Kita telah membuktikan dari sejarah Nabi-Nabi bahawa pengikut mereka adalah dari golongan yang sedikit. Bagaimanakah pula golongan manusia di akhir zaman?
Apabila Allah berfirman bahawa golongan yang bersyukur adalah sedikit maka memang benar firman Allah itu, kerana Allah itu benar lagi dibenarkan.
Bukti-bukti golongan yang bersyukur itu amat sedikit
1. mana yang ramai?Orang yang bersolatkah yang ramai atau orang yang meninggalkan solat itu yang ramai? Tentulah orang yang meninggalkan solat itu jauh lebih ramai. Mengikut kajian di Malaysia, penduduknya yang bersolat hanya 10% sahaja sedangkan yang meninggalkan solat adalah 90%.
Kemudian dikalangan yang bersolat pula. mana yang ramai, golongan yang bersolat dan benar-benar menghayati solatnya itukah yang ramai atau golongan yang solat tetapi hanya lahiriahnya semata-mata sahajakah yang ramai? Tentulah lebih ramai yang bersolat tetapi hanya lahiriahnya sahaja. Sementara golongan yang benar-benar menghayati solatnya itu lahir dan batin sangatlah sedikit?
2.Mana yang ramai? golongan yang menuntut ilmu agama atau golongan yang menuntut ilmu dunia? Tentulah golongan yang menuntut ilmu dunia itu lebih ramai. Lihatlah mereka yang hadir ke masjid-masjid, pondok-pondok pengajian agama itu hanya boleh dibilang dengan jari. Sementara kuliah-kuliah ilmu dunia sangat ramai,setiap hari sekolah-sekolah pendidikan sekular di penuhi dengan manusia yang bertujuan merebut dunia ini. Niat pengajian ini tidak bertunjangkan Tuhan tetapi mencari kerja semata-mata. Bahkan niat manusia yang berpendidikan agama sama sahaja dengan yang berpendidikan sekular.
Kemudian kita soal lagi. Dikalangan yang menuntut ilmu-ilmu agama tadi, mana pula yang ramai, golongan yang belajar dan mendapat ilmu agama tadi kemudian dihayati dan diperjuangkan sunguh-sungguh di tengah masyarakat hingga menjadi model Islam yang syumul itukah yang ramai atau yang menuntut ilmu agama tetapi kesan pada diri dan masyarakat sama sahaja dan tidak berubah apa2kah yang paling ramai?
3.Mana yang ramai? Golongan yang berjaga malamkah yang ramai atau golongan yang tidur lena di malam harikah yang ramai?
Friday, August 10, 2012
Bukti Golongan Yang Bersyukur Itu Sedikit
Related Posts:
APALAH SANGAT DUNIA JIKA NAK DIBANDINGKAN DENGAN AKHIRATidak ada manusia yang dapat menolak bahwa hidup di dunia ini adalah sementara waktu. Di akhir zaman ini paling lama manusia dapat hidup menurut umur dunia, 150 tahun. Setelah itu semua orang percayakan mati, selepas mati perg… Read More
ALLAH ADALAH PENGHIBUR AGUNG YANG SEBENAR-BENARNYAKedatangan Islam di dunia adalah untuk menghiburkan manusia. Di situlah indahnya Islam. Islam itu menghibur. Penghibur yang paling besar ialah Tuhan yang Maha Agung. Kalau Tuhan itu dikenali dan kalau kita tahu kerja-kerja Tu… Read More
BAJAILAH JIWADari Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Memadailah dengan mati itu sebagai pengajaran (penasihat, peringatan)." (Riwayat Tabrani) Dalam menempuh hidup yang penuh ranjau ini umat Islam perlu memiliki sifat dan sikap positif… Read More
KEHEBATAN MENCINTAI TUHAN YANG MAHA AGUNGPetikan : " Mengejar cinta Tuhan, orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalam pertarungan merebut cinta Tuhan.Cinta yang hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian. Jarang o… Read More
HATI YANG CELIK DAN HATI YANG BUTAHati seseorang yang celik, perasaannya tajam kerana tajamnya dia sangat halus perasaannya .Halus perasaannya itu kerana rasa bertuhannya sangat tajam. Rasa bertuhannya dia bawa ke mana-mana kerana Tuhannya itu ada di mana-man… Read More
0 comments:
Post a Comment