Ini adalah
merupakan suasana sebelah dalam masjid Umawi yang berada di Dimasyq,
Syria ketika masih belum berlaku kebangkitan rakyat Syria.Menurut hadis,
di masjid inilah Nabi Isa akan turun untuk memerangi Dajjal ketika
akhir zaman.
Masjid Umawi
Sabda Nabi Muhammad:
“Ketika
Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara
putih di sebelah timur Dimasyq dengan mengenakan dua helai pakaian yang
dicelup dengan waras dan za’faran. Kedua telapak tangannya diletakkan di
sayap dua Malaikat. Bila ia menundukkan kepala, maka menurunlah
rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka
tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti akan
meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu nabi
Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya
Dajjal tersebut. Kemudian nabi Isa datang kepada suatu kaum yang telah
dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu nabi Isa mengusap wajah mereka
dan memberi tahu mereka tentang darjat mereka di Syurga..”
(Sumber hadis : Sahih Muslim, Kitab al-Fitan wa Asyrathis Sa ‘ah, Bab Zikr ad-Dajjal 18: 67-68)
Ibnu
Katsir menyebut, “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya nabi
Isa, iaitu di menara putih bahagian timur Dimasyq. Dan dalam beberapa
kitab yang kami baca, nabi Isa turun di menara putih sebelah timur
masjid Jami’ Dimasyq, dan ini merupakan pendapat yang lebih terpelihara.
Kerana di
Dimasyq, tidak dikenali menara di bahagian timur selain daripada di
sebelah Masjid Jami’ Umawi, Dimasyq sebelah timur. Inilah pendapat yang
lebih sesuai kerana beliau turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk
solat, lalu imam kaum Muslimin berkata kepada beliau, “Wahai Ruh Allah,
majulah untuk mengimami solat.”
Kemudian beliau menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, kerana iqamat tadi dilaungkan untuk kalian.”
Kesimpulannya, sedar ataupun tidak kita
sekarang ini telah pun berada di pengakhiran zaman. Maka bersedialah
dari setiap sudut, kerana apa yang berlaku di Syria mahupun diseluruh
dunia ia menandakan dunia telah berada di pengakhirannya.
Tindakan Kita
Berusahalah untuk menambahkan ilmu berkenaan ilmu agama, dekatkan
diri kepada Allah, berikanlah sokongan kepada golongan yang ingin
tegakkan Islam di muka bumi ini dan berusahalah untuk mengajak mereka
yang masih leka dengan dunia agar kembali kepada Islam. Sama-sama doa
agar Allah memelihara kita daripada fitnah Dajjal dan juga fitnah akhir
zaman ini. Wallahua’lam
Pada 14 Mei 1948 David
Ben-Gurion telah mengisytiharkan wujudnya Negara Israel yang merdeka
lalu diiktiraf oleh Soviet Union
dan Amerika Syarikat.
IKhwan Muslimin telah mengadakan mesyuarat dan mereka telah mendesak
Mesir dan negara-negara Arab lain supaya mengisytihar jihad terhadap
Israel serta menggunakan apa sahaja cara yang mungkin untuk
menyelamatkan Palestin daripada kehancuran. Ekoran dari itu berlaku
Perang Arab-Israel1948.
Ikhwan Muslimin telah menghantar
10,000 mujahidin, kemudian diikuti beberapa Negara Arab yang lain
antaranya Mesir, Syria, Iraq, Jordan,Lubnan dan beberapa Negara arab
lagi sehingga jumlah mereka seramai 47500 orang.
Mujahidin yang
dihantar Ikhwan Muslimin berjuang di barisan hadapan dengan semangat
jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Hasan Al Banna. Mereka berjuang
dengan gagah berani sehingga setiap kali pertempuran mereka beroleh
kemenangan. Mereka terus mara sehingga sampai ke pinggir Tel Aviv.
British, Amerika Syarikat dan sekutunya yang menyokong Israel berasa
bimbang jika Negara haram yahudi itu dikalahkan tentera Arab. Mereka
mendesak kedutaan masing-masing yang berada di Mesir mendesak Perdana
Menteri Mesir Nuqrasyi Pasya supaya menarik pasukan tenteranya dan
bertindak ke atas Ikhwan Muslimin yang kononnya pertubuhan itu sedang
merancang hendak merampas kuasa.
Perdana Menteri Mesir
memanggil pulang tentera Mesir dan tentera al-Ikhwan yang berjuang di
Palestin. Kepulangan mereka bukan disambut sebagai pahlawan tetapi
mereka ditangkap, dipenjarakan malah ramai yang dibunuh.
