Sejarah telah membuktikan bahawa hukum hudud, qisas dan ta'zir adalah satu peraturan yang bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluarbkepada masalah manusia. Di zaman kegemilangan Islam yang lampau, orang kafir pun merasai keindahannya.
bagi orang yang beriman, hukum hudud dirasakan satu anugerah yang mengandungi nikmat, kerana ia memberikan dua kebaikan yang besar:
1. Ia seolah-olah pagar yang mengawal tanam-tanaman dan serangan binatang-binatang yang hendak memakannya. yakni hukum hudud membersihkan masyarakat daripada orang-orang jahat yang mahu menganggu keselamatan dan kebaikkan insaniah dan material yang mereka cetuskan.
2. Bagi orang yang melakukan kejahatan samada sengaja atau tidak, mereka di beri jalan keluar untuk lepas dari hukuman di akhirat. yang mana dosa yang sudah di hukum di dunia(secara hudud) tidak lagi di hukum di akhirat. ini menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaan hukum hudud didahului dengan kesedaran iman dan kefahaman Islam
Jika hukum hudud diibaratkan sebagai pagar, maka hudud hanya akan dilaksanakan setelah segala anak benih kebaikan selesai ditanam dan tumbuh dengan subur di dalam masyarakat. tidaklah memberi makna jika pagar didirikan sedangkan usaha menanam anak benih kebaikkan itu tidak dilakukan atau dibiarkan sahaja. Dan sia-sialah atau satu kesalahan jika pagar didirikan hanya untuk memagari lalang-lalang sahaja.
Ertinya hukum hudud ditegakkan setelah masyarakat dididik dengan iman dan kebaikan dan demi menjaga dan mengawal iman dan kebaikkan daripada dirosakkan oleh orang-orang jahat yang sudah tidak makan diajar.
Sebaliknya, jika hukum hudud ditegakkan dalam masyarakat yang majoritinya belum baik, maka fungsinya yang sebenar tidak akan tercapai. Sebaliknya hukum hudud akan jadi'bala' dalam masyarakat, iaiatu masyarakat akan hiruk-pikuk dengan hukum, denda, seksa dan lain-lain tanpa mengenal rehat. Hinggakan masyarakat atau pentadbir akan dilihat sebegitu kejam dan tidak ada kedamaian dan kasih sayang lagi. Di sudut yang lain pula, puak-puak kapitalis akan menjadi lintah darat akan rasa terbela, secara langsung atau tidak kerana hukum hudud telah melindungi mereka daripada orang-orang jahat dan miskin yang mengancam mereka. Ampun maaf jika saya katakan bahawa perlaksanaan hukum hudud tanpa tanpa menanam iman dan kebaikkan terlebih dahulu di dalam masyarakat adalah sama sahaja dengan perlaksanaan hukuman sekular yang telah ada pada hari ini.
Contohnya: Orang-orang yang kaya tapi tidak beriman dan bertaqwa yang hatinya tamak dengan dunia dan kekayaan akan kedekut mengeluarkan sedekah dan amal jariah. Hukum hudud tidak memperuntukkan hukuman bagi orang yang tidak mengeluarkan sedekah. Akibatnya masyarakat miskin tidak akan terbela. Apa akan terjadi? Si miskin akan merompak si kaya maka akibatnya orang miskin tadi akan dihukum dengan hukum hudud. Adilkah? Akibat kerakusan orang kaya, malangnya orang miskin terus teraniaya. Jika begini, dimanakah nampak indahnya hukum hudud. Sedangkan setiap peraturan Tuhan itu penuh dengan keindahan dan kebaikkan jika dilaksanakan. Akibat daripada perlaksanaan yang tidak mengikut garispanduan yang sempurna, orang kaya terus kaya dan orang miskin semakin miskin. Apa bezanya hal ini dengan kapitalis..istilah berbeza tapi hasil dan natijahnya adlah sama sahaja. Sebab itu perlaksanaan hukum hudud dibuat setelah benih-benih iman dan kebaikan telah ditanam dan hidup subur ditengah masyarakat telah berlaku.
