Wednesday, April 1, 2009

AULANYA MENAHAN MARAH


Buat mereka yang bertanyakan tentang menahan marah, ku turunkan salam permulaan dengan beberapa riwayat dan hadis perihal marah.

Bahawasanya syaitan itu dijadikan daripada api yang membara dan marah itu juga seumpama api yang membara. hakikatnya marah dan syaitan itu persamaanya kerna sifatnya daripada api yang membara........penulis

Diriwayatkan bahawasanya iblis telah datang kepada Nabi Musa a.s dan meminta kepada baginda agar Allah memperkenan kepada iblis untuk bertaubat. Maka turun wahyu bahawasanya Allah telah memperkenankan perminta nabi Musa a.s. lalu Allah mensyaratkan agar iblis sujud kepada kubur Nabi Adam a.s. Bila syarat tersebut dikhabarkan kepada iblis maka iblis lalu marah dan dengan sombong berkata-kata: Aku tidak sujud kepadanya sewaktu hidupnya, bagaimana mungkin aku sujud sesudah matinya( Nabi Adam a.s). lalu berkata lagi iblis,"hai Musa, kerna engkau telah menolong aku kepada Tuhan, maka aku pesan kepadamu 3 perkara;

1. Ingatlah kepadaku(iblis) ketika marah sebab aku didalam tubuhmu mengikuti salur darah
2. Ingatlah kepadaku ketika menghadapi musuh di dalam peperangan, kerna aku mengingat-ingat ( membolak balik hati ) manusia supaya teringat akan keadaan isteri, anak-anak dan harta benda sehingga ia lari dari medan peperangan itu
3. Awaslah, jangan kamu bersendirian dengan wanita yang bukan muhrim kerna aku menjadi utusan antara kedua.

riwayat 2: Berkata seorang alim kepada sahabat yang memujinya,"Apakah engkau pernah menguji aku ketika marah sehingga engkau tahu kesabaranku. Jawab sahabatnya,"tidak". Tanyanya lagi," Apakah engkau pernah menguji aku di dalam perjalanan sehingga engkau tahu akhlak dan kebaikan ku. Jawab sahabatnya,"tidak. Sambungnya lagi," Apakah engkau pernah menguji amanatku sehingga engkau tahu bahawa aku benar-benar seorang yang amanah. Jawab sahabatnya,"tidak. Lalu dikatakanya," Celakalah kerana seseorang tidak boleh memuji orang lain sehinggalah dia diuji dalam 3 perkara:

1. Memaafkan orang yang membuat kejahatan kepadamu
2. Memberi hadiah kepada orang yang kedekut kepada engkau
3. Membantu orang yang pernah membuat kesalahan kepadamu.

riwayat 3: Ketika Rasulullah s.a.w patah giginya di dalam perang uhud maka sahabat telah berkata kepada baginda;" Ya Rasulullah, berdoalah kepada Allah terhadap orang yang telah menyakitimu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda," Sesungguhnya aku diutuskan bukan untuk mengutuk tetapi aku diutuskan untuk berdakwah dan rahmat, Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka belum benar-benar mengetahui.

Bersabda Rasulullah s.a.w," sesiapa yang menahan lidahnya dari kehormatan kaum muslimin maka Allah memaafkan kesalahan-kesalahanya pada hari kiamat dan sesiapa yang menahan marahnya, maka Allah menghindarkan dari MurkaNya pada hari kimat".

Berkata Yahya bin Mu'az," Sesiapa yang berdoa agar dibalas kezaliman keatas orang yang menganiayainya maka ianya telah menyusahkan Rasulullah s.a.w ditengah-tengah para nabi-nabi yang lain dan menyenangkan iblis ditengah-tengah syaitan dan orang kafir. Dan barangsiapa yang memaafkan orang yang menganiayai dirinya maka ia telah menyenangkan Rasulullah s.a.w ditengah-tengah para nabi yang lain dan menyedihkan iblis ditengah-tengah syaitan dan orang kafir.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,"pada hari kiamat kelak akan ada satu seruan: Dimanakah orang-orang yang pahala mereka dijamin oleh Allah, maka bangkitlah orang-orang yang pernah memaafkan manusia lain, lalu memasuki syurga."