Pada
10 Jun 1948 diadakan gencatan senjata. Tetapi itu hanya helah Israel
untuk memusnahkan tentera Arab. Apabila tentera Mesir dan Mujahidin
Ikhwan Muslimin pulang maka tentera Arab yang lain berasa lemah
semangat untuk berperang.
Gencatan senjata itu hanya helah
Israel dan sekutunya. Semasa gencatan senjata Israel menerima senjata
dari Amerika, Britain dan sekutunya. Kemudian Israel menyerang semula
lalu mengalahkan pasukan Arab.
Hasan Al Banna dibunuh kerana
menghantar 10 ribu pejuang ke Palestin dan berjaya menyatukan Negara
Arab supaya menentang Israel. Mereka tidak mahu wujud tokoh yang
mengikut jejak Salahuddin Al Ayubi yang berjaya menyatukan Negara Arab
sebelum menakluk Jerusalem.
Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology
dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan
satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di
sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia
menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah
ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi
untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka
bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya
Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf
Ehrenfels.
Hikmah Wudhu
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk
memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air
wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling
banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar
kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan
yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak
tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak
pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali
berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan
diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga
ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan
setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling
berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu
disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan
kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan
dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan
kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi
hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari
air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya
tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah
(pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan
keabsahan wudhunya. Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan
rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat
menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau
membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk
menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan
berkontradiksi dengan wudhu.
Cara Wuduk Rasulullah S.A.W
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya:
“Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta
sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya
sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk
mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam
hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air
sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok
lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali.
Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu
tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali
ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras
buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w
mengambil wuduk .”
Huraian
Wudhuk yang sempurna akan mendapat
kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah
sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan
kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk
membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang
pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana
sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah
lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.
BAGHDAD - Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart Campbell menyatakan,
dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas sebuah kompleks
bangunan berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq yang merupakan
tempat tinggal Nabi Ibrahim.
Campbell yang merupakan arkeologi dari Universiti Manchester berkata, bangunan itu dianggarkan berusia 4,000 tahun.
Kawasan berkenaan dipercayai merupakan pusat pentadbiran bandar Ur.
Campbell berkata, kompleks itu bersaiz sebesar sebuah padang bola iaitu kira-kira 80 meter setiap sisi.
DUA orang pekerja menggali di lokasi bekas sebuah kompleks pentadbiran zaman Nabi Ibrahim di Tell Khaiber pada 31 Mac lalu.- ap
Menurutnya, kompleks bersaiz besar itu merupakan sesuatu yang jarang ditemui.
Ia merupakan penggalian pertama kumpulan arkeologi dari Britain di Iraq sejak tahun 80-an.
Penggalian itu bermula pada bulan lalu apabila enam anggota pasukan
Britain dan empat ahli arkeologi Iraq menggali tanah di Tell Khaiber,
wilayah Thi Qar, selatan Iraq. Kawasan itu terletak 320 kilometer ke
selatan Baghdad.
Menurut ahli arkeologi, kota ini telah diasaskan sekitar 100 SM.Banyak sejarah Maya di Mexico selatan telah diubahsuai menggunakan inskripsi yg sukar dibaca.Rekod-rekod menunjukkan bahawa kota itu berkembang di abad ke-7, tetapi ditinggalkan kira-kira 800 Masihi.Selepas itu, ianya terus berlalu dan bandar telah diserap balik ke dalam hutan.Mungkin nama asal adalah Na Chan Kan (bandar ular).Jika anda melawat laman web hari ini, anda `mungkin akan menemukan masyarakat asli Lancondon India menjual senjata buatan tangan dan perhiasan.
8. Pavlopetri (Greece)
Apabila kamu berkata " bandar hilang", kebanyakan orang akan berfikir tentang Atlantis.Tidak terdapat bukti yang boleh dipercayai bahawa ia tidak pernah wujud, kecuali tulisan-tulisan Plato tentang bandar yang telah ditelan oleh laut.Nasib yang sama menimpa Pavlopetri, sebuah bandar yang telah wujud dari Zaman Batu hingga 1000 SM.dan memberi pandangan yang sahih hidup dalam era itu kepada ahli-ahli arkeologi.Fakta yang menarik ialah kebanyakan penempatan yang sudah ditelan oleh laut rosak teruk, manakala Pavlopetri kelihatan hampir tidak terusik.Bandar mungkin tenggelam kerana pemerdapatan paras laut dan penenggelaman tanah akibat gempa bumi.Mengetahui bahawa paras laut berubah beberapa kali sepanjang tempoh kewujudan manusia, ianya tidak mustahil bahawa terdapat sebuah bandar yang sama hanya menunggu di laut biru dalam untuk ditemui.
