Saturday, October 17, 2009

Skrip Tuhan


Bagi orang yang peka dengan kebangkitan Islam Akhir Zaman kali kedua
Dia dapat membaca skrip Tuhan secara umum
Dia dapat mengikuti berdasarkan skrip peristiwa-peristiwa yang terjadi
Satu demi satu catatan skrip menjadi nyata
Babak demi babak berlaku di depan mata
Mana yang belum terjadi tidak sabar-sabar lagi menunggu peristiwa itu
Macamlah filem yang hendak dibuat didahului dengan skrip yan dicatatkan
Setiap yang terjadi setiap hari
seolah-olah melihat filem dipandukan oleh skrip
Hero-hero di dalam filem daripada berbagai-bagai golongan
Yang terlibat telah berlakon mengikut skrip
Ada golongan yang heronya telah mati
Tidak kurang juga ada hero golongan yang mendapat luka-luka
Juga ada hero golongan yang telah jatuh wibawanya
Ada juga hero golongan yang telah dilupa
kerana disangka dia telah mati
Skrip Tuhan ini ada babak-babaknya yang belum sempurna
Ertinya ada peristiwa-peristiwa yang belum terjadi
Orang yang faham skrip tidak sabar-sabar menunggu, bila akan terjadi?
Apakah akan terjadi juga?
Masing-masing bersangka,
Masing-masing menjadi tanda tanya akan terjadi juga?
Orang yang tidak faham skrip Tuhan, buat skrip sendiri.
Cuba melahirkan filem yang dibuat dan diusaha sendiri
Mereka lahirkanlah hero-hero mereka
Setiap golongan hero-heronyalah yang mengepalai perjuangannya
Masing-masing menonjolkan hero masing-masing
Setiap golongan yakin bahawa heronya yang akan menang
Mereka ini sedikit lagi akan terkejut
Rupanya skrip yang dijadualkan oleh Tuhan itulah yang akan terjadi
Semua golongan akan terkejut dan akan tergigit jari
Kerana hero yang ditentukan oleh Tuhan
Itulah yang akan terjadi dan menang..

Related Posts:

  • APABILA PEMIMIPIN TIDAK MEMIMPIN Terlalu banyak istilah digunakan bagi mengatakan tentang kepimpinan. Ada yang menggunakan istilah "Pemerintahan ". Ada yang menggunakan istilah "Kekuasaan" Ada pula yang menggunakan istilah "Pentadbiran "seperti Pentadbiran … Read More
  • Sikap Nafsu Terhadap TuhannyaAllah berfirman di dalam Al Quran: “Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah orang yang mengotorinya.” (QS Asy Syams 9-10) Islam menganggap nafsu itu sebagai musuh manusia. Allah SWT telah menegaskan: “Sesu… Read More
  • ERTI ATAU TAKRIF SABARAmat banyak disebut oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam menggambarkan kelebihan sifat sabar. Kemuncak atau yang tertinggi Tuhan sebut dengan pengertiannya iaitu tiadalah bagi orang yang sabar itu melainkan masuk syurga ta… Read More
  • MENGAPA BERLAKU KRISIS?Selalunya orang menganggap krisis bermula kerana sesuatu isu. Krisis dikatakan berpunca atas sebab ketidak-stabilan ekonomi dan politik kerana kepimpinan lama tidak beres.Demikian jugalah dalam apa juga pertubuhan, kalau terj… Read More
  • FALSAFAH PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD MENGIKUT AJARAN ISLAMSejarah telah membuktikan bahawa hukum hudud, qisas dan ta'zir adalah satu peraturan yang bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluarbkepada masalah manusia. Di zaman kegemilangan Islam yang lampa… Read More

0 comments:

Post a Comment