Abu Laits assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a berkata , Rasulullah s.a.w telah bersabda(maksudnya):"Awaslah kamu dari marah-marah kerana marah itu bererti menyalakan api dalam jiwa manusia, tidakkah kamu melihat seseorang yang marah itu merah matanya dan tegang urat-urat lehernya kerana itu bila seseorang merasakan demikian(hendak marah) hendaklah berbaring dan meletakkan badanya di tanah".

Demikianlah sedikit sebanyak riwayat dan hadis perihal marah kerna marah itu tandanya lemah jiwa. Marah itu sifat syaitan dan syaitan itu adalah musuh Tuhan. Maka marah itu juga musuh Tuhan, mahukah kita menjadi musuh Allah?

Di dalam Islam, marah itu bukan dibuang tetapi dikontrol, ditekan supaya tidak dizahirkan. Bukan semua marah itu sifat mazmumah, Ada masanya marah itu diperlukan, jika tidak jatuh dayus pula. Umpamanya marah yang dibenarkan

1. marahkan anak apabila tidak solat tetapi marahlah dalam keaadan berkasih sayang dan berhikmah. Jangan marah semborono kerna marah sebegitu bukan sahaja menjauhkan anak dari kita tetapi menyebabkan anak semakin keras hati.
2. Marahkan isteri jika bergaul dengan lelaki bukan muhrimnya kerana jika tidak dikhuatiri jatuh kepada dayus. Orang dayus tidak dapat mencium bau syurga, apatah nak masuk syurga..bau syurga pun tak dapat
Itu antara contoh-contoh mudah

Yang dikatakan meredakan marah atau kontrol marah atau lebih senang memahmudahkan jiwa ialah:

1. Maafkan musuh yang menzalimi diri kita. Umpamanya mendoakan agar tuhan mengubah dirinya kepada kebaikan serta memaafkan kesalahannya pada diri kita. Kerna setiap kali orang menzalimi kita maka Tuhan menganugerahkan kepada kita pahala free. Imam Ashaari mentakrifkan sebagai 'pahala beri'.

2. Memberi hadiah kepada orang yang membuat aniaya atau menyusahkan kita. Mudahkah? memang payah, tapi lawan hati, paksa hati..InsyaAllah lama-lama Tuhan akan beri kemanisannya. Musuh pun malu dan akhirnya terjadi ikatan ukhwah antara keduanya.

3. Setiap kali rasa nak marah, ambillah air sembahyang kemudian sembahyanglah sunat taubat 2 rakaat, menangislah kalau-kalau Tuhan tak suka sikap kita tadi dan akhir paksa diri setiap kali nak marah maka setiap kalilah kita keluarkan sedikit sedekah kepada orang yang kita rasa nak marah.

4. Ingatlah bahawa marah itu tanda lemah jiwa. Jiwa yang lemah menjadi tempat mainan syaitan. Dibolak-baliknya hati kita, dilambung-lambungnya hati kita, disepak terajangnya jiwa kita. syaitan dan iblis buat hati kita macam bola, mahukah jiwa kita menjadi tempat mainan syaitan. sebab tu kita kena check jiwa kita selalu. kalau perasaan kita boleh dimain-mainkan, itu tandanya jiwa kita lemah. Sekejap ada perasaan kecewa, kejap ada persaan benci kemudian balik pula perasaan rindu..perasaan tak ada musim, orang boleh main-mainkan, itu bahaya.Itu tandanya syaitan dah menguasai jiwa kita, disuntiknya jarum mazmumah. Lama-lama kelamaan jiwa jadi lemah, iman jadi nipis dan dikhuatiri jauhnya kita dari hidayah Allah.

Allah berfirman(maksudnya)
"Beruntunglah mereka-mereka yang menyucikan hatinya dan rugilah mereka-mereka yang mengotorkan hatinya"

Dan akhirnya ingatlah bahawa lawan kepada marah itu adalah sabar dan sabar itu pada mulanya pahit tetapi kesan kesabaran itu sebenarnya lebih manis dari madu....wallahualam

Ya Allah,
bantulah aku sewaktu kemarahanku
kerna kemarahanMu lebih ku takuti

0 comments:

Post a Comment