This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, June 6, 2009

MENGAPA IBADAH TIDAK MEMBANGUNKAN INSANIAH?

Mengapa ibadah tidak dapat membangunkan peribadi-peribadi umat Islam hari ini menjadi seperti peribadi-peribadi agung para Sahabat serta salafussoleh zaman dahulu? Umat Islam bersembahyang, tapi masih suka bergaduh. Mereka berpuasa, naik haji, membayar zakat, tetapi masih memfitnah, mengadu domba, hasad dengki, dendam, bakhil, tamak dan lain-lain. Mengapa terjadi demikian, sedangkan sepatutnya dengan beribadah, umat Islam akan menjadi semakin baik dari hari ke hari dan semakin maju dan bersatu padu?

Sebenarnya sejak beberapa ratus tahun yang sudah, terutama setelah penjajah memerintah negara-negara umat Islam, para-para pendakwah dan juga para ulama sudah tersilap cara dalam mengenalkan Islam. Mereka mengenalkan syariat dulu, tetapi tidak memperkenalkan Tuhan. Sedangkan syariat itu cara berhubung dengan Tuhan. Ertinya, cara berhubung dengan Tuhan ditunjuk, tapi Tuhan itu sendiri tidak dikenalkan. Kalau Tuhan itu disebut pun sedikit sangat. Sebab itu sembahyang, puasa, haji, wirid, zikir dan lain-lain tidak berkesan, kerana orang beribadah tapi sudah kehilangan Tuhan.


Cuba kita baca sejarah perjuangan Rasullullah SAW. Baginda Berjuang selama 23 tahun. Apa yang Rasulullah sampaikan hanya dua aspek.

Pertama , tentang aqidah iaitu tentang Tuhan.
Kedua , tentang syariat.

Tuhan hanya satu, sedangkan syariat beribu jenis; ada yang sunat, ada haram, ada makruh, ada fadhoilul a`mal.

Kalau kita tidak rujuk dengan sejarah, tentu kita rasa Rasulullah memperkenalkan syariat lebih lama daripada memperkenalkan Tuhan. Sebaliknya kalau kita kenang kembali sejarah perjuangan Rasulullah SAW dalam memperkenalkan Tuhan, sehingga bukan saja orang beriman dengan Tuhan, tapi datang rasa cinta, kasih dan takut kepada Tuhan, adalah selama 13 tahun. Padahal syariat yang begitu banyak, Rasulullah ambil masa hanya 10 tahun. Sebenarnya tidak sampai 10 tahun, iaitu 9 tahun lebih sedikit saja. Dalam tempoh 10 tahun memperkenalkan syariat itu Rasulullah masih terus memperkatakan tentang Tuhan. Ertinya keseluruhan hidup 23 tahun itu, Rasulullah memperjuangkan Tuhan. Secara relatifnya amat pendek masa yang digunakan untuk memperkenalkan syariat.

Di sini kita nampak, apa erti perjuangkan syariat tetapi tidak kenal Tuhan. Tidak ada kesan apa-apa. Sebab itu orang yang beribadah dengan orang yang tidak beribadah, sama saja. Kalau orang yang tidak sembahyang, tidak wirid, tidak baca Quran buat rasuah, itu tidak hairan. Tapi orang yang masih beribadah sama sahaja. Bahkan ampun maaf, di akhir zaman ini sumber fitnah yang paling besar berlaku di masjid. Kalau dulu di pasar adalah sumber fitnah, tapi sekarang di masjid.

Padahal masjid tempat sembahyang, tempat orang beribadah, tapi di situlah markas besar fitnah. Inilah hasil beribadah tapi sudah kehilangan Tuhan, cinta dengan Tuhan tidak ada, rasa bertuhan tidak ada, jadi tidak ada kesan apa-apa. Sebab itu bila pergi masjid sangat menakutkan, lebih elok pergi ke pasar. Di pasar, habis-habis pun orang tipu harga dan timbangan tapi orang tidak menyesatkan orang lain dan tidak memfitnah orang lain dengan ayat Quran dan Hadis.

Jadi kalau Tuhan tidak dicintai, macam mana kita hendak cinta dengan orang. Apa jasa orang dengan kita? Tuhan yang berjasa dengan kita pun kita tidak cinta. Padahal ulama, pemimpin, masing-masing melaungkan mari bersatu, berpadu, tapi ini nonsense. Bersatu dan berpadu anak kuncinya ialah cintakan Tuhan.