7. Memphis (Mesir)
Bandar ini adalah bandar kuno pusat pentadbiran Mesir sepanjang sejarahnya.Nama lama untuk Memphis ialah Ineb Hedj yang bermaksud "Tembok Putih".Kota ini diasaskan, oleh Herodotus, sekitar 3100 SM dan pengasasnya adalah Menes yang bersatu dengan Egypts .Penduduk bandar yang berbeza, tetapi ia diterima secara umum bahawa
bandar mempunyai kira-kira 30,000 rakyat dan merupakan bandar terbesar
di seluruh dunia pada ketika itu.
6. Timgad (Algeria)
Tempat ini yang sangat terang yang diasaskan oleh Maharaja Trajan, terselamat daripada kesukaran banyak dan telah berkembang menjadi sebuah pekan pasar yang besar.Selepas kemusnahan dalam abad ke-5, dibina semula sebagai pusat agama Kristian.Ia kemudian dirobohkan sekali lagi pada abad ketujuh oleh Vandal.Sands of Sahara mengekalkan bandar sehingga penemuan semula dalam 1881.Kini, runtuhan memberi kita wawasan yang luar biasa ke dalam seni bina Rom di wilayah Afrika.Di sini anda boleh melihat gerbang Trajan, tempat permandian dan Temple of Jupiter, sebagai Pantheon Rom.Cara hidup mereka, adalah terbaik yang dibuktikan oleh inskripsi di dinding: "Pemburuan, mandi, bermain dan ketawa.Ini adalah kehidupan! "
5. Machu Picchu (Peru)
Bandar ini di Inca purba, "Puncak Lama", terletak di bahagian atas Andes dan didiami untuk masa yang agak singkat, mungkin antara 1450.dan 1572sebelum ia jatuh kepada penakluk Sepanyol.Kerana
Sepanyol kehilangan rekod perjalanan ke bandar, dan penduduk tempatan
tidak mahu mendedahkan lokasi, Machu Picchu tidak menjadi tumpuan
ramai sehingga awal abad ke-20.Masih terdapat perbezaan pendapat mengenai sama ada ia adalah sebuah koloni semata-mata, tempat perlindungan diraja atau tempat suci agama.Tahun ini menandakan 100 tahun sejak penemuan Machu Picchu.
4. Cliff Palace (Colorado, Amerika Syarikat)
Pueblo India di bahagian barat daya benua mendapat nama dari kampung-kampung mereka .Walaupun terdapat masyarakat Pueblo moden yang masih wujud, masyarakat purba mereka, yang dikenali sebagai Anasazi, telah berkembang antara 900 dan 1200 Masihi.Cliff Palace dibina pada "zaman kegemilangan" Anasazi `s, tetapi ditinggalkan pada 1300.Ianya ditinggalkan belum ditemui di padang pasir sehingga tahun 1888.Selepas ia ditemui, ia adalah penyelesaian yang dibina di batu.Cliff Palace adalah nama yang salah, kerana ia lebih sebuah kampung berbanding nama istana.Ia
tidak pernah ditemui .Mengapa penduduk meninggalkan tempat in?, tetapi
ia diterima secara umum bahawa mereka melakukannya kerana kemarau teruk.
3. Tikal (Guatemala)
Bandar Tikal, yang pernah menjadimodal empayar Maya adalah juga bandar raya terbesar di Dunia Baru.Sempurnadipeliharadinding memberi keterangan kepada bekas kuasa, dan pemergian secara tiba-tiba orang Maya.Walaupun terdapat adalah tidak dipercayaipengetahuankewujudannya, selepas ekspedisi ia tahun 1848.ahli arkeologi mendapati satu laman web terbesar di dunia.Terdapatpiramidtinggi 70 meter, istana diraja,monumendan arena besar bagi permainan bola Maya.
2. Pompeii (Itali)
Ini bandar Rom terletak berhampiranmoden Naples,dan adalah sama seperti Herculaneum, musnah apabilagunung berapiVesuvius meletus pada bulan Ogos pada tahun 79.Letusan yang membentang selama dua hari dikebumikan bandar di bawah tanabuyang dipelihara selama hampir 1700 tahun, sehingga ia telah dijumpai semulapada 1748.Walaupun
kami menyangka bahawa orang-orang Rom purba hidup di dunia imaginatif
marmar putih, Pompeii dengan slogan politik pada dinding, mendedahkan
bandar "yang benar", serupa dengan yang moden.
