This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, February 28, 2009

MANUSIA DAN PUNCA KEROSAKANNYA


Manusia rosak banyak sebabnya.Ada sebab luaran dan ada sebab dalaman. Ada sebab lahir dan ada sebab batin. Namun kalau semua sebab-sebab itu dianalisa, puncanya dapat dirangkumkan ke dalam tiga perkara yang pokok.

Pertama adalah kerana manusia sudah kehilangan Tuhan.
Kedua kerana ketandusan kepimpinan
Ketiga kerana sistem hidup manusia sudah punah ranah.

Manusia Sudah Kehilangan Tuhan
Manusia umumnya sudah kehilangan Tuhan. Manusia sudah melupakan Tuhan. Tuhan sudah tidak lagi menjadi teras dan pegangan dalam hidup manusia.Tuhan sudah tidak lagi menjadi matlamat hidup manusia. Dalam banyak hal, Tuhan diketepikan dan dikesampingkan. Tuhan tidak diletakkan dihadapan. Manusia sudah tidak merujuk lagi kepada Tuhan.Manusia sudah tidak patuh lagi kepada hukum-hakam dan peraturan Tuhan. Malahan hidup manusia bukan lagi untuk Tuhan.

Manusia sudah tidak cinta dan tidak takut dengan Tuhan.Tempat Tuhan telah digantikan dengan tuhan-tuhan palsu yang lain. Secara sedar atau tidak, Tuhan telah digantikan dengan dunia, dengan pangkat dan kuasa, dengan hartabenda dan kekayaan, dengan wang ringgit, dengan nama dan glamour, dengan populariti, kemasyhuran dan sebagainya. Untuk ini semualah tujuan manusia hidup, bukan lagi untuk mendapat Tuhan.

Hatta, orang agama yang lahirnya nampak macam kuat beragama juga kehilangan Tuhan. Dalam solat mereka, tidak ada Tuhan. Dalam puasa mereka tidak ada Tuhan. Dalam zakat dan haji mereka tidak ada Tuhan. Dalam wirid, zikir dan bacaan Quran mereka juga sudah tidak ada Tuhan. Paling baik, mereka mengejar pahala dan fadilat, bukan Tuhan. Pahala dan fadhilat jadi matlamat, bukan Tuhan.Mereka hanya membesarkan syariat, bukan membesarkan Tuhan. Di samping itu,ramai juga orang agama yang mengejar nama dan jawatan diatas ilmu dan amalan agama mereka.

Segala apa yang manusia fikirkan, segala apa yang manusia mahukan dan segala apa yang manusia rasakan, kesemuanya tertumpu kepada matlamat material dan keperluan hidup didunia semata-mata. Bukan untuk mengabdikan diri, berbakti atau untuk mendapat redha, rahmat, kasih sayang dankeampunan Tuhan.

Manusia sudah tidak yakin lagi dengan Tuhan. Sudah tidak tawakkal, tidak berserah diri dan tidak bergantung harap dengan Tuhan. Manusia menyangka seolah-olah Tuhan itu tidak ada peranan dalam hidup mereka. Mereka menganggap Tuhan tidak relevan dalam hidup mereka. Kalaupun lidah mereka tidak menyebut tetapi tindak tanduk dan amalan mereka membuktikannya. Mereka lupa dengan firman Allah SWT: Maksudnya: Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdi diri kepada-Ku. (Az-Zariat:56)

Ramai manusia percaya kepada Tuhan. Tetapi mereka hanya setakat percaya sahaja. Orang Yahudi percaya Tuhan.Orang Nasrani percaya Tuhan. Orang Hindu pun percaya Tuhan. Malahan, kalau ditanya kepada setiap manusia dimuka bumi, siapakah yang menjadikan alam ini? Merekasemua akan berkata bahawa Tuhan yang menjadikannya. Tetapi percaya bukan satu keyakinan. Percaya bukan suatu itiqad. Percaya sahaja tidak cukup sebagai aqidah danpegangan. Yang sedihnya, ramai orang Islam sendiri baru setakat percaya dengan Tuhan. Ia belum menjadi aqidah ataupegangan. Mereka percaya Tuhan itu ada tetapi wujudnya Tuhan itu tidak memberi apa-apa kesan kepada matlamat dancara hidup mereka. Mereka percaya Tuhan itu ada tetapi dalam kehidupan seharian, mereka bertindak seolah-olah Tuhan itu tidak wujud. Mereka ini termasuk golongan orang-orang yang kehilangan Tuhan.

Bilamana manusia melupakan Tuhan, maka Tuhan pun melupakan mereka. Bilamana manusia memutuskan hubungan mereka dengan Tuhan, maka Tuhan pun berlepas diri dari mereka. Tinggallah manusia terumbang-ambing dalam arus kehidupan dunia. Tuhan tidak memimpin mereka lagi. Tuhan tidak membela mereka lagi. Manusia hanyut dalam kesesatan dan dibawa arus menuju kehancuran. Hidup manusia menjadi kucar-kacir, kelam-kabut dan haru-biru. Manusia dilanda berbagai gejala dan penyakit sosial. Hilang kasih sayang.

Punca Rosaknya Manusia
Hilang perpaduan. Manusia bergaduh dan berperang. Jenayah berleluasa. Timbul kezaliman, penindasan dan tekan-menekan sehingga manusia cemas dan ketakutan. Perangai manusia tidak ubah seperti haiwan. Ini semua adalah akibat manusia meninggalkan Tuhan.

Manusia hilang tempat mengadu. Hilang tempat merujuk.Hilang tempat berserah dan bergantung harap. Hilang tempatmeminta pertolongan. Alangkah ruginya manusia kalau sudah kehilangan Tuhan.

Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dia didatangi oleh pemuka-pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secaraberamai-ramai. Dia menolak tetapi pemuka-pemuka tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.

Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka,beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing-masing.Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.

Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah. Dia cuba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.

Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek sahaja.Dia berkata: Tuan-tuan dan para hadirin sekelian. Tuhan tuan-tuan semua berada di bawah tapak kaki saya.

Dengan itu, majlis terkejut dan menjadi gempar dan riuh rendah.Para hadirin terasa terhina dan tidak puas hati.Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati ramai dan terkenal dengan ilmu dan kewarakannya boleh berkata begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.

Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat tahu, diarahnya kadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika diadapati bersalah, hendaklah dihukum pancung.

Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak ramai,Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan.

Kadhi bertanya, Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahawa tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?

Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab, Benar, saya ada kata begitu.

Kadhi bertanya lagi, Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu?

Jawab Syeikh Abdul Qadir , Kalau tuan kadhi mahu tahu, silalah lihat tapak kaki saya.

Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang kasyaf.

Fahamlah kadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajar bahawa semua orang yang beribadah pada malam yang berkenaan itu sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka tetap bertuhankan dunia yang duit satu dinar itu menjadi lambang dan simbolnya.

Kalau di zaman Syeikh Abdul Qadir Jailani pun manusia sudah hilang Tuhan dalam ibadah mereka, apatah lagi di zaman ini. Itu dalam ibadah. Kalau dalam hidup seharian, sudah tentu Tuhan tidak langsung diambil kira.
Manusia Ketandusan Kepimpinan

Manusia sudah tidak terpimpin lagi kerana manusia sudah ketandusan kepimpinan. Oleh itu, manusia hanyut dan sesat dalam kehidupan ini tanpa menuju ke sesuatu arah yang tertentu dan tidak dapat memenuhi tujuan dan maksud mengapa manusia itu dijadikan. Manusia sudah tidak berfungsi sebagai manusia lagi.

Pemimpin yang ada di dunia sekarang sebenarnya bukan pemimpin. Bush bukan seorang pemimpin. Blair juga bukan seorang pemimpin. Begitu juga dengan Putin, Musharaf dan Hosni Mubarak. Mereka bukan pemimpin. Paling tinggi mereka itu hanya pentadbir. Mereka mentadbir hal-hal negara,kewangan, khazanah dan ekonomi negara. Mereka hanya memenuhi keperluan lahir dan tidak langsung mengambil berat tentang keperluan rohani rakyat.

