This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, June 3, 2009

Kebenaran hanya datang dari Tuhan

Allah berfirman dalam al Quran yang maksudnya :

" Kebenaran itu datang dari Tuhanmu dan janganlah kamu menentangnya." (Al Baqarah 147)
Kebenaran atau yang hak itu berasal dari satu sumber saja iaitu dari Tuhan. Ertinya akidah yg hak adalah akidah yang datang dari Tuhan. Pertolongan hidup yang benar itu datang dari Tuhan. Setiap yang benar itu hanya datang dari Tuhan. Akhlak yang benar itu datang dari Tuhan, pendidikan yang benar itu pendidikan yang datang dari Tuhan. Sistem ekonomi yang benar itu sistem ekonomi yang datang dari Tuhan. Sistem politik yang benar itu sistem politik yang datang dari Tuhan. Sistem masyarakat yang benar itu adalah yang datang dari Tuhan. Jemaah yang benar itu jemaah dari Tuhan. Pemimpin yang benar itu pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan. Ilmu yang benar itu adalah ilmu yang datang dari Tuhan. Perjuangan yang benar itu adalah perjuangan yang datang dari Tuhan. Begitulah seterusnya

Kalau kebenaran itu bukan datang dari Tuhan, ia bukanlah kebenaran. Kalaupun benar, ia merupakan kebetulan saja, sebab bukan datang dari Tuhan. Memang ada setengah-setengah ajaran benar, tapi kerana tidak datang dari Tuhan, maka itu suatu kebetulan sahaja. Misalnya semua orang tidak suka mencuri, tapi tidak dikaitkan dengan Tuhan, maka itu bukan kebenaran, hanya fitrah saja. Kebenaran itu datang dari Tuhan, diamalkan kerana Tuhan dan dengan menggunakan panduan yang datang dari Tuhan. Itulah huraian ayat tadi.

Kebenaran yang hak, lawannya kebatilan. Di dunia ini biasanya kebatilan itu lebih banyak dan berlakunya lebih lama. Sedangkan kebenaran datang sekali sekala sahaja. Oleh kerana kebatilan itu selalunya merosakkan manusia, maka ianya tidak disukai oleh orang, samada ia baik ataupun jahat. Bila gejala masyarakat sudah membiak dan menyusahkan masyarakat, bukan hanya orang baik yang cakap, tetapi orang jahat juga cakap, sebab kebatilan itu menyusahkan semua orang. Jangan anggap orang yang tak suka gejala ini hanya orang baik sahaja. Kalau kerana kebatilan yang berlaku dalam masyarakat itu Tuhan akan turunkan hukuman, maka Tuhan tak pilih, orang jahat atau orang baik terkena juga. Manusia tidak mahu kebatilan, tetapi mereka tidak tahu macam mana melahirkan yang hak.

Ayat yang ke-2 bermaksud ,

Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

Bagaimana huraian ayat ini?

Ayat ini mengatakan bahawa bila datang yang hak atau yang benar, otomatik yang batil hilang. Macam bila datang malam, maka otomatik siang lenyap dan bila datang siang, maka hilanglah malam.

Bagaimana huraian bila datang yang hak, otomatik yang batil hilang? Untuk memahami siang dan malam mudah, sebab Tuhan yang buat. Sedangkan yang jahat dan yang hak manusia yang buat. Kalau berlaku yang hak, orang yang batil dan jahat mendapat nikmat sama, begitu juga bila lahir yang batil, orang yang baik dan jahat susah sama. Bila malam datang, semua orang terlibat dengan malam, samada dia suka atau. Begitu juga bila datang siang, semua orang kena menerimanya, tak boleh tolak.

Begitulah, bila yang hak datang semua suka, samada dia jahat ataupun baik. Bila yang batil datang, bukan hanya orang jahat yang susah, tapi orang baik juga susah. Sebab itu semua manusia samada baik atau jahat menunggu kebenaran, cuma mereka tidak faham bagaimana mewujudkannya.

Malam dan siang Tuhan sendiri yang buat, tidak ada campur tangan dan usaha-usaha manusia. Tetapi perkara yang hak dan batil, manusia yang melakukan dan mengusahakannya. Yang batil semua manusia tidak suka, sebab menyusahkan semua orang, dan yang hak semua manusia suka, sebab menyenangkan mereka.

Sebab itulah, orang yang memperjuangkan yang hak, demi kebaikan semua, besar pahalanya. Bila dia mati dalam membuat perkara yang hak tersebut, ia mati syahid. Kerana itu menegakkan yang hak lebih besar nilainya dari pada sembahyang sunat, puasa sunnat, berzikir dan bertasbih. Sebab kebenaran itu datang sekali sekala sahaja, sedang yang batil datang selalu. Maka siapa yang memperjuangkan yang hak besar pahalanya dan dianggap jihad fisabilillah.

Menegakkan kebatilan mudah, tidak niat pun jadi. Kadang-kadang tak ada niat untuk berbuat jahat, tapi terbuat juga. Tapi untuk membuat kebenaran susah, mesti ada ilmu, ada niat dan usaha baru jadi.. Maka Tuhan sebut bila datang kebenaran, hilang kebatilan, macam bila datang malam siang terus hilang.

Apa maksud Tuhan, bila kebenaran itu datang maka kebatilan pasti hilang? Orang sudah tidak membahas dan menghuraikan ayat ini, padahal ayat ini sudah sering kita dengar dari kecil lagi.

Kebenaran yang dapat menyebabkan hilangnya kebatilan secara otomatik adalah kebenaran yang bersifat global. Kalau tak global, kebatilan tidak hilang. Kalau kebenaran itu global, dia indah dan menyenangkan. Orang baik atau orang jahat suka. Dia berlaku secara pakej, 1 set, global.

Pakej kebenaran yang global itu mesti bermula dangan adanya pemimpin kebenaran yang dilantik oleh Tuhan. Kalau tidak, pemimpin biasa tidak boleh membuat pakej itu. Pemimpin kebenaran ini diiring atau Tuhan lengkapkan dengan ilmu kebenaran dari Tuhan. Kalau pemimpin itu tidak mendapat ilmu kebenaran dari Tuhan, ia tidak akan mampu. Bila dia memperjuangkan ilmu dari Tuhan itu, ia akan mendapat kawan, maka lahirlah jemaah kebenaran. Di dalam jemaah kebenaran itulah pemimpin kebenaran dan pengikut-pengikutnya melahirlah sistem hidup kebenaran menggunakan panduan dari Tuhan. Bila lahir sistem ini baru nampak kebenaran itu global dan indah. Orang jahat pun tertarik dan sanggup serah diri apatah lagi orang baik.

Jadi yang dimaksudkan bila datang kebenaran yang batil pasti lenyap, ia bermula dengan datangnya pakej kebenaran iaitu pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, ilmu dari Tuhan, jemaah, sistem. Sistem itu mesti mencakup seluruh aspek kehidupan manusia kerana manusia hidup terlibat dengan berbagai sistem seperti sistem kemasyarakatan, sistem ekonomi, sistem pendidikan, sistem kebudayaan dan lain-lain lagi. Kalau kebenaran itu tidak membawa 1 sistem yang global, ianya tidak ada erti, cacat. Katalah kebenaran tu kita kata hanya pendidikan saja, sudah tentu tidak indah sebab manusia hidup tidak cukup hanya dengan pendidikan. Tapi memerlukan juga hiburan, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lain. Kebenaran itu mesti lengkap, tidak boleh hanya 1 juzuk sahaja.

Di zaman ada rasul, Rasullah ilmunya wahyu. Di zaman tidak ada rasul, yang ada mujaddid, ilmunya ilmu ilham. Tetapi sayang sekali banyak orang yang menolak ilham. Menurut mereka ilham bukan sumber ilmu.

Sebab itu di akhir zaman ini supaya Tuhan buatkan pada kita kebenaran hingga hilang kebatilan, mestilah kita lahirkan kebenaran itu secara global.

SEKIAN

Tuesday, June 2, 2009

Panduan Untuk Para Guru, Pendidik dan Pendakwah

Dalam Al Qur’an Allah berfirman :

Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan berbahaslah(berbicang) dengan mereka dengan cara yang baik. (QS An-Nahl : 125).