1. Akrotiri (Santorini)
Tamadun Minoan Crete, yang dinamakan sempena mitos Raja Minos, labirin pembina, sepenuhnya dilupakan sehingga awal abad ke-20.Penemuan istana besar di Knossos,
sekali lagi bersinar kegemilangan negara itu, tetapi Akrotiri, bandar
mereka di pulau Santorini, adalah contoh yang mungkin lebih yang indah
construction.However mereka, kota ini dikebumikan selepas letusan gunung
berapi sekitar 1600.SM yang merupakan salah satu yang terbesar yang pernah diingati.Letusan yang membawa kehancuran kepada kerajaan Minoan.Penemuan Akrotiri mendedahkan lukisan-lukisan yang cantik dan pembinaan yang dirancang dengan teliti.
Berlatar
belakangkan bidang kedoktoran, Dr. Zakir Abdul Karim Naik merupakan
seorang pakar dalam bidang perbandingan agama diperingkat antarabangsa.
Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang sangat
mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis
yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti kita Bible,
kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi.
Dilahirkan
pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India beliau juga terkenal dengan
kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta memberikan jawapan yang
menyakinkan terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan secara
sepontan.
Menjelang tahun 2002, beliau sudahpun memberikan lebih
daripada 1000 ceramah di peringkat antarabangsa seperti di Amerika
Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates,
Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius,
Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand, Guyana (Amerika
Selatan) dan banyak lagi termasuklah ceramah ditempat asal beliau
sendiri; India.
Dr. Zakir Naik mendapat pendidikan awal di St.
Peter’s High School (I.C.S.E), Mumbai sebelum ke Kishinchand Chellaram
College, Mumbai dan Topiwala National Medical College, Nair Hospital,
Mumbai. Akhirnya, beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang
perubatan, M.B.B.S (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery) di
University of Mumbai, India.
Beliau aktif melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti dialog antara agama, dan antara yang paling berjaya
adalah dialog bersama-sama Dr.William Campbell (Amerika Syarikat) pada 1
April 2000. Beliau digelar oleh seorang individu yang tidak asing lagi
dalam dunia perbandingan agama; Sheikh Ahmad Deedat, sebagai ‘Deedat
Plus’ pada tahun 1994.
Beliau juga menerima sebuah plag pada Mei
2005 sebagai anugerah daripada Ahmad Deedat yang terpahat padanya : “Son
what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish,
Alhamdulillah.” Ia bermaksud, “Wahai anak muda, kamu hanya mengambil
masa selama 4 tahun untuk mencapai apa yang saya dapat capai dalam
tempoh 40 tahun. Alhamdulillah.”
Beliau sering dijemput untuk
menyampaikan ceramah dibeberapa stesen televisyen dan radio di pelbagai
negara, dan kini ratusan daripada video rakaman ceramah beliau boleh
didapati dalam bentuk pita video dan cakera padat (CD)
Beliau
kini telah meninggalkan karier beliau sebagai seorang doktor perubatan
untuk menumpuhkan seluruh masa dan tenaga beliau untuk aktiviti dakwah
islamiyah. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Presiden Islamic
Research Foundation (I.R.F), Pengerusi I.R.F. Educational Trust, dan
Presiden Islamic Dimensions, Mumbai.
Antara buku-buku yang telah
dikarang oleh Dr. Zakir Naik termasuklah Replies To The Most Common
Question Asked by Non-Muslim, Quran And Modern Science – Compatible Or
Incompatible, Concept Of God In Major Religions, Islam And Terrorism,
Women’s Right In Islam – Protected Or Subjugated?, Al-Quran – Should It
Be Read With Understanding?, Is The Qur’an God’s Word? Dan banyak lagi.
ISLAMIC RESEARCH FOUNDATIONIslamic
Reseach Foundation yang diasaskan pada bulan Februari 1991 merupakan
satu pertubuhan rasmi yang tidak berasaskan keuntungan yang berperanan
menyebarkan dakwah serta mesej Islam kepada masyarakat, sama ada Islam
mahupun bukan Islam. Kerja-kerja yang dihasilkan oleh I.R.F
termasuklah buku-buku, dokumentari dan video-video ceramah telah sampai
ke jutaan manusia di serata dunia melalui saluran TV satelit
antarabangsa, Internet dan media cetak; kebanyakkan menumpukan kepada
memberikan kefahaman terhadap kebenaran dan kesempurnaan agama Islam
berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis sahih dan juga logik akal.
