This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, November 28, 2010

RAHSIA YANG MANUSIA TIDAK TAHU

Banyak perkara yang manusia ketahui tapi tidak tahu rahsianya di sebaliknya. Antara perkara-perkara yang manusia tahu tetapi mereka tidak tahu rahsianya ialah…

1. Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya.

2. Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam Syurga. Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke Neraka.

3. Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia. Banyak perkara yang akan dirosakkannya.

4. Sesuatu perkara atau benda yang kita suka, sangat sukar untuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahaja kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.

5. Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.

6. Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan teorinya.

7. Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah iaitu duit dan harta. Bahkan orang yang paling pandai seperti profesor pun dirosakkannya.

8. Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu akan menguasai manusia lain. Begitu pun banyak bangsa tidak boleh menempuh jalan ini. Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan lahirnya tetapi kerosakannya terlalu banyak.

9. Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang. Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang. Justeru itu orang yang memiliki dunia ada yang membunuh diri sendiri. Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Tuhan.

10. Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya daripada orang yang membunuh orang lain.

11. Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah diselesaikan jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan taqwa. Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin sabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberi nasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi memberi tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiap orang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang, anak yang masih bersekolah jangan tunjuk sayang atau benci manakala terhadap anak yang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu dijadikan kawan berbincang.

12. Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati kalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan diri pada tempatnya.

13. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap orang sukakan keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,dan tidak diganggu. Namun adakalanya manusia itu lupa, bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu disebabkan oleh dirinya sama ada secara langsung mahupun tidak. Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim, orang lain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilang keamanan. Bila tiada keamanan, penzalim juga turut susah dan terancam. Bila orang kaya bakhil, banyak orang dengki dan sakit hati. Risikonya dia juga ikut sama menanggung. Bila seseorang itu sombong, orang benci. Jika berlaku sesuatu keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akan ambil peduli dan orang tidak bersimpati. Jadi, sikap kita itulah adakalanya mengundang bala atau kesusahan. Bolehlah kiaskan dengan sikap-sikap yang lain.

JANGAN JADI TUKANG NILAI SAHAJA

by Shaari Bedin on Sunday, November 14, 2010 at 5:26pm

Dunia kini dipenuhi oleh ahli fikir, ilmuan dan cendikiawan yang kemampuan mereka sudah diiktiraf oleh berbagai jenis sijil dan ijazah yang mereka miliki, golongan ini selalunya mengisi kelaspertama dan superskill dalam sistem pembahagian kaya miskin manusia di dunia ini. Ertinya golongan ini merupakan "mastermind" yang menentukan corak dan arah, tamadun dan budaya manusia sejagat

Sebaliknya fikiran dan pandangan merekalah yang di terima sebagai penentu, benar atau tidak sesuatu perkara itu. Kalau mereka berkata benar (tentang sesuatu perkara) maka masyarakat juga kata benar tetapi kalau mereka kata tidak benar, maka masyarakat juga kata tidak benar. Tegasnya kalau mereka kata hitam, maka hitamlah, kalau mereka kata putih, putihlah kata masyarakat.

Menjadi satu "trend" golongan bijak pandai dalam masyarakat kita ini, iaitu mereka suka mengkritik, menilai tentang sesuatu yang berlaku dalam masyarakat. Malah seakan menjadi satu "trend" golongan ini untuk menulis dalam akhbar atau dalam buku tentang kritik mereka terhadap sesuatu isu. Bahan2 tulisan mereka menjadi bacaan dan santapan fikiran masyarakat yang kemudiannya mencorakkan fikiran masyarakat, selari dengan aliran fikiran mereka. Kalaulah sikap ini digunakan untuk menyampaikan kebenaran pada masyarakat, maka sikap ini besar faedahnya. Tapi kalau ianya untuk menyatakan kepalsuan dan kejahatan, maka sesungguhnyya sikap ini mesti ditentang habis2an.

Apa yang terasa oleh penulis kebelakangan ini ialah kecenderungan kritikus2 ini menilai dan mengkritik individu2 pemimpin samaada dari kalangan orang dakwah atau orang politik, pemimpin negara dan pemimpin masyarakat. Hasil penilaian mereka tercungkillah kebaikan dan kekurangan individu yang di fokaskan itu.

