Saturday, May 23, 2009

Madah


..Usah Gelisah ApabiLa DiBenci Manusia KeraNA Ramai Yang MenyayangiMu di Dunia, Tapi GeLisahLah ApabiLA di Benci Allah Kerana Tiada Lagi Yang MengasihiMu di AkhiRaT


..Bermadu itu indah pada seseorang lelaki.Ia ibarat minum madu, sekali-sekala tersedak juga, supaya dia berhati-hati. Pada wanita, ia ibarat memakan ubat pahit. Kerana ia menjadi ubat, wanita boleh menerimanya.


..Nilaian pandangan di antara mata, akal, nafsu, jiwa tidak sama. Masing-masing ada ukuran yang tersendiri, tapi pandangan hati yang bersih itulah yang benar dan hakiki


..Hukuman Allah itu ada pengajaran dan memberi kesan. Hukuman manusia membeban dan tidak ada kesan. Bahkan secara umumnya, orang yang kena hukum itu membalas dendam berpanjangan.


..Setiap nikmat yang kita terima hendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya, hingga merasa malu memilikinya, tapi sudah anugerah Tuhan kenalah terima, kemudian gunakanlah kepada yang diredhai-Nya, dengan itu kita akan terselamat dari berbangga, terselamat dari kedekut, tamak dan mudah dikorbankan kepada kebajikan.


..Orang mukmin kalau dia dihina orang, dia tetap dapat menahan kemarahannya kerana dia merasa memang dia adalah hamba yang hina dan tidak ada harga, patutlah dihina.


..Kalaulah akal dapat menentukan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang halal dan mana yang haram, mana yang benar dan mana yang salah, sudah tentu tidak perlu lagi Allah mengutuskan para Rasul, justeru filasuf ribuan banyaknya telah lahir ke dunia ini.


..Rasulullah SAW serta para Sahabat r.a. mengajar dan mendidik manusia kebanyakannya berlaku secara tidak rasmi. Apabila bertemu sahaja manusia sama ada percakapannya, perbuatannya dan sikapnya, ia bersifat ilmu dan pendidikan. Justeru itulah sangat memberi kesan. Kita mendidik orang banyak secara rasmi, ditentukan masa, ditetapkan tempat, diberitahu siapa penceramahnya, isytiharkan siapa penganjurnya. Di dalam majlis ceramah banyak pula gelak ketawa. Belum lagi nawaitu masing-masing, kita tidak tahu. Bagaimanalah hendak berkesan?


..Kalau di dalam menegakkan kebenaran kita ditimpa kesusahan serta terpaksa meninggalkan kampung halaman, tirulah Rasulullah SAW di dalam kesabaran, kalau kita terpaksa mengembara dan berkelana, ikutilah jejak Nabi Allah Musa a.s, kalau kita dikurung dengan ketakutan, tirulah Nabi Allah Yunus a.s, kalau kita diseksa dan diancam, buatlah seperti Nabi Allah Ibrahim a.s, kalau kita diberi nikmat dan kemewahan, jadikanlah Nabi Allah Sulaiman a.s sebagai teladan, begitulah seterusnya pada para-para Rasul a.s itu ada tauladan dan pengajaran. Sepatutnya orang Islam tidak buntu bila berhadapan dengan cabaran.


..Jika sesuatu yang kita kehendaki belum dapat susah hati kita. Setelah dapat bimbang kehilangannya, kemudian apa yang didapat itu rasa tidak cukup, lebih-lebih lagi apa yang dapat itu tidak sebanyak orang lain dapat. Timbul pula tamak memburunya. Sampai bilakah hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan, sedangkan ketenangan dan kebahagiaan itu sesuatu perkara yang tiada nilainya.

Related Posts:

  • Madah: LidahJagalah lidah yang lembut ini, dia boleh merosakkan dan boleh membaiki,boleh memecah-belah boleh mendamaikan, boleh menaikkan boleh menjatuhkan,boleh menginsafkan boleh meliarkan, boleh bermusuhan boleh berkasih sayang, boleh… Read More
  • Mencari Kebenaran Adalah WajibMencari kebenaran adalah wajib Ia merupakan aset yang paling berharga di dua negara Di negara yang sementara waktu dan negara yang kekal abadi Kebenaran itu hanya satu Tidak ada dua, tidak ada tiga dan seterusnya … Kebenaran … Read More
  • Hati Tenang Jiwa Lapang Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sika… Read More
  • AKU PASRAH: TELAH KU LIHAT JALAN KEBENARAN INI Tuhanku, Kini aku pasrah , Pada takdirMu ke atas ku, kerna telah ku lihat jalan kebenaran itu.. Telah terdampar luas di hadapanku. Akan ku gengam kebenaran ini seeratnya, Biarpun hati terluka, biar juga jasad terlulur. Tuh… Read More
  • AIR MATA TAUBAT"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100… Read More

0 comments:

Post a Comment