This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, April 23, 2009

BERCAKAP BAIK ATAU DIAM

Rasulullah SAW telah bersabda,
Maksudnya:
" Barang siapa percaya dengan Allah dan dengan hari Akhirat, hendaklah dia bercakap baik atau diam."
Kita manusia ini disuruh oleh Tuhan hidup mengikut pengakuan kita dalam sembahyang yaitu Inna sholati wanu suki wa mahyaya wa mamati lillahi robbil `alamin. Kita hidup ini macam manapun aktif, cergas, progresif hanya dalam 3 kategori saja, tak boleh berbuat lebih dari itu.
1. Perbuatan atau amalan atau usaha . Itu yang banyak, samada orang Islam atau bukan Islam. Di sudut politik, ekonomi, pendidikan kebudayaan dan sebagainya semuanya bersifat perbuatan atau amalan.
2 . Bercakap , kalau kita tidak berbuat maka kita bercakap. Kalau tidak bercakap, maka kita,
3. Diam.
Adakah orang membuat diluar 3 ini?
Hidup manusia ini 3 kategori saja. Kalau tidak bercakap, diam atau berusaha, bertindak, beramal.
Tiga kategori hidup ini, dia pergi kepada 3 kategori nilaian Tuhan. Tuhan nilai pun kepada 3 kategori juga, pahala, dosa, tak pahala tak dosa (mubah/harus).
Dia bertindak, bercakap atau diam samada pahala, dosa atau masuk kawasan harus. Ada orang Islam berfikir, aku nak jaga jangan pergi ke dosa, buat yang harus tak mengapa.
Walaupun kita buat benda yang harus, samada bercakap, diam atau bertindak, Tuhan kira juga. Tuhan hisab. Bila di hisab tak berdosa. Nampaknya macam mudah. Benda yang tak berdosa tapi menyusahkan. Macam membawa barang banyak pergi luar negara. Walaupun bukan barang larangan, tapi bila sampai dekat border, diperiksa 4 jam. Tak kena tangkap, tak kena jail, tapi diperiksa 4-5 jam. Menyusahkan. Begitulah kalau kita buat perkara harus, ianya tak berdosa, tapi kena hisab banyak. 1 hari kena hisab di sana, 1000 tahun di sini. Tak masuk Neraka, tapi 1000 tahun tersiksa.
Kalau tindakan, kita mudah faham. Fokusnya pada hadis tadi. Barang siapa yang percaya dengan Allah dan hari Akhirat hendaklah bercakap baik atau diam. Maksudnya kalau kita bercakap atau diam, niatkanlah kerana Allah. Ada hubung kait dengan Tuhan. Kerana Tuhan, untuk mencari keredhoan Tuhan, selaras dengan kehendak Tuhan. Yang ke-2 selaras dengan nilai Akhirat. Bila selaras dengan kehendak Tuhan, tentu ada nilai Akhirat, Syurga. Jadi kalau kita bercakap mesti ada hubung kait dengan keredhoan Tuhan, mesti sesuai dengan nilai Akhirat . Jangan kita buat nilai dunia sebab kalaupun tak jatuh harus, dia jatuh dosa.
Begitu juga diam, biarlah diam kita itu kerana Tuhan atau ada nilai Akhirat dengan kata-kata lain berpahala. Macam mana bercakap yang ada nilai Akhirat dan bagaimana diam yang sesuai dengan kehendak Tuhan dan ada nilai Akhirat?
Kata Rasulullah SAW kalau boleh cakap baik, cakap kerana Allah kalau tak boleh, kita diam, tapi diam kerana Allah. Macam mana cakap yang baik itu?
1. Kita memperkatakan ilmu .Ini cakap baik. Kita kuliahkan ilmu, kita membincangkan ilmu.
2. Berdakwah mengenalkan Tuhan, mengenalkan syariat Tuhan, mengenalkan akhlak yang disukai Tuhan .
3. Kita bermesyuarat, berbincang, misalnya bagaimana Tuhan sampai dibesarkan orang. Macam mana nak suburkan syariat, macam mana supaya manusia berakhlak seperti yang Tuhan mahu.
4. Menasehatkan orang dengan bermacam-macam bentuk nasehat, supaya orang ikut Tuhan, berakhlak ikut Tuhan, hidup yang betul, berekonomi yang betul
5. Bercakap dengan tujuan hendak mendamaikan dua orang atau dua puak yang sedang begaduh, yang sedang berkrisis, yang sedang berbalah. Begitu juga kalau kita terpaksa berbahas, berbincang, hendaklah dengan kata-kata yang baik, jangan maki hamun, jangan kasar
Kalau kita tak boleh cakap baik, nak mengajar tak pandai, nak berdakwah tak pandai, nak mesyuarat orang tak panggil, nak nasehatkan orang tak berani, kita orang biasa, lebih baik diam. Macam mana diam kerana Tuhan, diam yang bernilai Akhirat? Diam itu biarlah berisi, diam ubi, jangan diam tin kosong. Ubi diam saja tapi berisi. Mungkin diam lebih banyak dari pada bercakap, kalau ada ilmu kalau faham
1. Diam ingat dosa . Dalam diam kita kenang dosa-dosa sejak baligh sampai sekarang, kita hitung dosa-dosa kita
2. Diam berfikir , apa lagi kebaikan-kebaikan yang aku nak buat
3. Diam berzikir , bukan membaca zikir tapi ingat Tuhan, takut Tuhan, rasa bertuhan, rasa hina dengan Tuhan, rasa kehebatan keagungan Tuhan, ingat kebesaran Tuhan, rasa kehebatan Tuhan, cintakan Tuhan.
4. Termasuk diam memikirkan ilmu . Bila dia berfikir keluar ilmu.
5. Termasuk d iam menulis perkara yang disukai Tuhan dan bernilai Akhirat .Diam yang ada hubungan dengan Allah dan ada hubungan dengan Akhirat.
Kita yang sedar ni agak takut dengan Tuhan, banyak diam terutama waktu nak tidur, tapi masuk kawasan harus, rugilah. Kalau 3 jam kita gelisah tak dapat tidur, ia tak dosa. Berfikir tidak, bertindak tidak, tapi kena hisab. Tak masuk Neraka tapi hisab 1 hari di sana macam 1,000 tahun di sini. Kalau kena tahan 1 minggu? Sudah kena azab.
Setengah orang bila diam, nampak Siti Nurhaliza, Mawi dan lain-lain.Orang yang tak tahu kata, elok dia ini, tak banyak cakap. Diapun nak cakap banyak tak pandai, sesuailah dia tidur banyak. Rupanya dalam tidur dia khayal. Apa yang ditengok dalam surat khabar nampak balik. Sebab tu kalau kita diam tak boleh datangkan pahala, dah terlanjur fikir benda harus, ingat isteri. Nak ingat kebesaran Tuhan tak pandai, nak fikir keadilan Tuhan tak pandai, fikir isteri masing-masing. Bila isteri nak balik? ini harus daripada fikir yang bukan-bukan.
Rasulullah SAW pesan kalau kita pandai cakap, cakaplah, bagi ilmu, mengajar, ada nilai Akhirat. Kalau kita cakap tak pandai, lebih baik diam untuk berfikir atau berzikir. Orang yang tak takut Tuhan, tak kenal Tuhan, kemudian dia nak buat secara zahir tak boleh, sebab dia orang biasa, duit tak ada, kemampuan tak ada, bila dia nak tidur, macam-macam datang. Sebenarnya walau nampak baik, dia bukan baik. Dia sedang menempah Neraka. Dia buat nilai Neraka. Janganlah diam kita itu menipu diri kita. Kita sangka kita tak jahat tapi kita fikir benda jahat. Jahatlah kita.
Sekian.