Demikian seterusnya golongan ini ghairah mngkritik dan menganalisa sesuatu harakah atau jemaah Islamiah, sama ada yang sedang giat sekarang atau di zaman silam. seperti tadi maka terdedahlah segala keistimewaan dan kegagalan yang ada pada badan yang di fokaskan itu. Selalunya hasil analisa mereka itu dapat kita tatap di muka akhbar atau dalam buku dan majalah.

Kita bukan tidak akui kebolehan mereka kerana mampu mengkaji dan menganalisa sesuatu perkara, tapi sikap ini sebenarnya sama seperti apa yang dikatakan oleh pepatah "baling batu sembunyi tangan". Iaitu satu sikap dari seorang yang bertanggunjawab, seorang yang hanya suka berteori tanpa praktikal atau seorang yang berfikir dengan tujuan melakukan "mental exercise" semata2, tidak untuk bekerja dan beramal. Dalam surah As- Saf ayat 2, Allah menyatakan kebencian Nya pada sikap demikian, maksudnya:

"Wahai orang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan. Sangat besar kebencian Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan"

Tukang2 nilai kita itu tahu akan kebaikan2 sesebuah jemaah Islam, tapi dia tidak pun mahu berjuang bersana2 untuk melaksanakan kebaikan itu. Seterusnya mereka tahu pula akan keburukan dan kelemahan sesebuah jemaah, tapi mereka tidak pun mahu membantu dan menampung kekurangan dan keburukan yang berlaku.

Apa maksud sebenarnya dengan mengatakan kelebihan dan keburukan (kelemahan) sesuatu jemaah, tapi tidak mahu terlibat menanggung kebikan dan keburukanya? Allah SWT tidak membenarkan umat Islam hanya mengkaji dan menilai, tapi memerintahkan agar manusia bekerja dan melaksanakan. Firman Nya di dalam surah At-Taubah ayat 105, maksudnya:

"Hendaklah kamu berbuat (melaksanakan), Allah akan menilai, Rasul juga menilai dan orang Mukmin juga akan menilai".

Bila kita beramal, Allah akan beri pahala. Rasul akan memberi syafaat, dan orang Mukmin turut memberi perhatian dan memberi sokongan. Barulah kita dikatakan telah memberi sumbangan pada kebangkitan agama kita. Barulah ada pembelaan yang sebenar terhadap kebenaran. Dan barulah kita akan memperolehi hasil yang selayaknya kita terima. Dan barulah layak kita mendapat "title" ilmuan (cendikiawan) yang berpotensi dan praktikal. Rasulullah SAW kerana tidak mahu menjadi seorang ilmuan yang lembab, telah mengajar kita satu doa:

"Ya Allah, berilah kami ilmu yang bermanfaat dan kami berlindung dengan ilmu yang tidak memberi manfaat".

Bahayanya ilmu yang tidak bermanfaat ini ialah, seorang yang banyak imu tapi tidak digunakan atau ilmu untuk diri nya sahaja atau ilmu yang dibekukan dalam golongan degree dan masternya saja.

Kalaupun digunakan hanya untuk mengkritik dan menilai tapi tidak untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Bila ilmu tidak dipraktikkan jadilah empunyanya seorang pasif, tidak aktif berjuang dan melibatkan diri dalam masyarakatnya. Mereka terasing, "lone ranger" dan kalaupun muncul sekali sekala dalam seminar2 membentang kertas2 kerja.

Mereka hanya menyatakan sesuatu untuk diamalkan, tapi entah siapa yang mahu mengamalkannya mereka sendiri tidak tahu. Beramal dan bekerja itu lebih penting dan produktif dari berkata2 saja. Tetapi yang selalu di sibukkan bukan bekerja tapi berkata2 dan kata2 itu seakan di tujukan pada orang lain, agar orang itu yang mengamalkannya.

Sampai bila kita dilalaikan oleh sikap ini ?? Sedangkan hasil yang kita tunggu2 mustahil datangnya. Umpama orang yang ingin makan nasi tapi tidak berusha memasaknya, mana beras boleh jadi nasi dengan sendirinya.

