Wednesday, April 15, 2009

BAJAILAH JIWA

Dari Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda:

"Memadailah dengan mati itu sebagai pengajaran (penasihat, peringatan)." (Riwayat Tabrani)

Dalam menempuh hidup yang penuh ranjau ini umat Islam perlu memiliki sifat dan sikap positif. Umat perlu cekal, tabah, sabar, kuat kemahuan, bercita-cita tinggi, bersemangat kental, bersungguh-sungguh mahu maju ke hadapan.

Manakala sifat dan sikap negatif perlu dikikis, dibuang dan dihindari. Sewajarnya tidak ada dalam kamus hidup umat Islam erti kecewa, kecundang, tewas, mundur dan menyerah kalah. Andainya berlaku juga kegagalan, biarpun seribu kali, anggaplah kegagalan itu sebagai anak kunci kepada seribu kejayaan.

Umat Islam sentiasa berhadapan dengan berbagai cabaran. Andainya kini kita mundur dan tewas generasi warisan akan merasa kesal dan kecewa. Sedang umat Islam bergelut untuk menguasai berbagai bidang kemajuan, di waktu yang sama keruntuhan akhlak masyarakat berlaku dengan serius,

Marilah kita semua menyuburkan jiwa agar sentiasa segar, ceria, bermaya, teguh dan utuh. Kerana ini merupakan modal penting dalam pertarungan di sudut atau aspek apapun. Kalau kita menyingkap sejarah orang-orang yang berjaya, di sana terselit satu rahsia yang jarang tersingkap iaitu kekuatan jiwa. Bajailah jiwa dengan banyak mengingati mati serta perkara yang bersangkutan dengannya. Rasulullah SAW meletakkan kedudukan mengingati mati itu sebagai mencukupi dan memadai sebagai juru nasihat, pemberi ingat, menjadi iktibar dan tali kekang, pengawal hala tuju kehidupan umat Islam.

Mengingati mati membawa natijah kepada pembinaan sifat-sifat positif dan menguatkan jiwa. Ianya juga sebagai pengawal dari terjerumus kepada perkara-perkara negatif. Apabila seseorang akan terlajak atau terlanjur, dengan mengingati mati nescaya akan kendur nafsu yang rakus dari berbuat kejahatan.

Apabila terasa lemah dalam menghadapi godaan dan pujuk rayu syaitan, kekuatan jiwa akan kembali segar apabila ingat bahawa kita akan berhaadapan dengan Allah SWT selepas mati. Seseorang tidak akan mudah terpesong aqidahnya dan tidak mudah jatuh ke lembah maksiat dan mungkar sekiranya dia ingat bahawa hidup ini sementara yang sedetik bagaikan mimpi. Sebaliknya Akhirat kekal dan abadi.

Kesenangan dan kesusahan dunia ini terlalu kecil berbanding kesenangan dan kesusahan Akhirat. Oleh itu janganlah kerana memburu kesenangan yang sedikit dan takut kepada kesusahan yang kecil sampai menderhakai Allah SWT hingga terlepas dari kesenangan yang hakiki dan abadi serta dilemparkan ke Neraka yang merupakan azab sengsara yang hakiki

Related Posts:

  • ORANG MUKMIN DAN SIKAPNYA1.Sikap orang mukmin dengan Allah, Tuhannya Tuhan sangat dibesarkannya, melalui ibadah sembahyang, zikir, membaca Al Quran, tasbih dan tahmid. Rasa bertuhan sangat mendalam hingga terserlah pada mukanya dan sikap hidupnya. Mi… Read More
  • ALANGKAH SUSAHNYA UNTUK BERLAKU IKHLASIkhlas adalah salah satu daripada sifat-sifat mahmudah yang paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan, para malaikat pun tidak tahu. Yang punya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu apakah amalan seseor… Read More
  • BAGAIMANA MENGIMBANGI ANTARA DUNIA DENGAN AKHIRATDalam kitab ada menyebut bahawa Hadis Rasulullah SAW ada memberitahu: Maksudnya: “Bukanlah kebaikan itu orang yang meninggalkan dunianya kerana Akhiratnya dan tidak juga orang yang meninggalkan Akhiratnya kerana dunianya seh… Read More
  • Hindari Perkara yang Mematikan HatiPembunuh jiwa atau mematikan hati banyak perkaranya Kenalah jaga bersungguh-sungguh jangan sampai menimpanya Orang yang jiwa mati atau buta hati merosak manusia dan dunia Bahkan perosak segala-galanya terutama agama Di antara… Read More
  • Pegangan Hidup Punca DeritaBagaimana jiwa engkau tidak derita Ketentuan Tuhan engkau tidak redha Dengan ujian, kesabaran engkau tidak ada Apa sahaja engkau buat minta pujian manusia Bukan semua manusia yang boleh memujimu Jika tidak dipuji sudah tentu … Read More

0 comments:

Post a Comment