Tanda-Tanda Satu Bangsa Di Kalangan Umat Yang Hendak Menuju Kehancuran

Bangsa Madyan pernah menuju kegemilangan dan kemudiannya hancur lebur dilaknat Tuhan. Begitu juga bangsa Ad dan terakhirnya empayar Uthmaniyah yang tersungkur hina akibat meninggalkan Tuhan dan mengambil idologi lain sebagai gantinya.
Apabila sesuatu bangsa akan menuju kehancuran, maka Allah akan tunjukkan tanda-tandanya. diantara tanda-tandanya:-
  1. Apabila pemimpin-pemimpin ditaati kerana takut, bukan kerana sayang dan dihormati. Di hadapan rakyat menggangguk, di belakangnya mengata dan mengutuk kerana pemimpinnya zalim.
  2. Apabila para ulamanya di kalangan mereka ramai yang jahat-jahat, gila dunia dan mengampu orang-orang besar.
  3. Apabila orang-orang kayanya tamak dan bakhil.
  4. Ahli-ahli perniagaannya penipu dan memikirkan keuntungan semata-mata serta tidak memikirkan halal dan haram.
  5. Apabila orang-orang miskin tidak sabar dan tidak redha.
  6. Para wanitanya hilang malu. Seperti tidak segan-silu dan malu mendedahkan aurat.
  7. Orang-orang mudanya tidak menghormati orang tua.
  8. Anak-anak tidak menghormati ibu bapa.
  9. Isteri-isteri tidak taat dengan suami.
  10. Suami-suami dayus.
  11. Murid-murid tidak hormat kepada guru.
  12. Guru-guru tidak sayang kepada murid.
  13. Banyak berlaku krisis dan perpecahan.
  14. Apabila banyak berlaku perzinaan.
  15. Apabila banyak berlaku bermuamalat dengan riba dan rasuah
  16. Banyak berlaku jenayah seperti pergaduhan, pembunuhan, perompakan, pencurian.
  17. Apabila ramai yang lebih cinta dunia daripada Akhirat.
  18. Apabila ramai yang tidak bersembahyang dan membayar zakat.
  19. Apabila hendak mengamalkan Islam secara syumul terlalu banyak rintangannya.
  20. Orang baik sedikit, orang jahat ramai.
  21. Perkara-perkara yang halal susah hendak dicari.
  22. Apabila ilmu agama dijadikan wasilah untuk mencari kepentingan dunia.
  23. Orang baik dianggap jahat, orang jahat dianggap baik.
  24. Pemimpin bangsa itu adalah di kalangan orang jahat.

TERBATASNYA KEHEBATAN AKAL

Akal manusia memang hebat. Dengan akal, meningkat darjat dan kemuliaan manusia. Kerana akal, manusia boleh mengatasi dan menguasai makhluk-makhluk lain yang tidak berakal. Dengan akal, manusia menguasai alam jamadat. Dengan akal, manusia menguasai alam nabatat. Dengan akal, manusia menguasai alam haiwanat.

Dengan akal juga, manusia meneroka lautan yang luar dan dalam. Dengan akal, manusia mengeluarkan segala khazanah dari perut bumi. Dengan akal, manusia dapat meneroka angkasa lepas.

Pendek kata, dengan akal, manusia menjadi raja di alam yang lahir ini. Semua ciptaan lahir ini seolah-olah tunduk kepada kehendak dan kemahuan akal manusia.

Tetapi di situ sahajalah terhentinya kehebatan akal. Di alam jin contohnya, akal manusia tidak mempunyai banyak pengaruh. Bangsa jin tidak berapa peduli sangat dengan manusia ini. Jin, jin punya hal, manusia, manusia punya hal. Baik tak baik, jin boleh khianat pada manusia. Akal manusia tidak dapat berperanan di alam jin. Alam jin bukan lagi alam lahir. Alam jin tidak masuk akal. Tidak logik. Bagaimanakah akal dapat berperanan di alam yang tidak masuk akal?

Lebih-lebih lagilah, akal tidak dapat berperanan di alam-alam yang lebih tinggi. Akal tidak dapat meneroka alam jabarut. Akal tidak dapat meneroka alam malakut. Akal tidak dapat meneroka alam lahut. Akal tidak dapat meneroka alam barzakh, alam Akhirat dan sebagainya. Bukan sahaja alam-alam ini tidak masuk akal, akal pun tidak dapat masuk ke dalam alam yang seperti ini.

Kalau dalam alam-alam seperti ini pun akal tidak dapat masuk dan tidak boleh berperanan, apakah halnya pula dengan perkara yang bukan alam. Kerana segala alam itu adalah ciptaan. Dalam banyak alam yang dicipta pun, akal tidak dapat berperanan, inikan pula dalam hal yang bukan alam khususnya dalam hal ketuhanan. Kerana Tuhan itu bukan alam. Alam itu ialah segala sesuatu selain Tuhan.

Oleh itu, kalau manusia hidup semata-mata dengan akal, maka dia akan terpenjara dan tidak akan dapat keluar dari alam yang lahir ini. Dia tidak akan dapat terlepas dari hal-hal jamadat, hal-hal nabatat, hal-hal haiwanat dan hal-hal yang bersabit dengan kehidupan lahiriah manusia. Dia akan jadi banduan dunia.

Kalau manusia hidup hanya dengan melibatkan hal dan keperluan lahiriah mereka semata-mata, maka tidak jauhlah darjat manusia itu dengan haiwan. Itulah sebenarnya konsep hidup haiwan. Memuaskan keperluan lahir semahu-mahunya. Apalah gunanya kalau manusia boleh menguasai haiwan kalau dia pun macam haiwan juga.

Haiwan bukan makhluk yang bermusafir di dunia ini. Dunia ini permulaan dan terakhir baginya. Bagi manusia pula, dunia ini hanya buat sementara. Perjalanan manusia lebih jauh. Manusia datang ke alam syahadah ini dari alam roh. Manusia akan berhijrah lagi ke alam yang lebih tinggi dan lebih seni. Iaitu alam barzakh dan alam akhirat. Mahu pergi kena pergi, tak mahu pergi pun kena pergi. Sudah bersedia kena pergi, belum bersedia pun kena pergi. Dia macam satu pakej. Bila mula kena ikut sampai habis.

Kalau selama ini hanya akal sahaja yang berperanan dalam hidup manusia dan justeru itu manusia terpenjara di alam syahadah atau alam dunia ini, bagaimanalah dia akan hidup di alam barzakh dan di alam Akhirat. Tidakkah dia akan terkejut bila melihat adanya alam yang lebih seni dan lebih luas dari alam dunia yang selama ini dikenalinya dan direbut-rebutkannya. Tidakkah dia akan jadi seperti katak di bawah tempurung.

Bila terangkat tempurung, baru dia sedar akan adanya alam yang lebih besar dan lebih luas dari apa yang selama ini wujud di dalam tempurungnya. Bila datang maut baru dia sedar akan adanya alam yang lebih luas dari alam dunia ini. Orang akal tak ubah seperti katak di bawah tempurung.

Begitulah hakikat orang akal yang menjadi banduan dunia. Bila terlepas dari dunia, dia akan menjadi pelarian di alam Akhirat. Di alam Akhirat, akal tidak berguna. Akal tidak boleh berfungsi. Akal akan kaku dan beku. Kalau di dunia akal ligat berputar, di alam Akhirat, dia seperti tidak wujud.

Itulah sebabnya Islam melarang kita menjadi orang akal semata-mata iaitu orang yang hanya menggunakan akal dalam segala hal dan masalah, dan menggunakan ukuran dan nilai akal dalam semua perkara. Kalau tidak masuk akal, tolak. Kalau tidak logik, tidak mahu terima. Tidak mahu beriman dan percaya dengan perkara-perkara ghaib yang tidak masuk akal. Semuanya kena ditapis dengan akal. Wahyu pun hendak diakalkan. Ada wahyu yang sesuai, ada yang tidak. Ada yang positif dan ada yang negatif. Alam barzakh, alam Akhirat, jin dan malaikat, semua tidak boleh diterima sebab tidak masuk akal. Hatta Tuhan sendiri pun hendak ditapis dengan akal juga. Kalau tak logik, tak mahu akui bahawa Tuhan itu wujud.

Cuba bayangkan. Allah yang cipta akal. Allah yang mengurniakan akal itu kepada manusia. Akal itu juga hendak digunakan untuk menafikan kewujudkan Allah. Inilah logik akal yang kita tidak tahu di mana logiknya.

Manusia sering menganggap mampunya akal mengendalikan dan menggunakan logik itu satu kelebihan. Sebenarnya ia satu kelemahan. Ia satu “limitation”. Ia mengecilkan skop jangkauan dan menyempitkan pandangan manusia. Logik hanya satu asas dari asas-asas ciptaan. Banyak lagi asas-asas ciptaan yang tidak logik. Oleh itu, akal hanya mampu meneroka sebahagian kecil dari rahsia dan ilmu ciptaan Tuhan.

