This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, September 23, 2010

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut


LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.


BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi

Wednesday, September 22, 2010

Kiamat Kian Hampir

Bumi huru-hara 2013 kerana matahari

GAMBAR fail yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat menunjukkan nyalaan api di matahari pada 8 September lalu.

LONDON - Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.

Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.

Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.

Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. - Agensi

Thursday, September 16, 2010

Dr. Zakir Naik Exposes a Major Error in the Bible

Dr Zaki Naik on Sania Mirza

Part 1




Part 2

Maaf.. Saya Tidak Tahu..

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadith di atas memberi pengertian yang besar kepada mereka yang berani membuat fatwa atau menjatuhkan hukum tanpa ilmu. Entah berapa ramai sekarang ini yang apabila ditanya tentang sesuatu soal agama walaupun tanpa ilmu terus mudah dari lidah dan jarinya mengeluarkan 'fatwanya' sendiri. Malahan ada yang hanya belajar melalui buku sahaja tanpa pernah ada asas-asas kaedah untuk mengeluarkan hukum, terus mengatakan itu halal, ini haram. Engkau masuk ke syurga, dan dia masuk neraka.

Bayangkan seorang yang jahil dalam ilmu kedoktoran kemudian apabila ada pesakit yang selsema dan ia mengatakan pesakit ini harus dibedah perutnya. Inilah kerosakan yang telah dibuat.

Fahamlah, rupanya proses untuk mengeluarkan fatwa itu sendiri bukanlah senang. Kerana ulamak takut untuk mengeluarkan hukum tanpa hak.

Salah seorang ulama yang sezaman dengan Imam Ahmad pernah ditanya orang :

"Jika seseorang sudah dapat menghafal seratus ribu hadith, dapatkah ia dikatakan sebagai faqih...? "Tidak...!", jawabnya. "Dua ratus ribu hadith..?" "Tidak..!.. katanya. "Tiga ratus ribu hadith..?" "Tidak..! Jawabnya. "Empat ratus ribu hadith..? "Juga tidak..!, tetapi begini (iaitu lima ratus ribu) katanya sambil mengisyaratkan dengan sebelah telapak tangannya.


Dengan menghafaz belumlah dikatakan seorang faqih yang dapat mengeluarkan fatwa selagi ia tidak mempunyai kemampuan untuk memenuhi syarat-syarat lain untuk berfatwa.

Sukarkah Mengatakan "Aku Tidak Tahu" ?

Ulamak salaf (ulamak yang hidup di kurun ke 3 dan sebelumnya- kurun yang terbaik) melarang keras orang yang berani mengeluarkan fatwa tanpa mempunyai ilmu dan persediaan yang cukup.

Alangkah, para ulamak muktabar yang benar-benar takutkan ALlah seperti Imam Malik pernah berkata :

"Jika seseorang diminta untuk berfatwa, sebelum memberikan jawapan ia wajib meletakkan dirinya antara Syurga dan Neraka, serta memikirkan nasibnya di Akhirat nanti, kemudian baru boleh ia memberikan jawapan (mengeluarkan fatwanya)".


Ibn al Qasim berkata :

"Aku pernah mendengar Imam Malik berkata : "Saya sedang memikirkan (jawapan) bagi suatu kemusykilan sejak beberapa puluh tahun dulu, tetapi hingga saat ini belum juga sampai kepada pendapat yang pasti".


Ibn Abi Layla pernah berkata :

"Saya menemui seramai seratus dua puluh orang Ansar dari sahabat Rasul sallaLLahu 'alaihi wasallam, jika seorang di antara mereka diajukan pertanyaan (diminta berfatwa), ia akan mengalihkannya kepada yang kedua, dan orang yang kedua akan mengalihkannya kepada orang ketiga dan seterusnya. Sehingga pertanyaan tadi kembali kepada orang yang pertama. Jika salah seorang daripada mereka diminta untuk berfatwa atau ditanya tentang sesuatu masalah, ia akan memohon sahabat yang lain menjawabnya".



