Umat manusia di dunia dewasa ini sedang berhadapan dengan berbagai krisis yang sangat membahayakan kehidupan manusia : krisis politik, sosial, ekonomi, moral, pendidikan, kemanusiaan dan berbagai macam krisis lainnya. Terjadi perselisihan, penzaliman, pembunuhan dan peperangan yang menyebabkan pertumpahan darah. Masyarakat hidup mengikuti nafsunya masing-masing. Yang kaya menderita, susah hati dalam menjaga dan menambah kekayaannya, yang miskin tidak sabar, susah hati karena tak memiliki harta dan melihat si kaya dengan penuh cemburu. Pergolakan politik di kalangan elit tidak pernah berhenti laksana air laut yang senantiasa bergolak, saling jatuh-menjatuhkan perkara biasa, berebut jabatan mengorbankan nyawa, muda-mudi hidup berfoya-foya dan terlibat narkotik, maksiat di mana-mana, kriminalitas tidak berhenti, ibarat air sungai yang mengalir setiap waktu. Manusia hidup dalam kesusahan dan penderitaan. Jiwa-jiwa masyarakat tidak tenang, mereka bagai hidup dalam neraka dunia.
Krisis yang sangat membahayakan seperti yang dialami umat manusia sekarang ini pernah terjadi dalam sejarah kehidupan manusia dan Al Qur’an memberikan contoh jalan keluarnya. Jalan penyelesaian untuk keluar dari krisis multidimensi yang sangat berbahaya bagi umat manusia di dunia dan akhirat ini adalah dengan kembali dan merujuk kepada Tuhan melalui ‘wakilNya’ di muka bumi. Di zaman ketika masih ada Nabi dan Rasul, manusia merujuk kepada para nabi dan Rasul utusan Tuhan. Ketika kenabian sudah ditutup dengan kedatangan Rasulullah SAW, manusia diminta bertanya kepada para ulama yang haq, ulama pewaris nabi. Untuk menyelamatkan umat islam, dengan rahmat dan kasih sayang Allah, setiap awal kurun, Allah kirimkan kepada umat Islam ini ulama besar yang bertaraf mujaddid (pembaharu). Rasulullah saw pernah bersabda :
Terjemahannya: “Sesungguhnya ALLAH akan mengutus pada umat ini (umat Rasulullah) setiap awal 100 tahun seorang mujaddid yang membaharui urusan agamanya.“
Jadi berdasarkan hadis ini jelas di setiap awal kurun (100 tahun), ALLAH lahirkan seorang mujaddid. Mujaddid berasal dari perkataan jaddada yujaddidu, tajdidan, mujadidun, mujaddadun.
Jaddada : dia telah membaharui
yujadidu : dia sedang atau akan membaharui
tajdidan : pembaharuan
mujadidun :Orang yang membawa pembaharuan
Mujaddid maknanya orang yang membawa pembaharuan. Mujaddid itu bahasa Arab, dalam bahasa Inggeris dikatakan “Reformer” : Pembaharu.
Mujaddid yang lahir di setiap awal kurun tugasnya adalah yujadidu, membaharui urusan agama. Apakan maksud memperbaharui urusan agama? Adakah dia membaharui isi Al Quran, atau isi Hadis atau isi Islam? Tidak. Ia tetap membawa Al Quran, Hadis dan akhlak Islam, isi yang lama yang pernah dibawa oleh Rasulullah SAW. Tetapi ia mendapat ilham dari Allah dan membawa satu penafsiran baru tentang Al Qur’an dan hadis. Penafsirannya yang bersumber dari ilham itulah yang paling tepat dan sesuai untuk diamalkan di zaman itu. Dia tidak hanya menafsirkannya tetapi juga mengamalkan tafsiran tersebut dalam diri, keluarga, jamaah dan perjuangannya. Dialah Al Qur’an dan hadis berjalan di kurun itu. Hasil dari keindahan Islam yang dibawa dan diperjuangkannya, banyak orang yang sangat fanatik dalam mencintai dan mengikutinya, tetapi tidak kurang juga yang sangat menentangnya, karena tidak faham atau hasad dengki dengannya.