Sepatutnya kita berjuang untuk membangunkan jemaah Islam, samaada ikut serta dengan jemaah yang sudah ada atau kalau yang ada semuanya tidak betul, bangunkan jemaah sendiri. Corakkan masyarakat dengan apa yang kita fikirkan itu dan kemudian rasakan beban berat yang mesti di pikul kerana berkorban dan berjuang di dalam masyarakat. Barulah kita tahu susah payahnya berjuang dan mudah2an waktu itu kita sedar bahawa "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"

Bahawa orang yang bergelumang dengan masyarakat menanggung susah payah yang tidak di rasakan oleh orang2 yang menjenguk masyarakat dari menara gadingnya saja. Kalau begitu untuk apa dikritik. Bukankah patut berterima kasih kepada pejuang2 masyarakat yang sanggup mengorbankan jiwa raga untuk masyarakatnya, walhal orang lain berenak enak di kerusi empuk dan tilam2 "dunlop" setiap siang dan malam.


*Teks Abuya ini di tulis pada tahun 1985, pada waktu itu jemaah Abuya berdepan dengan golongan para cendikiawan yang mula merasakan minda Abuya menongkah arus pemikiran mereka.

Poligami Menjana Kemakmuran Keluarga

Oleh: Fakhrur Razi Asaari

Apabila orang bertanya berapa jumlah isteri dan anak saya, umumnya mereka terkejut dengan jawaban saya. Empat isteri dan 23 anak? Macamana nak bagi makan? Itu respon spontan yang saya rasa wajar dipertanyakan.

Kalau saya bimbang tentang nafkah keluarga ini, mungkin nak kahwin satu pun saya tak berani. Tapi saya nak cerita apa yang sebenarnya berlaku dalam keluarga saya.

1. Saya berpoligami dengan niat kerana Allah dan cita-cita nak buktikan cinta pada Allah dan Rasul. Dari kecil-kecil lagi saya dengar orang mengata poligami itu zalim, punca huru-hara keluarga, dan lain-lain lagi perkara negatif. Atas didikan ayah saya, kenyataan itu saya tak boleh terima. Takkanlah Allah buat syariat yang salah? Takkanlah Rasulullah itu suami yang zalim. Lebih-lebih lagi bila ayah saya berpoligami, saya tak nampak pun sesiapa yang dizalimi oleh sistem poligami ini.

2. Bila saya berkahwin maka saya pastikan semua isteri saya punya cita-cita yang sama dengan saya. Sebab itu saya tak pilih sendiri dan tak bercinta sebelum kahwin, sebab saya tak nak ada kepentingan nafsu selain cita-cita itu. Saya serah pilihan itu pada ayah dan dia yang buat tapisan apakah calon isteri saya bersetuju dengan syarat tersebut.

3. Apabila cita-cita sama maka cara berfikir, berperasaan dan bertindak mudah diselaraskan. Di antaranya, kami semua menerima konsep dan pelaksanaan bahwa bukan suami sahaja boleh dikongsi, tapi kasih sayang, harta, kemakmuran, anak-anak, tanggungjawab, masalah dll itu boleh dan mesti dikongsi dalam rumahtangga kami.

4. Bila isteri-isteri dan anak-anak boleh diatur maka suami akan dapat beberapa orang yang taat setia dalam semua perkara, termasuklah dalam perniagaan. Ketika saya buat syarikat berupa kilang maka dari rumah saya sahaja sudah ada sekurang-kurangnya 4 orang pengurus yang saya percaya dan setia dengan saya. Ada pengurus: produksi, marketing, pentadbiran/kewangan, dan kebajikan. Suami menjadi pengarah syarikat yang memantau keseluruhan perjalanan syarikat itu khususnya perkara insaniah atau modal insan (human resources), penyelarasan, pengembangan dan menangani masalah-masalah yang tak dapat diselesaikan oleh pengurus, dll.

5. Anak-anak yang besar otomatik menjadi pekerja-pekerja yang taat dan bersungguh-sungguh. Kalau mereka buat salah, saya dapat menegur dan membetulkan kesalahannya tanpa perlu saya bimbang dia akan lari dari saya bekerja di tempat lain, sebab mereka tahu saya sayangkan mereka dan sebaliknya.

