Rasulullah SAW dan Khulafaur Rasyidin telah dapat dapat mengislamkan tiga perempat dunia, bermula dengan negara Islam kecil Madinah dan Mekah, bukan melalui proses pilihan raya tetapi melalui kaedah dakwah dan tarbiah. Sedangkan orang-orang politik hari ini mahu mengislamkan dunia dengan menguasai negara melalui sistem kotor pilihan raya secara Barat. Termasuk dalam golongan ini ialah orang politik yang cenderung untuk menegakkan negara Islam.
Sejarah perjuangan Islam sedang berulang di Malaysia. Yakni terdapat gerakan-gerakan Islam yang mahukan pendekatan kepada daulah Islamiah dan empayar Islam melalui motivasi dan pendidikan. Namun masyarakat jadi bingung kerana ada pula pihak yang mendakwa bahawa daulah Islamiah hanya boleh terjadi melalui pilihan raya. Yang mana satukah yang betul? Politik Islam atau politik Barat yang benar-benar dapat menegakkan Islam dan daulah Islamiah?
Untuk memudahkan umat Islam menilai dan mencari kebenaran, saya suka untuk membandingkan hasil pencapaian oleh kedua-dua kelompok ini. Iaitu perjuangan melalui politik dan melalui motivasi dan pendidikan. Politik Islam (melalui motivasi dan pendidikan) sudah berjalan 40 tahun di Malaysia, manakala politik Barat yang diperjuangkan oleh parti Islam sudah menjangkau lebih 50 tahun. Mari kita lihat perbezaan hasil-hasil yang diperolehi oleh kedua-dua bentuk perjuangan politik yang sedang berlaku di Malaysia kini.
1. Mesej Perjuangan
Mesej yang diperjuangkan serta teknik penyampaian pejuang Islam melalui jalan politik Barat hanya menumpukan perhatian kepada mendapatkan kuasa politik. Untuk tujuan memerintah negara atau negeri. Mesej yang disampaikan cuma berkisar di sekitar persoalan daulah, politik, hukum-hukum hudud, qisas serta yang bersifat negara. Tetapi tentang iman, taqwa, akhlak tidak diambil berat. Padahal intipati Islam ialah perkara-perkara yang disebutkan tadi. Orang masuk Syurga kerana tiga perkara tadi. Orang masuk Neraka pun kerana mengabaikan tiga perkara tadi juga. Waktu kempen pilihan raya itu sembahyang pun diabai dan dicuaikan.
Teknik penyampaian mesej yang digunakan ialah melalui ceramah, pidato, kempen secara tulisan, lisan, rakaman kaset dan video. Usaha-usaha serius hanya dibuat di waktu hampir pilihan raya lima tahun sekali. Selepas itu banyak rehat. Matlamatnya ialah menang pilihan raya dan dapat kuasa untuk memerintah. Dari sanalah diharapkan tertegaknya negara atau negeri Islam dan masyarakat Islam.
Sebaliknya pejuang-pejuang Islam melalui motivasi dan pendidikan, menumpukan perhatian kepada individu-individu masyarakat sama ada kepada umat Islam mahupun bukan Islam. Menyeru mereka mencintai Allah dan kehidupan di Akhirat supaya mereka menjalankan hukum Allah dalam diri dan keluarga serta masyarakat. Para pejuang Islam ini berusaha untuk menarik setiap orang supaya kembali ke jalan Allah, taat pada segala titah perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Mesej perjuangan ialah iman dan taqwa.
Dengan iman dan taqwa, masyarakat akan membuat perubahan kepada cara hidup Islam. Dari sana akan terbentuk masyarakat Islam dan negara Islam. Siapa yang berkuasa tidak penting dan tidak semestinya parti atau jemaah Islam sendiri yang memerintah.
Untuk tujuan menarik individu supaya sanggup mengamalkan Islam, pejuang-pejuang Islam itu telah mengambil berbagai-bagai bentuk pendekatan. Melalui ceramah, majalah, buku-buku, kaset, video, bergaul mesra dengan semua golongan dengan membawa contoh atau akhlak yang baik, khidmat masyarakat, ziarah, ekonomi, budaya, perkampungan dan bandar contoh, pendidikan, kesihatan, penternakan, teknologi tinggi ekspo dan lain-lain lagi.
Pendek kata, apa saja bidang hidup yang diceburi oleh manusia, maka ke sanalah pejuang-pejuang Islam ini melibatkan diri dengan membawa mesej iman dan taqwa serta Islam sebagai cara hidup. Mereka mahukan perubahan masyarakat kepada cara hidup Islam. Supaya mereka dapat mengecapi nikmat hidup yang hakiki dan abadi di dunia dan Akhirat. Lalu mereka mengambil kaedah memberi motivasi dan mendidik manusia, Islam dan bukan Islam. Terutama menegakkan Rukun Iman dan Rukun Islam manakala parti politik mahukan kuasa memerintah supaya hukum Islam dapat ditegakkan, tanpa mengusahakan perubahan masyarakat kepada cara hidup Islam. Dan juga tanpa memikirkan untuk mengislamkan orang yang bukan Islam. Yang penting, orang ramai menyokong partinya. Sekalipun orang yang menyokong mereka tidak sembahyang atau orang jahat. Kadang-kadang parti-parti itu mencalonkan orang yang berpengaruh di dalam parti atau dalam masyarakat walaupun dia orang jahat.
2. Tegak Islam secara syumul
Perjuangan orang-orang politik melalui sistem pilihan raya hingga kini sudah menjangkau lebih 50 tahun. Pernah menang pilihan raya di dua buah negeri di Malaysia (Kelantan dan Terengganu). Tetapi kemudian tewas. Kini sedang memerintah di satu negeri sahaja iaitu Kelantan. Yakni sudah 50 tahun baru dapat satu negeri. Berapa tahun lagi agaknya boleh dapat seluruh Malaysia? Dan bila lagi Islam itu hendak diisi di dalam negeri? Dan bila lagi mahu berusaha mengislamkan orang yang bukan Islam?
Sedangkan selagi belum dapat menguasai Kerajaan Pusat, selama itulah pejuang-pejuang Islam melalui politik pilihan raya akan mengatakan Islam tidak dapat ditegakkan secara syumul. Apakah hendak menegakkan Rukun Islam dan Rukun Iman perlu dapat kuasa Kerajaan Pusat lebih dahulu? Terpaksalah rakyat atau ahli-ahli parti menanti dan menanti terus untuk mengecapi kesyumulan hukum Islam. Hingga hampir berlaku dan berlalu satu generasi pun belum berpeluang mereka merasai nikmat hidup dalam suasana masyarakat Islam. Rumah tangga Islam pun belum wujud lagi, sekalipun oleh pemimpinnya sendiri.
Jemaah Islam yang berjuang melalui politik Islam tulen kini menjangkau umur 40 tahun. Hasil motivasi dan pendidikan serta kasih sayang, terjadi satu perubahan budaya yang besar dalam masyarakat. Yakni umat Islam ghairah mengamalkan cara hidup Islam dan hukum-hukum Allah terserlah perlaksanaannya di bumi Malaysia. Bahkan penutupan aurat pun adalah dari hasil usaha pejuang-pejuang seperti ini, bukan pejuang-pejuang politik pilihan raya. Walhal sebelum ini, yakni sebelum dan selepas merdeka, Malaysia dilanda budaya kuning Barat yang kotor itu, sekaligus menyapu cara hidup Islam dari kehidupan peribumi. Yang tinggal hanya asas-asas Islam sahaja. Tetapi kini, 40 tahun kebelakangan, tiupan bayu Islam oleh hembusan para motivator dan pendidik ini telah menyuburkan kembali hukum-hukum dan syiar Islam di bumi tercinta.
Dunia mengakui kini, bahawa Malaysia merupakan negara pengamal Islam yang terbaik di dunia. Ianya begitu terserlah dalam kehidupan hari ini. Bukan oleh orang politik pilihanraya tapi oleh motivator dan pendidik Islam. Antaranya:
a.Penutupan aurat sudah merata ke seluruh pejabat, universiti, sekolah, firma, bandar, kampung, di darat dan di laut. Wanita kembali menutup aurat dengan purdah dan mini telekung. Lelaki bermahkota serban dan kopiah serta mengenakan baju Melayu atau jubah. Walau dihalang, namun perkembangannya kian pesat menyelinap ke segenap pelosok negara. Ini termasuklah wanita-wanita yang bekerja sebagai anggota polis dan tentera. Pakaian seragam mereka pun sudah menutup aurat.
b. Sembahyang fardhu di masjid, surau, pejabat, di lapangan terbang, di stesen keretapi dan bas dan lain-lain lagi, kian menjadi pemandangan biasa. Pemandangan ini tidak pernah wujud sebelum ini. Sekarang ia sedang berkembang dan meningkat. Di bandar-bandar terutamanya, program qiamullail sudah lumrah.
c. Kelas-kelas pengajian agama, fardhu ain, kursus-kursus agama dan lain-lain tumbuh bagai cendawan di musim hujan di pejabat-pejabat, universiti dan lain-lain lagi. Masyarakat sudah cinta dengan agamanya. Lalu mereka mengusahakan atau menuntut dan memperjuangkan program-program yang boleh menghidupkan agama. Walhal sebelum ini, agama dianggap serong dan kolot. Tetapi kini agama dijunjung dan kelas-kelas agama dikerumuni. Masyarakat mendidik dan mengajar diri supaya menjadi insan bertaqwa dan saleh. Yang mengusahakan itu pula dari kalangan cerdik pandai sekular. Sesetengahnya pula, yang baru balik dari luar negara.
Hasil meningkatnya kesedaran Islam, meningkatnya ibadah dan penutupan aurat, maka umat Islam mula mengorak langkah kepada hukum-hukum Allah yang lain. Mereka membangunkan perkampungan-perkampungan Islam, demi mencetuskan suasana hidup Islam secara syumul. Sekaligus tercetusnya masyarakat Islam. Mereka berkorban dan berjuang dengan serius untuk niat tadi. Maka kini di Malaysia, sudah masyhur perihal adanya kampung-kampung atau madinah (bandar) Islam dibangunkan oleh badan-badan Islam. Walaupun kampung-kampung itu kecil, tetapi di dalamnya pencinta-pencinta Islam dapat merasai sistem kehidupan Islam yang murni.
Di sana mereka melepas rindu dengan hukum-hukum Allah, dengan Al Quran dan Hadis, dengan kehidupan Sunnah. Walaupun kecil tetapi pengaruhnya cukup besar. Umat Islam dan bukan Islam, dalam dan luar negara berpusu-pusu datang untuk melihat model masyarakat dan negara Islam kecil yang telah berlaku di Malaysia. sistem-sistem pendidikan Islam, ekonomi, sosial, politik, kesihatan, perhubungan, pentadbiran, pertanian, sains dan teknologi, media cetak dan elektronik, studio rakaman, pentas budaya dan lain-lain cara hidup yang Islamik.
Dunia terperanjat dengan kemunculan sistem yang luar biasa ini di tengah-tengah sistem jahiliah moden kini, walaupun ia belum begitu subur. Padahal mereka itu belum dapat negara dan belum dapat kuasa lagi. Kebangkitan kembali Islam melalui motivasi dan pendidikan amat terasa bilamana orang menyaksikan realiti wujudnya masyarakat Islam mirip salafussoleh ini. Kebangkitan Islam ini dikaitkan dengan gelombang gerakan motivasi dan pendidikan, tidak kepada laungan politik pilihan raya.
