This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, April 30, 2009

APAKAH HATI KITA CELIK ATAU BUTA

Hati seseorang yang celik, perasaannya tajam kerana tajamnya dia sangat halus perasaannya .Halus perasaannya itu kerana rasa bertuhannya sangat tajam. Rasa bertuhannya dia bawa ke mana-mana kerana Tuhannya itu ada di mana-mana tapi bukan di sini, bukan di sana.
Hati yang celik, hati yang sentiasa jaga ,Tuhan sentiasa di dalam ingatannya kalaupun ada, lalainya sedikit sahaja.Apabila rasa bertuhannya tajam di dalam hatinya ,dia sentiasa malu membuat dosa.Sangat sensitif dengan kebaikan.

Kebesaran Tuhan dapat dirasa setiap masa .Kehebatan-Nya menjadikan hatinya kecut dan takut. Kuasa Tuhan menggerunkannya.Dia sedar kuasa Tuhan tidak ada batasnya kerana Tuhan boleh membuat apa sahaja kepadanya bila-bila masa.

Hati yang celik terasa dilihat oleh Tuhan di mana sahaja.Pada Tuhan tidak ada apa yang melindungi-Nya Sentiasa terasa didengar, sentiasa diketahui oleh-Nya di setiap detik dan masa.Hati yang jaga sentiasa khudhuk dan khusyuk kepada Tuhannya.Menjadikan tawadhuk, hingga kebesaran dan kesombongan diri hilang lenyap dibuatnya.

Hari yang hidup itu , apabila membuat dosa derita jiwanya.Dia pun menyesal dan bertaubat kepada Tuhannya dengan segera.Hati yang celik sangat tersentuh apabila Tuhan disebut nama-Nya.Gerun hatinya, kecut perutnya.

Apabila dia melihat orang susah,timbul rasa simpatinya. Sedih pun tiba, bantuan pun diberi kepadanya .Sangat berkasih sayang sesama manusia. Apatah lagi yang muslimnya, Hari Akhirat sentiasa di dalam ingatannya. Dia susah hati bagaimana nasibnya di sana. Apakah dia ke Syurga atau ke Neraka ??? Menjadikan hatinya hilang rasa cintakan dunia kerana itulah dia pun mengorbankan harta dan kesenangannya untuk Tuhannya. Dia mengorbankan waktu tidur dimalam hari untuk merintih-rintih dan berdoa dihadapan Kekasih Agongnya.Begitulah sifat hati yang hidup atau yang jaga .Apakah hati kita jaga atau buta? Jawapannya ada pada kita

Hati Tenang Jiwa Lapang

Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.
Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati binatang tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati boleh baik dan jahat.
Rasa senang apabila ia dipuji.
Rasa menderita apabila di keji.
Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
Simpati dengan orang susah.
Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.
Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya . Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.
Lihat apa kata Allah tentang hati.
Firman Allah: Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya. (Asy - Syams: 9)
Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang. (Al - Ala: 14 - 15)
Pada hari itu, tidak berguna lagi harta dan anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat. (Asy - Syuara: 88-89)

KOMUNIKASI ROH

Ketika Sayidina Umar Al Khattab memegang tampuk pemerintahan Islam yang berpusat di Madinah, beliau telah menghantar utusan kepada Yazdajird, Raja Parsi, menyerunya agar memeluk Islam. Malangnya seruan itu ditolak. Yazdajird rela berperang dari menerima seruan tersebut.

Peperangan tidak dapat dielakkan lagi... ramai tentera Parsi terbunuh manakala Yazdajird melarikan diri ke Hulwan. Apabila tentera Islam tiba di Hulwan, Yazdajird dan tenteranya sempat lari ke Asfahan dan berjaya mengumpul kekuatan 60 ribu orang untuk mengepung 3 ribu tentera Islam yang dipimpin oleh Sariyah Ibnu Zanim Al Halaji di tempat bernama Bab Nahawan.

Sariyah rasa tersepit dan bercadang mahu berundur dan kedudukan mereka.

Sayidina Umar yang ketika itu sedang berkhutbah di atas mimbar masjid di Madinah, tiba-tiba diperlihatkan oleh Allah kegawatan tentera Islam di Bab Nahawan.

Beliau lantas bertempik: "Wahai Sariyah! Jangan kau berganjak dari balik bukit itu! Siapa yang memilih serigala untuk mengawal kambingnya adalah orang yang zalim (aniaya)."

Sidang jemaah yang mendengar perubahan mendadak khutbah Sayidina Umar turut menyedari bahaya yang sedang menimpa tentera Islam di medan perang itu... Allah telah memperdengarkan suara tersebut hingga sampai kepada Sariyah dan juga tenteranya.

"Itu suara Amirul Mukminin!"

Lalu mereka pun berbuat seperti yang diperintahtan oleh suara tersebut. Bantuan ketenteraan kemudiannya sampai dari Kufah dan Basrah. Satu pertempuran hebat berlaku dan tentera Parsi dapat dikalahkan walaupun mereka mempunyai tentera yang jauh lebih besar dari tentera Islam.

Sebenarnya komunikasi kerohanian sebegini bukan sahaja berlaku di antara Sayidina Umar dan Sariyah yang merupakan faktor penting kemenangan Islam itu, tetapi juga kepada para pejuang Islam yang bertaqwa zaman-berzaman. Apakah ia boleh juga berlaku di zaman ini ? Jawapannya: Tidak mustahil jika Allah menghendakinya dan jika tentera Islam telah memiliki sifat taqwa!

Cuba Membunuh Diri

Norman dan Azlina,pasangan bergaji besar dan serba berada ini bergocang rumahtangga mereka selepas memperolehi anak kedua. Kemuncaknya isteri telah menelan pil tidur dengan niat membunuh diri. Menurut pendapat doktor, jumlah pil tidur yang diambil memang boleh membawa maut. Kekecewaan isteri itu hingga mempertikaikan apakah Tuhan ada atau tidak. Kalau Tuhan ada, mengapa Tuhan biarkan rumahtangganya hancur berkecai. Kalau Tuhan ada, mengapa tidak selamatkan rumahtangganya yang amat disayanginya.

Kes ini selesai dalam masa tiga jam. Isi penyelesaiannya seperti berikut:
a. Bukti adanya Tuhan ialah siisteri sendiri tidak mati seperti yang di harapkan. Tuhan menzahirkan kuasa-Nya dengan tidak mematikan diri siisteri itu, dan secara tidak langsung memahamkannya bahawa Tuhan yang menentukan segala-galanya.

b. Mengajak berfikir dan merasakan bertuhan:
i. Tuhan menjadikan manusia dengan penuh keajaiban, Maha Baiknya Tuhan dan terima kasih kepada-Nya.
ii. Tuhan jadikan seluruh alam semesta, Maha Suci Tuhan, tiada suatu pun yang Tuhan ambil manfaat atau Tuhan pakai sendiri, melainkan semuanya untuk dimanfaatkan dan dinikmati oleh manusia sendiri.
iii. Selain kehidupan sementara yang sangat singkat ini, terdapat kehidupan yang kekal abadi. Di sana hanya ada dua tempat berakhir. Tidak berbaloi dengan kehidupan yang singkat ini sanggup derhaka dengan Tuhan hingga terhumban ke Neraka. Tidak berbaloi juga hanya inginkan nikmat yang singkat hingga terlepas nikmat yang tiada bandingan yang kekal (Syurga). iv. Sepatutnya sama-sama mencari dan mengumpulkan kebaikan melalui rumahtangga. Tiada ertinya rumahtangga yang dibina yang sangat disayangi itu kalau hanya berakhir di dunia ini. Sepatutnya mesti dibina hingga bersambung di Akhirat kelak.

c. Dalam menyelami hidup ini, kita kena terima hakikat bahawa Tuhan Maha Mentadbir, mengatur, menyusun, memimpin, memerintah yang semuanya penuh hikmah, iktibar, pengajaran dan pendidikan.
i. Banyak perkara yang kita mahu, kita usaha lalu memperolehinya, berjaya. Tuhan yang beri - bersyukurlah.
ii. Banyak perkara yang kita mahu, kita berusaha mendapatkannya, tapi gagal. Tuhan yang mentakdirkannya. Bersabarlah, ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya untuk merasakan kehambaan dan ingatkan dosa.
iii. Banyak perkara yang kita mahu, kita berusaha memilikinya atau mencapainya, tapi dapat benda lain. Tuhan yang menentukannya, redhalah.
iv. Banyak perkara yang kita tidak mahu, kita berusaha untuk menolak atau menghindarinya, dan kita berjaya. Tuhan yang anugerahkannya.
v. Banyak perkara yang kita benci atau tidak mahu, kita berusaha menolaknya, tapi terjadi juga. Tuhan yang takdirkan. Sekurang-kurangnya kita dapat melihat betapa Tuhan memiliki kuasa mutlak.
vi. Banyak perkara, peristiwa dan kejadian yang tidak terfikir atau tidak terlintas. Itu yang berlaku. Rasakan betapa kerdilnya diri kita di sisi Tuhan.

Setelah dapat menerima semua perkara di atas, kehidupan menjadi amat tenang. Jiwa menjadi tenteram. Hubungan suami i.steri bertambah erat. Cinta antara kedua-duanya menjadi cinta suci kerana Tuhan. Suami amat bertanggungjawab manakala isteri memberi ketaatan.

Wednesday, April 29, 2009

Kenali Pejuang Agama

Pejuang agama itu boleh dikatakan juga sebagai ahli agama. Mereka memperjuangkan agama Tuhan. Mereka ini membuat kerja mulia. Iaitu menegakkan agama Tuhan. Di kalangan mereka yang terutamanya adalah Rasul-rasul dan nabi-nabi. Selepas ketiadaan rasul, tugas-tugas ini dipikul oleh para sahabat, tabiin dan tabiut tabiin. Tidak selesai dengan itu, dari satu kurun ke satu kurun, silih berganti ada mujaddid yang berperanan pula. Ditutup dengan Fata At-Tamimi dan juga Imam Mahdi. Di antara orang-orang penting itu ada juga mereka seperti para da’i, mubaligh, ustaz, murabbi dan muaddib. Kesemua ini adalah pejuang agama yang memperjuangkan agama Tuhan.

Untuk mengetahui kerja para pejuang agama, maka mari kita lihat Rasulullah, model teragung untuk kita semua. Rasulullah selama 13 tahun memperjuangkan Tuhan kepada para sahabat. Selama itu jugalah sahabat-sahabat dikenalkan dengan sifat, zat dan perbuatan Tuhan. Hingga mereka itu benar-benar kenal Tuhan dan terus jatuh cinta kepada Tuhan. Kemudian daripada itu, barulah Rasullah memperjuangkan pula syariat Tuhan. Syariat Tuhan yang berbagai seperti sembahyang, puasa, muamalat, munakahat dan kemasyarakatan itu ditegakkan. Melalui syariat Tuhan, nampaklah kebesaran dan keagungan Tuhan itu sendiri. Melalui syariat Tuhan, itulah praktikal daripada kenal dan cinta Tuhan yang ditanam pada jiwa para sahabat selama 13 tahun. Dan proses yang Rasulullah ambil untuk memperjuangkan syariat itu memakan masa 10 tahun.

Jadi, sebenarnya tugas atau matlamat utama para pejuang agama ada dua. Pertama, membawa manusia untuk kenal Tuhan. Sehingga manusia itu boleh cinta dan takutkan Tuhan hasil daripada mengenali Tuhan itu. Kedua, membawa manusia yang sudah kenal Tuhan itu menegakkan syariat Tuhan. Daripada itu tertegaklah rukun Islam. Daripada itu tertegaklah sistem kehidupan mengikut kehendak Tuhan dalam apa jua bidang kehidupan termasuk ekonomi, kebudayaan, pendidikan, kemasyarakatan, pertanian dan perhubungan. Inilah yang dikatakan sebagai addin atau cara hidup kerana agama Islam itu adalah agama kehidupan. Islam itu bukan sekadar ibadah sahaja. Bukan juga berniaga sahaja. Tetapi syariat Islam itu menyeluruh, terdapat padanya panduan menjalani kehidupan secara individu, keluarga mahupun masyarakat. Bahkan sampai ke tahap negara.

Jelas dengan matlamat pejuang agama itu, walau di mana jua mereka berada, apa bidang sekalipun mereka ceburi, matlamat asal mereka tidak lari. Iaitu untuk memperkenalkan manusia kepada Tuhan dan menegakkan syariat Tuhan. Bahkan kita lihat Rasulullah dan para sahabat, bilamana tiada pilihan lain, tetapi terpaksa menempuh peperangan, sebenarnya peperangan itu kaedah sahaja. Matlamat mereka bukan perang. Matlamat mereka nak kenalkan manusia kepada Tuhan. Sama juga bila mereka berniaga. Berniaga itu satu kaedah sahaja. Matlamat tetap kenalkan manusia kepada Tuhan. Bila ada di antara mereka yang ke Timur, termasuk kepulauan Melayu sehingga ke negeri China, mereka bukan sekadar menjadi peniaga atau pelancong. Mereka ada matlamat sepertimana yang disebutkan tadi.