Fahamlah di sini, mengapa kita perlu menghormati ulamak muktabar yang terdahulu. Yang telah mengasaskan mazhab dan menulis kitab-kitab, mengajar anak muridnya untuk menyampaikan ilmu yang diajarnya kepada umat Islam yang lain.

Antara Maksum dan Orang Yang Berilmu

Ada pula laungan-laungan dari orang awam atau mereka yang bukan dari kalangan ulamak malahan yang baru menghafaz beberapa hadith mendabik dada mengatakan dirinya adalah tempat dijadikan rujukan. (Sedangkan rujukan dirinya hanya melalui internet semata-mata). Ingatlah bahawa ilmu dan akhlaq akan berjalan seiring. Orang awam seperti kita ini mengatakan pula 'ulamak tidak maksum' terutamanya tuduhan ini ditujukan kepada ulamak yang mengasaskan mazhab, ulamak seperti Imam asy Syafie, Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hambali. Bahkan melekehkan pula orang yang mengikut mazhab yang disampaikan oleh ulamak-ulamak, ustaz ustazah dan guru-guru.


Ya, benar, ulamak tidak maksum (ada membuat dosa dan kesilapan). Tetapi berbanding dengan orang yang bercakap atau ustaz yang selalu memperlekehkan ulamak muktabar. Siapa pula yang lebih berilmu, lebih berkelayakan untuk mengeluarkan hukum? Ulamak yang lebih muktabar jauh lebih tinggi ilmunya, menguasai disiplin ilmu untuk membolehkan mereka mengeluarkan pendapat. Di sinilah adanya perbezaan yang besar di antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, kurang ilmu, faham dan tidak faham, sempurna akal dan yang tidak, dan yang jahil. Sebagaimana firman ALlah :

Ù‚ُÙ„ۡ Ù‡َÙ„ۡ ÙŠَسۡتَÙˆِÙ‰ ٱلَّØ°ِينَ ÙŠَعۡÙ„َÙ…ُونَ ÙˆَٱلَّØ°ِينَ Ù„َا ÙŠَعۡÙ„َÙ…ُونَ‌ۗ Ø¥ِÙ†َّÙ…َا ÙŠَتَØ°َÙƒَّرُ Ø£ُÙˆْÙ„ُواْ ٱلۡØ£َÙ„ۡبَÙ€ٰبِ (Ù©)


Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Az Zumar : Ayat 9)

Terkadang terfikir juga penuntut ilmu yang cetek akhlaknya, atau mereka yang berfikiran suka melekehkan ulamak muktabar hanya memandang ulamak dari atas kertas sahaja. Mentang-mentang nama-nama ulamak itu sudah acapkali dilihat dan ditulis di dalam akhbar, majalah dan buku-buku, kitab-kitab yang banyak berlegar di pasaran. Mentang-mentang sudah belajar beberapa hadith sahih dan beberapa ilmu yang baru.

Semaklah sejarah semula, jangan dilipat sahaja adab-adab dan akhlaq ulamak muktabar, lihat bagaimana cara mereka berfikir sebelum mengeluarkan pendapat, jenguklah disiplin ilmu yang telah mereka kuasai sebelum berani mengeluarkan fatwa. Luaskan pandangan bagaimana ulamak mendidik jiwa mereka, melihat kepada keadaan, cara hidup dan budaya. Imam Syafie juga menghormati mazhab hanafi apabila datang ke tempat mereka yang mengikut mazhab tersebut.

Untuk akhirnya para fuqaha' selalu berkata "Sesiapa yang tidak pernah mengetahui dan mengerti perbezaan pandangan dan pendapat di kalangan fuqaha', bermakna dia belum sempat menghidu haruman fiqh..!

Sumber rujukan :

1. Prof Dr Yusuf al Qardhawi, Al Fatwa Bayna Al Indibat al Tasayyub, Fatwa & Antara Ketelitian & Kecerobohan, 1996, Thinker's Library, Selangor.

