Islam adalah satu jalan yang bersih dan murni lahir dan batin. Cara hidup Islam penuh rahmat, kasih sayang dan harmoni. Penuh didikan dan kebaikan. Hukumannya adalah keadilan dan pengampunan. Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, mencipta satu cara hidup yang amat sempurna untuk hamba-hamba-Nya. Suci daripada segala kekotoran dan kelemahan.
Keindahan Islam diakui oleh fitrah murni manusia sekalipun bagi orang bukan Islam. Kerana Islam itu agama fitrah. Mengamalkannya tidak mendatangkan mudarat dan ia tidak pula memudaratkan orang lain. Dengan kata lain, Islam itu agama selamat dan menyelamatkan.
Kalaulah kita berpeluang menyaksikan dengan mata kepala sendiri akan realiti hidup Rasulullah SAW dan salafussoleh, tentu kita akan menyaksikan satu kehidupan yang sungguh menakjubkan. Peribadi mereka sangat tinggi dan akhlak baik mereka sangat menonjol. Cara hidup mereka walau dalam apa bidang sekalipun tetap dihiasi dengan akhlak yang mulia. Orang-orang bukan Islam pun sangat mengkagumi mereka. Sebab itu ramai orang yang memeluk Islam hanya kerana melihat kebaikan mereka itu. Inilah rahsia atau anak kunci kejayaan Rasulullah dan para Sahabat untuk dapat menawan hati man usia. Mereka tidak pernah berjuang untuk merebut kerusi (jawatan). Tetapi manusia memberi mereka kerusi kedudukan yang mulia.
Untuk melaksanakan kebaikan, cara atau kaedahnya juga mesti baik. Tidak ada dalam ajaran Islam itu matlamatnya baik tetapi cara melaksanakannya kotor. Kalau kita hendak menderma misalnya, caranya mestilah dengan baik. Bukan dengan sombong dan mengungkit-ungkit. Akan tertolak pahalanya di sisi Allah.
Seorang yang ingin menghiburkan orang lain, tetapi menempuh cara-cara maksiat dan mungkar, tidak diterima kebaikan itu sebagai ibadah kepada Allah. Orang yang hendak menegakkan kebenaran melalui cara yang batil, yang dibuat itu tidak lagi dianggap kebenaran. Bahkan ia dianggap kebatilan yang disadur dengan kebenaran.
Itulah dia akhlak Islam. Bahawa sesuatu usaha itu hanya akan jadi ibadah kepada Allah bilamana dapat menepati lima syarat. Yakni niat, cara, subjek, natijah semuanya mesti mengikut syariat Allah, di samping kita tidak meninggalkan perkara¬perkara atau ibadah yang asas.
Orang yang mahukan matlamat saja baik tanpa menempuh cara-cara atau perlaksanaan yang baik, yakni orang yang menggunakan matlamat untuk menghalalkan cara, mereka ini termasuk dalam ayat:
Maksudnya: ‘Jangan kamu mencampurkanyang hak dan yang batil.” (AI Baqarah: 42)
Yang hak itu agama Tuhan. Yang batil itu jalannya seperti jalan demokrasi dan lain-lain.
Mereka ini sepertilah orang yang mahu ke satu destinasi dengan kereta, tidak ikut jalan raya, tetapi berjalan di dalam sawah padi. Betulkah dia dan selamatkah dia? Begitulah tamsilannya orang-orang yang menghalalkan cara. Apa saja halal demi mencapai matlamat baik, konon! Ada orang yang hendak bersedekah tetapi dengan duit curi. Sedekah itu baik tetapi jalannya tidak baik. Maka sedekah itu pun dianggap tidak baik. Ianya bukanlah kesilapan kecil yang boleh dipandang enteng, bahkan ia termasuk dosa-dosa yang membawa kemurkaan Allah dan Neraka.
Ampun maaf, antara kesilapan umat Islam ialah memandang kecil dalam soal cara-cara mendapatkan negara melalui politik pilihan raya. Pada saya, tidak dapat negara itu bukanlah satu dosa, tetapi menempuh cara-cara yang salah itu adalah dosa dan itu amat merugikan kita. Rasul-rasul banyak yang tidak memerintah negara. Ini menunjukkan ia bukan satu kesalahan. Tetapi berjuang untuk dapat memerintah negara dengan cara yang tidak betul, itulah yang salah.
