Saturday, April 11, 2009

ISLAM MELARANG CINTA BERPANJANGAN



Sebenarnya dalam persoalan cinta ini, memang tidak dapat dielakkan, bila sudah timbul keinginan terhadap seseorang, cinta itu akan datang sendiri. Perasaan itu adalah fitrah semulajadi yang tidak perlu diajar atau didatangkan. Sebab itulah Islam amat melarang pergaulan bebas kerana ia boleh merangsang fitrah dan keinginan kepada jantina lain itu.

Apabila seseorang sudah ada keinginan terhadap seseorang yang lain, ada jalan penyelesaiannya yang telah ditentukan oleh Islam. Jika ia mampu untuk berkahwin, digalakkan ia terus berkahwin. Jika tidak ia harus berpuasa untuk melawan keinginannya itu. Bagi mereka yang sudah mampu untuk berkahwin,waktu itulah diharuskan pihak lelaki meminang si anak dara tersebut.

Sewaktu majlis pertunangan itu kedua-dua pasangan teruna dan dara ini boleh dipertemukan dengan ditemani muhrim mereka. Dalam ajaran Islam, harus ditemukan supaya kita tahu apakah mereka setuju untuk meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. Waktu kali pertama pertemuan itulah timbul rasa cinta antara mereka. Bila sudah berjumpa dan ada rasa hati, kahwinkan segera agar kehangatan cinta mereka itu boleh merangsang kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Tapi apa yang berlaku di dalam masyarakat kita, setelah lebih tiga atau empat tahun bercinta, barulah mereka hendak memikirkan untuk mendirikan rumahtangga bersama. Ini sudah terlambat. Ibarat tebu yang hilang manisnya; tinggal hampas sahaja. Manisnya sudah hilang sepanjang masa perkenalan itu. Akibatnya bila mereka mendirikan rumahtangga, kasih sayang antara mereka semakin hambar.

Tidak pelik, jika kita dengar ada pasangan yang baru dua tiga bulan mendirikan rumahtangga, terus bercerai. Islam tidak mempersoalkan tentang sama ada perlu bercinta sebelum kahwin atau cinta selepas kahwin. Tapi yang dilarang ialah cinta yang berpanjangan sebelum kahwin boleh menyebabkan kehangatan kasih sayang itu akan terus malap setelah bernikah.

Justeru itu Islam sangat menggalakkan agar pasangan yang sudah jatuh hati antara mereka sewaktu bertunang dicepatkan proses pernikahan mereka agar kasih sayang terus bertaut dan tidak terus malap . Sebaliknya jika sewaktu bertunang, kedua-duanya atau salah seorang dari mereka tidak terpaut antara mereka, eloklah jika pertunangan itu diputuskan sahaja. Begitulah Islam memberi jalan keluar kepada persoalan cinta.

Related Posts:

  • PERKAHWINAN IBARAT MEMBANGUNKAN MASJID Dalam masyarakat Melayu Islam memang sering mengungkapkan bahawa perkahwinan atau berumahtangga itu sebagai membangunkan masjid. Tanpa huraian mendalam pun, sudah ada satu tanggapan atau persepsi bahawa membina rumahtangga i… Read More
  • Awasi hubungan suami isteri elak perceraianSemua orang tahu bahawa perceraian sesuatu yang halal tetapi dibenci Allah. Sememangnya semua orang tidak mahu bercerai dengan pasangannya tetapi akhirnya terjadi juga sama ada sedar atau tidak. Persoalannya kenapa hal ini bo… Read More
  • POLIGAMI TERANCANG DAN TERPIMPIN ASAS PEMBINAAN EMPAYAR" Poligami, walaupun wujud dalam Islam tetapi ia adalah satu perkara yang sangat terasing dan terpinggir. Seolah-olah ianya tidak wujud dalam ajaran Islam. Sesiapa yang mengamalkannya dianggap satu kesalahan yang tidak boleh … Read More
  • PERBUALAN SUAMI ISTERI YANG TIADA ROH(JIWA) ISLAM Secara umum, bagi suami isteri yang tidak ada cita-cita Islam, di waktu ada masa terluang, mungkin menjelang tidur, waktu rehat-rehat, selepas balik daripada kerja atau di waktu-waktu cuti, perbualan mereka biasa berkisar se… Read More
  • Poligami, suami atau isteri siapa dulu tempah ke neraka?Membaca rencana keluaran lalu, ramai yang bertanya mengapa pula poligami boleh mengundang kepada neraka, bukankah poligami sunnah Rasulullah. Benar, sesiapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah akan beroleh pahala, syurga. Teta… Read More

0 comments:

Post a Comment