Suatu hari masuklah  Rasulullah s.a.w. menemui anakdanya  Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anakdanya sedang menggiling syair  (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari  batu sambil menangis.  Rasulullah s.a.w. bertanya  pada anakdanya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga   Rasulullah s.a.w. tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha.  berkata, "Ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang  menyebabkan anakda menangis". Lalu duduklah  Rasulullah  s.a.w. di sisi anakdanya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya,  "Ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya) mencarikan anakda seorang jariah untuk menolong anakda menggiling gandum dan  mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah". Mendengar perkataan anakdanya ini maka bangunlah  Rasulullah s.a.w.  mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan  tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam  penggilingan tangan itu seraya diucapkannya  "Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut  berputar dengan sendirinya dengan izin Allah s.w.t.            Rasulullah s.a.w. meletakkan syair ke dalam penggilingan  tangan itu untuk anakdanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan  sendirinya seraya bertasbih kepada  Allah s.w.t. dalam berbagai bahasa  sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.
 Rasulullah s.a.w. berkata kepada  gilingan tersebut, "Berhentilah berputar dengan izin  Allah s.w.t.",  maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu  berkata-kata dengan izin  Allah s.w.t. yang berkuasa  menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa  Arab yang fasih, "Ya  Rasulullah s.a.w. , demi   Allah s.w.t. Tuhan  yang telah menjadikan Baginda s.a.w.  dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah Baginda s.a.w. menyuruh hamba  menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan  semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab  Allah s.w.t.suatu ayat yang  bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu  dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya  para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai  Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang  dititahkan". 
Maka hamba takut, ya  Rasulullah s.a.w. kelak  hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka.  Rasulullah s.a.w.  kemudian  bersabda kepada batu penggilingan itu, "Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu  mahligai Fathimah az-zahra di dalam syurga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar  berita itu kemudian diamlah ia.
 Rasulullah s.a.w.  bersabda kepada anakdanya, "Jika  Allah s.w.t. menghendaki  wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya  untukmu. Akan tetapi  Allah s.w.t. menghendaki  dituliskan-Nya untukmu beberapa  kebaikan dan dihapuskan oleh-Nya  beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa  derajat. Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk  suaminya dan anak-anaknya, maka  Allah s.w.t. menuliskan untuknya  dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan  mengangkatnya satu derajat".
"Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum  untuk suaminya maka  Allah s.w.t. menjadikan antara  dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang  meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci  pakaian mereka maka  Allah s.w.t. akan mencatatkan  baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang  yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya  Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya  maka  Allah s.w.t. akan menghalanginya  dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat".
"Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami  terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan  aku doakan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahawa ridha suami  itu daripada  Allah s.w.t. dan kemarahannya itu  dari kemarahan  Allah s.w.t.?. Ya Fathimah, apabila  seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka  beristighfarlah para malaikat untuknya dan  Allah s.w.t. akan mencatatkan  baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu  kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka  Allah s.w.t. mencatatkan untuknya  pahala orang-orang yang berjihad pada jalan  Allah s.w.t. yakni berperang sabil.  Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti  keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal  tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan  akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah s.w.t. akan mengkurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta  beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat."
Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik  hati dan ikhlas serta niat yang benar maka  Allah s.w.t. akan mengampuni  dosa-dosanya semua dan  Allah s.w.t. akan memakaikannya  sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap  helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan  dikaruniakan  Allah s.w.t. untuknya seribu pahala  haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan  suaminya maka  Allah s.w.t. akan memandangnya  dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan  hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya  dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit  (malaikat), "Teruskanlah 'amalmu maka  Allah s.w.t. telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu  yang akan datang". Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut  suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting  kukunya maka  Allah s.w.t. akan memberinya minuman  dari sungai-sungai syurga dan  Allah s.w.t. akan  meringankan sakaratulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman  dari taman-taman syurga serta  Allah s.w.t. akan  menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas  titian Shirat".
Monday, December 6, 2010
Home »
Kisah Dan Tauladan
 » Fathimah az-zahra rha dan Gilingan Gandum






0 comments:
Post a Comment