Mengapa perlu diutamakan penekanan terhadap Tuhan, kemudian baru syariat-Nya? Contohnya, anak-anak umumnya akan sangat cinta dengan mak ayahnya tanpa perlu susah payah disuruh, betapalah kalau disuruh, betapa seronoknya dia berkhidmat dengan mak ayahnya. Tapi kalau dengan mak ayah dia sakit hati makin disuruh makin sakit hati, kerana dia tidak cinta pada mak dan ayahnya.Begitulah dengan Tuhan, kalau bercinta dengan Tuhan, bukan sahaja syariat Tuhan itu diamalkan dan dihayati serta dijunjung tinggi bahkan nyawa pun sanggup orang korbankan untuk Tuhan.

Sebenarnya kalau kita faham, tentang Tuhan memang elok diutamakan dan didahulukan. Tetapi hari ini para ulama, para pendakwah, pejuang-pejuang lebih banyak menceritakan syariat daripada menceritakan Tuhan, sedangkan syariat orang tidak seronok dengar. Kalau ada orang yang mujahadahnya kuat, yang membolehkan dia ikut syairat, tapi syariat itu akan jadi ideologi. Sembahyang, naik hajinya banyak, tapi perangai tidak berubah. Kenapa? Sebab dia beribadah dan bersyariat tapi terputus dengan Tuhan. Dia beribadah itu bukannya sedap, dia berbuat dengan rasa tidak seronok dan rasa terpaksa, sembahyangnya bukan dari hati, hanya kerana berfikir aku orang Islam, terpaksalah dibuat.

Manusia kalau sudah asyik dengan Tuhan, bersyariat pun ketagih. Ertinya payah hendak diungkai walaupun menanggung risiko dan halangan. Cuba tengok orang ketagih rokok. Sedangkan mereka tahu ada risikonya. Tapi oleh kerana ketagih sangat susah hendak ditinggalkan tabiat itu.

Sebab itulah para Sahabat sangat suka bersembahyang. Sembahyang sunat yang paling `lekeh` di kalangan mereka sekurang-kurangnya 100 rakaat sehari semalam. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, "Sembahyang itu cahaya mataku (kesenanganku dan kebahagiaanku)."

Sayidina Ali k.w., ketika bersembahyang sunat dua rakaat, begitu asyiknya dengan Tuhan sehingga apabila dicabut panah yang melekat di betisnya, dia tidak sedar dan tidak terasa sakit sedikit pun.

Sebaliknya kalau Tuhan tidak ditakuti, tidak digeruni bahkan tidak dikenali, syariat-Nya mudah terbarai. Susah sikit saja, bukannya boleh bawa mati, baru kena bisul umpamanya atau kesukaran dalam keretapi, sudah tidak sembahyang.dengan Tuhan, ini merupakan satu kesalahan. Apa ertinya bersyariat kalau tidak ada hubungan dengan Tuhan. Hasilnya sembahyang atau ibadah itu tidak akan dapat membangunkan insaniah seseorang.

AKIBAT TERLAMPAU MENUNTUT HAK

Manusia mempunyai berbagai-bagai hak. Hak-hak yang asas termasuklah hak ke atas agamanya, diri dan jiwanya, akalnya, keluarga dan keturunannya, kehormatannya dan hartanya. Di samping itu manusia juga mempunyai hak ke atas manusia yang lain. Namun begitu, disebabkan oleh hati yang tidak terdidik dengan didikan Islam dan juga disebabkan kurang faham tentang konsep hak ini sepertimana yang dikehendaki oleh Islam, maka manusia telah banyak tersilap dan menyimpang dari jalan yang sebenar.Keadaan bertambah buruk apabila kefahaman tentang pemberian dan tuntutan hak yang diamalkan oleh masyarakat sekular dan yang terdapat di dalam adat resam bangsa terbawa-bawa ke dalam kehidupan masyarakat Islam.

Hak itu telah dianggap sebagai mutlak. Kalau tidak diberi, ia dianggap satu penganiayaan yang besar. Satu kezaliman kubro. Ia boleh dijadikan kes mahkamah. Boleh pula saman menyaman. Kalau menang kes, boleh tuntut ganti rugi sampai jutaan ringgit. Ganti rugi yang dituntut itu pula tidak ada kena-mengena dengan hak asal yang dituntut. Macam-macam jenis ganti rugi dituntut. Ganti rugi malulah. Ganti rugi koslah. Ganti rugi tekanan jiwa dan hilang ketenteraman dan berbagai lagi bentuk ganti rugi yang direka-reka. Akhirnya usaha untuk menuntut keadilan bertukar menjadi satu kezaliman. Para peguamlah yang mengaut untung di atas putar belit ini.

