Sunday, March 15, 2009

PERANAN AYAH DAN IBU DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Ibu penyejuk hati, ayah penyemangat jiwa, ayah pembangun jiwa, ibu penyuburnya. Anak-anak selalu dengan ibu maka jagalah akhlak mereka melalui pengajaran, melalui didikan dan yang paling berkesan melalui tauladan. Ayah jarang ada di rumah, jadikanlah tempat rujuk saja yakni apabila ada masalah di dalam keluarga. Melalui ibu sebagai perantaraan berilah tahu kepadanya tetapi tidak salah kalau anak-anak merujuk langsung kepada ayah asalkan jaga adab-adabnya.
Segala sifat mahmudah latihlah di rumah, di sekolah menambahnya dan latihlah mereka beribadah, disiplinkan sembahyangnya. Ajak mereka bekerja sama mengurus rumah tangga. Programkan kerja-kerja, disamping sekolahnya.
Berilah Kasih Sayang kepada anak-anak tapi jangan terlalu dinampakkan kecuali yang kecil. Latih juga di kalangan mereka berkasih sayang sesamanya saling bantu, bermaafan, bertoleransi.
Ajarlah juga dan wujudkan di dalam keluarga, ibu dan ayahlah sebagai modelnya dan mereka akan menirunya yaitu galakkan makan bersama di dalam institusi keluarga. Ajar mereka adab-adab dan displinnya, tidur, membaca dan rehat tunjukkan juga cara-caranya. Agar keluarga terurus, disiplin dan harmonis.Itulah syurga rumah tangga, sebelum syurga di akhirat sana.
Sejaki kecil mendidik anak-anak itu hendaklah dikenalkan kepada Tuhan, mencintai dan takut pada-Nya. Sejak kecil jangan terlalu dibelai dan dimanjakan, kalau memarahinya jangan keterlaluan dan jangan kerap pula. Marahlah dalam kasih sayang agar kejahatan yang dibuat tidak berpanjangan.
Sayangnya kita kepada anak itu jangan terlalu dinampakkan, apa saja kehendak anak-anak ditunaikan tanpa dipersoalkan dan jangan dididik dengan harta keterlaluan dan berlebihan.
Begitulah juga pakaian jangan berlebih-lebihan hingga pembaziran, kalau sekadar yang diperlukan itu tidak mengapa bahkan itu adalah kewajiban.
Ajarlah solat dan biasakan solat bersama sejak mereka kecil, jangan setelah dewasa baru hendak diperintah, padahal sembahyang itu dari kecil mesti dibiasakan supaya setelah dewasa mendarah mendaging, dan susah hendak ditinggalkan.
Begitulah juga halal haram dan larangan Tuhan dari sejak kecil diajarkan dan minta mereka tinggalkan. Mana yang disuruh Tuhan sejak kecil diajarkan dan diamalkan setelah dewasa mereka mudah meneruskan karena sudah terbiasa.
Dari kecil lagi pergaulan bebas dibataskan, kalau hendak keluar rumah hendaklah dipersoalkan, balik ditanyakan mengapa lambat pulang hingga larut malam. Didik mereka memilih kawan yang beragama dan takutkan Tuhan kerana silap pilih kawan, ia akan merosakkan. Latih dari kecil lagi memasak, mengemas rumah, cintakan ilmu dengan banyak membaca ilmu pengetahuan.
Latih mereka hidup berdisiplin ada time ibadah, ada time membaca, ada time makan, ada time rehat, ada time bermain ada time berjalan agar setelah dewasa kelak mereka akan menjadi bangsa yang ada disiplin hidup yang istiqomah.
Disiplin itulah menjadikan bangsa itu beragama, rajin, maju, bersatu, dan berwibawa. Bangsa itu akan kuat, disegani dan dihormati serta diikuti.
Latih dari kecil makan bersama, sembahyang bersama, bekerjasama dan dengan tetangga dihormati dan diperhati. Didik anak-anak selepas Subuh dan Asar jangan dibenarkan tidur kecuali perlu kerana ia akan melemahkan akal fikiran menjadi manusia pemalas.
Sejak kecil didik menghormati ibu ayah, berkasih sayang dengan saudara dan keluarga dan hubungkan silaturrahim dengan sanak saudara. Berkawan hendaklah setia, utamakan kawan dari diri kita

Related Posts:

  • PERKAHWINAN IBARAT MEMBANGUNKAN MASJID Dalam masyarakat Melayu Islam memang sering mengungkapkan bahawa perkahwinan atau berumahtangga itu sebagai membangunkan masjid. Tanpa huraian mendalam pun, sudah ada satu tanggapan atau persepsi bahawa membina rumahtangga i… Read More
  • POLIGAMI TERANCANG DAN TERPIMPIN ASAS PEMBINAAN EMPAYAR" Poligami, walaupun wujud dalam Islam tetapi ia adalah satu perkara yang sangat terasing dan terpinggir. Seolah-olah ianya tidak wujud dalam ajaran Islam. Sesiapa yang mengamalkannya dianggap satu kesalahan yang tidak boleh … Read More
  • BUAT SUAMIKU:BERTAQWALAHWahai suamiku, belahan jiwaku! Ketahuilah bagaimana susahnya engkau membendung keinginanmu untuk menikah lagi, begitulah susahnya isterimu untuk memujuk nafsu agar setuju engkau menambah isteri. Kalau engkau juga kelihatan ti… Read More
  • PERBUALAN SUAMI ISTERI YANG TIADA ROH(JIWA) ISLAM Secara umum, bagi suami isteri yang tidak ada cita-cita Islam, di waktu ada masa terluang, mungkin menjelang tidur, waktu rehat-rehat, selepas balik daripada kerja atau di waktu-waktu cuti, perbualan mereka biasa berkisar se… Read More
  • PERANAN AYAH DAN IBU DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK Ibu penyejuk hati, ayah penyemangat jiwa, ayah pembangun jiwa, ibu penyuburnya. Anak-anak selalu dengan ibu maka jagalah akhlak mereka melalui pengajaran, melalui didikan dan yang paling berkesan melalui tauladan. Ayah jaran… Read More

0 comments:

Post a Comment