Saya hanya mengambil pekerja-pekerja dari luar rumah yang mana perlu sahaja, samada kerana tak cukup atau kerana perlukan kemahiran tertentu yang belum dikuasai oleh ahli keluarga sendiri. Begitupun saya layan mereka seperti anak-anak sendiri.

6. Dengan cara ini banyak penjimatan dalam syarikat. Tak perlu bayar gaji dan elaun yang mahal sebab kami boleh berkongsi rumah, kereta dan lain-lain. Kami bekerja sebagai sebuah keluarga, bukan sebagai majikan dan buruh. Keuntungan, kemakmuran dikongsi bersama. Begitu juga bila ada masalah diselesaikan bersama.

7. Walaubagaimanapun setiap orang akan mendapat habuan sesuai dengan kerajinan, kreatifiti dan kekuatan bergantung dan meminta kepada Tuhan. Perkongsian yang wajib dipersetujui oleh semua pihak adalah pada keperluan yang asas, yang semua orang memang tak boleh elak kena dapatkannya, seperti makan-minum, tempat tinggal, kenderaan, dll. Sedangkan yang bersifat keselesaan dan kemewahan adalah bergantung kepada kemampuan, peranan, tugasan dan kejayaan masing-masing dalam mendapatkan bantuan Allah dalam usahanya. Sebab itulah, saya menggalakkan ahli keluarga saya berlumba-lumba dalam membuat kebaikan dan kemajuan. Yakin bahwa Allah pasti akan membantu hamba-hamba-Nya yang bekerja dan berjuang untuk-Nya. Maka tak hairanlah kalau ada anak saya yang memiliki kereta sendiri, begitu juga isteri-isteri saya, ada yang punya kereta dan rumah sendiri selain kereta dan rumah saya yang boleh dikongsi oleh semua.

8. Hasil dari kerjasama ini, keluarga saya dari masa ke semasa bertambah makmur. Anak-anak pula jadi pandai berdikari. Anak-anak yang sudah berumahtangga buat juga perkara yang sama dalam keluarganya. Akhirnya, kami memiliki syarikat keluarga yang makin lama makin besar dan makmur. Poligami bila dilaksanakan dengan cara Allah dan Rasul benar-benar dapat menjana kemakmuran keluarga.

Salahkah Allah Benarkan Poligami?

Salahkah Allah Benarkan Poligami?
Benarkah Yahudi Kerana Menaja Pelacuran?

Memang lelaki mempunyai keinginan kepada lebih dari seorang wanita, tabiatnya memang demikian. Hebatnya Tuhan Pencipta melakukan penciptaan seagung itu hingga terpaksalah musuh-musuhnya, Yahudi dan Nasrani menganjurkan dan menghalalkan pelacuran dan perzinaan. Sibuklah dan teruklah Women’s Lib menentang poligami dari Tuhan.

Salahkah Tuhan? Apa faedahnya poligami? Relevankah ia dan kenapa wanita diseksa?

1. Poligami memaksa lelaki mampu berdepan dengan nafsu atau emosi atau cinta dunia wanita. Jika tidak, dia bagaikan terpenjara di neraka rumahnya.

1. Poligami meminta lelaki bertanggungjawab mengadili semua wanita-wanita yang jadi isterinya. Bagaimana lelaki dapat memenuhi segala keperluan dan keinginan asasi bagi anak-anak dan isteri-isteri adalah suatu kesusahan yang amat sukar bagi mereka.

