dunia, tamak, mementingkan diri sendiri, di samping tidak ada rasa hina diri, mengharap dan malu dengan Allah. Sebaliknya dia suka menghina orang yang tidak beribadah. Rasa tenang dan senang dengan ibadahnya dan rasa yakin akan selamat di Akhirat. Orang ini sebenarnya orang yang derhaka pada Allah dalam taatnya pada Allah. Hakikatnya dia adalah orang yang derhaka dan amalannya ditolak. Dia bukan orang yang dekat dengan Allah tetapi orang yang jauh daripada Allah dan hatinya terputus dengan Allah. Telah sepakat ulama berkata:

i. “Biar sedikit amal (yang fardhu sahaja) bersama hati rasa takut pada Allah (taqwa) daripada banyak amal lahir tetapi tiada rasa taqwa.”

ii. ‘Walau bagaimana banyak dan hebat sekalipun ibadah seseorang tetapi selagi hatinya tidak zuhud dengan dunia, selama itu ibadahnya tidak bernilai.”

Orang yang beramal lahir tanpa amalan batin ini bandingannya seperti seorang pekerja di istana raja yang rajin dan taat melakukan kerja-kerja yang ditugaskan padanya di istana itu. Kerjanya beres dan lengkap mengatasi pekerja-pekerja lainnya. Maka timbullah bangganya dan sombongnya. Sudahlah sesama kawan-kawan dia berlagak angkuh, depan raja pun sudah tidak sopan lagi, tidak hormat dan tidak beradab. Dia rasa diri hebat dan besar kerana dia beranggapan raja tidak murka kepadanya sebab semua kerjanya beres. Sebaliknya apa
pandangan raja? Sekalipun dia tahu hambanya itu kerjanya beres tetapi kerana biadabnya itu, raja tidak akan sayang untuk membuangnya dari istana sebab dia seolah-olah hendak jadi raja (ataupun rasa setaraf dengan raja). Begitu juga jika seorang manusia yang beres melakukan perintah-perintah Allah tetapi hatinya tidak beradab dengan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki, nescaya Allah tetap murka dan akan dicampakkan ke dalam Neraka Allah.

Firman Allah:

Terjemahannya: "Adapun orang yang enggan dan menyombongkan diri maka Allah akan menyeksa mereka dengan seksa yang pedih". (An Nisa’: 173)

Dan fir-man Allah dalam hadis Qudsi bermaksud:

"Hai Isa, apabila Aku lihat di dalam hati hamba-Ku terdapat cinta yang suci pada-Ku tidak bercampur oleh sesuatu tamak, keinginun-keinginan yang berkenaan dengan Akhirat dan dunia maka ia akan Kuperlakukan sebagai penjaga cintanya itu".

Orang-orang yang benar-benar taat ialah orang yang hatinya cinta kepada Allah. Cinta sucinya akan membuatkan dia beramal semata-mata untuk Allah. Tidak bercampur dengan niat untuk untung dunia atau akhirat. Orang begini taatnya kepada Allah adalah taat yang suci. Dia tidak akan ujub dalam taatnya, tidak riak dalam taatnya, tidak buruk sangka dalam taatnya, tidak sombong dalam taatnya, tidak panjang angan-angan dalam taatnya, tidak rasa tuan dalam taatnya dan lain-lain.
Inilah orang yang dekat hatinya kepada Allah. Dia taat dalam taatnya. Jasad lahirnya dan jasad batinnya sama-sama tunduk menyembah Allah dengan taat, rasa hina diri, malu, rasa bersalah, rasa berdosa dengan Allah, tidak menghina hamba-hamba yang lain, tidak sombong dan tidak hasad. Ibadah-ibadahnya yang lahir (membuat yang fardhu dan sunat dan meninggalkan yang haram, syubahat dan makruh) dan ibadah batin itu betul-betul dilakukan sebagai satu persembahan yang sepatutnya dari seorang hamba kepada Tuhannya. Dia tidak mengharap apa-apa balasan di dunia dan di akhirat. Inilah sebenar-benarnya hamba Allah yang menjadi kecintaan Allah di Akhirat nanti.

