Sunday, November 28, 2010

JANGAN JADI TUKANG NILAI SAHAJA

by Shaari Bedin on Sunday, November 14, 2010 at 5:26pm

Dunia kini dipenuhi oleh ahli fikir, ilmuan dan cendikiawan yang kemampuan mereka sudah diiktiraf oleh berbagai jenis sijil dan ijazah yang mereka miliki, golongan ini selalunya mengisi kelaspertama dan superskill dalam sistem pembahagian kaya miskin manusia di dunia ini. Ertinya golongan ini merupakan "mastermind" yang menentukan corak dan arah, tamadun dan budaya manusia sejagat

Sebaliknya fikiran dan pandangan merekalah yang di terima sebagai penentu, benar atau tidak sesuatu perkara itu. Kalau mereka berkata benar (tentang sesuatu perkara) maka masyarakat juga kata benar tetapi kalau mereka kata tidak benar, maka masyarakat juga kata tidak benar. Tegasnya kalau mereka kata hitam, maka hitamlah, kalau mereka kata putih, putihlah kata masyarakat.

Menjadi satu "trend" golongan bijak pandai dalam masyarakat kita ini, iaitu mereka suka mengkritik, menilai tentang sesuatu yang berlaku dalam masyarakat. Malah seakan menjadi satu "trend" golongan ini untuk menulis dalam akhbar atau dalam buku tentang kritik mereka terhadap sesuatu isu. Bahan2 tulisan mereka menjadi bacaan dan santapan fikiran masyarakat yang kemudiannya mencorakkan fikiran masyarakat, selari dengan aliran fikiran mereka. Kalaulah sikap ini digunakan untuk menyampaikan kebenaran pada masyarakat, maka sikap ini besar faedahnya. Tapi kalau ianya untuk menyatakan kepalsuan dan kejahatan, maka sesungguhnyya sikap ini mesti ditentang habis2an.

Apa yang terasa oleh penulis kebelakangan ini ialah kecenderungan kritikus2 ini menilai dan mengkritik individu2 pemimpin samaada dari kalangan orang dakwah atau orang politik, pemimpin negara dan pemimpin masyarakat. Hasil penilaian mereka tercungkillah kebaikan dan kekurangan individu yang di fokaskan itu.

Demikian seterusnya golongan ini ghairah mngkritik dan menganalisa sesuatu harakah atau jemaah Islamiah, sama ada yang sedang giat sekarang atau di zaman silam. seperti tadi maka terdedahlah segala keistimewaan dan kegagalan yang ada pada badan yang di fokaskan itu. Selalunya hasil analisa mereka itu dapat kita tatap di muka akhbar atau dalam buku dan majalah.

Kita bukan tidak akui kebolehan mereka kerana mampu mengkaji dan menganalisa sesuatu perkara, tapi sikap ini sebenarnya sama seperti apa yang dikatakan oleh pepatah "baling batu sembunyi tangan". Iaitu satu sikap dari seorang yang bertanggunjawab, seorang yang hanya suka berteori tanpa praktikal atau seorang yang berfikir dengan tujuan melakukan "mental exercise" semata2, tidak untuk bekerja dan beramal. Dalam surah As- Saf ayat 2, Allah menyatakan kebencian Nya pada sikap demikian, maksudnya:

"Wahai orang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan. Sangat besar kebencian Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan"

Tukang2 nilai kita itu tahu akan kebaikan2 sesebuah jemaah Islam, tapi dia tidak pun mahu berjuang bersana2 untuk melaksanakan kebaikan itu. Seterusnya mereka tahu pula akan keburukan dan kelemahan sesebuah jemaah, tapi mereka tidak pun mahu membantu dan menampung kekurangan dan keburukan yang berlaku.

Apa maksud sebenarnya dengan mengatakan kelebihan dan keburukan (kelemahan) sesuatu jemaah, tapi tidak mahu terlibat menanggung kebikan dan keburukanya? Allah SWT tidak membenarkan umat Islam hanya mengkaji dan menilai, tapi memerintahkan agar manusia bekerja dan melaksanakan. Firman Nya di dalam surah At-Taubah ayat 105, maksudnya:

"Hendaklah kamu berbuat (melaksanakan), Allah akan menilai, Rasul juga menilai dan orang Mukmin juga akan menilai".

Bila kita beramal, Allah akan beri pahala. Rasul akan memberi syafaat, dan orang Mukmin turut memberi perhatian dan memberi sokongan. Barulah kita dikatakan telah memberi sumbangan pada kebangkitan agama kita. Barulah ada pembelaan yang sebenar terhadap kebenaran. Dan barulah kita akan memperolehi hasil yang selayaknya kita terima. Dan barulah layak kita mendapat "title" ilmuan (cendikiawan) yang berpotensi dan praktikal. Rasulullah SAW kerana tidak mahu menjadi seorang ilmuan yang lembab, telah mengajar kita satu doa:

"Ya Allah, berilah kami ilmu yang bermanfaat dan kami berlindung dengan ilmu yang tidak memberi manfaat".

Bahayanya ilmu yang tidak bermanfaat ini ialah, seorang yang banyak imu tapi tidak digunakan atau ilmu untuk diri nya sahaja atau ilmu yang dibekukan dalam golongan degree dan masternya saja.

Kalaupun digunakan hanya untuk mengkritik dan menilai tapi tidak untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Bila ilmu tidak dipraktikkan jadilah empunyanya seorang pasif, tidak aktif berjuang dan melibatkan diri dalam masyarakatnya. Mereka terasing, "lone ranger" dan kalaupun muncul sekali sekala dalam seminar2 membentang kertas2 kerja.

Mereka hanya menyatakan sesuatu untuk diamalkan, tapi entah siapa yang mahu mengamalkannya mereka sendiri tidak tahu. Beramal dan bekerja itu lebih penting dan produktif dari berkata2 saja. Tetapi yang selalu di sibukkan bukan bekerja tapi berkata2 dan kata2 itu seakan di tujukan pada orang lain, agar orang itu yang mengamalkannya.

Sampai bila kita dilalaikan oleh sikap ini ?? Sedangkan hasil yang kita tunggu2 mustahil datangnya. Umpama orang yang ingin makan nasi tapi tidak berusha memasaknya, mana beras boleh jadi nasi dengan sendirinya.

Sepatutnya kita berjuang untuk membangunkan jemaah Islam, samaada ikut serta dengan jemaah yang sudah ada atau kalau yang ada semuanya tidak betul, bangunkan jemaah sendiri. Corakkan masyarakat dengan apa yang kita fikirkan itu dan kemudian rasakan beban berat yang mesti di pikul kerana berkorban dan berjuang di dalam masyarakat. Barulah kita tahu susah payahnya berjuang dan mudah2an waktu itu kita sedar bahawa "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"

Bahawa orang yang bergelumang dengan masyarakat menanggung susah payah yang tidak di rasakan oleh orang2 yang menjenguk masyarakat dari menara gadingnya saja. Kalau begitu untuk apa dikritik. Bukankah patut berterima kasih kepada pejuang2 masyarakat yang sanggup mengorbankan jiwa raga untuk masyarakatnya, walhal orang lain berenak enak di kerusi empuk dan tilam2 "dunlop" setiap siang dan malam.


*Teks Abuya ini di tulis pada tahun 1985, pada waktu itu jemaah Abuya berdepan dengan golongan para cendikiawan yang mula merasakan minda Abuya menongkah arus pemikiran mereka.

0 comments:

Post a Comment