1. Tuhan sebenarnya mencabar dan menyakiti lelaki bila dibuatkan berkeinginan dengan lebih dari satu wanita, tapi terpaksa melepasi sesuatu yg mustahil boleh dilaksanakan. Terhinalah mereka jika terpaksa melakukannya di dalam keadaan tidak menepati syarat rukun yang Tuhan tetapkan. Siapa kata suami syok dengan poligami? Bahkan ia lebih menyakitkan dan membebankan daripada apa yang ditanggung oleh wanita. Namun emosi lelaki tidak sedahsyat emosi wanita. Maka perasaan-perasaan sakitnya disembunyikan sedangkan perempuan bising dan riuh-rendah satu dunia. Kalau betullah poligami itu tidak menyakiti lelaki, mengapa hampir semua presiden dan pemimpin-pemimpin di dunia hanya ‘main-main belakang’. Sebenarnya sungguh memalukan, bilamana ramai pemimpin dunia tidak selesai dengan isteri, kalah hanya oleh seorang wanita. Kalau ada empat isteri, habislah kena ratah. Padahal Allah mencabar lelaki seolah-olah dengan berkata: “Engkau kalau tiada masalah, kahwinlah 2 atau 3 atau 4. Tapi kalau ada masalah, cukuplah seorang. Walhal satu isteri pun engkau tak mampu terhadap makhluk yang lemah itu. Engkau ini betul ke pemimpin?”

Kalau saya jadi lelaki, saya akan jawab begini, “Tuhan, kalau begitu, sepatutnya saya tidak boleh kahwin. Tapi naluri saya mewajibkan saya kahwin. Saya mengaku kalah dan saya mahu tanya, apakah jalan keluar untuk saya dan kaum lelaki?

1. Dibuatkan juga lelaki itu suka anak ramai. Wibawanya seorang ayah dapat lahirkan seramai-ramainya yang semuanya ‘menjadi’ (berwibawa). Tapi kebanyakan anak-anak hari ini jadi musuh kepada emak ayahnya. Tidak pandainya lelaki menyelamatkan anak-anak cukuplah menakutkan bilamana ada peperangan dalam rumah tangga. Lelaki, hebatnya hanya masalahnya tidak sampai diketahui umum tapi hakikatnya mereka lebih bermasalah dari perempuan atau merekalah sebenarnya jadi punca masalah kepada keluarga, masyarakat dan negara. Mereka kehilangan punca atau sumber mendapatkan formula atau jalan keluar untuk selesaikan masalah. Ini disebabkan mereka sudah kehilangan Tuhan. Tuhan sudah tidak ditemui, hilang oleh tipu-daya Yahudi.

1. Lelaki jahat sebenarnya lebih jahat dari perempuan paling jahat. Ini kerana perempuan umumnya jahat kerana terikut-ikutkan nafsu, bukan dirancang sangat. Kalau rancang pun, tidaklah berstrategi sangat. Sedangkan lelaki kalau jahat adalah bersistem, terancang dan besar-besaran. Ini kerana dirinya tidak terlalu emosional dan mampu kawal diri, lalu sempatlah menyusun gerakan dan strategi untuk mencapai sasaran. Tingginya emosi wanita membuatkan mereka selalu terlajak, menyesal kemudian. Ertinya lelaki lebih teruk nasibnya dari wanita, lebih dipersalahkan dari wanita. Lelaki lebih sukar melaksanakan tugas-tugas dan beban-beban dibanding wanita dengan peranannya.

1. Kata wanita, mereka hendak menuntut hak-hak mereka. Tahukah mereka kaum wanita, bahawa lelaki lebih patut menuntut hak-hak mereka dari kaum wanita. Mereka sebenarnya lebih kehilngan hak, contohnya:
1. Mereka terpaksa ikut kata isteri. Kata-kata mereka dipendamkan saja. Ini kerana wanita amat mendesak, mengasak, mengungkit, mengadu-ngadu, membuka aib dan rahsia serta mencanangkan kepada dunia perihal emosi mereka yang terancam. Umumnya lelaki akan mengalah. Tapi, kalaulah ada lelaki jahat yang lepaskan betul geramnya, maka perempuan pun lebih-lebih lagilah melenting-lenting lepaskan geram, tunjukkan perasaan perempuannya dan senang-senang minta cerai bagaikan suaminya tidak pernah berguna apa-apa kepadanya.
2. Bila lelaki buat juga poligami, merekalah yang jadi kutukan. Perempuan lebih menerima simpati. Lelaki tiada siapa yang simpati walhal penderitaan lelaki tidak dibenarkan berpoligami, siapa pun tidak pernah tanya.