Inspirasi dari kesyumulan Islam yang tercetus di kampung-kampung Islam, telah mempengaruhi masyarakat umum Islam untuk menirunya dan mendapat kekuatan baru untuk lebih serius mengamalkan Islam. Mereka menuntut diadakan bank-bank Islam, surau di pejabat dan sekolah, pendidikan Islam, memakai seluar panjang bagi pelajar lelaki dan bertudung bagi pelajar perempuan sejak sekolah rendah lagi.
Kini di Malaysia hampir keseluruhan bank telah menyiapkan kaunter untuk sistem perbankan Islam. Di pejabat dan di sekolah-sekolah sudah disediakan surau-surau. Semua ini terhasil bukan atas kesedaran politik tetapi hasil motivasi dan didikan. Pada tahun 1993, sekolah-sekolah agama di Kedah terpaksa diperbesar dan dibanyakkan bilangannya kerana sudah ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama, bermula dari sekolah rendah lagi. Di sesetengah tempat pula, ada sekolah-sekolah kebangsaan yang terpaksa ditutup kelas kerana tidak cukup bilangan pelajarnya.
Hasil pelancaran ekonomi secara komersil oleh badan-badan Islam, sudah ramai peniaga dan ahli-ahli ekonomi di Malaysia dan di luar negara yang cenderung mengamalkan ekonomi Islam. Mereka telah mula memberi kerjasama kepada badan Islam. Bahkan ekonomi komersil Islam ini telah menarik perhatian negara luar, misalnya Filipina. Presidennya telah mengizinkan badan korporat di negaranya untuk menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat saya ketika itu.
Bagaikan sebuah negara (yakni negara kecil dalam negara besar Malaysia), jemaah saya pada waktu itu mempunyai hubungan perniagaan dengan Filipina. Sistem ekonomi Islam telah menjadi laluan dakwah yang berkesan. Kerana itu, orang-orang Kristian di Filipina telah ramai yang memeluk Islam termasuk pegawai Bahagian Keselamatan di istana Presiden sendiri (Istana Malacanang) yang pengislamannya telah mendorong pula isteri dan bapa mentuanya untuk turut memeluk Islam.
Di Indonesia, minda jemaah saya telah menarik minat Presiden Soeharto. Bergegar Indonesia oleh kesedaran Islam yang masuk ke hati presidennya waktu itu. Bapak Presiden yang telah insaf telah menutup kilang-kilang arak. Ini berlaku bukan melalui badan politik tetapi atas kesedaran dan keinsafan Presiden. Hukum-hukum Islam sudah mula mendapat tempat istimewa. Dan badan Islam dari Malaysia telah mendapat kasih sayang dan hubungan baik dengan Indonesia walaupun negaranya sendiri mengharamkannya.
Inilah kesan dakwah. Perutusan minda yang membawa iman dan Islam telah menghubungkan negara-negara luar dengan jemaah kecil ini. Sedangkan badan-badan politik masih terkial-kial untuk cuba mendapatkan Malaysia. Sedangkan di luar negara tidak ada markas dan tidak ada aktivitinya.
Di Jordan, sudah ramai rakyatnya yang memandang ke Malaysia untuk sama-sama menyertai kebangkitan Islam oleh badan Islam dari Malaysia, bukan badan politik. Ertinya, perubahan sosial terjadi di Timur Tengah adalah kesan dari kebangkitan Islam di Timur Jauh.
Di China (Yunnan), pemimpin badan Islam dari Malaysia diberi penghormatan untuk memimpin kesatuan mereka iaitu sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup bagi Yayasan Penyelidikan Cheng Ho. Anehnya, jawatan tersebut tidak diberi kepada pemimpin politik pilihan raya yang berslogankan Islam dari Malaysia. Sedangkan semua maklum, bangsa Cina bukanlah satu bangsa yang mudah tunduk pada bangsa-bangsa lain. Sikap prejudisnya tebal. Tetapi sikap itu tidak ditujukan pada pemimpin Islam yang membawa motivasi dan didikan.
Ini membuktikan bahawa kepimpinan pemimpin motivasi dan pendidikan boleh diterima oleh mana-mana negara tanpa ada sekatan sempadan. Walaupun dia belum ada kuasa. Tetapi bagi pemimpin politik pilihan raya, kepimpinannya terbatas hanya di negaranya sendiri. Maknanya, pengaruhnya amat terbatas dibandingkan dengan pengaruh pemimpin motivasi dan pendidikan.
Demikian juga di Turki, akhbar, majalah dan TV (stesen TV swasta TGRT) begitu ghairah menyiarkan berita-berita badan Islam dari Malaysia, bukan badan politik. Hal yang sama lebih hebat terasa di Thailand, Singapura dan Brunei Darussalam, negara tetangga Malaysia. Dan yang terakhir di Filipina.
Badan politik selalu melaung-laungkan perkataan-perkataan Islam universal, perpaduan ummah dan negara Islam, yang membayangkan luasnya skop perjuangan mereka. Tetapi hingga kini, sudah lebih 50 tahun, kita belum dengar mereka mengirim duta-duta ke negara-negara luar, supaya berlaku hubungan dua hala dengan negara dan rakyat. Sama ada di sudut ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain lagi. Tidak dinafikan, wakil-wakil mereka memang ada di sana, tetapi operasi dan usaha mereka menerapkan Islam sebagai cara hidup kepada seluruh negara dan bangsa tidak berlaku.
Badan Islam, kerana menyedari Islam itu milik semua bangsa, bukan untuk bangsa Malaysia sahaja, telah melakukan operasi dakwah secara serius dan istiqamah di negara negara luar. Terdapat pejabat-pejabat perhubungan dan projek-projek Rufaqa’ di kebanyakan negara di dunia. Bahkan orang-orang Arab, Inggeris, Amerika, Australia, Perancis, Jerman, Singapura, Brunei, China, Uzbekistan, Mesir, Indonesia, Thailand, Filipina dan lain-lain, telah memberi kerjasama dan turut sama mendokong perjalanannya.
Duta-duta kecil badan Islam ini bekerja lebih gigih dari sesetengah orang kedutaan mana-mana negara, dalam usaha menyebarkan Islam dan memperkenalkan negaranya kepada negara di mana mereka berada. Kini badan Islam dari Malaysia mempunyai pengaruh yang besar dan nama yang masyhur di luar negara. Badan politik kelihatan belum dapat melakukannya. Melalui Biro Kebudayaan, badan Islam itu pernah menggemparkan England dan lain-lain negara Eropah dengan road show Mawaddah. TV Jordan, TV Mesir, TV Uzbekistan, TV Australia, TV Thailand, TV Singapura, TV Indonesia, TV Brunei dan TV Perancis, pernah menyiarkan persembahan nasyid oleh kumpulan Mawaddah dari badan Islam Malaysia itu.
4. Mengislamkan atau menarik minat orang kafir
Badan politik tidak punya potensi dalam usaha untuk menarik orang bukan Islam supaya memeluk Islam. Sedangkan di antara tugas pejuang Islam ialah menyelamatkan manusia daripada masuk ke Neraka. Namun laluan politik melupakan tanggungjawab ini. Badan Islam memang memberi perhatian serius dalam hal ini. Mereka bukan sekadar mengislamkan orang bahkan menubuhkan institusi untuk mendidik bahkan merancang masa depan hidup mereka, mengahwinkan, memberi peluang kerja dan belajar serta menyediakan sara hidup. Kemampuan menampung dan menjamin keislaman supaya Islam benar-benar menjadi cara hidup para mualaf ini adalah kebolehan khusus badan Islam ini. Stail perjuangan Islam melalui motivasi dan pendidikan, kaedah dan teknik serta matlamat yang telah digariskan telah melengkapkan kelayakan untuk membawa orang bukan Islam kepada hidup Islam. Bahkan jemaah Islam yang saya lagang, telah meneroka era ‘zimmi jemaah’ sejak dahulu lagi. Ertinya sudah berlaku dalam jemaah Islam, orang-orang bukan Islam memberi kasih sayang, ketaatan dan pengaruh kepada perjuangan Islam melalui badan motivasi dan pendidikan ini, terutama apa yang sedang berlaku di Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia sendiri. Kerana melalui jemaah Islam mereka melihat kebenaran perjuangan, kebaikan dan keadilan serta keindahan Islam yang sangat menawan hati. Namun mereka sayang dengan agama asal. Maka tetaplah mereka sebagai bukan Islam tetapi sangat memberi kemudahan kepada perjuangan Islam. Bahkan sebahagian kecil mereka masuk Islam. Ini adalah ulangan sejarah. Di zaman Rasulullah ada orang-orang bukan Islam yang sayang dengan Raslullah dan membantu perjuangan Islam. Dalam negara Islam, mereka dinamakan kafir zimmi. Negara menaungi mereka dan mereka taat kepada pemerintah Islam. Di dalam jemaah, mereka juga boleh disebut zimmi jemaah. Hal ini adalah tanda-tanda kebenaran serta perkembangan yang meyakinkan bahawa politik Islam melalui motivasi dan pendidikan sedang menapak selangkah demi selangkah menuju kepada Futuh Mekah kali kedua, yakni daulah Islamiah. Dengan kata lain, jemaah Islam sedang menyiap dan memperkemas diri untuk menjadikan Malaysia sebagai daulah Islamiah, jika ditakdirkan oleh Allah. Tanpa demokrasi, tanpa pilihan raya.
5. Mengancam musuh dan lawan
Parti politik mempunyai banyak musuh dan lawan, seelok mengisytiharkan diri sebagai parti pembangkang. Permusuhan adalah berpunca daripada keinginan memerintah, yakni merebut kuasa pemerintahan dari parti pemerintah. Namun hingga kini, sesudah 50 tahun berjuang, pejuang-pejuang Islam melalui politik pilihan raya belum meyakinkan bahawa Islam itu indah. Kerana peribadi pejuang-pejuang politik tidak meyakinkan orang ramai kerana keindahan Islam tidak ada di dalam kehidupan mereka.
Bahkan akhir-akhir ini ketika parti pemerintah sudah lemah pun, parti pembangkang yang bercita-cita Islam ini lagi lemah hingga tidak dapat menjatuhkan musuhnya. Hinggakan musuhnya kini merasa selesa sahaja berhadapan dengan parti tersebut walaupun mereka lemah. Dalam hal menegakkan hukum hudud, yang menjadi cita-cita penting dan utama pejuang Islam melalui politik pilihan raya ini, parti berkenaan mengambil masa yang begitu lama untuk membentangkan draf perlaksanaan hudud kepada rakyat umum seperti yang pernah diminta oleh pemerintah sebelum ini. Jelas, lebih baik berjuang melalui motivasi dan pendidikan hingga orang tidak melakukan jenayah walaupun tidak ada hukum hudud. Apa yang hendak dihududkan kalau orang sudah tidak melakukan jenayah lagi. Sebaliknya jemaah Islam secara motivasi dan pendidikan, berbaik-baik dan berkawan dengan semua golongan. Tidak pernah jemaah Islam mencari musuh. Sekalipun ada golongan yang ingin bermusuh. Sebab Islam agama kasih sayang dan perdamaian. Namun kerana mengusahakan sistem hidup Islam secara syumul di peringkat jemaah, kemudian mendapat pengaruh yang besar dalam negara, maka sudah tentu ada pihak-pihak secara individu terutama dari golongan rasmi yang merasa takut dan terancam. Mereka melihat kalau jemaah Islam terus dibiarkan, lama-kelamaan rakyat akan berpihak kepada mereka dan ini boleh mengancam kedudukan mereka. Adalah cukup ketara bahawa pemerintah di sesebuah negara lebih susah menghadapi jemaah Islam daripada menghadapi orang politik yang mahukan negara Islam. Walaupun pemimpin jemaah Islam tidak pernah isytiharkan atau usahakan untuk dapatkan negara Islam, tetapi mengapa ia ditakuti? Ya, kerana melalui motivasi dan pendidikan, yakni politik Islam, sejarah membuktikan daulah Islamiah boleh menjadi realiti bahkan ia berjaya mengislamkan tiga perempat dunia. Melalui motivasi dan pendidikan, jemaah Islam di Malaysia ini juga telah turut memperkatakan masalah hudud yang berbangkit. Ertinya, mereka tidak menolak mana-mana satu hukum Allah sama ada politik, hudud atau qisas. Tetapi ia mesti dilakukan seeara bertahap dan kena pada masanya melalui kesedaran rakyat kepada Tuhan dan Islam. Apabila kebanyakan umat Islam sudah beriman dan baik, barulah tekankan hukum hudud untuk mengawal peratus kecil umat Islam yang degil dan jahat, supaya kejahatan mereka tidak menyakitkan rakyat yang baik. Masakan awal-awal hendak buat rumah, dalam keadaan rumah belum siap, terus mahu masukkan perabot dan segala macam alat -alat perhiasannya?
