Wednesday, September 22, 2010

Kiamat Kian Hampir

Bumi huru-hara 2013 kerana matahari

GAMBAR fail yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat menunjukkan nyalaan api di matahari pada 8 September lalu.

LONDON - Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.

Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.

Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.

Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. - Agensi

Related Posts:

  • SYARIKAT GLOBAL IKHWAN SDN BHDBerikut apa kata Pengerusi Eksekutif GLOBAL IKHWAN SDN BHD (GISB) iaitu Abuya Syeikh Ashaari Muhammad tentang penubuhan syarikat GISB. "Kebangkitan Islam yang kian memuncak di Malaysia dan antarabangsa telah mendorong nega… Read More
  • SOAL HATI : ISU SEMASA YANG SERING DIABAIKAN alam kehidupan ini, kita seringkali didogmakan dengan isu yang berkaitan dengan ekonomi, politik, sosial, alam sekitar, kepimpinan, dan sebagainya. Namun sering kita terlupa bahawa sebenarnya isu-isu yang disebut di atas ada… Read More
  • BILA MASYARAKAT ROSAK Kalau satu generasi itu, apabila lahir sahaja disatu zaman, membesar di zaman itu dan melihat masyarakatnya sudah terlalu kusut di semua aspek, semua golongan sudah rosak, yakni sebagai contoh, sudah wujud krisis, pepecahan,… Read More
  • DEMONTRASI : TANDA BANGSA YANG LEMAH JIWANYA Masyarakat kita dilanda keresahan. Bukan kecil atau besarnya isu, dan bukan juga ringan atau seriusnya sesuatu perkara, yang jelas adalah lebih kepada perasaan resah. Resah gelisah itu di zahirkan dalam bentuk demonstrasi. T… Read More
  • BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD telah mula beroperasi di Malaysia dari utara ke selatan termasuk Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dengan membawa p… Read More

0 comments:

Post a Comment