1. Jangan kata Tuhan tidak adil. Jangan kata pelacuran lebih baik dari poligami. Adilnya Allah jadikan suami pemimpin, wanita hanya pengikut. Suami lebih terseksa sebenarnya tapi perempuan yang lebih mengaku terseksa. Menjadi pengikut pun tidak mampu, betulkah mampu menjadi pemimpin?

Allah adil datangkan Nabi buat contoh poligami yang indah dan harmoni. Untuk zaman ini lihatlah poligami Abuya Ashaari yang begitu hebat dan harmoni. Di Malaysia ini tidak payah bahas lagi poigami “ok ke tak?”. Pergilah ke Rawang, lihatlah bagaimana realiti poligami yang harmoni dan itulah yg dimaksudkan oleh Allah dan Rasul. Jangan tertipu oleh Yahudi yang menghina lelaki dan wanita oleh perzinaan, lebih-lebih lagi jangan terpedaya oleh poligami palsu yang dibuat hanya kerana tuntutan biologi lelaki, walhal Allah menyertakan pakej yang cukup baik untuk poligami.

Wahai saudara se-Islam, Allah dan Rasul terlalu sayangkan kita, masakan kita dibiarkan saja meneruskan kemelut ini. Yakinlah.

Friday, November 26, 2010

MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU

19 Zulhijjah 1431H
Oleh : tanbihul_ghafilin.tripod.com

Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu.

Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu.".

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita.

" Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya.

" Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu,

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

Segelas Air Sebanding Dengan Sejuta Pound

19 Zulhijjah 1431H
Oleh : kisahteladan.com

Penulis terkenal kebangsaan Mesir yang bernama Mustafa Amin, dimana beliau adalah salah satu yang dijebloskan ke dalam penjara di masa pemerintahan Gamal Abdul Naser pada tahun 1965, menceritakan kisahnya saat berada di dalam penjara.

Ia berkata, “Di antara bentuk penganiayaan yang ditetapkan pemerintah pada saat itu adalah melarang penghuni penjara makan dan minum. Larangan untuk makan sangatlah menyakitkan, walaupun masih memungkinkan untuk bertahan, akan tetapi haus adalah siksaan yang tidak mungkin bisa ditanggung, khususnya di bulan-bulan musim panas dengan derajat panas yang tinggi sekali,Selain itu saya mempunyai penyakit gula, yang mengharuskan saya banyak minum.

Di hari pertama pelarangan ini, saya masuk kamar kecil, di sana saya mendapatkan tempat air yang berisi air untuk istinja’, kemudian saya minum air tersebut sampai habis, dan sebagai ganti untuk istinja’, saya gunakan tissu toilet.

Dengan semakin bertambahnya rasa hausku, saya terpaksa minum air kencing. Sampai di hari ketiga, saya tidak mendapatkan air kencing untuk saya minum.
Saya sangat haus, saya merasakan siksaan yang sangat pedih. Kemudian, saya berjalan-jalan di dalam sel saya sehingga nampak seperti orang gila. Lidah dan tenggorokan saya kering.

Terkadang saya menunduk ke lantai dengan harapan semoga sipir penjara terlupa dan menyisakan setetes air ketika mereka mengepel lantai!!
Setelah itu saya merasakan bahwa saya hampir binasa, dalam kondisi seperti itu saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan,

saya kuras pikiranku, sampai saya terhuyung-huyung, ketika itu aku malihat bahwa pintu sel dibuka dengan perlahan-lahan, dan dalam kegelapan saya perhatikan ada tangan seseorang mengulurkan segelas air dingin. Saya tergoncang, terbayang seolah-olah aku telah gila?

Aku mulai melihat bayangan orang itu, ah … tidak mungkin ini air … ini hanyalah fatamorgana. Kemudian, saya ulurkan tangan dan saya benar-benar menyentuh gelas tersebut, ternyata sedingin es. Saya melihat pembawa gelas tadi meletakkan jarinya di atas bibirnya, seolah-olah ia berkata kepada saya, ‘Janganlah kamu bicara’.