Ayat di atas menjelaskan bahawa perlunya para guru, pendidik dan pendakwah tidak hanya memberi atau menyampaikan ilmu saja tetapi diharapkan hingga menjadikan murid berusaha sungguh-sungguh untuk membuat perubahan nyata dalam diri mereka. Bukan mudah untuk menjadikan didikan yg berkesan. Kalau sekadar berdakwah secara umum semua orang dapat mengerjakannya.

Ayat di atas memberikan panduan bagi kita supaya dakwah atau didikan berkesan, maka paling tidak ada 3 asas yang perlu dimiliki oleh guru, pendidik dan pendakwah. Tiga asas ini yang sangat penting iaitu : hikmah, nasihat yang baik dan berbahas dengan cara yang baik.

1. ILMU DAN HIKMAH


Mengapa dalam ayat tersebut Allah tidak berfirman sebagai berikut :

hendaklah kamu menyeru kepada jalan Tuhanmu dengan ilmu?

Sebab mendidik hanya dengan ilmu saja tidak akan memberi kesan dan perubahan pada sasaran dakwah atau murid.

Kita dapat lihat realitinya dalam masyarakat. Begitu meriahnya majlis taklim, pengajian di pejabat-pejabat, sekolah-sekolah Islam, pondok-pondok,madrasah dan masjid, oranganisasi-oranganisasi Islam, tetapi perubahan yang nyata dalam masyarakat belum nampak lagi. Banyak pejabat, perniagaan, tokoh dan anggota masyarakat yang rajin datang ke pengajian, mengerjakan solat, haji, pergi umrah setiap tahun, tetapi masih membuat kejahatan lahir batin seperti : rasuah, membohong, menipu, tidak disiplin, sombong, pemarah, hasad dengki, bakhil, ego dan lain-lain.

Dalam ayat di atas Allah menyebut bahawa pendidikan yang dapat memberi kesan tidak cukup hanya dengan ilmu saja, tetapi memerlukan hikmah

Apakah yang disebut hikmah itu ?

Rasulullah SAW bersabda :

“Barang siapa yang diberi ilmu hikmah, dia diberi sesuatu yang banyak”


Banyak orang yang menterjemahkan hikmah itu dengan bijaksana, tetapi sebenarnya bukan itu maksudnya, sebab dalam bahasa arab bikjaksan ertinya lain. Sebab yang disebut bijaksana itu adalah Fatonah, iaitu bijaksana pada para Rasul Allah. Atau abqoriah.

Tetapi yang dimaksud dengan hikmah di sini ialah ilmu di dalam ilmu. Ilmu yang tidak terdapat di dalam kitab. Ertinya orang yang diberi hikmah itu diberi faham oleh Allah sehingga dia faham jalan fikiran, hati, roh, atau batin orang. Dia faham hal-hal rohani, nafsu, roh, dan akal manusia. Ertinya orang yang mendapat ilmu hikmah ini, dia diberi ilmu dan kefahaman oleh Allah secara langsung melalui ilham.

Dalam ayat lain Allah berfirman :

“Bertaqwalah kamu kepada Allah, niscaya Allah akan mengajar kamu ilmu”


Inilah ilmu hikmah atau kefahaman yang Allah beri secara langsung ke dalam hati kita. Ertinya setelah ada ilmu yang asas, dia diberi ilmu dan kefahaman lain oleh Allah. Ilmu asas mesti ada. Jadi kalau ingin berdakwah atau mendidik orang secara berkesan, para pendakwah dan guru mesti ada ilmu hikmah. Ilmu hikmah hanya Allah beri kepada orang yang bertaqwa.

Kerana tidak berhikmah, maka dia tidak akan dapat faham jalan fikiran, hati, roh, akal, perasaan atau batin orang, sehingga sasaran dakwah dan murid-murid susah untuk berubah menuju kepada kebaikan.

Apakah itu taqwa?


Taqwa bukan sekadar telah mengucapkan 2 kalimah syahadah, solat, zakat, puasa dan haji saja. Taqwa adalah himpunan sifat-sifat baik yang ada dalam diri manusia, baik terhadap Allah maupun terhadap sesama makhluk yang dibuat semata-mata untuk mencari redha dan kasih sayang Allah.

Diantara sifat baik terhadap Allah adalah : rasa bertuhan yang tajam, rasa cinta, takut, rindu, tawakkal, mengharap dengan Allah, rasa di awasi, diperhati oleh Allah, melaksanakan semua yang diperintah dan dianjurkan oleh Allah dan meninggalkan semua yang dilarang dan dibenci oleh Allah, semata-mata untuk mencari redha dan kasih sayang Allah. Diantara sifat baik terhadap sesama makhluk dan manusia adalah : pemurah, kasih sayang, bertoleransi, tolong menolong, pemaaf, sabar dan lain-lain yang semuanya dibuat semata-mata untuk mencari redha dan kasih sayang Allah.

Diantara ciri-ciri guru, pendidik dan pendakwah yang bertaqwa adalah seperti berikut :

1. Hati mereka senantiasa bersama Allah, sehingga mereka takut, cinta, rindu, sensitif dan sangat membesarkan Allah
2. Ibadah fardhu dan sunatnya kemas dan banyak.
3. Akhlak mereka baik, boleh menawan hati orang lain seperti pemurah, tawadhuk, pemaaf, penyayang, bertolak-ansur, menghormati tetamu dan lain-lain lagi.
4. Ukhuwah dan kasih sayang antara mereka begitu erat dan kukuh.
5. Hukum Allah sangat mereka jaga, lebih dari rakyat jelata atau murid sehingga pribadi mereka menjadi contoh. Mereka sangat menjauhi larangan Allah yang haram dan makruh.
6. Berdakwah dan mengajar dengan kasih sayang sekalipun terhadap orang kafir.
7. Mereka hidup zuhud, tidak mengambil kepentingan peribadi dari dakwah dan pekerjaan mereka. Mereka tidak menjadikan dakwah dan mengajar itu sebagai sumber pendapatan. Bahkan harta mereka sendiri dikorbankan untuk kepentingan umat dan murid. Mereka hidup berdikari.
8. Mereka sangat memberi layanan kepada umat dan murid dan menyelesaikan masalah umat, murid, pengikut dan penyokong-penyokongnya.
9. Jemaah atau sekolah mereka gagah dan menjadi model atau bayangan kepada masyarakat.


2. MAUIZATUL HASANAH


Mauizatul hasanah artinya nasihat yang baik. Ertinya dalam berdakwah menyeru masyarakat kepada Allah atau dalam mendidik anak-anak murid, guru, pendidik dan pendakwah hendaknya memberi nasihat yang baik dengan memberi khabar gembira atau tabsyir. Misalnya dengan menceritakan indahnya hidup bersama Allah, indahnya ganjaran yang akan Allah beri di akhirat, pertolongan yang Allah beri kepada orang-orang yang bersunggug-sungguh menuju Allah dan sebagainya. Ajak pendengar atau murid-murid berfikir tentang kebesaran ALLAH, kuasa ALLAH, kehebatan ALLAH, kebaikan ALLAH, rahmat ALLAH serta nikmat-Nya. Ini akan mendidik jiwa tauhid agar tumbuh rasa kehambaan yang tinggi terhadap ALLAH SWT.

Termasuk memberi nasihat yang baik adalah dengan menceritakan tanzir atau cerita-cerita yang menakutkan, misalnya menceritakan tentang Neraka dan azab ALLAH, serta ancaman-ancaman dan kemurkaan ALLAH bagi orang yang durhaka kepada Allah. Selain itu, termasuk memberi nasihat yang baik adalah menceritakan sejarah hidup para nabi, rasul dan orang-orang soleh. Cerita-cerita itu bermaksud untuk mendorong manusia agar melakukan amal soleh dan berakhlak mulia serta menjadi panduan kepada manusia, bagaimana mereka harus menjalani hidup sebenarnya.

Supaya manusia menghindari sifat-sifat jahat dan agar selamat dari pada api Neraka, maka para pendakwah dan guru menceritakan perihal orang-orang jahat atau musuh ALLAH seperti Firaun, Namrud, Qarun, Haman dan lain-lain. Semuanya ini untuk dapat dijadikan iktibar dan pengajaran oleh para pendengar dan anak-anak murid.

