Belajar ilmu hisab atau ilmu kedoktoran
Tidak terasa berTuhan, tidaklah hairan
Belajar ilmu yang tersebut dan lain-lain ilmu
Tidak terasa berTuhan, perkara biasa di setiap zaman
Bahkan adakalanya belajar ilmu sekular
Langsung tidak percaya adanya Tuhan yang Maha Esa
Tapi yang lebih aneh, orang ang belajar ilmu keTuhanan
Hingga jadi ulama, tidak rasa berTuhan
Bahkan pakar ilmu tauhid atau ilmu ketuhanan pun tidak berTuhan
Kerana mereka belajar ilmu aqidah dengan akal semata-mata
Sedangkan jiwanya tidak menghayati ilmu itu
Akalnya percaya adanya Tuhan
Jiwanya tidak terasa berTuhan
Di segi ilmu, pakar dengan Tuhan
Di segi jiwa, kosong dari Tuhan
Kerana itulah rasa takutnya dengan Tuhan tidak berlaku atau tidak ada
Syariat Tuhan tidak dijadikan pakaian
Apabila mendapat ujian
Menerima ujian itu dia tidak tahan
Akhlaknya kasar, tidak melambangkan orang berTuhan
Kehidupannya tidak mempedulikan syariat
Sekalipu boleh memperkatakan Al Quran
Atas alasan ilmu semata-mata
Padahal ilmu keTuhanan hendaklah dirasai oleh jiwa
Ilmu keTuhanan bukan imu akal tetapi ilmu rasa
Orang yang 'percaya' Tuhan, hidup macam tidak berTuhan
Orang 'terasa' berTuhan, orang yang takut dengan Tuhan sekalipum
ilmunya kurang
Mereka yang rasa berTuhan yang menghormati syariat Tuhan
Kerana rasa berTuhan itu adalah fitrah semulajadi bagi setiap insan
Lantaran itulah rasa berTuhan itu kenalah suburkan
di dalam jiwa manusia
Tidak cukup setakat akalnya percaya adanya Tuhan
Nukilan Ustaz Ashaari bin Muhamad
Related Posts:
SIAPAKAH YANG LAYAK MENDAPAT BANTUAN DARI ALLAH?Apabila manusia sudah tiada nyawa maka ia dipanggil mayat. Iaitu jasad yang sudah kehilangan fungsi. Malah dalam tempoh yang sangat singkat jasad itu akan mengalami kereputan dan akhirnya hancur. Demikian juga umat Islam yang… Read More
Pembahagian Kebersihan Dalam Islam
“Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan dirinya “
QS Al A’la ayat : 14
Dalam Islam, kebersihan adalah bersifat global atau luas. Ertinya kebersihan itu meliputi semua aspek dalam Islam. Barangsiapa ben… Read More
KENALKAN TUHAN DULU BARU KENALKAN SYARIAT-SYARIATNYATelah banyak berlaku kesilapan-kesilapan di dalam mendidik manusia. Kesilapan orang akal ialah dengan meletakkan gred/klas markah kepada manusia. Manusia cermerlang dan lemah dikategori dengan gred A,B,C,D dan E untuk yang … Read More
MAKSUD JIHAD MENGIKUT PANDANGAN ISLAMAkhir-akhir ini, jihad telah disalahertikan. Ia sudah dicemari padahal perkataan jihad itu sangat baik dan mulia sebab ia datang dan Tuhan, dari Rasulullah dan dari ajaran Islam yang sangat cantik, indah dan mulia. Jihad itu … Read More
SIAPAKAH YANG DIGELAR PEMIMPIN?Siapakah pemimpin? Siapa saja yang berada diatas dari sudut status sosial maka dia adalah pemimpin. Seperti suami atau bapa adalah pemimpin dalam keluarga. Ketua Kampung adalah pemimpin bagi masyarakat sesuatu kampung. Guru B… Read More
0 comments:
Post a Comment