Lahirlah dalam masyarakat sindrom saman-menyaman.Manusia sudah jadi macam tebuan. Silap sedikit, menyengat.Silap sedikit, saman! Hilang sifat redha-meredhai, maaf-bermaafan dan halal-menghalalkan. Ukhwah pecah dan kasih sayang hancur. Di dalam Islam, walaupun seseorang itu mempunyai hak ke atas orang lain, hak ini berlandaskan kepada kemampuan. Tidak wajib atas seseorang untuk melaksanakan hak orang lain ke atas dirinya dalam keadaan dia tidak mampu. Allah pun melepaskannya dari tanggungjawab tersebut dan dia tidak jatuh berdosa kalau tidak mampu melaksanakannya.

Di dalam keadaan begitu, digalakkan pula di dalam Islam agar umatnya redha-meredhai, bertolak ansur, halal-menghalalkan dan maaf-memaafkan. Ganjarannya tetap ada di sisi Tuhan. Dengan ini maka tidaklah wujud tekan-menekan, desak-mendesak dan tuntut-menuntut yang sangat merosakkan
hubungan dan kasih sayang sesama Islam.

Pernah berlaku di dalam sejarah, sepasang suami isteri yang telah lama bernikah. Si suami masih belum dapat menjelaskan mas kahwin yang dia terhutang kepada isterinya kerana terlalu miskin. Setelah lama tinggal bersama dan setelah mendapat beberapa orang anak, si isteri yang tidak sabar sering menuntut mas kahwinnya dari si suami. Malangnya, si suami yang miskin itu tidak dapat juga menjelaskan hutang mas kahwinnya itu. Suatu hari si isteri hilang sabar dan mengadu kepada Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melihat memang nyata suaminya terlalu miskin dan tidak mampu membayarnya. Lalu Baginda mencadangkan adalah lebih baik si isteri menghalalkan sahaja mas kahwin tersebut. Si isteri tetap berkeras, dia tidak bersetuju dan tidak rela. Dia masih berkeras menuntut haknya dan mahukan mas kahwin itu dari suaminya. Memandangkan hal itu, Rasulullah sendiri membayarkan mas kahwin tersebut bagi pihak suaminya. Tetapi sambil Rasulullah SAW membayar mas kahwin itu, baginda bersabda, “Moga-moga tidak ada berkatnya mas kahwin ini.” Rupa-rupanya Allah SWT mendengar sabda Rasulullah itu. Kata-kata kekasih Tuhan, kata-kata seorang Sohibul Azman. Akibat membangkang nasihat Rasulullah, akhirnya isteri itu mati di dalam keadaan kufur tidak beriman

Friday, June 5, 2009

POLITIK YANG DI SALAHERTIKAN

Ramai sekali orang politik yang tidak berpolitik. Mereka ini mendapat untung dari jawatannya tetapi sedikit sekali mem­beri keuntungan kepada negara dan rakyat. Setengah-se­tengah mereka pula bukan saja tidak menguntungkan negara tetapi merugikan dan buat masalah yang besar-besar pada negara. Mereka menggugat perpaduan dan kasih sayang an­tara rakyat. Golongan ini bukan sahaja orang politik yang tidak berpolitik tetapi suka saya istilahkan sebagai orang po­litik yang jadi perosak dan pengacau negara. Tetapi malang sekali rakyat seperti tidak sedar atas penipuan dan kesalahan ini. Rakyat terus digula-gulakan untuk terus mengangkat atau mengundi orang-orang yang berpura-pura itu sebagai ketua atau pemimpin mereka. Hingga begitu sekali dunia politik ini dikotori dan disalahgunakan dengan menjual nama Islam. Islam tidak menyuruh kita berpolitik kotor seperti itu. Islam sangat menjaga kasih sayang. Kasih sayang itu kepunyaan sejagat atau kepunyaan bersama. Semua bangsa, semua etnik, semua fahaman agama memerlukannya .

