Thursday, April 9, 2009

LAGU RINTIHAN SEORANG HAMBA

Rintihan Seorang Hamba

Orang Mukmin yang sejati,
jika terbuat dosa, hatinya luka punah
Sedih dan derita,
Jiwanya parah tak boleh melupakannya sepanjang masa,
Kalau ia anggota lahir tentu nampak berdarah,
Kalaupun sembuh dari lukanya
Namun parutnya masih ada,

Begitulah halus perasaan,
Seorang hamba yang berdosa,
Ia tak boleh melupakannya sepanjang masa
Bagaimana ia boleh melupakannya,
Kerana parutnya masih ada
Ertinya ingatannya pada dosa,
Tak boleh dilupakannya
Teringat saat-saat, jiwanya terseksa,
Teringat saja hatinya derita
Payah sekali dia mahu melupakannya


0 comments:

Post a Comment