Saturday, May 16, 2009

Nasihat Untuk Pejuang Kebenaran

~ Pejuang-pejuang kebenaran yang hakiki adalah PENYELAMAT dan pembawa KASIH SAYANG serta AKHLAK MULIA. Mereka bukan pengganas dan bukan pengacau dan bukan teroris. Pejuang kebenaran menyelamatkan Iman, Akhirat, Syariat dan Akhlak manusia.
Pejuang-pejuang kebenaran adalah ” RUH BANUN FIL LAILI WA FURSAN BINNAHAR” yaitu mereka senantiasa beribadah dan bermanja2, serta bertaubat dan menangis dengan Tuhan [bagaikan ABID] di malam hari. Lalu mereka berjuang di siangnya bagaikan SINGA menegakkan sistem AKHLAK dan sistem hidup Islam di seluruh aspek kehidupan ~
————————————————————————————–
Di bawah ini adalah nasehat Imam AL GHAZALI Rahimahumullahu Ta’ala khusus buat kita yang mengaku pejuang-pejuang kebenaran :
“Jika engkau mau mengikuti petunjuk para Imam, kuatkanlah dirimu untuk menerima musibah-musibah dengan jiwa yang tabah, sewaktu menghadapi setiap kepahitan, dan dengan hati yang sabar, walaupun dadamu bergoncang.
“Lisanmu dikunci, matamu dikendalikan, rahasiamu disembunyikan hanya untuk diketahui oleh Tuhanmu saja.
“Namamu biarlah tidak terkenal, pintu rumahmu tertutup rapat, bibirmu tersenyum, perutmu kelaparan, hatimu terluka, pasarmu tiada sambutan, pangkatmu dipendam dan keaibanmu ditonjolkan.
“Setiap hari kamu menelan rasa pahit dari pengaruh zaman dan teman, sedangkan hatimu menurut dalam sadar.
“Pada waktu siang, hendaklah kamu sibuk mengislahkan (mendamaikan) manusia tanpa jemu. Malam kamu tenggelam dalam keasyikan kepada Tuhan.”
“Ambillah kesempatan pada waktu malam. Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari kiamat yang padanya sukar sekali untuk mencari jalan.”
Berjuang itu Berat,
Hanya Hati(jiwa) yang benar-benar Pejuang yang Sanggup Terus Bertahan…

Related Posts:

  • DALAM MEMBURU KITA DIBURUDi dalam hidup manusia, sama ada dia sedar atau tidak, ada dua perkara yang berlaku ke atas dirinya. Iaitu dia sentiasa memburu atau diburu. Kalau dia tidak memburu dia pasti diburu. Perkara yang diburu itu pula adakalanya d… Read More
  • AL JANNATU AJILAH (SYURGA YANG DISEGERAKAN)Antara perkara yang pertama dituntut dalam Islam adalah mengenal Tuhannya. Ada Hadis yang berbunyi: Maksudnya: “Awal-awal agama mengenal Allah.” Hanya setelah kita kenal Tuhan, barulah kita tahu betapa baiknya Tuhan kita itu… Read More
  • APALAH YANG ADA PADA PARAS RUPA?Kalau seseorang itu cantik, menarik dan tampan dan pandai pula bergaya dan berpakaian, ramai orang suka memandang. Ada tarikan. Ramai yang suka berkenalan. Bahkan ramai yang akan terpikat, ingin dibuat teman atau pacaran. Dia… Read More
  • BUAH IMANSemasa pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab r.a., ada seorang lelaki bernama Hassan. Suatu hari dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia k… Read More
  • KITA ADALAH PELAKON SANDIWARA DI DUNIAAku hamba-Mu Tuhan adalah pelakon di pentas sandiwara-Mu. Engkau telah berfirman di dalam Al Quran, “Sesungguhnya dunia adalah tempat sandiwara (bermain-main).” Yang indah, benar dan kekal hanyalah di Akhirat sana. Dunia-Mu … Read More

0 comments:

Post a Comment