Tuesday, May 19, 2009

Orang TUHAN [ AHLULLAH ] VS Orang AKAL

al-aqsa.jpg
~ Al Aqsa ; menunggu cahaya kebangkitan Islam dari ufuk Timur ~
Dibawah ini saya postingkan untuk pengetahuan bersama, setidaknya ada 48 Perbezaan antara ORANG TUHAN [ Ahlullah / Orang Rohani ] dengan ORANG AKAL. Orang Tuhan ialah para Nabi dan Rasul, Para Ahli HIKMAH dan Ahli Zikir, Para Wali2 Besar, Para Mujaddid, Syeikh2 Tarikat dan juga Pejuang-Pejuang Kebenaran sepanjang zaman.
Manakala Orang AKAL adalah Para Filosof [ termasuklah Plato, Aristoteles, Einstein, dsb ] yang terlalu memuja Akal hingga Tuhan tidak nampak lagi pada apa yang mereka pelajari, dan pada apa2 yang mereka perkatakan, mereka lupa hakikat Akal pemberian Tuhan, sehingga justeru dengan ilmu yang tidak disuluh dengan iman itulah akhlak manusia hari ini runtuh menyapu bumi…
  1. Ahli rohani dapat menggunakan hujah akal untuk menguatkan hujah kerohanian. Tapi ahli fikir atau filusof tidak dapat menggunakan hujah kerohanian untuk menguatkan hujah akalnya.
  2. Ahli rohani di masa hidupnya terutama tokoh rohani, semua peringkat masyarakat suka menziarahinya. Ini tidak berlaku kepada ahlli fikir atau filusof. Kalaupun ada yang menziarahinya adalah di kalangan cerdik pandai sekular saja. Golongan bawahan tidak ada.
  3. Ahli fikir atau filusof hanya dapat memikirkan alam lahir ini semata-mata tapi tidak dapat memikirkan alam ghaib atau alam rohani. Ahli rohani dapat memikirkan kedua-duanya sekaligus.
  4. Ahli-ahli rohani ada yang diberi berita-berita ghaib sebelum terjadinya sesuatu peristiwa. Ini tidak berlaku kepada ahli fikir atau filusof.
  5. Ahli fikir atau filusof kalau dia pergi ke mana-mana tidak ada orang datang menghormatinya seperti mencium tangannya atau mengiringinya. Tapi ahli rohani di mana pergi, diiringi orang, dihormati orang, tangannya dicium dan orang berebut-rebut untuk menjadi tetamunya.
  6. Kematian ahli rohani ditangisi, ramai manusia yang sedih dan dirasai satu kehilangan besar kepada manusia. Ini tidak dirasakan atau tidak berlaku kepada ahli fikir atau filusof.
  7. Ilmu ahli rohani lebih diminati, disebarluaskan kepada seluruh manusia. Tapi ini tidak berlaku kepada ilmu ahli fikir. Sebarannya sangat terbatas karena umum manusia tidak minat.
  8. Ahli rohani terutama di hari-hari tertentu seperti hari lahirnya, orang ramai mengadakan hari memperingatinya. Ini tidak dilakukan kepada ahli fikir atau filusof.
  9. Ahli fikir datang ke dunia walaupun sedikit sebanyak ada membawa kemajuan tetapi kedatangan mereka lebih banyak membawa kerosakan di bumi. Tapi kedatangan ahli rohani ke dunia membaikkan semula dunia ini termasuk apa yang telah dirosakkan oleh ahli fikir.
  10. Ahli fikir atau filusof adalah lambang keangkuhan dan kesombongan di dunia tapi ahli rohani adalah lambang tawadhuk dan akhlak yang mulia.
  11. Ahli fikir tidak pernah berjaya membaikkan nafsunya dan nafsu manusia lain tapi ahli rohani berjaya membaikkan nafsunya sendiri terutamanya dan juga nafsu orang lain.
  12. Ramai orang berjaya mendidik akalnya, tapi sedikit sekali yang berjaya mendidik jiwanya. Karena itulah dunia penuh dengan orang-orang pandai yang jahat.