Pemimpin dalam Islam bukan setakat menyelesaikan keperluan lahir. Yang lebih penting ialah keperluan rohani.Pemimpin dalam Islam bertanggungjawab mendidik dan membina keinsanan rakyat. Membawa rakyat kepada Tuhan.Mengajar mereka supaya cinta, takut, taat dan patuh kepada Tuhan. Pemimpin dalam Islam berkewajipan menjaga kehidupan beragama rakyat dan menjadikan rakyat baik, beriman dan bertaqwa.

Soal keperluan lahir juga penting tetapi ia jatuh nombor dua.Dalam Islam, memimpin itu seperti membuat kerja Rasul.Rasul itu sebenarnya pemimpin. Siapa yang membuat kerja-kerja rasul juga dianggap sebagai pemimpin. Pemimpin seperti inilah yang sudah tidak ada lagi. Selagi pemimpin seperti ini tidak ada dan tidak dicari, maka selagi itulah hidup manusia akan menjadi rosak dan kucar kacir.

Para pentadbir dan pemimpin dunia seperti yang ada sekarang tidak mampu memimpin. Mereka tidak mampu membina keinsanan rakyat, membawa rakyat kepada Tuhan atau menjadikan rakyat orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

Mana mungkin mereka mampu berbuat demikian dalam keadaan mereka sendiri pun tidak terpimpin. Keluarga mereka sendiri pun kucar-kacir.Mereka ini hanya akan melalaikan dan merosakkan keinsanan rakyat. Mereka ini hanya akan membawa manusia kepada dunia dan menjauhkan mereka dari Tuhan dan dari akhirat.

Paling baik, mereka hanya boleh membawa pembangunan dan kemajuan lahiriah dan membina ekonomi negara dan rakyat. Mungkin rakyat boleh hidup dengan selesa. Tetapi kebahagiaan manusia bukan terletak kepada keselesaan hidup.Ia terletak kepada jiwa yang terisi dan fitrah yang terlaksana.

Keperluan fitrah manusia yang utama ialah keinginan berTuhan, keinginan menyembah, taat, patuh dan mengabdi diri kepada Tuhan.Apabila hati-hati manusia terisi dengan dunia dan hidup mereka bermatlamatkan dunia, maka nafsu mereka akan bermaharajalela dan dunia akan menjadi rebutan. Memang dunia itu bahan rebutan dan punca pecah belah dan pemusnah kasih sayang. Manusia akan berebut-rebut dunia, menekan dan menindas seperti anjing yang berebut bangkai. Akhirnya manusia akan bergaduh, berkelahi dan bunuh-membunuh.Tidak ada kasih sayang dan perpaduan.

Sistem Hidup Manusia Sudah Punah

Sistem hidup manusia di muka bumi ini tidak lagi berteraskan syariat Tuhan. Ia adalah hasil dari ciptaan akal manusia yang begitu dhaif dan lemah. Sistem yang kononnya dirancang untuk kebaikan dan kebahagiaan manusia itu telah makan tuan dan telah merosakkan dan mengkucar-kacirkan kehidupan manusia itu sendiri.

Di antaranya:
1. Sistem pendidikan sekular yang hanya bermatlamatkan dunia telah merosakkan akhlak manusia. Manusia hilang akhlak kepada Tuhan dan hilang akhlak terhadap sesama manusia. Manusia menjadi pencinta dan pemburu dunia.Manusia menjadi jahat, sombong, bakhil, hidup nafsu-nafsi,zalim dan pentingkan diri sendiri. Walhal sistem pendidikan Islam membawa manusia kepada Tuhan dan membina jiwa serta akhlak manusia. Hasilnya, manusia menjadi baik, berguna, bertolong-bantu dan berkasih sayang.

2. Sistem ekonomi ciptaan manusia terutama sistem kapitalis hanya mementingkan untung tidak kira dengan cara apa.Tidak kira sama ada hasil atau khidmat ekonomi itu perkara yang sia-sia, maksiat dan merosakkan orang atau ia menindas pekerja untuk mendapat untung berlipat ganda atau membazir atau merosakkan moral manusia dalam iklan untuk menjual barangan. Berlaku monopoli, oligopoli,kartel, menetapkan harga yang menekan dan berlebihan yang menyusahkan manusia serta berbagai-bagai lagi hanya kerana hendakkan keuntungan yang banyak.Walhal sistem ekonomi Islam menekankan khidmat kepada masyarakat dan membekalkan keperluan masyarakat sebagai suatu ibadah dan tanda kasih sayang. Segala kegiatan ekonomi tidak terkeluar dari syariat dan hukumhakam Tuhan dan tidak lari dari tujuan untuk mendapat keredhaan Tuhan.

3. Sistem kebudayaan berteraskan nafsu telah melalai dan merosakkan akhlak manusia terutama muda-mudi. Mudamudi diajak menghayati rock, pop, metal, berpoya-poya, bergaul bebas dan berjinak-jinak dengan arak dan dadah.Hasilnya, moral muda-mudi runtuh. Timbul bohsia, bohjan,anak luar nikah, buang anak, penagihan dadah dan macammacam lagi. Walhal sistem kebudayaan Islam membawa manusia kepada mengenal, mencintai dan takutkan Tuhan dan merindui hari akhirat. Menginsaf dan menyedarkan manusia tentang tanggungjawab mereka sebagai hamba dan khalifah Tuhan. Menyegarkan dan menghidupkan jiwa mereka.

Kalau hidup manusia mahu dibetulkan, tidak dapat tidak,ketiga-tiga perkara ini perlu ditangani.
Pertama, manusia perlu dibawa kepada Tuhan. Manusia mesti mula mengenal dan takut pada Tuhan.
Kedua, pemimpin yang sejati yang boleh mendidik manusia perlu dicari. Ketiga, sistem hidup manusia yang sudah punah ranah ini perlu dibaiki dan perlu mengikut peraturan hukum-hakam dan mengikut cara yang Tuhan mahu.

Namun, di antara ketiga-tiga perkara ini, pemimpin sejati itulah yang perlu didapatkan dahulu. Kerana pemimpinlah yang akan dapat membawa kita kepada Tuhan dan pemimpin jugalah yang akan dapat membuat perubahan dan memperbaiki sistem hidup kita. Kita tidak akan dapat mengenal Tuhan tanpa ada pemimpin yang memperkenalkan Tuhan kepada kita. Dan sistem hidup kita tidak akan berubah dengan sendiri tanpa ada pemimpin yang berusaha mengubahkannya.

PENYAKIT JIWA YANG MEMBAWA KEPADA KEHILANGAN JIWA

Di antara yang menyebabkan penyakit ini ialah tekanan hidup. Hidup adalah pertarungan antara susah dan senang. Kehidupan bererti berhadapan dengan berbagai-bagai masalah dan cabaran. Masalah datang silih berganti dan bertukar ganti. Ia datang dalam berbagai-bagai tempat dan situasi yang tidak dapat kita jangka atau fikirkan. Ia berlaku setiap hari, cuma bezanya, ada masalah yang kecil dan ada masalah yang besar dan sungguh menekan perasaan.

Masalah juga datang dalam berbagai keadaan dan bentuk. Ia melibatkan berbagai rasa. Suka dan duka, senang dan susah, gembira dan dukacita, jijik, benci, rasa lega, malu, jemu, sakit hati, kecewa, sakit dan sihat, miskin dan kaya, rasa lapang dan sempit, risau, tertekan dan seribu satu macam lagi. Masalah datang tanpa kita mahu dan tanpa kita tahu.

Masalah berlaku tidak kira tempat dan masa. Ia datang ke rumah, ke tempat kerja, dalam bermusafir, di tengah ramai dan di waktu keseorangan.