6. Apa ramalan orang luar?
Saya belum pernah mendengar adanya peramal politik sarna ada di dalam atau di luar negara yang meramalkan atau mengandaikan bahawa parti politik yang memperjuangkan negara Islam di Malaysia, akan memerintah Malaysia. Tetapi terhadap badan Islam di Malaysia ini, sudah ramai penulis yang mengatakan Rufaqa’ akan menjadi kuasa politik dan akan memerintah Malaysia, walaupun negara bukan menjadi cita-cita utama perjuangannya. Walaupun Rufaqa’ tidak ikut pilihan raya. Hal ini diperkatakan sejak dahulu lagi.
Di antara yang mengatakan begitu ialah:
a. Profesor Judith Nagata, pensyarah antropologi di Universiti York di Toronto, Kanada. Beliau telah membuat kajian tentang kebangkitan Islam di Malaysia dan menulis dalam bukunya, The Reflowering of Malaysian Islam: Modern Religious Radicals and Their Roots:
…Darul Arqam’s acknowledged influence, both among youth in the nerve-centres of the country’s capital and universities, as well as growing strength in certain rural sectors, especially in Kelantan, Terengganu, Selangor and Negeri Sembilan, could become the nucleus of powerful force, to be mobilizedfor other purposes at other times. It is just such potential political mobilization, with an underspinning of powerful personal and religious loyalties, which causes the greatest apprehension in official circles … “
Terjemahannya:
“Pengaruh Darul Arqam yang diakui bersama, baik di kalangan belia di pusat-pusat bandar atau di universiti-universiti serta kekuatannya yang sedang memuncak di sesetengah sektor luar bandar, terutama di Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan, boleh menjadi satu nadi penggerak yang kuat bagi tujuan-tujuan lain pada masa-masa yang lain. Potensi mobilisasi politik inilah, yang ditunjangi oleh ketaatan terhadap peribadi dan keagamaan yang kuat bertenaga yang menyebabkan pihak-pihak rasmi dalam kerajaan menaruh kebimbangan yang amat sangat … ”
b. Dr. David Browning dari Universiti Oxford berkata pada muridnya Dr Muhammad Syukri Salleh (pensyarah Universiti Sains Malaysia dan juga salah seorang pemimpin Al Arqam pada ketika itu): “Bila kamu menjadi salah seorang pemimpin di Malaysia, jangan lupakan saya.”
c. Penulis politik tanah air, Syed Hussein Al Attas, telah meramalkan dalam bukunya bahawa Perdana Menteri selepas Mahathir ialah Ustaz Ashaari Muhammad.
d. Penulis politik Sayuti Omar, meramalkan Al Arqam akan memerintah Malaysia bilamana terjadi perubahan sosial kepada Islam.
7. Perubahan kesedaran masyarakat
Kesedaran Islam yang tumbuh mercup bagaikan cendawan di musim hujan di Malaysia kini adalah hasil daripada usaha politik motivasi dan pendidikan. Bukannya melalui kesedaran politik pilihan raya yang katanya memperjuangkan Islam. Parti politik pilihan raya tidak mampu mengusahakan itu semua. Bahkan mereka patut berterima kasih kepada gerakan politik Islam melalui motivasi dan pendidikan kerana perubahan yang berlaku dalam partinya juga adalah kesan daripada usaha motivasi dan pendidikan itu. Sebab kalaulah usaha mereka (politik pilihan raya) memberi kesan, sudah tentu sesudah lebih 50 tahun berjuang, sekarang mereka sedang menikmati hasilnya.
Kesedaran yang berlaku hasil dari motivasi dan pendidikan adalah kesedaran dalam diri, yang dibuat secara sukarela dari keinsafan dan kesedaran, bukannya melalui paksaan dan akta sepertimana lumrah berlaku pada gerakan politik pilihan raya. Sebagai buktinya, kita akan senaraikan beberapa contoh yang berlaku di Malaysia hari ini yang membuktikan perubahan Islam itu adalah kesan dari politik motivasi dan pendidikan dan bukannya hasil politik pilihan raya yang berslogankan Islam.
Antaranya adalah seperti berikut:
a. Kemudahan tempat sembahyang.
Hasil kesedaran Islam, hampir kesemua pejabat kerajaan dan swasta, sekolah rendah dan menengah, universiti, stesen minyak, kedai makan (terutama di tempat persinggahan bas ekspres), perhentian bas, stesen keretapi, terminal lapangan terbang dan tempat rehat di lebuh raya, telah menyediakan kemudahan untuk sembahyang. Penyediaan kemudahan ini sama ada dibuat oleh kerajaan, swasta atau individu adalah hasil kesedaran dari motivasi dan pendidikan, bukannya kerana tekanan oleh parti politik pilihan raya. Empat puluh tahun yang lalu, sewaktu gerakan politik ‘Islam’ secara pilihan raya sedang memuncak, mana berlaku ini semua?
b. Menunaikan sembahyang
Kesedaran masyarakat untuk menunaikan sembahyang fardhu semakin ketara meningkat di seluruh Malaysia sekarang ini. Di sini saya sebutkan satu contoh yang jelas berlaku di Hentian Puduraya, Kuala Lumpur yang membayangkan peningkatan ilmu dan amal hasil dari kesedaran melalui motivasi dan pendidikan. Surau di Hentian Puduraya semakin besar dibandingkan 30 tahun yang lalu. Pembesarannya adalah kerana sudah ramai yang melakukan sembahyang di situ. Kesedaran sembahyang jemaah amat ketara. Kalau dahulu, kebanyakan yang sembahyang di situ sembahyang sendirian tanpa berjemaah. Tapi hari ini, bergilir-gilir sembahyang jemaah didirikan. (Surau yang diperbesarkan itu kini sudah dianggap kecil).
Begitu juga sudah ramai yang sembahyang jamak qasar.Kalau dulu, mana ada orang melakukan sembahyang jamak qasar bila bermusafir. Sesetengah tok guru pun tidak melakukannya walaupun mereka mengajar ilmu tersebut. Sebaliknya, ramai yang lebih suka mengqadakkan sembahyang bila bermusafir. Tetapi hasil kesedaran dari motivasi dan pendidikan, suasana itu sudah berubah. Berubahnya itu bukan kerana kesedaran politik ala Barat.
c. Penutupan aurat
Kesedaran untuk menutup aurat yang merata di Malaysia hari ini adalah hasil motivasi dan pendidikan, bukannya dari kesedaran politik. Pemakaiannya dibuat secara sukarela, bukan dipaksa melalui undang-undang dan akta. Contoh terbaik yang membuktikan kegagalan parti politik pilihan raya yang berkuasa melaksanakan hukum ini berlaku di Kelantan. Walaupun penutupan aurat sudah diakta dan diundang-undangkan, sebahagian masyarakat Kelantan tidak mengendahkan undang-undang tersebut. Bahkan sesetengahnya sudah berani mencabar kewibawaan parti politik tersebut. Kegagalannya adalah kerana ia dibuat secara undang-undang dan akta. Bukan hasil kesedaran dan keinsafan. Sedangkan kita lihat, berapa ramai yang kekal memakai tudung hasil dari kesedaran melalui motivasi dan pendidikan yang tanpa diundang – undangkan?
d. Pelajar Luar Negara
Akhir-akhir ini kebanyakan pelajar yang balik dari menuntut di luar negara terutamanya dari Amerika, England, Australia, New Zealand dan lain-lain negara Eropah, pelajar perempuannya menutup aurat dengan tudung, purdah dan berjubah sementara lelakinya bergamis dan berserban. Yang selayaknya mereka ini tentulah memakai baju kot, jean dan lain-pakaian berjenama mewah dan mahal. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Semuanya mengakui, kesedaran yang mereka perolehi adalah hasil dari kesedaran melalui motivasi dan pendidikan, bukannya kesedaran politik pilihan raya.
e.Barangan Islam
Bagi memenuhi tuntutan kesedaran masyarakat, ahli-ahli perniagaan (termasuk peniaga yang bukan Islam) juga sedar mereka terpaksa menggunakanjenama-jenama yang berunsur Melayu dan Islam untuk melariskan barangan mereka. Sesetengahnya terpaksa menggunakan kata-kata yang berbau Islam dalam iklan-iklan barangan mereka. Umpamanya, ‘Gunakan tanpa was-was’, ‘Suci lagi halal’ dan lain-lain lagi. Mengapa berlaku demikian? Ini adalah kerana adanya gerakan motivasi dan pendidikan, bukannya gerakan politik, yang mereka ini tidak mahu lagi terlibat dengan barangan dan makanan syubhat, apalagi yang nyata tidak halal.
f. Pejuang-pejuang Islam naik kapal terbang.
Ramai orang tidak sedar, selama ini hanya bilangan jari saja orang-orang Melayu yang naik kapal terbang. Tanyalah pramugara-pramugari MAS, siapakah yang paling ramai di kalangan orang Melayu yang selalu menggunakan pesawat? Kalau dulu, hanyalah pegawai-pegawai kerajaan sahaja yang selalu menggunakannya, itu pun atas urusan kerajaan (memang dibayar oleh kerajaan) dan sangat terbatas pula, dan juga ahli-ahli perniagaan. Tetapi bila kesedaran melalui motivasi dan pendidikan berlaku, staf Rufaqa’ dan ahli jemaah Tablighlah yang selalu menggunakan pesawat untuk menyedarkan masyarakat dunia yang lain kepada Islam. Di kalangan staf Rufaqa’ sendiri, naik kapal terbang sudah seperti naik bas.
g. Umrah
Dulu, apabila tiba musim cuti sekolah at au cuti hari raya, orang-orang Melayu akan mengambil kesempatan itu untuk melawat Disneyland, melawat tempat salji dan lain-lain tempat menarik di Asia dan Eropah. Tetapi sekarang suasana sudah berubah. Umrah dijadikan program tumpuan di samping berkesempatan melawat ke tempat-tempat kesan sejarah Islam seperti melawat makam nabi-nabi, makam Sahabat, gua Ashabul Kahfi dan lain-lain tempat peninggalan sejarah Islam seperti di Amman, Istanbul dan Kaherah. Perubahan ini juga adalah kesan dari motivasi dan pendidikan, bukannya dari kesedaran berpolitik pilihan raya.
h. Jadi tarikan pelawat
Ketara sekali sekarang, pejuang-pejuang Islam dari luar negara, apabila berkesempatan melawat Malaysia, mereka tidak melawat markas, pejabat, perkampungan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain projek jemaah politik pilihan raya. Sebaliknya mereka lebih tumpukan kepadajemaah Islam yang melaksanakan motivasi dan pendidikan. Terutama di bandar-bandar Rufaqa’ seperti di Bandar Country Homes.
