Thursday, April 30, 2009

KOMUNIKASI ROH

Ketika Sayidina Umar Al Khattab memegang tampuk pemerintahan Islam yang berpusat di Madinah, beliau telah menghantar utusan kepada Yazdajird, Raja Parsi, menyerunya agar memeluk Islam. Malangnya seruan itu ditolak. Yazdajird rela berperang dari menerima seruan tersebut.

Peperangan tidak dapat dielakkan lagi... ramai tentera Parsi terbunuh manakala Yazdajird melarikan diri ke Hulwan. Apabila tentera Islam tiba di Hulwan, Yazdajird dan tenteranya sempat lari ke Asfahan dan berjaya mengumpul kekuatan 60 ribu orang untuk mengepung 3 ribu tentera Islam yang dipimpin oleh Sariyah Ibnu Zanim Al Halaji di tempat bernama Bab Nahawan.

Sariyah rasa tersepit dan bercadang mahu berundur dan kedudukan mereka.

Sayidina Umar yang ketika itu sedang berkhutbah di atas mimbar masjid di Madinah, tiba-tiba diperlihatkan oleh Allah kegawatan tentera Islam di Bab Nahawan.

Beliau lantas bertempik: "Wahai Sariyah! Jangan kau berganjak dari balik bukit itu! Siapa yang memilih serigala untuk mengawal kambingnya adalah orang yang zalim (aniaya)."

Sidang jemaah yang mendengar perubahan mendadak khutbah Sayidina Umar turut menyedari bahaya yang sedang menimpa tentera Islam di medan perang itu... Allah telah memperdengarkan suara tersebut hingga sampai kepada Sariyah dan juga tenteranya.

"Itu suara Amirul Mukminin!"

Lalu mereka pun berbuat seperti yang diperintahtan oleh suara tersebut. Bantuan ketenteraan kemudiannya sampai dari Kufah dan Basrah. Satu pertempuran hebat berlaku dan tentera Parsi dapat dikalahkan walaupun mereka mempunyai tentera yang jauh lebih besar dari tentera Islam.

Sebenarnya komunikasi kerohanian sebegini bukan sahaja berlaku di antara Sayidina Umar dan Sariyah yang merupakan faktor penting kemenangan Islam itu, tetapi juga kepada para pejuang Islam yang bertaqwa zaman-berzaman. Apakah ia boleh juga berlaku di zaman ini ? Jawapannya: Tidak mustahil jika Allah menghendakinya dan jika tentera Islam telah memiliki sifat taqwa!

Related Posts:

  • Kebenaran hanya datang dari TuhanAllah berfirman dalam al Quran yang maksudnya : " Kebenaran itu datang dari Tuhanmu dan janganlah kamu menentangnya." (Al Baqarah 147) Kebenaran atau yang hak itu berasal dari satu sumber saja iaitu dari Tuhan. Ertinya akid… Read More
  • ERTI ATAU TAKRIF SABARAmat banyak disebut oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam menggambarkan kelebihan sifat sabar. Kemuncak atau yang tertinggi Tuhan sebut dengan pengertiannya iaitu tiadalah bagi orang yang sabar itu melainkan masuk syurga ta… Read More
  • Penolakan Kebenaran oleh Orang BanyakBerikut ini beberapa kisah di mana orang kebanyakan justru menolak kebenaran, sementara yang menerima kebenaran hanya sedikit saja. Kisah Nabi Nuh Bukankah Nabi Nuh as. seorang Rasul yang Ulil Amri, Ulul Azmi yang panjang umu… Read More
  • Panduan Untuk Para Guru, Pendidik dan PendakwahDalam Al Qur’an Allah berfirman : Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan berbahaslah(berbicang) dengan mereka dengan cara yang baik. (QS An-Nahl : 125). Ayat di atas menjelaskan bahawa perl… Read More
  • Sikap Nafsu Terhadap TuhannyaAllah berfirman di dalam Al Quran: “Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah orang yang mengotorinya.” (QS Asy Syams 9-10) Islam menganggap nafsu itu sebagai musuh manusia. Allah SWT telah menegaskan: “Sesu… Read More

0 comments:

Post a Comment