Firman Allah dalam surah Al Waaqiah:

Terjemahannya: "Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya). Dan naungan yang terbentang luas. Dan air yang sentiasa mengalir. Dan buah-buahan yang lebat. Yang tidak bermusim (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya. Dan tilam-tilam yang tersedia di atas katil. Sesungguhnya Kami menciptakan untuk mereka (bidadari-bidadari) ciptaan yang unik (tidak beranak). Dan Kami jadikan mereka muda-muda belaka. Saling mencintai dan sebaya umurnya. Untuk golongan kanan (terdapat dua kumpulan). (Iaitu) kumpulan besar dari orangorang yang terdahulu. Dan kumpulan besar dari orang-orang yang kemudian". (Al Waaqiah: 27 - 40)

Ada pula segolongan manusia yang taat dalam derhaka. Ini ialah orang yang tidak kuat beramal dengan syariat lahir disebabkan tidak kuatnya melawan hawa nafsu dan syaitan. Mereka hanya dapat membuat yang fardhu dan meninggalkan yang haram tetapi sunat-sunat Fadhoilul-A’mal sangatlah kurang. Dan kerana kekurangan ini mereka sentiasa merasa kekurangan diri, hina diri dan rasa bersalah, berdosa, mengharap amal yang sedikit itu diterima Allah, malu dan takut dengan Allah. Mereka selalu menyesali diri yang tidak kuat melawan hawa nafsu dan rasa berdosa, rasa tidak sempurna khidmat sentiasa ada di hati mereka dan minta dikasihani oleh Allah. Sebab itu mereka selalu beristighfar. Golongan ini sebenarnya golongan yang taat. Mereka taat dalam derhaka. Mereka akan selamat didunia dan di akhirat.
Bandingan mereka ialah seperti seorang pekerja istana raja yang tidak begitu rajin. Kerjanya setakat cukup, tidak lebih, kadang-kadang tersilap pula, cuai, sepatutnya dua jam, dibuat hanya satu jam. Kerana itu dia rasa bersalah, rasa kurang, tidak besar diri, tidak fikir lagi kesalahan orang, takut sesama kawan apalagi raja. Dia bimbang kalau-kalau kekurangannya mendatangkan kemurkaan pada raja. Sebab itu bukan sahaja dengan raja dia sangat bersopan malah dia tidak berani pandai-pandai dalam istana, gerak-gerinya dijaga dalam bimbang dan sentiasa mengharapkan kemaafan dan keampunan raja. Raja menyedari keadaan ini, dengan sebab itu raja memaafkan kekurangan hambanya itu dan hamba itu akan tetap diterima sebagai hamba di dalam istananya. Begitulah kalau hamba Allah yang sentiasa sedar diri dan insaf kelemahannya, sentiasa taubat, takut, malu dan rasa hina diri pada Allah dan berakhlak pula sesama manusia. Dia akan mendapat keampunan dan syurga Allah di Akhirat nanti.

Firman Allah:

Terjemahannya: "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh maka mereka akan masuk syurga dan tidak dianiaya sedikit pun". (Mariam: 60)

Hidup kita ialah untuk menghambakan diri pada Allah. Itulah jalan keselamatan seorang manusia. Dua puluh empat jam kita mesti beribadah pada Allah, lahir dan batin.