Sebaliknya terdapat pula golongan manusia yang sibuk membangun dan merancang bermacam-macam projek dan aktiviti seperti membangunkan kompleks pendidikan, eko­nomi, hospital dan klinik, kilang-kilang dan kedai perniagaan, media massa, perkampungan, pejabat, aktiviti ternakan, per­tanian, dakwah, kepimpinan, kebajikan dan lain-lain lagi hing­ga tercetusnya satu sistem masyarakat. Bahkan mereka bagai­kan sebuah kerajaan. Namun mereka diselar sebagai golongan tidak berpolitik. Mereka dikatakan tidak berjuang dan ber­salah kerana menafikan satu aspek penting dalam Islam iaitu politik. Padahal mereka itulah orang politik yang sebenarnya. Walaupun sudah begitu gah dan masyhur perihal pem­bangunan masyarakat dan khidmat-khidmat yang mereka sumbangkan, namun mereka tetap dikatakan bukan golongan politik. Walau sudah jelas kemampuan kepimpinan mereka, pun tetap masih dituduh tidak berpolitik hanya kerana mereka tidak masuk parti politik. Seolah-olah seorang yang dilihat menyangkul, menanam, menjaga dan memetik hasil tanaman, kemudian dia dituduh bukan petani kerana dia tidak masuk institusi pertanian dan tidak ada sijil pertanian. Munasabah­kah?

Begitu sekali tertutupnya fikiran dan mata hati manusia dalam melihat erti politik yang sebenar. Ini adalah kerana kesilapan cara menilai yang sudah dipaksakan atas mereka sekian lama. Mereka hanya difahamkan tentang politik se­kular Barat. Rakyat patut sedar termasuk orang Islam sendiri yang bersikap sedemikian itu bahawa sebenarnya mereka yakni golongan yang disebut di atas itulah orang-orang politik. Wa­laupun pasti golongan mereka tidak didaftarkan sebagai parti politik tetapi hakikatnya merekalah orang politik yang sebenar yang tidak ada parti. Mereka menempuh satu kaedah politik atau satu sistem politik yang berbeza dengan politik Barat. Inilah definisi dan pendekatan politik yang lebih tepat dan bijak. Dan masyarakat perlu diputar fikiran mereka untuk melihat kebenaran ini. Supaya kita tidak selamanya tertipu oleh Barat dan Yahud

KEMANAKAH AKHIRNYA

Akhir ini entah mengapa kemelut dan krisis di kalangan bangsa Melayu kelihatan tidak pernah surut malah semakin menjadi-jadi, lepas satu, satu, ada sahaja isu yang berbangkit dan menyentuh sensitiviti orang melayu. Apatah lagi, baru-baru ini krisis di Perak menjadi seperti satu babak drama yang menyesakkan jiwa dan perasaan melihat perlawanan dan permainan kuasa di kalangan para kepimpinan kepartian. Sehinggakan berlaku satu peristiwa yang mengukir sejarah hitam negara ini bilamana sidang DUN menjadi seperti satu tempat yang persis bagai pasar harian.

Mungkin sudah tiba masanya kita semua melihat situasi ini dengan lebih serius, kerana jika kita masih menganggap ia hanya suatu yang tidak perlu difikirkan dan diberi perhatian, takut-takut apabila kita sedar implikasinya dan impaknya ke atas kita, waktu itu sudah terlambat untuk kita berbuat apa-apa lagi. Seperti kata pepatah melayu , "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidaklah berguna lagi".

Marilah kita renungkan pesanan di bawah ini, agar sama-sama kita cari dan gali dan kita usahakan bersama-sama agar nasib bangsa kita akan terbela.

Wahai bangsa Melayu bangsaku,

Kekuatan orang Melayu bukan pada bangsa dan bukan pada semangat kebangsaan Melayu. Perjuangan ini telah kita lalui terutama sejak merdeka semangat Melayulah yang kita laungkan selalu. Hasilnya juga telah kita tahu.

Begitu lama perjuangan kita atas nama Melayu semakin layu, ekonomi sahaja pun belum selesai lagi hingga kini. Padahal keistimewaan-keistimewaan telah diberi kepada orang Melayu lebih dari perlu hingga bangsa lain iri hati. Namun ekonomi masih terkebelakang lagi, kecuali sesetengah individu Melayu.

Di segi pendidikan dan pelajaran kita bangga di satu segi iaitu selepas merdeka ramai orang Melayu yang pandai dan cerdik, ramai yang ada degri tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari kecuali makan gaji. Ramai yang berilmu tidak ramai yang tawadhuk dan merendah diri. Orang pandai sikap hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yang miskin disuruh kerajaan membela sedangkan orang-orang pandai berdiam diri, tidak peduli.

Di segi politik pula semakin ke hujung semakin tidak stabil, politik wang dan jatuh-menjatuhkan menjadi budaya dan menjadi-jadi. Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki. Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi.Hakikat ini kita terpaksa akui.

Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati iaitu kemajuan di bidang pembangunan amat pesat yang ini kita berpuas hati. Di bidang ini dunia memang akui bahkan iri hati tapi side effect yang negatifnya hasil pembangunan sangat menakutkan. Orang Melayulah yang ramai terlibat dengan gejala yang negatif itu. Dadah orang Melayulah yang ramai terlibat, rasuah orang Melayu yang ramai, budaya lepak anak-anak Melayulah yang banyak.Gangsterisme di sekolah anak Melayu jugalah yang ramai terjebak, sumbang muhram, buang bayi, orang Melayulah yang banyak. Terjebak dengan skin head, black metal, dan budaya liar anak Melayu yang ramai.

Belum lagi kita perkatakan jenayah ragut, ugut, rokok Melayulah yang ramai. Jenayah berat seperti rogol, bunuh, pergaduhan, murtad anak Melayu juga yang ramai. Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga orang Melayu nombor one.

Setelah kita paparkan gejala yang tidak sihat di kalangan orang Melayu bolehkah kita tolak?

Sudah tentu kita terpaksa menerima dengan penuh malu dan dukacitanya dan ini adalah hasil perjuangan orang Melayu dengan semangat kebangsaannya bukan! Sebenarnya kekuatan orang Melayu bukan pada semangat Melayunya. Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam di sinilah kekuatan Melayu seperti orang Arab di zaman Rasul menjadi empayar mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab.Tetapi mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Arab terbela. Bangsa Turki menjadi empayar bukan mereka memperjuangkan bangsa Turki mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Turki terbela.

Mengapa orang Melayu tidak belajar dengan sejarah ini?!

Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam. Mengapa orang Melayu tidak perjuangkan Tuhan dan Islam? Kalau orang Melayu memperjuangkan Tuhan dan Islam, orang Melayu dengan sendiri terbela.

Formulanya, perjuangkan Tuhan dan Islam dalam hidup, insyaAllah, Melayu akan terbela.

KEPENTINGAN MAKANAN HALAL LAGI BAIK

Agama Islam amat mengambil berat tentang makanan yang dimakan oleh umatnya. Justeru, adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang Islam untuk mengambil makanan yang halal lagi baik.

1. Mengapa Halal?

Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal.

a. Perintah Tuhan

Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita.

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
“Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
(Surah al-Baqarah: 168)

Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan:
“Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)

Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)


b. Mengelakkan daripada azab Neraka

Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di Akhirat.

Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya. (Riwayat Thabrani)

Maksud Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)


c. Doa makbul

Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.

Rasulullah bersabda:
“Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda; “Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan.” (Riwayat Thabrani)


d. Diterima Amalan

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.

Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)


e. Hati bersih

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).”


2. Memakan Makanan Dari Orang Bertaqwa

Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud: “Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertaqwa.”

Hadis ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita hendak makan, sebaiknya kita makan makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa ataupun orang soleh. Mengapa dianjurkan sebegitu? Ini adalah kerana:

a. Makanan itu jadi berkat atas kerana tangan orang yang membuatnya itu adalah orang bertaqwa.

b. Makanan itu sudah pasti halal, kerana tidak mungkin orang bertaqwa itu menyediakan makanan yang haram atau mendapatkan makanan itu daripada sumber yang haram.

c. Makanan itu disediakan dengan menyebut nama Allah. Kebiasaan orang bertaqwa memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah. Hadis: “Setiap pekerjaan yang tiada disebut dengan nama Allah, maka hilang berkatnya.”

Sekian.

Thursday, June 4, 2009

AGAMA YANG KHALIS

Tuhan berfirman dalam satu ayat yang pendek:
Maksudnya: "Kepunyaan Tuhanlah agama yang murni itu." (Az Zumar: 3)

Semoga huraian kepada ayat ini menjadi ilmu yang kita boleh fahami, hayati dan applykan dalam kehidupan kita. Ayat ini boleh dihuraikan dalam tiga bahagian:
1. Kepunyaan Tuhan
2. Ad Din
3. Agama yang murni (khalis)

KEPUNYAAN TUHAN
Tuhan memiliki satu khazanah kepunyaan-Nya yang paling berharga. Satu khazanah yang terlalu indah, cantik, selamat dan menyelamatkan. Sewaktu di alam roh, Tuhan telah menawarkan khazanah-Nya yang paling berharga ini kepada bumi, langit dan gunung-ganang. Tuhan telah mempromosi betapa cantik, indah, selamat dan menyelamatkan khazanah ini lalu ia mesti dijaga betul-betul dan dipelihara dengan penuh bertanggungjawab. Dari itu datanglah takut pada bumi, langit dan gunung-ganang. Mereka menolak tawaran Tuhan kerana takut tidak dapat menjaga amanah dan tidak dapat bertanggungjawab.