Iklan Global




Tuesday, September 14, 2010

Doa 1

1.Baca fatihah


Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya


Wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk menerima balasan pada hari Kiamat yang tidak ada syak padanya Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Ya Allah,

Sesungguhnya amal baik itu benar, mati itu benar, sakaratul maut itu benar, alam barzakh itu benar, Padang masyar itu benar, titian sirat itu benar, syurga dan neraka itu benar,


Ya Tuhan Maha Pengampun,

Maka ampunkanlah dosa-dosa dan kesalahan kami samada yang terdahulu, kini dan akan datang yang terang atau tersembunyi,yang besar mahupun yang kecil, yang sengaja ataupun tidak, yang lahir dan yang batin.

Sesungguhnya kami Ya Allah, tidak mampu menangung sakitnya sakaratul, azabnya seksaan kubur, deritanya di Masyar, sulitnya di titian siratMu, sakitnya di nerakaMu.


Ya Allah,Tuhanku,

Permudahkan kami menuntut ilmuMu, lembutkan lisan kami menyebut kalamMu, Luhurkan hati kami menerima HidayahMu, masukkan ke dalam hati kami mahmudahMu dan jauhkan dari hati kami dari sifat Mazmumah. Jadikan kami redha kan ketentuan Mu,sabar atas ujian dariMu ,taat dan patuh segala perintahMu, dengan pertolonganMu, jauhkan kami dari bisikan nafsu yang jahat dan iblis durjana kerana sesungguhnya tiada upaya atas kudrat kami melainkan dengan petunjuk dan pertolonganMu.


Ya Allah,

Hari ini telah datang petunjuk atas kami, jalan yang lurus, jalan kebenaran, jalan orang-orang yang Engkau tunjuki. Dengan petunjuk ini ya Allah, telah terbuka hati-hati kami untuk mencintaiMu, menyerahkan jiwa raga kami untukMu, menyerahkan hidup mati kami pada jalanMu.


Ya Allah

Jangan sesekali Engkau sesatkan kami sesudah datangnya petunjuk ini, sesunguhnya ya Allah, tiada kesesatan kecuali hina dan dosa , tiada hina dan dosa kecuali neraka. Sedangkan Ya Allah, neraka itu panas tak terhingga, tak sanggup kami ya Allah untuk hidup disana.


Ya Allah,

Sesungguhnya kami ini lemah dan hina, buta dan jahil.tiada kudrat bila keseorangan,

Maka kami pohon padaMu Ya Allah, berilah pada kami pasangan yang soleh, mendidik jiwa kami padaMu, taat pada perintahMu. Maka ya Allah, berilah petunjukMu membuat pilihan itu, jauhkan pilihan mengikut hawa nafsu kami.Sesungguhnya hawa nafsu kami sentiasa menujukkah jalan yang sesat. 3x


Ya Allah,

Jadikan hati isteri-isteri/suami-suami kami,kaum keluarga kami, zuriat dan keturunan kami sepertimana hati wali-waliMu,Yang tidak takut dan bimbang akan hal-hal dunia.3x

Yang bimbang akan hal akhirat yang panjang dan tiada kesudahan


Ya Allah, Ya Rahim,

Tiada daya upaya kami meminta dan berdoa kecuali pada yang Hak.Sesunguhnya kami ini orang yang suka menzalimi diri sendiri. AtasMu segala kebenaran, atasMu jua segala balasan, atasMu segala pengampunan, atasMu jua segala perkenan. Maka perkenaanlah segala doa kami Ya Tuhan, Ya zal jalla wal ikram,

Wassallahu ala sayydina Muhammadin wa ala alihi sayydina Muhammad.

Subhana rabbika rabbil izzati amma ya siffun ,walhamdulillahi rabbil alamin, amin Ya Allah.

Renungan 1-Yang Tersirat

1. Apabila kita melihat dua pihak sedang berperang, masing-masing menggunakan berbagai senjata yang memuntahkan peluru yang saling berbunuhan. Yang sebenarnya kita sedang melihat mazmumah yang bersarang di hati kedua-dua pihak itu, yang dizahirkan melalui senjata.