Mengapa berlaku demikian? Kerana susasana Islam sebagai cara hidup tidak wujud dalam jemaah politik pilihan raya. Mereka tidak dapat mewujudkan ekonomi Islam, pendidikan Islam, perkampungan Islam, bandar Islam, sosial Islam, teknologi Islam dan lain-lain sistem hidup yang boleh dibanggakan untuk dicontohi oleh pejuang-pejuang itu. Tetapi pada jemaah Islam yang terlibat dengan motivasi dan pendidikan, itu semua ada pada mereka. Sebab itulah tempat mereka menjadi tumpuan pejuang-pejuang dari luar negara dan juga pelawat-pelawat asing yang lain:termasuk yang bukan Islam). Seolah-olah tempat mereka juga telah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang mesti dilawati.
i. Kesedaran dikalangan golongan atasan
Di bandar-bandar utama sekarang, sudah ramai orang-orang besar (orang kenamaan dan karyawan)dan bintang filem, Ielah menjemput orang-orang dakwah sama ada dari jemaah Islam ataupun individu perseorangan untuk mengajar diri dan keluarga mereka tentang Al Quran dan lain-lain ilmu Islam.Kesedaran untuk belajar ilmu lslam
tumbuh mercup di mana-mana. Sebab itulah di rumah sesetengah mereka, sudah ada disediakan surau peribadi untuk keluarga mereka sendiri. Yang peliknya, mengapa mereka tidak memanggil orang-orang politik untuk memenuhi tuntutan mereka itu?
j. Kelab-kelab eksklusif seeara Islam banyak ditubuhkan di taman-taman mewah di sekitar Lembah Klang. Kesedaran untuk bersosial secara syariat Islam telah mendorong mereka menubuhkan kelab-kelab eksklusif itu. Dan kesedaran ini bukannya hasil dari kesedaran politik pilihan raya, sebaliknya hasil motivasi dan pendidikan.
k. Aktiviti Islamik di hotel Aktiviti-aktiviti di hotel sekarang turut mengalami perubahan. Seminar ekonomi Islam, kursus agama, konsert budaya Islam, majlis berbuka puasa dan sembahyang sunat tarawih, sembahyang berjemaah dan lain-lain lagi, sudah menjadi budaya di hotel-hotel di Malaysia hari ini. Semua aktiviti yang dibuat adalah anjuran jemaah Islam yang terlibat dengan motivasi dan pendidikan. Jemaah atau parti politik pilihan raya mana pernah terlibat dengan program-program seumpama ini. Pada mereka tentulah mengislamkan negara lebih utama daripada mengislamkan sebuah hotel.
Cukuplah buktl-bukti yang saya bentangkan di atas bagi membenarkan dakwaan saya bahawa perubahan yang berlaku di negara kita vang tercinta ini adalah hasll dari kesedaran yang dicetuskan oleh motivasl dan pendidikan dan bukannva dari kesedaran politik pilihan raya. Semuanya berlaku dengan kesedaran dari diri sendiri, bukannya dengan paksaan dan akta. Dan ianya adalah ulangan kepada sejarah ummah pertama dahulu yang mana berlakunya pengamalan islam termasuklah perlaksanaan hudud, qisas dan sebagainya adalah hasil kesedaran iman dan pendidikan, bukannya akta yang dibuatkan undang-undang seperti yang diperjuangkan oleh parti politik pilihan raya.
Perbandingan-perbandingan yang saya buat ini adalah realiti yang sedang terjadi di Malaysia dan juga lain-lain negara di dunia. Tidak ada orang boleh menafikan. Anda tidak boleh berkecil hati atau prejudis pada saya. Sebab, Islam sebagai cara hidup atau satu sistem yang sempurna mesti menempuh jalan yang tersendiri untuk naik ke atas. Kalau menempuh jalan orang lain, pasti kita tidak sampai kepada Islam sebagai cara hidup, sama ada dalam rumah tangga, jemaah, toifah, negara atau dunia.
Jalan Barat tentu membawa ke Barat juga. Tidak mungkin kita ikut jalan Barat boleh sampai kepada sistem Islam. Kalau sampai juga, tentu Islam itu bukan Islam yang murni. Tetapi Islam yang sudah disadur dengan sekularisme Barat. Lihat realitinya. Mana dia orang-orang politik yang mendapatkan negara Islam? Atau yang telah mewujudkan Islam sebagai cara hidup melalui usaha mereka? <
Mengatakan kita tiada pilihan sebab takut negara dirampas orang, ini ternyata tidak benar. Bahkan mereka buta sejarah Islam. Sebab sudah 50 tahun lebih berjuang, tanda-tanda dapat memerintah Malaysia belum kelihatan. Sedangkan badan Islam tulen baru 40 tahun, sudah banyak perubahan yang dibuat bahkan disebut-sebut layak memerintah, walaupun bukan itu cita-cita mereka.
Rasulullah berdakwah dan berjuang selama 23 tahun sahaja dan telah berlaku Futuh Mekah dan model negara Islam di Madinah. Ertinya Islam dapat membina negara sesudah 23 tahun berjuang. Yakni negara yang menjalankan sistem hidup Islam yang bermula dengan dakwah dan tarbiah. Rasulullah SAW tidak rebut negara sebelum rakyat terdidik. Kerana kalaupun boleh dapat, apa ertinya? Manusia-manusianya belum bersedia. Macam dapat hutan balak tetapi tidak ada persediaan untuk membalak. Apa ertinya? Sebab itu waktu peringkat perjuangan di Mekah, Rasulullah pernah ditawarkan negara, tetapi Rasulullah menolak.
Tegasnya, politik Islam iaitu motivasi dan pendidikan itulah jalan kepada negara Islam. Manakala politik Barat tidak membawa kepada negara Islam mirip salafussoleh. Ya, mungkin boleh dapat negeri atau negara, tetapi tidak menjamin Islam akan menjadi sistem dan cara hidup rakyatnya. Kuasa tidak berupaya membuatkan manusia cinta pada hukum Allah dan ghairah melaksanakan syariat Allah. Kalau kita dapat rumah tetapi tidak dapat mempengaruhi orang-orangnya, tertegakkah rumah tangga Islam di dalamnya?
Saya minta maaf kepada ahli-ahli parti politik yang memperjuangkan Islam melalui pilihan raya. Saya secara berterus terang menyebutkan kesalahan-kesalahan laluan politik ini. Saya bukan menyinggung peribadi tetapi memberitahu tuan-tuan bahawa politik Islam yang sebenar bukannya menyertai politik Barat. Moga-moga tuan-tuan berlapang dada terhadap teguran dan nasihat. Saya juga menanti nasihat dan teguran ilmiah dari pihak tuan-tuan pula. Supaya kita termasuk ke dalam golongan yang saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran.
Telah menjadi fitrah atau tabiat semula jadi manusia,setiap orang,setiap kaum atau bangsa ingin bersatu-padu.Bahkan sebaliknya, tidak ada sesiapa pun walau apa kaum dan bangsanya, yang suka pada perpecahan. Lebih-lebih lagi kalau perpecahan itu hingga sampai membawa permusuhan dan peperangan.
Kalau sudah sampai perpecahan itu membawa permusuhan dan seterusnya peperangan,ia akan menyusahkan semua pihak.Susah mencari rezeki,tidak aman di dalam perjalanan,tidak lelap mata tidur, payah mahu rehat,sentiasa bimbang, mungkin rosak harta benda dan terkorban nyawa.Kalau hidup pun,ada yang cacat anggota, terhalang mencari kekayaan, terhalang membangun dan membuat kemajuan.
Apabila perpecahan berlaku, terutama apabila membawa peperangan, manusia sudah hilang kebebasan, hidup dalam ketakutan, jiwa tertekan, keluh-kesah dan gelisah. Oleh kerana kesan daripada perpecahan itu buruk padahnya, besar risikonya yang hendak ditanggung oleh manusia dan kerosakan pula mungkin akan berpanjangan hingga kepada beberapa generasi yang kemudian, justeru itulah perpecahan itu sebenarnya adalah musuh kepada manusia. Kerana itulah tidak ada manusia yang mahu dan suka.
Fitrah semula jadi manusia memang ingin kepada hidup aman damai kerana di situlah rahsia kebahagiaan dan keharmonian yang diidamkan oleh setiap manusia, tidak kira apa etnik dan bangsa. Justeru itulah manusia ingin kepada berpadu dan bersatu.
MENGAPA MANUSIA INGINKAN PERPADUAN?
Telah menjadi fitrah semula jadi kepada setiap manusia tidak kira apa kaum dan bangsa bahawa manusia itu suka dan perlu bergaul, bermasyarakat, bertemu dan berjumpa di antara satu sama lain.
\
Di antara sebabnya ialah:
1. Manusia tidak boleh hidup bersendirian, kerana bersendirian terasa sepi dan kekosongan. Apabila bertemu ada perbualan dan dari perbualan itu,fikiran dan hati sedikit terisi (terhibur) walaupun tidak kukuh.
2. Manusia hendak mendapatkan keperluan hidup. Paling tidak yang asas seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal. Semua itu tidak mungkin dapat diusahakan sendirian melainkan dengan bantuan orang lain sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.
3. Manusia tidak boleh lepas daripada menerima berbagai-bagai ujian hidup seperti sakit, miskin, ditimpa bencana alam dan kematian. Oleh yang demikian, untuk menyelesaikan masalah itu, ianya tidak mungkin boleh dibuat tanpa bantuan orang lain.
4. Manusia watak semula jadinya atau tabiat semula jadinya sering mengundang musuh dengan orang. Untuk menolak kejahatan musuhnya, manusia memerlukan pertolongan orang lain. Kalau begitu maka perlu adanya kawan dan orang yang menolong.
5. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia, lelaki ada rangsangan inginkan perempuan dan perempuan juga ada rangsangan inginkan lelaki. Maka timbul perlu-memerlukan antara satu sama lain. Seterusnya terjadilah perkahwinan dan pertemuan di antara dua keluarga.
6. Fitrah semula jadi manusia ingin membangun dan maju,maka lahirlah perhubungan antara buruh dengan majikan. Majikan perlukan buruh, buruh pula perlukan majikan untuk dapat gaji.
7. Tabiat semula jadi manusia inginkan ilmu, maka timbullah keperluan untuk mencari guru. Orang yang memberi ilmu pula ingin memperpanjangkan ilmunya. Timbullah perlu memerlukan antara satu sama lain.
8. Telah menjadi tabiat semula jadi, orang yang kuat dan pandai ingin jadi pemimpin, maka perlu pada pengikut. Orang yang lemah pula ingin perlindungan oleh seorang yang kuat(pemimpin). Di sini terjadilah saling perlu-memerlukan antara dua golongan ini.
Setelah kita mengkaji secara rambang, nyata dan jelas sekali bahawa manusia itu di dalam mengendalikan kehidupan, mereka memerlukan satu sama lain, sandar-menyandar, memerlukan bertolong bantu dan kerjasama. Kalau tidak, tidak boleh hidup.Sama ada suka atau tidak, terpaksa manusia hidup begitu.Kalaupun fitrahnya tidak mendorong, namun keadaan hidup itu memaksa kepada perlu-memerlukan satu sama lain.