Lagi yang perlu kita tahu, pejuang agama ini tidak semestinya perlu ijazah atau diploma. Itu bukan satu keperluan. Tetapi tidak menafikan pula yang mereka ini memiliki ilmu agama yang tinggi dan mendalam. Juga, tidak perlu kepada tahap umur tertentu untuk melayakkan seseorang jadi pejuang agama. Sebab sudah terbukti banyak para sahabat seperti Imam Syafie sudah menjadi pejuang agama pada umur 10 tahun lagi. Usamah Zaid sudah memimpin satu kumpulan perang pada umur 18 tahun. Juga Sultan Muhammad Al-Fateh pada umur 23 tahun. Mereka berjuang tidak ada tamatnya. Tamatnya adalah bila mereka meninggal dunia. Di waktu itu barulah tamat perjuangan mereka. Selagi mereka hidup, mereka akan terus berjuang dan berjuang. Pejuang agama itu juga tidak menetap di satu tempat sahaja. Mereka bertebaran di seluruh dunia. Mereka membawa mesej Tuhan ke seluruh dunia. Kerana jasa pejuang agama inilah, kita mendapat Islam. Kerana jasa mereka, kita semua diselamatkan Tuhan dari berbagai bencana.

Mereka inilah yang dimaksudkan Tuhan seperti dalam firmanNya: "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Fussilat: 33)
Sekian.

Merujuk Kepada Ahli Zikir

Maksud Firman Allah:
“Bertanyalah kepada Ahli Zikir jika kamu tidak ada pengetahuan tentang hal itu.”
(An-Nahl:43)
Ayat ini menuntut kita untuk merujuk kepada orang yang dikatakan Ahli Zikir dalam memberi jawapan kepada persoalan kehidupan kita. Ayat ini, sesungguhnya, sangat relevan dalam memberi jalan keluar kepada permasalahan sosial yang melanda masyarakat hari ini seperti gejala dadah, seks bebas, rasuah dan vandalisme.
Ahli Zikir inilah yang patut menjadi tempat rujuk semua pihak dalam menyelesaikan masalah masyarakat itu. Malangnya, kebanyakan daripada kita merujuk kepada yang bukan ahlinya dan hasilnya masalah tetap tidak selesai-selesai, malah semakin hari semakin bertambah pula. Maka, benarlah kata-kata Rasulullah iaitu: “Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kerosakan yang bakal menimpa.”
Siapakah dia Ahli Zikir yang dianjurkan Tuhan agar kita merujuk kepadanya dalam persoalan kehidupan?
Ahli Zikir ini bukanlah orang yang duduk-duduk berzikir atau berjalan-jalan dengan membawa tasbih ke sana sini sambil mulutnya kumat-kamit. Benar, mereka itu berzikir tetapi belum lagi boleh diiktiraf sebagai Ahli Zikir. Yang dimaksudkan Ahli Zikir ini ialah orang yang hatinya benar-benar sudah terhubung dengan Tuhan dalam semua hal.
Firman Allah:
Orang-orang yang hatinya terhubung dengan Allah pada waktu berdiri, duduk dan berbaring (Ali-Imran:191)
Apabila hatinya sudah terhubung dengan Tuhan, maka jadilah dia orang kesayangan Tuhan seperti yang digambarkan oleh Tuhan dalam sebuah Hadis Qudsi:
"Amal-amal ibadah fardhu yang Aku wajibkan kepada hamba-Ku yang mereka lakukan untuk mendekatkan dirinya kepada-Ku dan Hamba-Ku itu sentiasa melakukan ibadah-ibadah sunnat untuk mendekatkan diri kepada-Ku hingga Aku mencintainya. Dan apabila Aku mencintainya, maka Aku menjadi telinga baginya untuk mendengar, mata untuk melihat, tangan untuk memegang serta kaki untuk berjalan. Apabila ia meminta kepada-Ku pasti akan Kuberi. Apabila meminta perlindungan kepada-Ku pasti akan Kulindungi."
Inilah dia gambaran orang yang sudah terhubung hati dengan Tuhan atau disebut juga sebagai Ahli Zikir. Oleh yang demikian, bilamana dirujuk kepada Ahli Zikir tentang sesuatu masalah, makanya masalah itu diselesaikan mengikut kehendak Tuhan. Dorongan hatinya adalah dorongan Tuhan. Bilamana dia berbuat, dia berbuat bagi pihak Tuhan. Bilamana dia berpendapat, dia berpendapat bagi pihak Tuhan. Kerana kehendak hatinya sudah selari dengan kehendak Tuhan. Tuhan pasti akan membantunya.

Tuesday, April 28, 2009

Umumnya Pada Usia Tertentu, Adakah...?

SOALAN : Pada umumnya lelaki dan perempuan, pada usia-usia tertentu berlaku mudah tersinggung dan mudah marah. Para perempuan, sekitar usia menopause begitu juga lelaki sekitar 65 tahun. Itu ikut kajian psychology. Apakah pemarah ini merupakan satu gejala sakit jiwa? Bagaimana kita hadapinya?

JAWAPAN : Tuhan itu maha adil sebenarnya. Lahir-lahir sahaja manusia ke dunia, manusia dibekalkan 2 benih yang telah sedia ada yakni benih positif dan negatif. Benih mahmudah ada, benih mazmumah pun ada. Allah menyebut, Kami tunjukkan 2 jalan yakni jalan kufur dan jalan syukur. Hendak ikut jalan kufur, benihnya sudah ada. Begitu juga jalan syukur, benihnya juga sudah ada. Tapi ambil perhatian, kalau pilih jalan kufur, Tuhan tidak redho. Maka jalan syukur itu perlu disuburkan. Sebab manusia itu asas kasih sayang, asas simpati, asas pemurah dan lain-lainnya sudah ada. Siapa yang hendak ikut jalan syukur, suburkan benih mahmudah itu. Siapa hendak ikut jalan kufur, silakan. Tetapi Tuhan tidak redho. Benihnya juga sudah ada. Ada rasa marah, ada hasad, ada bakhil dan lain-lainnya. Bila diransang oleh benda-benda yang positif, suburkanlah. Kalau terangsang dengan benda-benda yang negatif, jangan suburkan. Tahanlah sehingga suatu masa nanti akan stabil di mana yang akan berperanan adalah sifat-sifat yang positif sahaja. Yang negatif sudah terbendung. Walaupun ada tetapi sudah tidak berperanan. Sebab itu manusia perlu didikan dari kecil. Bila sudah dewasa, sudah baligh, tinggal hendak suburkan sahaja. Bukan baru hendak mujahadah. Tapi kalau sudah dewasa, baru hendak kenal dan mujahadah, teruk sikitlah. Jasad yang rohani ini macam tenaga lahirlah. Kalau hendak angkat lembu yang sudah besar, tidak larat. Bagaimana kita akan larat untuk angkat lembu? Kalau sejak dari lahir, tiap-tiap hari kita angkat anak lembu itu. Jangan miss angkat. Insya Allah, bila ia sudah besar pun, kita boleh angkat. Jasad batin lagi berat sebab tidak nampak. Kalau tidak ada latihan dari kecil, beratlah.

Saintis buat kajian melalui kaedah akal. Mengikut kajian sains, perempuan yang dah putus haid, dia akan kekurangan atau kelebihan hormon tertentu. Hormon itu sendiri pun orang tidak pernah gambarkan apa bentuknya. Adakah hormon itu perkara rohaniah ? Saintis pun tidak pasti apakah sebenarnya hormon itu.

Apa yang ada dalam Islam itu, istilahnya ditukar supaya jangan terasa itu dari Islam tetapi dari saintis. Bila perempuan sudah menopause, itu menggambarkan manusia sudah sampai tahap paling tinggi kematangannya samada yang positif atau negatif. Tetapi majoritinya, oleh kerana yang diasahnya adalah yang negatif, bila sampai menopause, telah sampai kemucaklah apa yang disuburkannya selama ini. Berapa orang yang boleh matangkan sifat-sifat positif? Dalam 1000, mungkin hanya seorang. Bila dikaji saintis, bila sampai umur 50, 60 tahun jadi pemarah. Itu kerana yang dia asah selama 50 tahun itu adalah yang negatif. Dia tidak jumpa yang positif. Lalu saintis putuskan orang yang menopause itu pemarah. Padahal sebelum itu memang ada marah tetapi waktu menopause itu lebih pemarah. Oleh kerana ego itu telah diasah sama dengan usia jasad lahirnya, lantas ahli sains putuskan bila putus haid maka manusia akan jadi pemarah.

Dari kecil, majoriti manusia, yang diasah padanya adalah benih negatif. Cinta dunia, cinta duit, cinta pangkat, disuburkan sehingga sampai waktu menopause. Maka itulah kemuncaknya. Waktu itu, apa yang kita cintai mungkin akan terlepas. Sebab itu datang sifat marah. Patut boleh bersama dengan suami, sudah tidak ada peluang. Jangan-jangan suami kahwin lagi. Maka waktu itu datang kemuncak marah. Cuba kalau ditanam cinta dengan Tuhan dari tadika. Nanti waktu menopause itu adalah kemuncak cinta dengan Tuhan, hendak bersama suami pun sudah tidak minat. Betapalah kalau dia sudah merasa dekat hendak mati.

Ahli sains tidak bertemu perkara itu. Mereka kaji dan mendapati semua orang menopause pemarah. Lantas diberi jawapan, yang pasti, bila wanita menopause akan jadi pemarah. Sebenarnya sebab dari kecil lagi ditanam cinta dunia hingga kemuncak.