Maka akhirnya Tuhan menghadapkan khazanah ini kepada roh-roh manusia. Mendengarkan keindahan khazanah itu tanpa rasa cemas terhadap tanggungjawabnya, mereka berkata, "Kami sanggup, wahai Tuhan." Waktu di alam roh, kita mengaku tetapi bila roh masuk ke jasad, kita lupa. Lantas untuk mengingatkan kembali kepada manusia akan amanah yang diberi oleh Tuhan, inilah hikmahnya Tuhan datangkan rasul, nabi, mujaddid dan para ulama ul amilin. Khazanah Tuhan yang berharga itu adalah Ad Din. Ad Din atau agama sebenarnya adalah khazanah kepunyaan Tuhan yang paling berharga.
Rupa-rupanya kita telah berjanji dengan Tuhan di alam arwah (roh) untuk menjaga amanah ini. Satu amanah yang langit, bumi dan gunung-ganang tidak sanggup menerimanya tetapi kita sanggup. Amanah ini adalah Ad Din iaitu agama yang murni.

AD DIN
Ad Din adalah khazanah Tuhan yang cantik, indah, selamat dan menyelamatkan. Ad Din bermaksud agama. Dalam bahasa Sanskrit 'a-' maknanya tidak, 'gama' maknanya berpisah-pisah atau bercaing-caing. 'Agama' ertinya tidak berpisah-pisah, tidak bercaing-caing.

Dalam bahasa Arab, Din itu agama yang bermaksud cara hidup. Maka agama adalah satu cara hidup yang tidak boleh dipisah-pisahkan antara satu sama lain. Ertinya ia berangkai. Kita tidur, itu cara hidup, mesti jadi agama. Bangun dari tidur juga cara hidup, mesti jadi agama. Selepas itu sembahyang Subuh, itu cara hidup yang mesti jadi agama. Sarapan pagi juga cara hidup, mesti dijadikan agama. Kita pergi kerja, itu cara hidup yang mesti jadi agama. Jadi tidur, bangun, aktif bergerak, semuanya adalah aktiviti manusia yang pelbagai bentuk, tetapi ia berangkai, tidak terpisah. Masa juga tidak memisahkannya kerana masa itu bersambung. Rupa-rupanya agama adalah cara hidup yang tidak boleh dipisah-pisahkan.

Janganlah hanya sembahyang, puasa, naik haji jadi agama tetapi di dalam pekerjaan, berekonomi, bermasyarakat, berpendidikan tidak jadi agama. Sedangkan semuanya mesti berangkai. Pergi mengembara jangan terkeluar dari agama. Kita bangunkan ekonomi, itu dunia, itulah juga agama. Di dalam mentadbir, berkebudayaan, kesihatan, perhubungan, jangan ia dipisahkan dari agama.

Apa pun aktiviti hidup mesti kita agamakan. Mesti ada hubung kait dengan Tuhan. Tuhan mahu apa sahaja cara hidup kita sama ada yang lahir atau batin, jangan terkeluar dari agama. Apa pun dibuat mesti jadi agama. Kerana kita telah berjanji kepada Tuhan di alam arwah untuk menerima amanah dan tanggungjawab menjaga agama-Nya. Mampukah nanti di Akhirat kita bertanggungjawab di hadapan Tuhan kalau agama-Nya kita khianati?

Perumpamaan Din itu adalah sebagai jaring. Jaring yang elok boleh mendapatkan sesuatu, contohnya ikan. Tetapi kalau jaring itu sudah bolong merata-rata, tentu tidak dapat ikan. Apa maksud jaring bolong? Iaitu hidup kita dari mula bangun, bekerja, ada yang dijadikan agama, ada yang dijadikan dunia. Ibarat jaring bolong, tidak dapat ikan. Ertinya Islam kita tidak lengkap. Bila tidak lengkap, tidak boleh dapat taqwa. Bila tidak dapat taqwa, inilah rahsianya mengapa umat Islam tidak maju, tidak mendapat bantuan Allah SWT. Sedangkan Allah berfirman dalam Al Quran:
Maksudnya: "Allah jadi pembela bagi orang bertaqwa." (Al Jasiyah: 19)

