Wednesday, May 13, 2009

Mujahadah & Istiqamah

Orang yang bilamana dia hendak membuat sesuatu amalan, terasa payah, diusaha-usahakannya, ditekan-tekan nafsunya, dipujuk-pujuk hatinya, maka orang ini termasuk dalam golongan orang yang bermujahadah. Orang mujahadah disebut juga sebagai orang soleh. Nak buat amalan baik, terpaksa berhempas pula melawan nafsu. Kena dipaksa-paksa diri untuk membuat suruhan Tuhan dan meninggalkan larangan Tuhan. Pada satu peringkat, bila mujahadah dilakukan secara berterusan, dia dapat melepasi mujahadah itu. Ini disebabkan amalan yang dilakukannya sudah menjadi kebiasaan. Tak perlu dipaksa atau dipujuk diri lagi. Amalan baik itu sudah mendarah mendaging dalam kehidupan. Dia jadi mudah dan terbiasa untuk buat suruhan Tuhan dan meninggalkan larangan Tuhan. Di sini, dia sudah mendapat istiqamah. Istiqamah ini melayakkan dia menjadi orang bertaqwa. Itulah sebabnya Rasulullah ada menyebut, jangan kamu meminta menjadi wali, tetapi mintalah istiqamah, kerana istiqamah itu adalah sifat kewalian.

Jangan mudah-mudah kita sangka kita boleh dapat istiqamah tanpa mujahadah. Kena mujahadah dulu, baru boleh layak dapat istiqamah. Mujahadah pula tidak boleh bersendirian, tanpa guru mursyid yang memberi panduan. Dibimbangkan mujahadah kita dicelahi syaitan, menggagalkan kita menjadi orang bertaqwa. Syaitan menunggu peluang untuk mengganggu hamba-hamba Tuhan yang menuju kepada Tuhan. Itu sebabnya ada waktu-waktu orang-orang mujahadah tewas dalam mujahadah. Ada waktu-waktu orang mujahadah terlepas Tuhan. Mereka tak boleh sentiasa bersama Tuhan kerana susahnya hendak bersama Tuhan itu. Nak mujahadah, nak istiqamah, kena ada guru mursyid yang memandu dan menunjuk jalan. Kerana Rasulullah juga sudah berpesan, kalau kamu tidak dapat bersama Allah, hendaklah kamu bersama orang yang bersama Allah. Maksudnya di sini, hendaklah kamu bersama guru mursyid. Di samping itu, mujahadah akan lebih mudah bila bersama jemaah. Jemaah mengatur sistem kehidupan kita untuk menjadikan kita mudah bermujahadah untuk mencapai istiqamah. Tuntutan berjemaah ini memang menjadi tradisi orang-orang yang menuju Tuhan. Kalaulah ada guru muryid, nescaya ada muridnya. Perhubungan guru dan murid-murid ini menjadikan mereka satu kelompok jemaah yang terbangun di dalamnya kehidupan Islam.

Apa yang kita boleh simpulkan di sini, orang-orang yang mengusahakan taqwa adalah orang yang mengusahakan mujahadah untuk dapat istiqamah, yang mana mereka ini mestilah dalam satu jemaah di bawah pimpinan guru mursyid. Sekian.

Related Posts:

  • AL JANNATU AJILAH (SYURGA YANG DISEGERAKAN)Antara perkara yang pertama dituntut dalam Islam adalah mengenal Tuhannya. Ada Hadis yang berbunyi: Maksudnya: “Awal-awal agama mengenal Allah.” Hanya setelah kita kenal Tuhan, barulah kita tahu betapa baiknya Tuhan kita itu… Read More
  • BAJAILAH JIWADari Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Memadailah dengan mati itu sebagai pengajaran (penasihat, peringatan)." (Riwayat Tabrani) Dalam menempuh hidup yang penuh ranjau ini umat Islam perlu memiliki sifat dan sikap positif… Read More
  • BUAH IMANSemasa pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab r.a., ada seorang lelaki bernama Hassan. Suatu hari dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia k… Read More
  • TAFSIR DHUHA DAN MALAM HARIAllah berfirman di dalam surah Ad Dhuha: " Wadhuha wallaili izasaja." Maksudnya:"Demi waktu dhuha dan demi waktu malam bila ia belabuh." (Ad Dhuha: 1-2) Waddhuha` ertinya `demi waktu dhuha` dan `wallaili` ertinya `demi wakt… Read More
  • HATI YANG CELIK DAN HATI YANG BUTAHati seseorang yang celik, perasaannya tajam kerana tajamnya dia sangat halus perasaannya .Halus perasaannya itu kerana rasa bertuhannya sangat tajam. Rasa bertuhannya dia bawa ke mana-mana kerana Tuhannya itu ada di mana-man… Read More

0 comments:

Post a Comment