Satu persoalan yang perlu ditanya kepada orang akal, mestikah segala apa yang Allah cipta itu logik. Tak bolehkah Allah mencipta benda yang di luar logik. Tidakkah kita sedar bahawa kalau semua ciptaan Tuhan itu terpaksa bersandar kepada logik, maka lemah sangatlah Tuhan. Takkanlah Tuhan pun tertakluk kepada logik walhal logik itu sendiri pun Tuhan yang cipta. Kalau Allah boleh mencipta benda yang logik, sudah tentu Allah akan mencipta juga benda atau perkara yang tidak logik sebab adalah sunnah Allah untuk mencipta sesuatu itu berpasang-pasang. Kalau ada yang logik, mesti ada yang tidak logik. Kalau tidak manusia akan kata Allah itu lemah. Allah boleh mencipta yang logik sahaja. Yang tak logik, tak boleh.

Kalau apa yang Allah cipta itu logik, maka ia bolehlah dikendalikan oleh akal. Memang itu habuan akal. Sebaliknya, kalau apa yang Allah cipta itu tidak logik, tidak bermakna perkara itu tidak wujud. Ia hanya bermakna bahawa akal bukan alat untuk mengendalikannya. Perkara yang seni, halus dan tidak logik tidak dapat diteroka oleh akal. Ia kenalah diserah kepada roh atau hati. Perkara yang tidak masuk akal boleh jadi boleh masuk hati. Orang Islam rnesti hidup roh dan hatinya.Tidak cukup orang Islam itu hanya menjadi orang akal. Dia mesti juga menjadi orang rohani. Barulah dia akan dapat faharii dan yakin dengan perkara-perkara yang tersirat dan maknawi dan perkara-perkara yang ghaib dan tersembunyi yang di luar logik.

Orang akal dinamakan juga orang dunia. Ini kerana orang yang menggunakan akal semata-mata tidak dapat meneroka alam lain selain alam dunia. Orang akal dikenali juga sebagai orang sekular. Kerana sekularisme bermaksud "dunia untuk dunia "atau "dunia habis di dunia ". Sekularisme tidak mengaitkan hal dunia dengan Akhirat. Fahaman sekularisme menafikan adanya Akhirat.

Ilmu orang akal sebenarnya cetek dan tidak sehebat mana. Hanya setakat ilmu lahiriah dan ilmu dunia sahaja. Ilmu orang rohani lebih seni, lebih tinggi dan lebih dalam. Ilmunya sampai kepada hakikat sesuatu perkara. Orang akal ibarat kanak-kanak. Mampu membina jambatan di antara dua benua, sudah melonjak-lonjak dengan kemegahan. Orang rohani mampu membina jambatan di antara dua alam tetapi tetap merendah diri, tawadhuk dan malu dengan Tuhan.

Hasil kerja orang akal juga tidak ke mana. Bina punya bina, bina punya bina, satu hari nanti akan runtuh musnah menjadi debu. Itulah nilai akhir hasil kerja orang akal. Semuanya akan jadi debu. Hasil kerja orang rohani kekal abadi sampai Akhirat. Tidak ada yang sia-sia. Segala nikmat dari kerja-kerja orang rohani dapat dirasai sampai ke Akhirat.

Hasil kemajuan dan tamadun lahiriah orang akal rosak-merosakkan, mudharat-memudharatkan. Bolehlah hidup selesa sedikit tetapi rosak kemanusiaan, rosak keinsanan. Hati-hati manusia penuh dengan kejahatan dan kekejian. Manusia berkrisis, bergaduh, bunuh-membunuh. Jenayah berleluasa. Hilang ketenangan. Hilang kasih sayang. Hilang kebahagiaan. Manusia berupa manusia tetapi berwatak haiwan.

Orang rohani membina tamadun hati. Insan manusia terbina. Manusia berakhlak dan berkasih sayang. Hati-hati manusia berpaut dengan Tuhan. Manusia hidup tenang, aman dan damai. Bela-membela dan bantu-membantu. Di dunia lagi telah terasa keindahan syurga.

Bukan itu sahaja. Akal orang rohani juga lebih hebat dari akal orang akal. Orang rohani tidak bermakna dia tidak berakal. Malahan akalnya lebih terang, lebih tajam dan lebih memancar kerana rohaninya yang bercahaya. Bukankah ini pelik dan menghairankan. Orang yang mengaku dia orang akal tetapi akalnya tak seberapa kalau dibandingkan dengan akal orang rohani. Orang akal hanya mampu membina dunia. Tapi orang rohani mampu mengakhiratkan dunia. Ini jauh lebih rumit dan susah dari membina dunia semata-mata.

Akal sebenarnya sangat berbahaya kepada manusia terutama kalau ia dilepas berperanan secara bebas tanpa kawalan. Akal yang tidak terkawal akan menafikan perkara ghaib termasuk Akhirat. Malahan di hujungnya nanti, dia akan menafikan Tuhan. Akan digantikannya Akhirat dengan dunia dan Tuhan itu dengan "nature". Akal tidak tahu selain daripada itu.

Oleh itu akal mesti ditundukkan. Ia mesti duduk di bawah hati. Akal mesti dikawal oleh hati. Akal mesti tunduk kepada hati. Barulah akal itu boleh menjadi alat untuk melaksanakan segala kehendak dan perintah hati. Bukan akal yang sepatutnya memerintah diri manusia sebab dia bukan raja. Raja dalam diri manusia itu ialah hati.

Akal bukan untuk mencipta perundangan, sistem, ideologi atau cara hidup bagi manusia. Itu semua telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al Quran dan As Sunnah. Allah mengurniakan akal hanyasanya untuk melaksanakan segala suruhan dan hukum-hakam yang sudah Allah tetapkan. Akal hanyalah pelaksana. Kerja akal ialah untuk menterjemah segala suruhan Allah kepada realiti dalam kehidupan.

Justeru itu, peranan roh dan hati mesti ditingkatkan. Roh yang lemah mesti dikuatkan. Jiwa yang mati mesti dihidupkan. Hati yang buta mesti dicelikkan. Kalau rohani lemah, akal akan menuntut kebebasan. Akal yang bebas akhirnya akan dipengaruhi oleh nafsu. Gandingan akal dengan nafsu ini ibarat api yang menyemarak di hutan yang kering. Selagi ada hutan, selagi itulah dia akan membakar. Lebih tebal hutan, lebih semarak lagi apinya.

Kuatkan rohani dengan memperbaiki diri. Bertaubatlah dari segala dosa dengan taubat nasuha. Bersihkan hati dari segala sifat mazmumah yang keji. Dari hasad dengki, tamak haloba, pemarah, bakhil, ego, sombong, angkuh, riyak dan sebagainya. Hiasilah hati dengan segala sifat mahmudah. Dengan sifat pemurah, pemaaf, rendah diri, tawadhuk, lapang dada dan sebagainya. Bersihkan fitrah kita hingga ia kembali kepada keadaan asal semulajadinya yang suci-murni. Yang kekal Tuhannya dan yang cintakan segala kebaikan dan keluhuran. Kekang nafsu amarah dan didiklah ia hingga ia dapat meningkat ke peringkat nafsu yang lebih tinggi, setidak-tidaknya ke peringkat "mulhamah" dan kalau boleh ke peringkat "muthmainnah".

Untuk itu semua, kita perlu kembali kepada Tuhan. Kita perlu menyembahnya. Kita perlu bersembahyang atau bersolat. Kerana dalam solat itu sedia tersusun, segala rukun untuk meningkatkan roh dan memperbaiki diri. Dalam solatlah kita belajar merasa bertuhan. Dalam solatlah kita belajar merasakan diri kita ini hamba. Solat adalah pintu masuk ke alam rohan

SIFAT -SIFAT ROH (HATI)

Roh yang ada di dalam diri kita ini terlalu abstrak (seni). Sifatnya sensitif, selalu berubah- ubah, sekejap baik dan sekejap jahat. Perubahan ini berlaku terlalu cepat sekali sehingga susah untuk kita mengesannya. Ini menyebabkan banyak sifat-sifat yang baik telah terabai dan sifatsifat yang buruk (jahat) dibiarkan bermaharajalela dalam diri sama ada disengaja atau tidak, disedari atau tidak.