  13. Kekacauan dan huru-hara yang berlaku di dunia bukan karena kekurangan orang pandai memikirkannya, bukan karena para pemimpin tidak bijak mengatasinya, tapi karena terlalu ramai manusia yang telah rosak rohaniya termasuk cerdik pandai. Para pemimpin yang jiwanya sudah rosak, hendak memikirkan masyarakat yang sudah rosak, bertambah lagilah rosak masyarakat.
  14. Ahli-ahli fikir dan filusof-filusof bagaimana pintarnya sekalipun, belum pernah berlaku di dalam sejarah dapat membangunkan akhlak manusia. Mereka hanya berjaya memandaikan manusia. Tapi ahli rohani seperti para rasul dan ulama ul amilin dapat memandaikan manusia serta berjaya membangunkan akhlak manusia.
  15. Tokoh-tokoh ahli fikir jarang makamnya diziarahi orang, tapi tokoh-tokoh rohani, makamnya setiap hari diziarahi orang.
  16. Ahli fikir dan cerdik pandai hanya berjaya membangunkan tamadun material, tapi ahli rohani berjaya membangunkan tamadun rohani.
  17. Kalaulah manusia ini, matlamat hidupnya hanya dunia semata-mata, cukup setakat ahli fikir saja. Tapi Tuhan mahu manusia ini mengenal Zat-Nya yang Maha Agung. Dan agar manusia mengenal kehidupan yang martabatnya lebih tinggi lagi, iaitu Akhirat. Karena itulah Allah utuskan para rasul dan para nabi.
  18. Ahli-ahli fikir hanya berjaya mengenalkan manusia kepada kehidupan dunia yang rendah dan murah serta akan binasa. Tapi para rasul,nabi dan orang rohani berjaya mengenalkan manusia kepada kehidupan yang tinggi dan kekal abadi di Akhirat.
  19. Di antara kemuliaan para rasul dan para nabi, mereka lebih dicintai dan disebut-sebut oleh manusia setiap hari dibandingkan ahli-ahli fikir dan filusof.
  20. Para rasul dan para nabi adalah lambang pemujaan manusia terhadap Allah SWT yang wajib disembah, tapi ahli fikir dan filusof adalah lambang pemujaan manusia terhadap tamadun kebendaan dan dunia.
  21. Para rasul dan para nabi dianggap manusia yang suci dan sempurna di kalangan manusia tapi ahli fikir dan filusof tidak disebut begitu rupa.
  22. Ahli fikir dan ahli falsafah melahirkan teori-teori dan ideologi-ideologi tapi para rasul dan para nabi melahirkan agama. Di antara dua ajaran ini payah hendak ditemukan.
  23. Hari ini umat Islam lebih menyanjung ideologi daripada agama. Perjuangan mereka itu bukan agama lagi tapi adalah ideologi.
  24. Orang akal menjadikan ideologi itu sebahagian dari agama. Agama telah menjadi barang antik maknawi yang hanya tersimpan di dalam kitab yang diletakkan di almari untuk dibuat hiasan.Tetapi orang rohani itu berjaya memisahkan agama itu dari ideologi
  25. Di Barat, Allah Taala istimewakan dengan lahirnya ramai ahli-ahli fikir dan ahli falsafah, tapi di Timur diistimewakan dengan lahirnya ramai para rasul dan nabi.
  26. Setelah umat Islam berpegang dengan ideologi dan memperjuangkannya, maka tidak ada lagi perpaduan di kalangan umat Islam. Kalau ada pun parti yang memperjuangkan Islam, tapi tekniknya dan metodologinya seperti pejuang-pejuang ideologi. Akibatnya rasa bertuhan dan rasa kehambaan tidak wujud atau telah nipis.
  27. Ahli-ahli rohani yang hak tidak pernah ditimpa penyakit jiwa, tapi ahli fikir dan ahli falsafah majoritinya ditimpa penyakit jiwa.
  28. Ahli-ahli rohani, semakin bersih atau tajam jiwanya, semakin takut atau cinta dengan Tuhan. Tapi ahli fikir atau ahli falsafah jika fikirannya bersendiri, makin tajam fikirannya, kemuncak akalnya akan menafikan kewujudan Tuhan.