Ayat Pertama Surah Al Fatihah - Bismillahirrahmaanirrahiim


baby
Dalam hidup kita, ada atau tidak, pada setiap hari seseorang yang memberitahu kita bahawa dia terlalu sayang dan terlalu pemurah kepada kita? Kita mungkin terfikirkan orang tersebut boleh jadi adalah ibu, suami atau isteri kita. Mereka kemudian memanggil kita duduk bersama, memberi sedikit sebanyak apa yang kita mahu dan perlu sehingga kita merasa yang mereka benar-benar sayang kepada kita.
Sebenarnya di dalam sembahyang, Allah, Tuhan Pencipta kita memanggil kita untuk ‘duduk-duduk’ denganNya dan Dia berkata kepada kita bahawa Dia adalah sangat Pemurah dan sangat Penyayang kepada kita. Ini adalah satu hadiah yang sangat istimewa. Ibu, suami atau isteri kita walau pun dia sayang tetapi dia tidak boleh katakan bahawa dia terlalu sayang dan terlalu kasihkan kita. Namun kita dapat merasa kasih sayangnya.
Tetapi Allah, Dia memanggil kita supaya datang kepada-Nya kerana terlalu sayang dan telah memberi apa sahaja untuk kita. Apa yang seharusnya kita rasa? Tentulah kita merasa seronok, bertuah, berbahagia.. Tuhan sayang kepada aku! Itulah perasaan, tindakbalas kita kepada Allah. Tuhan mahu kita merasai kasih sayang-Nya dan kasih sayang itu akan Dia balas lebih lagi.
Seperti sayang kita kepada ibu, maka kita sanggup memberi apa sahaja kepada ibu kita. Tetapi kenapa dengan Allah, kita tidak membalasnya? Kita tidak berusaha untuk membalasinya? Sebab itulah kita mesti kerap bertemu dengan-Nya (dalam sembahyang). Kalau kita mati tidak sempat membawa hati yang berperasaan terhadap Tuhan yakni hati yang tidak selamat maka tidak ada gunanya lagi, tiada nilainya kita dihantar ke dunia ini.. Sembahyang menuntut kita sangat berhubung dengan Allah, merasai apa perasaan yang Dia mahu dari kita dan cuba membalasinya. Dalam sembahyang itu Allah seolah-olah mengajak kita untuk berbual-bual.
Huraian Bismillahirrahmannirrahim dalam Al Fatihah
Al Fatihah dimulai dengan Bismillah… dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Daripada 99 nama-nama Allah dalam Asmaul Husna, Tuhan sangat menonjolkan sifat Rahman dan Rahim Nya. IstilahALLAH itu dikatakan Ismu Jalalah, nama Tuhan yang Maha Agung. Nama bagi satu Zat yang dikatakan Dia lah Tuhan, yang menciptakan langit dan bumi. Yang dimasyhurkan ialah dua sifat Nya iaitu Rahman dan Rahim Mengapa Tuhan tonjolkan dua sifat ini dan tidak yang lain? Kalau kita kaji setidak-tidaknya ada beberapa maksud atau faedahnya iaitu:
Kalau kita prihatin, memang dua sifat inilah yang tertonjol. Katalah As Syakur, ia tidak berapa nampak. Al Jabbar dan Al Qahhar boleh dilihat sekali sekala seperti gunung berapi meletus, dilanggar kereta, ada pemimpin yang jatuh. Sekali sekala nampak Al Kabir dan Al Kudrah Nya. Tetapi Rahman dan Rahim sangat tertonjol. Setiap detik tertonjol tetapi aneh kita tidak prihatin!.
AR RAHMAN - Yang Maha Pemurah
Orang yang lurus dan bersih hatinya, yang sangat sensitif, dia nampak sangat Rahmat Tuhan itu, seolah-olah macam salji yang turun.Yang terkesan ialah sifatnya yang sekali sekala berlaku. Berlaku gempa bumi di Iran, sebulan orang perbualkan padahal beberapa tahun sekali sahaja ia berlaku. Ajaib sekali. Bila ada orang mati dilanggar kereta, ia jadi bualan padahal bukan setiap detik ia berlaku.
Sepatutnya yang diperhatikan ialah Rahman dan Rahim Tuhan itu sebab ia bukan sahaja setiap detik berlaku bahkan setiap suku detik ia berlaku. Buktinya, ia berlaku dari kita bangun tidur sejak pagi. Sedar-sedar sahaja kita boleh bernafas.“Hidup lagi aku. Sayangnya Tuhan dengan aku. Dengan nafas itulah aku boleh hidup.”Kita hidup itu adalah dari kurnia Rahman dan Rahim Tuhan.
Bila kita pergi bilik air, itu Rahman dan Rahim Tuhan. “Boleh melangkah lagi aku. Tuhan sayang lagi dengan aku.”
Masuk bilik air, ada air lagi untuk mandi. Kita rasa segar. Tenaga kita yang tidak aktif semalaman itu , bila dapat air, terasa segar. Padahal waktu sakit itu dahsyat. Kena air, ¾ sakit hilang. Itulah kasih sayang Tuhan. Baru sampai bilik air sahaja, berapa ribu Rahman dan Rahim Tuhan. Mandi, bernafas dalam bilik air. Lepas itu kita boleh sembahyang dengan Rahman dan Rahim Tuhan juga. Seterusnya kita keluar pergi kerja dengan nafas yang turun naik, itu juga Rahman dan Rahim Tuhan yang berlaku setiap detik.
Kita melangkah kaki, memijak di bumi Tuhan.Kalaulah Tuhan jerluskan, bukankah dahsyat. Boleh berpijak dengan baik di bumi Tuhan. Boleh pula melihat-lihat ciptaan Allah, “Rupanya mata aku tidak buta. Ini Rahman dan Rahim Tuhan.” Dengan Rahman dan Rahim Tuhan itu, kita seperti di lambak-lambak dengan nikmat Tuhan,Kalau dia bukan seorang pemimpin manusia, perasaan yang dirasa untuk dirinya sahaja maka dia akan mabuk (sakr) dengan Tuhan. Itulah istilah-istilah yang dipakai.Dia seperti orang gila kerana tidak tahan dengan Rahmat dan nikmat yang bukan sahaja matanya dapat lihat bahkan hatinya juga melihat. Kalau Rasulullah SAW itu bukan pemimpin, mungkin dia sudah mabuk. Kalau sudah mabuk, sudah tidak boleh memimpin orang ramai.
Tetapi biasanya pemimpin-pemimpin itu Tuhan kawal perasaannya supaya tidak sampai mabuk. Setakat hatinya sahaja yang mabuk.Sebab itu kalau kita lihat ahli sufi yang bukan memimpin, ramai yang aneh-aneh. Kita hendak ikut dia pun, dia tidak suka sebab dia perhubungannya dengan Tuhan terganggu kerana kita.
Sebab itu Sayidina Ali RA dan Sayidina Umar RA , ketika bertemu Uwais Al Qarni, Uwais Al Qarni tidak mahu bercakap panjang dengan mereka. Tentulah Sayidina Umar dan Sayidina Ali lebih tinggi pangkat dan darjat dari Uwais Al Qarni yang hanya afdhol tabiin iaitu tabiin yang paling utama. Orang yang ada hubungan hati dengan Tuhan, dia tidak seronok untuk berhubung dengan manusia jika dia bukan pemimpin manusia. Uwais hanya menjaga kambing orang ramai. Dia adalah ulama berwatak nabi yang hanya jaga dirinya. Sebab itu dia mabuk dengan Allah. Biasanya orang kalau berjumpa Sayidina Umar dan Sayidina Ali, mereka hendak berlama-lama kerana mereka rasa itulah ibadah mereka. Melihat muka mereka pun terasa terhubung hati kita dengan Tuhan. Tetapi orang macam Uwais Al Qarni yang sentiasa terhubung dengan Tuhan, dia jadi semacam mabuk bersendirian.
Jadi itu hikmah yang pertama mengapa Allah menonjolkan diriNya dengan dua sifat ini. Kalau orang yang prihatin dalam kehidupannya, mata, akal dan rohnya prihatin, memang sifat Rahman dan Rahim Tuhan ini kelihatan yang sangat menonjol. Sifat Rahman dan Rahim Tuhan yang mencurah-curah itu ibarat seorang yang berada di padang pasir kemudian didatangkan salji yang tidak berhenti-henti. Munasabahlah dua sifat ini tertonjol. Tetapi pelik, begitu sekali pun tertonjol dalam kehidupan manusia, bahkan Tuhan ingatkan selalu dengan disebut Rahman dan Rahim itu melalui Bismillahi rahmanir rahim, namun kita buat tidak tahu dan kita tidak merasakan…
Padahal saya telah sebut tadi, mulai bangun tidur, di bilik air, di hadapan pintu rumah, belum jauh pun kita melangkah, kita merasa begitu banyak nikmat Tuhan. Jadi munasabahlah Tuhan menyuruh kita menyebut nama ini pada setiap perbuatan yang baik. Memang sifat inilah yang paling tertonjol . Tetapi sifat yang tertonjol ini tidak diperhatikan manusia. Menunjukkan hati kita sudah terlalu lalai. Kalau orang bukan Islam, kita tidak hairanlah. Hati yang lalai ini dimiliki orang yang masih solat, puasa dan sudah naik haji. Seolah-olahnya Rahman dan Rahim Tuhan itu kebetulan sahaja.
Contohnya kita ada seorang kawan yang kaya yang pemurah. Dia mengaajak kita bersiar-siar sekali sekala, memberi kita pakaian, hadiah untuk dibawa balik kepada anak. Dua bulan kemudian , kita jumpa dia lagi. Dia ajak kita makan dan ajak kita round-round lagi dengan keretanya.Ia berlaku sekadar sebulan sekali atau dua bulan sekali. Itupun kita mula bercakap, “Baiknya orang itu, pemurah dan berkasih sayang.”
Tapi aneh anak kita atau kita sebagai anak yang setiap hari duduk dengan ibu, diberi buku sekolah, diberi pakaian, sekali sekala dibawa keluar, kita tidak pernah rasa ibu ayah begitu sayangkan kita berbanding kawan kita yang bebuat sekali sekala. Kita boleh terikat hati dengan orang luar padahal sekali sekala sahaja orang itu berbuat baik pada kita
Ini samalah dengan apa yang orang buat pada Tuhan. Tuhan Pemurah dengan mereka, setiap detik dan setiap saat tetapi tidak pernah pula disebut. Setiap detik Tuhan memberi kasih sayang tetapi kita tidak pernah terasa kasih sayang Tuhan. Tidak pernah jatuh hati dengan Tuhan. Tidak pernah terasa serba salah dan malu dengan Tuhan. Kalau mengikut akal, tidak logik ia berlaku. Kalau dibahaskan logik atau tidak logiknya, tentulah kita akan lebih sayang dengan orang yang hari-hari belanja kita bukan yang belanja sebulan sekali. Tetapi yang tidak logik itulah berlaku. Begitulah kita buat pada Tuhan. Sekalipun kita sembahyang, puasa, wirid, zikir tetapi tidak nampak nikmat, rahmat dan kebaikan Tuhan.
Enam bulan sekali, bila sakit gigi, kita berkata, “Apalah Tuhan ni!!”. Yang sekali itu yang diingat. Waktu sihat itu kita lupa. Termasuklah kita yang berjuang, solat, puasa dan naik haji tetapi tidak teringatkan rahmat dan nikmat Tuhan. Itu menunjukkan hendak hidupkan hati susah sekali padahal kita dimandikan dengan Rahman dan Rahim Tuhan setiap hari. Tuhan menyuruh kita membaca Bismillah kerana Dia hendak mengisytiharkan dua sifat ini yang menonjol. Sifat yang lain hanya berlaku sekali sekala untuk kesedaran, untuk insafkan manusia.
Supaya berkat setiap kebaikan yang kita buat sama ada yang bersifat maddi atau maknawi, rohaniah, jangan lupa baca Bismillah. Supaya lahir cinta terhadap Tuhan. Apa rahsianya? Kita cinta atau tidak cinta Tuhan, itu tidak jadi masalah bagi Tuhan. Keagungan Tuhan tetap. Ia tidak berubah sama ada kita cinta atau bencikan Nya. Tuhan seolah-olah mengajar kita apabila kita baca Bismillah, kita tersedar atau tersentak yang mana waktu itu kita akan prihatin dengan banyaknya nikmat Tuhan. Supaya kita cintakan Tuhan. Agar kita jatuh hati dengan Tuhan. Faedahnya bukan untuk Tuhan.
Kalau orang cintakan Tuhan automatik dia akan cinta sesama manusia. Untungnya sesama manusia. Bila cinta sesama manusia, tiada pergaduhan, ada tolak ansur, bekerjasama, bermaaf-maafan, tiada hasad dengki, tidak ada peperangan.
Keuntungan, faedah dan manfaatnya untuk manusia, bukan untuk Tuhan. Di sini ada rahsia dalam rahsia. Dalam Rahman dan Rahim Tuhan itu, bila kita kaji hikmahnya, dalamnya itu ada Rahman dan Rahim. Hikmahnya itu juga adalah Rahman dan Rahim Tuhan. Dalam Rahman ada Rahman. Dalam Rahim ada Rahim. Dalam kasih ada kasih. Dalam cinta ada cinta. Dalam kebaikan ada kebaikan. Kalau yang di luar pun kita tidak sedar, yang mata boleh melihat pun tidak perasan, betapalah yang tersirat.
Ada orang pemurah dengan kita, kita puji tetapi Tuhan setiap detik beri kita rahmat, tidak pernah kita puji atau promosikan Nya. Tidak rasa bersalah dengan Tuhan, tidak terfikir bagaimana hendak membalas nikmat Tuhan. Khusyuk atau tidak kita dalam solat sebagai kesyukuran kepada Tuhan? Sebab itu Tuhan menyuruh kita membaca Bismillah. Besar peranannya yakni hendak menyedarkan manusia bahawa Tuhan itu berkasih sayang. Agar dengan itu manusia mencintai Tuhan.Hasil cinta Tuhan, akan cinta sesama manusia.Akan berlakulah keamanan, keselamatan dan kebahagiaan.
Selama ini kita belajar Bismillah,”Kalau hendak buat sesuatu perkara, baca Bismillah ya. Jangan tidak ikut sunnah ya.” Setakat itu sahaja. Tidak perasan mengapa besarnya Rahman dan Rahim Tuhan itu. Tidak terasa besarnya Tuhan, tidak terasa peranan Nya besar. Tidak nampak hikmahnya besar. Tidak nampak besarnya rahmat dan nikmat Tuhan. Tidak nampak patutnya kita cinta Tuhan supaya cinta kita sesama manusia.

Biarlah Anakku Mati......

Suatu hari seorang sahabat Rasulullah bernama Qais bin Assim hendak bersarapan. Jariahnya pun membawa hidangan berupa daging panggang, makanan kegemaran orang-orang Arab.

Daging panggang yang dibawa oleh jariah itu masih tercucuk pada besi pembakarnya dan masih panas lagi. Semasa jariah itu hendak meletakkan hidangan di hadapan tuannya, tiba-tiba tanpa disengajakan daging panggang bersama besi pemegang itu terjatuh.

Kebetulan salah seorang anak Qais berada di situ dan besi itu menimpa ke atas dirinya. Ditakdirkan Allah, anak itu meninggal dunia di situ juga. Ketakutan menyelinap dihati jariah itu hingga menggeletar seluruh anggota badannya. Dialah penyebab kematian anak tuannya, walaupun dengan tidak sengaja. Tambahan pula dia hanyalah seorang hamba sahaya.

Cuba bayangkan keadaan jariah itu di hadapan tuannya. Kalaulah ketika itu kita sebagai tuan jariah itu, sudah tentu tindakan yang sewajarnya akan diambil akibat kecuaian orang gaji kita. Tetapi berlainan sekali dengan sikap Qais bin Assim ketika itu. Dia dapat menerima keadaan itu dengan sabar dan tenang, malah dapat berkata kepada jariahnya, "Janganlah engkau susah hati dan takut. Aku sudah pun memaafkan engkau. Sesungguhnya matinya anakku ini dengan ketentuan Allah jua."

Dan dia menyambung, "Dan mulai saat ini aku merdekakan kamu."
Subhanallah...! Begitu mudah dia beri kemaafan. Bukan saja dimaafkan malah dia terus memerdekakan hamba sahayanya itu.

Seorang sahabat bernama Annas bin Qais, pernah ditanya orang tentang sifatnya yang lemah lembut, sopan santun, pemaaf dan sebagainya. "Tuan ini amat lemah lembut, sopan santun dan pemaaf, di manakah tuan belajar itu semua?"

Lalu Annas pun menjawab, "Saya belajar daripada Qais bin Assim.

Monday, April 27, 2009

Seikhlas Kelapa Tua

Kelapa tua.
Semua orang kenal kelapa tua.
Tahu pula gunanya kelapa tua itu.
Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.
Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin. Tapi, elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datang orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu. Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti begitu sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal. Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih. Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya.

Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti. Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut. Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih. Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya.

Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

"Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?"
Orang di dapur hanya menjawab, "Gulai ikan bawal."
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
Orang kata, "Oh! Sedap gulai ni."
"Oh! Sedap ikan bawal ni."

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta`abbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!

Cara Memberi Kasih Sayang Yang Tepat

Sebenarnya untuk mendidik rakyat, anak-anak dan murid-murid, memang tidak terlepas dari kasih sayang sebab ia merupakan keperluan. Bagaimanapun kasih sayang itu bukan atas dasar akal, nafsu atau perasaan. Pendapat akal itu mesti ditapis oleh syariat. Kehendak atas dasar nafsu itu perlu ditapis syariat. Begitu juga perasaan itu mesti dicensor oleh syariat. Setelah disahkan oleh syariat, itulah kaedah yang boleh dipakai. Itulah dia cara atau pendidikan yang akan perlu digunakan untuk murid-murid dan rakyat. Itu pun syariat sahaja tidak cukup bila tidak ditunjang iman. Walau pun atas dasar ilmunya ia berdasarkan syariat tetapi kalau Tuhan tidak wujud di situ, syariat itu sudah jadi ideologi, jadi isme. Mana boleh ideologi itu baiki manusia walaupun secara kebetulan ia sama dengan syariat Tuhan.
Bila mana Tuhan tidak dibawa bersama, yakni kalau syariat itu tidak dididik bersama pendidikan yang membesarkan dan mengagungkan Tuhan, manusia tidak akan boleh dididik. Kalau begitu dalam mendidik manusia ini, samada ibu bapa hendak mendidik anak-anak, guru-guru hendak mendidik muridnya atau pemimpin hendak mendidik rakyatnya, tidak boleh merujuk pada 3 aspek tadi. Mesti dirujuk pada iman dan syariat Tuhan. Dengan kata lain, rujuk pada Tuhan dan syariat Nya. Mungkin peringkat awal menggunakan kaedah ini, sesetengah golongan tidak rasa diberi kasih sayang tetapi sebenarnya jangka panjang baru dia akan dapat hasilnya. Jangka panjang barulah dia akan faham dan boleh terima bahawa apa yang dilakukan ibu bapa, guru atau pemimpin itu membuahkan hasil yang baik. Dia akan rasakan itulah kasih sayang.
Peringkat awal mungkin dia rasa tersiksa dan terasa diikat oleh disiplin tetapi bila sudah cerdik, setelah dia mendapat faedah dari hasil didikan itu, barulah dia terfikir, rupanya bijak mak ayah atau guru atau pemimpin buat dia begitu. Cara pendidikan dengan iman dan syariat ini sebenarnya, buahnya tidak dirasa dalam jangka pendek. Tetapi jangka panjang, bila dia sudah dewasa dan sudah boleh berfikir, dia akan berkata, Bijaknya orang-orang yang sudah mendidik aku hingga aku jadi begini. (Samada ibu bapanya, gurunya atau pemimpinnya) Mereka akan rasakan kemuncak kasih sayang ibubapa, guru atau pemimpin itu adalah untuk selamatkan orang yang dididik itu dari neraka. Hingga dapat masuk syurga yang nikmatnya kekal abadi. Inilah pendidik yang baik, yang sangat memberi kasih sayang, yang tidak dapat dirasa peringkat awalnya.
Mendidik orang dengan nikmat dunia yang tidak kekal ini, tidak akan ke mana. Jangka pendek akan merosakkan dan jangka panjang nanti akan merugikan. Jangka pajang menyesal tidak sudah. Pemimpin, ibubapa atau guru yang mendidik dengan mengatakan dunia ini adalah segala-nya, nikmat dunia ini termasuk makan, minum, kenderaan dan rumah adalah segala-galanya, walaupun niatnya baik dan orang yang dididik cepat terasa, tetapi pada hakikatnya inilah para-para pendidik yang paling khianat pada bangsanya kerana untung seguni, rugi segunung. Orang yang dididik itu tidak terasa sebab hasilnya cepat. Dia fikir, Baik mak ayah aku. Bagi orang yang faham, dia akan kata ini pengkhianat bangsa. Bagi Allah dan Rasul, pendidik itu dianggap pengkhianat kepada amanah-amanah Allah.

Pemberian kasih sayang mengikut usia anak
Kemudian kasih sayang yang hendak kita beri itu pula ia berperingkat-peringkat :
1. Anak yang baru lahir hingga darjah satu. Anak-anak di usia ini, dia akan rasa disayangi dengan sentuhan-sentuhan pada dirinya. Walaupun tidak kita cakap, tidak diberi ilmu, dari sentuhan itu dia akan faham maknya sayang. Pada golongan ini, kasih sayang dapat ditunjukkan dengan didukung, dicium, bergurau.
2. Anak yang sekolah rendah hingga remaja. Ayah, ibu tidak tunjuk sayang atau benci. Kecuali pendidik akan hukum atau marah bilamana dia buat kesalahan yang berat. Pendidik boleh bercakap sedikit perkataan yang memberitahu kita kasih kepadanya. Sekadarnya, sebab takut dia riak. Selain itu berilah hadiah.
3. Golongan anak yang sudah dewasa. Pendidik dapat menunjukkan kasih sayang dengan dijadikan kawan. Kadang kita dengar ilmunya, tanya khabar berita, ajak berbincang.
Itulah peringkat-peringkat dalam cara memberi kasih sayang. Cara memberi kasih sayang dengan bertunjangkan Tuhan dan syariat memang susah sedikit, tapi untungnya untuk jangka panjang sangat besar.
Macamlah kita hendak makan durian yang manis, maka kita letak baja tahi ayam dan tahi lembu pada pokok durian itu. Nanti hasilnya akan dapat buah durian yang manis. Kalau dicampak gula yang manis pada pokok itu, mungkin pokok itu akan mati.
Rasulullah-lah paling sayang umatnya. Semoga ibu bapa, guru, pemimpin, berusaha bersungguh-sungguh memberi kasih sayang pada orang-orang dibawah tanggung jawabnya, dengan cara yang telah Rasul SAW contohkan.

Sunday, April 26, 2009

BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABAR

Bila menyebut mengenai kesyukuran, tentu kita teringat tentang firman Allah SWT di dalam sebuah hadis qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya;

“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.

Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan.Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan.

Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya. Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya:

“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)

Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan ‘Alhamdulillah’. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.

Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.

Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.

Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.
Firman Allah :

Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk ‘cover’ balik apayang dikorbankan ke jalan Allah itu.

Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.

Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.

Barulah kita faham kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.

Fahamlah kita sekarang, bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.

ORIENTALISME : DURI YANG MENCUCUK DARI DALAM

Bila diperkatakan mengenai orientalis, ia merujuk kepada fahaman orientalisme atau dalam bahasa Arabnya disebut "Al Istisyraq" adalah ilmu tentang Timur atau hal ehwal Ketimuran, atau jika diperhalusi lebih mendalam lagi, ia adalah kegiatan atau pengkajian berhubung dengan hal ehwal Ketimuran, sejarah, keyakinan dan kepercayaan penduduk di sebelah Timur, susun lapis penduduk, lokasi, persekitaran tabienya, bahasa, gaya pertuturan, watak dan sahsiah mereka.

Kajian ini menyelidiki aliran pemikiran tradisi dalam pelbagai bentuk, untuk pelbagai tujuan. Dalam konteks yang berlainan ada pula pandangan yang mengatakan bahawa Orientalism sebagai sebuah disiplin ilmu yang mempunyai methodologi yang tersendiri. Ia dipengaruhi oleh faktor luaran yang berfungsi sebagai dasar atau tujuan kewujudan dan operasinya.

Sejarah permulaan pembabitan para orientalis bermula sejak Perang Salib. Sebahagian tokoh Kristian telah menilai bahawa Perang Salib merupakan cara yang tidak tepat untuk menakluk kaum Muslim. Salah satu tokoh terkenal adalah Peter The Venerable atau Petrus Venerabilis (1094-1156M). Peter adalah tokoh misionari Kristian pertama yang merancang bagaimana menakluk umat Islam dengan pemikirannya, bukan dengan senjata. Ketika itu, dia merupakan ketua Biara Cluny, Perancis – sebuah biara yang sangat berpengaruh di Eropah pada Abad Pertengahan.

Sekitar tahun 1141-1142, Peter mengunjungi Toledo, Sepanyol. Di situ dia menghimpunkan sejumlah cendekiawan untuk menterjemahkan karya-karya kaum Muslim ke dalam bahasa Latin. Terjemahan itu akan digunakan sebagai bahan untuk misionari Kristian terhadap dunia Islam.

Salah satu usaha Peter yang berjaya adalah terjemahan Al-Qur'an dalam bahasa Latin oleh Robert of Ketton (selesai tahun 1143), yang diberi judul “Liber Legis Saracenorum quem Alcorant Vocant” (Kitab Hukum Islam yang disebut Al-Qur'an ).

Inilah terjemahan pertama al-Quran dalam bahasa Latin, yang selama beratus-ratus tahun menjadi rujukan kaum Kristian di Eropah dalam 'melihat Islam'. Kemudian pada tahun 1698, Ludovico Maracci, melakukan kritik terhadap terjemahan Robert of Ketton dan menterjemahkan Al-Qur'an sekali lagi ke dalam bahasa Latin bertajuk “Alcorani Textus Receptus”.

Menurut Peter Venerabilis, pengkajian Islam (Islamic Studies) perlu dilakukan oleh kaum Kristian, agar mereka dapat “membaptis (mensuci) pemikiran kaum Muslimin”.

Jadi, kaum Muslim bukan saja perlu dikalahkan dengan kekuatan ketenteraan, tetapi juga harus dikalahkan dalam pemikiran.

Peter membuat pernyataan berikut : "But I attack you not, as some of us [Christians] often do, by arms, but by words; not by force, but by reason; not in hatred, but in love…"

Selain menugaskan para sarjana Kristian menterjemahkan nashkah-nashkah bahasa Arab ke dalam bahasa Latin, Peter juga menulis dua buku yang menyerang pemikiran Islam. Strategi Peter Venerabilis ini kemudian menjadi rujukan kaum misionari Kristian terhadap kaum Muslimin. Henry Martyn, tokoh misionari berikutnya, juga telah membuat pernyataan, “Aku datang untuk menemui ummat Islam, tidak dengan senjata tapi dengan kata-kata, tidak dengan kekuatan tapi dengan logika, tidak dalam benci tapi dalam cinta.”

Samuel M Zwemmer, misionaris Kristian terkenal di Timur Tengah pernah menulis buku bertajuk "Islam: A Challenge to Faith" (1907). Buku ini mengadungi rahsia untuk “menakluk” dunia Islam yang disebut Zwemmer sebagai “beberapa kajian tentang keperluan di dunia para pengikut Muhammad dari pandangan missionairi Kristian”.

Strategi penaklukan Islam melalui pemikiran ini kemudian dikembangkan oleh para orientalis Barat.

Sebahagian dari mereka memang membawa semangat lama kaum misionaris, sebahagian lagi melakukannya untuk kepentingan penjajahan (kolonialisme) dan sebahagian yang lain hanya bermotifkan kajian ilmiah semata-mata.

Kini, setelah beratus-ratus tahun, kaum orientalis telah berjaya mencapai kejayaan besar dalam bidang studi Islam. Bukan saja mereka berhasil mendirikan pusat-pusat studi Islam di Barat dan menerbitkan ribuan buku tentang Islam, tetapi mereka juga berhasil menghimpun literatur-literatur Islam dalam jumlah yang sangat besar.

Golongan yang dinamakan orientalis ini adalah golongan yang ditakrifkan sebagai "pakar" dalam hal bangsa-bangsa timur. Mereka ini terdiri daripada sebahagian orang Nasoro atau Kristian, sebahagian orang Yahudi dan termasuk juga golongan "FreeThinker" atau orang-orang yang tidak mengakui akan peraturan agama.

Selain itu, kerja keras mereka kemudian membuahkan hasil yang lebih mengagumkan, iaitu terciptanya kader-kader cendekiawan dan pemikir dari kalangan Muslim, yang tekun sekali untuk membongkar semula serta menyerang bangunan pemikiran Islam dan umat Islam. Apalagi, dengan cara itu, kader-kader Muslim itu juga mendapat berbagai-bagai keuntungan duniawai: populariti dan pelbagai kenikmatan hidup duniawi.

Dulu, pada zaman penjajahan perang, para orientalis pengkaji Islam dari kalangan misionaris menjadikan semangat penjajahan dengan semboyan ‘Gold, Gospel, dan Glory’. Mereka mengkaji masalah ketimuran, khususnya Islam, bukan dalam ruang yang kosong (ilmiah), tetapi menjadi sebahagian dari projek untuk menakluk Islam dan dunia Islam.

Kini, pada zaman moden, Orientalisme juga tidak terlepas dari kepentingan Barat dalam mengukuhkan hegemoninya. Para akademik muslim seharusnya sedar tentang hal ini. Jika mereka menerima “cinta kasih” dari Barat yang berupa bantuan biasiswa untuk meneliti Islam, mereka seharusnya sedar, siapakah mereka, dan siapakah yang membantu mereka. Untuk apakah semua bantuan itu diberikan? Sama seperti halnya dengan hutang luar negara yang dipinjamkan kepada negara-negara sedang membangun.

Apakah semua hutang itu diberikan secara murah hati dan merupakan program amal semata-mata? Sudah tentu tidak. Semua itu ada tujuannya. Ini bukan bersikap prejudis membabi buta dan menolak apa pun yang datang dari Barat.

Kerana harus diakui, banyak perkara ketika ini harus dipelajari dari Barat seperti ilmu sains dan teknologi. Tetapi, semua itu perlu dilakukan dengan hati-hati dan sikap kritis.

Para akademik Muslim yang tidak berhati-hati dan tidak memiliki ilmu yang mencukupi, akan terjerumus dalam perangkap untuk memecah belah umat Islam, mengkritik kelompok Islam tertentu yang tidak mahu mengikuti pola pemikiran sekular-liberal Barat.


Kelompok-kelompok yang ingin bertahan dengan identiti dan pandangan hidup Islam, dilabel dengan istilah-istilah yang negatif seperti “radikal”, “fundamentalis”, “militan”, “eksklusif”(hanya satu agama benar), “literalis"(makna selapis/berfikiran sempit), dan sebagainya.

Justeru itu, Ilmu Islam yang bersih daripada fahaman orientalis perlu segera disebarkan kepada masyarakat agar mereka dapat kembali ke jalan yang sebenar.


Musuh Islam memang banyak. Yang paling menonjol ialah kaum Yahudi dan Nasoro (Nasrani) seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan tidak sekali-kali akan redha kepada kamu (Muhammad) orang Yahudi dan Nasoro sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka."


Para orientalis ini suka mengkaji Al Quran dan Hadis, bukan kerana mereka mahu beriman dengannya bahkan mereka tidak pun berminat untuk menganut Islam, tetapi setakat mahu mengetahui ilmu Islam untuk diperbandingkan dengan agama lain atau dengan ajaran-ajaran ideologi yang lain. Mereka belajar dengan tujuan untuk merosakkan ajaran Islam itu sendiri. Mereka mengubah atau menambah, membuang dan menokok serta menyelewengkan fakta-fakta serta huraian-huraian untuk mengelirukan umat Islam yang jahil dan untuk menakut-nakutkan orang di luar Islam agar mereka jangan menganut agama Islam.

Golongan yang utama yang hendak mereka kelirukan ialah umat Islam yang mendapat pendidikan Barat tetapi jahil dengan ajaran Islam. Dengan usaha mereka ini, telah ramai cerdik pandai di kalangan umat Islam yang berpendidikan Barat dapat mereka pengaruhi. Mereka yang sudah berfahaman Barat ini sebahagian besarnya mempunyai kuasa dan kedudukan tinggi di negara mereka sama ada di bidang politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Di antara fahaman-fahaman orientalis yang sampai kepada kita melalui lidah orang-orang Islam seperti ini di dalam ceramah-ceramah dan penerangan-penerangan mereka, antaranya ialah:


1. Tentang peribadi Rasulullah SAW itu sendiri.

Mereka berkata bahawa Rasulullah SAW bertindak atas dua asas, iaitu pertama sebagai seorang Rasul dan kedua sebagai seorang manusia biasa. Mereka juga berkata di waktu mana Rasulullah bertindak sebagai seorang Rasul, maka ketika itu segala tindakannya adalah Sunnahnya dan kita patut ikut dan contohi. Tetapi di kala mana Rasulullah bertindak sebagai seorang manusia biasa, maka segala tindakannya itu tidak perlu diikuti atau dicontohi ataupun dijadikan hukum.

Hujah mereka itu nampak macam logik dan masuk akal. Maka mereka pun menyenaraikanlah amalan-amalan Rasulullah SAW sebagai seorang manusia biasa yang mereka kata tidak sepatutnya diikuti atau dicontohi oleh umat Islam.

Rupa-rupanya inilah cara halus yang mereka gunakan untuk memisahkan umat Islam yang jahil dan lemah dengan Sunnah-Sunnah Rasul. Walhal Allah Taala ada berfirman yang bermaksud:

"Dan tidaklah Muhammad itu bercakap daripada hawa nafsunya sendiri melainkan dari wahyu yang diwahyukan."
Di samping itu akhlak dan peribadi Rasulullah ialah Al Quran dan dialah sebaik-baik contoh bagi seluruh umat Islam.


2. Menyelewengkan maksud ayat Quran.

Kemudian ada pula kita dengar di dalam ucapan pemimpin-pemimpin politik bahkan juga dibaca di dalam khutbah-khutbah solat Jumaat tentang ayat Quran yang berbunyi seperti berikut:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan (nasib) sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka."
Jelas dalam ayat ini disebut "apa yang ada dalam diri mereka". Tetapi ayat ini diselewengkan maksudnya oleh para orientalis hingga berbunyi:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan (nasib) sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri."

Ayat "apa yang ada dalam diri mereka" itu telah ditukar kepada "nasib mereka sendiri".

Inilah kerja para orientalis yang lidah mereka dipanjangkan dan disambung oleh orang-orang Islam yang jahil dan berkepentingan.

Implikasi penyelewengan ini sangat besar. Pertama, ia mengatakan bahawa Allah tidak ada peranan di dalam mengubah nasib sesuatu kaum. Ia juga mengatakan bahawa kaum itulah yang berkuasa dan berupaya untuk mengubah nasibnya sendiri. Ini sudah membawa kepada iktiqad Qadariyah yang beranggapan bahawa kuasa itu ada di tangan manusia dan bukan lagi di pihak Allah. Walhal Ahlul Sunnah wal Jamaah berpegang kepada iktiqad bahawa walaupun usaha ikhtiar itu di tangan manusia tetapi Allahlah yang menentukan segala-galanya.

Kedua, manusia bertungkus-lumuslah berusaha memperbaiki nasib kaum mereka sendiri dengan menggunakan akal mereka semata-mata tanpa bergantung, tanpa bersandar dan tanpa merujuk kepada Allah dan ajaran agama. Maka semakin banyak mereka berusaha, keadaan dan nasib kaum mereka semakin bertambah buruk dan bertambah rosak kerana mereka telah lari dan tersimpang dari kehendak dan tuntutan ayat itu yang sebenar.

Di dalam hendak mengubah nasib kaum kita, ayat tersebut sebenarnya mahukan kita mengubah apa yang ada dalam diri kita. Iaitu kalau kita tidak beriman, ubah supaya kita jadi beriman. Kalau kita tidak taat kepada agama, ubah supaya kita jadi taat dengan ajaran dan hukum-hakam agama. Kalau kita tidak takutkan Allah, ubah supaya kita jadi bertaqwa. Kalau kita banyak sifat-sifat keji dan mazmumah dalam hati, maka kenalah kita bermujahadah dan memperbaiki diri dan memenuhkan hati kita dengan segala sifat-sifat mahmudah dan terpuji. Kalau fitrah kita kotor dan tercemar hendaklah kita bersihkannya supaya ia kembali kepada keadaan asal semula jadinya yang bersih dan suci murni. Pokoknya kita kena bina insan kita. Kita kena bina akal, hati dan nafsu kita seperti mana yang diajarkan oleh agama.

Selepas segala itu kita lakukan maka Allah akan tunjukkan jalan dan akan datangkan bantuan dan akan memperbaiki nasib kita. Apa sahaja yang kita buat selepas itu semuanya akan tepat, berkesan dan dibantu Allah. Allah ada berjanji:

"Dan Allah itu pembela bagi orang-orang yang bertaqwa."

Selagi kita tidak mengubah apa yang ada dalam diri kita, selagi kita abaikan agama, selagi kita abaikan proses membaiki diri, kita abaikan Tuhan dan kita tidak mahu kembali dan merujuk kepada Tuhan, selagi itulah kita akan tersasar. Kita akan bertambah rosak dan bertambah rosak hingga kaum dan bangsa kita akan hancur-lebur dengan sendirinya tanpa perlu diganggu-gugat oleh musuh seperti mana yang kita lihat sedang berlaku sekarang ini. Ukhuwah hilang, kasih sayang rosak, perpaduan runtuh, amanah sudah tidak ada, masing-masing tidak boleh dipercayai, rasuah, berkepentingan diri, nepotisme, runtuh moral, runtuh akhlak dan berbagai-bagai lagi.

3. Memberi tafsiran yang salah kepada Hadis.

Di samping itu terdengar juga Hadis seperti di bawah disebut dan diperkatakan oleh golongan yang disebutkan tadi:

"Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berkerjalah untuk Akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok."

Maka sibuklah pemimpin-pemimpin politik dan khatib-khatib di mimbar masjid, bahkan ulama-ulama, mengupas dan menghuraikannya mengikut cara orientalis hingga umat Islam jadi keliru dibuatnya. Mereka kata bekerja dan berusahalah untuk dunia bersungguh-sungguh dan beribadat jugalah untuk Akhirat bersungguh-sungguh.

Soalnya, kalau bertembung antara kerja dunia dengan kerja Akhirat, mana satu yang hendak didahulukan? Mana yang hendak diutamakan? Mengikut kupasan mereka, yang dunia utama, yang Akhirat pun utama. Mana boleh ada dua perkara yang bertentangan yang sama-sama utama. Mesti ada satu yang lebih utama dari yang satu lagi. Kalau tidak, mana dapat kita buat pemilihan. Kalau patut ke kiri, ke kirilah. Kalau patut ke kanan, ke kananlah. Mana boleh ke kiri pun hendak pergi dan pada waktu yang sama ke kanan pun kita hendak pergi. Inilah huraian yang pelik dan tidak masuk akal. Ramai umat Islam yang keliru.

Hairan, kenapa ada juga orang Islam yang membuat huraian macam ini.Kalau kita sedang bermesyuarat membincangkan hal kerja jabatan contohnya, dan kemudian terdengar azan solat Jumaat, maka apa perlu kita buat? Teruskan mesyuarat ke atau berhenti dan pergi ke masjid? Pasti kupasan dan huraian mereka ini tidak akan dapat menjawab.

Yang sebenarnya, hadis ini bermaksud bahawa kerja dunia ini mesti dibuat bersungguh-sungguh kerana hasilnya kita perlu pakai lama dan ia juga ialah ibadah. Namun, kalau bertembung dengan kerja Akhirat, maka dahulukan yang Akhirat kerana kerja dunia boleh di tangguh ke petang ke, esok ke, lusa ke, minggu depan ke dan seterusnya kerana kita akan hidup untuk selama-lamanya.

Kita ada banyak masa untuk membuat kerja-kerja dunia. Kerja Akhirat pula tidak boleh ditangguhkan kerana kita akan mati esok. Kalau ditangguhkan maka tidak akan ada peluang lagi untuk kita melaksanakannya.

Begitulah beberapa contoh penyelewengan golongan orientalis yang telah mempengaruhi sebahagian dari umat Islam. Namun kalau majoriti umat Islam faham akan maksud ayat-ayat Al Quran dan Hadis yang sebenarnya, maka penyelewengan ini lama-kelamaan akan dapat dibendung dan dihapuskan.

Penyelewengan golongan orientalis ini biasanya berbunyi sumbang, menghala ke dunia, bersalahan atau " contradictory ", tidak masuk akal dan tidak boleh diterima oleh hati. Mana akan sama firman Allah Taala dan sabda Rasul berbanding pendapat para orientalis yang jiwa mereka sudah mati dan hati mereka dihinggapi berbagai jenis penyakit rohani yang kronik.

KIta tidak perlu menyalahkan musuh kerana pola kajian Orientalis memang bersifat begitu. Sayangnya, mengapa terdapat juga ilmuwan dari kalangan Muslim yang mahu melakukannya, dengan imbuhan duniawi yang sangat murah – sekadar beberapa keping dolar dan gelaran doktor.

Sewajarnya, para cendekiawan yang mendapat kesempatan mempelajari ilmu dari Barat memanafaatkan kesempatan itu sebaik-baiknya untuk kepentingan Islam. Bukan sebaliknya, terjebak dalam kerangka pemikiran orientalisme atau sekularisme serta turut sama bersekongkol dengan musuh sama ada dalam sedar atau tidak, untuk menghancurkan Islam.

Sekian.

Saturday, April 25, 2009

Rumahtangga Idaman

Encik Jamaluddin melahirkan rasa terkilan melihat banyaknya berlaku keretakan, pecah belah, krisis bahkan perceraian. Banyak akibat buruk hasil dari rumahtangga yang haru biru dan kacau bilau, terutama yang menjadi mangsa ialah anak-anak. Bukan itu sahaja, kesan buruk jangka panjang ialah banyaknya berlaku gejala sosial, kerana asas masyarakat ialah rumahtangga.

Apa yang menghairankan Encik Jamaluddin ialah setiap umat Islam yang hendak mendirikan rumahtangga sentiasa mengidamkan terbinanya mahligai bahagia hingga ke anak cucu. Idaman hanya tinggal idaman. Harapan hancur di tengah jalan. Kadang- kadang bercinta macam Remeo dan Juliet, majlis perkahwinan berbelanja besar, ribuan orang turut meraikannya. Kadang-kadang terpampang di media massa. Anehnya baru satu atau dua anak dah mula timbul krisis hingga hendak atau hampir bercerai. Sebelum berkahwin, panduan sudah diberikan, mengapa masih banyak rumahtangga yang terbarai.

Jawapan kepada persoalan yang diajukan oleh Encik Jamaluddin adalah seperti berikut.
Sebagai perbandingan, bolehlah diumpamakan seperti orang yang hendak menjadi askar. Ada syarat asas atau syarat minima, seperti kelulusan, berat badan, ketinggian, sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran. Memiliki syarat minima itu bukan bererti otomatik dia sudah boleh diiktiraf sebagai seorang askar. Proses melayakkan diri sebagai askar masih panjang dan banyak peringkat yang perlu ditempuhi. Sudah dilalui dengan penuh gigih pun masih ada yang kecundang, betapalah dalam keadaan acuh tak acuh.

Berbalik kepada rumahtangga, kalau sudah ada calon, kemudian sudah bersedia untuk berumahtangga, maka diikutilah kursus atau bimbingan rumahtangga itu untuk dua atau tiga hari. Di akhir kursus, setiap peserta menerima sijil pengesahan menghadiri kursus. Dan dengan sijil itu pula adalah sebagai syarat tambahan untuk layak berkahwin. Semua yang diperoleh itu hanyalah sebagai syarat minima, termasuk isi sukatan kursus itu juga adalah minima. Itu belumlah menjadi faktor penentu bakal wujudnya rumahtangga idaman. Belum tentu dalam berkursus dua atau tiga hari itu peserta dapat memahami sepenuhnya panduan yang diberikan.

Kalau pun faham belum tentu dapat mempraktikkan panduan tersebut. Lebih-lebih lagi selok-belok dan likuliku rumahtangga amat jauh berbeza daripada apa yang diperoleh dalam dewan kuliah, lebih-lebih lagi kalau penekanan kuliah itu banyak kepada aspek hukum hakam, hak dan enakrmen.

Apabila benar-benar berumahtangga, pasangan sedang berhadapan dengan manusia yang memiliki jasad, akal, nafsu dan roh. Yang kalau tidak mengenal setiap unsur itu ertinya sudah nerupakan satu kegagalan dalam rumahtangga. Begitu juga pada manusia itu Tuhan sudah bekalkan dengan benih malaikat untuk disuburkan, benih haiwan untuk dididik dan didisiplinkan dan benih syaitan untuk dicantas dan ditumpaskan sepenuhnya. Awal-awal lagi kalau ilmu tentang aspek ini tidak dimiliki, tentulah amat sukar untuk mengemudikan rumahtangga. Umpama askar yang tidak cukup ilmu peperangan, tiba-tiba dihantar operasi ke hutan, tentulah dia merasa amat sukar kerana dia sendiri tidak pernah mengenal hutan.

Fahamlah kita bahawa untuk tercapainya rumahtangga impian, tidak memadai atau tidak terhenti setakat anggota dalam rumahtangga itu beragama Islam, tetapi mestilah ada cita-cita Tuhan, berjiwa Islam, hidup mati untuk Tuhan dan Islam serta menghayati syariat Tuhan. Oleh itu perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian serta perlu dipraktikkan: 1. Suami isteri mestilah faham segala aspek tentang ajaran Islam. Memahami ajaran Islam amat penting kerana yang hendak dibangunkan itu adalah rumahtangga Islam. Bahkan ajaran Islam itu juga memang perlu direalisasikan dalam kehidupan harian yang bermula dari rumahtangga. Dalam kehidupan sebagai seorang Islam kenalah faham hablumminallah dan segala yang terangkum di dalamnya, dan juga hablumminannas dan segala yang terangkum di dalamnya. Dengan itu barulah ajaran Islam yang dipraktikkan itu syumul atau menyeluruh.

2. Suami atau ayah selaku pemimpin atau ketua keluarga, yang bertanggungjawab dunia dan Akhirat, perlu ada ilmu pendidikan isteri dan anak-anak, serta faham bagaimana mendidik isteri dan anak-anak. Terutama sekali dalam mendidik isteri dan anak-anak untuk takut dan cintakan Tuhan. Juga mendidik mereka hidup berkasih sayang.

3. Suami kena serba sedikit memahami saikologi isteri dan anak-anak. Sekurang-kurangnya mengenali isteri dan anak-anak dalam aspek berikut:
a. Tahap IQ.
b. Peringkat nafsu.
c. Jenis kekuatan mereka sama ada jenis kuat akal, perasaan atau jiwa, atau sebahagian atau semua sekali.
d. Kesukaan dan kebencian mereka.
e. Bakat, minat, hobi dan bidang kecenderungan mereka.
f. Perubahan pada perasaan mereka yang terzahir pada wajah, perangai atau tingkah laku.
g. Perkembangan mereka mengikut perubahan usia.

4. Isteri juga perlu serba sedikit memahami saikologi suami dan anak-anak. Memahami saikologi ini amat diperlukan dalam konteks mendidik serta menjaga hubungan. Iaitu suami terhadap isteri dan anak-anak, juga isteri terhadap suami dan anak-anak perlu mengadakan pendekatan yang sesuai dengan keadaan (saikologi) mereka.

5. Suami isteri perlu bersungguh-sungguh mempraktikkan sikap dan akhlak Islam serta syariat Islam. Terhadap anak-anak pula kenalah berupaya memberi ilmu untuk mereka memahami, tidaklah mereka menurut secara membuta tuli tanpa ilmu dan kefahaman.

6. Kena bersabar dalam menghayati ajaran Islam termasuklah kena bersabar dalam mendidik dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang.

Disambar Sayap Jibril

Dikalangan Bani Israil dahulu, ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah. Ia mempunyai wajah yang kacak dan segak. Ramai wanita tertawan dengan ketampanannya. Namun rasa takutnya kepada Allah SWT menjadi pendinding utama mengawalnya daripada berfoya-foya.

Suatu masa, ketika sedang menjaja tas keranjang daun kurma buatannya sendiri, ia sampai di hadapan istana raja. Kebetulan salah seorang daripada dayang istana itu temampak lelaki tersebut dan terpesona dengan ketampanannya. Dayang itu kemudiannya bercerita mengenai lelaki itu kepada permaisuri raja. Permaisuri begitu tertarik lalu timbul niat jahat di hatinya. "Suruh orang muda itu masuk menghadap," titahnya kepada dayang tersebut.

Apabila lelaki itu berada di hadapannya, permaisuri menyerahkan sepasang persalinan pakaian diraja dan berkata, "Letakkan semua tas keranjangmu itu dan pakailah pakaian ini." Kemudian permaisuri itu menyuruh dayangnya mengambil minyak wangi untuk dipakaikan kepada lelaki tersebut.

Tanpa mengesyaki apa-apa, lelaki itu melakukan segala suruhan permaisuri. Lalu permaisuri itu pun berkata, "Orang muda! Kamu jangan khuatir. Beta akan memenuhi segala keperluanmu asalkan kamu bersedia memenuhi nafsuku."

Sebaik sahaja terdengar kata-kata yang tidak disangka-sangkanya itu, gementarlah lelaki itu lalu berkata, "Aku tidak akan melakukan perbuatan terkutuk itu!"

Permaisuri cuba juga memujuk lelaki itu berkali-kali, tetapi gagal mempengaruhinya. Akhimya dengan perasaan marah, ia berkata, "Baiklah! Kalau kamu enggan memenuhi hajatku, kamu tidak boleh keluar dari sini." Kemudian permaisuri mengarahkan dayang-dayangnya menutup semua pintu dan tingkap istana.

Setelah semua jalan keluar ditutup,lelaki itu bertanya, " Wahai permaisuri! Bolehkah bawakan saya ke tempat yang paling tinggi dalam istana."

Dengan harapan hajatnya akan dipenuhi, permaisuri itu pun membenarkan lelaki itu naik ke menara istana. Apabila telah berada di puncak istana, lelaki itu berkata kepada dirinya sendiri, "Wahai jiwa! Selama 70 tahun kamu beramal mencari keredhaan Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, apakah kamu akan merosakkannya dalam beberapa saat semata-mata untuk memenuhi keinginan nafsu dan syaitan? Demi Allah! Kau mengkhianati dirimu sendiri jika engkau tunduk kepadanya!"

Dalam keadaan malu dan, takut untuk melakukan maksiat kepada Allah, lelaki itu pun terjun dan menara yang tinggi itu.

Lalu Allah SWT yang Maha Pemurah dan Pengasih itu pun berfirman: "Wahai Jibril! Hamba-Ku itu terjun lantaran takut kepada kemurkaan-Ku dan kedosaan. Hamparkan sayapmu untuk menyambutnya, jangan sampai ia binasa!

Friday, April 24, 2009

Cara Menghadapi Tension

Petikan:
" Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan."

Setiap hari, ada-ada sahaja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita. Anak meragam, suami buat acuh tak acuh, isteri merajuk atau meragam, rakan sepejabat mengumpat di belakang, perniagaan tidak menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi. Begitulah nasib kita manusia. Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku juga.

Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan. Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga. Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa.

Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan tension ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib malang yang pasti menimpa kita? Antaranya ialah:

1. Mengenali diri kita sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Tuhan sebagai pemberinya. Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa. Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campurtangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali. Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat oleh Tuhan. Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu, Tuhan jugalah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa. Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu dan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan.

2. Setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran. Antaranya ialah:

1. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan. Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya.

2. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu kita.

3. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

4. Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan. Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu kita siapa. Kalau sebelum ini nampak lemah lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan.

Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik setiap kita agar kita kembali kepada-Nya sebagai hamba yang diredhai-Nya. Dengan ini, kita akan terselamat dari kemurkaan-Nya.

3. Hendaklah pandai menerima ketentuan dan takdir Tuhan secara positif supaya hati kita akan tenang dan kita juga akan mendapat hasil yang positif daripadanya. Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negatif, hati kita akan tertekan dan tension dan sudah tentu kita juga akan mendapat hasil yang negatif.

Contohnya:
Kita ditakdirkan mendapat anak-anak yang nakal. Setiap hari, ada sahaja kelakuannya yang sangat mengganggu kita. Kalau kita menerimanya secara positif, kita akan berkata kepada diri kita, Kerana dosa akulah anak-anak aku ni nakal. Allah buat seperti ini untuk membersihkan dosa-dosa aku yang lepas.

Ataupun kita boleh berkata begini, Tuhan beri aku ujian ini untuk memberi aku pahala sabar. Kalau aku sabar, bukan sahaja aku akan dapat ganjaran di sisi Tuhan tetapi yang lebih penting, aku dapat mendekatkan diri kepada Tuhan.

Kalau beginilah penerimaan kita, tentulah kita tidak akan marah-marah atau berleter-leter, merotan dan menghukum anak di luar batasan atau mengamuk-ngamuk kepada suami kita pula. Sebaliknya, kita akan terus-menerus menasihatinya dengan baik dan mendoakan anak kita agar dia menjadi anak yang soleh satu hari nanti. Dan lazimnya, berkat baik sangkanya kita kepada Tuhan, anak itu akan menjadi anak yang baik apabila dia besar.
Ini selaras dengan firman Tuhan yang maksudnya:
Aku di atas sangkaan hamba-hamba-Ku ke atas-Ku.

Penerimaan yang negatif pula ialah kita akan merungut-rungut kerana nasib yang ditimpakan itu, kita akan bersikap marah-marah serta melepas geram dengan menghukum anak serta terbawa-bawa sikap marah itu kepada orang lain. Hati kita mungkin berkata, Kenapalah Tuhan berikan aku anak yang senakal ini, atau kita akan berkata, Tak guna dapat anak macam ni. Bukannya menyenangkan, menyusahkan saja. Akibat didikan yang kasar itu serta sangkaan-sangkaan yang buruk terhadap Tuhan, anak itu bila besar kelak akan menjadi anak yang tidak baik akhlaknya. Tension yang kita hadapi bila anak itu kecil akan terus kita hadapi sehingga dia besar. Bukan sahaja anak yang rugi, kita juga akan turut rugi sama. Ini semua kerana buruk sangkanya kita dan tidak pandainya kita menerima takdir Tuhan.

Lantaran itu, terimalah segala takdir Tuhan dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifat-sifat yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kita juga tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling kita

Beza Antara Orang Mukmin Dan Orang Islam

Bagi sesiapa yang memeluk agama Islam, seseorang itu akan bersyahadah. Maka dengan itu dia dikatakan `masuk Islam`. Mengapa tidak dikatakan `masuk iman"? Dengan syahadah, seseorang itu dianggap muslim. Tidak pula dikatakan dengan syahadah dia menjadi `Mukmin`, sedangkan `Mukmin` yang diterima Tuhan. Islam tidak disebut pun tidak apa kerana secara automatik, Islam ada dalam iman. Tetapi kalau dia tidak Islam bermakna tidak ada iman.lni menunjukkan orang yang `masuk Islam`, belum tentu `masuk iman`. Sebab itu tidak dikatakan seseorang itu `masuk iman`. Sebab itu dikatakan orang Islam bukan orang Mukmin. Seolah-olah Tuhan mempunyai satu taman yang indah dan cantik kemudian ada satu pintu masuk yang besar. `Masuk Islam` itu seperti hanya masuk pintu, masih tidak tahu lagi apa yang ada di dalam taman. Sedangkan dalam taman itu ada bermacam-macam keindahan. Keindahan rasa, keindahan akal, keindahan pandangan dan pendengaran dan lain-lain lagi. Bila `masuk Islam`, keindahan-keindahan itu belum dirasa.

Jika Islam itu diibaratkan seperti taman yang disebutkan, bermakna seseorang itu baru melepasi pintunya. Jika sudah memasuki pintu, sudah berpeluang menjelajah taman dan dapat merasa segala nikmat yang ada dalam taman itu barulah seseorang itu dikira sudah beriman..Bila seseorang itu sudah bebas dalam taman, dapat rasa pelbagai kenikmatan dalam taman itu, barulah dikatakan dia seorang mukmin.

Sebab itu beza antara orang Islam dan orang mukmin terlalu jauh. Cirinya terlalu banyak. Kalau wujud ciri mukmin maka secara automatik. ciri Islam itu wujud. Bagaimanapun kalau ciri Islam wujud pada seseorang, belum tentu ciri mukmin .juga ada. Kerana itu iman perlu dicari. Dengan kata lain, iman itulah taqwa . Kalau begitu, tidak cukup hanya menjadi orang Islam sahaja tetapi mesti menjadi orang mukmin.

Ciri-ciri orang mukmin perlu diketahui supaya dapat diusahakan agar ciri itu menjadi pakaian diri. Untuk menjadi orang Islam mudah. Apabila seseorang itu sudah bersyahadah, dia tidak boleh dikatakan kafir hatta kalau tidak bersembahyang sekalipun. Jadi. di sini dijelaskan tentang ciri-ciri orang mukmin herdasarkan ayat Quran dan sebahagian daripada hadith supaya nanti dapat dilihat apa sebenarnya sifat-sifat orang Mukmin. Kemudian sifat-sifat itu boleh diusahakan agar kita dapat menjadi orang Mukmin.

Ada beberapa ayat dalam Al Quran dan hadith yang menunjukkan ciri-ciri orang mukmin, di antaranya yang bermaksud: "Sesungguhnya (orang Mukmin itu) apabila disebut nama Tuhan, gementar hatinya."
Hati orang Mukmin akan menggeletar apabila dibacakan ayat-ayat Tuhan. Itu adalah salah satu sifat orang mukmin. Ayat Tuhan tersebut mempunyai dua maksud iaitu:
1.Ayat Al Quran.
2.Apa yang dapat kita lihat dan dengar.
Contohnya seperti langit, bumi dan taut. Itu adalah tanda kebesaran Tuhan, tanda berkuasanya Tuhan, tanda Tuhan itu mentadbir dan bijaksananya Tuhan.

Bila ayat itu dibaca, didengar, dibincangkan dan dibahaskan, maka bertambah iman. Ertinya iman di atas iman. Rasa takut dengan Tuhan sudah menjadi asas iman.
Bila dibaca ayat-ayat-Nya, dilihat pula kebesaran dan kekuasaan-Nya, akan bertambah lagi iman. "Dengan Tuhan mereka, mereka merendah diri."
Ayat ini membawa maksud, orang mukmin sangat merendah diri dengan Tuhan mereka, Tidak ada rasa syak wasangka lagi, tidak prejudis dan terbuka hati menyerahkan nasib kepada Tuhan.

Dalam ayat ini terdapat tiga ciri mukmin iaitu:
I. Takut dengan Tuhan.
2. Bila mendengar ayat Tuhan, bertambah rasa takutdan bertambah keimanannya.
3. Menyerah diri secara total pada Tuhannva. "Orang Mukmin itu apabila diajak kepada Allah dan Rasul,sifatnya kami dengar dan kami patuh."

Apabila mendengar perintah Allah, orang mukmin hanya taat dan patuh tidak ada masalah bagi mereka untuk patuh. Tidak berlaku pada orang Mukmin itu bila datang, perintah dari Tuhan, dia tidak yakin atau mempertikaikannya. Sedikit pun tidak mempersoalkannva. Bukankah mahal sifat orang mukmin itu?

"Diantara sifat orang mukmin, lelaki dan perempuan apabila diperintahkan.sesuatu perkara samada perintah suruh atau larang, tidak ada dolak dalih."

Ayat ini pula bermaksud, orang mukmin tidak memilih sebaliknya terus melaksanakan perintah. Orang Mukmin itu apabila disuruh sembahyang, dia sembahyang. Disuruh puasa, dia puasa, begitu juga bersedekah dan sebagainya. Ada orang boleh sembahyang dan boleh puasa tetapi apabila disuruh berjuang dan berjihad, banyak alasannya. Terasa susah kerana cabarannya banyak. Ada pula yang bila diperintahkan sembahyang, puasa atau naik haji tidak ditolak tetapi apabila diminta membayar zakat dan sedekah, dia berdolak-dalih. Ertinya bagi golongan ini, ada perintah Tuhan yang diterima dan ada yang tidak boleh diterima. Bagi orang Mukmin, semuanya diterima. Ada juga yang boleh sembahyang dan puasa tetapi apabila disuruh berpoligami, terus menentang sedangkan orang Mukmin itu tidak memilih-milih.

"Orang Mukmin lelaki dan perempuan, satu sama lain sentiasa berjuang menyampaikan risalah Allah, menyeru orang berbuai baik, dan mengajak manusia menjauhi larangan Tuhan."

Di ayat ini, ada dua sifat orang Mukmin iaitu:
1.Menjadi pendakwah, motivator dan penasihat.
2.Berjuang menegakkan amal maaruf nahi mungkar secara berjemaah dan bekerjasama. Di antara satu sama lain ada ikatan atau jemaah. Tidak boleh berbuat secara bebas atau perseorangan. Ertinya pejuang bebas atau mubaligh bebas tidak ada ikatan iaitu tidak berjemaah. Seseorang mubaligh, motivator atau penasihat mesti terikat dengan jemaah supaya sejauh mana pun dia pergi, ada tempat untuk dirujuk. Tidak boleh menjadi seperti layang-layang putus tali, bebas dan tidak terikat. Itu bukan sifat mukmin.

Apabila orang Mukmin itu sentiasa berdakwah, memberi nasihat, tunjuk ajar, mengajak kepada kebaikan dan menjauhi larangan Berta sentiasa terikat dengan jemaah, ertinya dia ada pemimpin yang mengikatnya. Sebab yang penting pada jemaah itu ialah pemimpinnya. Tidak boleh menjadi pendakwah yang ibarat layang-layang putus tali. Supaya apabila ditanya atau diminta itu dan ini, is akan menjadi mudah. Mereka boleh dibawa untuk merujuk kepada jemaah yang sudah ada tempat, pejabat atau pusatnya. Perkara itu tidak mungkin boleh dilakukan oleh pendakwah bebas. Begitulah cantiknya ajaran Tuhan. Sayangnya ajaran itu kalau tidak difahami. Suruhan supaya orang mukmin itu mesti terikat antara satu sama lain dikuatkan oleh satu ayat yang lain yang bermaksud:
"Orang Mukmin dengan orang Mukmin.itu sentiasa kuat menguatkan antara satu sama lain."

Hadith juga ada menyebut yang maksudnya "Antara Mukmin dengan mukmin itu ibarat satu bangunan".

Sebagai contoh, bahan-bahan bangunan itu terikat antara satu sama lain. Kalaulah takdirnya Kahan-bahan itu boleh bercakap, jika jurubina berkata, "Hai bahan-bahan rumah, aku mahu membina rumah dari engkau. Engkau menjadi atap, tiang dan dinding- Bahan-bahan itu menjawab, "Ya, kami sanggup.- Tetapi tingkap berkata, "Saya tidak mahu terikat dengan dinding!" Dinding pula tidak mahu bersandar dengan tiang. Maka akan terbinakah bangunan itu?

Begitulah orang mukmin yang Tuhan ibarat seperti satu bangunan. Semua bahagian . mesti berkait dalam semua perkara. Bukan hanya satu dua perkara saja. Atas sebab inilah jemaah sangat penting dalam Islam. Jemaah itu seolah-olah seperti satu kubu. Bagairnanapun berjuang, mesti ada kubu sebagai tempat berlindung yakni ada jemaah untuk menjadi tempat rujukan terutama apabila ada kesusahan.

"Orang Mukmin itu sifatnya bersaudara dan berkasih sayang. Orang Mukmin itu sentiasa mendamaikan antara dua orang yang bertentangan."

Di sini ada dua lagi sifat Mukmin:
1. Berkasih sayang.
2. Berukhwah dan mendamaikan. Orang mukmin sifatnya sentiasa mendamaikan pergaduhan dan menyelesaikan masalah orang lain.

Hadith menyebut lagi tentang sifat orang Mukmin, yang bermaksud:
"Sifat orang Mukmin itu di antara kasih sayangnya dan belas kasihannya di antara satu sama lain ibarat anggota badan. Kalau salah satu anggota sakit, sakitlah seluruh anggota."

Sifat Mukmin yang dinyatakan di sini ialah:
1. Orang Mukmin merasa susah dengan kesusahan orang.
2.Kalau dengan kesenangan orang, mereka turut terhibur. Walaupun hidup mereka sendiri merempat.

Begitu banyak sifat orang mukmin yang dapat disenaraikan. Jadi, apa yang dapat difahami setelah menghayati ayat-ayat Al Quran dan hadith itu? Kalau tidak ada ciri-ciri itu,ertinya kita hanya Islam. Begitu juga dengan orang yang tidak gementar hatinya dengan Tuhan. Kalau masih memilih-milih perintah Tuhan, itu masih setakat Islam sahaja. Kalau masih belum berkasih sayang, tidak tawakal, penyerahan diri, bekerjasama dan tidak masuk jemaah bererti belum menjadi mukmin. Apabila tidak terasa susah dengan kesusahan orang dan senang dengan kesenangannya maka itu ertinya hanya setakat Islam. Kalau begitu orang Islam tidak boleh diharap. Inilah yang berlaku pada dunia hari ini. Yang ramai adalah orang Islam bukan orang mukmin. Semua itu adalah panduan untuk menjadi orang mukmin.

Itulah sebab-sebabnya untuk menjadi orang Mukmin itu sangat mahal. Oleh kerana mahalnya, mereka dianggap orang Tuhan iaitu orang yang bertaqwa. Apabila sudah menjadi orang Tuhan maka Tuhanlah yang bertanggungjawab ke atas mereka. Tuhan melindungi dan memberi perhatian kepada mereka. Pendengaran mereka adalah pendengaran Tuhan. Perasan mereka adalah perasaan Tuhan dan begitulah seterusnya.

Kalau membaca lagi ayat Quran, oleh kerana cintanva Tuhan kepada orang Mukmin maka Tuhan menyebut bahawa hanya orang Mukmin sahaja akan diberi kemenangan. kejayaan. rezeki tidak diduga, dilindungi dan dijauhkan dari malapetaka Jaminan itu tidak diberikan kepada orang, Islam.

Contohnya, ayat yang bermaksud: "Bilamana penduduk sebuah kampung atau negeri.atau negara itu beriman dan bertaqwa , kami akan bukakan baroqah langit dan bumi" .
Di situ, disebut `beriman` dan `bertaqwa. tetapi bukan Islam.. Nyatalah bahawa Tuhan memberi jaminan akan membuka barokah langit dan bumi apabila beriman dan bertaqwa kepada-Nya. Apabila Tuhan membuka barokah langit dan bumi maka hidup manusia akan aman, harmoni, bahagia dan rezeki pula melimpah-ruah.
Di dalam ayat tersebut. Tuhan tidak menyebut `Islam` tetapi `taqwa`. Di dalam ayat yang, lain pula. Allah berfirman yang bermaksud: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allahkan dilepaskan dari kesusahan" .

Dalam ayat ini, Tuhan menyebut barangsiapa takut dengan-Nya, Tuhan akan lepaskan dari kesusahan dan diberi rezeki dari sumber tidak diduga.

Ayat seterusnya bermaksud: "Sesungguhnya berhak atas Kami menolong orang Mukmin."
Ertinya. jaminan kuat bahawa Tuhan yang akan menolong orang-orang Mukmin. Tuhan tidak akan menolong orang Islam melainkan yang Mukmin.

"Sesungguhnya pemimpin kamu itu adalah Allah, Rasul dan orang Mukmin, yang mendirikan sembahyang, yang menunaikan zakat, yang tunduk dan patuh. Itulah dia parti Allah. Ketahuilah, Parti Allah pasti akan menang."

Ayat itu bermaksud, dalam Islam, pemimpinnya mesti orang Mukmin. Sesiapa yang menjadi pemimpin, mesti daripada orang Mukmin barulah menjadi parti Allah. Apabila seorang yang menjadikan Allah, Rasul dan orang Mukmin sebagai pemimpinnya, itulah dia parti Allah. Nampaknya menjadi orang Mukmin itu begitu penting maka mesti diusahakannya. sebab hanya orang Mukmin yang dijamin kemenangan di dunia dan di akhirat serta dijamin masuk syurga. Orang Islam, di dunia tidak akan menang dan di akhirat akan masuk neraka. Cuma tidak kekal sebab sudah masuk Islam. Begitupun, sekejap di neraka itu pun, beribu tahun lamanya. Api neraka itu satu hari pun tidak larat untuk ditanggung. Jadi perlulah kita menjadi orang Mukmin. Seorang Islam itu tentu masih ada hasad dengki, riak, sombong dan lain-lain sifat mazmumah. Itulah yang menyebabkan huru-hara. Makin ramai yang sembahyang, makin ramai pergi masjid, makin rasa tidak seronok sebab yang mengisi masjid itu hanya orang Islam, bukan orang Mukmin.Mahalnya Mukmin dan pentingnya mukmin ini sebab kerana merekalah akan diberi kemenangan.

Sekian.

Setiap Manusia Memiliki Pemimpin

Sedar atau tidak, suka atau tidak, setiap kita sebenarnya punya Pemimpin. Pemimpin adalah pihak yang memandu hidup kita dalam berfikir, bersikap, cara hidup, bekerja dan beraktiviti.
Pemimpin yang umumnya kita kenal adalah berupa sesosok manusia. Manusia yang didengar dan ditaati kata-katanya, yang diikuti sikap dan cara hidupnya. Yang sangat dicintai dan dihormati, walaupun pemimpin tersebut tidak minta dicintai dan dihormati.
Setiap orang sebenarnya punya pemimpin yang dia sangat setia padanya. Kalau pemimpin ini bukan sesosok manusia lain, maka pemimpinnya adalah dirinya sendiri. Yaitu jika segala sikap dan tindak-tanduknya hanya didasarkan pada kata hati, perasaan dan kemauannya sendiri. Pada seorang yang tak punya pemimpin, jika nafsunya tak terdidik, maka yang memimpin dirinya adalah nafsunya. Padahal nafsu cenderung membawa manusia pada kejahatan. Nafsu adalah jalan dimana syaitan biasa meniti diatasnya.
Disinilah perlu dan pentingnya dipimpin oleh sesosok orang yang bertaqwa. Orang yang bertaqwa hidupnya senantiasa disuluh dengan Al Qur'an. Sehingga mudah-mudahan ketika nanti Munkar dan Nakir bertanya, "Siapa Imam mu?", ruh kita yang hakiki akan mampu membalasnya dengan jawaban, "Al Qur'an".

Thursday, April 23, 2009

Cintakan Tuhan Rahsia Kejayaan

Di dunia ini ada dua jenis pemimpin yaitu pemimpin dilantik Tuhan dan pemimpin yang dilantik oleh manusia dengan macam-macam cara. Ada secara demokrasi, ada secara diktator. Diktator adalah orang yang melantik dirinya sendiri dengan kekuatan tentera. Ada pemimpin warisan macam raja-raja.

Pemimpin yang dilantik oleh manusia, apa yang dibanggakan oleh pemimpin tu? Dapat bagi orang gaji, dapat naikkan pangkat orang, dapat menjadikan orang selesa hidup, dapat meningkatkan ekonomi manusia, dapat membuat jalan raya high way, dapat melakukan perubahan hidup pada manusia termasuk pemimpin yang mengaku islam. Kalau dia berjaya membuat apa yang disebut tadi, sibuklah mereka mengatakan, saya sudah berjasa.

Tapi pemimpin yang dilantik oleh Allah seperti rasul, lain sekali. Untuk mewujudkan benda-benda yang disebut tadi tidak perlu pemimpin. Tanpa pemimpin orang tetap cari makan. Ingin kawin apa fikir pemimpin? Ingin kawin lebih dari satu isteri, tak ada pemimpin lagi senang. Ada pemimpin susah, nak kawin banyak.

Pemimpin yang dilantik oleh Tuhan apa jasanya? Berbeza dengan pemimpin yang dilantik manusia, tapi orang tidak anggap ia berjasa. Orang islam yang sudah beratus tahun rusak, masih sembahyang, wirid, zikir, tetapi cara dia berfikir dan menilai jasa pemimpin yang yang Tuhan lantik untuk mendidik dia tidak tepat. Dia tak anggap sebagai jasa. Walhal pemimpin dari Tuhan membuat dua jasa besar, yang kalau dibanding dengan jasa pemimpin lantikan manusia, bagai langit dengan bumi
1. memberi Tuhan
2. memberi syariat Islam

Kita sudah tahu Tuhan, sudah bersembahyang, berpuasa. Siapa yang rasa besar mendapat orang yang sudah membagi Tuhan dan syariat Tuhan pada dia? Begitulah umat Islam, mereka tidak rasa besar jasa pemimpin yang datang dari Tuhan, sebab walhal dia sembahyang, berzikir, wirid. Kalau tidak dapat Tuhan, dia akan masuk neraka sekalipun banyak sembahyang? Sedangkan tidak dapat makan, tidak dapat nasi, tidak dapat roti, jalan raya, adakah Qur`an cakap akan masuk neraka? Tapi mengapa manusia tidak pandang besar jasa pemimpin yang kenalkan Tuhan dan syariat Tuhan?

Dari dua aspek ini, Tuhan lebih utama dari syariat, sebab itu Rasulullah SAW diutus untuk memperjuangkan dua hal ini dengan mengenalkan Tuhan terlebih dahulu. Kalau kita tengok ayat-ayat makkiah & madaniah, Tuhan bagi waktu ayat-ayat makkiyah selama 13 tahun untuk mempromosikan Tuhan. Padahal Tuhan satu subjek saja. Lojiknya setahun cukup. Sedangkan syariat, yang beribu ribu subjeknya, Rasulullah SAW promosikan hanya 10 tahun. Bahkan sembahyang yang merupakan ibadah asas, ibadah besar dari pada keseluruhan ibadah, hanya diperintahkan setelah 11tahun kerasulan. Perintah-perintah lain seperti haji, zakat datang berikutnya. Ambil perhatian, kerja memperkenalkan Tuhan. Rasulullah SAW ambil 13 tahun, sedang untuk syariat yang beribu selama 10 tahun. Tapi jangan anggap, Rasulullah SAW bagi Tuhan setakat akidah cukup makan, setakat kenal Tuhan cukup makan, akidah sifat 20, seperti Tuhan wujud, wujudNya tak ada pemulaan, tak ada yang menjadikan, dia tak perlukan makhluk. Kalau manusia kenal Tuhan macam itu saja, ini hanya untuk sahkan akidah atau tauhid. Itu akidah atau tauhid asas, sekadar manusia tidak jadi kafir. Kalau setakat itu, manusia belum rasa bahagia dengan Tuhan. Manusia belum rasa takut dan cinta dengan Tuhan. Belum rasa hebat, rasa besar, rasa Tuhan segala-galanya. Manusia belum rasa lagi kalau ia tak dapat Tuhan, ia tak boleh hidup, tak selamat dunia akhirat.

Sudah beratus tahun umat islam dididik melalui sistem pendidikan yang mengajarkan tauhid yang paling rendah termasuk ulama dan orang-orang agama.Dengan tauhid paras itu manalah bahagia, tak merasa besarnya Tuhan, tidak merasa dapat Tuhan dapat segala-galanyanya, tidak sampai jatuh cinta dan takut dengan Tuhan. Umat Islam malangnya sejak ratus tahun mengambil tauhid sekadar cukup makan, setakat tak jadi kafir. Padahal kalau kita baca ayat-ayat makiyah, cara Tuhan mengenalkan diriNya supaya manusia sampai jatuh cinta dan takut dengan Tuhan, rasa bertuhan yang dalam, rasa dapat Tuhan dapat segala-galanya Mari tengok dalam Qur`an. Mula-mula saja Tuhan kata bumi ini Aku yang punya, hidup mati Aku punya, langit bumi Aku punya, dunia akhirat Aku punya. Aku yang menghidupkan, Aku yang mematikan. Aku yang membagi rahmat dan berkat, makhluk di langit dan bumi semua membesarkan Aku. Tuhan yang menaikkan dan menurunkan, Tuhan yang memuliakan dan yang menghinakan manusia, Tuhan yang menentukan seseorang ke neraka atau ke syurga, Tuhan yang menyusahkan dan menyenangkan dan macam-macam lagi Tuhan kenalkan dirinya. Begitulah Tuhan kenalkan dirinya.

Kalau kita baca ayat-ayat Makkiyah, dalam setiap ayat Tuhan memperkenalkan dirinya hinggakan sahabat cinta, takut dan mabuk dengan Tuhan. Akhirnya apa yang terjadi pada para sahabat? Mereka hanya takut dengan Tuhan, tidak takut miskin, tidak takut raja, tidak takut pada orang, tidak takut musuh, tidak takut dihina, tidak takut orang keji, tidak takut dibunuh orang. Mereka takut Tuhan saja.

Begitulah Tuhan saja yang mereka takuti dan cintai. Mereka tak cinta harta, isteri, pangkat dan jawatan. Walaupun mereka ada harta, ada pangkat, ada isteri, tapi tak masuk dalam hati. Yang ada dalam hati Tuhan saja. Selepas itu barulah Rasulullah SAW kenalkan syariat, sebagai cara hidup. Melalui syariat itulah mereka wujudkan rasa cinta dan takut mereka pada Tuhan. Kalau tidak ada syariat, maka tak ada cara untuk mewujudkan cinta mereka pada Tuhan. Melalui syariat yang berbagai-bagai bentuk itu, Tuhan tunjukkan cara bagaimana manusia hendak melahirkan cinta dan takut pada Tuhan. Itulah peranan tauhid dan syariat.

Selepas 13 tahun Rasulullah SAW mempromosikan Tuhan, datang takut dan cinta pada Tuhan yang tak berbelah bagi lagi. Selain Tuhan tidak lagi ditakuti dan dicintai. Maka berhabis-habisanlah para sahabat untuk memperjuangkan Tuhan. Tidak ada lagi kepentingan diri. Sebab itu, bila Tuhan isytihar melalui Rasulullah SAW, para sahabat sangat memberi perhatian, dan berlumba-lumba untuk membuat dan melaksanakannya. Waktu Rasulullah SAW masih hidup, belia sempat memberitahu bahwa Rom dan Parsi akan jatuh ke tangan umat Islam. Selepas wafat saja Rasulullah SAW, sahabat meninggalkan rumah, meninggalkan anak isteri untuk membuktikan ucapan Rasulullah SAW itu. Mereka pergi berjuang untuk memprmosikan Tuhan ke Rom, Parsi dan negeri-negeri di bawah jajahan mereka.

Rasulullah SAW juga pernah berkata, lidah orang arab akan jadi lidah orang mesir. Mesir bukan lidah arab, lidah qibti. Ini seolah Rasulullah SAW memberi isyarat pergilah dakwah ke sana, promosi Tuhan di Mesir. Maka berebut-rebut sahabat pergi kesana. Bila mendengar dari Rasulullah SAW tuntutlah ilmu ke negeri cina. Sahabat faham ini isyarat dari Rasulullah SAW untuk membuka negeri cina, mempromosi Tuhan ke sana. Mereka pergi sampai ke negeri Cina.

Bila sahabat dengar, Islam akan bangun di akhir zaman kali ke-2 bermula dari Timur. Sahabat tidak tahu bila akhir zaman itu. Mereka tafsirkan 2 tahun atau 10 tahun lagi dari mereka. Rasulullah SAW sebut pemimpinnya PBT .
Daripada Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-panji Al Mahdi." (Hadis riwayat At Tabrani)

Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: "Akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai`ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji." (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

Mendengar ucapan Rasulullah SAW ini, di zaman sahabat lagi sudah ada yang pergi ke timur sebab mereka tidak pasti bila akhir zaman itu, jangan-jangan di zaman mereka. Mereka mahu kebangkitan Islam itu berlaku di tangan mereka. Mereka mahu PBT itu terjadi di tangan mereka atau mereka dapat ikut PBT.

Bila sahabat mendengar dari Rasulullah SAW bahwa Konstantinopel akan jatuh ke tangan islam, selepas saja wafat Rasulullah SAW, Abu Ayyub Al Anshari yang berumur 80 tahun terus berangkat ke sana.

Ia berfikir jangan-jangan terjadi di tangan aku, walhal ia berlaku selepas 600 tahun. Itulah syariat untuk melahirkan rasa takut dan cinta dengan Tuhan. Itulah cara sahabat untuk melepaskan rasa takut dan cinta dengan Tuhan. Untuk itu mereka sanggup tinggalkan anak, isteri, harta dan sebagainya, sebab perasaan cinta dan takut Tuhan itu 100% dalam hati mereka.

Takut dan cinta umat Islam kepada Tuhan sudah menipis. Akidah umat islam sejak 700 tahun yang lalu sudah sekadar cukup makan. Umat islam pergi juga ke seluruh dunia macam sahabat. Kalau sahabat mempromosikan Tuhan, kita mencari sesuap nasi. Kita pergi ke London, ke Amerika, karena mencari makan. Kita pergi merata dunia untuk cari makan, untuk cari sesuap nasi walaupun jadi hamba orang. Kita gigih juga macam sahabat, susah macam sahabat, tinggal anak isteri, tinggal kampung halaman macam sahabat, tapi untuk cari makan. Sedangkan sahabat untuk mempromosi Tuhan supaya orang takut dan cinta Tuhan. Kita tidak, tak rasa hina kah? Kalau kita jadi tuan masih boleh tahan, tapi kita jadi hamba kepada musuh. Kita terhina, tapi kata tak apa yang penting boleh cari makan, setengah umat Islam jadi amah di rumah bukan orang islam, ada yang kena rogol.

Jadi rahsia sahabat, taibin, tabiut tabin sampai Tuhan serah dunia pada mereka adalah karena mereka buat apa saja, berjuang karena Tuhan, bukan karena cari makan. Kita lain, susahnya sama seperti sahabat, gigihnya sama, tinggal rumah, tinggal isteri sama, tapi sahabat karena cinta Tuhan, kita karena untuk cari makan, untuk nasi, untuk dunia. Sebab itu Tuhan hinakan kita. Umat Islam hina bukan saja di negeri orang, di negeri sendiri pun hina. Mengapa? Sebab mereka berjuang bukan karena Tuhan, tapi karena dunia.

Rasa cinta dan takut Tuhan yang mendalam merupakan rahsia mengapa sahabat, tabiin dam tabiut taibin begitu kuat hinggakan Tuhan serahkan dunia ini kepada mereka. Karena mereka mempromosi Tuhan, mereka menjadi orang Tuhan, maka Tuhan backing mereka. Tuhan serahkan dunia pada mereka, Tuhan jadikan mereka mulia, Tuhan jadikan bangsa lain di dunia ini duduk di bawah mereka.

Kalau kita ingin mengulangi sejarah mereka, kita mesti tukar cara kita berfikir dan berperasaan. Dari sibuk ke seluruh dunia untuk cari makan, diubah untuk mempromosi Tuhan. Tuhan akan bagi dunia ini pada kita.

Moga-moga kuliah ini menjadi pemangkin bagi kita untuk mengubah diri kita dari pada berjuang untuk cari makan, ditukar kepada berjuang mati-matian utk mempromosikan Tuhan. Semoga kita selamat dunia dan akhirat.
SEKIAN