Sifat-sifat roh terbahagi kepada dua iaitu:
1. Sifat-sifat mahmudah (sifat positif atau sifat-sifat yang baik)
2. Sifat-sifat mazmumah (sifat negatif atau sifat-sifat yang keji)

Pertama:
Sifat-sifat mahmudah antaranya:
a) jujur
b) ikhlas
c) tawadhuk
d) amanah
e) taubat
f) sangka baik
g) pemaaf
h) pemurah
i) syukur
j) zuhud
k) tolak ansur (timbang rasa)
l) sabar m) redha n) berani
o) lapang dada
p) lemah lembut
q) kasih sayang
r) selalu ingat mati
s) tawakal
t) takut Allah

Kedua:
Sifat-sifat mazmumah di antaranya:
a) riyak
b) ujub
c) sum’ah
d) takabur atau sombong
e) hasad dengki
f) pemarah
g) dendam
h) bakhil
i) penakut
j) cinta dunia
k) gila pangkat
l) gila puji
m) jahat sangka
n) putus asa
o) tamak

Kajian terhadap sifat-sifat mahmudah dan mazmumah ini sangat penting kerana dengan adanya ilmu ini memudahkan seseorang itu mengenal hakikat dirinya. Yakni, kenal sungguh tentang sifat batinnya. Bila sifat baik dan sifat jahat sudah dikenal pasti ada dalam diri seseorang itu maka tindakan yang perlu dilakukan ialah:
1. Sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) itu hendaklah kita pertahankan, suburkan, pertajamkan dan kekalkan kerana sifat-sifat ini dikehendaki dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul serta digemari oleh manusia seluruhnya, yang mana itulah bunga diri pada seseorang.
2. Sifat-sifat yang terkeji (mazmumah) pula hendaklah ditumpaskan, dikikis, dibuang, dihapus dan dicabut. Ini perlu dilakukan melalui proses mujahadatun nafsi (melawan hawa nafsu). Yakni melalui latihan terus-menerus terhadap nafsu (riadatun nafsi). Wajib dicabut buang sifat-sifat keji ini kerana sifat-sifat ini sangat dibenci oleh Allah dan rasul serta dibenci oleh manusia seluruhnya.

Untuk mendapat akhlak yang baik (terpuji) macamlah proses mendapatkan buah yang baik dan manis. Ia didapati setelah ditanam daripada benih-benih yang baik dan manis. Begitulah juga untuk melahirkan perbuatan dan tindakan yang baik serta akhlak yang baik itu adalah dengan menanam benih-benih yang baik di dalam roh (hati). Yakni benih-benih sifat-sifat mahmudah seperti kasih sayang, rasa simpati, rasa malu, sukakan ilmu pengetahuan, pemurah, pemaaf, sabar dan lain-lain lagi.

Buah yang masam adalah hasil ditanam benih yang masam. Begitulah perbuatan atau tindakan yang buruk atau akhlak yang buruk (keji) adalah berpunca daripada ditanam benih-benih yang keji (mazmumah) di dalam roh (hati).

Adapun benih-benih mahmudah dan benih-benih mazmumah yang wujud dalam roh (hati) hanya dapat dikesan oleh mata hati yang dibantu oleh ilmu mengenainya. Bukan dengan mata kepala yang sifatnya tidak dapat menjangkau dan merasainya. Yakni roh melihat roh. Hanya roh yang dapat mengenali atau mengesan roh.

Ini bererti, mengesan sifat-sifat roh ini mestilah melalui kepekaan pandangan mata hati serta dibantu oleh ilmu. Perjalanan roh ini laju dan sentiasa berubah-ubah, sensitif dan berbolak-balik dari detik ke detik. Kalau kita tidak peka dalam mengesannya setiap saat, kita akan rugi. Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat yang baik bererti kita telah mengabaikan sifat-sifat roh yang baik atau perasaan-perasaan yang baik. Maka sifat baik tadi jadi tidak subur. Macam menanam pokok tanpa disiram air, tanpa diberi baja, tanpa dijaga, walaupun pokok itu boleh tumbuh tetapi daunnya kuning, kering, akhirnya mungkin mati. Yang baiknya, perlu ada guru mursyid yang memberi pimpinan atau didikan (yang dapat memimpin hati kita, asalkan kita sanggup mentaatinya).

Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat mazmumah (jahat) bererti kita biarkan mazmumah itu berada dalam diri. Dari hari ke hari mazmumah itu kian subur bersama suburnya jasad lahir. Akhirnya ia menguasai diri dan kehidupan kita. Ketidakpekaan tadi menyebabkan mazmumah itu tetap bersarang di dalam hati (roh), tidak ditumpaskan, dikikisbuangkan dan dicabut. Akhirnya hati yang jahat itu mendorong untuk melakukan perbuatan atau tindakan-tindakan jahat atau akhlak-akhlak jahat. Yang kerananya akan merosakkan pergaulan dan menerjunkan kita ke Neraka.

Bagaimanakah kaedah untuk mengesan kelajuan perubahan sifat-sifat roh yang sentiasa berubah-ubah dan berbolak-balik ini? Cara mengesan benih-benih sifat-sifat roh (hati) ialah roh melihat roh atau roh meneropong roh. Diteropong, dikaji dan diselidiki sebaik-baiknya dengan dibantu oleh ilmunya untuk memastikan di kala mana berlaku sifat-sifat yang baik dan di waktu mana berlaku sifat-sifat jahat. Bila didapati roh (hati) bersifat baik maka hendaklah disuburkan. Di waktu roh (hati) bersifat jahat maka dikekang dan dilawan, serta ditahan.

CONTOH SIFAT-SIFAT MAHMUDAH:
1. Sifat kasih sayang
Dengan pandangan mata hati (mata roh) kita akan dapat mengesan adanya benih kasih sayang dalam hati. Ia adalah fitrah semula jadi yang murni. Yakni hati terasa terhutang budi kepada orang yang membantu atau berjasa kepada kita. Mengikut istilah syariat dikatakan rasa syukur atau rasa hendak balas budi. Ini sifat baik (positif). Apabila didapati ada sifat-sifat ini dalam hati hendaklah disuburkan, dipertajamkan dan dikekalkan serta dilaksanakan supaya kita jadi orang yang berterima kasih pada manusia. Lebih-lebih lagi bersyukur kepada Allah kerana nikmat-Nya yang tidak pernah putus-putus.

Rasa kasih sayang ini diperintahkan oleh Allah dan Rasul.
Rasulullah bersabda:
Maksudnya: “Barang siapa yang tidak mengasihi sesama manusia maka dia tidak dikasihi Allah.” (Riwayat Tirmizi)

Hadis ini menyuruh kita untuk berkasih sayang. Ia mendorong kita untuk saling mengasihi antara manusia dan makhluk Allah yang lain. Suburkan dan tajamkan lagi sehingga matang bersama matangnya jasad lahir kita. Lakukan bermacam-macam cara untuk suburkan sifat kasih sayang ini.

2. Rasa simpati, timbang rasa atau tolak ansur
Benih rasa simpati atau timbang rasa ini dapat dikesan ada dalam hati bila berhadapan dengan orang yang mendapat kesusahan. Walaupun kita tidak dapat menolong dan membantunya tetapi secara automatik timbul rasa belas kasihan atau simpati itu. Setelah dikesan didapati ada sifat baik ini maka mestilah disuburkan dan dikekalkan. Ini supaya mendorong kita menolong orang yang susah atau sanggup bersusah payah untuk berkhidmat dan berbakti pada orang lain.

Syariat juga menyuruh kita bersimpati atau bertimbang rasa atau bertolak ansur pada orang. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sebaik-baik manusia ialah manusia yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain.” (Riwayat Qudha’i dari Jabir)

3. Rasa malu
Benih rasa malu dapat dikesan wujudnya dalam hati, lebih-lebih lagi bila kita berbuat salah. Rasa malu bila orang lain tahu. Ini mesti disuburkan supaya dapat membendung kita daripada berbuat salah, sekalipun kesalahan-kesalahan dosa kecil, apatah lagi dosa besar. Ini juga mendorong kita segera bertaubat apabila bersalah. Seterusnya ia akan menyuburkan sifat jujur (berlaku benar), ikhlas dan amanah terhadap Allah dan Rasul serta manusia seluruhnya.

