Sunday, May 3, 2009

APA KATA ANAK-ANAK ABUYA

1. Siti Fatimah bt. Ashaari
Lahir 12 Oktober 1987 ( 21+ tahun )
Saya Siti Fatimah At Tamimi, anak yang ke 21. Mempunyai 34 adik beradik kandung dan 4 orang adik-beradik tiri. Saya ada 4 orang ibu kerana ayah saya mempunyai 4 orang isteri. ( Seorang sudah meninggal dunia). Kami tinggal sebumbung dan hidup bagaikan satu ayah dan satu ibu. Wahai untungnya orang yang masih mempunyai ibu.. Apatah lagi kalau ada tiga orang ibu, bukan? Adik-beradik saya yang sudah berkahwin seramai 23 orang. Kerana mereka pun mempunyai isteri lebih dari satu, maka cucu-cucu ayah saya sudah hampir seramai 200 orang dan lebih. Cucu ayah pula ada yang sudah berkahwin dan melahirkan cicit seramai 10 orang. Saya yakin angka ini boleh meningkat sampai tiga kali ganda dalam jangka masa yang tidak lama. Demikianlah pengenalan keluarga besar yang diperjuangkan oleh ayah saya. Ayah saya hanyalah asalnya seorang budak dari Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan. Ayah dikatakan ‘tidak bersekolah’ kerana itu tidak pernah memilki sehelai jenis sijil apa pun.
2. Muhammad Abdul Wadud bin Ashaari
Lahir 30 September 1988 ( 20+ tahun)
Saya, Abdul Wadud At Tamimi. Anak ke yang 23. Memang ayah kami orangnya ganjil. Pelik. Dia memimpin dan mengajar keluarganya dengan iman dan kasih sayang. Itulah dasar yang diperjuangkan dalam keluarga kami. Keluarga adalah tapak kepada perjuangan, katanya. Jadi dengan bilangan anak dan cucu yang seramai itu, ayah membina sebuah jemaah atau syarikat. Menegakkan jemaah adalah satu ibadah dan suatu fardhu kifayah. Syarikat perniagaannya dibantu oleh isteri-isteri dan anak-anaknya serta jemaahnya. Ayah kini mempunyai berpuluh buah rumah, beratus-ratus buah kereta dan 800 premis perjuangan di lapan buah negara di dunia. Tetapi itu semua bukannya kekayaan peribadi ayah. Ayah miskin sebenarnya. Yang kaya adalah Islam.
3. Mohd Zayyad bin Ashaari
Lahir 4 November 1986 ( 20+ tahun)
Saya Zayyad At Tamimi. Anak ke 20 dari keluarga kami. Memang ayah saya seorang pemimpin yang paling ajaib pada zaman ini. Kepimpinannya tidak dilantik oleh sesiapa. Tidak pernah diusulkan dalam mana-mana mesyuarat agung. Ayah naik sebagai pemimpin bukan oleh undi tapi dari hati. Orang masing-masing setuju dengan hati masing-masing untuk menjadikan ayah sebagai guru dan pemimpin mereka. Jadilah dia pemimpin kepada jemaah hati. Bukan jemaah politik, bukan korporat, bukan pesantren, tetapi jemaah sufi dan tarekat. Ayah memperjuangkan pembangunan hati insan-insan yang sudah memberi hati mereka kepadanya untuk dididik. Bila hati sudah membangun dengan iman, manusia adalah aset yang sangat bernilai. Lalu ayah menamakan perjuangannya itu bermodalkan Tuhan dan sistemNya dan tidak bermodalkan dana atau duit.
