lmu Islam itu merupakan kesatuan ilmu yang berangkai. Walaupun nampak terpecah-pecah, hakikatnya ia satu. Memahami Islam mesti secara syumul atau secara keseluruhan, bukan hanya satu-satu bahagian.
Islam ibarat seorang manusia yang padanya terdapat berbagai-bagai juzuk atau bahagian seperti mata, tangan, mulut, telinga, perut, kaki, jari dan lain-lain. Hakikatnya satu yakni badan tapi disebut satu-satu juzuk bila disebut peranannya. Jasad itu dikatakan jasad, atas gabungan keseluruhan anggotanya, bukan satu-satu anggota. Jadi keseluruhan ajaran Islam itu mesti kesemuanya bukan satu-satu.
Keseluruhan ilmu Islam itu disebut rangkaiannya seperti fekah, aqidah dan tasawuf. Begitu juga dalam satu suruhan (perintah Tuhan), bukan satu bahagian sahaja yang terlibat tapi semuanya turut terlibat. Yakni setiap amalan akan terbawa di dalamnya soal aqidah, fekah dan tasawuf. Semuanya mesti ada.
Islam itu secara seketul. Bila disebut rangkaian atau cabang-cabangnya baru disebut namanya, seperti iman, Islam dan ihsan. Namun keseluruhannya adalah Islam.
BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM ISLAM
Di antara bahagian-bahagian di dalam Islam yang pernah disebut oleh para ulama ialah:
1. Iman, Islam dan ihsan.
2. Tauhid (usuluddin), fekah, tasawuf.
3. Tauhid, fekah, akhlak.
4. Aqidah, syariat, (tareqat, hakikat, makrifat).
5. Aqidah, (ibadah, muamalah, munakahat, jenayah).
6. Sihatul Aqdi -(aqidah yang betul),
al wafa-u bit andi - (menunaikan janji),
ijtinabul haddi -(menjauhi larangan),
sihatul qasdi - (betul niatnya).
7. Amrum bil makruf ,wanahyun anil mungkar (menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).
Itulah intipati yang mesti difahami dan diamalkan dalam Islam. Ia berangkai-rangkai dan bermacam-macam peranannya. Masing-masing ada peranannya sendiri. Setiap yang diketahui itu mesti dilaksanakan atau diapply dalam amalan dan seluruh kehidupan.
ILMU ALAT
Ilmu-ilmu seperti ilmu nahu, saraf, usul filth, qawaldul fiqhiyah, tafsir dan lain-lain, semuanya dikatakan ilmu alat atau penyampai atau wasilah. Alat digunakan untuk mencapai matlamat. Tetapi ada orang yang sibuk menggunakan ilmu alat sehingga tidak dapat buah dan tidak tercapai matlamat. Mereka mengkaji ilmu alat sehingga tidak dapat matlamatnya iaitu memahami dan mengamalkan Islam itu sendiri.
Kita ada ilmu dengan tidak melalui alat, tidak salah. Tamsilannya, kita ada alat iaitu tangga dan galah. Matlamat kita ialah hendak makan buah yang ada di atas pokok. Buah itu matlamat. Tangga untuk ambil buah itu alat. Yang hendak dimakan itu buah, bukan tangga. Tapi kalau kita asyik membelek tangga dan galah, tidak sampailah matlamat hendak makan buah. Sedangkan tidak salah kalau kita tidak mahu menggunakan tangga dan galah. Apa perlunya kita sibuk dengan tangga. Tangga itu kecil. Buah yang penting. Kalau kita mampu capai buah dengan tangan, maka akan sampailah matlamat mendapatkan buah. Yang hendak dimakan bukan tangga tapi buah. Jadi dalam mempelajari ilmu alat ini tidak perlu belajar banyak-banyak kitab. Satu kitab pun sudah memadai.
PERANAN SETIAP BIDANG DI DALAM ISLAM
Ilmu Islam itu berangkai-rangkai dan bermacam-macam peranannya. Fekah, tasawuf dan tauhid semua ada peranannya. Yang penting setiap rangkai itu dilaksanakan.
Peringkat bidang-bidang di dalam Islam itu ddalah seperti susunan di bawah:
1. Aqidah
2. Iman
3. Syariat
4. Tasawuf
5. Akhlak
AQIDAH
Definisi aqidah ialah pegangan atau keyakinan yang Allah fardhukan berdasarkan rukun iman pada setiap mukalaf. Dengan pegangan tersebut sesorang itu menjadi mukmin.
Peranan Aqidah
1. Mengenal Allah secara tepat.
2. Mendorong orang untuk beriman.
3. Memudahkan tujuan beribadah.
4. Mengelakkan daripada syirik. Ada orang Islam tidak syirik tetapi inad - `degil`. Di sini ada perbezaan.
IMAN
Takrif iman mengikut Hadis Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Dibenarkan oleh hati, diikrar oleh lisan dan dilaksanakan dengan perbuatan." (Riwayat At Tabrani)
Katalah amalan seseorang itu beres tetapi persoalan dalam hatinya seperti kenapa dan mengapa dia buat, itu kita tidak tahu. Walaupun dia Islam tapi belum tentu dia beriman. Iman itu penting kerana dengan iman barulah hidup ada erti. Kalau ada iman, macam kita memiliki dunia dan seluruh isinya.
