Perkahwinan adalah lambang kasih sayang
Kalau bukan cinta-mencintai
tidak akan jadi suami isteri
Rupanya asas rumah tangga adalah berpunca
dari kasih sayang
Atau dua orang laki-laki dan perempuan
akhirnya jadi suami isteri hasil cinta-mencintai
Setelah berkahwin dikurniakan cahaya mata
Makin lama berkahwin semakin ramai anak-anak
penghibur hati
Cahaya mata ertinya hiburan bagi ibu bapa
atau suami isteri
Hiburan ertinya kebahagiaan
dan penyejuk hati dua ibu bapa
Kelahiran anak-anak pun adalah lambang
kasih sayang sesama manusia
Anak-anak yang lahir
dari suami isteri secara semula jadi,
kasih sayang dengan ibu bapanya
Betapalah ibu bapanya lebih-lebih lagi
kepada anak-anaknya
Datang generasi baru hasil perkongsian hidup
juga lambang kasih sayang
Kasih sayang cinta-mencintai
di antara adik-beradik semula jadi
Lahirlah perpaduan di kalangan keluarga
hasil kasih sayang
Diikat pula satu sama lain oleh ibu bapa mereka
kepunyaan bersama
Tapi apabila mereka dewasa
perlu berumah tangga
Masing-masing membangunkan pula
rumah tangga yang tersendiri
Oleh kerana mereka masing-masing
ingin mempertahankan keluarga mereka
Dengan adik-beradik mereka mulalah renggang
sesama sendiri
Kalau dari asal adik-beradik mulanya kasih sayang
akhirnya renggang
Renggang oleh kerana kepentingan diri atau keluarga
Betapalah dengan orang yang tidak ada
hubungan keluarga
Lebih-lebih mudah lagilah hilang kasih sayang
sesama mereka
Apabila hilang kasih sayang di kalangan manusia
bahaya pun datang
Mudah hasad dengki, mudah prejudis,
mudah berdendam, mudah berkelahi
Akhirnya bahaya bertambah kronik dan menjadi-jadi
Berpukul-pukulan, berbunuh-bunuhan,
berperangan, kemusnahan pun terjadi
Di sini dapat difahami perpaduan
atas dasar fitrah semula jadi tidak mencukupi
Mudah renggang, mudah hilang
apabila ada kepentingan peribadi
Kerana kepentingan peribadilah manusia bergaduh,
berperang sesama sendiri
Kepentingan peribadilah yang menjadikan manusia
terseksa sesama mereka
Kasih sayang adalah amat penting
kerana ia keperluan bersama
Dari kasih sayang lahirlah perpaduan
sesama manusia
Dari perpaduan ada rasa bersama,
boleh bekerjasama hidup harmoni pun menjelma
Di sinilah kebahagiaan manusia sejagat,
keamanan dan keharmonian
Kerana kasih sayang keperluan bersama
dari sanalah datangnya bahagia
Sepatutnya setiap bangsa dan agama
perjuangkan kasih sayang di mana-mana
Rahsia kasih sayang yang teguh
dan perpaduan yang unggul perlu dicari
Perjuangkanlah Tuhan, hingga Tuhan dicintai,
dari cinta Tuhan terjadi cinta sesama manusia
Keamanan sejagat pun berlaku
hidup harmoni pun menjadi realiti
0 comments:
Post a Comment