AGAMA YANG KHALIS (MURNI
Setidak-tidaknya ada dua maksud agama yang murni:
1. Agama yang khalis bermaksud agama yang murni, 'pure' atau tulen. Ertinya tidak boleh sebahagian hidup jadi agama, sebahagian lagi jadi dunia. Bila sudah bercampur hal-hal dunia maka tidak 'pure' lagi agama kita.
Bila sembahyang di masjid, itu banyak hablumminallah. Sedangkan di pasar ada hablumminallah dan ada hablumminannas. Hablumminannas adalah hubungan dengan manusia seperti tidak terlalu berkira, mesra, jujur dan berkasih sayang semasa berniaga. Hablumminallah bermaksud hatinya bersama Allah secara batin sewaktu berniaga. Perniagaan itu diniatkan sebagai suatu ibadah kepada Tuhan dan suatu khidmat kepada manusia. Kiranya ada keuntungan akan disedekahkan kepada jalan Allah. Itu yang dimaksudkan di pasar itu kita beragama.

Apa yang berlaku sekarang sembahyang jadi agama, tapi apabila di pasar sudah bukan agama. Boleh tipu-menipu, tindas-menindas, mengamal riba dan sebagainya. Bahkan sekarang di masjid pun sudah tidak ada agama yang tulen. Di masjid pun hal agama telah dicampur dengan hal dunia. Kadang-kadang hal agama diduniakan. Di pejabat lagilah susah. Khalis itu maksudnya jangan agama dengan dunia dicampur. Manusia telah merosakkan agama Tuhan apabila urusan kehidupan diduniakan.

2. Agama murni yang batin itu bagaimana? Di dalam agama, niat adalah penting. Niat adalah roh ibadah. Kalau niat sudah rosak, rosaklah semuanya.
Peranan niat ini sangat penting. Apa pun yang kita lakukan walaupun sekecil-kecil perkara, jangan diniatkan selain kerana Tuhan. Contoh, "Aku hendak sembahyang jemaah di masjid, Tuhan suka." Kemudian ada pula terselit niat, "Aku suka sembahyang di masjid sebab orang selalu kenduri." Itu sudah tidak khalis. Ada niat kerana Allah, ada kerana hendak makan.

IKHLAS YANG BERCAMBAH
Tuhan hanya menerima apabila agama yang kita sembahkan itu agama yang murni. Jangan ada termasuk kerana selain Allah. Bagi orang yang benar-benar menghayati agamanya, bukan saja dapat khalis yang asas bahkan bercambah lagi. Contohnya, "Saya hendak sembahyang jemaah di masjid kerana itu kesukaan Tuhan. Nanti bolehlah berkasih sayang dan bersilaturrahim. Di masjid itu ramai orang, boleh berbincang tentang Islam, tentang perjuangan. Di sebelah masjid ada restoran, senanglah hendak belanja kawan."
Maka ikhlasnya disuburkan, dicambahkan lagi. Sedangkan kalau kita dapat murnikan niat yang asas pun sudah cukup.

Namun ada orang yang kerana ikhlasnya, niat asalnya bercambah-cambah lagi kerana terlalu menghayati Tuhan. Jadi yang dimaksudkan agama yang khalis itu adalah agama yang benar-benar tulen, sama ada yang lahir mahupun niat yang batin. Hari ini bukan sahaja yang batin, yang lahir pun sudah rosak. Hingga yang bukan agama pun dianggap agama.
Kesimpulannya, yang dikatakan Din atau agama, ialah sesuatu kepunyaan Tuhan, khazanah milik Tuhan yang maknanya adalah cara hidup. Cara hidup itu pula berangkai-rangkai dan tidak boleh dipisah-pisahkan. Dengan maksud seorang itu hendaklah beragama dengan cara hidup yang Tuhan aturkan dan dalam beragama hendaklah ikhlas. Agama tidak boleh dicampurkan dengan ideologi lain atau dengan niat-niat lain. Agama Islam yang khalis itu adalah agama yang murni, pure dan tulen. Ia cara hidup yang tidak berpisah-pisah atau bercaing-caing. Agama Islam yang khalis itulah agama yang selamat dan menyelamatkan.

