Monday, April 6, 2009

KUAT JIWA VS KUAT PERASAAN


Di kalangan kita barangkali sukar untuk membezakan diantara kuat perasaan dengan halusnya perasaan. ianya tidak disedari oleh orang awam(awamul muslimin) tetapi cukup disedari dikalangan orang yang mempunyai ilmu firasat yang tinggi. Oleh itu tertipunya sesetengah kita kerna dianggapnya kuat perasaan itu sesuatu yang baik. Pada pengamatan ilmu orang-orang Tuhan, kuat perasaan itu lahir dari jiwa yang bermazmumah(jiwa kotor) sedangkan halusnya perasaan itu lahirnya dari jiwa mahmudah(jiwa mulia).

Sejak manusia dilahirkan telah dibekalkan dengan sifat-sifat fitrah iaitu suka kepada kebaikan dan benci akan sifat kejahatan. tetapi andainya fitrah manusia ini membesar melalui didikan, pergaulan, suasana yang tidak mengikut acuan Islam, Iman dan Ihsan maka fitrah yang baik ini akan menjadi sebaliknya. Fitrah yang baik ini mampu membina jiwa yang suci melalui didikan, asuhan dan pergaulan yang benar mengikut acuan yang telah digariskan oleh Tuhan. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, makanan roh yang baik akan menghasilkan roh yang sihat(mahmudah) sedangkan makanan roh yang yang rosak akan menghasilkan roh yang rosak(mazmumah). Hasil roh inilah yang akan dizahirkan pada tingkahlaku, fikiran, tuturkata manusia. Roh yang baik akan melahirkan manusia yang sentiasa memikirkan jalan-jalan kebaikan. Di dalam akalnya sentiasa merancang, membina program hidupnya kearah kebaikan dirinya , keluarganya, masyarakatnya, bangsanya, negaranya. Roh yang baik itu juga akan diperlihatkan melalui tutur katanya. Akan keluarlah dari mulutnya ilmu-ilmu, nasihat-nasihat yang mengarahkan kepada kebaikan. Roh yang baik itu juga akan dizahirkan melalui perbuatannya yang baik-baik. Perbuatan itu pula dizahirkan secara automatik bukannya dilakon-lakonkannya. Roh yang baik ini juga akan mecanai hatinya, maka keluarlah buah akhlaknya iaitu perasaan yang sangat halus. Perasaan yang halus inilah buah mahmudah.

Begitu juga jika roh itu diberikan makanan yang rosak, maka rosaklah juga segala akalnya, perbuatan-perbuatanya dan tuturkatanya. Roh yang rosak akan memikirkan jalan-jalan mengenyangkan mazmumah. Antara akal yang dirosakkan oleh roh mazmumah ialah akalnya memikirkan kekayaan, kemewahan, keegoan, status, mencari jalan untuk menjatuhkan orang lain. Dilihat juga pada akal yang rosak ini pada apa yang dibaca atau ditontonya umpamanya dibaca novel yang berunsurkan percintaan, filem percintaan, ganas dan lucah. Roh yang rosak akan mencanai supaya kuat perasaan seperti kecewa, putus asa, cemburu, dengki, riya, sombong, kedekut dan seumpamanya lagi. Roh yang rosak juga akan dizahirkan pada tuturkata. tuturkata tidak mengandungi ilmu atau nasihay yang bermanfaat seperti nasihat supaya solat, takutkan Tuhan, nasihat supaya bertaqwa dan lainya lagi. tetapi lahir tuturkata seperti maki-memaki, mencarut, bercakap kasar, meninggikan suara. Termasuk tuturkata lara juga ialah tuturkata yang membuai perasaan seperti cinta kepada manusia, pujuk memujuk ke arah maksiat. Roh yang jahat itu juga dizahirkan secara automatik didalam amal perbuatannya atau gerak gaya kehidupannya. Kakinya lebih suka melangkah ke tempat maksiat dan hiburan tetapi berat untuk melangkah ke masjid. Tangannya lebih suka meminta-minta tetapi kedekut untu memberi. Pekerjaaanya dikira-kira umpamanya dikira gaji lebih masa(overtime), mengeluh-ngeluh jika diberi kerja lebih. Begitu juga hal-hal lahir dimewah-mewahkan seperti pakainan, rumah, kereta, harta benda tetapi kedekut untuk mengeluarkan derma, sedekah bahkan zakat sekalipun. hal-hal dunia sangat berkira, tetapi hal-hal akhirat dipandang ringan sahaja. Akhirnya roh yang rosak ini kan buah kepada mazmumah iaitu kuatnya perasaan.

