Oleh: mart
"Israel dibina dengan satu perancangan yang sangat rapi. Jika kita hendak menumbangkan mereka, kita juga perlu merancang dengan lebih rapi.
Bagaimana hendak memulakan perancangan rapi ini. kita hendaklah kembali kepada petunjuk dari hadith.
Akhir zaman Islam akan bermula dari timur. Jika kita berbicara mengenai timur, maka rantau nusantara ini terlibat. Kesungguhan orang nusantara terhadap membantu saudara kita Palestin lebih baik jika hendak dibandingkan dengan orang Arab sendiri. Kita lihat beberapa negara Arab termasuk yang bersempadan dengan Palestin sendiri pun, mereka membiarkan sahaja pembantaian saudara kita di Palestin.
Bagaimana kita hendak memulakannya? Kita mula dengan mengumpul tunggak Ummah Islamiah. Ia didirikan oleh lapan golongan.
1. Pemimpin yang bijaksana
2. Ilmu para mujtahid
3. Peluh para amilin (pekerja)
4. Doa para solihin
5. Darah para syuhada
6. Harga para aghniya (orang yang kaya)
7. Kehebatan para daie (pendakwah)
8. Rahim wanita yang solehah.
Sejarah membuktikan bahawa ketika Rasul saw sampai di Madinah, baginda membentuk lapan golongan ini.
Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali antara para sahabat yang awal masuk Islam, mengapa mereka tidak banyak meriwayatkan hadith. Ini kerana mereka dibentuk oleh Nabi sebagai pemimpin.
Abu Hurairah masuk Islam di Madinah, tetapi mengapa antara yang paling banyak meriwayatkan hadith, ini kerana Nabi bentuk dia menjadi ulama.
Abdul Rahman bin Auf, Nabi bentuk menjadi amilin yang membangunkan ekonomi Islam, Hassan bin Thabit membangunakan kesusteraan Islam dengan syairnya.
Ada ahli sufah yang duduk beribadah di Masjid. Usamah bin Zaid watak sebagai panglima perang, ketika umurnya 17 tahun telah memimpin satu bala tentera. Para Daie seperti Abdullah Ummi Maktum yang buta dan wafat di Syria. Begitu juga wanita-wanita yang solehah yang melahirkan generasi-generasi yang soleh dan solehah.
Kerajaan Bani Umayyah tumbang ketika lapan golongan ini berpecah. Kerajaan Abasiah bermula dengan menggabungkan lapan golongan ini. Akhirnya mereka dapat membina ummah ini.
Ketika Monggol melanggar Baghdad, lapan golongan ini juga telah terpecah. Umat lemah. Kemudian, Uthman al-Ghazi membina kerajaan Uthmaniah dengan menggabungkan lapan golongan ini.
Pada 1924, ketika dibubarkan khilafah Uthmaniah, lapan golongan ini sedang berpecah. Musuh Islam dapat menumbangkan mereka dengan mudah. Hasilnya, tertubuhnya negara Israel.
Kini, di ketika seluruh dunia mengakui kebangkitan Islam, langkah pertama yang perlu dibuat ialah menggabungkan lapan golongan ini. Ia bermula dengan kita di nusantara. Sebab itu, setiap kali kita bertemu dengan orang, satukan mereka. Lihat peranan yang boleh mereka buat untuk Islam. Di luar sana, banyak tenaga-tenaga yang terbiar kerana tidak disatukan.
Saya yakin, lapan golongan ini akan dapat disatukan jika ada usaha dibuat dengan makisima. Oleh kerana ada janji hadith bahawa orang Yahudi akan dapat dikalahkan nanti, maka saya yakin golongan ini akan dapat dibentuk. Mari kita mulakan untuk bersatu dan mari kita mulakan untuk membahu.
Akhirnya, di dalam surah as-Saf ayat 4,Allah berfirman:-
" Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh ".
Semoga, kebangkitan Islam akhir zaman sempat kita lihat semasa hayat kita ini. Kita rindu untuk melihat Islam diterima oleh manusia sejagat. Keindahannya dapat dilihat oleh mata dan dirasa oleh hati.
Sumber: www.uztazamin.com"
0 comments:
Post a Comment