Ada kalanya masalah yang menekan perasaan itu berlaku tidak tahu puncanya. Tiba-tiba sahaja hati rasa risau, rasa kosong dan rasa runsing tidak menentu. Ini ditambah lagi dengan kekusutan keluarga, masyarakat yang porak-peranda, hidup nafsi-nafsi, negara dan pemerintahan yang tidak stabil, ekonomi yang tidak menentu, tidak peduli mempeduli dan tidak ada kasih sayang. Benarlah seperti sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Sesungguhnya dunia itu negara bala dan ujian

Orang yang mengidap penyakit jiwa ini terdedah kepada berbagai-bagai bahaya. Dalam hendak mengubat jiwanya yang parah dan menderita itu bukan terhenti setakat menagih dadah. Ini dianggap ringan. Di dalam kes-kes yang lebih berat, ada yang mengambil jalan singkat dengan membunuh diri. Ini penyakit yang maha besar. Dia akan ditimpa seksa Neraka yang amat dahsyat, kekal abadi selama-lamanya.

Ada pula pesakit jiwa yang mencari ketenangan dengan membunuh orang sesuka hati. Dia rasa dengan membunuh orang, hati dia jadi tenang. Ada yang suka hirup darah binatang atau darah manusia. Ada yang mencari ketenangan dengan merogol. Ada yang mencari ketenangan dengan merosakkan harta umum (vandalisme). Padahal, bagi orang yang sihat jiwa, semua perbuatan ini dirasakan keji dan jijik dan mendatangkan rasa bersalah (guilty conscious). Bagi orang yang sakit jiwa, dia melakukan semua itu untuk mendapatkan ketenangan. Bagi mereka, itu disangkakan ubat.

Begitulah keadaan orang yang ditimpa penyakit jiwa. Dari sakit jiwa, berbagai-bagai perkara negatif dan berbahaya boleh berlaku sama ada kepada pesakit itu sendiri atau kepada masyarakat.

Bagaimana penyakit jiwa ini boleh berlaku?


Manusia rasa dia ada kuasa. Dia rasa dia kuat dan boleh buat apa sahaja. Bila ada cabaran dan tekanan hidup, rupanya dia tidak ada kuasa. Dia rasa tertekan. Bagaimana hendak menangkisnya? Bila tidak dapat ditangkis, maka jiwanya derita, dia rasa tension dan mengalami stress.

Oleh kerana manusia tidak ada kuasa untuk mengatasi cabaran dan kesusahan, maka fitrahnya ingin agar ada orang yang membela dan menyelamatkan dia. Bila ada masalah, dia ingin agar ada orang yang menolong. Tetapi siapakah yang boleh menolong? Adakah manusia, sedangkan semua manusia mempunyai masalah yang sama. Apakah haiwan, atau tanaman sedangkan mereka tidak berakal. Apakah harta benda atau mesin atau ilmu? Sedangkan semua itu adalah rekaan manusia sendiri yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Kalau begitu, manusia perlukan satu zat yang kemampuannya di luar itu semua. Manusia perlukan satu super power yang lebih dari segala-gala yang ada di alam ini.

Manusia perlukan Tuhan, Zat yang Maha Agung yang kuasa-Nya tiada mula dan tidak terbatas. Apabila Dia menghendaki sesuatu, hanya dengan berkata jadi maka jadilah. Dia Zat yang Maha Menyelesaikan segala masalah manusia. Dia doktor yang Maha Pakar dan menyembuhkan penyakit jiwa manusia. Dia tidak bertempat dan tidak tertakluk kepada ruang dan masa. Dia boleh dihubungi, boleh menghubungi dan boleh menyelesaikan masalah seluruh manusia dan makhluk-Nya serentak dalam satu masa di mana sahaja.

Malangnya, ramai manusia tidak percaya Tuhan, tidak kenal Tuhan dan tidak faham peranan Tuhan. Lebih-lebih lagi tidak cinta dan tidak takut Tuhan. Inilah yang menyebabkan jiwa jadi kosong.

Kalau kita tidak tahu bahawa Tuhan ada peranan dalam kehidupan ertinya kita tidak ada pelindung, dan kita tidak ada pembela.

Apabila ada masalah kita tidak ada tempat rujuk dan tempat mengadu. Kita tidak ada tempat bergantung. Kalau kekosongan jiwa ini berlaku satu hari, tidak mengapa. Tetapi kalau berlaku bertahun-tahun, ia jadi barah. Akhirnya barah ini pecah dan lahirlah penyakit jiwa. Manusia lemah dan tidak ada kuasa. Oleh itu manusia perlu bersandar kepada sesuatu kuasa yang gagah, perkasa dan mutlak iaitu Tuhan. Barulah hati manusia akan menjadi teguh dan kuat.

Manusia perlu kepada Tuhan. Manusia perlu rasa bertuhan. Tuhan adalah segala-galanya. Kekuatan jiwa manusia adalah setakat mana dia rasa bertuhan. Kurang rasa bertuhannya, maka kuranglah kekuatan jiwanya. Kuat rasa bertuhannya maka kuatlah jiwanya. Kalau seseorang itu tidak langsung mempunyai hubungan dengan Tuhan, percaya pun tidak, kenal pun tidak, maka jiwanya akan menjadi lemah dan rosak, dan akan dihinggapi penyakit. Akan timbullah rasa kosong, risau, rimas dan runsing. Akan hilang ketenangan jiwa. Allah ada berfirman:

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.” (Ar-Ra’d: 28)

Untuk mengubatinya, kita kena pulihkan semula jiwa bertuhan. Beri mereka ilmu tentang Tuhan, ilmu yang boleh mendatangkan rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Fahamkan mereka tentang peranan Tuhan dalam kehidupan. Yakinkan mereka bahawa Tuhan adalah sangat diperlukan oleh setiap insan. Tuhan adalah segala-galanya. Setiap orang yang ber83 tanggungjawab untuk memulihkan penyakit jiwa ini kenalah faham apa yang disebut di atas. Itulah ramuannya. Itulah penawarnya. Tidak ada yang lain.

Di samping itu, sebagai tambahan:

* • Betulkan semula sistem rumah tangga
* • Stabilkan semula sistem masyarakat
* • Hapuskan hidup nafsi-nafsi
* • Stabilkan semula pemerintahan dan politik
* • Susun semula sistem ekonomi supaya agihan keperluan jadi merata.

Walaupun perkara ini bukan perkara asas atau pokok, namun ia adalah perkara tambahan yang dapat membantu.

Tuesday, February 24, 2009

SOAL HATI : ISU SEMASA YANG SERING DIABAIKAN


alam kehidupan ini, kita seringkali didogmakan dengan isu yang berkaitan dengan ekonomi, politik, sosial, alam sekitar, kepimpinan, dan sebagainya. Namun sering kita terlupa bahawa sebenarnya isu-isu yang disebut di atas adalah berpunca dari isu kemanusiaan dan keinsanan manusia itu sendiri. Ringkasnya, ia adalah soal dalaman dalam diri manusia itu sendiri. Kerana itu Allah SWT dalam firmanNya ada menyebut :

Terjemahan : (Surah Ar-Ra'd [13:11]

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya


Di dalam hendak mengubah nasib kaum, ayat tersebut sebenarnya mahukan kita mengubah apa yang ada dalam diri kita. Iaitu kalau kita tidak beriman, ubah supaya kita jadi beriman. Kalau kita tidak taat kepada agama, ubah supaya kita jadi taat dengan ajaran dan hukum-hakam agama. Kalau kita tidak takutkan Allah, ubah supaya kita jadi bertaqwa. Kalau kita banyak sifat-sifat keji dan mazmumah dalam hati, maka kenalah kita bermujahadah dan memperbaiki diri dan memenuhkan hati kita dengan segala sifat-sifat mahmudah dan terpuji. Kalau fitrah kita kotor dan tercemar hendaklah kita bersihkannya supaya ia kembali kepada keadaan asal semula jadinya yang bersih dan suci murni. Pokoknya kita kena bina insan kita. Kita kena bina akal, hati dan nafsu kita seperti mana yang diajarkan oleh agama.

