Sunday, March 15, 2009

10 PASANGAN KAHWIN KALI KEDUA DIRAI KELUARGA


DARI BERITA HARIAN

KODIANG: Seramai 13 pasangan pengantin mengabadikan hari bersejarah mereka menerusi majlis persandingan beramai-ramai yang dianjurkan syarikat Bumiputera (GLOBAL IKHWAN SDN BHD) yang berlangsung di Kampung Pochan, di sini, semalam.

Semua pasangan pengantin berkenaan diarak dengan paluan kompang ke tapak majlis di kampung itu sebelum majlis makan beradab dengan disaksikan kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada saudara-mara dan sahabat handai.

Apa yang menarik ialah 10 daripada 13 pasangan berkenaan berkahwin buat kali kedua yang turut dihadiri isteri pertama masing-masing.

Kebanyakan pasangan ditemui tidak dapat menyembunyikan kegembiraan mereka, selain tidak melepaskan peluang dengan mengabadikan hari bersejarah mereka dengan mengambil gambar beramai-ramai.

Pasangan pengantin yang ditemui, Nur Atikah Jamal, 20, dan Md Abu Hanifah, 23, menyifatkan perkahwinan beramai-ramai itu adalah kenangan indah buat mereka yang akan diingati sehingga ke akhir hayat.

"Majlis ini sesuatu yang unik dan luar biasa. Pastinya ia diingati sampai bila-bila dan akan diceritakan kepada anak kami nanti," katanya.

Sepuluh pengantin lelaki yang berkahwin kali kedua itu ialah; Syeikh Mohd Som, 49, bersama pasangannya Siti Khadijah Khalida, 23; Salehudin Mohd, 47, dengan Tati Rodhiah Hambali, 33; Kamaluddin Abd Manaf, 47, bersama Munirah Ahmad Badri Salleh, 23; Dr Abd Rahman Tahar, 43, bersama Ummu Aiman Rahim Pforten, 22, dan Isnil Fajahari, 43, bersama Hanani Johan, 23.

Pasangan Talha Osman, 40, dengan Nurul Nadwa Salehudin, 21; Syeikh Anuar Rahman, 39, bersama Siti Nurul Sabirah Mazlan, 19; Ku Mustafa Ku Osman, 48, dengan Siti Aishah Sumari, 23; Kamarozi Hashim, 37, dan Marhamah Zakaria, 19; serta Syeikh Anuar Arshad, 39, dengan pasangannya Nur Atikah Adnan, 23.

Sementara itu, tiga lagi pasangan berkahwin kali pertama ialah Rosli Sulaiman, 44, dan Aishah Hamid, 37, dan Reza Mahar, 23, dengan Siti Ziniah Omar, 19, selain pasangan Nur Atikah dan Md Abu.

Penyelaras program, Tashmidin Md Amin ketika ditemui berkata, penganjuran majlis perkahwinan itu diadakan sebagai tanda penghargaan pengurusan syarikat kepada pekerjanya di samping mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan dan keluarga mereka.



DARI HARIAN METRO

KODIANG, KEDAH: “Perkahwinan beramai-ramai adalah sesuatu yang unik dan luar biasa. Ia pasti diingati sampai bila-bila dan akan diceritakan kepada anak kami nanti,” kata Nur Atikah Jamal, 20, dan pasangannya Md Abu Hanifah, 23.

Nur Atikah yang juga warga Singapura berkata, ia satu kelebihan kerana suasananya lebih meriah, selain dapat mengenali pasangan lain.

“Di Singapura, suasana begini jarang dapat dirasai. Jadi, saya berasa sangat bertuah kerana turut sama diraikan di majlis seperti ini,” katanya.

Mereka antara 13 pasangan yang juga kakitangan sebuah syarikat Bumiputera yang diraikan serentak dalam majlis perkahwinan di Kampung Pochan, dekat sini, semalam.

Yang menarik dalam majlis itu, seramai 10 daripada pengantin lelaki itu berkahwin dengan isteri kedua yang turut dihadiri isteri pertama dan ahli keluarga masing-masing.

Pasangan terbabit, Talha Osman, 40, yang berkahwin dengan isteri keduanya, Nurul Nadwa Salehudin, 21; Syeikh Anuar Rahman, 39, bersama Siti Nurul Sabirah Mazlan, 19; Ku Mustafa Ku Osman, 48, dengan Siti Aishah Sumari, 23; Kamarozi Hashim, 37, dan Marhamah Zakaria, 19, serta Syeikh Anuar Arshad, 39, dan pasangannya Nur Atikah Adnan, 23.

Lima lagi pengantin lelaki yang berkahwin dua ialah Syeikh Mohd Som, 49, bersama pasangannya Siti Khadijah Khalida, 23; Salehudin Mohd, 47, dan Tati Rodhiah Hambali, 33; Kamaluddin Abd Manaf, 47, bersama Munirah Ahmad Badri Salleh, 23; Dr Abd Rahman Tahar, 43, bersama Ummu Aiman Rahim Pforten, 22, dan Isnil Fajahari, 43, bersama Hanani Johan, 23.

Sementara itu, dua lagi pasangan ialah Rosli Sulaiman, 44, dan Aishah Hamid, 37, dan Reza Mahar, 23, dan Siti Ziniah Omar, 19, yang masing-masing berkahwin buat kali pertama.

Pasangan terbabit sebelum ini dinikahkan lebih awal sebelum diraikan pada majlis itu secara beramai-ramai.

Sementara itu, penyelaras program, Tashmidin Md Amin, berkata majlis itu bertujuan mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan dan keluarga.

0 comments:

Post a Comment