Di dunia ini marilah kita menjadi penghibur
Menghibur manusia yang berbagai bangsa
Dan bermacam peringkat mereka
Moga-moga Allah Taala
Menghiburkan kita di Syurga
Marilah kita jadi penghibur
Menggembirakan manusia
Hiburkanlah manusia dgn pertolongan
Terutama pada yg miskin dan menderita
Hiburkanlah juga dgn senyum kemesraan
Juga nasihat yg beguna
Jadilah penghibur pada manusia
Agar kuat jiwa mereka
Dengan ilmu yg berguna
Dengan semangat membangun jiwa
Ziarahi mereka
Membawa buah tangan
Di waktu mareka sakit
Ziarahi mereka
Gembirakanlah dgn kemaafan kita
Dengan bertoleransi
Serta memberi kerjasama
Jika minta tolong
Jangan dikecewakan
Sekalipun terpaksa berhutang dgn manusia
Siapa menjadi penghibur kepada manusia
Allah Taala akan hiburkan mereka di dalam Syurga
Dengan syaratnya imanlah asasnya
Juga syariat, perjalanan hidupnya
Nukilan oleh Abuya… Dijadikan lagu dalam kumpulan Mawaddah
Thursday, August 27, 2009
MARILAH JADI PENGHIBUR
Related Posts:
AMALAN SYARIAT DAN HAKIKAT MESTI SERENTAKDinul Islam itu adalah satu ajaran yang mencakup seluruh ruang hidup manusia lahir, batin, dunia dan Akhirat. Mengkaji ilmu Islam yang sangat luas ini tidak cukup kalau dibuat setakat beberapa jam sahaja dalam satu minggu sep… Read More
Tentang NazakBaginda Rasullullah S.A.W bersabda : “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kak… Read More
Sikap Tawadhuk Yang Perlu Dicontohi Mengapa perlu tawadhuk? Tawadhuk adalah salah satu sifat mahmudah. Tawadhuk ialah lawan kepada sifat sombong. Orang yang ada sifat sombong itu dibenci Tuhan. Jika tidak dibuang sifat sombong terseb… Read More
Suasana Di Alam Kubur Sebelum malaikat Munkar dan Nakir datang kepada mayat yang sudah berada di dalam kubur, terlebih dahulu datang malaikat yang bernama Rumam dan duduk di sisi mayat itu dan berkata : “Tulislah segala amalan-amalanmu”. Mayat … Read More
Buatlah Ibadah Kerana TuhanUmpama seorang yang kita cukup kenal, katakanlah dia itu kekasih kita. Dia buat baik kepada kita, buat suruhan kita, bukan kerana sayang kepada kita, bukan kerana cinta kita, tetapi dia ada target lain. Dia nakkan duit kita r… Read More
0 comments:
Post a Comment