LOGIKNYA MANUSIA BERPADU DAN BERSATU
Setelah kita mengkaji kehidupan manusia serta dapat dibuktikan dan dirasakan oleh pengalaman hidup kita bahawa manusia itu terpaksa hidup perlu-memerlukan antara satu sama lain, maka mengikut logiknya manusia mesti bersatu padu.
Apabila bersatu padu, tidak akan bergaduh, tidak akan berkrisis, tidak akan bersenget hati, tidak akan bermusuh-musuh, tidak akan jatuh menjatuhkan dan tidak akan berperang sesama sendiri.Bahkan sepatutnya mereka berkasih sayang. Dengan itu manusia mudah mengendalikan urusan kehidupan satu sama lain. Namun realitinya tidak begitu. Manusia itu sentiasa sahaja berpecah belah dan bermusuhan sekalipun di dalam satu etnik dan satu bangsa.
MENGAPA MANUSIA TIDAK BOLEH BERPADU DAN BERSATU?
Walaupun manusia itu antara satu sama lain perlu-memerlukan,sandar-menyandar, lengkap-melengkapi, namun demikian payah manusia itu hendak disatukan. Mengapa? Kerana di dalam diri manusia itu ada nafsu. Sifat nafsu itu sangat jahat di samping adanya syaitan yang sentiasa mendorong manusia bermusuhan satu sama lain. Di antara kejahatan nafsu ialah bersifat tamak, mementingkan diri dan kehendaknya tidak terbatas.
Nafsu itu berkehendak yang halal mahupun yang haram,yang baik mahupun yang buruk dan yang boleh mahupun yang tidak boleh. Apabila diperturutkan kehendaknya demi untuk mencapai kehendak dan kemahuan, dia tidak kira cara haram,cara memerah tenaga orang,fitnah orang,burukkan orang,mengambil hak orang lain menindas,menipu harta orang,menghina orang dan lain-lain. Begitulah setiap orang atau puak atau kaum di dalam satu bangsa, kalau tidak dibendung oleh iman.
Oleh yang demikian, di dalam perlu-memerlu itu mereka berpecah. Di dalam bertolong bantu itu bersenget hati.Di dalam sandar-menyandar itu ada kepentingan diri.Di dalam gotong royong itu ada pengkhianatan.Di dalam perkongsian, ada penipuan. Di dalam satu keluarga, satu jemaah, satu parti, satu kaum atau satu bangsa, ada jatuh-menjatuhkan dan khianat mengkhianati.
RAHSIA PERPADUAN
Bersatu dan berpadu bukan satu perkara yang mudah.Hendak menyatupadukan satu bangsa di dalam sebuah negara amatlah payah.Untuk berpadu setakat satu keluarga atau di dalam sebuah rumah tangga pun sudah terasa sulitnya. Betapalah hendak mempersatukan rakyat di dalam sebuah negara dan lebih-lebih lagilah alam sejagat.
Mempersatukan manusia,jangan dianggap mudah.Jangan fikir ia boleh berlaku kerana kita dari satu rumpun keturunan,satu etnik atau sedarah sedaging.Ia juga tidak mudah berlaku hanya kerana satu tempat lahir,satu ideologi atau kerana berada di dalam sebuah parti atau jemaah.
Sebelum saya memaparkan rahsia perpaduan dan bersatu itu,saya ingin nyatakan lebih dahulu peringkat-peringkat perpaduan dan bersatu.Agar dapat kita faham bagaimanakah sebenarnya yang dikatakan bersatu dan berpadu itu. Perpaduan dan persatuan itu boleh dibahagi kepada tiga kategori seperti yang kita senaraikan di bawah ini:
Pertama:
Perpaduan dan persatuan setakat fizikal atau jasad.Dengan kata-kata lain, perpaduan dan persatuan secara luaran semata-mata.Ertinya ia tidak diikat oleh akal,fikiran dan jiwa.Hanya setakat diikat oleh keperluan semasa atau desakan-desakan hidup yang tidak dapat atau payah hendak dielakkan.Demi hendak menjaga nama baik,atau agar jangan dipulaukan orang,atau bimbangkan apa kata masyarakat setempat,juga agar jangan sampai dimusuhi oleh orang ramai, maka dilakukanlah pertemuan fizikal. Contohnya dengan hadir sama di dalam kerja gotong-royong,di majlis membuat ikrar,ikut sama mengadakan majlis kenduri-kendara,hadir di majlis kematian dan hadir di mesyuarat kampung atau sekolah tempat anak-anak belajar. Dia juga akan hadir di pertemuan memperbincangkan masalah jenayah yang sangat menyusahkan dan menggugat keselamatan umum.Oleh kerana itu ketakutan bersama maka dia hadirlah sama di dalam pertemuan dan perbincangan itu.
Pertemuan-pertemuan seumpama yang kita sebutkan di atas adalah perpaduan fizikal namanya.Ia diikat oleh faktor-faktor luaran atau oleh desakan-desakan atau keperluan semasa-semata.Ia tidak diikat oleh persoalan dalaman seperti diikat oleh satu fikiran atau ikatan jiwa.Perpaduan dan persatuan seumpama ini adalah ikatan yang longgar.Ia tidak kuat dan teguh. Ikatan-ikatan seumpama ini tidak dapat menghindarkan daripada sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki,jahat sangka,khianat,mengadu domba,sombong,
riyak,cari nama,glamour,pemarah,tamak dan lain-lain lagi.Ertinya manusia sentiasa terdedah kepada keretakan dan perpecahan.Sifat-sifat mazmumah tadi itulah pemecah belah perpaduan dan persatuan.
Perpaduan dan persatuan fizikal atau jasad semata-mata,tidak bolehdiharapkan. Perpaduan dan persatuan seperti ini adalah reput dan rapuh. Perpaduan seperti ini adalah ibarat perpaduan buih di laut.Buih di laut itu,walau menggunung sekalipun,namun tidak kuat dan padu.Bila-bila masa sahaja boleh pecah.Datang angin sahaja, boleh pecah.Datang ombak,ia boleh pecah. Datang sampah sarap melanda pun,ia boleh pecah.Belum lagi dilanda oleh kapal-kapal besar dan ribut taufan yang kuat.Lebih-lebih lagilah akan berkecai, terbarai dan terburai.
Menurut Islam,perpaduan fizikal yang tiada ikatan teguh dari dalaman diri manusia itu,belum boleh dikatakan perpaduan atau bersatu.Ia berlaku disebabkan desakan dan keadaan-keadaan yang memaksa.Ia bukan diikat oleh satu fikiran dan jiwa.
Kedua:
Perpaduan dan kesatuan fikiran ialah perpaduan yang diikat oleh satu pendapat dan satu pandangan.Biasanya ia berlaku di dalam satu masyarakat setempat, sepuak,sejemaah atau satu bangsa dalam sebuah negara,di atas sesuatu perkara, projek atau sesuatu isu sahaja.Walaupun perkara itu diterima bersama oleh semua orang atau oleh majoriti, perpaduan begini tidak berlaku terhadap semua hal dalam masyarakat itu.Pandangan dan pendapat yang sama itu diikat oleh faktor-faktor dalaman iaitu akal fikiran,namun perkara yang disepakati itu adalah hal-hal luaran yang bersifat keduniaan.Kesatuan fikiran itu berlaku mungkin untuk keperluan-keperluan semasa.Apabila perkara itu tidak diperlukan lagi,maka di waktu itu ikatan perpaduan itu sudah terungkai dengan sendirinya.
Lebih-lebih lagi apabila perpaduan itu dari ikatan akal fikiran atau ideologi semata-mata.Ia tidak akan membuang sifat-sifat mazmumah manusia seperti hasad, khianat, tamak,pemarah,bakhil, dendam,jahat sangka,mengumpat, memfitnah, mengata,menghina dan lain-lain lagi.Sedangkan sifat-sifat mazmumah tadilah yang menjadi pemecah belah manusia walaupun di dalam sesetengah perkara, mereka sudah satu pandangan, satu pendapat atau satu ideologi.
Oleh yang demikian, perpaduan akal fikiran atau ikatan ideologi juga tidak kukuh dan teguh.Ia juga boleh dikatakan perpaduan buih di lautan.Nampak menggunung tetapi rapuh.Nampak hebat tetapi tidak kuat.Sampah sarap sahaja pun sudah boleh memecahkannya.Betapalah apabila dilanda gelombang besar atau kapal besar.
Justeru itu Islam belum boleh menerima perpaduan dan persatuan akal fikiran atau ideologi sebagai satu perpaduan dan kesatuan umat Islam.
Ketiga:
Perpaduan dan kesatuan yang diikat oleh satu keyakinan yang benar,yang mutlak dan bersifat kekal abadi.Yang tidak berkesudahan hingga mati.Perpaduan yang kekal abadi itu diikat oleh iman yang dihayati jiwa atau hati.Bukan setakat iman secara akal fikiran. Beriman kepada Allah Taala dan yang lain-lain lagi yang wajib diimani, secara penghayatan. Tidak perlu saya sebut di sini.Bagi orang Islam, sudah tentu sudah faham secara ilmunya.Kemudian diikat juga oleh syariat iaitu peraturan-peraturan dan disiplin-disiplin kehidupan yang telah disampaikan oleh Allah Taala kepada Rasul-Nya, yang ada di dalam Al Quran dan di dalam Sunnahnya.
Seperti disebut di dalam firman Allah Taala:
Maksudnya: “Hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan tali Allah
(syariat-Nya/agama Islam/Al Quran dan Sunnah) dan janganlah kamu semua berpecah belah(iaitu berpecah belah dari beriman dan syariat-Nya).” (Ali Imran:103)
Di dalam ayat ini, ada beberapa perkara yang dapat kita faham. Di antaranya:
1. Beriman dengan Allah Taala(diikat oleh iman/akidah).
2. Beriman juga dengan syariat-Nya (diikat oleh syariat Allah Taala di dalam semua hal di dalam kehidupan seperti kehidupan berkeluarga, bermasyarakat,berpendidikan, berpolitik,berekonomi,berpentadbiran, berjuang,bernegara,syariat Allah Taala adalah menjadi pengatur dan pendisiplinnya).
3. Jangan berpecah belah dengan iman dan syariat-Nya.Dengan erti yang lain,jangan dengan sesetengah hukum-hukum yang Allah Taala turunkan atau datangkan kita beriman dan dengan sesetengahnya lagi kita ragu.Begitu juga dengan sesetengah syariat-Nya kita amalkan seperti ibadah, zakat,puasa,haji tetapi di dalam berkeluarga, bermasyarakat, berekonomi, berpendidikan,berpolitik,di dalam pentadbiran negara dan lain-lain lagi, kita bersyariatkan akal,bersyariatkan ideologi atau pragmatisme.Ia masih bersifat ikatan akal fikiran ciptaan manusia. Bukan bersyariatkan daripada Al Quran dan Sunnah dari Allah Taala yang Maha Bijaksana lagi Mengetahui.
Di sini barulah kita faham bahawa umat Islam kalau ingin bersatu dan berpadu yang utuh dan teguh,hendaklah diikat satu sama lain oleh iman atau akidah dan diikat oleh syariat Allah Taala atau peraturan-Nya secara global atau keseluruhannya.Kalau berlaku sebaliknya, terjadilah pecah-belah
Apabila umat Islam diikat semuanya oleh satu akidah atau iman dan juga diikat oleh undang-undang dan perlembagaan Allah Taala di dalam seluruh kehidupan maka umat Islam telah bersatu dan berpadu. Inilah dia perpaduan yang kuat dan teguh untuk umat Islam. Perpaduan dan persatuan beginilah yang kita mesti usahakan dan perjuangkan. Kalau kita perjuangkan selain daripada itu ertinya kita perjuangkan perpaduan yang umpama buih di laut.