4. Ummu Sofwah bt Ashaari
Lahir 20 Januari 1991 ( 18 tahun )
Saya Sofwah At Tamimi. Saya anak yang ke 26. Ya, ayah kami pemimpin hati manusia. Hati-hati kami semua dibedah oleh hati ayah dengan hatinya. Ayah mengajar kami membuang semua penyakit hati. Hasad dengki, sombong, cinta dunia, takut mati dan bangga diri. Ayah ganti semuanya dengan rasa-rasa kasih sayang, tawadhuk, mencintai alam ghaib, merindui kematian dan apa-apalah lagi rasa-rasa yang perlu dimiliki oleh seorang hamba Allah. Ayah bagaikan seorang doktor. Memang ayah adalah seorang doktor rohani, maka ayah mengambil masa yang lama untuk merawat dan mengubat penyakit sesekeping hati itu. Samalah dengan seorang ahli falsafah mengambil masa lama untuk membangunkan sesebuah akal manusia.
5. Mohd Fida’uddin bin Ashaari
Lahir 4 Februari 1990 ( 19 tahun )
Saya Fida At Tamimi, anak ke 25. Ya, ayah namakan anak-anak muridnya yang lulus itu sebagai Ikhwan atau Asoib, istilah yang disebutkan dalam Hadis-hadis akhir zaman.. Ikhwan itu umpama taraf seorang yang memiliki ijazah PhD didalam dunia akal. Manakala Asoib pula bertaraf ijazah Masters. Namun itu bukanlah bandingan yang tepat kerana antara orang roh dengan orang akal itu perbezaannya bagaikan langit dengan bumi. Umpama perbandingan antara seorang Nabi dengan seekor syaitan. Si Nabi adalah pelaksana seluruh perintah dan larangan Allah. Sedangkan si syaitan adalah pemusnah kepada semua perintah yang datang dari Allah. Ideologi sekularisma telah mencabut peranan Allah dari semua urusan dunia ini, manakala akal pula menamakan wang sebagai modal kejayaan hidup manusia. Itulah kapitalisma. Sedangkan para nabi menjadikan Tuhan itu sebagai modal, yakni Dialah segala-galanya.
6. Mohd Ajwad At Tamimi bin Ashaari
Lahir 15 Mei 1991 ( 18 tahun )
Saya Ajwad At Tamimi. Anak ke 27. Ini lagi disenaraikan antara perbezaan antara orang akal dengan orang roh menurut ayah kami:
i. Orang roh, Tuhan yang memberikannya ilmu yang dinamakan ilham dan wahyu ( para Nabi dan Rasul) . Manakala orang akal, akalnyalah yang dijadikan Tuhan untuk mendapat ilmu.
ii. Ilmu orang kerohanian tepat dan padat. Ilmu falsafah adakalanya membawa kesesatan.
iii. Orang akal tidak dapat meneroka perkara-perkara ghaib sedangkan orang roh seperti Rasul dan Nabi, serta para wali, itulah tunjang keyakinan mereka.
iv. Orang akal di hujung umurnya, ditimpa penyakit jiwa. Adakalanya menjadi putus asa dan membunuh diri. Tapi dari usahanya, orang roh di hujung umurnya, menjadi semakin bersih jiwanya. Kerana bersih jiwanya, Tuhan memperlihatkan kepadanya, sebahagian perkara-perkara ghaib.
v. Ilmu orang akal melahirkan ideologi yang sering menjadi bala dan perpecahan kepada manusia. Tetapi Ilmu orang roh sangat berjasa kepada manusia kerana ia membawa keamanan dan kedamaian,
Kata ayah, bilamana pentadbiran dunia oleh orang akal sudah jam, setiap kali itulah dunia menerima kedatangan orang roh yang dihantar oleh Allah. Kalaulah ahli falsafah itu terus mampu menjaga bumi dengan baik, perlu apa Allah datangkan orang-orangnya untuk mengambil alih. Sungguh orang roh cukup jauh lebih hebat dibanding orang akal.