Islamic Reseach Foundation dinaungi oleh Dr. Zakir Naik Abdul Karim Naik. IRF boleh dihubungi di alamat:
56/58 Tandel Street ( North),
Dongri, Mumbai – 400 009 India.
Tel : (0091-22) 23736875 (8 lines)
Fax : (0091-22) 23730689.
Laman web: http://www.irf.net Dr. Zakir Naik Vs Dr. William Campbell Tajuk: “Qur’an and Bible in the light of Science” Sinopsis: Debat
Hebat ini berlangsung di Skokie, Illinois, USA. Dr. Zakir Naik telah
bertindak menerima cabaran Dr. William Campbell yang pernah menulis buku
menghina al-Quran bertajuk “The Qur’an and the Bible in the light of
History and Science”. Dalam buku tersebut Dr.William Campbell menghina
Al-Quran dengan mengatakan fakta-fakta di dalamnya bertentangan dengan
Sains manakala ayat-ayat Bible menunjukkan fakta sains. Beliau juga
mencabar Orang Islam untuk menjawap dakwaan beliau.
Antara kandungan menarik Debat ini ialah:…
- Pembuktian Al-Quran firman Allah menerusi Sains dan logik akal
- Konsep salah Holy Trinity
- Penyimpangan ajaran Kristian daripada ajaran Nabi Isa AS
- Kandungan Bible yang telah diubah
- Hujah-hujah Dr. William Campbell yang mudah dipatahkan oleh Dr. Zakir Naik
- Pembuktian KeRasulan Nabi Muhammad SAW
Dr Zakir Naik mematahkan hujah-hujah Dr William Campbell menerusi:…
- Firman Allah dan Hadis Nabi SAW
- Petikan Ayat-ayat Bible
- Kajian Sains dan Teknologi
Lihat debat di sini: http://www.youtube.com/view_play_list?p=625048053B10637E Biodata Dr. Zakir Bin Naik
Beliau
berkelulusan Doktor Perubatan adalah seorang pendakwah bebas yang
mendapat gelaran ‘walking Computer’ kerana ingatan beliau yang luar
biasa, beliau juga digelar ‘Deedat Plus’ kerana kebolehan beliau
berhujah mengenai Islam dan Kristian sebagaimana Ahmad Deedat, tetapi
Dr. Zakir Naik memiliki lebih banyak kelebihan lagi. Di dalam
perdebatan, beliau secara bersahaja memetik kandungan Al-Quran, Hadith,
Bible serta buku dan kajian terkini sains dan teknologi. Semuanya beliau
lakukan dari ingatan luarbiasa beliau tanpa merujuk kepada sebarang
teks. Biodata Dr. William Campbell
Beliau adalah seorang Missionary Kristian yang berkelulusan PhD bahagian teologi Kristian
dan fasih berbahasa Arab. Beliau bertaraf ‘Ulama’ Kristian adalah
seorang yang sangat kritis kepada ajaran Islam dan Al-Quran. Berbanding
Dr Zakir Naik, beliau berhujah dengan merujuk kepada bahan-bahan
bertulis yang beliau sediakan…tetapi yang ajaibnya adalah semua rujukan
beliau itu dihafal secara ‘ayat ke ayat’ oleh Dr Zakir Naik.
Sesungguhnya
melihat perdebatan tersebut akan membuatkan kita merasa takjub akan
kurniaan Allah terhadap Dr Zakir Naik. Debat tersebut juga berjaya
membongkar segala kesalahan ajaran Kristian secara ilmiah dan bukti
konkrit yang sukar untuk ditolak oleh Dr William Campbell sendiri.
Adalah dilaporkan, ratusan orang yang memeluk agama Islam setelah
melihat perdebatan tersebut.
Debat ini adalah debat terakhir
yang dibuat oleh Dr.Zakir Naik kerana cabarannya kepada pendeta-pendeta
agama Yahudi, Buddha, Hindu, Atheis malahan Kristian untuk berdebat
tentang kebenaran Islam tidak berani lagi disambut selepas itu. Mungkin
mereka gentar kepada Dr. Zakir Naik yang memperlakukan Dr. William
Campbell seperti seorang yang ‘hilang arah’ dan hujah ketika bertemu
beliau. Video
salah seorang wanita beragama Hindu memeluk Islam secara LIVE di Peace
TV selepas bertanya satu soalan kepada Dr. Zakir Naik. Setelah berpuas
hati mendengar penjelasan daripada Dr. Zakir Naik, tanpa teragak-agak
wanita ini mengucap 2 kalimah syahadah.