Dia juga membawa style yang baru yang tidak pernah ditempuh oleh orang lain selama ini. Hingga Islam dapat diamalkan oleh masyarakat. Dengan kata-kata lain, agama yang lama sudah ditinggalkan itu dapat dihidupkan kembali oleh mujaddid tersebut dengan menggunakan methode, uslub, teknik, strategi dan kaedah baru yang sesuai dengan fikiran dan suasana zamannya.
Dalam ajaran Islam ini tujuan dan matlamat tidak boleh berubah tetapi methode dan uslub boleh berubah sesuai dengan fikiran manusia yang sentiasa berubah dan keadaan masa di zaman itu. Sebab itu sekiranya ada seorang pemimpin tetapi dia ikut style yang lama, walau bagaimana hebat sekalipun pimpinannya dia tidak dianggap sebagai mujaddid. Lebih-lebih lagi kalau lahirnya bukan di awal kurun.
Karena zaman dan situasi yang berbeda antara 1 mujaddid dengan mujaddid lain, maka style antara satu mujaddid dengan mujaddid yang lain juga tidak sama. Tekniknya berbeda tetapi perkara yang diperjuangkan adalah sama yaitu mengajak manusia kepada Allah SWT. Sebab itu jika kita mengkaji sejarah walaupun Islam tidak menjadi empayar tetapi di tangan mujaddid, Islam tetap hidup dan berkembang. Masih berlaku kesyumulan Islam dalam jemaah pimpinannya.
Jadi mujaddid itu tidak membawa agama yang baru, karena tidak ada Nabi dan Rasul selepas Rasulullah. Dia hanya membawa ajaran Rasulullah. Supaya ajaran Rasulullah itu diamalkan oleh masyarakat, maka dia meniti di atas teknik, methode, uslub, cara, kaedah, style dan strategi yang baru yang sesuai dengan kerusakan yang berlaku di zamannya. Sebab itu orang mudah menerimanya, sedangkan pejuang-pejuang lain di zamannya masih lagi mengekalkan style dan cara yang lama. Sebab itu masyarakat tidak dapat menerima mereka. Tetapi pejuang-pejuang yang tidak faham ini kadang-kadang menyalahkan masyarakat yang tidak mau menerima Islam. Padahal bukan masyarakat yang tidak mau Islam, tetapi kaedah mereka yang gagal untuk menarik minat orang kepada Islam. Tetapi kepada mujaddid, ALLAH membekalkan padanya melalui ilham satu cara, methode dan kaedah yang tersendiri. Sehingga hati-hati manusia dapat menerima kaedah perjuangannya.
Kedatangan Mujaddid Memperbaiki yang Rosak
Dengan kasih sayang Tuhan, selepas kewafatan Rasulullah SAW didatangkan setiap seratus tahun seorang mujadid. Kedatangan seorang mujadid yang membawa satu kaedah, cara teknik dan metode baru yang sesuai di kurunnya, bertujuan untuk memperbaiki yang rosak di waktu itu. Metode itu hanya menyangkut perkara yang telah rusak saja. Supaya yang rosak itu dapat dibetulkan dengan menggunakan metode yang baru.
Ini bererti, semakin ke hujung semakin banyak yang rosak dan perlu dibaiki, makin banyaklah yang hilang, banyak yang rosak, banyak yang biasa wujud sudah tidak wujud lagi. Ertinya mujadid yang datang makin ke hujung, makin berat tanggung jawabnya. Sebab makin ke hujung makin banyak perkara dalam agama Islam yang sudah rosak.
Kalau begitu, tugas mujadid pertama tidaklah seberat mujadid kedua. Tugas mujadid kedua tidak seberat mujadid ketiga. Juga tugas mujadid ketiga tidak seberat mujadid keempat. Tugas yang keempat tidak seberat yang kelima dan begitulah seterusnya.
Sebagai contoh, mujadid pertama ialah Sayidina Umar bin Abdul Aziz. Dia membawa pembaharuan hanya berkaitan dengan masalah negara saja. Dia tidak menyentuh soal ibadah, akhlak, masyarakat atau ekonomi. Sebab di zamannya semua aspek itu tidak rosak. Yang rosak ialah soal pemerintahan negara.