3. BIL AHSAN

Dalam masyarakat ada berbagai golongan orang, ada golongan awam, ada golongan cerdik pandai, intelek, pemimpin, dan ulama. Terhadap golongan yang bukan awam ini para pendakwah mesti menggunakan kaedah “bil ahsan”.

Ertinya dengan cerdik pandai, intelek, pemimpin, ulama dan lain-lain, hendaklah para guru dan pendidik masyarakat berbincang dengan sebaik-baiknya, iaitu : bahasa mesti baik, bertutur kata mesti tersusun, kata-katanya keluar dari hati yang dihayati, dijiwai dan sudah ada kesungguhan untuk mengamalkan apa yang dikatakan.

Para pendidik juga mesti ada ilmu yang luas walau secara umum dan serba sedikit yang mencakup ilmu pendidikan, politik, ekonomi, sosiology, sejarah, kebudayaan dan sebagainya. Tanpa alat-alat yang cukup ini, dakwah dan pendidikan kita tidak akan berkesan dan tidak mendorong masyarakat atau anak-anak didik untuk baiki diri. Tidak mendorong orang bukan Islam untuk masuk ke dalam Islam, karena mereka tidak melihat dan merasakan keindahan dan kecantikan Islam yang dibawa oleh para pendakwah dan pendidik masyarakat. Itu alat-alat yang bersifat maknawiyah.

Selain itu yang dimaksud dengan bil ahsan adalah dengan menggunakan alat-alat yang berbentuk material, teknologi canggih dan berfizikal seperti persembahan nasyid, sajak, drama dan macam-macam alat moden lainnya. Bila alat-alat ini kurang atau tidak ada sama sekali, maka hasilnya orang akan jemu sehingga keasn dakwah tidak sampai, atau berdaakwah dengan mengumpat, memaki atau menjatuhkan orang, sebab bahan-bahan dan alat-alat dakwah tidak cukup.

Para sahabat dahulu berdakwah pergi ke Cina hanya 2-3 orang saja, tetapi dalam waktu yang singkat, belum lagi para sahabat faham berbahasa Cina, sudah berbondong-bondong rakyat Cina masuk Islam. Apa rahasianya? Para sahabat memiliki 3 kekuatan utama yaitu

1. rasa bertuhan dan rasa kehambaan yg tajam,

2. sikap dan akhlak mulia

3. ilmu dan hikmah

Para pendakwah sekarang lain, sudah 30 tahun berdakwah, tidak seorangpun masuk Islam. Kalau umat tidak solat, setelah didakwahi tetap tidak solat juga, sebab para pendakwah tidak berdakwah dengan hikmah, mauizatil hasanah dan ahsan. Kadang-kadang bila berdakwah hasilnya lebih banyak kerosakan dari pada kebaikan, lahir golongan militan, sebab tidak ada hikmah, mauizatil hasanah dan ahsan. Akhirnya seluruh dunia Islam terancam.

Sebab itu dikatakan, siapa yang sungguh-sungguh mengetahui ilmu Qur’an, maka dia akan tahu ilmu dunia dan ilmu akhirat. Ilmu akhirat berkaitan dengan syariat, tasawuf, tauhid dan ilmu dunia seperti ilmu politik, kemasyarakatan, psikologi, kebudayaan, sejarah, pendidikan dan lain-lain. Yang jadi masalah, para pendakwah kita kebanyakan tidak memiliki ilmu-ilmu itu, padahal sekarang kita banyak berhadapan dengan golongan cerdik pandai dan intelek. Anehnya orang yang mengaji Qur’an hanya tahu ilmu syariat, tauhid atau tasawuf saja, sedangkan ilmu sejarah, ilmu ekonomi, ilmu kebudayaan, ilmu politik, ilmu sosial ada dalam Qur’an. Dia tidak tahu kerana kebanyakan guru-guru yang mengajarpun tidak faham ilmu-ilmu tersebut..wallahualam, sekian

Sikap Nafsu Terhadap Tuhannya

Allah berfirman di dalam Al Quran:

“Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah orang yang mengotorinya.” (QS Asy Syams 9-10)

Islam menganggap nafsu itu sebagai musuh manusia. Allah SWT telah menegaskan:

“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.” (QS Yusuf 53)

Dalam ayat ini digunakan tiga bentuk ketegasan, yakni in–taukik, lam–taukik dan isim fiil mubalaghah. Gaya bahasa ini menunjukkan bentuk penekanan yang sungguh-sungguh bahwa nafsu akan membawa kepada kejahatan.

Nafsu adalah musuh di dalam diri manusia. Sedangkan nafsu adalah sebagian dari diri manusia. Nafsu adalah jismul latif (tubuh halus yang tidak dapat dilihat). Kejahatan nafsu harus dibuang dari diri manusia. Jika tidak dibuang maka nafsu akan menjadi musuh. Tapi walaupun kita ingin membuangnya, nafsu tetap merupakan sebagian daripada diri. Oleh karena itu, melawan hawa nafsu adalah hal yang sangat sulit.

Nafsu adalah jalan raya (highway) bagi syaitan. Ini diterangkan oleh hadis Rasulullah SAW yang maksudnya :

“Sesungguhnya syaitan itu bergerak mengikuti aliran darah, maka persempitlah jalan syaitan dengan lapar dan dahaga.” (Riwayat Ahmad)

Ini menunjukkan syaitan dapat dilawan dengan melawan hawa nafsu secara mengurangi makan atau berpuasa. Jika nafsu tidak terdidik, jalan syaitan adalah besar. Sedangkan syaitan itu juga adalah musuh. Firman Allah yang maksudnya :

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata.” (QS Al Baqarah 168)

Ayat yang menerangkan tentang nafsu sebagai musuh memiliki tiga gaya bahasa penegasan. Sedangkan ayat yang menerangkan tentang syaitan hanya memiliki satu gaya bahasa penegasan. Hal ini menunjukkan bahwa nafsu lebih jahat daripada syaitan. Syaitan akan mendapat jalan atau peluang yang sangat besar untuk merusak manusia jika nafsu tidak terdidik.

Menghalau atau mengalahkan syaitan tidak mampu dilakukan dengan dijampi atau dibacakan ayat-ayat Quran. Cara melawan syaitan adalah dengan mendidik hawa nafsu. Jika nafsu terdidik niscaya syaitan akan kesulitan untuk mempengaruhi diri. Jika nafsu terdidik, jalan syaitan akan terputus. Yang boleh dilawan dengan dibacakan dengan ayat-ayat Quran adalah apabila syaitan merosak jasad lahir manusia. Jika hal ini terjadi, syaitan dapat dilawan dengan dibacakan Ayat Kursi, Surat An Naas dan lain-lain. Demikianlah menurut dalil atau nashnya. Tetapi jika syaitan menggoda dan merosak hati, bacaan-bacaan itu tidak dapat digunakan lagi. Jika hati rosak, rosaklah seluruh anggota badan. Oleh karena itu, kita tidak perlu merisaukan diri tentang syaitan tetapi didiklah nafsu dan bermujahadahlah. Jika nafsu tidak terdidik maka menjadi mudah bagi syaitan untuk mempengaruhi kita. Oleh karena itu perangilah nafsu, niscaya serangan syaitan akan tertahan.

Nafsu juga diperlukan untuk manusia. Namun berhati-hatilah. Kerana nafsu, manusia boleh jadi akan kecewa, celaka dan masuk Neraka. Tapi nafsu juga akan menjadi alat untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia sebelum sampai ke Akhirat.

Ketika Allah menciptakan akal, Allah bertanya kepada akal, “Siapakah kamu, siapakah Aku ?” Jawab akal, “Saya hamba, Engkau Tuhan.” Kemudian Allah memerintahkankan akal agar maju ke depan dan mundur ke belakang. Akal mematuhi perintah Allah. Hal ini menunjukkan bahawa akal begitu taat kepada Allah.