4. Rasa sukakan ilmu pengetahuan
Benih rasa sukakan ilmu pengetahuan dapat dikesan ada dalam hati bila ada perasaan ingin tahu, ingin pandai, ingin menyiasat, ingin memiliki ilmu sepertimana orang yang sudah ada ilmu, ingin amalkan, ingin membaca, mengkaji, menilai dan prihatin pada satu-satu perkara atau ingin mencari pengalaman sebanyak- banyaknya. Bila didapati benih sifat baik ini ada dalam hati maka suburkan dan dorong lagi supaya kecintaan kepada ilmu bertambah. Ini bersesuaian dengan perintah Allah dan Rasul-Nya. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”
Maksudnya: “Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China, menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Ibnu Abdul Bar dari Anas)
Bertambahnya ilmu dan pengetahuan memberi kesan lahiriah yang baik pada akhlak dan perbuatan seseorang itu seperti berani, pandai, berwibawa, cakapnya bernas, hidup tidak buntu, kreatif dan lain-lain lagi.

Perlu diingat bahawa sifat-sifat yang baik yang disebut di atas tadi dan banyak lagi sifat-sifat mahmudah lainnya itu, ia wujud bersama dengan jasad lahir. Rasa-rasa itu semuanya tidak perlu dipelajari dan tidak ada guru yang mengajarinya. Ia adalah perasaan semula jadi yang murni yang ada dalam hati. Cuma waktu kecil ia tidak subur. Tetapi ia ikut dewasa bersama dewasanya tubuh kasar.

Benih-benih sifat-sifat mahmudah tersebut mesti dikenal pasti dengan menggunakan teropong mata hati serta dibantu oleh ilmunya. Kemudian sifat-sifat baik ini hendaklah disuburkan, dipertajamkan dan didorong lagi supaya kita dapat mengekalkan sifat-sifat mahmudah itu dalam diri. Dengan itu lahirlah akhlak-akhlak yang baik, tindakan-tindakan yang mulia dan perbuatan-perbuatan yang terpuji dalam kehidupan kita.

CONTOH SIFAT-SIFAT MAZMUMAH:
1. Rasa tidak senang (berdendam)
Benih-benih mazmumah rasa tidak senang atau tidak redha atau berdendam dapat dikesan ada dalam hati di waktu kita diuji atau ditimpa bala. Sama ada ujian-ujian itu berbentuk lahiriah atau maknawiah (batiniah). Umpamanya:
* Terasa tidak senang bila dikata nista, dihina, diumpat, difitnah. Hati rasa marah, rasa dendam, rasa ingin hinakan orang itu semula. Ini sangat merbahaya. Boleh mencetuskan pecah ukhwah, pecah belah, huru-hara dan pergaduhan dalam masyarakat.
* Terasa tidak senang atau menderita bila tidak ada duit, tidak ada pangkat atau harta.
* Terasa tidak senang bila diuji dengan sakit atau kematian orang yang dikasihi.
* Terasa tidak senang atau kecewa apabila orang-orang yang dikasihi membuat ragam atau tidak bertanggungjawab.

Terasa tidak senang atau tidak redha dengan takdir Allah. Ini dapat dikesan bila kehendak-kehendak atau hajat-hajat hati tidak tercapai. Katalah kita hendak begian, dapat begian. Hendak banyak, dapat sikit. Hendak pandai, tidak pandai-pandai juga. Hendak pangkat, jawatan, pujian tapi tidak dapat-dapat. Barangkali kalau didorong sifat keji ini akan timbul bimbang terhadap masa depan. Hati makin susah sebelum susah yang sebenarnya menimpa. Misalnya hati merasa, “Bagaimana nanti kalau aku sakit? Bagaimana kalau aku miskin? Kalau aku tak kahwin? Kalau aku tak dapat anak? Kalau aku tak ada rumah? Kalau tak ada kebun selepas pencen? Dan macam-macam hajat yang tak tercapai.”

Bila rasa tidak senang ini disuburkan, ia boleh membawa kepada iri hati atau hasad dengki pada orang lain. Dia tidak akan senang melihat ada orang yang dapat lebih nikmat atau lebih senang daripadanya.

Setelah dikesan adanya rasa tidak senang atau tidak redha dengan ketentuan Allah ini mestilah dikikisbuangkan, ditumpas dan dicabut. Jika sifat-sifat ini tidak dibuang dan dibendung sebaliknya disuburkan, ia akan jadi lebih parah lagi. Dia sentiasa keluh-kesah atau gelisah bila berhadapan dengan sebarang ujian atau kesusahan. Ia menjadi seorang yang pemarah, pendendam, tidak senang dan putus asa hingga timbul akhlak-akhlak yang buruk atau perbuatan-perbuatan atau tindakan-tindakan yang buruk yang merosakkan dirinya dan masyarakat. Maka hilanglah kebahagiaan hidup.

Sebab itu dalam Islam disuruh redha dengan ketentuan Allah. Sifat tidak redha ini sangat dibenci Allah dan Rasul serta seluruh manusia. Untuk membendungnya ingatlah perintahperintah Allah SWT.

Firman-Nya dalam Al Quran:
Maksudnya: “Hendaklah kamu katakan semua itu datang daripada Allah.” (An Nisaa’: 78)
Maksudnya: “Janganlah kamu berputus asa daripada nikmat Allah.” (Yusuf: 87)

Ingatlah setiap perkara yang berlaku sama ada baik atau buruk, hakikatnya daripada Allah. Ia ada hikmahnya yang tersendiri, yang tersembunyi, untuk kebaikan dan manfaatnya pada diri kita kalau kita pandai menerimanya.

Sebenarnya ada rahsia yang kita tidak tahu. Mungkin kalau kita dapat apa yang kita kehendaki, kita tidak bersyukur. Tentulah ini berdosa. Boleh jadi ada orang lain pula yang hasad dengki dengan apa yang kita dapat itu. Bukankah itu membahayakan diri kita? Kalau kita sedar hakikat ini tentulah kita rasa bertuah dengan apa yang ada atau apa yang Allah berikan. Walaupun tidak memenuhi hajat kita namun tidaklah sampai rasa tidak senang, yang mana bererti kita tidak senang dengan Allah, Tuhan yang Maha Adil itu. Bila rasa tidak senang ertinya kita kufur dengan nikmat. Itulah penzaliman terhadap diri yang kita lakukan setiap saat. Oleh itu sifat keji ini hendaklah dikikisbuangkan. Kalau tidak, ia akan menjadi dosa dan menerjunkan kita ke Neraka, wal’iyazubillah.

2. Rasa ujub
Benih rasa ujub ini dapat dikesan bila kita dapat nikmat lebih sama ada lebih ilmu, lebih pangkat, lebih harta, lebih cantik, lebih pandai, lebih bijak dan lain-lain kelebihan lagi. Waktu itu hati terasa istimewa, terasa hairankan diri. Bila didorong lagi sifat keji ini akan menjadi sifat riyak. Yakni timbul rasa ingin menunjuk-nunjuk. Seterusnya bila disuburkan lagi berubah kepada sifat keji yang lain pula iaitu sifat sombong. Yakni rasa bermegah-megah, rasa diri superman atau superwoman, rasa hebat diri dan suka menghina orang lain.

Sifat keji ini bila didapati wujud dalam hati, maka mestilah ditumpaskan dan dikikisbuangkan melalui proses mujahadatunnafsi. Ini kerana sifat sombong atau takabur atau membesarkan diri sangat dimurkai Allah. Yang mana ia merupakan pakaian Allah SWT yang tidak dibolehkan bersekutu pada mana-mana makhluk-Nya.

Sombong ini boleh menimbulkan hilang ukhwah, hilang kasih sayang dan benci-membenci. Akhirnya bergaduh dan timbul perpecahan, krisis, tegang dan jatuh-menjatuhkan. Masyarakat jadi haru-biru dan porak-peranda serta hilang kebahagiaan dan keamanan.

3. Rasa tamak atau bakhil
Benih rasa tamak ini dapat dikesan ada di hati bila kita melihat atau ternampak nikmat. Waktu itu rasa hendak memiliki nikmat itu untuk jadi hak milik sendiri. Iri hati kalau nikmat itu dipunyai oleh orang lain. Rasa tamak dan haloba menyerang hati. Walau apa cara sekalipun dia akan usahakan untuk memilikinya tanpa mengira halal atau haram.

