Sunday, May 3, 2009

DALIL SISTEM KHILAFAH AKAN MUNCUL SEBELUM KIAMAT

Kepada pejuang-pejuang yang memperjuangkan kebenaran tentulah mengharapkan agar perjuangan tesebut beroleh kemenangan. Sama ada kemenangan itu kemenangan maknawi atau kemenangan lahiriah. Kemenangan maknawi ialah beroleh janji Tuhan diakhirat iaitu dijanjikan syurga yang sangat indah yang dihiasi bidadari-bidadari cantik, air susu, madu dan arak yang mengalir seperti sungai, ihiasi pelamin dan tempat beradu dengan batu permata yaghut yang bersinar. Sementara kemenangan lahiriah iaitu berjaya menewaskan musuhnya.
Namun tidak semua pejuang kebenaran itu mendapat kedua-dua janji tersebut. Di zaman yang tidak dijanjikan kemenangan lahiriah maka pejuang tersebut masih diberikan kemenangan maknawiah. manakala dizaman yang dijanjikan, maka Tuhan anugerahkan kedua-dua kemenangan tersebut.
Saya yakin dan kental dengan keyakinan ini bahawa diwaktu ini, disaat ini dan inilah zaman yang mana Tuhan akan anugerahkan dua kemenangan untuk pejuang-pejuang kebenaran. Sesiapa yang sedang memperjuangkan kebenaran mengikut method perjuangan yang benar sepertimana kehendak Tuhan yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW pada ketika ini, dihujung perjuangan ini nanti akan mendapat dua kemenangan dari Allah iaitu kemenangan lahiriah dan kemenangan maknawi.Berdasarkan janji Tuhan di dalam Al-Quran dan janji Rasulullah SAW, kemenangan lahiriah yang dijanjikan itu ialah dapat menegakkan Daulah Islamiah seterusnya Daulah ini akan menguasai dunia. Akhirnya seluruh dunia akan tunduk dibawah kekuasaan Islam. Diketika itu Tuhan menjadi matlamat manusia dan hidup manusia sangat aman dan makmur.
1. Dalil Al Quran
Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi ini
sebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55
2. Dalil Al Hadis
Dari Nukman bin Basyir, katanya…
‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata
” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’
Huzaifah RA lalu segera menjawab.
” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”
Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.
Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti
yg Dia kehendaki.”
Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
Kemudian Rasulullah SAW pun diam….
~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam
kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.
Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,
hadis nombor 5.]

0 comments:

Post a Comment