Lihatlah dalam masyarakat dunia hari ini, yang begitu sibuk hendak menangkap penjahat, hendak hukum bunuh pengedar dadah, hendak hukum gantung sampai mati orang yang memiliki senjata api dan macam-macam hukuman 'la hudud dunia'. Lihatlah bagaimana hukum-hukum yang dijalankan ditengah masyarakat hari ini yang tidak ditarbiah jiwanya dengan berkesan, telah tidak dapat menyelesaikan masalah, sebaliknya jenayah dan maksiat semakin menjadi-jadi. Orang buat endah tak endah dengan ancaman hukuman dan seksaan. Ertinya fungsi dan matlamat hukuman tidak tercapai di dalam masyarakat. Ia tidak mampu mengawal masyarakat sebab di dalam masyarakat terlalu banyak penjahat. Pagar hanya dapat menahan dua tiga ekor lembu tetapi jikan ribuan lembu merempuh pagar maka robohlah pagar tadi.
Mengapa begitu banyak penjahat dalam masyarakat? kerana pemimpin yang sepatutnya menanamkan iman dan kebaikan ke dalam masyarakat sudah tidak berfungsi atau gagal berfungsi. malah lebih dahsyat lagi pemimpin tersebut pula menjadi ejen atau pembawa kepada kejahatan. Rakyat diasuh dengan kejahatan. Unsur-unsur kapitalis seperti maksiat, judi, arak, pergaulan bebas,riba, gila dunia, zina dan seribu satu jenis maksiat dibenarkan masuk dan ditanam ke dalam masyarakat. Dengan kata lain pemimpin yang sepatutnya menanggung amanah Tuhan telah khianat kepada amanah tersebut. Iniulah pemimpin yang mula-mula akan terjun ke dalam neraka Allah...waiyyazubillah.
Sebaliknya, masyarakat yang sudah dididik dengan iman dan kebaikan, hukum hudud yang dilaksanakan benar-benar akan menghentikan kejahatan. cukuplah sekali seorang pencuri yang dipotong tangannya dan dipamerkan, pasti akan memberi pengajaran dan keinsafan kepada rakyat yang lain. Tetapi pada hari ini, masyarakat masih liar, bukan setakat tangan dipotong bahkan kepala dipotong pun nescaya tidak membuatkan orang jahat yang lain itu'bercuti' daripada kejahatannya.
Mengapa pejuang-pejuang agama dan parti-parti politik Islam terlalu ghairah sangat hendak tegakkan hukum hudud sedangkan terlalu banyak hal-hal fardhu ain dan fardhu kifayah yang lebih utama ditinggalkan. Lebih-lebih lagi perkara-perkara utama itu sepatutnya ditegakkan di dalam kumpulan atau golongan atau jemaah mereka supaya supaya perjuangan kumpulan atau jemaah mereka terserlah keindahan Islamnya.
yang malangnya ialah golongan ini hanya melaksanakan Islam secara terpilih sahaja. dalam erti yang lain, mereka memilih atad dasar kepentingan politik, kewangan, jawatan, periuk nasi, perasaan, suasana tetapi bukan dasar Tuhan
Firman Allah:(maksudnya)
"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat" Al-Baqarah:ayat 85
Firman Allah lagi(maksudnya)
"Bukanlah sifat Mukmin lelaki ataupun perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan hukum, mereka memilih-milih (yang sesuai dengan selera mereka)" Al Ahzab: ayat 36
Hukum hudud yang Allah tetapkan di dalam Al Quran adalah satu kaedah menghukum yang sungguh tinggi nilainya dan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebih adil dari lain-lain hukum duniawi yang diciptakan oleh manusia. Contohnya dalam kes mencuri, Allah menetapkan dihukum potong tangan tetapi hukum duniawi lain dipenjara sahaja. mana lebih bijak dan adil?
Pencuri yang sengaja, tidak akan dapat diubati dengan penjara. Pencuri yang lebih pakar hukuman penjara dan denda akan mendorongnya menjadi lebih kreatif dan aktif mencuri. Maka ramai orang akan terseksa dan 'kesakitan' kerana perbuatannya. Maka wajar sangat pencuri itu juga merasai kesakitan daripada perbuatannya.
Sebenarnya hukuman dunia ciptaan manusia lebih kejam contohnya hukuman ISA iaitu satu bentuk hukuman tanpa bicara. Jika tidak ada bicara, bagaimana kita tahu ia bersalah atau tidak. Bukankah bicara itu adalah jalan mencari dan melahirkan keadilan?
Hukum hudud bukan bertujuan untuk menghukum apatah lagi untuk menyeksa pesalah. Ia lebih bermaksud mendidik orang-orang yang tidak terdidik dengan nasihat dan tunjuk ajar. Bila ia malu, sakit dan susah, baru dia faham kesakitan dan kesusahan orang lain.
sekian
Thursday, May 28, 2009
Home »
Minda Tajdid
» FALSAFAH PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD MENGIKUT AJARAN ISLAM
0 comments:
Post a Comment