Apakah perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam yang dilakukan oleh orang-orang yang berpolitik secara pilihan raya ini? Antaranya ialah:
1. Melantik diri sendiri menjadi pemimpin
Mengaku dan berkempen tentang kebaikan serta kebolehan diri. Membuat janji-janji muluk duniawi kepada rakyat sebagai upah kepada rakyat kalau memberi undi kepadanya. Kadang¬kadang janji itu keterlaluan hingga tidak mungkin dilaksanakan.
Dalam Islam, seseorang itu tidak dibenarkan melantik atau mencalonkan dirinya jadi pemimpin. Apalagi mengaku dan mendabik dada tentang kebolehan dan kebaikan diri dalam memimpin. Hal ini bertentangan sekali dengan akhlak Islam. Kepimpinan bukan perkara yang jadi rebutan dengan mengaku diri baik. Orang yang tergamak mengaku dia adalah pemimpin yang baik, adalah orang yang tidak baik untuk dipilih sebagai pemimpin. Manusia yang mendengarnya rasa jelik kerana di dalam Islam tidak boleh mengangkat diri. Kebaikan biarlah Tuhan yang mengakui dan orang ramai mengakui, bukan diri sendiri.
2.Melibatkan orang-orang yang tidak layak membuat pemilihan pemimpin
Dalam pandangan Islam, kaum wanita, orang-orang tua dan golongan jahil yang tidak faham kedudukan dan soal-soal kepimpinan, tidak diminta campur tangan dalam menentukan pemimpin-pemimpin negeri atau negara. Ini kerana mereka tidak boleh menilai. Melantik pemimpin adalah tugas Ahlul Halli wal Aqdi. Merekalah yang berautoriti untuk menentukan orang-orang yang mampu memimpin negara.
Adakah murid-murid sekolah layak menentukan orang¬orang yang boleh menjadi guru untuk mengajar mereka? Tentu tidak, bukan? Begitulah juga rakyat umum sebenarnya tidak layak untuk menetapkan siapa pemimpin mereka. Kalau diminta juga, maka terlantiklah orang-orang yang tidak tepat yang tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja memimpin ini. Jangan-jangan perompak yang dilantik. Akhirnya wang-wang negara dirompaknya.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Bila urusan diserah kepada yang bukan ahli di bidangnya, maka tunggulah saat (kehancuran¬nya).” (Riwayat Al Bukhari dari Abu Hurairah)
3. Berbuat dosa besar dalam usaha menjadi pemimpin
Dalam usaha menaikkan diri sendiri atau kawan untuk menjadi pemimpin, maka demi untuk menjatuhkan lawan dari parti lain, yang juga beragama Islam, terjadilah umpat-mengumpat, memfitnah, memberi malu, menuduh dengan sesuka hati hingga bergaduh dan berpecah sesama umat Islam dan lain-lain lagi. Semua ini adalah dosa-dosa besar, apalagi kalau dilakukan kepada sesama Islam.
Dosa ertinya kemurkaan Allah dan Neraka. Apakah kerana hendak menjadi pemimpin dalam negara Islam, kita berani menghalalkan semua perkara yang haram ini? Apakah pihak lawan gembira dengan negara Islam itu nanti yang diperolehi hasil dari menghina, memfitnah, membuka aib orang, mengumpat, memecahbelahkan hati dan perpaduan sesama Islam? Dan apa jaminan bahawa pemimpin yang naik dengan cara ini boleh menjadi pemimpin yang mulia peribadinya untuk menaungi seluruh rakyat termasuk yang bukan pengikutnya dan yang bukan Islam?
Akan berlakukah perpaduan sejati di atas segala sakit hati, dendam, rasa permusuhan yang berlaku semasa pilihan raya di antara parti lawan dan pemerintah yang menang walhal sebelum menang dia sudah memeeahbelahkan umat. Bolehkah orang ramai terima pemerintah setelah mereka sakit hati? Kalau orang ramai bertindak balas, adakah pemerintah itu tidak bertindak balas semula?
