1. Apabila kita melihat dua pihak sedang berperang, masing-masing menggunakan berbagai senjata yang memuntahkan peluru yang saling berbunuhan. Yang sebenarnya kita sedang melihat mazmumah yang bersarang di hati kedua-dua pihak itu, yang dizahirkan melalui senjata.
2. Apabila kita dipaparkan berita tentang perogolan, kita sebenarnya sedang membaca berita mengenai manusia yang hatinya sudah dikuasai oleh nafsu dan syaitan.
3. Apabila kita melihat atau mengetahui mengenai manusia yang rakus dan tamak haloba hingga sanggup merompak, mencuri, menyamun, menipu, rasuah, menyeleweng, salah guna kuasa, kita sebenarnya menyaksikan manusia yang hatinya rakus dan tamak haloba, dikuasai nafsu dan sentiasa terdorong untuk membuat maksiat dan kemungkaran.
4. Apabila kita mendengar dua orang atau dua pihak yang sedang berkrisis, bermusuhan, bertelagah, bertengkar, saling membenci, tuduh menuduh, caci maki, kata nista, sumpah seranah, mengumpat, mengadu domba, mengutuk, kita sebenarnya sedang melihat kedua-dua orang atau pihak itu saling memuntahkan mazmumah dari hati masing-masing melalui lidahnya.
Bolehlah dikiaskan kepada apa jua bentuk gejala negatif, sikap buruk dan perbuatan keji dan mungkar lain yang semuanya berpunca dari hati.
Begitulah sebaliknya, segala sifat positif, mencintai kebaikan, banyak berbuat kebajikan dan berbakti, inginkan kemajuan dan kemakmuran, idamkan kesejahteraan dan keharmonian, semuanya datang dari hati yang subur sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat terpuji dalam hati.
1. Tuhan perintahkan manusia supaya takut kepada-Nya. Kerana apabila manusia takut kepada Tuhan, manusia menjadi baik. Apabila manusia menjadi baik, bukan Tuhan yang untung. Faedah dan manfaat dari kebaikan manusia itu kembali kepada manusia sendiri. Kehidupan manusia menjadi aman damai, tenteram dan harmoni.
2. Tuhan perintahkan manusia supaya cinta kepada-Nya. Kerana apabila manusia mencintai Tuhan, manusia akan berkasih sayang sesama sendiri. Apabila manusia berkasih sayang, bukan Tuhan yang untung. Faedah dan manfaat dari manusia yang berkasih sayang itu kembali kepada manusia sendiri. Manusia akan bersatu-padu, bertolong-bantu, bela-membela dan saling mengenang budi dan jasa antara satu sama lain.
Dunia hari ini bingung dalam menghadapi berbagai masalah dan krisis kemanusiaan. Golongan yang bermasalah tidak tahu mengatasi dan menyelesaikan masalah dan tidak tahu di mana tempat mengadu. Pihak yang berusaha mengatasi dan menyelesaikan masalah juga bingung kerana setelah dicuba ternyata gagal. Masalah bukan saja tidak berkurangan bahkan semakin merebak dan berkembang. Lebih menghairankan berbagai gejala baru pula timbul.
Bukan sedikit tenaga, masa, biaya dan idea yang dicurahkan. Berbagai kajian turut dibuat, berbagai cara juga sudah silih berganti dilaksanakan, namun tidak menampakkan hasil yang diharapkan.
Mari kita mengambil iktibar dan pengajaran mengapa Rasulullah SAW mengambil masa 13 tahun memperjuangkan Tuhan yang satu berbanding hanya 10 tahun memperjuangkan syariat yang beribu. Sebabnya ialah agar manusia kenal Tuhan, mengagungkan Tuhan, membesarkan dan mengutamakan Tuhan. Merasai takut dan cinta kepada Tuhan. Agar menjadikan Tuhan segala-galanya dan sekaligus sebagai matlamat. Apabila ini dimiliki oleh manusia maka manusia akan menjadiberiman dan bertaqwa yang natijahnya Tuhan tolong, Tuhan bantu untuk kecemerlangan, kemenangan dan kejayaan dalam apa jua aspek. Inilah ubat dan jawapan kepada segala persoalan manusia. Bahkan inilah faktor yang membawa kepada kegemilangan umat terdahulu yang telah dipaparkan dalam sejarah.
Di sini barulah disedari bahawa amat penting manusia ciptaan Tuhan ini kembali kepada mengenal Tuhan, memahami kerja Tuhan, memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Kerana dengan cara ini sahaja sesuatu masalah dan krisis itu dapat diatasi secara tuntas. Bukan setakat itu sahaja, bahkan manusia akan lebih berjaya, cemerlang, bahagia, selamat dan harmoni dalam segala aspek kehidupan. Lebih-lebih lagi sejahtera di
Tuesday, September 14, 2010
Home »
Bisikan Hati
» Renungan 1-Yang Tersirat
0 comments:
Post a Comment