PERPADUAN TANPA IKATAN IMAN DAN SYARIAT
Kalau umat Islam di seluruh dunia ini tidak diikat oleh satu akidah dan satu syariat, tidak mungkin berlaku perpaduan dan kesatuan. Ajaran Islam yang menetapkan begitu. Janganlah bertegang leher mengatakan umat Islam boleh bersatu tanpa kesatuan iman/akidah atau syariat.
Umat Islam tidak akan boleh bersatu atas dasar ekonomi atau ideologi. Justeru ekonomi dan ideologi tidak boleh membendung perpecahan. Ia tidak boleh membendung sifat-sifat mazmumah yang memecah-belahkan manusia kerana di dalam ajaran ideologi atau ajaran mengikut teori akal fikiran, tidak ada ajaran untuk takut atau cintakan Allah. Kalau manusia sudah tidak takut dengan Tuhan dan Neraka-Nya, apalagi yang boleh membendung manusia daripada melakukan kejahatan lahir dan batin? Kejahatan itulah yang memecahbelahkan kehidupan manusia, merenggangkan persaudaraan, menghancurkan perpaduan dan persatuan umat.
Oleh yang demikian jelaslah ajaran ideologi atau teori akal fikiran tidak akan boleh mempersatukan umat Islam kerana ikatannya tidak ada. Kalaupun dikatakan ada, ia sangat reput dan rapuh. Justeru itu kalau di dalam sebuah parti, atau jemaah, atau sebuah negara sekalipun, kalau ikatan itu dari ajaran ideology atau ajaran teori akal fikiran, maka umat Islam tidak akan boleh bersatu. Bahkan dalam sebuah parti Islam sekalipun, kalau iman itu tidak benar-benar dihayati dan syariat Islam berjalan secara longgar di kalangan ahli-ahlinya, ia juga tidak akan melahirkan perpaduan dan kesatuan umat Islam yang kuat dan utuh di dalam parti itu.
PERPADUAN ADALAH IKATAN JIWA
Setelah agak panjang lebar kita membahaskan perpaduan dan kesatuan umat, fahamlah kita bahawa perpaduan di kalangan umat Islam itu asasnya adalah ikatan jiwa yang satu akidah atau satu iman, yang benar-benar dihayati oleh setiap jiwa orang Islam. Bukan sekadar akidah atau iman berdasarkan akal fikiran semata-mata tetapi akidah atau iman yang benar-benar mendatangkan cinta kepada Allah Taala. Juga yang benar-benar mendatangkan rasa takut dan gerun dengan Allah Taala. Diikat pula oleh syariat sebagai disiplin kehidupan.
Apabila asas ikatan ini wujud dengan teguhnya maka kesatuan fikiran dan perpaduan fizikal itu memperindahkan lagi perpaduan itu. Ia bertambah lengkap dan kemas. Sebaliknya kalau perpaduan yang asas tadi tidak wujud atau lemah, maka perpaduan fikiran dan fizikal tidak menambahkan apa-apa kepada perpaduan dan kesatuan umat Islam.
Ikatan jiwa yang ditunjangi oleh akidah dan iman yang dihayati amatlah teguh kerana ikatannya terus kepada Allah Taala yang kekal abadi. Ikatan jiwa yang sama-sama berhubung dengan Allah, ia tidak reput dan tidak rapuh kerana Allah SWT yang Maha Mencipta itu, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Dia tidak bersifat baharu seperti makhluk yang mempunyai sifat-sifat kelemahan. Sesiapa yang bersandar dengan makhluk pasti lemah dan siapa yang bersandar terus dengan Allah Taala, pasti kuat dan teguh.
Ikatan jiwa di kalangan umat Islam diikat oleh akidah atau iman yang satu. Itulah dia yang dikatakan kesatuan jiwa. Kesatuan jiwa dengan Tuhan tidak ada kepentingan dunia. Apabila tidak ada kepentingan dunia, penyakit pecah belah tidak akan wujud. Apabila penyakit pecah belah tidak wujud, perpaduan dan kesatuan umat Islam selamat dari bahaya pecah belah kerana yang memecahbelahkan manusia itu ialah dunia dan mata bendanya. Kalau jiwa sudah terpaut dengan dunia dan mata bendanya, timbul tamak, lahir penyakit bakhil, datang penyakit rebut-merebut dan saing-menyaingi. Kemudian datang hasaddengki, sakit-sakit hati pun timbul, marah-memarahi, dendamberdendam, fitnah-memfitnah dan umpat-mengumpat. Akibatnya pecah belahlah umat.
Kesatuan akidah atau iman ertinya cinta dan takutkan Allah Taala. Ia tidak menjadi rebutan dan tidak berlaku saingan. Semakin masing-masing kuat cintakan Allah Taala atau makin kuat takutnya kepada Allah Taala, semakin bersatu dan berpadulah umat Islam. Cuma yang akan jadi tidak senang ialah orang yang tidak beriman atau orang yang sudah lemah iman. Daripada mereka sahajalah lahir hasad dengki terhadap orang yang kuat cintanya kepada Allah Taala.
TIDAK MESTI BOLEH BERSATU DALAM SATU PARTI
Parti atau sebuah organisasi adalah satu mekanisme atau satu alat. Dari situ diharapkan ada usaha untuk menyatupadukan umat Islam. Begitu pun perlu diingat, apabila sekumpulan umat Islam itu sudah berada di dalam sebuah parti atau organisasi, kita tidak boleh menganggap mereka itu sudah bersatu dan berpadu. Cuma tenaga telah dapat dikumpulkan. Terpulanglah bagaimana pemimpin dalam parti itu untuk menyatupadukan jiwa mereka dengan ikatan akidah atau iman dan syariat. Kemudian bagaimana pula hendak digunakan tenaga mereka yang sudah dapat dikumpulkan itu untuk menegakkan Islam dalam semua aspeknya. Setidak-tidaknya dalam parti Islam terlebih dahulu. Sekalipun dasar perjuangan sebuah parti atau organisasi itu adalah Islam yang bersumberkan Al Quran dan Al Hadis, namun bukan mudah hendak disatukan fikiran, lebih-lebih lagi jiwa mereka dengan ikatan akidah atau iman yang kental dan ikatan syariat Islam yang syumul. Sama ada di dalam individu ahliahlinya, keluarganya atau di dalam jemaahnya, sebelum berlaku ikatan yang lebih luas lagi di luar parti. Ini kerana ada beberapa halangan lagi.
Di antaranya: 1. Bukan senang hendak memberi faham kepada seluruh ahliterhadap Islam yang syumul atau global itu di semua aspek kehidupan berdasarkan Al Quran dan Sunnah.
2. Setelah diberi faham secara menyeluruh kepada anggota parti, yang lebih sulit lagi adalah untuk diamalkan di kalangan anggota parti sama ada secara individu, keluarga dan di dalam jemaah itu agar Islam itu benar-benar wujud terserlah di dalam jemaah. Agar kemudian mudah pula kita mengajak orang lain.
3. Ia memerlukan seorang pemimpin parti atau jemaah yang benar-benar berkarisma dan berwibawa seperti mempunyai ilmu Islam yang cukup, faham isu semasa, pandai mendidik ahli-ahli parti atau jemaah, mempunyai sifat-sifat taqwa dan akhlak yang tinggi agar mudah dicontohi oleh pengikut serta mempunyai berkat agar layak mendapat bantuan daripada Allah Taala.
4. Mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa sahaja tidak cukup kuat. Perlu juga satu team kepimpinan di dalam parti itu yang membayangi peribadi pemimpin nombor satu agar dapat membantu pemimpin dan ditaati oleh pengikut.
5. Kalau kepimpinannya lemah, maka lemah pula dalam memimpin dan mentarbiah anggota jemaah. Di waktu itu akan jadilah anggota jemaah terbiar. Sesetengah ahli serius mengamalkan Islam, sebahagian besarnya tidak. Sebahagiannya cukup kuat menjaga syariat tetapi lebih ramai pula yang cuai. Sebahagian ahli kuat menjaga halal dan haram manakala sebahagian lagi longgar menjaga halal dan haram. Ini bererti anggota-anggota parti belum boleh dikatakan bersatu lagi di dalam parti itu mengikut takrif Islam kerana tidak ada keselarian dan keselarasan di kalangan ahli-ahlinya di dalam mengamalkan syariat dan hukum-hakam Islam.
AKIDAH DAN SYARIAT MENGUATKAN IKATAN PERSAUDARAAN
Apabila akidah atau iman dan syariat begitu kuat dan teguhmengikat di kalangan anggota parti, jemaah atau satu masyarakat, di waktu itu akan terjadilah di kalangan umat Islam di dalam jemaah atau masyarakat itu sepertimana yang digambarkan oleh Hadis.
Maksudnya:
“Perumpamaan orang mukmin itu di dalam kasih sayang, cinta-mencintai dan berlemah-lembutnya di kalangan mereka itu adalah seperti jasad yang satu, apabila satu anggota sakit, seluruh anggota akan merasa sakit.”
Ini memberi erti atau menggambarkan bahawa jika anggota-anggota sebuah jemaah Islam itu benar-benar beriman dan bersyariat, lahirlah satu perasaan hati di antara satu sama lain bahawa kegembiraan dan kesusahan boleh dikongsi bersama.Kesenangan yang berlaku pada seorang anggota parti, jemaah atau masyarakat, orang lain ikut sama rasa senang dan gembira.
Begitu juga apabila ada kesusahan menimpa seseorang pula, orang lain ikut serta merasa susah dan bersedih hati.Apabila perkongsian hati dan perasaan itu wujud di kalangan
umat Islam, di waktu itu akan wujud satu masyarakat yang amat indah. Iaitu orang yang kaya akan membantu orang miskin dan susah tanpa diminta. Orang yang miskin dan susah pula tidak suka meminta-minta kecuali terpaksa sangat dan mereka tetap sabar. Orang tuanya dan pemimpin akan dihormati dan dimuliakan.Kanak-kanak dan orang bawahan akan dikasihi dan diberi simpati. Orang-orang muda berakhlak tinggi dan memberi khidmat dengan tenaga kepada masyarakat tanpa diprogramkan atau diarah-arah. Ahli-ahli ilmu suka memberi khidmat dengan ilmunya tanpa minta dibayar tetapi tidak salah pula kalau mereka mengambil jika diberi. Ulamanya adalah laksana obor menerangi masyarakatnya dengan ilmu dan nasihat serta suri teladannya. Gadis-gadis dan perempuan bersifat malu, menjaga kehormatannya dan tidak ada orang yang akan menodainya. Pemimpin, para ulama, pembesar-pembesar serta orang-orang kaya merendah diri, menjadi payung kepada masyarakat atau kepada jemaahnya.