Kemudian Allah menciptakan nafsu. Ketika Allah bertanya kepada nafsu, “Hai nafsu, siapa engkau, siapa Aku ?” Nafsu menjawab dengan sikap membantah, “Engkau Engkau, aku aku.” Karena itulah Allah murka kepada dan kemudian Allah memberikan didikan kepada nafsu agar insaf. Allah memasukkan nafsu ke Neraka selama 100 tahun, ia dipukul dan dibakar hingga hangus menjadi arang. Kemudian setelah nafsu dikeluarkan dari neraka, Allah bertanya lagi kepadanya, “Siapa engkau, siapa Aku?” Setelah semua itu, barulah nafsu mengenal Tuhannya, ia menjawab, “Engkau Tuhan, aku hamba”

Ketika Allah menciptakan Nabi Adam as, Allah memasukkan akal dan nafsu ke dalam dirinya. Ketika Nabi Adam datang ke bumi, keturunan manusia bertambah banyak. Maka peranan nafsu dan akal tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Kemungkaran yang terjadi di atas muka bumi ini adalah dari nafsu, bukan dari akal.

Kerana akal dan nafsu ada dalam diri manusia, maka terjadilah pertentangan antara satu sama lain. Peperangan nafsu dan akal tidak pernah ada henti-hentinya. Kadang-kadang nafsu yang menang, kadang-kadang akal menang. Buktinya, jika kita berhadapan dengan perbuatan yang baik, maka nafsu akan menolaknya dan mengajak kepada kejahatan sedangkan akal mengajak kepada kebaikan. Kalau kita mengikuti nafsu, ertinya kita kalah. Sebaliknya, jika kita mengikuti akal maka kita menang.

Namun bagaimanapun nafsu tetap diperlukan oleh manusia. Bila nafsu musnah, manusia juga akan musnah. Sebagai contoh adalah nafsu makan. Nafsu makan tidak akan hilang kerana merupakan fitrah alami manusia. Jika nafsu makan tidak ada, manusia akan mati. Begitu juga dengan nafsu terhadap lawan jenis. Jika nafsu ini tidak ada, maka manusia tidak akan berketurunan. Pernah seorang sahabat datang kepada Rasulullah dan memberitahukan bahwa ia ingin membunuh nafsunya agar ia dapat bersungguh-sungguh berjuang. Tetapi Rasulullah melarang kerana Rasulullah sendiri juga berumah tangga dan beliau menyukai jika umatnya mempunyai keturunan yang banyak. Pernah juga ada seorang sahabat yang mengatakan kepada Rasulullah bahwa ia ingin berpuasa terus menerus agar dapat lebih berbakti kepada Allah. Rasulullah juga melarangnya kerana Baginda sendiri juga berpuasa dan berbuka. Rasulullah juga tetap bermasyarakat dan berjuang untuk menegakkan kehidupan di dunia dan dan Akhirat. Jadi, Rasulullah memberi jalan tengah. Nafsu ini tetap diperlukan untuk manusia. Akan tetapi, jangan sampai salah langkah sehingga membawa kita ke Neraka. Rasulullah bersabda tentang nafsu ini,

“Ada dua lubang yang dapat menyebabkan seseorang masuk ke Neraka, yaitu lubang faraj dan lubang mulut.” (Riwayat Tirmidzi)

Nafsu juga dapat kita jadikan kuda untuk ke Syurga. Sebagian orang jika mendengar kata nafsu, hanya terbayang hal-hal yang jahat saja. Sedangkan nafsu itu adakalanya jahat, adakalanya baik. Nafsu akan menjadi baik jika dilatih. Imam Al Ghazali mengibaratkan nafsu itu sebagai anjing, jika dilatih akan menjadi baik..sekian

Wali-Wali Allah Beserta Karamah-Karamah Mereka

Orang Muslim beriman bahwa Allah Ta'ala mempunyai wali-wali dari hamba-hamba-Nya yang Dia pilih untuk beribadah kepada-Nya, menjadikan mereka taat kepada-Nya, memuliakan mereka dengan memberikan cinta-Nya kepada mereka, dan memberikan karamah-karamah-Nya kepada mereka.
Allah Ta'ala adalah wali mereka yang mencintai dan mendekatkan mereka. Sedang, mereka adalah wali-wali Allah Ta'ala yang mencintai-Nya, mengagungkan-Nya, memerintah dengan perintah-Nya, melaksanakan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, melarang dengan larangan-Nya, mencintai dengan cinta-Nya, dan marah dengan kemarahan-Nya.

Jika mereka meminta sesuatu kepada Allah Ta'ala, maka Dia memberikan permintaan mereka. Jika mereka meminta pertolongan kepda Allah Ta'ala, maka Dia menolong mereka. Jika mereka meminta perlindungan kepada Allah Ta'ala, maka Dia melindungi mereka. Mereka adalah orang-orang beriman, orang-orang bertakwa, orang-orang yang memiliki karamah, dan orang-orang yang memiliki khabar gembira di dunia dan akhirat.

Setiap orang mukmin dan bertakwa adalah wali Allah Ta'ala. Hanya saja, tingkatan mereka berbeda tergantung kepada ketakwaaan mereka dan keimanan mereka. Siapa saja yang beriman dan ketakwaannya sempurna, maka kedudukannya di sisi Allah Ta'ala tinggi dan karamah-Nya lengkap. Pemimpin para wali adalah para rasul dan para nabi. Dan sesudah mereka adalah kaum Mukminin.

Karamah-karamah yang terjadi kepada wali-wali Allah Ta'ala dari kaum Mukminin, seperti makanan sedikit menjadi banyak, atau menyembuhkan sakit, atau menyelam di laut, atau tidak terbakar oleh api, adalah sejenis mukjizat. Bedanya, mukjizat terjadi setelah adanya tantangan. Contoh tantangan ialah seperti tantangan Rasulullah saw. kepada orang-orang Quraisy, "Bagaimana menurut kalian, jika aku mendatangkan ini dan itu, apakah kalian membenarkanku? Jika tidak, Allah akan menyiksa kalian karena kalian tidak beriman, padahal mukjizat telah diperlihatkan kepada kalian." Sedang, karamah tidak. Karamah terbesar ialah konsisten melaksanakan perintah-perintah yang disyariatkan, dan menjauhi hal-hal haram serta larangan-larangan.