Dapatkah masyarakat yang sudah berpeeah belah oleh segala maeam sakit hati, rusuhan dan mungkin pembunuhan itu bermaaf-maafan? Kalau tidak, sudah tentu sakit hati dan permusuhan itu akan menebal berpanjangan, menunggu pilihan raya akan datang untuk mengambil peluang menjatuhkan pemerintah. Adakah pula pemerintah itu tidak sakit hati kerana dijatuhkan?
Mungkinkah akan wujud negara Islam sebenar melalui politik pilihan raya ini? Dapatkah dibina baldatun toiyibatul1 warabbun ghafur, yakni negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah melalui kaedah politik kotor ini?
4.Terjadi dan merebaknya gejala beli pengaruh dan sokongan
Adakah halangan terjadinya rasuah, membeli undi, tawaran¬tawaran projek, tawaran jawatan, tender-tender dan lain-lain bentuk politik wang di dalam pemilihan pemimpin ini? Bahkan ia sebenarnya kian merebak dan begitu meliar sekali. Siapa banyak wang boleh jadi pemimpin. Kerana dia boleh beli pengaruh dan sokongan. Siapa tidak pandai main wang, tidak boleh jadi pemimpin walaupun mempunyai karisma dan kebolehan memimpin yang tinggi.
Perkara ini sungguh hina dan terkutuk di sisi Islam. Tetapi mengapa pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam mendiamkan diri dan merelakannya bahkan ikut serta dalam permainan yang kotor ini? Bahkan ulama pun tidak menegur. Bagaimana ulama-ulama hendak menegur, sedangkan mereka pun terlibat dengan politik pilihan raya. Kadang-kadang sikap mereka di dalam pilihan raya lebih kotor lagi daripada orang yang bukan ulama. Ulama pun ikut kotor sarna kerana me¬nempuh sistem yang kotor. Orang Barat yang mencipta sistem itu sendiri berkata: “Politic is dirty. ”
Jalan yang kotor itulah yang ditempuh oleh para ulama. Mana boleh kita bersama-sama dalam kancah maksiat, kerana benih Islam bukan tumbuh di atas najis! Mungkinkah akan dapat padi kalau ditanam di hutan lalang? Bolehkah agama hak Allah yang begitu murni kita lacurkan di tempat yang hina, demi mengharapkan keredhaan Allah?
Apakah Allah suka cara kita menjaja Islam bagaikan pengemis meminta sedekah kepada musuh? Di manakah kehebatan Islam kalau begitu sekali daifnya, menumpang tapak orang untuk naik? Adakah Tuhan yang Maha Suci itu meredhai jalan yang kotor itu? Maha Suci Tuhan!
Hakikatnya perbuatan menagih negara Islam melalui pilihan raya ini samalah kita menghina dan merendahkan Islam yang maha tinggi itu. Hakikatnya kita mengajak musuh bersorak-sorai melihat hina dan lemahnya agama Islam itu. Politik wang sebenamya membuka laluan untuk musuh membeli kita dengan harga yang murah. Selamanya Islam tidak boleh didaulatkan melalui laluan kotor ini.
5. Melantik wanita menjadi pemimpin kepada lelaki
Melantik atau mencalonkan perempuan untuk menjadi pemimpin atau ketua kepada lelaki adalah jelas sekali bercanggah dengan Islam. Islam telah menetapkan lelaki adalah pemimpin kepada wanita. Ertinya, imam kepada wanita itu adalah lelaki. Mana boleh wanita menjadi imam kaum lelaki. Bilamana wanita dijadikan ketua umum, Rasulullah SAW mengatakan:
Maksudnya: “Rosaklah para lelaki tatkala mereka mentaati wanita. ” (Riwayat Ahmad)
Sabda baginda lagi:
Maksudnya: “Tidak akan berjaya satu kaumyang me¬lantik wanita sebagai pemimpin mereka.” (Riwayat Al Bukhari)
Sabdanya lagi:
Maksudnya: ‘:.Janganlah hendaknya seorang wanita menjadi hakim yang mengadili masyarakat umum.” (Riwayat Ad Dailami)
Orang perempuan hanya dibenarkan untuk menjadi imam atau ketua kepada kaum mereka sahaja. Itu pun sebagai wakil kaum wanita untuk menyampaikan hasrat mereka kepada pemimpin lelaki. Biasanya wakil yang dipilih itu ialah isteri kepada pemimpin. Umpama Rasulullah SAW melantik isteri baginda untuk mengetuai kaum wanita di zaman baginda. Dalam Islam, wanita berjuang sebagai sayap kiri atau pembantu kaum lelaki dan sebagai barisan belakang dalam peperangan.