Setiap anggota masyarakat atau jemaah memikirkan dan mengutamakan orang lain lebih daripada dirinya sendiriKalau wujudlah masyarakat, jemaah atau parti umat Islam
seperti yang telah digambarkan tadi, sudah tentu hasad dengki padam dengan sendiri. Penzaliman lenyap, marah-memarahi hilang, tamak, bakhil terhapus sama sekali. Riyak dan sombong hilang dengan sendiri. Dendam-mendendam, kata-mengata, umpat-mengumpat, hina-menghina dan jatuh-menjatuhkan tidak berlaku. Itulah dia kesan daripada berlakunya kesatuan hati setelah diikat oleh iman yang kuat dan syariat yang dihayati.Masyarakat sedemikianlah yang setiap umat Islam wajib memperjuangkannya
PERPADUAN ADALAH IKATAN JIWA
Setelah agak panjang lebar kita membahaskan perpaduan dan kesatuan umat,fahamlah kita perpaduan di kalangan umat Islam itu asasnya adalah ikatan jiwa yang satu aqidah atau satu iman yang benar-benar dihayati oleh setiap jiwa orang Islam. Bukan sekadar aqidah atau iman berdasarkan akal fikiran semata-mata tapi aqidah atau iman yang mendatangkan benar-benar cinta kepada Allah Taala atau yang mendatangkan benar-benar rasa takut dan gerun dengan Allah Taala serta diikat oleh syariat sebagai disiplin kehidupan.
Apabila asas ikatan ini wujud dengan teguhnya maka kesatuan fikiran dan perpaduan fizikal itu memperindahkan lagi perpaduan itu atau ia bertambah lengkap dan kemas perpaduan ini. Tapi kalau perpaduan yang asas tadi tidak wujud atau lemah, bahawa perpaduan fikiran dan fizikal tidak menambahkan apa-apa kepada perpaduan dan kesatuan umat Islam.
Ikatan jiwa yang ditunjangi oleh aqidah dan iman yang dihayati ia amat teguh, kerana ikatannya terus kepada Allah Taala yang kekal abadi . Ikatan jiwa yang sama-sama berhubung dengan Allah, ia tidak reput dan tidak rapuh kerana Allah Taala yang Maha Mencipta itu, Maha Bijaksana dan lagi Maha Mengetahui. Dia tidak bersifat yang baharu atau makhluk yang mempunyai sifat-sifat kelemahan. Siapa yang bersandar dengan makhluk pasti lemah dan siapa yang bersandar terus dengan Allah Taala pasti kuat dan teguh.
IKATAN DIANTARA UMAT ISLAM MELALUI AQIDAH DAN SYARIAT YANG SATU
Itulah dia yang dikatakan kesatuan jiwa. Kesatuan jiwa dengan Tuhan tidak ada kepentingan dunia. Apabila tidak ada kepentingan dunia, penyakit pecah-belah tidak akan wujud. Apabila penyakit pecah-belah tidak wujud, perpaduan dan kesatuan umat Islam selamat dari bahaya pecah-belah kerana yang memecahbelahkan manusia itu ialah dunia dan mata bendanya. Kalau jiwa sudah terpaut dengan dunia dan mata bendanya timbul tamak, lahir penyakit bakhil, datang penyakit rebut-merebut dan saing-menyaingi. Kemudian datang hasad dengki, sakit-sakit hati pun timbul, marah-memarahi, dendam-berdendam pun timbul, fitnah-memfitnah, umpat-mengumpat pun terjadi. Lahirlah budaya, pecahlah umat. Ia bermula daripada mata dunia dan mata benda.
Kesatuan aqidah atau iman ertinya cintakan Allah Taala atau takutkan Allah Taala. Ia tidak jadi rebutan, tidak berlaku saingan. Makin masing-masing kuat cintakan Allah Taala atau makin kuat takutnya kepada Allah Taala, semakin bersatu dan padu umat Islam. Cuma yang akan jadi tidak senang ialah orang yang tidak beriman atau orang yang sudah lemah iman. Daripada mereka sajalah lahir hasad dengki itu terhadap orang yang kuat cintanya kepada Allah Taala.
Dinul Islam itu adalah satu ajaran yang mencakup seluruh ruang hidup manusia lahir, batin, dunia dan Akhirat. Mengkaji ilmu Islam yang sangat luas ini tidak cukup kalau dibuat setakat beberapa jam sahaja dalam satu minggu sepertimana berlaku di sekolah-sekolah sekular sekarang ini. Sebab itulah hari ini, ramai umat Islam yang tidak tahu betul tentang agama anutannya sendiri sekalipun mereka beranggapan mereka lebih tahu dan faham serta berautoriti kerana mereka lulusan dari universiti Islam. Walhal hakikat sebenarnya, mereka belum mengetahuinya.
Dengan izin Allah saya akan cuba menerangkan serba sedikit tentang selok-belok yang ada dalam ajaran Islam ini. Ajaran Islam itu selain daripada ilmu usuluddin (ilmu yang mengkaji tentang ketuhanan) yang menjadi asas kepada ajaran Islam, terdapat juga ilmu syariat dan ilmu hakikat. Disebut juga keduanya sebagai ilmu feqah dan ilmu tasawuf. Kedua-duanya termasuk perkara yang penting yang turut dituntut oleh Al Quran dan Hadis. Bidang kajian ilmu syariat ialah tentang kehidupan lahiriah manusia.
1. Ilmu Syariat
Definisi ilmu syariat itu ialah: hukum-hakam yang datang daripada Allah, yang disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW terdiri daripada lima hukum iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus (mubah).
Dengan hukum-hakam ini, syariat menentukan seluruh kehidupan ini ada yang mesti dibuat, yakni perkara-perkara yang wajib. Ada yang elok dibuat yakni perkara sunat. Ada pula yang mesti ditinggalkan iaitu perkara haram. Manakala yang makruh elok ditinggalkan. Terdapat juga sebahagian daripada kehidupan ini yang boleh dibuat dan boleh ditinggalkan, yakni perkaraperkara yang dikategorikan sebagai harus (mubah) hukumnya. Dengan kata lain, setiap apa sahaja bidang yang kita ceburi di seluruh aspek kehidupan seperti dalam sistem pendidikan, ekonomi, pertanian, kebudayaan, teknologi dan lain-lain sistem hidup, tidak akan terlepas dari lima hukum ini.
2. Ilmu Hakikat
Ilmu hakikat itu bidang kajiannya ialah tentang alam rohani atau hati nurani manusia atau mengkaji tentang sifat-sifat nafsu. Sifat-sifat nafsu yang terdiri daripada nafsu ammarah, nafsu lawwamah, nafsu mulhamah, nafsu mutmainnah, nafsu radhiah, nafsu mardhiah dan nafsu kamilah. Termasuk juga di dalamnya perihal sifat-sifat gerakan serta dorongan hati.
Definisi ilmu hakikat ialah rasa-rasa hati (zauk) atau syu’ur ( ) yang ada di dalam hati atau jiwa manusia yang sifatnya berubah-ubah dari satu bentuk rasa kepada rasa yang lain. Bergantung kepada bentuk-bentuk rangsangan-rangsangan lahir yang mendatangi manusia itu. Ada yang mahmudah dan ada yang mazmumah.
Di antara rasa-rasa hati yang mahmudah (sifat positif) itu ialah ikhlas, cinta Allah, rasa kehebatan Allah, rasa gerun dengan Neraka, rasa berdosa, malu, rasa diawasi, kasih sayang, simpati, merendah diri, yakin, tawakal dan sebagainya. Sementara rasarasa hati yang mazmumah (sifat negatif) itu pula di antaranya riyak, ujub, sombong, pemarah, hasad, dendam, tamak, bakhil, penakut, jahat sangka dan lain-lain lagi.
Rasa-rasa hati yang telah disebutkan di atas sentiasa silih berganti menguasai hati atau roh. Oleh kerana itu, hati sentiasa berbolak-balik. Sebab itulah di dalam kitab, hati berbolak-balik itu dikatakan qalbun ( ). Tidak dinamakan hati itu melainkan kerana berbolak-baliknya. Hati juga wajib bersyariat iaitu menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Inilah yang dikatakan syariat batin.
Jelaslah bahawa syariat dan hakikat sama pentingnya. Kita tidak boleh menolak salah satu dan mengambil salah satunya sahaja. Kedua-duanya mesti diamalkan serentak atau berjalan seiring. Oleh itu dalam siri tertib untuk mengamalkan ajaran Islam bolehlah disusun begini:
1. Syariat
2. Tareqat
3. Hakikat
4. Makrifat
Ertinya kita mulakan dengan bersyariat, kemudian bertareqat, seterusnya berhakikat dan akhirnya bermakrifat. Semuanya saling berhubungan. Hubungan antara satu dengan yang lain seolah-olah anak tangga pertama dengan berikutnya, hinggalah selesai di anak tangga tertinggi sekali. Maksudnya, mula-mula kita memahami syariat iaitu peraturan-Nya, yakni mengetahui hukum-hakam. Mana yang halal, mana yang haram, yang sunat, makruh dan mubah. Juga sah dan batal sama ada mengenai sembahyang, puasa, jihad, dakwah, ekonomi, pendidikan dan lain-lain lagi. Kemudian apabila kita mengamalkannya bersungguh- sungguh dan istiqamah, ertinya kita telah menempuh jalan- Nya iaitu yang dikatakan tareqat. Yakni mengamalkan apa yang diperintahkan dan meninggalkan yang dilarang secara serius.
Jadi tidaklah salah kalau syariat itu disebut jalan. Cuma belum ditempuhi jalan itu hanya sekadar mengetahuinya terlebih dahulu. Bila jalan tadi telah ditempuh atau digunakan, barulah dinamakan tareqat.
Syariat dan tareqat itu kalau dibuat dengan faham dan dihayati akan berlakulah nanti ahwal (perubahan jiwa) atau perubahan peringkat-peringkat nafsu. Misalnya perubahan rasa kehambaan, rasa cinta kepada Allah, rasa rendah diri kepada Tuhan, rasa tawakal, rasa penyerahan diri, rasa berani, rasa kasih sayang sesama makhluk, rasa redha, rasa sabar, rasa ikhlas kepada Allah dan mahmudah-mahmudah yang lainnya. Atau kalau hendak dinisbahkan pada peringkat nafsu, prosesnya berlaku daripada nafsu ammarah kepada nafsu lawwamah, berperingkat-peringkat sehinggalah ke peringkat kemuncak kebersihan nafsu iaitu nafsu kamilah.
Orang yang mendapat ahwal (perubahan jiwa) secara istiqamah (tetap - tidak turun naik), inilah yang dikatakan telah mendapat maqam. Yakni dia mendapat darjat mengikut sifat mahmudah yang diperolehinya. Biasanya ia berlaku bertahap-tahap. Umpamanya maqam sabar, maqam tawakal, maqam redha sehinggalah kesemua sifat-sifat mahmudah itu diperolehi secara tetap (istiqamah). Boleh jadi ada yang mendapat secara serentak sifat-sifat mahmudah itu. Inilah juga yang dikatakan dia telah mendapat hakikat. Iaitu mendapat intipati Islam (lubbun).
Erti lain maksud hakikat itu ialah batin Islam atau intipati Islam (lubbun). Bilamana hal-hal hakikat tadi dapat dialami secara kekal (istiqamah) berterusan, bahkan makin menebal dan subur, maka akan terbukalah nanti rahsia-rahsia ghaib atau rahsia Allah. Ini sangat sulit untuk digambarkan kecuali dirasai oleh orang-orang yang mengalami dan merasainya.
Sebagaimana lautan dalam yang penuh dengan pelbagai misteri, bukan semua orang dapat mengetahui rahsia di dalamnya kecuali yang ahli tentangnya sahaja. Itupun perlu dibantu dengan peralatan yang canggih, barulah dapat menyelami hingga ke dasarnya. Sehingga terbongkarlah pelbagai rahsia yang tidak pernah diketahui oleh manusia lain selama ini. Kebanyakan orang hanya tahu di permukaannya sahaja.