Firman Allah: .
Terjemahannya: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku". (Adz Dzaariyat: 56)

Mungkin ibadah lahir ada juga rehatnya tetapi ibadah batin iaitu hati kita, mesti beramal terus menerus. Mesti sentiasa mengekalkan rasa kehambaan pada Allah, rasa hina, rasa malu, rendah diri, takut, bimbang, ingin berkhidmat, rasa berdosa, rasa lemah dan rasa kurang. Perasaan perasaan (zauk) ini hendaklah kita adakan dalam hati sepanjang masa. Bagi kita orang awam ini mungkin rasa itu belum ada di hati maka hendaklah kita mengusahakannya yakni dengan memikirkan kebesaran, kehebatan dan keagungan Allah. Lihatlah dan fikirkan tanda-tanda kebesaran Allah pada alam. Dari situ datanglah perasaan kehambaan kita itu.
Pada peringkat awal perlu dipaksa-paksa supaya perasaan itu ada. Bagi orang yang telah bersih hatinya mereka tidak payah memikirkannya lagi. Perasaan itu sedia ada dan sentiasa ada dalam hati mereka. Bukan sahaja waktu sembahyang, waktu membaca Quran, berpuasa, waktu berzikir dan lain-lainnya, malah di waktu berkhidmat di luar ibadah, hati mereka tetap kepada Allah SWT. Pendek kata perasaan kehambaan itu telah benarbenar dihayati oleh lahir dan batin mereka sepanjang masa. Macamlah seorang pekerja istana hatinya sentiasa terisi dengan perasaan kehambaan sama ada ketika dia bekerja atau ketika dia berehat-rehat, waktu makan, minum dan waktu tidur. Bukannya waktu kerja dia merasa dia “kuli”, tetapi waktu rehat dia rasa dia tuan dan berlagak macam tuan. Orang yang kenal Allah akan benar-benar merasa dia hamba Allah. Hatinya tidak merasa dia lebih, dia pandai, dia hebat, dia besar, dia kuat, dia segala-galanya. Sebab kalau dia pandai pun dia tetap hamba, dia rasa dia hamba, ingin berkhidmat sebagai hamba, hidupnya seperti hamba dan bergaya sebagai hamba. Hamba kepada Allah, bekerja untuk Allah,mengabdikan diri kepada Allah, berjuang membela agama Allah, berkorban untuk Allah dan berperang kerana Allah dan rela mati kerana Allah. Sesiapa sahaja musuh Allah adalah musuhnya, akan ditentang sehebat-hebatnya. Dan sesiapa sahaja “orang-orang Allah” adalah orang-orangnya maka digauli penuh mesra dan kasih sayang.
Inilah jiwa yang merdeka bebas dari ikatan dunia. Jiwa yang tidak akan diperhambakan oleh dunia kerana jiwanya diserah bulat-bulat pada Allah. Banyak berlaku di kalangan kita, mereka yang merasa hamba Allah ketika waktu beribadah, sembahyang, puasa, waktu mengerjakan haji, atau waktu membaca Quran, berwirid dan zikir sahaja. Di luar dari waktu itu, waktu makan, waktu tidur, waktu membasuh, waktu menyapu halaman dan lain-lain, tidak rasa diri sebagai hamba. Kita rasa itu urusan kita, kejayaan kita adalah untuk kita dan kerana kita. Kita perturutkan selera kita, pendapat kita dan cara kita dalam melaksanakannya. Kita tidak rasa kita berkhidmat untuk dan kerana Allah lagi. Kita tidak terasa hubungan dengan Allah lagi, kita tidak rasa malu dengan Allah dan hina diri lagi. Mungkin kalau ditanya orang, kita akan menjawab kita bekerja untuk Allah tetapi itu akal, hakikatnya hati kita tidak merasa begitu. Perasaan kita bukan begitu (zauk tidak begitu). Hati rasa tuan, rasa kita punya, kuasa kita, kejayaan kita, kelebihan kita dan kerana kita. Sebab itu kita ikut selera kita dalam tindakan hingga membelakangkan peraturan hidup dari Tuhan.
Orang begini sebenarnya bukan menghambakan diri pada Allah, dan tidak bertuhankan Allah. Dia bertuhankan hawa nafsu dan menghambakan diri untuk nafsu.