7. Ummu Zaahidah At Tamimi bt Ashaari
Lahir 31 Julai 1991 ( 18 tahun)
Saya Zahidah At Tamimi. Anak yang ke 28. Orang roh memperjuangkan iman dan kasih sayang. Hasilnya lihatlah keluarga besar kami, isteri-isteri diikat dengan kasih sayang. Apalagi anak-anak dan cucu-cucu semuanya. Ayah memulakan kerja-kerja menawan dunia dengan memperjuangkan iman manakala ahli akal, orang-orang ideologi itu memulakannya dengan wang. Akibatnya dunia sudah menjadi binasa oleh hasad dengki dan peperangan. Sungguh ayah kami adalah pembawa keajaiban kepada dunia yang buntu. Sejarah kedatangan orang kerohanian oleh Tuhan sedang berulang dan berlangsung. Misi utama ayah adalahmenyelamatkan dunia dari huru hara.

Antara pelakonnya : Adib, Fathiyah, Mubarokah.
8.Mohd Adib bin Ashaari
Lahir 11 Ogos 1992 ( 17 tahun)
Saya Adib At Tamimi. Anak ke yang 29. Datangnya Ayah membawa misi Tuhan untuk menyelamatkan dunia, sesungguhnya itu adalah janji Tuhan untuk akhir zaman. Memang setiap zaman itu mendapat janji keselamatan dari Tuhan yang Maha Penyayang. Tidak terkecualilah kita, makhluk akhir zaman yang sudah cukup jahiliah ini. Hadis Rasulullah saw tentang itu pasti terjadi walaupun Yahudi bermati-matian, turun -termurun selama berkurun-kurun berusaha mendhaifkan hadis-hadis tersebut.
9. Muhammad Jundullah bin Ashaari.
Lahir 6 Julai 1988 ( 20 tahun )
Saya Muhammad, anak ke 22. Bila penjajah datang ke Tanah Melayu untuk menjajah bukanlah mereka mendapat kekuatan di sini tetapi sebaliknya mereka membawa dan mengambil segala keperluan, peralatan dan kekuatan dari negara asal mereka. Selepas menjajah bukannya meerka bermastautin di bumi jajahan, tetapi membawa pulang semua kekayaan yang didapati ke negara asal. Sungguh, orang kerohanian itu, kerana sangat bertaqwa, dia mampu mengambil semula keperluan dan kekuatan dari alam ghaib, untuk menjayakan misi menawan dunia ini. Sepertilah penjajah tadi, bila misi selesai, bila dunia dapat dikuasai, kembalilah pejuang ke kampung asalnya untuk bertemu Allah.
10.Ummu Mubarokah binti Ashaari
Lahir 4 Mac 1994
Saya, Mubarokah At Tamimi. Anak ke 31. Saya ikut sama ayah saya masuk ISA. Berumur 6 bulan sewaktu itu. Ummu membawa saya menemaninya di lokap ISA. Keajaiban pun berlaku. Ayah mempesonakan para intellgen negara dengan karomahnya. Ketenangan hati ayah mengalahkan semua strategi akal mereka. Apa jua provokasi, ayah jawab dengan ketenangan. Ketenangan ayah adalah karomah yang berjaya menundukkan kezaliman. Musuh akhirnya malu dan berkata: Kalau beginilah indahnya Islam, mengapa kami tidak ikut sama memperjuangkannya?
11. Fathiyah binti Ashaari
Lahir 5 November 1995 ( 13 tahun)
Saya Fathiyah At Tamimi. Anak ke 32 . ISA digunakan kerajaan untuk mempertahankan kuasa mereka dari dirampas oleh kuasa lain. Ayah, kerana bercita-cita memperjuangkan sebuah negara Islam yang berkasih sayang, tentulah turut dikenakan ISA. Tapi ayah tidak kalah. Ayah memberi kasih sayang kepada orang yang berbuat jahat kepadanya. Ayah menawan hati mereka padahal mereka tidak boleh menawan akal ayah. Ayah buat-buat bodoh sahaja tetapi sangat mempamerkan hatinya yang cerdik. Di kemuncak pertarungan para roh dengan para akal, keajaiban ayah akhirnya menjadi kenyataan. Jemaah asal yang dihancurkan, ayah dapat hidupkan balik semuanya, atas nama Rufaqa dan Ikhwan. Ia sepuluh kali jauh lebih besar. Sekarang ayah mengambil gaya baring untuk berjuang, sekaligus melepasi ISA.