Rasa hati di waktu itu rakus, gelojoh dan ganas. Dia tidak peduli sama ada menyusahkan orang lain atau tidak. Melanggar hak asasi kemanusiaan atau tidak. Pokoknya dia dapat walau apa cara sekalipun. Sifat keji ini tersangat merbahaya. Ia boleh bertindak merampas, menipu, mencuri, merompak, rasuah, merogol, berzina, bergaduh dan akhirnya berperang. Penyakit ini perlu ditumpaskan dari awal lagi.

Bila dikesan ada rasa tamak, ia hendaklah ditumpaskan dan dikikisbuangkan melalui proses mujahadatunnafsi. Ia sangat dibenci dan menjadi musuh Allah dan Rasul-Nya serta seluruh manusia. Kemudaratannya bukan setakat di dunia bahkan di Akhirat akan dicampak ke Neraka, wal’iyazubillah.

4. Rasa takut
Benih rasa takut dapat dikesan wujud dalam hati bila berhadapan dengan makhluk yang lebih berkuasa, lebih kaya, lebih berpangkat, lebih berpengaruh atau yang berbudi padanya dan lain-lain lagi. Boleh jadi rasa takut ini juga disebabkan oleh inferiority complex dengan makhluk.

Bila takut menguasai diri, dia akan hilang kebebasan dan kemerdekaan diri. Kalau disuburkan rasa takut ini, tanpa sedar dia akan menganggap makhluk lebih berkuasa daripada Tuhan. Terjebak dengan mentuhankan makhluk tanpa sedar. Ini termasuk syirik khafi. Sifat keji ini tersangat merbahaya. Ia mengakibatkan orang ini sanggup melanggar syariat Allah dan Rasul serta menafikan kuasa Allah. Walaupun mulutnya mengatakan Allah-lah yang berkuasa tetapi pada realitinya makhluklah tempat dia rujuk, patuhi, taati dan takuti.

Ertinya, dia sudah mentuhankan makhluk atau mentuhankan manusia. Contohnya, dia sembahyang, puasa, naik haji tetapi tunduk dengan ‘tuan’nya bila disuruh jual atau beli atau minum arak. Katalah dia tidak minum arak, cuma jual atau beli arak, tetapi kerana ‘tuan’nya memberinya gaji, maka dia taat dan patuh. Walhal dia tahu perbuatan ini jelas melanggar syariat Allah. Ertinya dia lebih takutkan arahan manusia melebihi suruhan Allah SWT.

Oleh itu sifat keji ini hendaklah dihapus dan ditumpaskan daripada bersarang di hati kita. Kalau perkara ini tidak dikaji dan diteliti, sudah tentu tidak diketahui. Kikiskanlah dengan menanam rasa takut hanya pada Allah. Rasakanlah Allah Maha Berkuasa, Maha Besar dan Allah-lah Maha Kuat dan Maha Gagah daripada segala-galanya. Semua makhluk ini sama-sama lemah di sisi Tuhan yang Maha Perkasa itu. Kalaupun makhluk itu kuat atau berkuasa, hanya kerana dia diberi nikmat yang lebih sedikit saja daripada orang lain. Tetapi dia tetap lemah dan tetap dalam kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa. Allah telah mendidik kita agar hanya pada-Nya kita wajib takut dan menghinakan diri. Ini kerana Allah-lah yang Maha Mencipta, Maha Menganugerah, Maha Pemberi, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Allah-lah yang mengadakan dan mentiadakan sesuatu. Allah-lah yang menentukan nasib makhluk. Allah-lah yang muassir (memberi bekas). Selain-Nya semuanya tidak lebih gagah, tidak lebih besar dan tidak memberi bekas apa-apa. Walaupun makhluk itu lahirnya kita nampak besar dan hebat, gagah dan berkuasa tapi hakikatnya semua makhluk itu tetap dalam genggaman Allah SWT. Hanya empat sifat mazmumah saja yang kita kaji secara terperinci di sini, yang merupakan sebahagian daripada sifatsifat mazmumah yang banyak itu. Perlu diingat juga bahawa sifat-sifat yang jahat ini semuanya sudah wujud bersama lahirnya tubuh kasar. Rasa-rasa itu tidak perlu dipelajari dan tidak ada guru yang mengajarinya. Cuma waktu kecil ia tidak subur. Tetapi ia ikut dewasa bersama dewasanya tubuh kasar. Oleh itu benih-benih sifat mazmumah dalam hati ini mesti dikenal pasti di awal-awal lagi.

Dengan menggunakan teropong mata hati dengan dibantu oleh ilmunya, sifat-sifat jahat ini mesti ditumpaskan dan dikikisbuangkan melalui proses mujahadatunnafsi (yang akan kita bincangkan dalam bab akan datang). Barulah sifat mazmumah ini dapat dikekang dan dikosongkan, yang akhirnya sifat mahmudah dapat diisi dalam hati.

Di sinilah pentingnya mengkaji dan mengesan sifat-sifat roh (hati). Supaya setelah kedua-duanya dikesan, yang mahmudahnya dapat disuburkan dan yang mazmumahnya dapat dihapuskan. Barulah manusia itu kembali kepada hakikat dirinya. Yakni hakikat manusia itu sendiri. Ini kerana nilai diri manusia itu adalah pada sifat roh (hati)nya. Ia jadi penentu yang mencorak kehidupannya dan manusia seluruhnya.

Roh ini dikekalkan untuk ditanya dan dipertanggungjawabkan di Akhirat nanti. Roh inilah yang mukalaf. Ia yang akan merasai nikmat atau azab. Roh inilah juga yang akan ke Syurga

Monday, April 20, 2009

ISLAM ITU MENGHIBURKAN BILA DISUBURKAN

Islam diturunkan oleh Allah Taala kepada Rasul-Nya, bukan semata mata ilmu untuk ilmu. Jauh sekali hanya sekadar mental exercise, atau sebagai bahan kajian.

Islam perlu dihidupkan dengan cara diyakini, dihayati, diamal dan dilaksanakan di dalam kehidupan. Sama ada dihidupkan di dalam kehidupan yang lahir ini, di dalam akal atau mental kita, lebih-lebih lagi di dalam jiwa kita.

Apabila dihidupkan Islam itu di dalam kehidupan kita ia akan jadi meriah sekaligus sebagai syiar di mayapada ini. Dengan itu Sunnah Rasulullah SAW akan menjadi pedoman hidup dan akan kelihatan lambang-lambang kebesaran Allah itu (ayatullah) di dalam kehidupan manusia. Sama ada di dalam kehidupan peribadi mahupun di dalam kehidupan bermasyarakat, di dalam kehidupan berpendidikan, di dalam ekonomi, di dalam kebudayaan, ketenteraan, di dalam pentadbiran, di dalam perhubungan dan lain-lain lagi.

Bagaimana Hidupkan Islam Agar Ia Meriah

Untuk menghidupkan Islam ia perlu dihidupkan atau dibangunkan di dalam akal, di dalam jiwa dan di dalam kehidupan yang lahir ini.

1. Yang pertama, menghidupkan Islam di dalam akal iaitu kita kenalah menguasai ilmunya. Sama ada ilmu aqidah, feqah, tasawuf, akhlak, tafsir dan lain-lain lagi dengan tepat. Apabila Islam itu dapat dihidupkan di dalam akal maka ia akan menjadi:

* Ia akan menjadi ilmu dan maklumat-maklumat yang dimiliki.
* Ia akan menjadi panduan di dalam kehidupan yang berbagai-bagai
* aspek.
* Ia akan dapat menyelesaikan berbagai-bagai masalah hidup apabila
* buntu
* Ia akan menjadi kawan secara maknawi pada seseorang itu.
* Dari ilmu boleh mendapatkan ilmu.
* Dengan ilmu ia akan dapat merujuk.
* Dengan ilmu ia akan dapat mendidik orang.
* Dengan ilmu akan dapat menguasai orang.
* Dengan ilmu akan dapat membangunkan kemajuan dunia dan Akhirat.


2. Yang kedua, menghidupkan Islam di dalam jiwa agar dengan berpandukan ilmu Islam itu dapat membangunkan sifat-sifat mahmudah di dalam jiwa atau hati, dengan kata-kata yang lain sifat-sifat mulia. Dengan itu akan lahirlah pada seseorang itu seperti sifat-sifat sabar, redha, tawakal, pemurah, lapang dada, pemaaf, meminta maaf, rendah diri (tawadhuk), penyayang, bertimbang rasa, lemah-lembut, jujur, adil, berlaku benar.

Dengan jiwa yang hidup itu seperti yang telah kita sebut di atas sangat membantu manusia melahirkan kehidupan di dalam masyarakat yang berkasih sayang, harmoni, aman damai, bertolong bantu, adil dan lain-lain lagi. Dari sini, hilang ketakutan, kebimbangan, huru-hara, krisis, pergaduhan dan peperangan yang sangat ditakuti oleh manusia.

Jiwa yang hidup itu memang manusia sejagat memerlukannya kerana di sanalah rahsia rukun damai di dalam kehidupan bermasyarakat atau bergaul. Tiada jiwa yang hidup atau dengan kata-kata lain tiada sifat-sifat batin yang mulia itu di kalangan manusia, akan wujud lawannya iaitu sifat-sifat mazmumah atau sifat-sifat yang keji seperti sombong, riyak, pemarah, gila puji dan nama, hasad, berdendam, bakhil, tamak, mementingkan diri dan lain-lain lagi.

Dari sifat-sifat yang keji tadi akan lahir buahnya di dalam masyarakat manusia seperti bersakit-sakit hati, berkecil-kecil hati, pergeseran, permusuhan, krisis, pergaduhan, pembunuhan dan seterusnya peperangan.
Akibat dari itu tiada siapa yang susah melainkan manusia itu sendiri.Dengan ulasan ini jelaslah pada kita dengan menghidupkan jiwa, akan meriahlah di dalam kehidupan manusia sesuatu yang positif atau akan lahirlah berbagai-bagai bentuk kebaikan yang faedahnya kembali kepada manusia itu sendiri.

3. Dengan menghidupkan Islam di dalam kehidupan yang lahir seperti sembahyang jemaah, berdakwah, bermesyuarat, membaca Al Quran, berzikir, menutup aurat, membanyakkan sedekah, menolong orang yang susah dengan wang ringgit dan tenaga, bertolong bantu, mengutamakan orang lain, bersimpati dengan kesusahan orang, melahirkan kegembiraan di atas kegembiraan kawan, membayar hutang orang, memberi hadiah, mengajar orang yang jahil, memberi nasihat bagi orang yang buntu atau yang memerlukan nasihat, melupakan kesalahan kawan bahkan memaafkannya, menziarahinya, kunjung-mengunjung, menerima jemputan yang dihalalkan, berniaga dengan tujuan khidmat dan menjalinkan kasih sayang di antara peniaga dan pelanggan, menerima dan menghormati tetamu, menunjuk jalan bagi orang yang sesat jalan, menghormati ibu ayah, orang tua, pemimpin dan guru, mengasihi kanak-kanak,bertimbang rasa kepada manusia, bertolak ansur.

Dari menghidupkan Islam di dalam kehidupan yang lahir hingga menjadi budaya hidup di kalangan umat Islam, akan terserlahlah syiar-syiar Islam atau ayatullah atau lambang-lambang kebesaran Allah di dalam kehidupan umat Islam. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah Taala di dalam sepotong ayat Al Quran yang berbunyi:

Ertinya:
" Barangsiapa membesarkan syiar-syiar Allah maka sesungguhnya ia daripada hati yang bertaqwa"
(Al Haj: 32)

Untuk menghidupkan Islam agar ia meriah di dalam akal, jiwa dan kehidupan lahir, memerlukan ilmu, mujahadah yang serius serta berterusan, pimpinan guru serta memohon selalu kepada Allah Taala agar memberi hidayah dan taufiq.

Tanpa ilmu, juga mujahadah yang berterusan serta tanpa pimpinan guru dan hidayah dan taufiq dari Allah Taala, tidak mungkin Islam itu dapat dimeriahkan di dalam diri dan kehidupan manusia . Oleh itu perjuangan yang gigih dan istiqamah dengan dipandu oleh ilmu yang tepat serta pimpinan guru amat diperlukan oleh umat Islam. Tanpanya, segala-galanya akan gagal, tanpanya hanya akan tinggal di dalam slogan dan saranan-saranan, tanpanya hanya tinggal angan-angan dan ucapan.

MONOLOG : RASA BERTUHAN

Aku cuba memiliki rasa bertuhan. Tapi masih tidak terasa apa-apa.

Orang yang rasa bertuhan ialah orang yang merasa dirinya sentiasa di dalam kekuasaan Tuhan.

Bagaimana tu? Terasa payah untuk mendapatkannya.

Dia sentiasa sedar bahawa dia di dalam pengetahuan Tuhan. Di dalam penglihatan-Nya dan di dalam pendengaran-Nya.. Jarang sekali dia melupakan-Nya.

Tapi aku tidak begitu. Kadangkala aku dapat merasakan Tuhan menguasaiku. Adakalanya pula aku merasakan nafsu dan akal mengatur tindak-tandukku. Aku terlupa pada Tuhan. Bukan aku sengaja inginkan begitu. Aku menangis bila aku tidak membawa Tuhan dalam tindakanku.

Bersyukurlah Engkau kepada Tuhan. Engkau dalam perhatian Tuhan.Tangisan berdosa itupun milik Tuhan. Allah yang berikan. Bukan milik dan usaha kita.

Engkau perlu selalu ingatkan hati engkau bahawa Tuhan boleh berbuat apa sahaja ke atas diri engkau. Nasib engkau bergantung kepada Tuhan. Baik buruk engkau ditentukan oleh Tuhan. Hidup matimu juga ditentukan oleh Tuhan.

Ya Allah, jauhnya aku dari Tuhan. Kadangkala aku rasakan aku yang berbuat. Aku terlupa kekuasaan Tuhan ke atas diriku.

Orang yang kuat rasa bertuhannya merasakan dirinya tidak ada kuasa langsung. Lantas dengan itu datang rasa takutnya kepada Allah penciptanya. Kebimbangannya terbawa-bawa ke mana-mana. Dan di waktu bila pun. Bimbang tindakan dan bisikan hati kita tidak selaras dengan kehendak syariat Tuhan. Syariat Tuhan itu payah untuk difahami seni-seninya yang boleh mendatangkan rahmat Tuhan. Itu semua perlukan pimpinan Tuhan dan pimpinan guru mursyid. Dengan itu lahir di dalam hati ingin sentiasa mengejar kasih sayang dari Tuhan. Mencari redha-Nya.

Wahai Tuhan, berilah aku hidayah dan taufiq. Supaya aku diberi keselamatan dan kawalan. Menyembah-Mu dan membesarkan-Mu. Pimpinlah aku selalu. Kalau aku bersalah dan membuat kesilapan, akukan hamba-Mu juga. Ampunkanlah kesalahanku. Maafkanlah kesilapanku. Semoga aku jadi hamba yang bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan ujian. Redha dengan ketentuan Tuhan.

Jadikanlah aku hamba yang sentiasa merujuk kepada-Mu. Apa sahaja yang aku hendak buat, aku bertanya kepada Engkau dahulu. Aku takut untuk memandai-mandai kerana aku tiada kuasa ke atas diriku. Engkaulah segala-gala buatku.

Jika engkau berserah diri kepada Tuhan, bersedialah untuk berhadapan dengan kesusahan. Keputusan Tuhan akan bertentangan dengan kehendak nafsu dan akalmu. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin pada timbangan nafsumu sudah baik tapi pada pandangan Tuhan ia akan menghancurkanmu. Berserah dirilah pada Tuhan. Semoga engkau dapat memiliki rasa bertuhan dan terhibur dengan ujian. Kerana kasih sayang dan perhatian Tuhanlah, jiwa engkau bergelora dengan Tuhan supaya engkau sentiasa memikirkan Dia sahaja. Begitulah orang yang memiliki rasa bertuhan di dalam jiwanya.

Sekian.

GHURUR (TERTIPU DALAM IBADAH)

Inilah pembicaraan tentang tertipu. Dalam bahasa Arabnya disebut “Ghurur”. Tertipu dengan kawan-kawan atau musuh sudah biasa sekali kita dengar. Malah ia juga pernah berlaku pada diri kita. Tetapi tertipu dengan amalan jarang-jarang kita dengar. Bagaimana kita ini boleh tertipu? Sedangkan kita pun tahu, syaitan dan nafsu itu sentiasalah menjadi musuh kita dan ingin menipu kita. Malah dunia pun diisytiharkan Tuhan sebagai tipuan juga sepertimana firmanNya: “Dunia itu tiada lain hanyalah mata benda yang menipudaya” (Ali-Imran:185). Tertipunya kita adalah kerana faktor kurang ilmu. Sudah tahu kurang ilmu, tidaklah pula mahu mencari guru mursyid sebagai jalan penyelesaian. Jadilah kita terus-terusan tertipu dalam kehidupan kita.

Berikut adalah contoh-contoh tipuan yang perlu kita tahu dan elakkan:

Dari sudut ilmu
Seseorang yang dia itu menuntut ilmu agama tetapi apa yang ditumpunya adalah bersangkut paut dengan bab-bab hukum fekah sahaja. Dia lebih gemar dengan pendalamannya terhadap usul fekah, hal-hal mudharabah dan musyarakah, hudud dan qiyas. Sentiasalah dia mendalami hal-hal fekah itu hingga membawa kepada fatwa halal haram dalam berbagai bidang termasuk bidang muamalah dan jinayah. Dia itu asyik dengan hukum halal haram tetapi melupakan ilmu tentang Tuhan. Jadilah dia orang yang tidak mengenal Tuhan. Dia lebih tahu dan kenal tentang hukum daripada tahu dan kenal tentang Tuhan, Yang Empunya hukum? Walhal, tujuan menegakkan hukum itu adalah untuk membesar dan mengagungkan Tuhan sehingga Tuhan itu dicintai dan ditakuti. Tak kenal maka tak cinta. Bagaimana hendak cinta Tuhan sedangkan Tuhan itu tidak dikenali? Lebih-lebih lagilah susah untuk Tuhan itu ditakuti. Kerana asas sudah ditinggalkan. Asas itu adalah mengenal Tuhan.

Seorang itu menyibukkan dirinya dengan mengkaji dan berbahas tentang hal-hal khilafiah dan bidaah. Dia cukup sensitif dengan kesilapan orang dalam hal-hal khilafiah dan bidaah. Mahu sahaja dia perbetulkan. Mahu sahaja dia berbahas dengan orang yang tersilap itu. Walhal ada yang lebih penting yang patut disibukannya. Dia masih tidak selesai dengan maksiat batinnya dan diapun tidak sedar yang hatinya penuh bersarang maksiat batin itu. Atas dirinya ada tuntutan untuk belajar ilmu tasauf dan yang itu seperti tidak dipedulikannya. Dia itu tertipu dengan keseronokan hal-hal khilafiah dan bidaah.

Lebih malang lagi seorang itu sibuk dengan ilmu duniawi seperti mengkaji alam dan cakerawala, mengkaji teori ekonomi serta mempelajari ilmu kesusasteraan. Sedangkan dia itu tidak termasuk di dalam golongan orang yang sudah selesai fardhu ainnya. Dan dia itu sanggup berbelanja semata-mata untuk ilmu dunianya, sanggup ke timur dan ke barat untuk memenuhi nafsunya terhadap ilmu itu. Dia sudah tertipu yang dia itu lebih mengutamakan ilmu dunia daripada ilmu akhirat. Lebih-lebih lagi dia itu masih terbarai fardhu ainnya. Inilah kesilapan yang dilakukan tanpa disedari.

Ada juga seorang yang hanya berminat mengetahui hukum-hakam tentang sembahyang. Dipelajarinya habis-habis tentang ilmu hukum hakam sembahyang. Dijaganya juga sungguh-sungguh ilmu tentang sah batal serta rukun sembahyang ini. Tidak dinafi, sah batal dan rukun sembahyang itu penting, tetapi ia tidak boleh terhenti setakat itu sahaja. Namun, dia tertipu hanya mempelajari ilmu lahir tentang sembahyang sahaja. Walhal, dalam sembahyang ada lahir, dan ada batinnya. Yang batin inilah yang menjadi penyumbang besar dalam sembahyang. Yang batin inilah yang ditinggalkan. Belajar yang lahir-lahir ini mudah. Tetapi, yang batin iaitu nak mendapat khusyuk dalam sembahyang, susah sekali. Patut-patutnya masa yang dia ada itu lebih banyak diperuntukkan untuk ilmu batin dalam sembahyang.

Dari sudut amalan
Seseorang yang membuat solat sunat dan puasa sunat hingga bengkak kakinya dan juga hitam dahinya sehingga dia merasakan dirinya sudah layak mendapat syurga Tuhan. Sudah layak digelar orang kesayangan Tuhan. Dia lupa yang dia itu hamba, dan tidaklah wajar hamba itu “claim” dengan Tuhan atas amalannya. Walhal Rasulullah sendiri mengaku bahawa beliau itu tidak terlepas di sisi Tuhan dengan amalannya. Hanya sanya beliau terlepas dengan rahmat Tuhan. Jadi tertipu abid tadi dengan amalannya hinggakan dia itu bukan berkehendakkan rahmat Tuhan. Yang dia hendak adalah status sebagai ahli syurga dan kemegahan menjadi abid. Dia takjub dengan amalannya, merasakan amalannya melayakkan dia ke syurga dan menjadi orang kesayangan Tuhan. Patut-patut selepas beribadah, dia merasa cemas dan bimbang, apakah nasibnya di sisi Tuhan. Patut-patut dia merasa yang amalannya itu banyak cacat celanya. Bukan rasa selesa dan aman dengan amalannya itu.

Seorang yang bersangatan dalam membaca Al-Quran dengan menjaga sungguh-sungguh makhraj, tajwid dan lagu bacaannya. Dan dia itu sebegitulah selamanya, membaca Al-Quran tanpa dapat memahami butir-butir yang terkandung dalam Al-Quran. Malah, tidak cukup dengan membaca sendiri, dia masuk bertanding pula untuk beradu kekuatan siapakah yang paling baik bacaannya di kalangan mereka. Penghujungnya, ditawarkan hadiah berupa piala dan wang ringgit untuk orang seperti ini. Tertipunya orang ini kerana menyangka membaca Al-Quran itu sudah cukup memenuhi tuntutan Al-Quran terhadap dirinya. Walhal, Al-Quran itu bukan untuk dibaca sahaja, tetapi untuk difahami dan dihayat isikandungnya. Kemudian, diamalkan dan diperjuangkan.

Dari sudut perjuangan
Seorang yang berjuang untuk mendapatkan negara, diwar-warkan yang dia itu pejuang Islam. Diperjuangkan negaranya menjadi negara Islam. Walhal anak isterinya masih tidak mengamalkan Islam. Dia lupa akan firman Tuhan: Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka (At-Tahrim: 6). Yang dia tahu, hanya tuntutan negara Islam itu. Sedangkan dia tidak mengusahakan untuk mengislamkan dirinya, isterinya dan anak-anaknya. Jadilah dia itu orang yang bernafsu tinggi seperti hendak mendirikan pondok di atas lumpur. Asas atau foundationnya tidak kukuh, goyang dan boleh roboh bila-bila masa.

Dari sudut kemasyarakatan
Ada orang, cita-citanya tinggi, hendak menyelesaikan masalah umat Islam. Maka disibukkanlah dirinya dengan simposium, seminar dan pembentangan kertas kerja. Dirasakannya cara itu boleh menyelesaikan masalah umat Islam. Namun, segalanya nampak cantik di atas kertas. Seminar yang diadakan tinggal seminar. Masalah umat Islam bukan berkurang tapi bertambah. Sebenarnya, masalah umat Islam bukan boleh diselesaikan hanya dengan berseminar dan bersimposium. Contohnya, masalah gejala sosial yang berlaku, kena turun padang dan kenal pasti sendiri masalah yang berlaku. Kena tahu punca masalah dan kemudian serahkan pada yang orang yang ahlinya untuk selesaikan masalah. Ini tidak, kadang-kadang sebut sahaja Islam tetapi masalah itu hendak diselesaikan ikut akal fikiran. Patutnya masalah itu diselesaikan ikut cara Tuhan. Tetapi digunakan akalnya. Kemudian bertempik ke sana ke sini dengan slogan. Dijangkakan slogan itu boleh menyelesaikan masalah. Masalah tak selesai-selesai kerana akal fikiran sudah mengambil tempat Tuhan dalam menyelesaikan masalah. Inilah orang yang menyangka dirinya penyelesai masalah tetapi hakikatnya di tangan dia masalah tak selesai-selesai juga.

Inilah sahaja yang dapat dikongsikan dalam pembicaraan tentang tertipu. Moga-moga ada manfaatnya untuk kita bersama. Sekian.