Begitu juga kedatangan mujadid kedua, Imam Syafei. Dia datang bukan untuk membetulkan masalah ibadah, akhlak, ekonomi, atau masyarakat. Dia menyelesaikan hal-hal mengenai ulama. Sebelum kedatangan Imam Syafei, ulama-ulama memberi fatwa tanpa ada kaedah atau cara. Pada masa itu, orang membuat hukum dan fatwa tidak mengikut prosedur. Maka Imam Syafei pun membuat kaedah. Lahirlah dua kaedah yaitu usul fiqh dan khawaidul fiqhiyah. Sampai sekarang ulama menerima dan memakai kaedah ini. Jadi Imam Syafei datang untuk menyelesaikan masalah ijtihad.
Di waktu kedatangan mujadid ketiga, Imam Abu Hassan Asyaari, yang rosak adalah aqidah. Sebab di waktu itu Islam sudah mulai meluas, falsafah Barat dan Yunani sudah meresap masuk ke dalam Islam. Jadi mujadid ini tidaklah menyentuh hal-hal ekonomi, akhlak dan ibadah, tetapi membetulkan aqidah yang sudah keliru. Sebab itu ada kaedah sifat 20 itu dalam ilmu tauhid dan usuludin.
Begitulah pula datang mujadid seterusnya, Imam Fakhrurrazi. Dia membuat kaedah bagaimana mentafsirkan Al Quran.
Kemudian, kerosakan semakin bertambah berat. Islam sudah terpecah-pecah. Ibadah sudah tidak ada hubungan dengan akhlak. Aqidah pula seolah-olah tersendiri. Datanglah mujadid seterusnya iaitu Imam Ghazali, membawa suatu kaedah untuk menggabungkan ketiga-tiga asas agama yaitu tauhid, fikih dan tasawuf. Dalam setiap amalan umat islam mesti terangkum tauhid, fiqh dan tasawuf. Sebab ketiga-tiga asas tersebut tidak dapat dipisahkan satu sama lain.
Kalau begitu, makin ke hujung makin besarlah masalah umat Islam. Di kurun ini semua masalah sudah wujud. Sistem pemerintahan sudah rosak, masyarakat rosak, rakyat rosak, ibadah rosak, aqidah rosak, akhlak rosak, tauhid rosak, ekonomi rosak, politik rosak, dan macam-macam lagi yang sudah rosak. Artinya seluruh aspek kehidupan itu sudah tidak dikaitkan dengan Allah. Sebab itu kedatangan mujadid di kurun ini tentulah keadaannya lebih sulit lagi dan sangat menantang. Apabila hendak membetulkan semua perkara tadi, semua golongan yang terlibat dalam kerusakan itu yang mungkin belum paham akan menjadi penentang perjuangan dan kedatangan mujadid ini. Bila semua sudah rosak, artinya semua golongan yang terlibat akan tertentang dengan kedatangan mujadid kurun ini. Tetapi dengan ilmu ilham yang diberikan oleh Allah dan ketaqwaan yang dimiliki oleh mujaddid tersebut, Insya Allah ia akan sanggup membaiki kerusakan yang ada.
Siapakah dia ?
Semoga kajian buku ini memberikan indikasi kepada kita siapakah yang layak untuk menjadi mujaddid di kurun ini.
Ulama-ulama bertaraf Mujaddid disetiap zaman, diantaranya :
Mujaddid kurun 1 : Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Mujaddid kurun 2 : Imam Syafei
Mujaddid kurun 3 : Abul Hassan As-Syaari, Ibnu Suraij Al Iraqi
Mujaddid kurun 4 : Imam Al Baihaqi, Syeikh Abu Hamid Isfaraini As Shafie
Mujaddid kurun 5 : ImamAl Ghazali
Mujaddid kurun 6 : Imam Fakhrurrazi
Mujaddid kurun 7 : Ibnu Daqiqi’Id
Mujaddid kurun 8 : Albalqini
Mujaddid kurun 9 : Imam As Sayuti
Mujaddid kurun 10 : Imam Muhammad Ar Ramli
Mujaddid kurun 11 : Abdullah Salim Al Basri
Mujaddid kurun 12 : Ad Dardiri
Mujaddid kurun 13 : Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi
0 comments:
Post a Comment