Selepas segala itu kita lakukan maka Allah akan tunjukkan jalan dan akan datangkan bantuan dan akan memperbaiki nasib kita. Apa sahaja yang kita buat selepas itu semuanya akan tepat, berkesan dan dibantu Allah. Allah ada berjanji:

"Dan Allah itu pembela bagi orang-orang yang bertaqwa."

Selagi kita tidak mengubah apa yang ada dalam diri kita, selagi kita abaikan agama, selagi kita abaikan proses membaiki diri, kita abaikan Tuhan dan kita tidak mahu kembali dan merujuk kepada Tuhan, selagi itulah kita akan tersasar. Kita akan bertambah rosak dan bertambah rosak hingga kaum dan bangsa kita akan hancur-lebur dengan sendirinya tanpa perlu diganggu-gugat oleh musuh seperti mana yang kita lihat sedang berlaku sekarang ini. Ukhwah hilang, kasih sayang rosak, perpaduan runtuh, amanah sudah tidak ada, masing-masing tidak boleh dipercayai, rasuah, berkepentingan diri, nepotisme, runtuh moral, runtuh akhlak dan berbagai-bagai lagi.

Pendek kata, krisis paling parah yang terjadi di seluruh penjuru bumi adalah krisis moral dan akhlak, yang mengakibatkan munculnya berbagai penyakit batin dalam diri manusia. Sejalan dengan melemahnya iman umat Islam maka penyakit batin tersebut makin bermaharajalela di tengah masyarakat, membuat manusia hilang kasih sayang, saling caci maki, tuduh menuduh, hujah menghujah dan saling menghina. Masyarakat hidup bersama tapi tidak ada kebersamaan. Dosa-dosa lahir dan batin, berbagai macam maksiat dan kejahatan telah mencapai puncaknya.

Masing-masing hidup dalam rasa tidak puas. Orang miskin tidak redha dengan kemiskinannya, rakyat tidak puas dengan pemimpinnya, murid tidak senang dengan pendidiknya dan sebagainya berlaku setiap hari dalam kehidupan kita. Masing-masing saling menyalahkan namun jalan keluar yang diberikan hanya menyentuh lahiriah saja. Maka alangkah baiknya bila kita menilik diri dan hati kita masing-masing. Segala perbaikan berawal dari diri kita. Tidak mungkin kita mengharapkan orang lain baik, kalau kita sendiri tidak berusaha untuk memperbaiki diri.

Oleh itu mari kita sama-sama merenung ke dalam hati kita sendiri dan menjawab dengan sejujur-jujurnya kepada QUIZ ISU SEMASA di bawah ini :

1. Ketika kita solat, secara lahir kita berdiri, rukuk dan sujud dengan mulut memuji dan berdoa pada Allah, tetapi kemanakah hati kita (ingatan dan fikiran)?
Apakah juga menghadap Allah, khusyuk dan tawadhuk serta rasa rendah dan hina diri dengan penuh pengabdian dan harapan serta malu dan takut kepada Allah SWT? Ataukah hati terbang menerawang ke mana-mana, tidak menghiraukan Allah Yang Maha Perkasa yang sedang disembah?
Begitu juga ketika sedang membaca Al Quran, bertahlil, zikir dan wirid, berselawat dan bertakbir, bertasbih dan bertahmid. Adakah roh kita turut menghayatinya? Atau waktu itu roh sedang merasakan satu perasaan yang tidak ada sangkut pautnya dengan amalan lahir yang sedang dilakukan?

2. Pernahkah kita merasa indah bila sendirian di tempat sunyi kerana mengingat Allah dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada-Nya, merasa rendah dan hina diri, menyesali dosa dan kelalaian, mengingati-Nya sambil berniat dengan sungguh-sungguh untuk memperbanyak amal bakti pada-Nya?

3. Kalau ada orang Islam yang sakit menderita atau miskin, adakah hati kita merasa belas kasihan untuk membantu atau menolong mendoakan dari jauh agar dia selamat?

4. Pernahkah pula kita menghitung dosa-dosa lahir dan batin sambil menangis kerana istighfar kita terlalu sedikit dibandingkan dengan dosa kita yang menyebabkan kita nanti jadi bahan bakar api neraka?

5. Selalukah hati kita sentiasa ingat pada mati yang boleh saja mendatangi kita sebentar lagi, keranaa memang Tuhan dapat berbuat begitu. Kalau pun kita belum dimatikan, ertinya Tuhan menginginkan kita mencuba lagi untuk mencari jalan mendekatkan diri pada-Nya?

6. Pernahkah kita menghitung berapa banyak harta kita, wang kita, rumah kita, kenderaan kita, perabot kita, pakaian kita, sepatu kita, makanan kita dan simpanan kita yang lebih dari keperluan kita walaupun diperoleh dengan cara yang halal? Semua itu akan diperkirakan, dihisab dan ditanya, dicerca dan dihina oleh Allah di padang mahsyar nanti kerana kita membesarkan dunia dan mengecilkan akhirat.

7. Pernahkah kita renungkan orang-orang yang pernah kita perlakukan secara kasar, kita umpat, kita tipu, kita fitnah, kita hina dan kita aniaya. Baik mereka itu adalah suami kita, isteri kita, ibu bapa kita, kaum keluarga kita, sahabat kita, tetangga kita atau siapa saja. Sudahkah kita meminta maaf dan membersihkan dosa dengan manusia di dunia tanpa menunggu tibanya hari yang dahsyat (hari kiamat)?

8. Apabila Allah memberikan rasa sakit pada kita atau pada orang lain yang kita kasihi (apa pun jenis penyakit itu), dapatkah kita tenangkan hati dengan rasa kesabaran dan kesadaran bahwa sakit adalah kifarah (pengampunan) dosa atau sebagai peningkatan darjat dan pangkat di sisi Allah SWT?

9. Ketika menerima takdir atau rezeki yang tidak sesuai dengan kehendak kita, dapatkah kita merasa redha, karena itulah satu pemberian Allah yang sesuai untuk kita?

10. Di saat sesuatu yang kita inginkan dan cita-citakan tidak kita peroleh, dapatkah kita tenangkan perasaan kita dengan rasa insaf akan kelemahan dan kekurangan diri sebagai hamba Allah yang hina dina, yang menggantungkan hidup mati dan rezeki sepenuhnya pada Allah?

11. Di waktu mendapat nikmat, terasakah di hati bahwa itu adalah sebagai pemberian Allah lalu timbul rasa terima kasih (syukur) pada Allah dan rasa takut kalau-kalau nikmat itu tidak dapat digunakan kerana Allah dan berniat sungguh-sungguh untuk menggunakan nikmat itu hanya untuk Allah?

12. Kalau kita miskin dapatkah kita merasa bahagia dengan kemiskinan itu dan merasa lega karena tidak perlu lagi mengurus nikmat Allah? Adakah kita merasa bahwa kemiskinan itu menyebabkan kita tidak perlu lagi mengadu dan meminta pada manusia kecuali pada Allah?

13. Kalau ada orang mencerca kita bolehkah hati kita merasa senang dan tenang lalu kita bersikap diam tanpa sakit, susah hati dan dendam. Bahkan kita memaafkan orang itu sambil mendoakan kebaikan untuknya sebab kita merasa bahwa ia telah memberi pahala pada kita melalui cercaannya itu?

Imam As Syafie berpuisi:

"Apabila seorang yang jahat mencerca aku, bertambah tinggilah kehormatanku. Tidak ada yang lebih hina kecuali kalau aku yang mencercanya."

14. Begitu juga kalau orang menipu, menganiaya dan mencuri harta kita, mampukah kita relakan saja atas dasar kita ingin mendapat pahala kerana menanggung kerugian itu?

15. Di waktu kita merasa bersalah dengan seseorang, apakah datang rasa takut akan kemurkaan Allah pada kita dan sanggupkah kita minta maaf sambil mengakui kesalahan kita?

16. Setelah kita melakukan usaha dan ikhtiar dengan kerja-kerja kita, apakah kita dapat melupakan usaha kita itu dan menyerahkannya kepada Allah? Ataukah kita merasa besar dan terikat dengan usaha itu hingga kita merasa senang dan tenang dengan usaha itu?

17. Kalau orang lain mendapat kesenangan dan kejayaan dapatkah kita merasa gembira, turut bersyukur dan mengharapkan kekalnya nikmat itu bersamanya tanpa hasad dengki dan sakit hati?

18. Setiap kali orang bersalah, lahirkah rasa kasihan kita padanya, di samping ingin membetulkannya tanpa menghina dan mengumpatnya?

19. Kalau ada orang memuji kita, adakah kita merasa susah hati sebab pujian itu dapat merosakkan amalan kita? Dapatkah kita bendung hati dari rasa bangga dan sombong, kemudian mengembalikan pujian pada Allah yang patut menerima pujian dan yang mengurniakan kemuliaan itu?

20. Bolehkah kita menunjukkan rasa kasih sayang dan ramah tamah dengan semua orang sekalipun kepada orang bawahan kita?

21. Selamatkah kita dari jahat (buruk) sangka dan prasangka pada orang lain?

22. Kalau kita diturunkan dari jawatan atau kekayaan kita hilang, selamatkah kita dari rasa kecewa dan putus asa keranaa merasakan pemberian jawatan dan penurunannya adalah ketentuan Allah? Sebab itu kita merasa redha.

23. Sanggupkah kita bertenggang rasa dengan orang lain di waktu orang itu juga memerlukan apa yang kita perlukan?

24. Apakah kita sentiasa puas dan cukup dengan apa yang ada tanpa mengharapkan apa yang tidak ada?

Mencari Kebenaran Adalah Wajib

Mencari kebenaran adalah wajib
Ia merupakan aset yang paling berharga di dua negara
Di negara yang sementara waktu dan negara yang kekal abadi
Kebenaran itu hanya satu
Tidak ada dua, tidak ada tiga dan seterusnya …
Kebenaran itu hanya yang datang dari Allah Taala yang menjadikan manusia
Kebenaran ialah kejayaan yang paling besar lagi agung
Ia merupakan kebahagiaan di dunia dan di Akhirat
Kebenaran itu satu jalan yang bersifat rohani dan maknawi
Tapi buahnya dapat dilihat di dalam kehidupan yang sangat indah
Carilah kebenaran itu, jika dapat perjuangkanlah
Kalaulah kebenaran itu di atas gunung, dakilah
Jika di dalam laut, selamlah
Sekiranya di dalam bumi, galilah
Kalau didapati di dalam hutan, terokalah
Mencari kebenaran itu amat susah dan sulit
Memperjuangkan amat pahit tapi di hujungnya manis
Di dalam perjalanannya terseksa, tapi kesudahannya bahagia
Jika kebenaran sudah didapati pertahankanlah bermati-matian
Dengan harta, tenaga dan jiwa
Peganglah kebenaran itu, jangan sampai terlepas
Sekalipun panas
(Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi)

Wednesday, February 18, 2009

UNTUNGNYA BERPOLIGAMI


Sepanjang sejarah manusia, kalau kita lihat dari dulu sampai sekarang, dalam soal unit keluarga ini ada berbagai macam bentuk amalan. Ada suku-suku bangsa yang mengamalkan sistem polyandry, yang sangat bertentangan dengan fitrah manusia. Polyandry ini ialah isteri yang mempunyai lebih daripada satu suami. Ini terjadi pada suku-suku kaum yang terbelakang, misalnya suku terasing. Di dalam sistem ini seorang perempuan dapat mempunyai dua atau tiga suami, kadang-kadang berbelas-belas suami. Semua suami melayan kepada isteri tersebut. Ia mirip dengan sistem hidup semut atau lebah di mana ketuanya adalah permaisuri. Permaisurilah yang mengarahkan segala-galanya.

Islam membawa satu sistem yang bertentangan dengan itu, iaitu poligami, di mana seorang suami dapat mempunyai banyak isteri. Sekali imbas, kalaulah poligami dalam Islam ini tidak dikaji betul-betul kebaikan dan , maka kebanyakan manusia terutama para orientalis dan orang-orang Islam sendiri hikmahnya yang tidak faham atau yang tidak dididik secara Islam, akan menganggap bahawa poligami ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah satu cara untuk orang lelaki menindas kaum perempuan atau untuk memuaskan nafsu mereka terhadap kaum perempuan. Maka timbullah berbagai fitnah terhadap orang yang berpoligami.

Tambahan pula ada orang-orang Islam yang berpoligami tetapi tidak mengikut cara berpoligami yang sebetulnya. Antaranya, berlaku ketidakadilan, tidak membela, mengabaikan anak, tinggal isteri lama-lama dan lain-lain lagi sehingga timbullah masalah dalam masyarakat. Maka buruklah rupa poligami itu walaupun yang sebenarnya hikmahnya sangat besar.

Poligami jadi ‘buruk’ karena orang yang mengamalkan tidak menunjukkan contoh sepertimana dilakukan oleh Rasulullah. Sementara para alim ulama, ustaz-ustazah, kadi-kadi dan mufti yang sepatutnya menjadi model tetapi sebaliknya pula"takut bini". Hilanglah cantik dan indahnya amalan poligami ini. Lalu bagi yang tidak faham dan juga bagi para orientalis, inilah kesempatan untuk mereka menekan, mencemoh serta menghinakannya.

Termasuk golongan yang tidak mendukung poligami ini ialah kaum wanita Islam yang tidak faham dan mereka yang mengukur dan menilainya dengan perasaan dan hawa nafsu mereka semata-mata. Mereka menentang poligami atas alasan tidak mahu berbagi kasih sayang suami, suami tidak akan berlaku adil dan sebagainya. Sebenarnya kasih sayang itu bukan mata benda macam wang yang kalau dibagi, takut-takut tidak cukup atau jadi kurang. Ia perkara maknawi (batin) yang tidak dapat diukur dengan timbangan. Ia ibarat air laut. Sebanyak mana pun wadah yang dibawa, diisi penuh dengan air laut, air laut tidak akan habis malahan sedikit pun tidak akan berkurang. Kalau isteri itu solehah dan berakhlak, tetap suami akan sayang. Kalau ada empat isteri yang semuanya solehah dan berakhlak, keempat-empatnya suami akan sayang. Kalau isteri degil, jahat dan tidak berakhlak, tidak ada suami yang akan sayang walaupun dia seorang saja isterinya. Kasih sayang bukan benda yang dibagi-bagi. Masing-masing dapat ambil mengikut hak masing-masing tergantung mereka itu menyenangkan hati suami dan layak diberi kasih sayang ataupun tidak.

Adil pula berarti menaruh hak pada yang hak. Adil tidak bermaksud pembagian sama rata. Kalau seorang suami mempunyai banyak isteri dan setiap isterinya diberi nafkah mengikut keperluan masing-masing walaupun nilainya tidak sama di antara satu sama lain, itu adalah adil namanya sebab keperluan setiap isteri itu tidak sama. Apa yang sebenarnya ditakuti oleh wanita yang menentang poligami atas dasar takut suami tidak adil sebenarnya ialah karena mereka mahu mengambil semua harta dan wang suami tanpa dikongsi dan yang lebih parah lagi, tauhid pergantungan hidup mati mereka hanya bergantung kepada suami. Kalau suami kahwin lain, kebulurlah kami, anak-anak tak terurus dan liar.Allah dah tak jadi matlamat hidup dan tempat bergantung. Mereka dah bertuhankan suami pula. Kalau inilah sebab yang sebenarnya, maka jangan gunakan alasan adil atau tidak adil karena ini tidak ada sangkut-paut dengan keadilan.

