Rasulullah
SAW bersabda: 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk
dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian
kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain
kapan dan si mati.
Selepas
pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir,
datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka
boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah.
Tapi
lelaki kacak itu berkata,Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku
takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan
untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya
sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas
itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah
Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang
nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas
soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul
A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi
bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari
pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya
daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
0 comments:
Post a Comment