Monday, May 25, 2009

Apabila Tidak Dididik Mengenal Tuhan

Manusia yang tidak dididik secara Tuhan
Kenalkan Tuhan, cintakan Tuhan
takutkan Tuhan
Ertinya rohnya terbiar
nafsunya terbiar
akal fikirannya terbiar bersendirian
Sungguh malang, kemanusiaannya gersang
Nafsunya akan melulu, kehendaknya terlalu
halal haram dia tidak peduli
Yang penting kehendaknya lulus
kemahuannya tembus
Rohnya juga terbiar
akibatnya perasaannya diikutkan sahaja
Kalau dia benci sampai mati
kalau dia rasa marah
sampai ke sudah
Berdendam tidak sudah-sudah
sakit hatinya membawa mati
Berfikir untuk tuntunan nafsu jahatnya
bagaimana hendak menjayakannya
Berfikir hendak melepaskan dendamnya
bagaimana hendak melakukannya
Berfikir bagaimana hendak meluah
rasa marahnya
Bagaimana hendak menjayakannya
hingga puas hati
Apa hendak jadi itu lain kira
Yang penting berjaya, puas hati
masuk penjara pun tidak mengapa
Sungguh dahsyat manusia
yang tidak dididik secara Tuhan
Nafsunya rakus, gelojoh, hatinya hitam
oleh mazmumah, hatinya pun keras
akal fikiran tunduk kepada nafsu jahat
Kalau manusia semacam ini ramai di dunia,
dunia sudah jadi neraka sebelum Neraka
Menjelang Maghrib

Related Posts:

  • KOMUNIKASI ROHKetika Sayidina Umar Al Khattab memegang tampuk pemerintahan Islam yang berpusat di Madinah, beliau telah menghantar utusan kepada Yazdajird, Raja Parsi, menyerunya agar memeluk Islam. Malangnya seruan itu ditolak. Yazdajird … Read More
  • PENYAKIT JIWA YANG MEMBAWA KEPADA KEHILANGAN JIWADi antara yang menyebabkan penyakit ini ialah tekanan hidup. Hidup adalah pertarungan antara susah dan senang. Kehidupan bererti berhadapan dengan berbagai-bagai masalah dan cabaran. Masalah datang silih berganti dan bertukar… Read More
  • MANUSIA DAN PUNCA KEROSAKANNYA Manusia rosak banyak sebabnya.Ada sebab luaran dan ada sebab dalaman. Ada sebab lahir dan ada sebab batin. Namun kalau semua sebab-sebab itu dianalisa, puncanya dapat dirangkumkan ke dalam tiga perkara yang pokok. Pertama a… Read More
  • Niat-Perkara Tersembunyi Tetapi Memberi Kesan Yang Besar Niat adalah sesuatu perkara jarang-jarang diperkatakan. Isu niat tidak diperbesarkan-besarkan mungkin ianya bukan perkara yang komersial, tidak memberi untung kepada individu, keluarga, masyarakat, bangsa atau sesebuah negar… Read More
  • Cara Memberi Kasih Sayang Yang TepatSebenarnya untuk mendidik rakyat, anak-anak dan murid-murid, memang tidak terlepas dari kasih sayang sebab ia merupakan keperluan. Bagaimanapun kasih sayang itu bukan atas dasar akal, nafsu atau perasaan. Pendapat akal itu me… Read More

0 comments:

Post a Comment