6.Terjadi kecuaian dan tidak mampu mengikut disiplin
Islam yang mumi Semasa pilihan raya, terjadi cuai sembahyang, tidak menjaga akhlak, tidak mampu lagi mengikut disiplin Islam yang mumi itu, berlaku pendedahan aurat, pergaulan bebas, tipu daya, sengketa dan lain-lain maksiat lagi. Terlalu banyak perkara haram berlaku sewaktu kita hendak dapatkan negara Islam. Mana ada lagi keindahan Islam? Tipu daya dan mainan kotor itu dibenci orang.
Kalau dengan cara inilah kita mengasaskan negara Islam, berapa orang saja yang akan senang dan dapat rasa keindahan Islam itu. Dapatkah orang bukan Islam tertarik kepada Islam yang begini? Jangan-jangan umat Islam sendiri pun rasa benci dan takut dengan Islam yang begini, apalagi bagi yang bukan Islam.
Saya minta maaf sekiranya teguran dan kritikan ini terlalu tajam dan menyakitkan. Moga-moga ia tidak bercanggah dengan akhlak Islam. Dan moga-moga ia menepati firman Allah seperti berikut:
Maksudnya: “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Dan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan nasihat-menasihati kepada kesabaran.” (Al Asr: 1-3)
Saya yakin apa-apa yang saya dedahkan ini, yakni perihal mainan politik kotor yang bercanggah dengan Islam, sudah lama dirasai oleh umat Islam yang cintakan kebenaran. Cuma tanda tanya itu terbiar begitu saja. Tiada siapa yang mahu memandang serius. Saya sendiri baru inilah mahu membangkitkannya sesudah terlalu banyak bukti bahawa politik pilihan raya ini membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan. Sebab ia berjalan bukan di atas landasan syariat Islam. Ia berjalan di atas syariat orang kafir yang sangat bertentangan dengan syariat Islam.
Saya berani mengatakan bahawa cara ini tidak akan membawa kepada negara dan masyarakat Islam yang sebenarnya. Ya, mungkin boleh menang pilihan raya, tetapi pengisian kepada negara Islam itu tidak boleh berlaku seperti sepatutnya. Hal ini sudah terbukti di banyak negara di dunia, yang mana negara dikatakan Islam hanya pada nama dan tidak dihormati oleh dunia. Bahkan lebih banyak berlaku masalah di dalam negara yang mengaku Islam ini daripada yang berlaku di negara orang kafir. Begitu juga di negara umat Islam yang kaya pun lebih banyak masalah yang berlaku daripada negara-negara umat Islam yang miskin. Ia seperti mendapat kereta tetapi tidak dapat digunakan? Apalah ertinya kereta seperti itu.
Pendek kata, kebangkitan Islam dan negara Islam mirip atau ala salafussoleh tidak akan tertegak melaluijalan politik pilihan raya. Ia tertegak melalui motivasi, pendidikan, kasih sayang serta membuat contoh (model) terlebih dahulu di dalam jemaah, insya-Allah. Motivasi, pendidikan dan pen¬dekatan kasih sayang serta melahirkan contoh itulah politik Islam sebenarnya. Yakni politik oleh Parti Allah, yang bersih lagi membersihkan. Yang selamat lagi menyelamatkan.
Motivasi, pendidikan, kasih sayang serta contoh (model) di dalam jemaah adalah alternatif kepada politik pilihan raya. Ia dapat menawan hati, bukan berebut kerusi. Ia tidak memecahbelahkan tetapi menyatupadukan. Ia tidak menipu daya tetapi membawa kebenaran dan keadilan. Ia tidak menghina bahkan memuliakan manusia. Ia menarik perhatian orang bukan Islam kepada Islam, bukan menjauhkan mereka dari Islam. Ia dapat mengalih dan mengubah masyarakat dari jahiliah kepada Islam. Ertinya, ia mampu mengubah sebuah negara kepada Islam tanpa sengketa, insya-Allah.
0 comments:
Post a Comment