2. Apabila kita dipaparkan berita tentang perogolan, kita sebenarnya sedang membaca berita mengenai manusia yang hatinya sudah dikuasai oleh nafsu dan syaitan.

3. Apabila kita melihat atau mengetahui mengenai manusia yang rakus dan tamak haloba hingga sanggup merompak, mencuri, menyamun, menipu, rasuah, menyeleweng, salah guna kuasa, kita sebenarnya menyaksikan manusia yang hatinya rakus dan tamak haloba, dikuasai nafsu dan sentiasa terdorong untuk membuat maksiat dan kemungkaran.

4. Apabila kita mendengar dua orang atau dua pihak yang sedang berkrisis, bermusuhan, bertelagah, bertengkar, saling membenci, tuduh menuduh, caci maki, kata nista, sumpah seranah, mengumpat, mengadu domba, mengutuk, kita sebenarnya sedang melihat kedua-dua orang atau pihak itu saling memuntahkan mazmumah dari hati masing-masing melalui lidahnya.

Bolehlah dikiaskan kepada apa jua bentuk gejala negatif, sikap buruk dan perbuatan keji dan mungkar lain yang semuanya berpunca dari hati.

Begitulah sebaliknya, segala sifat positif, mencintai kebaikan, banyak berbuat kebajikan dan berbakti, inginkan kemajuan dan kemakmuran, idamkan kesejahteraan dan keharmonian, semuanya datang dari hati yang subur sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat terpuji dalam hati.

1. Tuhan perintahkan manusia supaya takut kepada-Nya. Kerana apabila manusia takut kepada Tuhan, manusia menjadi baik. Apabila manusia menjadi baik, bukan Tuhan yang untung. Faedah dan manfaat dari kebaikan manusia itu kembali kepada manusia sendiri. Kehidupan manusia menjadi aman damai, tenteram dan harmoni.

2. Tuhan perintahkan manusia supaya cinta kepada-Nya. Kerana apabila manusia mencintai Tuhan, manusia akan berkasih sayang sesama sendiri. Apabila manusia berkasih sayang, bukan Tuhan yang untung. Faedah dan manfaat dari manusia yang berkasih sayang itu kembali kepada manusia sendiri. Manusia akan bersatu-padu, bertolong-bantu, bela-membela dan saling mengenang budi dan jasa antara satu sama lain.

Dunia hari ini bingung dalam menghadapi berbagai masalah dan krisis kemanusiaan. Golongan yang bermasalah tidak tahu mengatasi dan menyelesaikan masalah dan tidak tahu di mana tempat mengadu. Pihak yang berusaha mengatasi dan menyelesaikan masalah juga bingung kerana setelah dicuba ternyata gagal. Masalah bukan saja tidak berkurangan bahkan semakin merebak dan berkembang. Lebih menghairankan berbagai gejala baru pula timbul.

Bukan sedikit tenaga, masa, biaya dan idea yang dicurahkan. Berbagai kajian turut dibuat, berbagai cara juga sudah silih berganti dilaksanakan, namun tidak menampakkan hasil yang diharapkan.

Mari kita mengambil iktibar dan pengajaran mengapa Rasulullah SAW mengambil masa 13 tahun memperjuangkan Tuhan yang satu berbanding hanya 10 tahun memperjuangkan syariat yang beribu. Sebabnya ialah agar manusia kenal Tuhan, mengagungkan Tuhan, membesarkan dan mengutamakan Tuhan. Merasai takut dan cinta kepada Tuhan. Agar menjadikan Tuhan segala-galanya dan sekaligus sebagai matlamat. Apabila ini dimiliki oleh manusia maka manusia akan menjadiberiman dan bertaqwa yang natijahnya Tuhan tolong, Tuhan bantu untuk kecemerlangan, kemenangan dan kejayaan dalam apa jua aspek. Inilah ubat dan jawapan kepada segala persoalan manusia. Bahkan inilah faktor yang membawa kepada kegemilangan umat terdahulu yang telah dipaparkan dalam sejarah.