Seluruh anggota seperti mata, kaki, tangan, hati dan lain-lain mestilah dijaga supaya tidak mencacatkan iman. Semua itu mestilah digunakan untuk menyuburkan iman. Sama ada aqidah kita rosak atau tidak, iman kita rosak atau tidak, puncanya tidak jauh dari kita iaitu tubuh kita sendiri. Kalau pandai menggunakannya maka akan dapat iman.
Makna iman
Iman sulit hendak diterjemahkan. Iman tidak sama dengan keyakinan kerana iman ada makna yang tersendiri. Iman tidak sama dengan membenarkan atau mengiakan kerana membenarkan dikatakan `assiddiqin` . Jika sekadar membenarkan, belum tentu minat dan akan berusaha untuk mendapatkan iman. Sedangkan iman perlu diusahakan untuk mendapatkannya. Iman unik dan sulit hendak diterjemahkan. Allah saja yang tahu.
Contohnya: Seorang Badwi berjumpa Rasulullah SAW dan berkata, "Aku beriman ya Rasulullah."
Lalu turunlah wahyu iaitu:
Maksudnya: " Jangan katakan engkau telah beriman tapi katakan engkau telah Islam..." (Al Hujurat: 14)
Bila seseorang telah mengucapkan dua kalimah syahadah ertinya dia sudah Islam tapi tidak semestinya dia beriman. Bila mempelajari dan faham asas rukun iman, ia ada hubungan dengan hati. Apabila ada iman ternafilah kekufuran dan kemunafikan. Bila tidak ada iman, ertinya kufur walaupun dia alim tentang ilmu Islam.
Orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, jelas kufur. Border antara iman dan kafir ialah sembahyang. Jika tinggal sembahyang jelas kafir. Iman adalah hakikat hidup manusia. Tidak ada erti seseorang itu hidup jika tidak ada iman.
Peranan Iman
1. Mencegah daripada kekufuran.
2. Mencegah daripada maksiat.
3. Mendorong membangunkan syariat, tasawuf dan akhlak.
4. Memudahkan menerima peringatan.
Dalam Al Quran, Allah berseru kepada orang beriman yang sifamya mudah lalai supaya menerima peringatan. Allah berkata, "Wahai orang-orang yang beriman...," Allah tidak menyebut `orang Islam`. Ertinya, kalau tidak ada iman susah hendak menerima peringatan. Allah memberi bantuan pun kepada orang yang beriman. Kalau sekadar Islam, Tuhan tidak akan memberi bantuan. Taqwa pula maknanya ialah orang yang mempunyai iman yang subur.
5. Iman mengesahkan amalan kita di semua peringkat yang berhubung dengan syariat, akhlak dan tasawuf. Contohnya kalau sembahyang tidak ada iman, sembahyang tidak diterima. Begitu juga jihad, kalau tidak ada iman, ia tidak akan diterima. Pemurah pun kalau tidak ada iman Thhan tidak terima.
6. Mendorong orang cintakan Allah.
7. Mendorong orang supaya tawakal kepada Allah.
8. Mendorong supaya sabar. Selalunya susah hendak sabardalam semua keadaan, sabar dalam berjuang, sabar dalam ujian dan sabar dalam nikmat.
9. Mendorong orang takut Allah. Takut Allah itu diperintah. Takut itulah sifat hamba. Jika semakin banyak ibadah, hati rasa semakin selamat, semakin hilang rasa takut, itu ibadah yang sudah rosak, yang memusnahkan sifat kehambaannya.
10. Mendorong rasa harap kepada Allah. Dalam takut dia harap. Orang yang tidak harap pada Allah seolah-olah menuduh Allah zalim.
11. Mendorong seseorang itu redha menerima ketentuan Allah.
12. Kalau mati membawa iman, terlepas daripada kekal di dalam Neraka. Orang yang mati membawa iman tidak kekal di dalam Neraka.
Cara-Cara Menghidupkan Iman
1. Banyak tafakur.
2. Banyak membaca Al Quran dengan faham makna dan kehendak ayat. 3. Mengamalkan syariat. Syariat lahir banyak membenihkan iman. Apabila lebih banyak berjuang, lebih banyak sembahyang, maka semakin bertambah iman.
4. Banyak mengingati dosa. Ia akan menyuburkan rasa takut pada Allah. Apabila membuat ibadah tetapi rasa selamat dan hilang rasa takut, itu adalah istidraj. Ertinya kita tertipu. Kita sangka dapat iman tapi sebenarnya ghurur (tertipu) di dalam beribadah.
0 comments:
Post a Comment