12. Khaulah binti Ashaari
Lahir 8 April 1986 ( 23 tahun )
Saya Khaulah At Tamimi, anak ke 19. Ya, ayah adalah orang kerohanian yang berjuang menawan dunia dari orang akal. Dan ayah sesudah itu akan kembalilah lagi ke alam ghaib dimana dia dan kita semua berasal. Dunia bukanlah kekal. Hanyalah tempat sementara untuk menunaikan tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah Tuhan. Jika berjaya mengIslamkan dunia, itulah kejayaan di akhirat. Jadi ayah sama sekali tidak membenarkan kami untuk bermodalkan dunia ini.Modal orang bertaqwa adalah semua yang dihantar Allah. Duit tidak diambil dari sistem bank dunia, sumbernya dari dunia tetapi sistemnya adalah sistem dari Allah, bertaqwalah maka Allah akan mencukupkan keperluan manusia.

13.Mohd Athoullah bin Ashaari
Lahir 22 November 1985 (23 + tahun )
Saya Atho At Tamimi. Anak ke 18. Ya, segala keperluan kewangan untuk membangunkan keluarga besarnya ini, ayah tidak lalukan sama sekali melalui sistem kapitalis. Ayah membina sistem bank dari Tuhan. Demikianlah juga dengan pengurusan dalam aspek-aspek kehidupan yang lain. Ya, ayah membina sistem pendidikan untuk men’dapatkan’ Tuhan. Bukan untuk mendapatkan sijil. Bila kita ‘mendapat’ Tuhan dalam hidup kita kata ayah, Tuhan yang akan menjadi Maha Guru dan modal kepada apa-apa pun yang kita inginkan dan doakan. Kini kami anak-anak telah pun menguasai pelbagai-bagai bidang. Seperti kebudayaan, keusahawanan, kepimpinan, perguruan dan lain-lain lagi. Semuanya ini adalah dari Tuhan dan untuk Tuhan semata-mata. Sama sekali tidak dikongsikan dengan dunia ini.
14. Dhirar
Saya Dhirar, cucu yang ke 19. Sungguh, keluarga besar tapak perjuangan ini adalah ciptaan yang paling ajaib oleh orang yang menumpukan seluruh hidupnya demi Tuhan. Sebab itulah dia tidak perlu bersekolah tinggi-tinggi. Memang orang-orang kerohanian tidak akan disekolahkan dengan sistem sekolah akal. Itulah yang telah dicontohkan kepada Rasulullah saw yang tidak perlu menulis dan membaca kerana mendapatkan ilmu secara wahyu dan ilham dari Allah terus ke hatinya. Hati sebagai alat menerima ilmu. Di dalamnya ada seribu satu keajaiban yan tidak masuk akal kerana hati diciptakan bukan oleh akal. Akal hanya terpinga-pinga sahaja di hadapannya. Datuk sedang sakit teruk waktu ini. Namun di waktu sakit inilah dia melancarkan kempen untuk mencipta pemerintahan kepada negara Allah dan Rasul di Malaysia. Kucar-kacir jadinya orang politik di Malaysia. Dunia seluruhnya menjadi cukup tua dan miskin dan sakit dibuatnya. Kerana datuk saya sedang menciptakan daulah Islamiah idamannya yang menjadi cita-citanya, yang dilagangkan oleh Rasulullah SAW, di kala fizikalnya sedang terlantar. Fizikalnya umpama baju. Sebab orang roh itu bila rohnya sangat aktif, fizikalnya akan dibekukan

1 comment: