Saturday, April 11, 2009

DALAM MEMBURU KITA DIBURU

Di dalam hidup manusia, sama ada dia sedar atau tidak, ada dua perkara yang berlaku ke atas dirinya. Iaitu dia sentiasa memburu atau diburu. Kalau dia tidak memburu dia pasti diburu.

Perkara yang diburu itu pula adakalanya dapat dan tidak kurang juga yang kecundang. Tapi manusia tidak berputus asa. Diteruskan juga buruannya sampai dapat. Malangnya, dalam masa memburu, kadang-kadang perkara-perkara yang ditegah oleh Tuhan pun dia sanggup lakukan.

Demikianlah bila nafsu sudah bermaharajalela, manusia sudah tidak kira, dia sanggup buat apa sahaja. Cuma, dalam masa manusia memburu kehendak nafsunya itu, biasanya manusia seringkali terlupa bahawa dia juga sedang di buru.

Apa dan siapa yang sedang memburu manusia?

Yang pertama,
bukankah manusia sentiasa diburu oleh Malaikat `Atid yang merekod segala kesalahannya? Segala bentuk dosa; tidak kira sama ada dosa kecil apalagi dosa besar, semuanya akan dirakamkan di dalam `fail amalan`nya. Bahkan kata Allah, sebesar zarah pun tidak ketinggalan akan direkod oleh malaikat pencatat itu.

Yang kedua,
manusia sentiasa diburu oleh SB (Special Branch) Tuhan. Allah perintahkan SB-Nya itu untuk menangkap hamba-hamba-Nya yang sedang leka memburu. SB ini namanya Malaikat Maut. Tidak ada seorang pun manusia yang terlepas dari tangkapannya. Adakalanya di tangkap di istana, adakalanya di tangkap di pejabatnya, ditangkap sewaktu berdua-duaan bersama `mata air`nya, ditangkap sewaktu di rumah bersama keluarga. Merata-rata tempat SB Tuhan menangkap mangsanya. Yang bernasib baik, dia ditangkap sewaktu melakukan ibadah dan dalam keadaan sedang melakukan ketaatan kepada Tuhan.

Kemudian mangsa yang ditangkap itu akan direman dilokap Alam Barzakh namanya. Di sana sekali lagi roh-roh manusia (yang jasadnya mungkin sudah hancur) diburu lagi oleh SB-SB yang lain pula. SB-SB yang bengis-bengis ini bernama Mungkar dan Nakir. Sekali mereka bersuara, bagaikan halilintar membelah bumi. Kalau tidak dapat menjawab dengan betul, manusia itu akan dilanyak, dibelasah dengan kejamnya. Remuk-redamlah tulang-belulang manusia dibuatnya. Setelah itu Tuhan perintahkan tubuh badan yang hancur luluh itu menjadi elok semula. Kemudian dibelasah lagi berterusan hingga berlakunya Qiamat. Justeru itu wahai manusia, marilah kita beringat-ingat. Sewaktu kita sedang leka memburu, kita juga sedang diburu. Buruan kita itu belum tentu dapat kita tangkap, tetapi kita yang menjadi buruan pasti akan ditangkap

Related Posts:

  • Tanda Orang Yang Kenal TuhannnyaAda orang mengatakan yang dia kenal Tuhan. Ada orang mengatakan yang dia cinta Tuhan. Benarkah begitu? Sedangkan yang kata kenal Tuhan itu hanya boleh cerita tentang Tuhan. Menceritakan tentang Tuhan itu sebenarnya baru tahu … Read More
  • Sikap Tawadhuk Yang Perlu DicontohiMengapa perlu tawadhuk? Tawadhuk adalah salah satu sifat mahmudah. Tawadhuk ialah lawan kepada sifat sombong. Orang yang ada sifat sombong itu dibenci Tuhan. Jika tidak dibuang sifat sombong tersebut dalam dirinya, dan dia ma… Read More
  • RAHMAT TUHANKeredhaan Tuhan itu penting. Buatlah apa saja asal mengharapkan keredhan Tuhan. Jika Tuhan sudah redha maka yang lain tidak ada nilainya. Mengharap rahmat dan keredhaan Tuhan itu penting. Lupakan saja segala amal kebaikan, se… Read More
  • Rasa-rasa di Dalam IstiqhfarBeristighfar itu adalah perkara biasa yang kita lakukan selepas sembahyang. Ianya seperti sudah menjadi kelaziman. Walaupun ia bukan wajib, tapi seolah-olah menjadi kewajiban. Apa yang sebenarnya dituntut daripada istighfar i… Read More
  • IKUTLAH DISIPLIN TUHAN SEPANJANG HARIRenungan: *Apabila bangun tidur sahaja di waktu Subuh, mulakanlah dengan Tuhan. Ingatlah Tuhan. Dia adalah Kawan Setiamu. *Apabila nanti kamu menyembah-Nya di dalam solatmu, engkau akan mudah mengingatinya. Engkau akan rasa… Read More

0 comments:

Post a Comment