Di sini barulah disedari bahawa amat penting manusia ciptaan Tuhan ini kembali kepada mengenal Tuhan, memahami kerja Tuhan, memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Kerana dengan cara ini sahaja sesuatu masalah dan krisis itu dapat diatasi secara tuntas. Bukan setakat itu sahaja, bahkan manusia akan lebih berjaya, cemerlang, bahagia, selamat dan harmoni dalam segala aspek kehidupan. Lebih-lebih lagi sejahtera di

Tuesday, September 7, 2010

Apakah Nabi Muhammad S.A.W Masih Hidup Di Dalam Kuburnya?

Soalan :

Apakah Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi wasallam masih hidup di dalam kuburnya? Sejauh manakah pengaruh kehidupan itu terhadap kita dalam kehidupan di dunia?

Jawapan :

Pertamanya, kita harus menjernihkan terlebih dahulu pelbagai istilah di dalam masalah ini, sebab sebahagian besar persoalan dapat diselesaikan hanya dengan membetulkan dan memperbaiki beberapa istilah.

Apabila yang dimaksudkan dengan kehidupan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam di dalam kuburnya itu bahawa Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak berpindah dari kehidupan dunia ini dan ALlah subahanahu wa ta'ala tidak mencabut nyawanya, maka itu salah dan batil berdasarkan keterangan tegas di dalam al Quran. ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman :

"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seseorang manusia pun sebelum kamu (Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam); maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?"(surah al Anbiya' : 34)

Jadi Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam sudah berpindah daripada kehidupan di dunia ini. Akan tetapi, perpindahan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak terputus hubungan dengan kita. Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam berada dalam kehidupan lain iaitu kehidupan para Nabi-nabi. Itulah yang disebut dengan kehidupan setelah mati, atau kematian sebagaimana dinamakan oleh Nabi sallaLlahu alaihi wasallam di dalam sabdanya :

"Hidupku mengandungi kebaikan bagi kalian, kalian melakukan sesuatu dan diberikan penjelasan bagi kalian (diturunkan wahyu). dan kematianku, mengandung kebaikan bagi kalian. Amal-amal kalian diperlihatkan kepadaku, apabila kebaikan yang aku lihat, akupun mengucapkan puji syukur kepada ALlah subahanahu wa ta'ala. dan apabila keburukan yang aku lihat, aku memohonkan ampunan kepada ALlah subahanahu wa ta'ala untuk kalian
(Hadith riwayat al Bazzar 4-9 vol 5, hlmn 308. Dailami, Musnad Al Firdaus vol 2 hlmn 137, Hariths dengan tambahan-tambahan al Haitsami, Musnad Hariths vol 2 hlmn 884; dan al Haitsami mengemukakannya di dalam Majma' az Zawaid vol 9, hlmn 23, dan mengiringinya dengan perkataan "Para tokoh periwayatnya adalah tokoh-tokoh periwayat sohih (hadith sohih)).

RasuluLlah bersabda lagi :
Tidaklah seseorang mengucapkan salam kepadaku kecuali ALlah subahanahu wa ta'ala mengembalikan nyawaku, sehingga aku membalas salamnya"
(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 2, hlmn 527; Abu daud Sunan Abu daud vol 2, hlmn 218, Thobrani, Al Mu'jam al Awsath, vol 3, hlmn 262, Baihaqi, As Sunan al Kubra, vol V hlmn 245, dan Syu'ab Al Iman, vol 2, hlmn 217, Dailami, Musnad al Firdaus vol 4, hlmn 24, dan al Mundziri, Al targhib wa at tarhib, vol 2, hlmn 326, Al Haitsami menyebutkannya di dalam majma' al zawaid vol 10, hlmn 25, dan al Hafiz Ibnu Hajar , Al Fath al Bari vol 6, hlmn 488, memberikan komentar terhadapnya, :"Para periwayatnya adalah tokoh-tokoh thiqah" dan dia juga menjawab berbagai persoalan yang berkenaan dengan sudut logik yang ditujukan kepadanya.)

Hadith ini menunjukkan keterhubungan di antara nyawa dengan badan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam yang mulia selama-lamanya, sebab setiap waktu pasti ada sahaja orang yang mengucapkan salam kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam.