Memang Allah jadikan lelaki itu sifat asalnya polygamous atau suka pada lebih dari seorang isteri. Syariat Islam juga sesuai dengan fitrah ini dan lelaki dibenarkan berpoligami. Hikmahnya banyak. Ia dapat cepat meramaikan zuriat(keturunan). Rasulullah SAW bukan sahaja suka dan gembira malahan megah melihat umatnya ramai.

Tambahan pada itu, orang perempuan ada banyak masa uzur (berhalangan). Contohnya semasa haid atau setelah bersalin. Ada yang haid sampai lima belas hari. Tetapi orang lelaki sentiasa bersedia atau sentiasa siap siaga. Oleh itu, seorang isteri tidak akan mampu melayan kehendak suaminya sepanjang masa. Isteri perlu bertenggang rasa dan membenarkan suaminya mempunyai isteri-isteri yang lain terutama kalau suaminya jenis yang berkeinginan tinggi.
Lelaki juga, sifat asalnya mudah jemu. Ibarat makanan, kalau setiap hari dihidangkan gulai asam pedas, lama-lama dia akan hilang selera walaupun asam pedas itu sedap. Kalau gulai asam pedas itu digilirkan dan diselang dengan masak sambal goreng pedas, kari atau gulai, maka seleranya terhadap gulai asam pedas akan kekal sampai kapan pun. Selang beberapa hari, dia akan berselera untuk makan gulai asam pedas kembali. Ada peribahasa Inggeris yang berbunyi “Variety is the spice of life”.

Poligami ialah satu jalan untuk mengekalkan kasih sayang antara suami isteri. Belum hilang rindu pada seseorang isteri, sudah terpaksa ditinggalkan untuk giliran isteri yang lain. Dengan demikian, si suami senantiasa dalam keadaan merindui isteri-isterinya. Isteri-isterinya sama juga. Tidak sempat untuk jemu, tidak sempat untuk bosan. Jadi tidak ada ruang untuk pergaduhan dan bermasam-masam muka. Salah sedikit-sedikit mudah saja dimaafkan.

Bagi para isteri, melayani suami itu meletihkan. Kalau suami ada di rumah, isteri terpaksa memberi perhatian penuh pada suami. Tidak banyak waktu terluang untuk membuat perkara-perkara yang diminati atau yang dapat dijadikan hobi seperti menjahit, menanam anggrek, dan sebagainya. Tambahan lagi, kalau suami senantiasa ada di rumah, lama-kelamaan layanan akan jadi hambar. Sampai satu ketika, masing-masing akan buat hal masing-masing. Dalam poligami, ada giliran. Kalau waktu giliran, isteri boleh memberi segala perhatian untuk melayani suaminya karena itulah waktu untuk bersama. Pada waktu bukan giliran, isteri dapat membuat kerja-kerja lain yang dia suka. Maka fikiran dan aktivitas isteri dapat terbuka luas dan tidak jadi terkungkung dan jumud (beku) seperti isteri yang tidak bermadu.

Inilah juga peluang untuk isteri yang bermadu berkecimpung di dalam masyarakat, untuk membuat pelayanan masyarakat dan membina serta membangun masyarakat khususnya dalam hal ehwal dan kesejahteraan wanita dan kanak-kanak. Ini karena di kalangan para isteri, ada yang layak dan berkemampuan untuk memimpin dan menggerakkan organisasi wanita. Kalau semua waktu dipakai untuk melayan suami semata-mata, masyarakat akan rugi. Sukar bagi isteri yang tidak bermadu hendak berkecimpung dalam masyarakat karena dia terpaksa melayan suami. Kalau tidak suami akan terabaikan.

Kalau banyak isteri-isteri yang bermadu, maka ramailah tenaga wanita yang ada untuk menggerakkan organisasi-organisasi wanita dan memajukan kaum wanita dalam bidang ekonomi dan kemasyarakatan. Biarlah isteri yang mempunyai giliran saja yang melayan suami. Yang tidak mempunyai giliran dapat bergerak dan memberikan layanan dalam masyarakat. Masyarakat akan untung. Kaum wanita akan untung.

Wanita Barat sibuk dengan ‘Women’s Liberation’ tetapi tidak ada hasil. Ribut saja. Biarlah wanita Islam sibuk melaksanakan poligami dan pada waktu yang sama, kaum wanita Islam membina, membangun dan berkemajuan.

Sebenarnya kalau kita dapat fikirkan dengan waras, kita akan berterima kasih kepada orang lelaki yang mau berpoligami. Karena bila seorang lelaki menambah isteri, dia hanya menyelesaikan satu masalah tetapi dalam masa yang sama dia menempuh 99 masalah. Bagi orang perempuan pula, bila dia berkahwin, dia selesai 99 masalah dan menempuh satu masalah saja. Jadi kalau ada lelaki mahu berkahwin, artinya dia itu berani karena dia sanggup menempuh 99 masalah. Lebih-lebihlah lagi yang mampu kahwin lebih, 2, 3 atau 4. Maknanya akan timbul 99 x 4 masalah. Orang yang hendak berpoligami ini haruslah seorang yang berani, tahan sibuk dan sanggup menanggung risiko.

Poligami sebenarnya adalah satu perjuangan. Melalui poligami ini kita dapat mendirikan berbagai kekuatan. Poligami ini mendidik kita setiap hari. Melalui poligami, tiap saat kita terdidik, sebab kita terpaksa berhadapan dengan ulah para isteri, berhadapan dengan tanggungjawab dan sebagainya. Maknanya 24 jam kita terdidik. Hendak tidur pun kita kena tepati tempat dan masa. Berbeza kalau ada seorang isteri. Hendak balik ke rumah atau tidak, hendak tidur di rumah atau tidak, ia tergantung pada suami. Tetapi bila berpoligami, suami sudah tidak bebas lagi. Giliran pada isteri-isteri wajib dipenuhi.

Poligami sebenarnya adalah satu proses tarbiah (pendidikan) yang cukup hebat. Dari poligami akan timbul kekuatan-kekuatan lain. Melalui poligami akan tumbuh sifat-sifat baru pada diri kita yang dapat menguatkan kita.

Antaranya ialah sifat sabar. Poligami menjadi tempat latihan bersabar menghadapi bermacam-macam ulah isteri. Suami akan terlatih bagaimana hendak berpsikologi, berstrategi dan lain-lain. Ini merupakan pengalaman dan pendidikan yang dapat membantu kita menjadi mantap dari segi mental dan spiritual. Hati dan perasaan kita akan terurai sehingga benar-benar dapat membangunkan insaniah kita. Seolah-olahnya poligami ini adalah riadah (latihan) hidup bagi akal, fizikal, hati dan nafsu kita.

Kita akan jadi pandai menyusun hidup dan memaksimumkan penggunaan waktu, kewangan dan sebagainya di antara isteri-isteri dan anak-anak kita. Kita akan pandai mengambil hati para isteri dan melayan kehendak fizikal, emosi dan rohani mereka karena itulah perkara yang akan memberi kepuasan kepada mereka yang kadang-kadang kita abaikan ketika kita beristeri satu. Kita hanya “take for granted”. Kita akan sentiasa berusaha untuk berlaku adil dan sifat memaksa diri supaya sentiasa berlaku adil dan tekanan atau tuntutan untuk sentiasa berlaku adil itu sangat berkesan untuk menjadikan kita orang yang adil atau sekurang-kurangnya orang yang berfikiran dan berperasaan adil karena tuntutan berlaku adil itu sentiasa bermain di dalam fikiran dan hati kita.

Kita bertambah sensitif dan peka terhadap keperluan dan perasaan isteri-isteri kita. Ini boleh menjadikan kita orang yang sensitif dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang-orang lain. Kita akan jadi orang yang lebih mementingkan orang lain daripada diri sendiri.

Dalam keadaan berpoligami, kita akan belajar berfikir habis-habisan sebelum kita mengatakan sesuatu, lebih-lebih lagi sebelum kita berbuat sesuatu. Ini karena risiko bertindak secara semberono dan hantam kromo mempunyai efek yang lebih berat di dalam poligami daripada di luar poligami. Banyak hati-hati yang akan tersentuh atau terluka. Dalam monogami, kesilapan, kekasaran dan tindakan yang tergesa-gesa lebih mudah dapat diterima atau dianggap ringan.

