Saturday, May 2, 2009

UTAMAKAN PROGRAM TUHAN

Ada orang yang berpendapat, kita akan terkongkong atau hilang kebebasan bila ikut dengan peraturan Tuhan. Padahal dalam kehidupan manusia tidak lepas dari peraturan. Bila tidak ikut dengan peraturan Tuhan ertinya ikut dengan peraturan manusia. Bahkan di dalam rumah atau keluarga kita pun tidak lepas dari peraturan. Kalau kita pindah ke rumah orang lain pun akan ada peraturan. Tentu kita akan lebih suka dengan peraturan yang dibuat oleh ayah kita di rumah daripada peraturan yang dibuat dalam rumah orang lain.

Misalnya kita berada di rumah kita sendiri, tentulah program dalam rumah itu kita yang buat. Kalau kita pergi ke rumah orang lain, tentu programnya berlainan dengan di rumah kita. Apakah sama perasaan kita berada di rumah sendiri dengan berada di rumah orang lain. Tentu tidak. Jadual hidup kita pun akan berbeza, di rumah sendiri dengan di rumah orang lain. Kalau kita paksakan jadual hidup kita di rumah orang lain, tentu kita akan susah dan tidak tenang.

Kalau dunia ini kita rasakan kepunyaan kita, waktu yang 24 jam itu juga kepunyaan kita, kita yang mengatur, itulah yang membuat kita hidup di dunia ini tidak tenang, susah, gopoh dsb. Itu yang membuat kita tidak stabil. Dunia kepunyaan Tuhan, waktu yang juga kepunyaan Tuhan kita programkan semuanya, tentu hidup kita akan jadi susah, sebab kita telah membuat jadual untuk sesuatu yang bukan kepunyaan kita.

Padahal diri kita dan apa pun yang berkaitan dengan diri kita, bukan kita yang tentukan. Bahkan kita tidak tahu apa yang akan terjadi sedetik lagi, apa lagi untuk yang 1 hari, 1 minggu, 1 tahun, tentu kita lebih tidak tahu. Kalau pun kita cuba mengatur, kadang yang terjadi tidak sesuai dengan apa yang kita rencanakan.

Ada orang yang beralasan sibuk dengan kerja, hingga merasa takut terikat dengan peraturan Tuhan. Padahal dia menjadi sibuk karena menolak peraturan Tuhan. Dia sibuk memburu cita-citanya, wang, harta, pangkat dll. Hingga hilang ketenangan. Padahal dalam dia memburu cita-citanya itu pun diikat oleh peraturan di pejabat, di rumah, di jalan raya dll. Kalau cita-cita kita adalah Tuhan, maka susah dengan Tuhan pun terasa bahagia. Bahkan mati karena Tuhan pun akan bahagia. Kalaupun ada kesusahan dalam memburu Tuhan terasa bahagia.

Sebab itu penting untuk mengenal Tuhan agar tahu siapa Tuhan, siapa diri kita. Kalau tak kenal Tuhan, tak kenal diri kita. Walaupun kita tidak menyebut diri kita Tuhan tetapi tanpa sedar kita berlagak seperti Tuhan. Kalau kita memahami bahawa dunia ini Tuhan yang punya, dan ikut dengan program Tuhan tentu manusia akan hidup teratur, aman, damai.


Sesuaikan hidup dengan jadual Tuhan.

Tuhan memiliki jadual. Sesuaikan hidup kita dengan jadual Tuhan. Bangun sebelum subuh, kemudian solat sunat 2 rakaat. Setelah itu solat subuh dan elok jangan tidur setelah subuh sebab akan menumpulkan fikiran. Kalau pun hendak tidur, setelah terbit atau tinggi matahari.

Tapi bagi orang yang masih muda, masih cergas, waktu itulah dia pergi kerja, sebab tenaga dan fikiran masih segar. Menjelang pukul 11 pagi, tidur Qailullah. Setengah jam sebelum zuhur bangun dan bersiap solat zuhur. Setelah solat zuhur sambung kerja dan solat asar. Setelah asar tidak dibenarkan tidur, makruh, dapat melemahkan fikiran. Kalau pun ingin beristirehat, sambil membaca, berkebun dll. 30 minit sebelum maghrib bersiaplah untuk solat maghrib. Kalaulah manusia membuat program untuk hidup mereka disesuaikan dengan jadual Tuhan, hidup akan teratur, tenang dan bahagia.

Untuk ikut dengan jadual Tuhan, syaratnya mesti kenal Tuhan. Seperti kita kerja di pejabat, bila kita sayang dengan ketua kita apa saja arahan dan tugasnya akan kita ikuti. Walaupun buat kerja itu susah.

Orang yang kenal dengan Tuhan, terlewat solat subuh 30 minit saja akan terasa susah hati. 30 minit sebelum solat sudah rindu ingin menunaikan solat.

Hamba Allah yang sebenarnya, bangun tidur walaupun dia belum buat dosa, terus ingat dosa. Sayidina Umar, walaupun dikatakan oleh Rasulullah SAW kalau ada nabi lagi setelah aku, maka Umar menjadi nabi, dan kalau Saidina Umar melalui di satu jalan, maka syaitan tidak lalu di jalan itu, tetapi hati S Umar makin takut dengan Tuhan. Ketika mengambil air wudhu mukanya sudah pucat.

Itulah orang Tuhan, yang walaupun dekat dengan Tuhan tetapi dia rasa jauh dengan Tuhan.

Ya Allah Anugerahkanlah kepadaku rasa takut, anugerahkanlah rasa cinta pada Mu dan cinta Mu pada ku. anugerahkan rasa redha aku terhadap Mu dan redha Mu terhadap ku. aku mengharap Rahmat Mu tuhan. Ya Allah atas kesalahan ku ampunilah aku.

0 comments:

Post a Comment