Friday, April 10, 2009

BIARLAH MEMILIH DALAM MENCARI PASANGAN


Mencari pasangan hidup itu,
bukan seperti memilih ikan di pasar,
boleh dibelek-belek, ditekan-tekan, dibolak-balikkan,
Kekadang nampak segar di luarnya tetapi busuk di dalamnya,
kalau elok pun tak tahan lama,
2-3 hari busuklah ia.
Andai busuk tak disimpan lagi walaupun mahal
Dibuang jauh-jauh ke dalam tong sampah

Tidak juga seperti membeli kucing yang comel,
Mandinya dipaksa setiap pagi,
Makannya disediakan setiap hari,
Sihat kurus bergantung kepada tuan,
Tidak pandai mengurus diri,
Walau cantik kekadang menyakitkan hati
Kerna terpaksa mencuci najis setia kali

carilah pasangan hidup itu,
Seperti mencari mutiara di dasar laut,
Bukan semua orang mampu mengambilnya,
Mendapatkannya perlu menjadi pakar selaman,
Ada ilmu menentukan lokasi dan cara mendapatkannya,
Pandai pula selok belok menjauhi musuh di laut,
Kenal pula yang palsu dan yang tulin
Walaupun mendapatkannya penuh kesukaran,
Namun harganya mahal di pasaran
Menjadi kegilaan manusia memilikinya

Related Posts:

  • BUAT SUAMIKU:BERTAQWALAHWahai suamiku, belahan jiwaku! Ketahuilah bagaimana susahnya engkau membendung keinginanmu untuk menikah lagi, begitulah susahnya isterimu untuk memujuk nafsu agar setuju engkau menambah isteri. Kalau engkau juga kelihatan ti… Read More
  • 10 PASANGAN KAHWIN KALI KEDUA DIRAI KELUARGA DARI BERITA HARIAN KODIANG: Seramai 13 pasangan pengantin mengabadikan hari bersejarah mereka menerusi majlis persandingan beramai-ramai yang dianjurkan syarikat Bumiputera (GLOBAL IKHWAN SDN BHD) yang berl… Read More
  • MAJLIS PERKAHWINAN DI BANDAR COUNTRY HOMES RAWANGPada 7 hb Jun 2008 bertempat di Bandar Country Homes Rawang Selangor telah di adakan majlis perkahwinan beramai-ramai yang meraikan 8 pasangan pengantin. Majlis perkahwinan ini diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti pers… Read More
  • ASAS-ASAS RUMAHTANGGA BAHAGIA Adalah tidak mudah membina rumahtangga bahagia, walaupun ramai orang memperkatakannya. Ini kerana membina dan memperkatakan adalah dua perkara yang amat berbeza.Memperkatakan rumahtangga bahagia itu mudah kerana ianya hanya… Read More
  • PERANAN AYAH DAN IBU DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK Ibu penyejuk hati, ayah penyemangat jiwa, ayah pembangun jiwa, ibu penyuburnya. Anak-anak selalu dengan ibu maka jagalah akhlak mereka melalui pengajaran, melalui didikan dan yang paling berkesan melalui tauladan. Ayah jaran… Read More

0 comments:

Post a Comment