Dalil-Dalil Wahyu

1. Penjelasan Allah Ta'ala tentang wali-wali-Nya, dan karamah-karamah mereka dalam firman-firman-Nya, seperti firman-firman-Nya berikut.
* "Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah yang demikian itu adalah kemenangan yang besar." (Yunus: 62-64)
* "Allah pelindung (wali) orang-orang beriman, Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman)." (Al-Baqarah: 257)
* "Dan mereka bukanlah orang-orang yang berhak menguasainya? Orang-orang yang berhak menguasai(nya), hanyalah orang-orang yang bertakwa." (Al-Anfal: 34)
* "Sesungguhnya pelindungku (waliku) ialah Allah yang telah menurunkan Al-Kitab (Al-Qur'an) dan Dia melindungi orang-orang yang shalih." (Al-A'raf: 196)
* "Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkinan dan kekejian sesungguhnya Yusuf termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih." (Yusuf: 24)
* "Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka." (Al-Isra': 65)
* "Setiap Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria berkata, ‘Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?' Maryam menjawab, ‘Makanan itu dari sisi Allah'." (Ali Imran: 37)
* "Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan. Kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelah oleh ikan paus besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah. Niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit." (As-Shaffaat: 139-144)
* "Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah, ‘Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu." (Maryam: 24-26)
* "Kami berfirman, ‘Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim.' Mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka itu orang-orang yang paling merugi." (Al-Anbiya: 69-70)
* "Atau kamu kira bahwa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, 'Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).' Maka kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu." (Al-Kahfi: 9-12)
2. Penjelasan Rasulullah saw. tentang wali-wali Allah Ta'ala, dan karomah-karomahnya mereka dalam hadits-haditsnya, seperti dalam hadits-hadits berikut ini.
* Sabda Rasulullah saw. yang beliau riwayatkan dari Allah Azza wa Jalla yang berfirman, "Siapa memusuhi wali-Ku, Aku mengumumkan perang terhadapnya. Hamba-Ku tidak mendekat kepada-Ku dengan sesuatau yang paling aku cintai daripada apa yang Aku wajibkan kepadanya. Hamba-Ku tidak henti-hentinya mendekat kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah hingga Aku mencintainya. Jika aku telah menintainya, Aku menjadi telinganya di mana ia mendengar dengannya, Aku menjadi matanya di mana ia melihat dengannya, Aku menjadi tangannya di mana ia bertindak dengannya, dan Aku menjadi kakinya di mana ia berjalan dengannya. Jika ia meminta sesuatu kepada-Ku, Aku pasti memberi permintaannya. Jika ia meminta perlindungan kepada-Ku, Aku pasti melindunginya." (Diriwayatkan Al-Bukhari).
* Sabda Rasulullah saw. dalam haditsnya yang beliau riwayatkan dari Allah Ta'ala yang berfirman, "Aku pasti balas dendam bagi wali-wali-Ku seperti balas dendamnya singa yang marah."
* "Sesungguhnya Allah mempunyai orang-orang jika mereka bersumpah dengan Allah, maka Allah pasti mengabulkan sumpahnya." (Muttafaq Alaih).
* "Sungguh pada umat-umat sebelum kalian terdapat orang-orang muhaddatsun (orang yang diberi ilham kebenaran di mulut mereka). Jika di umatku terdapat salah seorang dari mereka, maka dialah Umar bin Khaththab." (Muttafaq Alaih).
* "Seorang wanita menyusui anaknya, kemudian ia melihat seorang laki-laki mengendarai kuda molek, ia pun berkata, ‘Ya Allah, jadikan anakku seperti itu.' Kemudian anak yang disusuinya menoleh ke arah orang tersebut, dan berkata, ‘Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia'." (Muttafaq Alaih). Ucapan anak yang masih menyusui tersebut adalah karamah bagi ayahnya, dan bagi dia sendiri.
* Sabda Rasulullah saw. tentang kisah ahli ibadah Juraij, dan ibunya, ketika ibunya berkata, "Ya Allah, jangan matikan dia (Juraij) hingga Engkau memperlihatkan padanya wajah wanita-wanita pelacur." Allah Ta'ala mengabulkan doa ibu Juraij sebagai karamah dari-Nya kepadanya. Ahli ibadah, Juraij berkata -ketika ia dituduh bahwa bayi haram adalah anaknya- kepada bayi tersebut, "Siapa ayahmu, nak?" Bayi tersebut menjawab, "Ayahku adalah pengembala kambing." (Diriwayatkan Al-Bukhari). Ucapan bayi tersebut adalah karamah bagi Juraij.
* Sabda Rasulullah saw. tentang tiga sekawan yang tertahan di dalam gua karena batu menutup pintunya, kemudian mereka berdoa kepada Allah Ta'ala dan mendekat kepada-Nya dengan amal perbuatan mereka. Allah Ta'ala pun mengabulkan doa mereka, dan membukakan pintu gua bagi mereka, hingga mereka dapat keluar daripadanya dengan selamat. Itu adalah karomah mereka. (Muttafaq Alaih).
* Sabda Rasulullah saw. tentang pendeta dengan muridnya. Beliau berkisah bahwa murid pendeta tersebut melempar batu ke hewan yang menghalangi perjalanan manusia, kemudian hewan tersebut mati, dan manusia pun bisa berjalan kembali dengan normal. Itu adalah karamah bagi murid tersebut. Raja ketika itu berupaya membunuh sang murid dengan berbagai cara, namun semuanya gagal. Bahkan, mereka melemparkanya dari gunung tinggi, namun sang murid tidak mati. Raja melempar sang murid ke laut, namun ia keluar daripadanya dengan berjalan dan tidak mati. Itun semua adalah karamah bagi sang murid yang beriman dan shalih. (Diriwayatkan Al-Bukhari).
3. Penglihatan langsung ribuan ulama terhadap para wali dan karamah-karamah mereka yang tidak bisa dihitung (sebagian besar karomah-karomah ini disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari, Sunan-Sunan yang shahih, dan atsar-atsar yang diterima dengan mutawatir).
* Diriwayatkan bahwa para malaikat mengucapkan salam kepada Imran bin Hushain r.a.
* Salman dan Abu Darda' Radhiyallahu Anhuma makan di salah satu piring, kemudian piring tersebut, atau makanan yang ada di dalamnya bertasbih.
* Khabbab r.a. ditawan di Makkah, kemudian ia diberi anggur oleh seseorang yang kemudian ia makan, padahal di Makkah tidak ada anggur.
* Al-Barra' bin Azib, jika ia bersumpah dengan sesuatu kepada Allah Ta'ala, maka Dia mengabulkannya. Di Perang Al-Qadisiyyah, ia bersumpah kepada Allah Ta'ala, agar Dia membuat kaum Muslimin bisa memenggal kepala orang-orang musyrikin. Dan ia orang yang pertama kali syahid di dalamnya. Permintaan Al-Barra' bin Azib tersebut betul-betul terkabul.
* Ketika Umar bin Khaththab r.a. berkhutbah di atas mimbar Rasulullah saw., tiba-tiba ia berkata "Hai Sariyah, ke gunung! Hai Sariyah, ke gunung!" Umar bin Khaththab memberi pengarahan kepada komandan pasukan yang bernama Sariyah, dan Sariyah pun mendengar suara Umar bin Khaththab. Kemudian pasukan bergerak ke gunung. Itu adalah kemenangan mereka, dan kekalahan musuh-musuh mereka, kaum musyrikin. Ketika Sariyah pulang ke Madinah, ia bercerita kepada Umar bin Khaththab dan para sahabat, bahwa ia mendengar suara Umar bin Khaththab yang diucapkan di atas mimbar Rasulullah saw.
* Jika Al-Ala' bin Al-Hadhrami r.a. berkata dalam doanya, "Wahai Dzat Yang Maha Mengetahui, Wahai Dzat Yang Maha Bijaksana, Wahai Dzat Yang Maha Tinggi dan Wahai Dzat Yang Maha Agung," maka doanya dikabulkan Allah Ta'ala. Bahkan, ketika ia dan pasukannya mengarungi lautan, maka pelana kuda-kuda mereka tidak basah.
* Hasan Basri mendoakan keburukan kepada orang yang menyakitinya, kemudian orang tersebut meninggal dunia saat itu juga.
* Salah seorang dari An-Nakh'i sedang mengendarai keledainya, tiba-tiba keledainya mati dalam perjalanannya. Kemudian ia berwudhu, shalat dua rakaat, dan berdoa kepada Allah Azza wa Jalla. Tiba-tiba Allah menghidupkan kembali keledainya, kemudian ia letakkan barangnya di atas keledainya lagi. Dan karamah-karamah lainnya yang tidak bisa dihitung, dan disaksikan ribuan manusia, bahkan jutaan manusia.

Sumber: Diadaptasi dari Abu Bakr Jabir al-Jazairi, Minhaajul Muslim, atau Ensiklopedi Muslim: Minhajul Muslim, terj. Fadhli Bahri (Darul Falah, 2002), hlm. 75-81.

Monday, June 1, 2009

DARI HAL WALI DAN KEWALIAN

Para wali adalah kekasih2 Allah, golongan yang amat hampir dengan Allah [muqarrabin]. Allah jelaskan dalam satu hadis qudsi bahawa mereka itu mendengar dengan pendengaran Allah, melihat dengan penglihatan Allah dan berkata2 dengan perkataan Allah. Memuliakan mereka bererti memuliakan Allah manakala menghina mereka bererti juga menghina Allah. Hingga ada ulama berkata, menghina wali Allah dengan kata2 dan sebagainya adalah petanda mati dalam suul khatimah. Wal’iyazubillah.

Sebab itu Allah juga berfirman dalam Hadis qudsi lain :

“Barang siapa memusuhi wali-Ku, maka Aku akan mengisytiharkan perang terhadapnya.”
[Riwayat Al Bukhari]

Berkata seorang ulama yang arif dalam tulisannya bahawa :
“Wali Allah atau kalimah jamaknya aulia Allah. Wali juga ertinya pemimpin. Boleh juga diberi erti kekasih yang dilantik oleh Allah. Jadi seseorang ulama yang mencapai darjat wali Allah ini adalah seorang kekasih Allah yang dilantik oleh Allah untuk memimpin. Wali Allah adalah orang yang paling bersih, murni lahir dan batin dan orang2 suci-Nya.

Ulama Sufi menjelaskan bahawa terdapat bermacam2 jenis atau peringkat wali yang dilantik oleh Allah dengan syarat2 perlantikan yang hanya Allah jua yang mengetahuinya, iaitu :

1. Ghaus [Kutubul Aqthab]
Ghaus adalah gelaran kepada ketua wali di sesuatu zaman. Ketua wali disebut juga Sultanul Aulia. Ghaus cuma seorang untuk satu zaman.

2. Wali Kutub

Istilah jamak [ramai] bagi kutub ialah aktab. Bilangan wali Kutub di setiap zaman ialah empat orang.

3. Wali Najib

Najib bagi gelaran seseorang. Kalau ramai disebut Nujabak. Bilangan mereka di setiap zaman 300 orang.

4. Wali Watad
Jamaknya Autad. Bilangan wali Autad untuk satu2 zaman ialah empat orang.

5. Wali Badal
Jamak bagi Badal ialah Abdal. Bilangan mereka 40 hingga 60 orang untuk sezaman. Ada qaul mengatakan 30 orang, 14 orang dan ada mengatakan hanya tujuh orang sahaja.

6. Wali Naqib
Panggilan ramai bagi Naqib ialah Nuqabak. Bilangan untuk sezaman ialah 40 orang.

Pendapat: Dr Mahmood Al Husaini (Arab Saudi)

Dr. Mahmood bin Abdul Rauf Al Husaini

Khalifah Tarikah Syadziliah
PhD in Mechanical Engineering
-University of Northern Ireland

————————————————–

Pendahuluan

Pertama kali saya mendengar tentang peribadi Ustaz Ashaari Muhammad adalah dari guru saya sendiri yaitu Syeikh Abdul Nasser. Kemudian dalam dua kali kunjungan saya ke Malaysia dan Indonesia, Allah mengizinkan saya berjumpa beberapa kali dengan
beliau. Beberapa kali pertemuan ini mendatangkan kesan yang begitu mendalam di hati saya dan saya pun memetik banyak pelajaran baik secara langsung dari beliau ataupun secara tidak langsung melalui murid-muridnya dan perjuangannya.

Pada tulisan ini akan saya sampaikan beberapa point yang sangat berkesan di hati saya yang tidak dapat saya lupakan sampai sekarang.

1.Perjuangan beliau seperti perjuangan Rasulullah SAW dan para Sahabat

Setelah mengkaji dan memahami dengan jelas struktur kerja dan perjuangan dari perusahaan beliau, saya berkesimpulan bahwa karakteristik perjuangannya sama seperti perjuangan Rasulullah SAW, iaitu membangunkan Islam dalam segala aspek kehidupannya. Beliau membangunkan sebuah jemaah dan berjuang di tengah masyarakat dengan kasih sayang untuk mengenalkan Tuhan agar Tuhan dikenal, dicintai dan ditakuti.

Keberadaan beliau di tengah pengikutnya bagaikan keberadaan Rasulullah di tengah para sahabat. Diantara pengikut beliau akan ada orang-orang yang berwatak seperti Sayidina Abu Bakar yang keyakinannya dan cintanya kepada Rasulullah demikian tinggi, atau seperti Sayidina Umar yang tegas dan pemberani, atau seperti Sayidina Usman yang pemurah atau Sayidina Ali yang pengasih dan menjadi pembela kepada anak yatim dan janda-janda dsb.

2. Beliau Pembangun Sistem Hidup Islam di Akhir Zaman

Beliau juga merupakan seorang pakar dan pengamal ekonomi yang berhasil. Salah satu keistimewaannya adalah konsep ekonomi yang diketengahkan dan diperjuangkannya bukanlah hasil perahan akal.Tidak ada daftar rujukan dalam buku-buku yang telah ditulisnya. Padahal beliau bukanlah seseorang yang pernah mengecap pendidikan rasmi hingga ke peringkat tinggi.

Yang pasti, beliau adalah seorang yang sangat fanatik terhadap Rasulullah SAW.

Baginya konsep ekonomi yang terbaik adalah konsep yang Allah telah berikan melalui Rasulullah SAW.

Tidak aneh bila kemudian Allah ilhamkan kepadanya bagaimana mengaplikasikan konsep ekonomi Rasulllah di akhir zaman ini, sehingga dalam masa yang singkat ekonomi tersebut telah berkembang ke seluruh dunia dengan 500 rangkaian dan bertapak di 18 negara. Melalui platform ekonomi inilah beliau membangunkan sistem hidup Islam lainnya seperti pendidikan, kebudayaan, dakwah dan perhubungan, kesihatan, sosial kemasyarakatan, pertanian, perkilangan, sains dan teknologi dan sebagainya.

Untuk dapat menjayakan sistem hidup Islam Islam, beliau mulakan dengan mendidik dan membawa insan-insan yang terlibat dalam membangun sistem hidup Islam itu kepada Tuhan. Mereka dididik untuk menjadi orang-orang bertaqwa atau mereka yang bersungguh-sungguh untuk menjadi orang bertaqwa.

Mereka dididik untuk menjadi pejuang-pejuang atau mujahidin Allah, bukan sekadar
pekerja biasa yang hanya menunggu gaji atau keuntungan material setiap awal bulan.

Mereka memiliki akhlak yang mulia, cinta pada Allah, jujur, pemaaf, peramah, bertimbang rasa dan sifat terpuji lainnya. Mereka sanggup berkorban apa saja untuk menegakkan hukum-hukum dan aturan-aturan Allah dalam seluruh aspek kehidupan.

3.Beliau tumpuan umat Islam sedunia hari ini

Kerana ketaqwaannya beliau mendapat ilmu dan panduan dari Tuhan cara untuk mendidik manusia dengan mengenalkan mereka kepada Tuhan. Ribuan orang dari seluruh dunia datang menziarahi beliau. Bagi orang2 yg ikhlas, pertama kali berada bersamanya, setiap orang dapat merasakan kebesaran dan keagungan Tuhan. Rasa inilah yang mereka bawa ke tempat mereka.

4. Beliau sangat berkasih sayang
Beliau adalah seorang mursyid bagi murid-muridnya dan merupakan orang yang sangat sensitif dengan Tuhan. Sebagaimana mursyid-mursyid lain, beliau sentiasa mendidik dan menjaga murid-muridnya untuk menjadi Rijalullah @ orang2 Tuhan.

Ia sentiasa menjaga dan melindungi murid-muridnya bagaikan kulit buah yang melindungi buah di dalamnya. Bila buah yang belum masak dimakan, maka akan terasa masam, pahit bahkan dapat menyebab sakit perut bagi orang yang memakannya.
Tetapi kalau sudah masak ia akan nampak cantik dan manis rasanya. Begitu juga dengan murid. Bila murid sudah menjadi seperti yang dikehendaki mursyid mengikut ajaran Rasulullah, maka ia akan menjadi orang yang berguna bagi orang lain dan semua orang menyukainya.
Beliau juga sangat bimbang dengan keselamatan murid-muridnya dan umat manusia se dunia. Beliau akan membela muridnya bila muridnya dihina atau disakiti orang. Tetapi bila dirinya dihina orang, dia tidak mempermasalahkannya.

5. Beliau Bapa Pendidik di Zaman ini
Ketika mengunjungi sebuah sekolah jemaah di lndonesia,saya melihat seorang anak perempuan kecil bertudung cantik yang berumur 4-5 tahun, mungkin masih di sekolah Tadika. Kemudian saya memanggilnya untuk bersalam dengan saya, tetapi dengan tegas tapi hormat ia menjawab,

’Mohon maaf, saya tidak dapat bersalam tangan dengan tuan, sebab tuan bukan mahram saya, Nanti Tuhan marah’.

Saya sangat tersentuh dengan ucapan anak ini yang merupakan salah satu contoh hasil didikan beliau. Setelah saya kaji, saya dapati bahwa dalam mendidik beliau tidak menekankan dulu kepada syariat dan peraturan, tetapi sangat menekankan untuk kenal, cinta dan takut kepada Tuhan. Menurut beliau, bila seseorang kenal Tuhan maka ia akan merasa ber’Tuhan’ di mana saja ia berada. la akan merasa sentiasa di awasi oleh Tuhan, maka ia tidak akan sanggup berbuat jahat, maksiat atau hal-hal yang dilarang oleh Tuhan. Bila manusia kenal Tuhan maka ia akan merasakan betapa banyaknya nikmat dan rahmat Tuhan yang dianugerahkan kepadanya. Maka ia akan terdorong bersyukur kepada Tuhan dan berbuat baik kepada sesama manusia.
Beliau menjadikan Tuhan sebagai pemangkin atau pendorong untuk beramal, berbuat baik dan meninggalkan kejahatan. Dan inilah sebaik-baik pemangkin atau pendorong bagi manusia.

6. Bersama-nya Insya Allah ada pengampunan Allah.

Guru saya, Syeikh Abdul Nasser pernah bercerita bahwa orang yang pernah melihat Rasulullah dijamin masuk syurga. Ada yang bertanya bagamana dengan Abu Jahal/Abu Lahab yang juga sering melihat Rasulullah, apakah mereka juga dijamin Syurga? Sidi menjelaskan tidak, mereka tidak akan masuk syurga sebab mereka melihat Muhammad SAW bukan sebagai Rasulullah tetapi sebagai anak yatim.

Begitu juga murid-murid tarekat dengan Syeikhya, jika mereka melihatnya sebagai orang biasa, suami, ayah atau ulama biasa, mereka tidak akan mendapat kebaikan apa-apa dari nya hatta ia isteri dan anaknya sendiri.
8. Ganjaran buat Ikhwan Rasulullah di Akhir zaman

Suatu hari Rasulullah SAW sedang berada bersama para sahabat. Lalu beliau bersabda :

“Di dalam Firdaus ada sebuah istana yang indah, dengan bertabur berlian, intan,dan mengalir sungai susu”.

Para sahabat bertanya : “Untuk siapa semua ini ya Rasulullah?

Rasulullah SAW menjawab, “Untuk ikhwanku”.

“Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwanmu?”

Rasulullah SAW menjawab : “Bukan, kamu bukan ikhwanku, tapi sahabatku. Ikhwanku adalah orang yang yakin denganku dan berjuang untuk menegakkan sunnahku, walau mereka tak pernah berjumpaku”

Sahabat-sahabat boleh berjumpa Rasulullah, boleh mengambil berkat, mengambil pengajaran langsung, dsb. Tetapi ikhwan, mereka tak berjumpa Rasulullah, tetapi mereka sangat yakin, dan ikut berjuang menegakkan ajaran Rasulullah SAW.

9. Tingginya makam Abu Bakar sebab cintanya yang mendalam kepada Rasulullah

Suatu hari sahabat bertanya kepada Rasulullah tentang keistimewaan Abu Bakar ra. Rasulullah SAW menjawab : “Di dalam hati Abu Bakar ada semua yang kupunyai, kecuali kerasulan”

Guru saya, Sidi Abdul Nasser menerangkan bahwa Saiyidina Abu Bakar r.a ada pada kedudukan tertinggi, bukan kerana ibadahnya, solat malamnya, pengorbanannya yang habis-habisan dsb, tetapi kerana kecintaannya pada Rasulullah SAW.

Ba’da Isya setelah berpisah dengan Rasulullah SAW, di rumahnya yang terletak hanya
beberapa puluh meter dari rumah Rasulullah, beliau duduk sambil melipat dan memeluk kakinya dan menangis : “Ya Habibi, ya Rasulullah..” sambil terus menangis sampai pagi.

“Ya Rasulullah, bilakah malam berakhir?

“Bagaimana saya mahu tidur kerana terpisah dengan Rasulullah?”.

Padahal Sayidina Abu Bakar tidak berjumpa Rasulullah hanya 4 jam saja
Begitulah tingginya makam seorang murid di sisi Allah adalah yang paling cinta kepada kepada gurunya.

Tentang Penulis

Dr. Mahmood bin Abdul Rauf Al Husaini, MEng lahir di Madinah, Arab Saudi, dan dibesarkan dalam bimbingan keluarga Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan Tarikat Syadziliah. Beliau masih keturunan Rasulullah SAW, baik dari pihak ibu mahupun dan pihak ayah (Hussaini).

Dr. Mahmoud mendapat pendidikan tinggi di United Kingdom dan memperolehi PhD pada tahun 1996 dari University of Northern Ireland, dalam bidang Mechanical Engineering. Beliau bekerja sebagai Senior Manager di sebuah syarikat petroleum yang terbesar di dunia, di Arab Saudi. Selain seorang jurutera, beliau juga pengamal tarekat Syadziliah. Beliau telah menjadi khalifah (ke-50) tarekat Syadziliah sejak tahun 1989.Dr. Mahmoud juga telah mendapat ijazah hadis dari Syeikh Muhd. Yassin Al Padangi, seorang ulama hadis terbesar akhir zaman yang menguasai puluhan ribu hadis dengan sanad dari Rasulullah SAW.

Pendapat: Prof Dr Hisyam At Tamimi

Beliau Mujaddid di Kurun ini
Prof. Dr. Hisyam At Tamimi

Pensyarah Kuliah Syariah Islam, Universiti Jordan, Amman Jordan

—————————————————————————————

Saya mengenal Ustaz Ashaari Muhammad di akhir tahun 80-an di Amman, Jordan. Pada masa itu beliau mulai mengembangkan dakwah dan perjuangannya melalui jemaahnya secara intensif di luar Malaysia, termasuk Jordan, Mesir, Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya.

Mula-mula saya sangat terkesan dengan peribadi dan akhlak beliau yang seperti saya juga keturunan At Tamimi. Akhlaknya begitu lembut, penyayang, pemurah, sabar, berkarisma, gigih dan lain-lain.

Setelah berbicara dengannya yang menceritakan pandangannya tentang Islam dan perjuangannya, fikiran dan hati saya semakin terbuka.

Perjuangan beliau ternyata amat besar. Beliau membangunkan model Islam yang kaafah dalam seluruh aspek kehidupan manusia, mulai dari diri, keluarga, ekonomi,
pendidikan, kebudayaan, pertanian, perdagangan, penerangan dan lain-lain.

Minda-minda beliau tentang Islam begitu global, indah, cantik dan sangat praktikal. Yang lebih berkesan lagi,b eliau tidak hanya mengatakan atau menuliskan minda-mindanya, tetapi ia amalkan dan perjuangkannya.

Bahkan menjadi hidup matinya.

Beliau mengajarkan kepada pengikutnya untuk menjadikan seluruh kegiatan mereka sehari-hari sebagai ibadah kepada Allah. Beliau tidak membataskan ibadah itu hanya dengan mengerjakan solat, membayar zakat, puasa dan haji, tapi beliau perluaskan. Menurutnya, dengan berekonomi, melaksanakan aktiviti pendidikan, kebudayaan, pertanian, bina insan, perdagangan dan lain-lain yang sangat diperlukan oleh umat Islam dapat menjadi ibadah fardhu kifayah atau ibadah secara umum dan
perjuangan mengajak diri dan manusia menuju Allah SWT.

Maka tertanamlah semangat yang besar, kegigihan yang tinggi dalam diri setiap pengikut beliau untuk berjuang dan bekerja sungguh-sungguh membangunkan model Islam.

Aktiviti jemaah remaja di Amman Jordan, [dalam bahasa Arab, sarikata Bahasa Melayu]

Tidak hairan dalam masa yang singkat, bantuan Tuhan turun mencurah-curah, sehingga projek-projek beliau bertebaran tidak hanya di Malaysia atau Asia Tenggara, bahkan di seluruh dunia. Semuanya dibuat untuk mencari redha dan kasih sayang Tuhan.

Sungguh aneh mendengar minda-minda beliau tentang Islam yang begitu global, indah dan cantik. Pandangan ini keluar dari seorang ajam yang tidak berpendidikan tinggi, kurang fasih berbahasa Arab, bukan keluar dari ucapan atau tulisan para ulama, Professor atau doktor di Jordan, Mesir atau negara timur tengah lainnya.

Pandangan beliau tentang berbagai hal dalam Islam kadangkala sangat berbeza dengan pandangan ulama-ulama lain baik di zaman ini atau di zaman-zaman sebelum ini.
Tetapi kalau kita memahami peribadi beliau yang sangat bertaqwa, tidaklah hairan mengapa ilmu minda beliau demikian hebat, kerana dalam Al Quran disebutkan bahwa Allah akan mengajar dan memberi ilmu kepada orang-orang yang bertaqwa. Beliau mendapat ilmu dari Allah.

Kalaulah kepada lebah saja Allah ilhamkan, tentulah ilmu yang beliau peroleh juga merupakan ilham dari Tuhan.

Ketika mendengar ujian yang Allah berikan kepada beliau dan jemaahnya melalui kerajaaan Malaysia yang mengharamkan, membubarkan, menyita seluruh aset, menyesatkan serta dan memenjarakannya, saya semakin yakin bahwa yang beliau
perjuangkan adalah kebenaran. Kerana hal ini merupakan sunnah pejuang kebenaran dan ia telah berlaku kepada para nabi, rasul dan pejuang-pejuang kebenaran lainnya.

Allah berfirman dalam Al Qur’an:

“Beginilah yang kami jadikan kepada setiap Nabi, musuh dari syaitan dari jin dan manusia yang membisikkan kepada sebahagian mereka dengan kata-kata yang indah untuk menipu mereka”.

Begitu juga dengan para Wali yang mengikut jalan Nabi juga didatangkan musuh yang sama. Tapi saya yakin Insya Allah selepas ini beliau akan Allah hadiahkan
kemajuan dan kemenangan yang besar.

Selain itu , Insya Allah saya akan kekal bersama beliau dan akan membantu beliau seperti Nabi Harun membantu Nabi Musa. Saya akan bersama beliau dalam semua perkara.

Saya yakin beliau diberi ujian yang berat oleh Allah, kerana beliau seorang wali Allah. Hadis ada berkata; “Orang yang paling berat diuji adalah para rasul, nabi dan wali-wali Allah kemudian mengikut taraf iman masing masing “.

Bila iman besar, maka ia akan diuji dengan ujian yang besar. Kekuatan iman beliau besar, sebab itu ujian yang Allah berikan kepadanya juga besar.

Kalau ada peluang saya akan menyarankan kepada beliau untuk membuka asas universiti Islam sebagai asas untuk menjadi universiti Islam antarabangsa. Saya bersedia menyiapkan tenaga pengajar dari seluruh dunia dalam semua bidang. Saya pemah mengatakan hal ini pada beliau ketika di Thailand dulu (1994).

Sebab universiti itu akan menjadi pusat penyebaran minda beliau ke seluruh dunia. Minda ini sangat diperlukan oleh seluruh manusia, tidak kira apa bangsa dan agama, sebab ia merupakan panduan dari Tuhan untuk kehidupan manusia.

Minda ini untuk mendidik manusia secara hak yaitu mengenalkan Tuhan sehingga manusia akan cinta dan takut kepada Tuhan.

Kita sudah lihat hasil didikan beliau Iaitu lahirnya insan-insan yang tangan dan fikirannya sibuk membangunkan dunia tetapi hatinya senantiasa takut kepada Tuhan. Beliaulah tokoh pendidik di abad ini.

Sebenarnya taklim di seluruh dunia Islam, termasuk di pesantren-pesantren dan universiti-universiti Islam sudah gagal, sebab mereka sudah meninggalkan manhaj wali dan tasawuf. Manhaj beliau adalah manhaj wali dan bertujuan menghidupkan agama dalam seluruh aspek kehidupan manusia. Untuk menghidupkan agama mesti dengan tasawuf.

Dunia Islam sudah hancur dan memerlukan seorang Mujaddid. Insya Allah beliau adalah mujaddid di kurun ini dan kita akan bersama tajdidnya.

Saya lihat Malaysia dan Indonesia merupakan tapak yang subur untuk menanam benih Islam. Matahari terbit dari sana (Timur), sehingga cahaya pun datang dari sana, dari Timur ke barat.

Alhamdulillah saya bersyukur untuk murid-murid atau staff yang masih kekal bersama beliau. Dari 10 000 hanya tinggal 500 orang saja. Tetapi saya yakin kualiti yang 500 orang ini lebih baik dari yang 10 000 orang dahulu. Mereka akan mendapat kemulian bersama beliau.

Biarlah yang pergi itu, pergilah. Tidak ada masalah, inilah dunia.

Para Rasul dan Nabi dulu, juga ditinggalkan orang. Seperti Bani Israil yang pernah berkata kepada Nabi Musa, “Pergilah engkau berjihad dengan Tuhan engkau, kami hanya akan duduk di sini”.

Mungkin yang kekal bersama Nabi Musa lebih sedikit dari pada yang kekal bersama beliau.

Yang lebih mengejutkan lagi beliau menceritakan bahwa perjuangan yang sedang lagangkan ini adalah untuk menagih janji Tuhan yang diucapkan melalui lidah Rasulullah SAW bahwa Islam akan bangkit dan gemilang kembali sehingga akan menguasai dunia dan membawa dunia kepada keamanan, kedamaian, keharmonian, kasih sayang dan kemakmuran di bawah pimpinan Imam Mahdi.

Kebangkitan ini akan bermula dari Timur iaitu Malaysia dan Indonesia yang diasaskan oleh seorang yang juga dijanjikan oleh Allah melalui lidah RasulNya yaitu Fata at Tamimi.

prayersmuslimchina.jpg

Mendidik Manusia Melalui Sembahyang

Dalam mendidik hati manusia, beliau mulakan dengan mengenalkan Allah sehingga terasa kewujudan Allah dalam hati, kemudian menyempurnakan dan memperhaluskan sembahyang. Inilah perkara yang paling baik. Kebanyakan manusia masuk sembahyang dan keluar dari sembahyang tanpa tahu apa yang mereka lakukan, sebab mereka tidak atau kurang menghayati sembahyang mereka.

Beliau mengajak manusia untuk sungguh-sungguh mengusahakan rasa bersama dan bertemu dengan Allah dalam sembahyang mereka.

Dalam kuliah sembahyangnya yang tajdid yang saya sudah mengikutinya dari murid-muridnya, beliau memberitahu bagaimana bila berada dalam sembahyang dan apa yang dikata dalam sembahyang kerana orang yang masuk ke dalam sembahyang
mestilah memutuskan hubungannya dengan dunia dan masuk ke dalam alam Tuhan.

Ini kata-kata wali.

Saya teringat satu kisah seorang ulama fikh yang bertanya kepada seorang ulama sufi dengan tujuan untuk mempersendakannya. “Apa hukum orang yang lalai dalam solat?”

Ulama sufi itu bertanya pula, “Pada kami atau pada kamu?”.

Ulama fikh bertanya, “Apakah ada dua mazhab?”

Jawab ulama sufi, “Betul.”

Kata ulamak fikh, “Apa hukumnya dalam kedua-dua mazhab itu?”

Ulama sufi menjawab,”Kalau pada kamu cukup sujud sahwi sudah selesai, tapi pada kami layaknya dia dibunuh atau dipotong kepalanya, kerana dia sedang menghadap dan bercakap-cakap dengan Tuhan, tiba-tiba dia lari dan pergi pada orang lain. Orang begini layak dipenggal kepalanya. ”

Beliau inginkan sembahyang yang seperti ini. Ini kata-kata yang agung dan tidak ada kata-kata yang lebih agung dari padanya. Tajuk sembahyang seperti yang beliau kupas tidak ada lagi di dunia ini sekalipun di universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi Islam, melainkan hanya ada pada orang-orang tasawuf dan wali-wali Allah.

Solat beliau untuk Allah. Kerana itu kita perlu orang yang menyembah Allah seperti beliau, kerana dia akan membawa kita kepada Allah, Tuhan yang sebenar, bukan kepada
dunia.

Akibat Memusuhi Wali Allah

Sejarah berulang kembali, banyak orang seperti Al Hallaj dan Ibnu Arabi yang menghadapi tentangan tetapi akhirnya kemenangan untuk mereka.

Allah berfirman “Barangsiapa yang memusuhi waliKu, Aku isytihar perang terhadapnya”.

Tiada yang lebih dahsyat daripada perang melawan Allah. Seperti yang terjadi pada Anwar Ibrahim, yang terjadi pada dirinya bukan peperangan dari wali Allah yang dijatuhkannya tetapi dari Allah.

Ini satu yang pelik, ini pedang Allah. Manusia sangka mereka kuat tapi pedang Allah lebih gagah. Yang paling berat adalah memerangi wali Allah seperti beliau.

Kalau kita tidak mahu bantu dia, diam saja dan perangi kemungkaran dengan cara kita, bukan malah memerangi kebaikan yang beliau perjuangkan. Saya yakin dengan Allah, kemenangan beliau hampir tiba.

Allah berfirman,

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah sedangkan Allah lah yang menyempurnakan cahayanya walaupun orang kafir/ingkar tidak suka”

Insya Allah.