Tuesday, May 19, 2009

Suami Isteri, Renungkanlah…!

Untuk suami, renungkanlah…
Pernikahan atau perkawinan menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah.
Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita
menjadi solehah…
Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhati-hatilah meluruskannya …

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan ridha Allah SWT.
Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana justeru membuat kamu akan tersentak dari alpha bahawa
Kamu bukanlah Rasulullah SAW
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh …
Untuk isteri pula, renungkanlah…
Pernikahan atau perkawinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw …
Tidaklah setaqwa Ibrahim pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita
membangun keturunan yang soleh…
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya…
Pernikahan ataupun perkawinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa untuk belajar meniti sabar dan ridha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana justru membuat kamu akan tersentak dari alpha
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Dan bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah

Related Posts:

  • ANAK-ANAK : SIAPA SEPATUTNYA YANG MENDIDIKDi zaman para Sahabat, para tabiin dan para tabiit-tabiin, tidak ada sekolah dan tidak ada madrasah. Anak-anak dididik dan diajar di rumah. Ibu bapa ketika itu alim dan berakhlak mulia. Mudah bagi mereka mendidik dan mengajar… Read More
  • BIARLAH MEMILIH DALAM MENCARI PASANGAN Mencari pasangan hidup itu, bukan seperti memilih ikan di pasar, boleh dibelek-belek, ditekan-tekan, dibolak-balikkan, Kekadang nampak segar di luarnya tetapi busuk di dalamnya, kalau elok pun tak tahan lama, 2-3 hari busukl… Read More
  • SUAMI YANG LAYAK DITAATI OLEH ISTERI Ada orang bertanya, mengapa Rasulullah tidak menyatakan secara jelas ciri-ciri lelaki yang seharusnya dipilih oleh bakal isteri. Hadis secara jelas hanya menyebut ciri-ciri wanita yang lazimnya dicari oleh lelaki iaitu yang… Read More
  • ISLAM MELARANG CINTA BERPANJANGAN Sebenarnya dalam persoalan cinta ini, memang tidak dapat dielakkan, bila sudah timbul keinginan terhadap seseorang, cinta itu akan datang sendiri. Perasaan itu adalah fitrah semulajadi yang tidak perlu diajar atau didata… Read More
  • WIBAWA SUAMI DAN KETAATAN ISTERI:RUMAHTANGGA ASAS PERJUANGAN ISLAMInstitusi Keluarga Petikan " Institusi keluarga sudah tidak berfungsi sebagai tempat mendidik manusia, sudah tidak berperanan sebagai tempat menyuburkan iman dan taqwa, tidak membangunkan jiwa,tidak membentuk dan mencorakkan … Read More

0 comments:

Post a Comment