Dalam mendidik isteri yang banyak dan supaya mereka lebih mudah menerima didikan kita, kita perlu jadi contoh dan kita perlu serius dengan Allah dan hukum-hukum agama. Barulah kita ada wibawa dan isteri-isteri kita mudah patuh dan akur akan kepimpinan kita karena kita sama-sama ingin menuju kepada keredhaan Tuhan. Tidak ada ruang dalam poligami bagi suami yang ingkar dengan perintah Allah dan yang meringankan agama karena tidak ada isteri yang akan hormat dan akan memberi ketaatan kepadanya. Disiplin perlu dalam berpoligami. Begitu juga cara hidup yang berperaturan dan berjadual. Poligami mendidik kita supaya berdisiplin dan berperaturan.

Juga dalam menghadapi masalah dan tanggungjawab berpoligami yang lebih berat, suami akan banyak meminta tolong dan bergantung harapan dengan Allah. Inilah satu sifat yang Allah sangat suka. Hati suami akan banyak mengadu, meminta bantuan dan merintih dengan Tuhan. Suami akan banyak mengingat Tuhan. Perkara ini juga berlaku kepada para isteri. Dalam hendak meredam hati dan mendidik perasaan, isteri akan juga banyak mengadu dan merintih dengan Tuhan. Berbahagialah para suami dan isteri yang hati mereka sentiasa bersama Tuhan.

Barulah kita melihat bahawa poligami sebenarnya amat baik dan sangat penting. Kalau tidak, tentulah ia tidak menjadi `dakbus solihin’ atau tradisi para nabi dan rasul, wali-wali dan orang-orang soleh zaman dahulu. Sudah pasti ada sesuatu yang besar dalam poligami.

Walaupun poligami ini telah disingkirkan oleh umat Islam bahkan dicemuhkan, ia sebenarnya menghasilkan berbagai kekuatan. Bukan saja bagi pihak suami bahkan isteri juga mendapat manfaat yang banyak dari poligami. Walaupun mereka terpaksa mengurut-urut dada, meredam hati dan terpaksa korban perasaan, mereka juga akan mendapat berbagai kekuatan dalam menempuh ujian hidup berpoligami dan bermadu.

Bagi isteri-isteri yang monogami, hidup mereka banyak berputar di sekitar suami mereka saja. Apa-apa pun “suami saya”. “Suami saya” inilah. “Suami saya” itulah. Suami mereka sudah jadi tujuan, bukan lagi alat untuk menuju kepada Allah. Bukan mudah untuk mengubah sikap dan pegangan ini. Suami mereka lebih banyak di hati mereka dari Allah sendiri. Apa-apa pun suami, bukan Allah. Poligamilah obat yang paling mujarab bagi penyakit ini. Apabila sudah bermadu, mereka akan sadar bahawa suami mereka bukan hak mereka seorang. Dia sudah ada isteri-isteri yang lain. Ketika itu hati mereka akan berhijrah daripada suami kepada Allah,tempat mereka merintih, mengadu dan memohon kasih sayang.

Kita tidak akan tahu atau melihat cacat hati, sifat mazmumah dan penyakit jiwa yang ada pada seorang isteri ketika dia seorang. Kita sangka dia sudah baik. Bahayanya, dia akan mati membawa penyakit-penyakit tersebut kalau ia tidak dibongkar dan diobati. Sifat-sifat mazmumah (sifat jahat) itu ialah dosa-dosa batin. Isteri itu sendiri tidak akan bertaubat dari dosa-dosa tersebut karena dia pun tidak tahu dan tidak sedar.

Poligami ialah pembongkar segala sifat-sifat mazmumah para isteri. Semasa bermadu, akan timbul sifat tidak redha, tidak sabar, tidak bertolak ansur, derhaka kepada suami, memaki-maki, hasad dengki, tamak, rebut harta, mengamuk dan lain-lain yang kita sangka tidak ada semasa sebelum berpoligami. Semasa berpoligamilah peluang untuk membongkar dan mengobati penyakit-penyakit tersebut sehingga isteri menjadi seorang isteri yang benar-benar solehah. Isteri yang baik dalam monogami belum tentu baik. Isteri yang baik dalam poligami ialah isteri yang telah terbukti kebaikannya.Isteri yang sayangkan suaminya dalam monogami mungkin sayangkan suaminya karena suaminya. Tetapi isteri yang sayangkan suaminya dalam poligami menyayangi suaminya karena Allah SWT.

Madah: Lidah

Jagalah lidah yang lembut ini, dia boleh merosakkan dan boleh membaiki,boleh memecah-belah boleh mendamaikan, boleh menaikkan boleh menjatuhkan,boleh menginsafkan boleh meliarkan, boleh bermusuhan boleh berkasih sayang, boleh membohongkan boleh membenarkan, dengan kata-kata lain lidah adalah penawar, lidah juga adalah racun.

