Tuesday, April 14, 2009

HATI YANG CELIK DAN HATI YANG BUTA

Hati seseorang yang celik, perasaannya tajam kerana tajamnya dia sangat halus perasaannya .Halus perasaannya itu kerana rasa bertuhannya sangat tajam. Rasa bertuhannya dia bawa ke mana-mana kerana Tuhannya itu ada di mana-mana tapi bukan di sini, bukan di sana.
Hati yang celik, hati yang sentiasa jaga ,Tuhan sentiasa di dalam ingatannya kalaupun ada lalainya sedikit sahaja.Apabila rasa bertuhannya tajam di dalam hatinya ,dia sentiasa malu membuat dosa.Sangat sensitif dengan kebaikan.

Kebesaran Tuhan dapat dirasa setiap masa .Kehebatan-Nya menjadikan kecut dan takut hatinya. Kuasa Tuhan menggerunkannya.Dia sedar kuasa Tuhan tidak ada batasnya kerana Tuhan boleh membuat apa sahaja kepadanya bila-bila masa.

Hati yang celik terasa dilihat oleh Tuhan di mana sahaja.Pada Tuhan tidak ada apa yang melindungi-Nya Sentiasa terasa didengar, sentiasa diketahui oleh-Nya di setiap detik dan masa.Hati yang jaga sentiasa khudhuk dan khusyuk kepada Tuhannya.Menjadikan tawadhuk, hingga kebesaran dan kesombongan diri hilang lenyap dibuatnya.

Hari yang hidup apabila membuat dosa derita jiwanya.Dia pun menyesal dan bertaubat kepada Tuhannya dengan segera.Hati yang celik sangat tersentuh apabila Tuhan disebut nama-Nya.Gerun hatinya, kecut perutnya.

Apabila melihat orang susah rasa simpatinya. Sedih pun tiba, bantuan pun diberi kepadanya .Sangat berkasih sayang sesama manusia. Apatah lagi yang muslimnya Hari yang hidup Akhirat sentiasa di dalam ingatannya. Dia susah hati bagaimana nasibnya di sana. Apakah dia ke Syurga atau ke Neraka ??? Menjadikan hatinya hilang rasa cintakan dunia kerana itulah dia pun mengorbankan harta dan kesenangannya untuk Tuhannya. Begitulah sifat hati yang hidup atau yang jaga .Apakah hati kita jaga atau buta? Jawapannya ada pada kita

0 comments:

Post a Comment