  29. Ahli-ahli rohani yang sejati mampu mempertajamkan akalnya dan boleh berlaku jiwanya kuat, akalnya kuat. Tapi ahli fikir atau ahli falsafah tidak boleh mempertajamkan atau tidak boleh menguatkan jiwanya.
  30. Ahli-ahli fikir atau ahli falsafah setakat teorinya dikagumi oleh manusia tapi tidak ada pengikut setia tapi ahli rohani mempunyai pengikut yang setia.
  31. Ahli-ahli rohani adalah manusia yang memuja Tuhannya, tapi ahli fikir atau ahli falsafah memuja akalnya atau mentuhankan akalnya.
  32. Ilmu ahli rohani mudah difahami bahkan menyejukkan hati, tapi ilmu ahli fikir atau falsafah susah difahami bahkan adakalanya menyakitkan kepala dan menggelisahkan jiwa.
  33. Biasanya teori ahli fikir, orang lain mengamalkannya, tapi ilmu ahli rohani dia sendiri yang paling mengamalkannya.
  34. Ahli rohani meyakinkan orang dengan Tuhan, tapi ahli fikir(akal) menjadikan orang ragu dengan Tuhan.
  35. Ahli fikir hendak menerima sesuatu pendapat mesti berdasarkan logik, tapi ahli rohani menerima sesuatu dengan iman dan keyakinan sekalipun tidak logik.
  36. Pendapat ahli fikir semata-mata atas dasar logik, tapi pendapat ahli rohani ada yang boleh diterima atas dasar logik dan atas dasar tidak logik.
  37. Ahli fikir atau ahli falsafah ada yang memuja arak dan mabuk arak, tapi ahli rohani memuja Tuhan dan mabuk Tuhan.
  38. Biasanya atau kebanyakan ahli fikir atau ahli falsafah hanya mengumpul ilmu atau teori tapi orang lainlah yang mengamal dan memperjuangkannya tapi ahli rohani mereka sangat mengamalkan dan memperjuangkannya.
  39. Ahli falsafah, teori mereka selalunya dibatalkan oleh teori ahli falsafah yang datang kemudian. Ini tidak berlaku kepada ajaran ahli rohani karena ajaran ahli rohani dari sejak Nabi Allah Adam a.s. hingga kepada Nabi Muhammad SAW, ajaran aqidahnya sama, tidak berubah.
  40. Ahli fikir atau ahli falsafah selalunya sombong dan ego, berlainan sekali dengan ahli rohani. Mereka adalah golongan yang tawadhuk, berakhlak tinggi dan mulia.
  41. Ahli fikir atau ahli falsafah, orang ramai mengkagumi pendapatnya atau ilmunya, tidak mengkagumi peribadinya. Berlainan sekali dengan ahli rohani, mereka mengkagumi ilmu dan juga peribadinya.
  42. Ahli-ahli rohani, orang yang sayang, sayang sangat. Yang benci pula benci sangat. Berlainan pula ahli fikir atau ahli falsafah. Orang yang sayang tidaklah sayang sangat, begitu juga orang yang benci, tidak pula benci sangat.
  43. Setelah pengaruh fikiran ahli falsafah Yunani masuk ke masyarakat Islam, maka lahirlah mazhab Muktazilah di kalangan umat Islam yang sangat bertentangan dengan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah.
  44. Di antara kesesatan ahli falsafah, mereka menganggap bahawa alam ini qadim seperti qadimnya Tuhan.
  45. Ahli fikir atau ahli falsafah biasanya tidak suka bergaul dengan masyarakat. Berlainan sekali ahli rohani, mereka bergaul dengan masyarakat.
  46. Ahli fikir atau ahli falsafah tidak mendidik masyarakat, tapi ahli rohani mendidik masyarakat.
  47. Ahli fikir atau ahli falsafah kalaupun tahu penyakit masyarakat, tapi tidak tahu hendak mengubatnya. Berlainan sekali dengan ahli rohani, di samping kenal penyakit masyarakat, mereka tahu pula mengubatinya
  48. Jiwa orang akal terkurung dipersekitaran logik dan alam haiwanat tetapi jiwa orang rohani bebas seluas-luasnya merentasi alam haiwanat, malakut dan jabarut

0 comments:

Post a Comment