Wednesday, June 3, 2009

Penolakan Kebenaran oleh Orang Banyak

Berikut ini beberapa kisah di mana orang kebanyakan justru menolak kebenaran, sementara yang menerima kebenaran hanya sedikit saja.
Kisah Nabi Nuh
Bukankah Nabi Nuh as. seorang Rasul yang Ulil Amri, Ulul Azmi yang panjang umurnya, yaitu 1000 tahun, berjuang selama 950 tahun dengan penuh gigih, kesungguhan dan ketabahan, hanya 80 orang saja yang menjadi pengikutnya. Selain dari 80 orang itu sesat. Kalau kita jangankan 950 tahun, 9,5 tahun saja berdakwah, orang tak mau menerima kita, mungkin kita sudah putus asa dalam perjuangan kita. Berbeda dengan Nabi Nuh as. 950 tahun berjuang, berdakwah, menyampaikan ajaran kepada ummah, dia tetap sabar dan tidak kecewa, walaupun hanya 80 orang yang mengikutinya.
Kisah Nabi Musa
Bukankah Allah telah menceritakan bagaimana Nabi Musa as. berjuang dan berjihad, menyampaikan ajaran Islam ke tengah kaumnya, dengan penuh kesabaran dan penuh kegigihan. Ia adalah salah seorang Rasul Ulul Azmi yang begitu gigih, sungguh-sungguh dan diperkuat oleh Allah dengan mukjizat-mukjizat, namun pengikutnya hanya 70 orang yang mau menerima kebenaran. "
Kisah Nabi Isa a.s.
Begitu juga Allah telah menceritakan tentang Nabi Isa as. yang gigih berjuang, sungguh-sungguh menyampaikan ajaran Islam ke tengah kaumnya, dibantu oleh Allah dengan mukjizat-mukjizat yang menunjukkan kebenaran Nabi Isa as., namun hanya 12 orang saja yang menerima kebenaran Nabi Isa as. Itu pun akhirnya salah seorang menyeleweng, bersekutu dengan musuh untuk membunuh Nabi Isa. Karena dia berkhianat, maka Allah tukar mukanya seperti muka Nabi Isa as. Akhirnya orang menangkap Yahuza karena menyangka dia adalah Nabi Isa as., kemudian dia dibunuh dengan cara disalib. "
Kisah Ashabul Kahfi
Begitu juga coba kita baca sejarah yang telah memaparkan kepada kita, sejarah yang terjadi pada bangsa Romawi setelah wafatnya Nabi Isa as. sebelum lahirnya Nabi Besar Muhammad SAW, yaitu yang terjadi di negeri Romawi. Pada waktu itu ada seorang raja yang sangat zalim dan menindas. Namanya Raja Dakyanus. Dia menyembah berhala dan mengajak rakyatnya menyembah berhala. Pada masa raja Dakyanus ini masih ada ulama dari kalangan pengikut Nabi Isa as., yang membaca kitab-kitab Nabi Isa as. Bila datang perintah dari Raja Dakyanus yang mengajak rakyatnya menyembah berhala, kalau kita timbang dengan akal, yang paling menentang waktu itu tentu alim ulama yang membaca kitab, yang masih menyampaikan ajaran Nabi Isa as. ke tengah masyarakat. Tapi ternyata alim ulama pun tak sanggup lagi membendung kehendak raja. Kalaupun mereka tidak mengikuti, setidak-tidaknya mereka membungkam mulut mereka karena takut. Bila ulama diam, sedangkan ulama menjadi contoh, maka di waktu itu banyak manusia yang sesat. Tapi tak terfikir oleh kita ternyata ada beberapa orang pemuda yang sanggup mempertahankan kebenaran, yang tak mau menerima kesesatan itu, sebanyak 7 orang pemuda. Itulah yang dikatakan Ashabul Kahfi, yang diceritakan Allah di dalam Al Qur'an. Mereka itu beberapa pemuda yang beriman dengan Allah SWT, kemudian Allah tambahkan keimanan mereka itu. Akhirnya mereka masuk gua dan Allah tidurkan selama 309 tahun. "
Kisah Rasulullah dan para sahabat
Kalau kita lihat sejarah Rasulullah, seorang bapak Ulul Azmi, orang yang paling dikasihi oleh Allah, diberi mukjizat lebih banyak dari Nabi-Nabi yang lain untuk membantu Rasulullah dan menambah keyakinan masyarakat. Selama 13 tahun Rasulullah berjuang di era Mekkah, hanya puluhan orang yang ikut. Selain dari mereka sesat. Jadi golongan yang sedikit, yang membawa kebenaran, sedangkan golongan yanng banyak sesat. Dalam peperangan Badar, tentara yang membawa kebenaran hanya 313 orang, yang membawa kesesatan 1000 orang. Waktu Sayidina Khalid bin Walid berhadapan dengan Romawi, tentaranya 30.000, sedangkan lawannya 250.000 orang. Itu menunjukkan yang sesat jauh lebih banyak dari yang membawa kebenaran.