Kehidupan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam setelah wafat tidak sama dengan kehidupan manusia lainnya. Sebab pada kehidupan setelah wafat pada manusia selain para Nabi, nyawa-nyawa tidak kembali kepada jasad mereka lagi. Kehidupan mereka adalah kehidupan yang tidak sempurna, dengan nyawa sahaja tanpa jasad. Walaupun kehidupan itu masih mempunyai hubungan dengan kehidupan dunia seperti menjawab salam dan perkara lainnya. Sebagaimana telah ditetapkan pada nabi berada dalam kehidupan yang lebih sempurna daripada kehidupan mereka sebelum wafat dan lebih sempurna daripada kehidupan makhluk lain setelah wafat.

Telah sohih bahawa Nabi beribadah kepada Tuhan di dalam kubur. Diriwayatkan dari Saidina Anas radiyaLlahu 'anhu bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

"Aku melalui Nabi Musa 'alaihissalam pada malam Isra' di sebuah tempat pasir merah bertompok. Baginda Musa 'alaihissalam sedang berdiri melaksanakan solat di dalam kuburnya.

(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 2, hlmn 315; Muslim, Sohih Muslim, vol 4, Hlmn 1845, Nasa'i As Sunan al Kubra, vol 1, hlm 419; Ibn Hibban, Sohih Ibnu Hibban, vol 1, hlm 242,; Ibn Abi Syaibah, Mushannaf Ibn Abi Syaibah, vol 7, hlm 335, dan Thobrani, Al Mu'jam al Ausath, vol 8, hlm 13.)

RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda lagi yang bermaksud :
Para nabi hidup di dalam kubur, mereka (melaksanakan) solat (beribadah)
(Hadith riwayat Dailami, Musnad al Firdaus, vol 1, hlm 119; Abu Ya'la, Musnad abu Ya'la, vol 6, hlm 147; Ibnu 'Adi, Al Kamil. vol 2, hlm 327; dan Haithami menyebutkan dalam Majma' az Zawa'id vol 8, hlmn 211, beliau memberikan pandangan dengan perkataan "Dan para periwayat Abu Ya'la adalah orang-orang yang thiqah.)

Hadith ini menunjukkan para Nabi hidup dengan jasad dan roh mereka, kerana ada penyebutan tempat bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam mengatakan, "Di dalam kubur mereka". Seandainya kehidupan itu hanya dengan roh sahaja, tentu Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak menyebutkan tempat hidup mereka. Dengan demikian, mereka hidup di dalam kubur mereka dengan kehidpan yang hakiki seperti hidup mereka sebelum wafat, dan bukan kehidupan roh sahaja.

Sebagaimana jasad-jasad mereka yang mulia itu terpelihara, diharamkan bagi bumi untuk 'memakannya' (iaitu menghancurkan). Telah sohih dari Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bahawa Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

"Sesungguhnya ALlah subahanahu wa ta'ala mengharamkan atas bumi untuk memakan (menghancurkan) jasad-jasad para Nabi"

(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 4 hlmn 8, Abu Daud, Sunan Abu Daud vol 1, hlmn 275, An NAsa'i, Sunan an Nasa'i vol 3, hlmn 91, Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, vol 1, hlmn 524, Darimi, Sunan Darimi, vol 1, hlmn 445 : Hakim al Mustadrak, vol 1, hlmn 413, dan beliau berpandangan bahawa "Sohih, berdasarkan syarat-syarat Bukhari dan mereka berdua tidak mengeluarkannya." Baihaqi, As Sunan Ash Shugra, vol 1, hlmn 372, dan di dalam as Sunan al Kubra, vol 3, hlmn 428.)

Dengan demikian, Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam itu hidup di dalam kuburnya dengan roh dan jasadnya. Dan jasadnya (Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam) yang mulia terpelihara seperti saudara-saudaranya para Nabi yang lain.

Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam sangat dekat dengan ALlah subahanhu wa ta'ala beribadah di dalam kuburnya, dan berhubungan dengan umatnya, memohon keampunan untuk mereka, memberi syafaat kepada mereka di sisi ALlah subahanahu wa ta'ala, menjawab salam mereka, dan masih banyak lagi hal selainnya.

Oleh itu, siapa yang mendustakan kehidupan Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam di dalam kuburnya setelah perpindahannya, maka dia telah mendustakan hadith-hadith yang telah kami sebutkan. Barangsiapa yang mendustakan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam sudah berpindah dari kehidupan kita, maka dia telah mendustakan keterangan-keterangan Al Quran yang telah kami kemukakan.

Sikap yang tepat adalah kita menetapkan bahawa perpindahan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam dari kehidupan dunia, ialah dengan menetapkan bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam itu hidup di dalam kuburnya, beribadah kepada Tuhannya, menjawab salam orang yang mengucapkan salam kepadanya, memberikan syafaat bagi umatnya, dan memohonkan keampunan untuk mereka. Sebagaimana apa yang telah disampaikan kepada kita oleh Nabi As Shadiq Al Mashduq, Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam dan kepada aLlah subahanahu wa ta'ala Yang Maha Tinggai lagi Maha Mengetahui.

Sumber :

Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

Adakah Nabi Khidir Alaihissalam masih hidup?

jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah memfatwakan bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan hanya golongan minoriti sahaja yang mengatakan baginda telah wafat. Aku nukilkan di sini tulisan Imam an-Nawawi dalam "Syarah Muslim" juzuk ke - 15, mukasurat 135 - 136 pada Bab min Fadhail al-Khidhir s.a.w., beliau menyatakan:-

*
JUMHUR ULAMA berpendapat bahawasanya dia (yakni Sayyidina Khidhir) hayyun maujudun baina adzharina (hidup dan wujud di kalangan kita, yakni di masa kita ini) dan pendapat ini telah disepakati oleh para shufi dan ahlush sholah wal ma'rifah (orang-orang ahli kebajikan dan ma'rifah). Cerita-cerita mereka mengenai melihat dan bertemu dengan baginda dan mengambil pengajaran serta bersoal-jawab dengan baginda, dan kehadiran baginda di tempat-tempat yang mulia dan tempat-tempat kebajikan adalah terlalu banyak daripada boleh dihitung dan terlalu masyhur daripada boleh ditutup. Dan telah berkata asy-Syaikh Abu 'Umar bin ash-Sholah: "Dia (yakni Nabi Khidhir) hidup menurut jumhur ulama dan orang-orang sholeh dan orang awam adalah beserta mereka dalam pegangan ini". Dia juga berkata: "Bahawasanya adalah satu pandangan yang ganjil daripada sesetengah muhadditsin pada mengingkari hal ini (yakni sebahagian ahli hadits mengingkari bahawa Nabi Khidhir masih hidup).

Jadi Imam an-Nawawi dengan jelas menyatakan bahawa JUMHUR ULAMA berpegang dengan pendapat bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan belum mati lagi. Bagaimana rupa kehidupan baginda, Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Hidup atau matinya baginda sekarang bukanlah perkara besar dan tidak harus dijadikan perbalahan sesama umat. Nak percaya baginda masih hidup, tidak ada masalah kerana itulah pendapat jumhur ulama dan yang nak percaya bahawa baginda telah wafat pun tidak menjadi masalah kerana sesetengah ulama dan ahli hadits berpendapat sedemikian seperti Imam al-Bukhari. Dan aku nak pesan kat sini agar sesiapa yang percaya jangan pulak mudah sangat men'claim' telah bertemu dengan Nabi Khidhir. Dalam bermu'amalah dengan manusia aku teringat kalam hikmah as-Sajjad Imam Ali Zainal 'Abidin di mana dia berpesan : "Anggaplah setiap orang yang engkau temui itu Nabi Khidhir". Sebenarnya hikmah kalam ini bertujuan untuk membaikkan budipekerti serta baik mu'amalah dan mujammalah sesama anak Adam. Allahu 'alam.


Sumber : Bahrusshofa