Friday, May 22, 2009

Akibat Bercinta Sebelum Kahwin

Nafsu sungguh jahat, syaitan amat menipu
Di akhir zaman ini ramai orang berkahwin,
berkenal-kenalan dan bercinta-cinta lebih dahulu
Sebelum berkahwin, di waktu bercinta
semuanya indah-indah belaka
Tidak ada yang susah, tidak ada masalah
Semuanya baik walaupun jelek,
sekalipun menyusahkan, tapi indah
Di masa itu kentutnya pun wangi,
peluhnya pun harum mengalahkan atar
Tapi setelah berkahwin, tidak sampai setahun,
tiga bulan sahaja, yang dahulu bukan masalah
sekarang masalah
Dahulu yang busuk berbau harum,
sekarang yang harum berbau busuk
Sekalipun atar pilihannya yang dipakai
namun baunya menyakitkan
Dahulu yang diminta perkara susah bukan masalah,
sekarang yang mudah satu kewajipan pula
dianggap masalah
Dahulu cinta itu dirasakan sampai kesudah,
rupanya sebelum separuh jalan, punah
Dahulu yang jahat pun dianggap baik,
sekarang yang baik dianggap jahat
Betapalah yang jahat,
terasa berpuluh-puluh kali jahat dan menyusahkan
Perang mulut pun mula terjadi,
masing-masing menunjukkan sikap bermusuhan
Kadang-kadang tidur pun berasingan
atau tidur membelakang
Dahulu marahnya pun indah,
sekarang senyumnya pun pahit macam jadam
Masing-masing bawa diri,
izin-mengizin sudah tiada lagi
Makin bertemu perang menjadi-jadi,
makin berjumpa makin benci-membenci
Akibatnya apa sudah terjadi pada suami isteri ini?!
Kedua-duanya pergi jumpa tuk kadhi
minta cerai katanya jodoh sudah tidak ada lagi
Begitulah kesan cinta dahulu sebelum kahwin
Indahnya dan manisnya sudah habis
barulah diijabkabulkan

Related Posts:

  • Salahkah Allah Benarkan Poligami?Salahkah Allah Benarkan Poligami?Benarkah Yahudi Kerana Menaja Pelacuran?Memang lelaki mempunyai keinginan kepada lebih dari seorang wanita, tabiatnya memang demikian. Hebatnya Tuhan Pencipta melakukan penciptaan seagung itu … Read More
  • ISTERI CERDIK DAN BERSTRATEGI PERMUDAHKAN PERJALANAN SUAMI Islam adalah agama bagi orang yang cerdik. Orang cerdik akan memilih sesuatu yang dapat menyelamatkan dirinya. Bukan sahaja selamat bahkan tenang, senang, damai, dan bahagia di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Sebab itu… Read More
  • Kemesraan Rumahtangga Rasulullah s.a.wKetika kita menempuh bahtera rumah tangga, ketika kita sedang menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya, kita dianjurkan untuk melihat kembali kecintaan kita kepada keluarga Nabi. Dalam memperkuat kecintaan kita kepada keluarg… Read More
  • Suami Isteri: Toleransi Dan Redha Meredhai Suami ada kewajipan dan tuntutan keatas isteri dan begitulah sebaliknya. Oleh yang demikian, Jika gagal dalam menunaikan kewajipan masing-masing maka kedudukannya berdosa. Oleh yang demikian, bermodalkan takut dan cintakan T… Read More
  • Kuliah Pra Perkahwinan: Pilihlah Pasangan Yang TepatMemperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan wanita. Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak… Read More

0 comments:

Post a Comment