Oleh itu orang-orang Tuhan kena mainkan peranan. baca, lihat, kaji anak-anak buah kita termasuk juga diri sendiri.. suluh diri mereka dengan pandangan makrifat. Andai nampak adanya tanda-tanda mazmumah ini, cepat-cepat susun langkah dengan ilmu yang Tuhan bekalkan itu digunakan untuk mengekang mazmumah itu tadi. Dalam pada masa yang sama jika dilihat adanya sifat-sifat mahmudah maka cepat-cepat, susun langkah dengan ilmu Tuhan itu agar dapat menyuburkan mahmudah itu sehingga membuahkan perasaan yanh halus.

Antara beza kuat perasaan dengan halus perasaan adalah seperti berikut:

1. Orang kuat perasaan mudah rasa kecewa. gagal berniaga, kecewa. Bercerai suami isteri, kecewa. Orang tak ambil peduli, kecewa. Tak dapat ke universiti, kecewa. hilang pekerjaan, kecewa. Orang halus perasaan sebaliknya bahkan rasa malu dengan Tuhan. Bercerai pun bahagia apatah lagi kalau rumahtangaa aman damai. Ditinggalkan sendirian pun bahagia apatah lagi beramai. Miskin pun bahagia apatah lagi kaya. Makan ikan kering pun bahagia apatah lagi makan sate. Malah timbul pula rasa malu kepada Tuhan, andainya segala yang dia ada takut-takut hilang rasa kesyukuran. jiwanya sangat kuat dengan takdir Tuhan, dia terima apa saja apa yang Tuhan takdirkan padanya.

2. orang kuat perasaan mempunyai perasaan hasad dengki. tak boleh orang lebih darinya. Kalau orang buat rumah lebih besar dari rumahnya maka dengki lah hatinya, memberontak jiwanya..di cari jalan supaya dia boleh buat lebih besar atau didoakan agar rumah yang tadi terbakar dan sebagainya. kalau ada kedai lebih maju disebelahnya, perasaannya rasa tak senang..dituduh macam-macam, bela hantu, pakai pelaris atau dituduhnya orang sebelah menyihirkan kedainya sehingga orang tak datang ke kedainya. Orang yang halus perasaan sebaliknya.. Jika ada kedai disebelahnya maju, maka didoakannya moga diberkati rezeki jirannya, diajak berbincang moga-moga dapat diajarkan ilmu padanya bahkan kalau dia ada modal, diberikan kepada jirannya agar kedai jiran kan bertambah maju. Andai kedainya tak maju, hatinya tak rasa sakit, bahkan merintih dirinya kepada Tuhan , bimbang-bimbang kerna disebabkan dosa-dosanya. Ditambah ibadah-ibadah sunatnya. Bertambah doanya, bertambah tahajudnya, bertambah solat sunatnya, bertambah wirid zikirnya.
3. Orang kuat perasaan mudah cemburu. Suami balik lewat , cemburu. Ada jiran berbual dengan suaminya, cemburu. Kalau jiran ada tv besar, cemburu. Bahkan dicari jalan agar perasaan cemburunya dipenuhi. Dipaksa-paksa suami mengikut telunjuknya. Orang kuat jiwa sebaliknya, perasaannnya halus, penuh dengan sangka baik. suaminya lewat, disangkakan suaminya keluar mencari rezeki, pergi berjuang, menambahkan pahala di masjid. Di hatinya terhindar dari sangka-sangka yang tidak baik. bahkan waktu suaminya lewat, didoakan suaminya agar selamat, kuat iman, lebih laju perjuangannya, bertambah berkat rezeki yang dicari. Dibantunyya suami dengan memperbanyakkan doa, sembahyang istikharah, sunat ghaib(bantuan), wirid zikir dan seumpamanya.

3. Orang kuat perasaan, mudah menangis dalam hal-hal yang tidak memenuhi dunianya. Gembira dan ketawa besarlah kalau hak dunianya dipenuhi. Menangis sebab tak cukup makan, menangis sebab papa kedana, menangis kalau suami atau isteri tak memenuhi kehendaknya, menangis rumah terbakar, menangis kalau ada yang disayanginya meninggal dunia dan pelbagai lagi kehendak dunianya. Orangf halus perasaa(kuat jiwa) sedih dalam soal-soal akhira. hatinya menangis dan merintih kalau terbuat dosa, menangis kalau tertinggal solah, menangis kalau terlupa bangun tahajud, menangis kalau hari itu terlupa baca Quran, menangis jika jauh dari pimpinan mursyid bahkan hatinya bimbang kalau kaya, bimbang kalau senang, bimbang kalau sihat, bimbang kalu terlalu banyak nikmat dunia datang padanya. Diperbanyakkan sedekah, doa, solat dan seumpamanya. menangis kalau lihat orang miskin, orang sakit dan sebagainya. Lebih-lebih lagilah dia bimbang dan merintih kalau orang-orang yang diamanhkan kepadanya seperti isterinya, anak-anaknya, pekerja-pekerjanya tidak menegakkan syariat Tuhan. Dicari-cari jalan supaya syariat di dapat dilaksanakan melalui kata-kata dan dakwah yang penuh hikmah.

Bersambung lagi...

0 comments:

Post a Comment