Tuesday, February 17, 2009

KASIH SAYANG AMAT TINGGI NILAINYA DALAM ISLAM


Petikan:” Islam membawa keselamatan dan keamanan dan kedamaian. Peperangan bukan perkara utama, sebaliknya ia seboleh-bolehnya cuba dielakkan. Ini adalah kerana di dalam Islam keutamaan ialah menawan hati orang yang kenal dan kasih kepada Tuhan, secara automatik dia juga akan mengasihi sesama manusia tanpa ada kepentingan. Tetapi jika dengan Tuhan yang begitu berjasa kepada kita, tidak kita kasih, maka bagaimana kita dapat mengasihi orang lain. “
Manusia dilahirkan hasil daripada sebuah ikatan kasih sayang di antara sepasang suami isteri. Jelas bahawa fitrah kejadian manusia itu sendiri amat berkait rapat serta tidak dapat dipisahkan dari unsur-unsur kasih sayang. Oleh sebab itulah manusia sangat dituntut untuk berkasih sayang sesama sendiri.
Di dalam Islam, kasih sayang amat tinggi nilainya. Banyak masalah yang berlaku dalam dunia ini akan selesai jika ada kasih sayang. Berlakunya peperangan, pergaduhan, perpecahan, porak-peranda rumahtangga, adalah berpunca dari gersangnya kasih sayang di hati manusia. Sedangkan fitrah semulajadi manusia inginkan kasih sayang. Tapi bila keperluan fitrah tersebut tidak terisi, jiwa manusia akan kosong, kering dan tandus. Maka berlakulah krisis, huru-hara, hingga akhirnya tercetuslah peperangan.
Bukti kasih sayang sangat penting dan tinggi nilainya dalam Islam, antaranya ialah:
1. Allah memerintahkan manusia memulakan sebarang pekerjaan dengan ucapan: Bismillahir Rahmanir Rahim - ertinya, “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.” Allah tidak suruh kita sebut: “Bismillahil Qahhar Wal Jabbar”, sedangkan ia juga adalah sifat-sifat Allah. Terdapat banyak lagi sifat-sifat Allah yang boleh disebut, tapi kenapa kita hanya diperintahkan membaca: Bismillahir Rahmanir Rahim. Malah ia juga menjadi sebahagian daripada bacaan Al Fatihah yang wajib dibaca waktu solat.
Ini membuktikan bahawa Allah tidak mahu hamba-hamba-Nya lebih mengenali-Nya sebagai Tuhan yang sangat keras menghukum walaupun Allah berhak menghukum hamba-Nya yang zalim. Sebaliknya Allah mahu kita mengenali-Nya sebagai Tuhan yang sangat mengasihani dan maha penyayang.
Oleh kerana Tuhan itu sendiri adalah lambang kasih sayang, maka tentulah nilai kasih sayang di dalam ajaran Islam itu sendiri amat tinggi. Rasulullah SAW, kekasih Allah, satu-satunya hamba, makhluk dan manusia yang dipuji dan diselawat ke atasnya oleh Tuhan, sedangkan Rasulullah juga adalah salah seorang hamba ciptaan-Nya. Mengapa begitu tinggi dan mulia status Rasulullah di sisi Tuhan. Cuba kita lihat pujian Tuhan kepada Rasulullah. Tuhan berkata, “Di antara rahmat Aku kepada engkau ialah engkau boleh berkasih sayang dengan manusia.”
Allah tidak berkata: “Di antara rahmat Aku kepada engkau, engkau banyak ilmu, berani (atau lain-lain kebolehan dan kelebihan Rasulullah).” Tetapi yang dipuji dan ditonjolkan ialah kasih sayang dan kelembutan Rasulullah. Di sini jelas menunjukkan kasih sayang punya nilai yang sangat tinggi di sisi Tuhan.
2. Anjuran kasih sayang dalam Islam bukan hanya sekadar bersama kawan, bahkan juga terhadap musuh di dalam peperangan. Contohnya, Islam mengajar disiplin dan tatasusila peperangan agar kematian dan kerosakan, jika ada, adalah sangat minima. Islam mengajar adab berperang antaranya seperti berikut:
a. Tidak boleh menyerang selagi belum diserang.b. Tidak dibenarkan membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua.c. Tidak boleh menyerang orang-orang yang sedang beribadah dan merosakkan rumah-rumah ibadah.d. Tidak boleh menyerang dan merosakkan pokok-pokok, tanaman dan binatang ternakan.
Islam menganjurkan adab berperang yang begitu ketat bagi memastikan tiada orang yang tidak berdaya dan tidak berdosa terkorban di dalam peperangan. Peperangan yang berlaku di zaman Rasulullah ialah peperangan satu lawan satu. Orang-orang yang tidak terlibat dalam peperangan tidak akan terkorban. Bukan seperti peperangan hari ini, di mana dalam masa tidak sampai seminit, sebutir bom sahaja dapat mengorbankan ribuan manusia yang tidak berdosa. Bangunan-bangunan habis musnah dalam sekelip mata, membawa kerugian yang sangat besar serta memerlukan masa yang lama untuk dipulihkan semula.
Sebaliknya Islam membawa keselamatan dan keamanan dan kedamaian. Peperangan bukan perkara utama, sebaliknya ia seboleh-bolehnya cuba dielakkan. Ini adalah kerana di dalam Islam keutamaan ialah menawan hati, bukan menawan fizikal. Rasulullah sendiri tidak pernah membunuh di dalam peperangan. Ramai tersungkur di tangan Rasulullah kerana tertawan dengan akhlaknya, kasih sayangnya dan kelembutannya dan bukan ditawan melalui pedangnya.
Di sini menunjukkan kepada kita bahawa Islam adalah agama kasih sayang. Kasih sayang amat tinggi nilainya di dalam ajaran Islam sehinggakan dengan musuh pun dianjurkan supaya berkasih sayang. Oleh kerana kasih sayang punya nilai yang sangat tinggi di dalam Islam, maka ia menjadi senjata yang amat ampuh bagi menawan musuh.

POLITIK BARAT, POLITIK SEKULAR


Hari ini umum umat Islam menganggap apa yang dikatakan politik itu ialah politik Barat. Ini kerana rujukan mereka pada definisi politik ialah kepada Barat. Mereka tidak lagi merujuk perkara penting ini kepada Islam, yakni Al Quran dan Sunnah. Bahkan dikalangan alim ulama dan pejuang-pejuang Islam pun, politik yang mereka faham adalah politik Barat atau sistem politik berpilihan raya.
Bila kita tanya kepada kebanyakan tokoh politik Islam, mengapa mereka ikut serta dalam politik Barat itu, biasanya mereka menjawab,” Tiada pilihan lain.” Ya, seolah-olah secara tidak langsung mereka menggangap Islam tidak mempunyai jalan sendiri dalam soal politik. Seolah-olah Islam tidak sempurna, ia kekurangan cara untuk berpolitik walaupun mereka mengaku Islam itu syumul. Rasulullah SAW telah pun menunjukkan jalan tersebut. Bukankah Rasul lahir dizaman politik jahiliah menguasai dunia? Namun baginda tidak pun menyertainya. Tanpa membuat alasan konon tiada pilihan lain, baginda berjuang menampilkan politik Islam, lalu membunuh politik karut itu.
Hari ini, umat Islam mengamalkan politik yang tidak Islamik. Pada mereka itulah politik.Politik tidak Islamik digunakan untuk menegakkan negara Islam. Mereka menghalalkan cara.Mana-mana jemaah atau badan Islam yang tidak terlibat dalam politik Barat yang kotor itu dicap tidak berpolitik, bahkan dituduh tidak berjuang. Orang yang mengamalkan politik Islam dicemuh. Katanya tidak berpolitik. Lalu bertungkus-lumuslah mereka berjuang di atas platform yang tidak Islamik itu, yakni politik Barat.
Mereka berjuang secara pilihan raya dengan mendaftarkan diri dan kumpulan sebagai parti politik. Untuk memilih pemimpin-pemimpin yang dinamakan wakil-wakil rakyat, mereka menempuh sistem pengundian dan pemilihan dalam tempoh beberapa tahun sekali. Semua lapisan rakyat tanpa kecuali dilibatkan dengan pemilihan pemimpin secara mengundi. Mana-mana parti yang dapat undi majoriti, itulah yang jadi pemimpin atau pemerintah. Parti yang calonnya paling ramai memenangi kerusi parlimen, maka parti itulah yang berhak menubuh kerajaan. Tanpa mengira lagi cara-cara yang digunakan dalam proses kemenangan yang dicapai sama ada baik atau tidak. Tanpa mengambil kira peribadi-peribadi calon itu sama ada boleh memimpin atau tidak, orang baik atau orang jahat. Tanpa mengenal pasti kemungkinan adanya musuh menyamar.
Dengan tertubuhnya kerajaan, maka dilantiklah jemaah kabinet, senator, anggota dewan senat, pengerusi-pengerusi untuk institusi-institusi penting dalam kerajaan dan melantik duta-duta keluar negara untuk perhubungan antarabangsa.
Lalu perlembagaan dan undang-undang negara yang akan menjadi dasar pemerintahan kerajaan pilihan raya ini dibuat sendiri oleh mereka. Kalaupun ada kitab rujukan, tentunya dari Barat yang mengasaskan politik sekular ini. Sama sekali tidak merujuk kepada Allah dan Rasul, yakni Al Quran dan Sunnah.
Untuk membuktikan kebenaran undang-undang yang dibuat, ia dibentangkan di parlimen. Kemudian dibahaskan dan diundi.Bila mana dipersetujui oleh majoriti, kerana memang bilangan mereka ramai, maka akhirya undang-undang itu disahkan. Kalau ada suara-suara membangkang dari parti pembangkang yang menyuarakan ketidaksetujuan terhadap mana-mana undang-undang, tetap tertolak kerana tidak dapat sokongan majoriti.
Demikianlah politik yang dipuja oleh umat Islam hari ini.Juga oleh pejuang-pejuang Islam dan ulama-ulama.Politik yang menghalalkan cara demi untuk mendapatkan kemenangan dalam perebutan jawatan. Bukan mereka tidak tahu bahawa cara-cara itu semuanya bertentangan dengan Islam, membeli undi, mengupah gedebe-gedebe untuk mengugut mana-mana pengundi yang dijangka tidak akan mengundi partinya, menuduh, memfitnah, melarikan peti undi, berbohong, menghina dan sebagainya, yang digunakan calon pemimpin itu, semuanya perkara-perkara haram yang dimurkai Allah. Tetapi mreka halalkan semua itu dengan alasan tiada cara lain.Katanya lagi, nanti bila menang semua itu diharamkan semula.
Begitulah mereka bermain-main dengan hukum Allah SWT demi mencapai kepentingan diri, bukan kepentingan agama Allah.Mereka mengambil sebahagian hukum Allah dan menolak sebahagian pula.