Hasil berhakikat pula kita akan mendapat makrifat. Iaitu sampai ke peringkat hal-hal hakikat dapat dialami secara istiqamah. Allah akan kurniakan satu peringkat kemuncak yang mana dapat mencapai ke satu tahap keyakinan yang tertinggi. Di waktu itu, dia telah sampai ke peringkat makrifat, yakni dapat benar-benar mengenal Allah dan rahsia-rahsia-Nya. Gelaran untuk mereka ini lebih dikenali sebagai al ‘arifbillah.
Bandingan adalah seperti berikut. Mula-mula kita semai sebiji benih. Kemudian ia tumbuh menjadi sebatang pokok. Pokok itu akhirnya berbuah dan buah itu bila masak memberikan kita kesedapan rasanya, yang tidak dapat kita ceritakan pada orang yang tidak memakannya. Maka:
* biji benih itu umpama syariat.
* menanam pokok itu umpama tareqat.
* buah itu umpama hakikat.
* rasa buah itu umpama makrifat.
Sebab itu dikatakan syariat menghasilkan tareqat. Tareqat membuahkan hakikat. Hakikat buahnya adalah makrifat. Semuanya saling melengkapi, perlu-memerlukan, sandar-menyandar dan mesti berjalan seiring. Yang lahir menggambarkan yang batin. Maka kalau dipisah-pisahkan, akan cacat dan rosaklah keislaman seseorang itu. Imam Malik r.hm. berkata:
Maksudnya: “Barangsiapa berfeqah (syariat) tanpa tasawuf (hakikat), maka ia jadi fasik. Barangsiapa bertasawuf (hakikat) tanpa feqah (syariat), maka ia jadi kafir zindik (kafir secara tidak sedar).”
Supaya lebih jelas lagi, mari kita lihat contoh-contoh berikut:
1. Berfeqah tanpa tasawuf
Seseorang itu hanya melakukan amalan-amalan lahir. Katalah semua rukun Islam yang lima itu beres dilakukannya. Ditambah lagi dengan berjuang fisabilillah, berdakwah, belajar, mengajar, menziarah, berkorban dan menutup aurat. Dijaga juga dari melakukan perkara-perkara lahir yang haram dan makruh. Ditambah lagi dengan amalan-amalan sunat. Pendek kata, semua perintah atau larangan lahir ditaati, tetapi amalan batin yakni hatinya tidak diambil pusing.
Dibiarkan saja riyak, ujub, gila nama, ingin glamour, sombong, tamak, bakhil, pemarah, dendam, dengki, cinta dunia dan lain-lain lagi sifat negatif mencorak sikapnya. Inilah dia orang syariat atau orang berfeqah sahaja. Pada pandangan mata lahir, dia seorang yang sangat baik kerana hukum Islam yang lahir sangat dijaganya. Tetapi di sisi Allah orang ini masih berdosa, yakni derhaka pada Allah kerana dia tidak menjalankan syariat batin yang diperintahkan oleh Allah. Lihatlah sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani)
Maka orang yang melanggar syariat batin ini, Imam Malik menjatuhkan hukum fasik. Yakni orang berdosa, kalau mati tanpa taubat akan masuk Neraka tetapi tidak kekal di dalam Neraka.
2. Bertasawuf tanpa feqah
Seseorang yang menjaga hati sahaja, seluruh atau sebahagian dari syariat batin (amalan batin) tetapi menolak dan meninggalkan syariat lahir semua sekali. Katakanlah dia sangat menjagai hati dari hasad, dendam, pemarah, jahat sangka di samping menyuburkan kasih sayang, simpati, tawakal, tawadhuk, sabar dan lain-lain sifat mahmudah lagi. Tetapi dia tidak melaksanakan rukun Islam yang lima dan lain-lain lagi. Inilah orang yang berhakikat tetapi menafikan syariat. Pada Imam Malik, orang ini dikatakan kafir zindiq iaitu kafir secara tidak sedar. Bila mati tanpa taubat, akan dimasukkan ke Neraka dan kekal di dalamnya. Wal’iyazubillah.
Dalam masyarakat hari ini banyak kita temui mereka yang memisahkan ajaran Islam dan beramal dengan salah satu darinya. Ada yang bersyariat sahaja. Ada yang berhakikat saja. Bahkan ada yang meninggalkan kedua-duanya sekali. Hal ini sebenarnya menyimpang dari ajaran Islam. Islam yang sebenarnya bukan begitu. Ia mesti diamalkan serentak antara syariat dan hakikat. Bila diamalkan, kita akan memperolehi hasilnya iaitu makrifatullah. Seperti sebiji buah, ada yang jadi kulit, ada isi dan ada rasa. Mana boleh kita pisahkan-pisahkan antara ketiga-tiganya. Semuanya mesti bagus, barulah kita mengatakan buah itu bagus. Kalau kulit saja busuk, tentu sudah ditolak orang kerana dikatakan buah itu tidak bagus.
Kesimpulannya, Islam seseorang itu hanya akan sempurna kalau dia mengamalkan syariat, tareqat dan hakikat secara serentak. Maka layaklah ia digelar taslim, yakni tunduk lahir dan batin. Siapa yang tidak sedemikian halnya maka Allah menempelak dengan firman-Nya:
Maksudnya: “Mereka bercakap dengan mulut mereka tetapi tidak seperti dalam hati-hati mereka.” (Ali Imran: 167)
Ciri-ciri yang menyamai sifat orang munafik yang lahirnya lain, dalam hati pula lain. Moga-moga kita diberi hidayah dan taufik dari Allah SWT. Amin.
Ketika kita menempuh bahtera rumah tangga, ketika kita sedang menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya, kita dianjurkan untuk melihat kembali kecintaan kita kepada keluarga Nabi. Dalam memperkuat kecintaan kita kepada keluarga Nabi di dalam mengayuh bahtera keluarga, kita diwajibkan meneladani perilaku kehidupan keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak.
Dalam menggauli dan memperlakukan isteri-isteri Baginda, Rasulullah s.a.w. senantiasa menghormati dan menjaga perasaan isteri-isterinya melebihi suami-suami yang lainnya. Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata: Di tengah malam beliau mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau berbisik, "Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku."
Kita bayangkan betapa besar penghormatan Rasulullah kepada isterinya sampai ketika beliau hendak melakukan solat malam, beliau terlebih dahulu meminta izin kepada isterinya pada tengah malam, di saat isterinya memerlukannya. Pada izin Rasulullah itulah tergambar kecintaan dan penghormatan terhadap isterinya.
Nabi adalah sosok yang sangat sabar dalam memperlakukan isterinya. Hal ini terlihat ketika suatu hari ada salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirim kepada Rasulullah yang sedang tinggal di rumah Aisyah. Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman makanan itu hingga piringnya pecah dan makanannya jatuh berderai. Rasulullah hanya mengatakan, "Wahai Aisyah, kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama."
Rasulullah mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya sampai Rasulullah berkata, "Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT."
Nabi pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak menghargainya, tidak mengajaknya bicara, dan tidak mempertimbangkan isterinya dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda, "Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina." Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang menempatkan isteri pada tempat yang mulia.
Kemesraan pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga dan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda.
Tidur dalam satu selimut bersama isteri
Dari Atha' bin Yasar: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?" Jawab Aisyah, "kerana saya haid, wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah, "Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku." Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau." (Hadis Riwayat Sa'id bin Manshur)
Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." (Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir)
Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut)." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid." (Hadis Riwayat Ahmad)
Minum bergantian pada tempat yang sama
Daripada Aisyah r.a., dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. " (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)
Membelai isteri
"Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam ditempatnya. " (Hadis Riwayat Ahmad)
Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, "bahawa Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya." (Hadis Riwayat Abdurrazaq)
Dari Hafshah, puteri Umar r.a., "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad).
Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a., "Nabi s.a.w. biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat Abdurrazaq)
Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy dan Umairah (pipi merah delima).
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan. " (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)
Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a., dia berkata, "Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu." (Hadis Riwayat Nasai)
Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w. menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu." Dia (Ummu Kaltsum) berkata, "Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah." (Hadis Riwayat Ahmad)
Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan. Apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yg sama dengan yang ada pada wanita itu." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w. kepada para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap dan perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang antara suami dan isteri. Inilah teladan yg perlu dicontohi.
Berkhidmat pada isteri
Salah satu ibadah yang paling besar di dalam Islam adalah berkhidmat kepada isteri. Rasulullah bersabda, "Duduknya seorang lelaki dengan isterinya kemudian membahagiakan isterinya, pahalanya sama dengan orang yang itikaf di masjidku."
Kita dapat saksikan para jemaah haji ketika tinggal selama seminggu di sana mereka berusaha melakukan itikaf dengan sebaik-baiknya di masjid Nabawi. Kita akan memperoleh pahala yang sama seperti itikafnya para jamaah haji kalau kita duduk bersama isteri dan berusaha membahagiakan, memberikan ketenteraman dan keselesaan kepadanya.
Begitu pula bagi para isteri. Mereka haruslah menjadi seorang isteri seperti Khadijah Al-Kubra. Khadijah adalah sosok isteri yang sangat dicintai oleh suaminya. Selama Rasulullah menikah dengannya, Rasulullah tidak pernah memikirkan the other women beside her, wanita lain di samping Khadijah. Rasulullah hidup dalam suasana yang penuh dengan kecintaan dan kasih sayang.
Cinta kasih Nabi terhadap Khadijah tergambar dalam riwayat berikut ini: Setelah Khadijah meninggal dunia, Rasulullah menikah dengan Aisyah. Suatu hari Rasulullah sedang berada di depan rumah. Tiba-tiba Rasulullah meninggalkan Aisyah menuju kepada seorang perempuan. Rasulullah memanggilnya dan menyuruh perempuan itu duduk di hadapan-nya kemudian mengajaknya berbicara.
Aisyah bertanya, "Siapakah perempuan tua ini?" Rasulullah menjawab, "Inilah sahabat Khadijah dulu." Lalu Aisyah berkata, "Engkau sebut-sebut juga Khadijah padahal Allah telah
menggantikannya dengan isteri yang lebih baik."
Ketika itu marahlah Nabi sampai bergoncang rambut di atas kepalanya. Lalu beliau berkata, "Demi Allah, tidak ada yang dapat menggantikan Khadijah. Dialah yang memberikan kepadaku kebahagiaan ketika orang menghinaku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberikan seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya. " Mendengar itu Aisyah tidak dapat memberikan jawaban. Hadis ini diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim.
Dalam ucapan Rasulullah itu, selain terkandung kecintaan Rasul terhadap Khadijah, juga terkandung kebaktian Khadijah terhadap suaminya. Khadijahlah yang menghibur suaminya ketika dalam perjuangan dilanda berbagai penderitaan. Khadijahlah yang mengorbankan seluruh hartanya ketika suaminya memerlukan. Khadijahlah yang mendampingi suaminya dalam suka dan duka. Sehingga Rasul berkata, "Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan Khadijah."
Kepada para isteri, jadilah seperti Khadijah yang setiap saat rela mengorbankan apa pun demi kebahagiaan suami. Yang di saat-saat suami ditimpa duka dan kesusahan siap berdiri di sampingnya, memberikan hiburan dan kebahagiaan kepadanya dengan seluruh jiwa dan raga.
Kebaktian kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama. Sampai Rasulullah bersabda, "Kalau seorang perempuan memberikan setitis minum kepada suaminya atau memindahkan barang dari rumahnya ke tempat yang lain untuk membahagiakan suaminya, maka pahalanya sama dengan melakukan ibadah satu tahun."
Oleh sebab itu, hormatilah suami. Berikan kepadanya penghormatan yang sepenuhnya dan berikanlah kecintaan yang sepenuhnya. Insya Allah, Tuhan akan berkati keluarga yang seperti demikian.