Saya minum air tersebut, akan tetapi ia sangat berbeda dengan air yang pernah saya minum selama ini, ia adalah air yang paling nikmat yang pernah saya minum di dalam kehidupan saya sebelumnya. Kalau seandainya pada waktu itu aku memegang uang satu juta pound (junaih), niscaya aku berikan kepada sipir yang tidak kukenal ini.

Minum air segelas tersebut membuat ruh saya seakan kembali ke tubuh dan tidak perlu lagi makan karena kenyang. Bahkan, lebih dari itu, aku merasa tidak perlu dikeluarkan dari penjara. Saya merasakan kebahagiaan yang belum pernaha saya rasakan selama hidup saya, semua itu disebabkan segelas air yang dingin.

Setelah itu, sipir pergi dengan cepat seperti kedatangannya tadi dan menutup pintu sel dengan perlahan. Saya melihat bayangan sipir, ia adalah pemuda yang berkulit coklat dan berbadan pendek. Akan tetapi, saya merasakan ia seperti malaikat. Saya melihat langsung pertolongan ALlah di sel penjara.

Hari yang penuh siksaan terus berjalan, tanpa pernah lagi melihat sipir yang tidak saya kenal itu. Kemudian, saya dipindahkan ke ruangan penyiksaan di lantai dasar penjara. Setiap hari melihat sipir yang tidak saya kenal itu berdiri di hadapan saya.

Ketika itu saya hanya berdua. Saya bertanya dengan perlahan-lahan kepadanya, ‘Kenapa engkau lakukan perbuatan itu? Kalau mereka mengetahuinya tentu memecatmu’.

Dengan menyunggingkan senyum, ia menjawab, ‘Hanya memecat saya!? Bahkan, mereka akan membunuh saya dengan menembakkan senjata?’

Saya bertanya, ‘Apa yang membuatmu melakukan hal yang berbahaya itu?
Ia menjawab, ‘Sesungguhnya saya mengenal anda, namun anda tidak mengenal saya. Kira-kira 9 tahun yang lalu, seorang petani dari Giza mengirim surat kepada anda,

yang isinya menceritakan bahwa ia adalah seorang petani yang tinggal di sebuah perkampungan, dalam hidupnya ia sangat menginginkan membeli seekor sapi. Akan tetapi, setelah 6 bulan sapi yang berhasil dibelinya tersebut mati. Beberapa bulan setelah itu, yakni pada malam-malam Lailatul Qadar di bulan Ramadhan,

tiba-tiba pintu rumah yang sempit kepunyaan petani itu diketuk, dan datanglah utusan dari harian koran anda, Akhbarul Yaum, sambil memegang tali yang mengikat seekor sapi di belakangnya. Ketika itu koran harian Akbarul Yaum selalu mewujudkan beratus-ratus impian para pembacanya di malam-malam Lailatul Qadar di setiap tahunnya’.

Sipir itu terdiam sebentar, kemudian ia berkata, ‘Petani yang telah Anda kirimi seekor sapi kepadanya 9 tahun yang lalu adalah ayahku’.
Bukankah telah aku katakan kepada kalian tadi bahwa pertolongan Allah menyertaiku saat aku di dalam sel penjara?!

Demikianlah perbuatan baik yang telah dilakukan seorang penulis sejak 9 tahun yang lalu terhadap seorang petani telah membuahkan hasil dan bisa menyelamatkan hidup sang penulis (dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala). Segelas air di saat-saat ujian yang berat sekali lebih berharga dan lebih nikmat dari segala yang ada didunia.

Oleh karena itu, jadikanlah dalam beramal ikhlas semata-mata karena Allah Ta’ala. Allah Subhanahu wa Ta’ala senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba tersebut menolong saudaranya.

Menginfakkan harta di jalan kebaikan, pasti akan mendapatkan balasan walaupun setelah lama berlalu masanya. Terkadang balasan perbuatan baik itu akan berlipat ganda. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam Al-Qur’an surat Al-baqarah: 272, yang artinya:

“Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Janganlah kamu membelanjakan sesuatu, melainkan karena mencari keridhaan Allah.

Apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan)."

Thursday, November 25, 2010

DAHSYATNYA HARI KIAMAT DAN PADANG MAHSYAR

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : suhaimi mohidin

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.